Sunday 28 June 2009

Majlis khatam Quran/makan2, 6Jahanam...

Sat 27/6 8.30am - Majlis khatam Quran di rumah my jiran Hjh S. Jemputan terdiri dari jiran2 perempuan dan kenalan Hjh dari masjid dan grup yasin. 4 orang berkhatam serentak dibawah tutelage Ustaz muda yang berbaju putih tu. Tentunya ni bukan kali pertama mereka berkhatam tapi kali pertama khatam setelah membaca Quran dengan teliti seteliti2nya (maaf I tak reti nak huraikan).
.
Amat panjang doa yang dibaca khas untuk khatam Quran. Ustaz beri tazkirah pendek dan manis, diantaranya.. siapa2 yang berada dalam majlis seperti itu tersangatlah beruntung, doa yang dipohon kepada Allah, insyaallah dimakbulkan (disaat itu mata CikSom yang agak layu terus bercahaya bersinar segar pugar, terasa semacam satu semangat baru meresap kejiwa..).


Majlis diakhiri dengan menikmati juadah2 yang melimpah ruah tak cukup meja, seolah2 'tiada esok bagimu' atau 'tiada cahaya diufuk senja' (haha, layaaanz). Para jemputan masing2 bawa pot luck, tulah yang menjadi2 sampai tak cukup meja tu. There goes everyone's diet.
.
Semoga Hjh S sekeluarga diberi kesejahteraan dengan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki, dijauhi dari keresahan dan kerisauan. BTW, meh sama2 kita amalkan Ya Razak ...


Fri 26/6 8pm - Majlis tahlil di rumah my jiran juga, Shi. Sila perhatikan alat diatas tu. Apakah? Haha, alat tu bukan penimbang buat kueh atau berat badan tapi alat mengetest paras tekanan darah.

Alat tu diperkenalkan semasa sesi bersantai dimana mak2 dara sedang bersandar didinding, mengemas-kini kedudukan tudung, re-adjust hook kain dan ramai nampak cam mengah dan pucat. Mengah sebab paham2 ajelah dan pucat sebab lipstik dah tak kelihatan dibibir. Dah kenyang baru teringat hal diet yang dah kecundang, sigh..


Tuan rumah ada darah tinggi, tu sebab perlunya dia simpan alat tu. Pada malam tu dia jadi misi/doktor quack kejap. Habis semua orang ditestnya. Alhamdulillah, each and everyone of us has normal BP reading except of course tuan punya alat. Dia dah pening2 lalat sebab cuit ikan masin masak lemak.

Terima kasih kerana menjemput kami semua. Doa yang sama seperti diatas ditujukan pada Shi sekeluarga.

Oh ya, I nak share satu insiden ngeri told by another jiran. Masa dia drive depan Sum*it dalam keadaan jem, cermin keretanya dihentak kuat lalu dibolosi oleh tangan 6-Jahanam (gelaran untuk orang jahat). Secepat kilat beg tangannya diragut dari tempat duduk dan dilarikan (naik motor). Nasib baik my jiran dan ketiga2 puterinya selamat (bawah umur 7 thn).

Insiden yang sama berlaku disaksikan oleh another jiran (jiran2 I nampaknya layak masuk rancangan 999 tu kan? hehe). Dia nampak 6-Jahanam terkekeh2 ketawa sebaik saje berjaya merampas beg tangan mangsa. Insiden berlaku depan SubParade.

Modus operandi: 6-Jahanam beraksi naik motor tatkala jalanraya sesak dan tentunya semasa kereta bergerak perlahan.
.

Friday 26 June 2009

Kenangan mengusik jiwa ..

Pagi lagi dah tension. Bukan tension kerana MaikelJeksen atau FaraFoset passed away tapi tension air paip dapur masih kaler kopi cair. Berapa liter dah habis sebab biarkan air paip tu keluar berlarutan selama 10 minit.

Tak larat nak tadah air dalam baldi dan guna air tu untuk siram pokok atau guna untuk basuh parit ke apa. Tak hingin! Kalau tiap hari asyik mengangkut baldi aje, just imagine what's gonna happen to my biceps and triceps? Sure berketul2 kan? Then what happens to my tulang temulang yang lain?

