Wednesday 31 December 2008

Service ...

Dah 3 minggu tak tempuh highway ke Klang/SA. What a relief namun HARI NI terpaksa! Orang yang penakut aje rasa cam nih, orang berani tak heran pun. T suka aje kalau disuruh drive, tapi I pulak nanti yang tak senang duduk asyik berpaut kat tingkap kereta aje. Yes she's capable but a mother is always a mother .. mana boleh jadi father, kan?

Selalunya I guna lane tengah, kekiri jarang kekanan pun jarang.. Guna lane tengah pun at a steady speed 80-105, takat tu aje berani. A few times cuba guna last lane tapi takutlah pulak bila dah laju tu, terasa stereng longgar dan ringan jer. Kereta murah memang cam ni ke? Volvo, Merc, BMW or for that matter MyVi tak rasa cam tu eh? Takpe, namun kesetiaanku tetap bersama j-gua 5544 yang banyak berjasa dan reliable giler (walaupun pada satu malam tu dia mogok tak nak bergerak. Kesian T tak dapat beli cheekang).

Cekodok pisang, chilled Belgian choc latte (cewah), dan Twisties potato chips sedia berkhidmat sebagai teman waktu menunggu yang mungkin membosankan. Boot kereta penuh dgn manikam T such as bantal, penyapu, penyodok habuk, dan lain2. T register nama untuk 2nd sem. Kejap aje dah habis 1st sem. In no time, T kerja, bertunang, bernikah, tup2 Umi dapat cucu. Ish.. pandai aje digress CikSom ni ek? Tapi.. menantu macamana yang I idam2kan?

Selesai register nama dan dapat kunci, barang2 pun diangkut ke bilik. W'pun masih dibangunan yg sama, lokasi bilik jauh sikit dari bilik air dan main entrance. Apa pun syukur sebab masih ditingkat bawah (if not, just imagine siapa yang akan tercungap2 nanti?). Bila T sebok mengemas, menyapu dan mengelap (being an obsessive freak), I pun baring2 sambil melelapkan mata. Diva dah penat drive khan? Biarlah dia berehat kejap untuk kumpul semula tenaga dan kekuatan dalaman..

Sebenarnya ada kecelaruan berlaku semasa register namun kita dipihak minoriti selalunya terpinga2 dibuatnya bila something amiss. Kenapa nama T tidak tersinarai dapat tempat tinggal? T dah hangin sebab dia dah buat yang sepatutnya. Masa mula2 regiser 1st sem pun gitu. I terpaksa turun padang bertanya itu dan ini. It's OK if they think I ni kekwat or asking stupid questions. Even dah ada bukti they are in the wrong, tak sorang pun dari staff sudi ucap maaf. Pendek kata, dengan Uni. dot3 ni kena selalu urut dada. Banyak sangat insiden yang diorang buat tersangat tidak profesional. Mahap cakap.

Selesai disitu, singgah ke Anggerik Mall. Minggu lepas T hantar beberapa helai kain nak buat baju kurung. Tailor Melayu dicadangkan oleh seseorang, so why not cuba lagi pun cajnya murah. Tak juga murah sebab harga sepasang baju kurung tetiba dah naik dari RM37 jadi RM50. W'pun lebih murah dari SJ, tapiiii ... takperlah ..

Dah lebih seminggu kain2 dihantar, satu baju pun tak berjahit let alone dipotong. Made a surprise visit pagi tu .. haa, baru 1 baju dipotong (tu pun sebab dah follow-up hari sebelumnya). Dengan penuh hemah tanpa marah2, ditambah dengan senyuman berbunga2, sebahagian kain diambil balik dan selebihnya ditinggalkan. Tak pasti bila siapnya baju2 tu ..

Terdetik dihati, kenapa sipemberi servis susah sangat nak ucap maaf kerana servis yang tak memuaskan tu? She acts as if "saya tak suruh awak hantar kat sini pun ". Where such service is concerned, I would say 1st impression does count. Kalau dia boleh hargai persahabatan yg dah terjalin (menerusi somebody tu), a brief apology would suffice, just for courtesy sake. Seems like to lose a customer is no big deal to her but doesn't she aspire to extend her account base? Sigh..

Mungkin rezeki yang tertulis untuknya bukan dari sini, rezeki dari sini mungkin untuk Tailor Yus yang selama ni berada depan mata.

Well, that's it. 1st cut is the deepest ... so says Rod Stewart.

