Saturday 31 January 2009

J-gua sakit ...

Pic: Sebenarnya memang nak tangkap gambar apek yg macho nih tapi kalau dia terperasan, I katalah "gua tangkap itu keleta bukan tangkap lu".

Petang Jumaat T ke PJ sorang diri. Ada aje misi yang perlu diselesaikan. Bila terima sms "Mi, dah tiba", barulah cenang cikit ati nih. Selagi tak dapat berita maka ati ni memang tak cenang. Beritau bila dah tiba dan bila nak balik - Tulah 2 pra-syarat untuk D & T yang baru dapat lesen bila kemana2 terutama yang jauh sikit. Nasib baik dikenakan 2 pra-syarat aje dan bukan 10. Camana kalau tambah 2 lagi? Hmmm...mesti seronok!

Sebelum balik rumah T melapurkan "Mi...jangan marah..kereta rosak". Dalam pada 'kereta rosak', T selamat tiba rumah in one piece, alhamdulillah. Dia pun berceritalah "coolent .. air.. temperature naik .. panas takut meletup .. " blablabla......

Cik Abah minta tolong I hantarkan kereta ke workshop Lee. Tepat pukul 9.30 pagi I dah terpacak kat sana (efficient kan? heheh). I terpandang seseorang very familiar kat situ tapi tak pasti diakah orangnya sebab dia nampak macam nyonya aje. Kalau dia macam nyonya, yang I ni macam apa pulak? Hiihiihii... (giggle-an penuh makna).

Nyonya tu was my ex-office mate. Kami bertanya kabar lebih kurang. Mulut ni nak tanya soalan cepumas tapi terus tak terkeluar. Camana nak tanya soalan yang sensitif 1. How's your hubby? (nyonya ni kawin dgn omputih yang dah tua. Saja nak tau hubby dia masih hidup lagi ke?) 2. I feel sorry about your kid (anak tunggalnya umur 7 thn meninggal dunia kerana luekemia). Oleh kerana tak reti nak susun patah2 perkataan, lebih baik I tak tanya apa2. Kesian dia sedih pulak nanti.

Sejurus nyonya keluar dari workshop, masuk pulak si Apek yang so very smartly dressed. I dapat agak, apek tu baru pirm rambut sempena raya baru2 ni. Baju dan seluar nicely ironed dan kasutnya pun not bad. Yalah, kata raya khaan?? Tetiba ... kedengaran suara gelak tawa hilai baby .. Aaah apek oi... kelakarlah lu .. dalam banyak2 ringing tone, kenapalah lu berkenan dengan suara gelak hilai baby tu? Hahhahhah..apek, wa terhibur seketika. U make my day, u know?

Dipendekkan cerita, sementara tunggu kereta siap, I dijamu secawan air mineral dan sebijik limau namun I ambik limaunya aje. Ada sesiapa nak tau berapa ringgit diorang caj untuk baik pulih kereta tu? Kali ni tak banyak, RM67 aje tapi kalau dibandingkan dengan sebijik limau yang I dapat percuma tu, maknanya kali ni I makan limau termahal.
Ada satu lagi rasa tak puas kat hati ni ...I dapat sebijik limau aje walhal tokkong dapat 5 bijik. Adil ke tu??

Thursday 29 January 2009

Dressing my wound - I


Dr Hanis made an appointment to see me (ahaks) at 11am but he finally turned up at almost 2pm. Prior to that, we have been informed by the staff that he'd be late but why was he late? As expected of a surgeon and a man of his calibre, he's surely a busy-bee and 24/7 in demand - but for all I know he could be jamming or practicing playing with his clarinet somewhere, kot? :-)

I was one of his 4 patients, patiently waited for him until I got restless due to 1. the coldness of the waiting room 2. the seat somehow doesn't feel empuk anymore 3. my wound seems to say "please.. I need a new dressing" 4. I'm hungry n thirsty 5. Need to go to the washroom

Too cold a room made one huge lady even requested for a blanket. Haha.. biar betul, dapat pulak blanket rona pink. I jeling aje (not because she looks warm and comfortable in that pink blanket but I geram she had her laptop ON. For sure a bloggerlah tu..hehe).

At last, the fully attired man in green made an entrance (but he's no Giant supermarket mascot ya tuan2 dan puan2). Soon a couple was called in and in no time I heard my name being called too. I was ushered in to an isolated room, whereby a very personal mission was about to take place. Ouch!

I lie down penuh silu...almaklum. The nurse had my BP taken and clean-up my wound. Adoii! pedih, sakitnya. Soon after, Dr Hanis came in to belek my wound (I wish I could cover my face with a selimut at that time but then the selimut was used to cover the other part of my body...hic!). Hmm..he asked me "macam mana mula2 dapat"? So I told him blablabla, the truth and nothing but the truth. "OK.. today is Thursday, Friday, Saturday, Sunday.. Monday in the evening you come see me", and so the doc said sambil kelip2kan matanya. What's with his eyes anyway? Pedih dek silauan kah?