Right now I sedang membaik pulih tulang temulang dengan meminum N-lene biar kuat tak rapuh. I teringin jadi ligat macam anak Uncle Teo dalam iklan N-lene kat tv tu.

??: Ooit Ciksom, mana pulak Uncle Teo? You mean Uncle Yeo kan?
CS: Haaa.. yaalah. Yeo Teo Meo.. samalah tuu..
??: Lupalah tu, sah dah tua (cakap dalam ati, nahas kalau cakap kuat2)

Nak sentuh sket pasal MJ & FF. You all ada tak rasa segelumit sedih now that both of them dah takde kat donia?? I sedih sebab kehidupan I masa silam banyak bersangkut paut dengan diorang berdua tu. In a way, feeling nostalgic yang memungkinkan terkeluarnya deraian airmata yang tak terbendung ..

Where was I and what was I doing when songs like I'll be there, Ben, the girl is mine & SaySaySay (last 2 songs duet with PolMekKatni) being played on air?

I was either at 84 Jln Merdeka, 8B Jalan Petrie or at 66 14/58 .. Life then was simpler and happier. I still have Tok, Bak, Mak & Mohd. Adik-beradik bersatu hati, caring, penuh kasih sayang, dan takde 'influence luar'. All under one roof.

I could still remember then, the one and only harta dunia which I cherished most, was none other than my National transistor radio (dpt hadiah pass Form3). Prior to that branded radio, I've had one or two cikai ones. Cikai2 pun I couldn't afford to purchase in cash so guess who came to my rescue? Who else but my Tok..

How can I resist $11 punya radio, kan? Kowtim dengan Tok discreetly, janji bayar balik bila I dapat gaji. Tok kept her $$ pintal2 dalam sapu tangan. It took a while for Tok to release the pintalan namun CikSom waited patiently (memang berbaloi), dapatlah $6.

Did I pay back Tok? Sure did, dah janji kan? Lagi pun I ni memang berpegang kuat pada janji (ehem.. tak riak tapi fakta). Besides the pocket money given by Bak (solely untuk belanja sekolah), I also received pocket money from my 3 working sisters, tu yang buat I konfiden boleh bayar balik hutang tu. Sebulan dapat tak banyak adalah $60 (sahaja <- penuh makna nih, heheh).

60? bbpj (pinjam kata2 CikSom II.. baca boleh percaya jangan), tapi kalau benar2 tak percaya, erasekan aje ZERO tu, ok? Takde apa nak dicemburukan. CikSom guwau2 jer.
Dengan transistor radio tulah I berhibur dengar macam2 lagu, salin resipi (patutlah I rajin memasak ?*!?), dan dengar sandiwara; pendekkata macam2lah. Dalam pada berhibur, banyak pengetahuan yang sempat I cedok (percayalah..).

BTW, you pernah tak dengar orang pelat tak reti sebut Z? Z jadi J. I kenal 2 orang, si LLT yang selamba aje menyebut zero as jilo, dalam meeting pulak tu. Hissh, sia2 aje muka ensem bak aktor HK & Korea. Sorang lagi is my step mum yang dah biasa dengan loghat negara dia, kerap silap sebut nama my other half. I mahapkan no big deal tapi adakalanya I syok juga usik2 dia "tu lagu si Jali2 tu Mak Engku). Dengan hilaian yang sungguh meriah, ME pun kata "haper2lah".

Haha, baru DAN (cakap Kedah) nak cerita pasal FaraFoset.

FF dengan libasan rambutnya yang 'who can forget' dan mesti teruja nak wat wambut cam tu. I pun teruja gak tapi apakan daya, habis kuat berjaya buat flicknya aje ie ramos yang berombak2 tulah. Never missed an episod of Charlie'sA. Missed kalu memang ralat sebab tak dapat berangan jadi LAWA dan BERGAYA cam FF & kawan2nya tu. At the same time, I really got the kick whenever I succeeded in guessing 'siapa jahat' before those 3 ladies could. Bakat terpendam terserlah, lama daah, OK? ;-)

Yes.. life then was still simpler.. no need to cook, no need to think of what to cook, less gray hair, less wrinkles, less gelora .. NAMUN .. alhamdulillah for the life NOW.

