Friday, 11 December 2009

Penat taw ...

Hari ni I bekerja kurang sikit dari buruh kasar (sebab kerja dalam panas terik). I basuh baju, sidai baju, jemur keropok, jemur bantal, jemur comforter dan bersihkan kandang2 rimau kucing. Masuk ke dapur lain ceritanya. Oleh kerana I baru jer hantar oven ke 'workshop', maka ruang kosong atas kabinet tu kenalah lap; dan paksa diri buang baki biskut raya, basuh bekasnya, menyapu, menyusun, dan ...... until I teringat hari ni nak masak apa? Yes, why not masak nasi 'tu' ...

I pun pasang radar cari bekas yang menyimpan harta karun. Mana gaknya Santi letak benda2 tu ek? Owh-K dapat dah tapi alahai sayangnya, niat nak masak nasi ....??..... (ishh, lupa pulak nama nasi tu) tinggal niat aje sebab beras tersebut has been invaded by the small black soldiers aka ...?.... (aaah, malulah nak bitau).
Tengoklah, I masih tak ingat nama nasi yang I nak masak tu.. Hati kata 'kandar' tapi bukan, bukan, bukan. Bencilah lupa cam nih.

Anyway, harta2 karun tu dah selamat dibungkus dan diikat simpul mati, dah pun dihempukkan ke rumah kecik depan rumah tunggu pekerja alamFlora&Fauna angkutnya aje. Bila buat kerja tak berapa senonoh cam tu biarlah sehemah mungkin supaya the other half cannot hidu. Anak2 pun tak perlu tau. Since I dah penat buat house chores dan hampa sebab terpaksa buang mende2 tu maka I ambik jalan mudah untuk tidak ... (ayat tergantong nih..)
.
Silalah baca kisah seterusnya .. (sambil membetulkan kedudukan kacamata bingkai senget sebelah).
.
Sebelum pergi solat Jumaat, TB tanya "you tak nak kirim apa2 ke?". Soalan tu seakan2 'music to my ears'. Sebenarnya dia tak tau (dalam diam) I dah buat plan baek punya, heheh. I dah sms kat boss jual soto/laksa bertanya dia berniaga tak hari nih. Bila dia confirm "berniaga", I pun apa lagi, you-know-I-knowlah.
.
He offers his help before I could even open my mouth meluahkan hajat. Gud ah? Mau I tak seronok dua ronok? Haha, maka teruslah I upkan 2% rasa kecintaan I terhadapnya, kahkahkah..(tu sebab I tak galakkan TB, D & T baca blog I. Sure diorang nanti kata "tu pun nak cewita". Elehh.. sker ati I lah kan? ).
.
(tapikan) Sebenarnya soalan TB tu ada maksud lain cumanya I terlepas pandang. Insyaallah umur panjang hingga Jumaat depan, depan dan seterusnya depaaan, I buatlah ....

.
Ingat nak buat double entry malam tadi (just like our gud fwen kat SP did) tapi bila pewut dah kenyang dengan bihun kungfu, I abaikan niat. Masa dinner kat luar semalam berdua2an sitting side by side, tetiba mak-budak beranak 3 sms I. Dia tanya "tengah buat apa tu? Dah mandi ke?". Mak budak tu memang nak kena cubit dan ketip dengan claw ketam I agaknya tu ..

Nak sambung cewita rentetan penemuan terbaru merebus kentang togeder with berpeket2 nasi himpit (NH) 2 hari lepas. Sehari sebelum tu I dah siap masak kuah soto tapi I makan sebagai lauk dengan nasi aje sebab tak sempat nak buat begedil dan rebus NH (boleh percaya ke 'tak sempat'? Kalau tak berFB, tak berblogging kacau owang sana sini, pasti dah terhidang begedil dan nasi yg telah dihimpit tu, ya tak? mueheheh).
.
Kesimpulannya ... nasi berhempet2 dan 2 ketui kentang diserapi daging cincang maka lahirlah bergedil.

Selalunya tak sker guna flash bila tangkap gambar tapi kali ni terkesima plak nak guna fungsi tu. Ada sesaper kesah? ahahahaha....