Before the doc left the room, he had instructed the nurse to put this, this and that.. (whatever that is) to my wound. I should say the procedure was bearable - not painful but pedih aje. Oh ya, I was so scared and ngeri to look at my own wound though I did peep from bird's eyeview. YaAllah .. the wound is quite deep, definitely it'll leave a scar. After this can go to Japan and do cosmetic surgerylah, haha. Maybe Mr & Mrs Dicken baik hati to accompany me to one (haha.. maka berangan2lah CikSom sensorang).

I walk very slowly like an old crab - at one time to the left, the other time to the right, sometimes gostan too. The wound was getting painful. I quickly settled the bills, wow! I then collected J-gua through the valet parking .. another wow! RM10 gone but it was worth it.

While typing the whole thing, I was listening to Suria radio (via tv astro). Nowadays, I hardly listen to the radio but on this wee hours I listen to some wonderful retro songs being played .. I FEEL SAD .. SAYU .. HIBA .. RINDU .. Eihh.. this songlah.. "Kasih ku, seharum mawar merah..." I remember listening to this song when T was a baby - di pagi yang hening - still asleep on my lap - in the car on our way sending T n D to SS1 - then I off to work. "aku disini untuk mu jua..biar laut bergelora...".. huhuhu.. I am being emotional here but sometimes it helps to be one .. believe me. Alamak.. DJ Dave pulak daah... "Heii, ingin bersua.." heheheh... TAK JADI NAK SEDIH2 DAH.

Salam mesra untuk semua ...

Monday 26 January 2009

Dugaan Tahun Baru Lembu...


6.30pm 25/1 on CNY eve.. I was wheeled in to the OT9 at SDMC. By 7.15pm I was already 3/4 conscious but still under observation. Soon after, they transfered me to room 586. The op took less than 15 mts. Dugaan untuk tahun 2009, 1430H dan tahun lembu for me. While I was being wheeled in/out of the OT by one male and female staff, tetiba teringat kat sorang kawan from far far away land yang kerjaya sementaranya sama dengan male staff tu, tolak pesakit ke OT. Mmmm...

Plan nak jumpa doktor perempuan tapi yang available hanya doktor 'female by name' aje as Dr Hanis is a male surgeon, a straight one for that matter, hehe. Surgeon dan Sturgeon ada beza ke? Ehh, memanglah ada. Sturgeon tu nama ikan yang menghasilkan caviar untuk selera para elite. Anyway, Dr Hanis ni kalaulah dia sport a hairdo ala2 merbang gitu, pasti saling tak tumpah cam Einstein. Alhamdulillah Dr Hanis tak ke majlis Reunion Dinner petang tu, if not.. gua nangish big time!

Aduh!!! Satu2 benda yang sangat ditakuti, benda nilah... walhal, hehe.. cam kena gigit semot api jerr. Apsal kulit tu berkedut cam orang tua 80 tahun? Ehhh.. tengok bebetul, kan ke plaster lutsinar tu? Cheh..cheh..chehhh..kita muda lagi laaa.. Dulu kala masa nak give birth to T, konon2nya nak buat epidural taknak rasa sakit tapi bila kenangkan doktor nak cucuk kat vein tangan dan cucuk kat tulang belakang ... wahahahah... tqvm tuan doktor. I'd rather tahan rasa sakit yang excruciating tu. Phewh.. hilang dosa2ku, insyaallah.

Drum roll...... and this is the culprit! Asalnya dari setitik merah cam jerawat, ia bertukar jadi gunung kuning yang comel.. namun masih degil untuk keluarkan lahar2nya. Hari berganti hari.., dari saiz limasen ke splohsen ke doposen (actually almost saiz limaplohsen taw). Dia membengkak tanpa rasa belas. Berpandukan rajah hitam diatas tu.. haa...tulah darah yg tak mengalir dengan sempurna. Dia buat degil mengeras kat permukaan kulit.

Fuhh, with my wild imagination, I couldn't help thinking anything else but the worst. What if ... what if.. what if.. oh noo!.. I could feel something really2 not right. I know for sure the wound had already been septic. Ya Allah ya tuhanku... berilah aku semangat dan keberanian menghadapi dugaan mu ini.. Amin.

Saturday 24 January 2009

Breakfast ...


That's my breakfast on this very early Saturday morning. Had 3 pcs of bread out of which 2 are the very end of the loaf aka kulit roti. Masa kecik2 dulu, I no fren with kulit roti sebab keras. Bak selalu kata "banyak bitamin nih.." namun tak saper teruja but now I'm eating it.. haha. Anyway, all toasted breads taste the same whaat..

Roti kembar-tiga tu berintikan daging rendang (dari air tangan orang lain). Dalam mug ada air Nescafe mild. Guna free mug kopi Super Power 6-1 (jangan memaen, SIXXX-in-1 tuu..haha). Mug ada gamba jin ijau (tak lawo). Oleh kerana mug tak lawo, pulak2 ada 11 pieces dalam simpanan, maka perlu digunakan selalu2 biar pecah satu persatu. Dah selamat 3 keping masuk ke perut, alhamdulillah. My lunch would be at 4pm then.

