Friday 9 October 2009

9102009 ...

Projek mengemas dan mengelap lum habis lagi. Mood masih membara tapi kali ni tanpa S, that part-time helper untuk membakar semangat. I cuba berdikari, hahaha (ketawa dalam tangis).

2 keping langsir kat sliding door tu.. hmmm, nak dibasuh dan diganti tak? Jawapannya hanya ada pada I.. hehe, bestnya. Tak perlu basuh, tak perlu ganti. I perlu vakum aje habuk2 yang dah sebati dgn langsir tu (ooops! pekung didadaku terbukak). I panjat kerusi tak panjat tangga. Kalau I jatuh dari kerusi, not so badlah. Habis kuat bonyor jer tak patah apa2 (hopefully).

I vakum dan lap railing langsir pastu I vakum kedua2 keping langsir tu. Sah habuk dah bermaharaja-kapoor.

Langsir ni <> sebaya 'T' but I like..

Ni langsir untuk penerang ruang <- cehceh.. gaya ayat kalah orang kat show Deko Deko tu. I tak pernah tengok show tu, cuma dengar lagu iklan dia aje. Langsir nih sekeping aje yang I rajin nak basuh, yang dua tadi tu cukuplah I vakum buang habuk aje. Belakang langsir tu kadang2 jadi tempat I bersembunyik bila merajuk dengan yang kasih. Kalau banyak habuk, terbersin2 pulak I nanti bila sembunyik kat belakang tu. Cam tu dah tak thrill.. Sure dia tau I sembunyik kat situ, kan?

Bab langsir yang paling I benchhhiii, bila nak selitkan 'benda alah' tu sebelum digantong. Part kena congak tu yang I lemah sikit. Having said that, I masih suka jenis langsir nih (French what?). Selalunya I delegate aje pada S. Dia mesti bijak in maths sementelah dah biasa kira ratus ribu, ratus juta rupiah. QJ mesti setuju dgn I part nih.

Petang Jumaat yang tenang tetiba dikejutkan dengan hujan lebat mencurah2. Rahmat untuk semua.. alhamdulillah. Masa tu a group of perempuan Melayu terakhir sedang membaca Yasin, bertahlil bagai. Selepas tu, juadah yang lazat dihidangkan. Alhamdulillah sekali lagi.

Tuan rumah mengasah bakat nampak?? 3 keping pizza yang agak AGAM siap dibakar dengan toppings yang teramat overzealous.
Heran juga my hp yang antik tu boleh tunjuk bakat terpendam. Saksikan yaa, effect pada pizza tuu ... berpusssing ...

I ni jakun bila tengok oven cam tu boleh bakar pizza. Since my oven masih tak sedor2kan diri dah setahun koma, patutkah I hambat satu cam nih? Hmmm..

5 comments:

ain said...

saya pun tak pernah basuh langsir sejak digantung 7 tahun lepas. just vakum aje. pas ni, klu pun langsir tu turun, bukanlah utk dibasuh tetapi utk dibuang terus.hihihi

psst..alaa kak CS...rembat je lah oven serbaguna tu!! pakai tak pakai..belakang kiraa..hehehe!!!

CS said...

Langsir tergantong 7 tahun? No joke, boleh masuk Msia Guinness Book tuu, hehe.

psst Ain, kalau I rembat oven tu bermakna I dah takde excuse nak diguna pakai lagi bila orang mintak I bake kueh etc. Caner?

Shafidah Shamen said...

haaa ciksom, u remind me to my mum bila talking pasal langsir. My mum cakap, sejak2 I datang sini, langsir rumah tu tak penah turun! Sebabnye orang lain dalam rumah tu takde yang rajin nak membukak & memasang lansgsir. Mak kata, dah 4 kali raya pakai langsir yang sama :D

Dolu2 masa i kat msia, diriku ini je laaaa yan sanggup buat keje tuu. ppssttt..agak2 kalau S ciksom tu takde, saya leh takk saya jadi adhoc helper ciksom ;))

3E said...

Aunty CS...

I punya curtain since masuk rumah tahun 2004 sampai sekarang ni masih curtain yang sama ja...hahahaha...
sama ja cara2 nak bersihkan curtain tu...hihihi...

oh ya...rembat la satu oven baru Aunty CS....nanti u boleh bakar pizza...tak pun buat kek chiffon....
ok tak ok tak ok tak???????

CS said...

Shafidah, you ni memang asset to every household. Camana you boleh suka bab langsir tu?

Kalau S takde, I tak sanggup nak bayar you sebab you charge in OZ currency, kan? :-)


3E, tanak beli oven. I nak beli kek chiffon dari oven you, hehe.. boleh ke? boleh ke? Langsir you dah boleh masuk tadika tu .. hehe