I sorang aje yang beriya2 makan nasi himpit dgn kuah (soto yg tak cukup sifat - garnishing-less, takde bawang goreng, cili kicap hitam, daun bawang, taugeh. None). Si bapak borek anak rintik, I hidangkan nasi dengan 3+1 lauk - samtum udang, cap cai, ayam gor and of coz 'the' bergedil.

Kuah soto tu, selamba jer I togeder2kan daging dan ayam dalam satu periuk (ada orang tak sker ayam, ada orang sker dua2). Kalaulah Mak I tengok cara I memasak tak ikut law n order dan kalaulah mak mentua I tengok betapa kreatifnya menantu dia, nescaya..

(biarkan ayat tu tergantong tak bertali ... pliss..).

7 comments:

Queenie said...

Sayangnya..
apa perasaan u tiapkali nak beli groceries? utk dibuag?
jgn itu macam kawan....ada manyak lagi olang tak cukup wang mau beli makan...
bila mau kasi tukar itu....(takder ayat sesuai, keh3)..
byk2an bertobatlah ciksom...
agak2 ada duit lebih, jom kongsi2 dari membeli dan membuang....

Ingatan tulus eklas dr seorg sahabat doniawi...

CS said...

QJ, timakasih diatas ingatan tulus lagi ek-las tu tapikan tapi bukan niat I untuk membazir. I dah jelaskan I rasa 'sayang dan hampa' bila benda tu rosak dan terpaksa dibuang. Benda2 tu bukan I beli tapi disedekahkan (tidak bermakna bila I tak beli, mudah aje I buang. No, it's not like that). I tak pernah pulak buang apa2 baki dari 10kg beras yg setiap 1.5 bulan I beli tu.

Tengoklah QJ, I dah defensif pulak dah, hehe. Semua tu tidak disengajakan, pircayalah kata2ku ini.

kak ja said...

Andy, our handyman, who's also tauke itu agency, tentu gumbira dan bahagia kalau dpt CS sbg pekerjanya.. SupIrwoman giTTew..

I nak menyampuk berletiaq kat u sama.. U nih!! Berdosa tau buang2 mknan.. Amalan syaitan tau membazir tu.. Bertaubatlah CS!! Eceh ceh ceh.. ngata dulang paku serpih.. I plak slalu 'ter'buang mknan sbb org dlm umah I ni tak pemakan sgt.. Tp tak gak kurus2 pun..

Santi tu nama T ke, CS?

CS said...

Ja, kalau kerja berbosskan Andy, baper dia bayar basic pay? Ada medical benefits tak? Kereta, or koman2 pun ada tak disediakan motor Harley D untuk pekerja se superlicious as me?

I torai to bertobat tapi I ni manusia lemah Ja. Makhluk2 Allah yg lain perlukan makanan jugak kan Ja kan? The positive side of me being 'membazir' indirectly mengenyangkan makhluk2 tu.

Santi tu is the Indon maid yang I hire or dia yg menghire diri dia sendiri as n when she's free working with other people. So bila2 dia antar sms nak dtg, terpulanglah pada body bicara I, nak dia dtg or not. Panjang penjelasan I ek?

Ibu n Abah said...

kak som,
dalam pada malas-malas u siap jugak begedil u...
tabik lah...
bagi i idea nak masak apa....
thank you...
kira-kira wajin jugak u ni....
caya lah...
tapi... satu bab je u malas....
m a n d i ......

Anonymous said...

haku baca pun penat!!!!!
ekekeke...
sampai ke habis tak tau ..nasi apa??!!beriani??hujan panas??beringin??lemak??

CS said...

Akak, sebelum mince meat tu menangis melolong2 keluar masuk freezer, ada lbh baik I memunafaatkannya (rawjin kan?).
Part mandi tu very subjektif. Biarlah air tu digunakan untuk menjaga kebersihan kucing2 kat luar tu. I rela mandi air beras, ngeh3..


ibusinga, jgnlah kuat sangat mengaum tu. Takot taw!
Kesian you penat baca, pulak2 tu I tak bubuh tanda 'X' untuk you exit bebila masa ek? hehe.
Nasi yg I nak masak takde dlm list you tu.. Nanti I citer sekembalinya I dari berenang2 dibawah shower.. daa..