Normally I'd have breakfast alone except on certain week, maka time tu berdua2anlah I. Come to think of it, dah lama kita berempat tak makan breakfast sama2. Maklum memasing ada haluan sendiri. Next to me, D lah yang bersemangat makan pagi nih.. 2-3 hari lepas, this is his breakfast..


I prepared the burger for him once and he did it himself a few times after that. Rajin bujangku! First time beli burger kambing brand Darabif nih dan rasanya memang lain dari burger Ramli. Bau kambingnya quite overpowering so semasa menggoreng, kenalah campak bawang, cili padi dan dashes of kicap manis Habhal. Hehe, rupa burger dah rupa corned beef hasil henyakkan sudip, kononnya biar sebati dengan bahan2 yang dicampak tu. Makan dengan timun dan sket 1000 Island...nyum!

Thursday 22 January 2009

Anjung Merah II


Zai ajak ke Anjung Merah sebab makanan kat sana banyak pilihan yang sedap2 belaka. Ni sudah best, macam tau2 aje kawan dia yang sorang ni suka tempat yang banyak makanan sedap. Jemput Zai dan P tepat kul 9.30 pagi ........ zrrooomm..!

Bagus tempat ni, very secluded. Masih banyak tempat park kereta. Lambat laun tempat ni mesti havoc juga sementelah ramai dah tau kesedapan makanan kat sini. Kali ni Zai belanja, pastu giliran P, pastu I. Pusing2 nama tu juga unless S join sama, maka dia pun akan termasuk dalam golongan 'mereka yang bermurah hati' :-)

Tak sah kalau tak tapau apa2 sebelum balik ke rumah maka tertapaulah 2-3 jenis lauk aje. Pengat pisang pun dah siap dimasak dalam satu bekas besaaar, very tempting n can't resist, so apa berlengah lagi?.. Cedok pengat pisang dalam dua bekas, one for me and one for P. Pengat ada 'telur katak' .. beribu-ribu telur.... bestnyaaa!!

Camana nak kesana? Senang jer... naik kereta, sampai ler ...

Tuesday 20 January 2009

Meeting ...



Meeting: 8.30-1130pm - minutes taken by Mdm Azz (yang tuu). Agenda as follows:

13/2 10am - rebus telur 200 biji sahaja untuk bunga paha dan bual epal dimasukkan dlm ponjot pengganti telur. Daun pandan dihiris buat bunga rampai.

14/2 10am - pulut dan wajik dibuat ponjot kecik2 untuk hiasan bunga paha.
2.30pm majlis nikah. Lepas Maghrib ada berinai kecik dan berinai besar. Tukar 2-3 jenis baju untuk bergambar. Pastu sesi potong pulut masuk mulut, hehe.

15/2 majlis jemput menantu dan para jemputan. Ada sesi potong kek 3 tingkat.. kek biasa bukan bentuk bantal cam kek kawin Mawi. Mdm Azz dapat spesel task jaga pintu sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk bersanding. Ada 2-3 tol yg perlu dilepasi. Setiap tol dikenakan bayaran. Wakil dua2 pihak kena sediakan pantun 2 kerat. As a finale, we'll get to see the bride buang duit ambo2 + gula2 khas untuk budak2.. (ni adat orang Johor or maybe Melaka).

Semua yang hadir dapat tugasan ikut kemampuan masing2. Sesaper yang agak malu, tidak digalakkan jadi usherer. Tapi nape I yang pemalu ni dapat tugasan beri cenderahati pada para jemputan? Hmmm... malulah being in the limelight.. tapi kalau ada TSMH? Boleh gak tangkap gambar..

Kitorang dijamu ayam kay-ef-see sebab anak sedara tuan rumah kerja kat situ. No wonder dapat berbarrel2. Limau Mandarin sempena kong hee fatt choy jadi hidangan pencuci mulut.

Meeting adjourned at 1130pm. Tiba rumah terus masak sayor air sawi, sotong Rex dalam tin dan hati + pedal ayam goreng yang berusia 2 hari, dihangatkan aje. Mithali dan rajin betul isteri CikLi nih ...

Monday 19 January 2009

Interview ...

Pagi ni temankan M pergi interview kat FS (pengedar barangan beku). Interview pukul 10 tapi kami tiba awal. Masa yang terluang banyak dihabiskan bertukar2 cerita panas dan dingin, almaklum dah dua bulan tak jumpa face-to-face (hantar berkajang2 sms aje). There are certain things best described face-to-face.. tak gitu? (wink!).

Bila M diinterview, I duduk sorang2 dalam kereta bermain dengan HP snap diri sendiri. Tak lawa, delete. Tangkap lagi.. tak lawa, delete. Macam2 gaya ada, snap dari tepi hidong, tepi tudung, dari bawah dagu dan dari semua penjuru. Hasilnya ... menghampakan, terpaksa dimusnahkan sebab tak lawo!