6/1 Latest update: On 5/1 SMS the tailor 3 times asking her when can I collect the bajus, but no answer whatsoever

Tuesday 30 December 2008

Beramah mesra ...

27/12 - A belated majlis beramah mesra bersama jiran sempena raya Aidilfitri telah diadakan di HolVil. Para AJK dan anak2 buah sebulat suara bersetuju. HolVil dipilih kerana dekat dengan tempat tinggal, sewa bilik murah dapat diskaun sebab crony punya pasal - shhh - dan sambutan nampaknya boleh tahan w'pun setiap orang dikenakan bayaran.

Saper agaknya yang paling gumbira majlis ni dibuat kat hotel? Saper? Saper ek? Heeheehaa.. Tekaan anda tersangatlah meleset ... namun jika betul dan tepat, jwpn tu masih tetap tak betul dan tak tepat.

AJK terkesima menamakan Majlis Perjumpaan Ramah Mesra (bukan poyo tapi bersemangat), dan bertemakan Mesra dulu, Mesra kini dan Mesra selamanya .. (Ok apa.. it sounds very nostalgic macam Melayu dan Malaya zaman 50an). Anyway dress code is informal so takdelah melaram dengan kebaya kulit bawang, rambut terjongket bersanggul tinggi..., haha.

Buat julung kalinya D & T accompanied us to such majlis. Mimpi ke budak2 ni namun we were quite happy hoping that both of them would mingle2 with other children from the same neighbourhood. You think they would mingle2? Mmm, diorang dok melekat bawah tiak I jugak .. I suppose diorang ni pemalu macaaam I .. (dulu, kini dan selamanya .. har 3).

Majlis dimulakan dengan doa selamat pastu Tok Penghulu (bukan dari KBR hokay??) beri kata2 aluan disambut oleh AJK yang memberi lampu hijau "makan time". Disebalik lampu samar sedang I menyudip dalca ke pinggan, AJK tanya samada I boleh menyanyi tak. Jawapan yg unggul diberi kat dia "I bukan malu tapi I memang tak boleh menyanyi".

Karaoke time .. lepas sorang, sorang tunjuk bakat terpendam .. solo, duet, solo, duet - rock ada, dangdut pun ada. Komain lagi pakcik dan makcik menyumbang suara. Ada suara terjun ke laut cina, ke sungai thames dan ke telaga biru, namun ...........? Sekali sekala bergembira ria sesama jiran.

Karaoke diselang seli dengan lucky draw. Hampers ditaja oleh 'orang kuat'. Dan salah sorang pemenang bertuah is none other than 'cha-ya-kaf sim-wau-mim' .... clap clap clap ... tahniah!

Monday 29 December 2008

Visitors ...

Salam Awal Muharram .. resolusiku menimbun namun semuanya r..a..h..s..i..a...

26/12 - Had visitors from KotaTinggi. R, F n A.. R is TB's sister. A mendesak nak datang sebab ada projek dgn D. Ntah apa2lah projek sibujang dua orang tu. Diorang tiba rumah pukul 11 pagi. 4 jam perjalanan. I served them nasi lemak and lepat ubi... of coz I bought them.

When the men went to the mosque, SIL and I pi JJCLauk (sedara JJCM). Bought a few lauk but when it's time to pay, SIL macam peluru terus hulurkan duit. Eihhh.. janganlah .. maka sesi tepis menepis tangan berlaku namun I terpaksa mengalah. Dia yg jadi guest, dia plak yg bayar. Isshh.. malu I tau.

On the way home, singgah stall beranika kueh. Must buy! so I bought pisang gor and bebola ubi for tea. Sekali lagi berlaku sesi tepis menepis. Alah, penatlah cenggini so I mengalah ajelah.

Petang tu kitorang pergi kedai 100 Yen. I treat them snow ice ... mango, green tea, mocha, strawberry n lychee toppings. Each costs 4.90 jer and being the owner of a privilege card, I therefore gain berpuluh2 points for redemption. 1 point = RM1. Yeayy.. boleh beli snow ice lagi (bongkah ice diimpot dari Taiwan dgn berbagai perisa + topping).

I took charge to bring them out JJCM sebab TB kerja malam tu. Tak pi jauh pun, pi belakang rumah aje kat *Strawberry Fields. Went out in two cars but if we were to follow resam depa di estate zaman dolu2, mau aje kitorang berhimpit2 6 orang dlm satu kereta cam sadin tapi mana bisa non? Civilised people mana wat cenggitu, kan? *Why Strawberry Fields? ... cos the owner is a fan of the Beatles.