Haa..nun dibawah pokok nangka tertambat sekor anjing yang cacat telinganya. Diharap kecacatannya bukan dari deraan manusia. Walaupun ditambat, rezeki anjing tu tetap murah sebab ada juga yang perihatin sedekahkan makanan. Besar kemungkinan pokok nangka tu menghasilkan buah2an yang pukal2 belaka hasil dari kerjasama si anjing telinga terkelepet tu.

Interview berlangsong kira2 40 minit. Wah!!! mesti ada chan dapat nih. Kalau dapat, jangan lupa belanja pisang goreng atau belanja kat Kopitiam pun boleh. You orderlah, nanti I bayarkan.

Kami beransur ke Mydin. Nak pergi Selfridges jauh sangat pulak, ahaks. It was an early lunch for me. I had mee rebus franchised dari mee rebus Pak Itam @ Bai Dali dari JB. A plate costs RM5.50. M had a piece of ayam percik without its gravy... Hello M, why you tetiba takde selera nak makan nih? Why you dah tak suka minum manis walhal Milo ais is your favourite? Ada apa2 ke? Auwww...

Bila betul2 dah tiba depan rumah barulah teringat ... duh... kenapalah I TERLUPA?? Sepatutnya I pergi jumpa big boss Mydin tu tadi tapi takperlah, esok masih ada mentari.. Terlupa ni pun bukan sendiri yang buat. Mesti ada hikmahnya ...

Malam nanti ada meeting kaum2 ibu kat rumah S nak bincang pasal tugasan masing2 sempena majlis kawin daranya on Valentine's day..

Thursday 15 January 2009

Jubah & pengat pisang ...


(Itu aje yang tinggal of pengat pisang yang sedap tak terhingga tu...).. Al-kisah..
P jemput ke rumahnya nak beri souvenir dari Mekah. Dah dua minggu dia tunggu 'simalas-nakpakaibajulawa-ni' kesana. Malas satu hal, malu dua hal. Macam mana nak hilangkan malu tu? Takkan pergi rumah dia semata2 nak ambik souvenir tu, kan?

Sementelah tau dia pun pencinta pisang, maka pengat pisanglah akan dijadikan barter trade. Sebelum kesana, koner kejap kat warong MMA beli 2 ringgit pisang goreng. Kalaulah masa tu ada jual cekodok, lempeng, bingka, lepat, smoothie - semua dari pisang, nescaya akan dibeli juga.

Jangan main2 dengan orang yang taksub dengan pisang and its by-products sebab kalau tak dapat yang dihajat, mood boleh terjejas. Macam T, selagi dia tak dapat lepat yg ITU dan yang dijual kat SITU, hmm.... cerita pun tak guna.

Taksub, taksub juga tapi memang takkan kompromi dengan rasa dan rupa the end products. Kalau cekodok keras, tak manis, berlandong minyak dan terlebih tepung... it's a no no. Kalau lepat tak rasa pisang walhal dari pisang, lebih tepung, tak lemak manis dan ada inti kelapa putih kat tengah2 .. a no no too. Inti kelapa putih dalam lepat adalah penyebok.

Sikit punya cerewet tapi sebenarnya tidak, cerewet yang tidak menjejaskan orang lain. Takde marah2 si penjual dengan soalan2 ala provokasi ... (motto: berhemah dimana saja, tapi tidak pada mereka yang buang pampers 'sesuka ati mak bapak dia' .. <-ayat orang muda zaman sekarang).

I suka buat lempeng pisang. Cepat dan ringkas. Sekarang ni takde masa nak sabar2 goreng satu persatu lempeng tu. Satu adunan buat sekali aje... simbah dalam non-stick pan (tapi kalau dapat non-stick greenpan yang AFC iklankan tu, mesti lagi best tapi mahallah pulak!). Jangan lupa selet pan dengan butter barulah 'othentik' rasa dan baunya. Potonglah lempeng yang setebak tu gaya potongan badan pizza .. Enjoy!

Kesimpulannya: P beri jubah. Lepas sikit punya bergaya depan cermin, pusing kiri, pusing kanan, tonggek sket .. OMG! I truly look awful in jubah. Jubah tersilap potong atau ...............? Dan pengat pisang tu ... hepi aje tengok P & J menikmatinya...

Wednesday 14 January 2009

Bakal menantu ...


1. Who is he? 2. What's his name? 3. Why is he here? 4. What? your menantu?

1. Budak jual hp n its peripherals. Maybe he owns the shop.
2. His name? Let's call him Jojo aje as rambut leper tu sesuai dgn nama Jojo
3. Ehh.. adalaaa..
4. No.. but why not? Jojo ni for one is very bersopan santun and very helpful

Al-kisah .. my hp si aikoN tu dah beberapa purnama buat hal. Ntah apa tak kena dengan sistem dalamannya. D n abahnya dah banyak kali offer nak re-............. (aduh! lupa lak the correct word) tapi hati ni tak pulak terbukak to let them do it for fear that all my harta karun dlm hp tu akan hilang. What Jojo did was actually what D and abahnya had suggested. Sorry I was skeptical of you both!