We were satisfied with our respective dishes. Burp! Alhamdulillah. I was supposed to treat my guests, right? BUT as I was terhegeh2 to pay the bills, R kata "takpe KC, F dah bayar". F plak kata dgn girangnya "hehe..belanja dapat bonus". Ishh, bila plak F pi bayar? Ohhh, diorang main taktik kotor rupanya. Pergi setel bil tapi purak2 nak basuh tangan ehhh? Adoi, apa nak kata lagi? Terima kasih banyak2 tuan rumah ucapkan.

27/12 - Bought cekodok pisang, bihun goreng n karipap for b'fast but I did cook for lunch you know. Menu: sambal sotong radar, lemak jantung pisang, ikan gor, ewak gereh (saper tak tau rugi o!) dan fevret A, moisten tempe goreng al-kicap.

SIL n family left for KT at 6pm. I gave SIL a telekung made in BP and a nice tea towel. And in return I received 'a small green packet'. Green packet during XMas? Hoho, to tell you the truth, I feel very embarrassed to have received such (cant explain why). D & T received the same too and prior to that, TB received a 'kurta' from his sis. Thank God he did give some dough to A if not ... malunya I.

May Allah bless them .. and thanks for coming.

Thursday 25 December 2008

Engagement on X'Mas day ..


On Christmas day a few decades ago (wow!) , I got engaged to you-dont-know-who. It was quite meriah albeit a bit solemn as Mak wasn't around then. Had hinted to Mak about the majlis two years earlier. She seemed elated but Allah loves her more, she was never meant to witness it, sob3.

I was married to you-still-dont-know-who 4 months later AND we live happily ever after ... ("you hope my dear, you hope" .. as uttered by you-know-who in the perfume advert. Hahaa, ngaderlah si Mawi tu..).

To be able to live happily ever after you need to have lots of ............? Should you ask me for tips, I would just say it is plain qada' and qadar. Afterall, there is no such thing as 'live happily ever after' except maybe in 'life after death', insyaallah. Itu pun kalau..?

Al-kisah ...

A friend of mine shares her 'bereavement' with me. She feels empty and has totally lost trust with her hubby though there is still a bit of love left. Her final say is that she doesn't mind to live alone but she is still living together for the children's sake.

And yet there's another friend who's having somewhat the same dilemma. She feels empty, ridiculed and not appreciated. She stays on for the sake of her children.

Oh well .. life is such ..

Tuesday 23 December 2008

Baulu Suri for Cik Jah ...

Rupa Kueh Gula Hangus (pic) saling tak tumpah kueh Baulu Suri aka Ambon. Olehkerana terdapat perbezaan pada bahan2 yg digunakan maka warna dan rasa kedua2 kueh tersebut MEMANG BERBEZA..

Dear CikJah, at last I dapat resipi ni dari paper the Star. Janji telah ditepati, so you mesti cuba ... Jangan lupa beri I sepotong yg besar .. :-)

Resipi ni boleh dipercayai sebab Amy Beh yang punya.

330ml thick santan ............ 100 ml lukewarm water ........... 50g plain flour ........... 1 tsp instant yeast ........ 150g rice flour ....... 100g tapioca flour ........ 250g castor sugar ........ 180 ml coconut water ............ 5 egg yolks .......... 1/2 tsp. vanilla essence .......... 3/4 tsp salt

Put thick santan in a small saucepan and bring to a low boil over very low heat. Remove and leave aside to cool completely.

Combine lukewarm water, flour and instant yeast in a small bowl and leave aside to froth. Mix both flours, sugar, coconut water, egg yolks, vanilla and salt in a mixing bowl.

Add fermented yeast and the cooled thick santan to mix. Leave mixture aside, covered with a damp tea towel to ferment for 2-3 hours (while waiting, bolehlah take a long nap.. hehe).

Turn batter into a lightly greased tray and bake in pre-heated oven at 200 deg. Celcius and grill until the top of the cake is golden brown.

Monday 22 December 2008

Majlis bertunang ...

Wakil dari pihak lelaki seramai 30 orang terdiri dari jiran dan sedara terdekat berkonvoi ke Ampang kerana menyempurnakan majlis pertunangan Shah, anak bujang D&S. Ada 5 dulang (sahaja) barang hantaran dari pihak lelaki; sirih junjung, beg, kain, alat solek dan cincin. Lagi sikit barang hantaran lagi bagus sebab ia meringkaskan majlis dan menyenangkan sipembawa dulang.