Masalah dalaman 1. kamera tak berfungsi 2. gambar di Gallery hilang (Cukuplah dua sebab tu aje nanti ada lak yg kata buang aje hp tu kat longkang).

Jojo ni macam tau2 aje apa nak dibuat. Dia belai2 hp tu dan keluarkan memory card dan terus tangkap gambar tanpa memory card. Yahoo, berjayalah pulak but why all this while I never thought to do just that? Hehe, that explains why Jojo is there in that shop in the first place.

Memory card kokak punca segala, rupa2nya. How dare you? I nyaris2 beli hp baru tau. Nasib baik I kata "takpelah tunggu" bila abah budak2 offer "nak tak?".

Jojo malu2 kucing aje bila I tangkap gambar dia. Isn't he sweet? I tanya "how much .. ", then cut short when I saw him geleng2 paler "ya? free of charge? thank you very much. May god bless you". Wah!!! bertambah sweet senyoman si Jojo tu ..

Beredar dari kedai tu, I berdoa dalam hati semoga Allah bukakan hati si Jojo kejalanNya. Amin.

Nowadays, susah juga nak dapat penjual/sales asst yang betul2 sopan santun, baik budi bahasa dan tunjuk muka manis. Don't I deserve at least a sweet smile? Tak cukup manis ke wajah I nih??

Jojo and Jiji (suka ati beri nama orang), they really make my day! Bila bandingkan mereka berdua dengan sales asst. sebangsa maka I just plain keciwa.

Monday 12 January 2009

Kitchen Millionaire ...

Seronok tengok Asian Food Channel tadi. Bila omputih tu sebut 'Malaysia', serta merta rasa teruja dan terus duduk hingga panas kerusi..

Serba sikit pasal program tu. 20 hopeful cooks cuba menonjolkan resipi masing2. Yang sempat tengok hanya 3 finalists bertanding ie 2 omputih dan nyonya dari Malaysia, Irene (dah lama menetap di UK). English man cuba menonjolkan resipi Cherry Ravioli, English lady dengan much tested moist choc muffins + fruits (for health conscious freak) dan Irene masak 'curry noodle soup' atau bahasa sempoinya mee kari.

Slot ni dinamakan Kitchen Millionaire. Aptly so dengan nama tu maka besar kemungkinan, si pemenang ada peluang jadi jutawan. Resipi yang terpilih akan dikeluarkan dan dibungkus khas untuk jualan kat merata pasaraya di UK. Siapa tak nak rebut peluang macam tu, kan? kan? Irene pakai kebaya labuh masa persembahkan mee karinya depan 2 juri omputih.

Ucapan dari pemenang (lebih kurang) .. kemenangan ni untuk anak saya, untuk saya, untuk negara yang 'angkat' saya, dan kemenangan ni untuk Malaysia (sambil menaikkan sebelah tangannya seolah2 menyebut 'merdeka').

Mungkin orang2 di Gretbriten dah tengok program ni kat sana..

Sunday 11 January 2009

Clash of the pampers ...

Temankan T ke Summit dan ke Taipan tengahari tadi. Kat Summit dia beli gladiator sandals. Wajib dibeli bila dah berkenan vis-a-vis kalau dah berkenan wajib dibeli. Ada2 aje dia ni ... dulu wedges, now gladiator pulak.

Taipan dihujung minggu atau ditengah2 minggu sama aje padat dan seboknya. Susah nak dapat parking, so double parking dah jadi biaserr. Ni bermakna, I pun sama buat kerja yang tak betul tu so I parked my car just behind a Perdana. I tunggu dalam kereta yang tidak dimatikan enjinnya sementara T keluar kejap cari barang.

Sambil peratikan orang lalu lalang, mata ni terpandang pulak kat Perdana sebelah ni. One lady keluar dari back seat menyenget aje. Dia pakai dress kaler maroon jenis clinging tapi tak pulak nampak sexy malah tak nampak lawa pun, selekeh aje. Bila dia berdiri ala senget tu, nampaklah mata ni tompokan serbuk putih melekat kat belakang bajunya tu. Kepo punya pasal, mata ni dibesar dikecikan supaya boleh zoom in apakebendanya yang melekat tu. Haha, serbuk susu rupanya.

Agaknya yang menyenget tadi tu sebab badan dia dah cramp atau semut2 lepas lama duduk menyusukan baby dia. Yaa, that makes sense but on the other hand, maybe 'got prawn behind stone'. Dalam pada jalan menyenget tu, sempat pulak dia buat kerja keji. Dengan selamba tanpa emosi dia gugurkan satu bungkusan putih ke lantai jalanraya. Bungkusan putih tu tak lain tak bukan baby dia punya soiled pampers. Boleh ek dia buat kerja macam tu kat kawasan bandar and some more in broad daylight?