Bayangkan sorang perempuan yang comel badannya diminta bawak dulang berisi kek fondant seberat 2kg. Kek aje dah 1kg + fondant + dulang silver, tak berat ke tu? Kalau I diminta bawak dulang tu, sure I decline. Susah tau, mana nak bawak dulang yang berat, nak jaga tudung jangan senget, dan nak bawak beg tangan lagi tapi yang paling penting susah nak 'tacap' mekap. On the other hand, untung juga kalau disuruh bawak dulang sebab boleh glemer kejap, asyik disuruh berbaris tangkap gambar aje, meriah you!! Anyway, barang hantaran serta alas dulang digubah sendiri oleh Shah, simple and nice.

Sepatutnya kitorang bertolak pukul 1030 pagi tapi tertunda sebab KD dan tiga yang lain sekereta tak muncul2 lagi. Bila diorang muncul, dari jauh lagi KD dah halakan jari keperutnya. Kesian.. perut dia meragam rupanya..

Jangan tak percaya, setiap kereta dibekalkan dengan WOKITOKI. Kahkahkah, mengalahkan nak buat operasi negara. Selepas Shah baca doa selamat, kitorang pun berkonvoi .. penuh keterujaan (sebab nak gunakan wokitoki tulah, hahaha).

Belum pun jauh perjalanan, wokitoki dah diaktivatekan. Tuan rumah siang2 beri arahan "keep to the left lane", pastu yg lain nyambut "apa slow sangat. malam baru sampai". Riuh betullah diorang tu, baru dapat wokitoki aje pun. Naik pening dengan diorang punya 'roger and out'. Pendek kata usik mengusik, kutuk mengutuk dan gelak ketawa aje sepanjang jalan. Boleh KD usik HR "awat tayar hang berpusing"? Kahkahkah .. lawak antarabangsa tu..

Majlis bertunang tu memang well planned & well co-ordinated. Dari mula wakil laki2 tiba, park kereta, majlis bermula lancar siap pantun bagai, waktu makan dijaga rapi dgn hidangan yang tersangat yummilicious, hinggalah waktu bersurai, segalanya menyenangkan hati. May Allah bless them.

Nak sentuh sket sesi menyarung cincin. Ada a bit kelainan. Mula2 emak lelaki sarungkan cincin kejari manis cik tunang. Kemudian Shah dijemput masuk duduk disofa yang sama sebab emak cik tunang pulak menyarungkan cincin kejarinya. First time tengok cam nih.

Masa I dilamar dulu, bakal tunang tak datang pun. Masa I bertunang pun dia tak datang. Dah adatnya begitu kot? Dan .. selama belum bernikah .. wajah ala2 anggun ni tak pernah ditatap pun oleh kerabat cik tunang. Apasal? Ishh.. I ni kan pemalu orangnya.. Cam tak tau plak.. (gitulah seadanya).

Saturday 20 December 2008

Wedding of the year, ehem..


20/12/08 hari pernikahan M&E dikira hari bersejarah. Whoever disagree, memang nak kena, hahaha (sour grapelah tu). Gambar hitam putih kat atas ni dapat dari Ms G (tuan punya gambar janganlah saman kitorang, eh?). I suka gambar tu.

E looks like a princess while M looks dashing in baju Melayu, both in whites ensembles. I think everything that they wear from top to toe are sponsored. How lucky! Dengan lontaran suara yang terang dan yakin M melafazkan sekali saja akad, maka jadilah M&E sepasang suami isteri yang sah. Nasib baik M tak lupa 'lirik', hehehaa..

Harus satu donia melekat depan tv menyaksikan upacara WORLD pagi tadi. Sesiapa yg tak turut menjadi saksi diskrin tv, pasti depa duk kat donia lain, ahaks... (gurau je ni).

Masa upacara batal air sembahyang tu .. hehe.. quite hilarious juga tapi malaslah nak cerita. Tak ketinggalan juga sesi airmata .. waah.. syahdu gak. I think Mas lebih tabah dari E sebab Mas tak nangis ngongoi2 tarik baju, tarik veil pun. Sesi penyerahan tanggungjawab dari FIL ke SIL, dari emak ke anak memang menyentuh perasaan, syahdu sesangat ... (camana gaknya bila D&T kawin nanti? Mungkinkah I nangis guling2? haha, jangan nak merepek. Bukan ke mak pengantin mesti kelihatan anggun, jelita dan berkarisma?)

Masa I kawin dulu I tak nangis pun tapi Chik yg nangis sebab kesian I kena basuh baju. Chik, oh Chik .. takat ni kan, bumbung rumah aje yang belum sempat dibasuh lagi, hahaha kelakarnya....

Sebelum majlis bermula, doa dibaca oleh budak lelaki umur 6 tahun, kot? Wah, kalaulah I dapat anak cam tu, sejuk perut ni mengandung dan insyaallah nyaman di alam barzah. Apa taknya, budak yang baru 6 tahun dah hafal al-Quraan. Isn't it marvellous? Lagi marvellous sebab gigi dia banyak dah takde .. cute pun cute!

Actually I gembira (tumpang semangkok) bila M&E buat majlis nikah kat masjid Sultan Abu Bakar, di JB tu sementelah dua2 pun orang Johor. Masjid tu pun bukan calang2 masjid and where that mosque is concerned, it brings some nostalgic feelings to yours truly...

Hoping the newly weds live happily ever after (I wonder what kind of onak & duri they would face in future). In a related issue, I sms someone in response to her juicy gossips "Hai, jodohlah katakan. If only kita boleh pilih memilih tanpa ketentuan Allah, tapi tak boleh. Wallahualam".

P/S: I would like to see them in Sehati Berdansa next year ... (tak dulik) ..

Thursday 18 December 2008

Atas riba ...

Al-kisah a week ago .. all of a sudden I got this light-bulb 'ting'!

Me: I ada idea .. why not you buy a new one and I take yours? (aksi melobi)
He: yang tu I dah install macam2, takpelah I belikan yang baru (hehe ada chan dapat yg baru)
Me: ehh.. you ambik yang barulah, I guna yang lama (aksi 2-in-1 perihatin sambil jual mahal)
He: takpe.. (ya ke nih? betul ke?)


Just two days ago ...

He: you kata nak guna yg lama kan? OK I guna yang baru (aisayman, but why?)
Me: pulaak .. you kata dah install berbagai, camana? You dah order ke? (hoping he wld change his mind)
He: Daah..besok dapat (besok dapat? brand apa gaknya tu)
Me: Ya ke? Cepatnya .. oklaah timakasih ... (mengalah dengan layu dan lesu tapi tak obvious, hahaha..)

Syukur alhamdulillah so I'm the new owner of Asus Eee PC .. moga2 dapat berkat guna 'atas riba' bekas moth.

Saturday 13 December 2008

Words of wisdom ...


I love it ...

Quote-unquote:

My father taught me that there's always two sides to any story. Listen before speaking and then listen some more. Be decisive, be curious, inquisitive and alert to all the things around you as they always change. Aim for the sky and work hard to reach your goals. The list goes on and on but the most important one is probably "always listen to your mother". I wish I could do all that he has told me but I'm still trying!

"always listen to your mother" ... which genius says this?

It's a wonder how Allah gives that little something to all MOTHERS ... more often than not they are not able to see with their eyes but most of the time, they could see in their hearts what's coming..

That reminds me of the Land before Time ..

Thursday 11 December 2008

Mozzarella cheese ...

Chedet wrote about mozzarella cheese being produced in Langkawi. Waaah, this is truly marvellous. At least there exists a soul who could 'see' my vision. The small factory is owned by an Italian married to a Malaysian (can be M,C,I or others for that matter). Still never mind .. Hoping that OUR cheese is 200% halal.

I love cheese very much but I have stop buying them for quite sometime now, all because I am quite was-was of its halalness. Have seen on tv how the workers spread a generous amount of lard onto the blocks of cheese. I have a concern also about the substance they use to coagulate the milk (to become cheese). It's bugging me too.

That's the reason I stop baking lasagna and pizza. I also stop eating anything to do with cheese ... Hoping that I won't crave anything cheesy for as long as I have that was-was feeling, insyaallah. Jangan ngengada nak ngidam2 pulak.

Fav numbers ... (as per my birthdate)

seven ... petala langit & bumi done in 7 days
six ........ rukun iman
five ...... rukun islam
two ...... 2nd best

Wednesday 10 December 2008

Aidil Adha ...

Bestnya kalau ada short cut nak masuk kesini ... serupa speed dial tak payah tulis p/w bagai. Malaas laa...