Lepas sesi keji tu, dia pun dukung baby dan pergi ke restoran berhampiran. Mata ni ekori aje perjalanan dia ke restoran tu. Bila pasti keadaan dah selamat, ie selamat untuk I jalankan my misi, I pun tanpa berlengah keluar dari kereta, capai bungkusan tu dan terus tarok benda alah tu kat sebelah wiper. There! seketul soiled pampers atas kereta Perdana dia.

Sejurus masuk ke kereta , I nampak a burly man heading my way pegang kunci kereta dan I macam tau2 aje man tu memang hubby si lady senget tu (memula tadi at a glance ada nampak lady tu pegang kunci kereta). Maak, matilah I.. orang tu nampak I buang benda tu atas kereta dia ke? Boy, was I scared. Tetiba rasa zuuup darah naik kemuka.

Mau tak takut? Muka dia cam bouncer you. Sumpah I tak bergerak, sit still aje tapi mata sempat jeling ke side mirror. Phewh! .. rupa2nya dia terus ke boot kereta nak ambik stroller baby dia aje. Syukur alhamdulillah.

Apa agaknya diorang kata/buat bila terpandang pampers atas kereta tu? For sure, they will curse 'me'no less. Based on 1st impression and if looks can kill, gua sure masak dikerjakan.

Bila beritau T and my sis perihal pampers tu, diorang marah I. Kalau diorang marah dan tak setuju cara I begitu, malaslah nak beritau man of the house. Mesti dia pun bising "berani sangat". Same thing bila I beritau dia pasal satu bas besar tailing me kat highway. I guna lane tengah dan bas tu pun guna lane yg sama. Jarak bas dengan my kereta was very very close tapi I tak berganjak ke lane pertama.

Mentang2lah bas dia besar dan kereta I ada tampal 'P', seronoklah dia nak menakut2kan kita walhal bas tu memang nak belok kekiri pun. Memang saja dengkilah tuu...

Saturday 10 January 2009

A deep breath of relief ...

At last D got his lesen P, alhamdulillah. That would be his long awaited birthday surprise. Surprise? Yes..., fullstop! Thought of giving him some cash as birthday gift but since he owes me 50bucks (like can buy 5 pieces of big murtabak u know), I sort of incubate the thought. He was telling me then "loan eh Mi?", so I have to treat it as a loan and wait for the moment he pays me. You would say dengan anak sendiri pun nak berkira ek? Me calculative? Hihihi.. as always, I got my reasons (naturally all mothers do).

Well.., a loan is a loan and a promise is a promise. Since he has promised to pay me when he receives his so-called 'salary', I just have to agree and wait. D is doing his practical training now and receives a meagre allowance of RM 300/mth . Meagre it is but all the same he's thankful as some of his friends don't get a sen at all. Good that he knows to be thankful.

By being calculative, I was actually teaching him to be responsible with his promise and to honor his own words. Where money is concerned, this could be a start of a new journey as he would be joining the rat race sooner or later . I used to tell him "try as you might not to make unnecessary debts" .. "sesungguhnya ramai jadi penipu kerana berhutang" .. hadith Nabi saw.

After experiencing 3 months of working life, he should realize by now that money doesn't grow in purses or wallets (not that he doesn't know then). I got that 50bucks alright but it changes hands in no time at all "tq Mi".

A mother's job is never done ...

A few days ago I was summoned to T's 'kolej'. "Please Mi..pliz..pliz.. Umi kena datang jugak", and so I was there in a jiffy. T wasn't happy with her new room mates. One, they are her seniors. Two, they gantong their smelly bajus 'everywhere'. Three, they gantong their wet towels by the window louvres. Four, there are 2 extra mates brought in by the seniors (they are on appeal list to get a room). Five, T thought she might be doing them a favour (so they have extra bed to sleep on). Six, she prefers to stay in a room with her classmates, apparently only next to her room. 7-10, believe me as all the reasons given are valid bangat. Sigh.....

Words of wisdom to T: u have to...., u can't....., u must try ....., everything isn't ......

T has spoken with the lady in-charge of the kolej's welfare. It seems all rooms are occupied, fullstop! T was disheartened but was very sure there was a vacant bed which means she still has a chance to appeal.

That's when I step in .. it is as though I can do wonders.. Hadoiii! malulah nak ganggu orang tengah sebok bekerja but for T's sake, I have to. The lady was busy, in fact when I met her she was supposed to attend a meeting. And that wasn't all, many others - students and staff were tailing her back as if she was a mother duckling! Here a quack, there a quack, everywhere a quack.. Oh McDonald had a farm.. Huhu.. I felt guilty already.

I entered her room with 'Bismillah, YaAllah permudahkan urusan ku' "Maaf Puan.., saya mintak jasa baik puan ..............". Was I surprised for she was quite approachable. To cut the story short, T finally got what she wanted. I received one big hug & kisses, and some words of appreciation via sms. Alhamdulillah.

Something to ponder: Based on the record, the vacant bed is already occupied but the girl has yet to register her name. Unless and until the girl came, the lady could do nothing about it. When I told T about it, guess what she said? "Mi, budak tu kawan T, dia sakit, dia duduk kat sick bay kat kolej lain". What? Nape tak bitau awal2 lagi budak tu dah duduk tempat lain? Nape tak bitau Puan tu masa mula2 jumpa dia tadi?

The lady was adamant not to let go the vacant bed and yet the girl has already found another place to stay. What kind of records are they having?

From the start when T first registered into 'there', she has had a few unhappy moments where 'their records' are concerned. One of the Heads there told me then, "Kes anak puan terjadi 1 dalam 500, mungkin dugaan".

I accept any dugaan for that matter but if it was a fault made by their staff, wouldn't they want to be courteous to at least say sorry? Isshh, penatlah nak congkel kisah2 lama ni .. but such dugaan helps to strengthen the mind, afterall Allah knows best!

Tuesday 6 January 2009

Kitchenaid ...

Tangan kanan ni masih terasa sengalnya. Mesti the aftermath melenyek kentang to make mashed potato n as though that was not enough to make my hand more sengal, I also fried one big kuali of fried rice (6 cups of rice using the std rice cooker cup). Upon checking the receipt, rupa2nya D bought 3kg potatoes n I lenyek the whole lot with my bare hands! No wonder.

Bila bosan makan nasi, kenalah cari alternatif lain. Lepas bahan mentah dah bercampur, barulah teringat bab tangan yang sengal nih. Nak tak nak, teruskan juga menguli so for lunch semalam we had capati.

My HARAPAN tahun 1430H/2009 ... tersangatlah dialu2kan kalau ada sesiapa yang bermurah hati atau terlebih dapat dividend ASB kot teringin nak pahala lebih to sponsor yang kat atas tuuu atau yang kat bawah niih, hehe.
I tak cerewet tentang ronanya.. any color will do as my kitchen is neutral <- desperado betul pempuan nih!

Saturday 3 January 2009

BBQ ...


D had a blast birthday. Dua hari berturut2 on January 2nd & 3rd ada pesta bakar membakar. Bukan bakar2 nak tunjuk perasaan tapi bakar kambing, sotong, ayam dll. BBQ gamaknya. D and a few friends joint-venture buat makan2 nih. Diorang fork out RM20 sorang (AJK kena bayar lebih) tapi untuk kawan2 AJK yg nak join sama, bayar aje RM10.

T yang bukan AJK kena bayar RM20 gak sebab dia adik pada AJK dan bertindak sebagai co-host. So, T pun jemput 4 orang kawan kolejnya.

Segala2nya diorang buat sendiri bermula dari initial planning, bahagikan kerja, pergi membeli barang2, potong itu ini, marinate itu ini. Pendek kata, segala2nyalah, and that made me happy as I am not needed in their plan. No intervention from my side is heaven, but? Alamak .. Orang yg dipertanggong jawabkan buat mashed potato aka kentang lenyek tak dapat datang pulak.

Jadinya, siapakah orang terdekat yang berkaliber kena buat kentang lenyek tu? Nak story panjang2 pun tak guna, khaan? Nasib baik I ada kawan2 terdiri dari pakar masak donia namely Martha Stewart, Delia Smith dan si Bourdain tu. Somehow I pilih resipi mashed potato Cik Martha. Oh ya, by request E minta I masak nasi goreng. Dia ni dah kerinduan air tangan mak dia almaklum maknya dah kerahmatullah.

"Ehh banyaknya, nak buat semua ke"? tercetus soalan bila terpandang 2 kampit kentang.
Namun berpandukan gut feeling, semua kentang direbus, dilenyek dan seterusnya diadun dengan lada hitam, susu cair (patutnya guna susu+cream), garam dan mentiga. Kacau on slow fire. Brown gravy pun ada .. semua tu I buat tau tapi tak sempat nak buat coleslaw. Terkilan rasanya budak2 tu tak dapat menikmati my coleslaw yang sedap tak terkira tuu.

I end-up tak boleh duduk dengan selesa sebab terasa kerusi tu sempit sangat. Hahaha.. terus kembang bila dapat pujian.

As for my nasi goreng, I want to do it my way but since one of the AJKs has bought cili bo 3 peket, terpaksalah juga guna cili tu yang berakhir dengan nasi goreng yang berona merah. Hmmm.. I don't like .. tapi habis juga akhirnya...

When time to tidy up the place, telinga ni terdengar2 dari jauh beberapa komen tak puas hati.. hehehe bab ni I paling suka dan I tersenyum riang. Barulah masing2 sedar betapa tak bestnya kalau salah sorang dipandang seakan2 curi tulang ..

Maka dari itu, pengajaran yang pertama ialah ... TOLONG MAK DI RUMAH, BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING. Sekian terima kasih. Wslm

Friday 2 January 2009

Happy Birthday D ...

D with babysitter's daughter


Today is your birthday. How time flies ... and yet I am still as young as ever ... muahahaha.. (monitored laughter just to cover line).