Aidilfitri atau Aidiladha ... kitorang tetap beraya di Kg Tunku. Kalau Chik dah takde, how? Aaahh, tak nak pikir jauh2 pasal tuu lah. Come what may..

Awal2 lagi Teh dah jemput ke rumahnya. Kalau kitorang tak datang, dia nak merajuk. Sanggup ke dia nak merajuk atau berani ke kitorang buat dia merajuk? Haha, sumpah tak berani!

2 tahun berturut2 pada Aidiladha, I tak masak apa2. Last year sebab 'angin puting beliung' mencemar duli, dan tahun ni Teh dah larang jangan masak apa2. OK Teh, I patuh perintah you tapi I bawak dessert eh?

And so, I pun buatlah 2 jenis puding yg berlainan rupa dan rasa tapi dari base yg sama, haha, bijak kan? Puding peach kali ni tak berapa menarik tapi rasanya tetap creamy and peachy. Tak menarik sebab apa tau? Sebab warna peach tu tak oren seoren2nya. Apa nak kata, beli pun kat kedai runcit biasa memang takde pilihan. Puding lagi satu sepatutnya ala2 pelangi tapi ntah macam termarble pulak, larat buat rona kuning dan pink aje tapi sedap tau sebab yg pink tu perisa stoberi..

Masa dalam perjalanan, D bersuara .. kenapa mesti masak ketupat, rendang, lemang... kalau masak steamboat ke, bbq ke, steak ke .. kan best tukar2? T setuju aje "yaa, bagus..bagus" sambil menaikkan ibu jari. I tetap nak bersuara "ok jugak tu.. awak semua buatlah cam tu bila dah ada rumah sendiri nanti .. jamu Umi ngan Abah".

Tiba rumah Teh pukul 2 ptg dan balik rumah pukul 7 malam. 5 jam duk bergembira kat rumah Teh (kalau duduk umah Teh memang rasa taknak balik). Boot penuh dgn makanan yg ditapau. Haha, 'penuh' tu a matter of speech aje tau. Tapau sekadar untuk dinner, sekali makan aje habis! Tak kuasa nak simpan leftover dalam frij sebab tersangat leceh nak hangatkan makanan2 tu kalau tak dibantu oleh microwave. My mw/oven dah 2 bulan rosak ...

Apa nak jadi ni? Laptop buat hal, oven pulak rosak...

Namun syukur alhamdulillah niat tercapai juga untuk buat qurban. Syukran for the pengorbanan wahai CikLi ..

Thursday 4 December 2008

Ntahlah ...

Kalau tak silap pendengaran, dah 3 kali TB bertanya "nak tak?" apabila dia mula mentela'ah brochure laptop yg sedia ada atas meja makan. Memang sengaja kita biarkan brochure tu kat situ supaya dan semoga dia sentiasa ingat dan tak terrlupa untuk menyuarakan "nak tak?" berkali2 tanpa rasa jemu.

Kita ni plak apa hal? Dah orang bermurah ati mempelawa tu, apasal kita rasa segan, silu dan kelu lidah? Apa susah, kata aje "naaaak!". Tulah, kita ni memang tak reti nak memintak2 pun (merely sebab malu bukan baik sangat pun). Kalau nak ikut ego sendiri, boleh aje beli 'the tenyeh way'. Biarlah beban membayar sendiri yang tanggung afterall kita ada beribu2 lemon of unused credit, bila lagi nak kayakan diorang, kan? tapi tak naklah, bisikan syoitan aje nih..

Soalan penting: Perlukah I miliki laptop baru? Mmmm, yes? no? yes? no?

A note to D. Umi dah banyak kali berkorban ni tau. Dulu hp and now laptop so jaga baik2 benda tu. Consider it as an advanced birthday present and upah 'terbang dari tangga 2 tingkat kebawah'.. hahaha .. bila pulak D ni jadi superman?? Anyway, *thanks a million for your quick action.

*In a related incident:
Oh my, what a day it was ... Never before felt gabra/menggelabah/gigil/darah naik kemuka/ badan bagai dicucuk2 ... all happened within 60 seconds.

For someone who is neither careless nor forgetful, why did that happen to me?

Muhasabah diri .. syukur alhamdulillah x 5 dan YaAllah ampunkan dosa2ku x 5 ..

Wednesday 3 December 2008

Which one?

Which one now?

Dell? Lenovo?

Tabletop? Laptop?

Aduh....