1st 5 years of my marriage was just bliss. Nothing to worry about, so to speak. It was an easy life taking care of just one 'big baby' and Bozo, the cat. Thank god there was no pressure from anybody with question like "bila nak beranak"?

All the while I thought I was barren. A few of your aunties don't have kids so I could be just like them. Maklum sama gene. MOU was verbally signed with Abah ie by certain age "kita ambik anak angkat aje". He agreed wholeheartedly.

Al-kisah on one fine day Mak Long advised me .. "doalah ...". As you know, she herself has no kid of her own, been married for 36 yrs this year, insyaallah. Berdoa I did, as not long after that I conceived. Allah answered my prayer just like that? Oh my ... Ya Rahman Ya Rahim...

Getting pregnant for the first time was of mixed feelings .. happy, worry, unsure, disbelief, thankful ...

I read lots of books about childbirth but for one Dr Spock never say "push as though you are about to pass motion". Or, was I terlepas pandang of that fact? Not really as I could remember vividly TokNah used to tell Ibu and me"Pak Mok kata teran macam sembelit". Pak Mok is TokNah's big bro, a kadi and a sporting one for that matter. I wish to see you and T behaving like TokMok n TokNah.. caring, loving and respect each other. 2 beradik macam isi dgn kuku sama2 merantau dibumi Malaya.

I used to ask TokNah "beranak sakit tak mak".. Duh?? but that was truly an innocent question. TokNah would just say "sakit.. tu sebab anak2 jangan melawan".. I could remember just once that I purposely hampakan TokNah when she asked me to make a suit from batik ala gonjeng just like her friend's daughter was wearing.
.
That time it was selisih malaikat 44 to be seen adorning anything in batik but if it was batik made of voile, crepe or silk, then that is different story altogether. Only Belia 4B adorned batik (yang tak cantik pada pandangan umum!).

My 1st trimester was ok but uncomfortable. Makan time was always dreadful as I must do self-body-massage first and I have to burrp then only I could enjoy a spoonful of whatever food of the day. My office mates could attest to this. My morning sickness was short but during the period I loathed perishable goods and the aroma of cooked rice. Abah helped to cook simple dishes. His fried fish and fried prawns were out of this world! Tak caya suruh dia buat sekarang.

The first 3 mths of feeling "OMG .. help me please" was finally over but during the consequtive months I didn't gain much weight though my appetite kept building up. I craved for satay, soto, rootbear floats and KFC vege. salad, not forgetting foods cooked by other people. In 9 months I had gained extra 14 lbs only (not in metric yet) and no wonder you were so tiny hardly a 7 pounder baby and tersangatlah sepet.

My gynae was Dr H for you and T. Suka tengok muka dia persis hero Jepun tu, dengan erti kata lain, handsome! Apparently he was the one pioneered IVF in Malaysia. Terer kan? IVF not IMF, ok? Thought of naming you 'H' but my idea was 'rejected raw' by you-know-who.

Had felt uneasy on the nite of 31st Dec. I was supposed to attend department dinner at my boss' house but I didn't go. Very early morning of January 1st I was already admitted. By noon the contractions became quite unbearable, but at the same time I was hungry. I told Abah "nak makan burger" (just light meal or else masa push2, lain pulak yang keluar nanti). Abah naturally had to find a burger. Should I die kempunankan burger (not because of giving birth), surely he would regret for the rest of his life, wouldn't he? So, nyum2, at last I had Burger King.

Tok and TokEngku came all the way from JB. Tok buat air selusuh and non stop bersolat. I was having difficulty as you refused to see the world. At last, with doas and a forcep, you finally made an entrance. At 12.52am you were mine to keep! Overall, I kinda like being pregnant as physically I look wonderful and felt good.. hehe.. (ni fakta semata2, bukan perasan).

On two occasions when I was pregnant, Tok R went to Mekah to perform his Haj. He certainly prayed hard and doa for the wellbeing of both you and T hence it gave me full confidence that you both would always be blessed by Allah and be on the right track all the time in iman and akidah, to practice the FIVE diligently and wholeheartedly in faith the SIX.

Dear D, I wrote this specially for you. Don't know when you are able to read this. Just a brief down memory lane .. It would be berkajang2 if I were to jot down everything .. Your first sentence "Umiii, naak air" lingers on and you still do it even now dah besar panjang. Hope you still remember why you need to say "sayaang bonda" and later give me that big hug and of our moments together when watching the Land Before Time .. Longneck & friends .. "yup..yup..yup.. keep up..keep up". Teenage Mutant Ninja Turtle? Transformers?

What has happened on the eve of your birthday, let's forget it. I accept whatever was written in the sms. We make mistake, we learn from it. Jangan sombong dengan Allah, we are here merely as HIS servants.

"terima kasih lahirkan d, jaga, didik, bagi makan minum semua sempurna. D tau .......... (blink2), but deep inside me you're my everything. I love u so much. You're the best Mi. Umi tak salah didik ape2 pun.. i dont want to lose u Mi. Minta maaf banyak2. I wanna be a gud son. Sayang bonda! 4.54am 2/1/09