Wednesday 24 June 2009

Krekkk..

Malap aje rupa dinner I ni ek?

Projek hari ni mengemas-kini freezer 1. Freezer 1 ada 2 tingkat. Yang atas dah dikosongkan (visi nak letak 1 tub eskrem. Diet? Apa tuh?); dan yang sebelah bawah OMG! Ni kes membuka pekong didada nih. Tapi tak perlah, I redha dengan pandang serong you all.

Thrown: segala benda yang tidak dapat dikenal pasti jisimnya. To elaborate more would take a while, so abaikan aje.

Salvaged: 2 keping ikan lemon sole, seketul kepala ikan bawal, sekeping ikan tenggiri dan sekeping ikan ... ikan apa ek? YaAllah .. boleh lupa nama ikan tu? Tanya T dia kata siakap/tenggiri. Haha, wild guess yang tak tepat (rupa siakap pun dia tak tau). Jap eh, I tanya tuan besar sat harap2 dia ingat..

krekkk .. krekkk (bunyi tangga cam tu, ok ke tak ok?).

Pintu bilik ditolak sejurus I 'knock three times' (sopan kan?). I tak tunggu suara kata "masuk" sebab tu juga bilik I, khan?? heheh. Owhh, beliau sedang beribadat rupanya tapi "sori you, nak tanya sket .. you ingat tak ikan apa I guna untuk masak gulai asam tu"?. Jawapan2nya buat I "hahahaai" sambil pandang kesiling. Katanya "ikan tamban? ikan siakap? terubuk?".. "ehh takperlah, you pun tak ingat ehh"?.

Hadoii.. penat aje turun naik tangga, mengah!

Krekkk .. krekkk (bukan salah tangga dipijak, bukan salah ibu mengandong tapi dah nasib BADAN yang oooh so wow, maka bunyilah krekkk2 itu).

Masih tak puas hati lagi nih. Nak call siapa? Dah almost 12 midnite. OK kena tafakur kejap, Bismillah .. I mesti dapatkan nama ikan tu, if not kenot sleep.

Shhuuwishh!!! bayangkan kepulan angin putih seakan2 kapas berpusing2 keliling dahi I.. (yes, it's coming.. it's coming).

YaAllah ya tuhanku ...... Ikan parang! PAP! tepuk dahi kejap. Tak sampai 15 saat bertafakur terus teringat nama ikan tu? Masyaallah, the power of Bismillah... On the other hand, gitu agaknya kalau Allah tak benarkan kita ingat pada sesuatu n vice-versa. Kalau time exam tetiba blank macam tu, sure kena repeat paper, kan?

That brought me to think, no wonder I failed my Maths dulu, mesti ada gejala mental block ni tapi kalau I cuba2 cari pasal explainkan kat Bak, apa agaknya dia kata? Maaf, perkataan 'kata' perlu dipinda, sesuai ditukar jadi 'sembur'. Aduuhh Bak, sampai ati.. (praktis, hafal fomula, pahamkan, praktis, tak paham tanya).

Lepas kena 'sembur', I pun zzzz , tup2 dah pagi Kamis.

I gostan keperenggan Salvaged. Ikan2 tersebut I ghebus. Niat dihati nak sedekahkan pada 3-4 kucing belakang rumah. Depa tak bertuan, melarat2 untuk sesuap nasi. So semalam, dam2 dum bunyi mercun, depa berharirayalah. Ada 2 ekor tu macam nak ucapkan something aje. I macam terdengar2 "semoga auntie sihat walafiat dimurahkan rezeki dan muda selalu". Mungkinkah??

I ni ada penyakit yang bukan sakit; kalau ikan dah lama nyorok dalam freezer over a period of time, I dah geli nak masak. Once upon a time, I pernah buat serunding hasil dari ikan2 expired tu. Tough job kacau sorang2 sampai meleleh2 peluh. Esoknya I brought one big loaf dan serunding tu jamu kawan2 kat ofis. Kawan2 pun bukan main seronok lagi dapat breakfast free tapi I dah warn diorang, kalau sakit perut jangan salahkan serunding I tu, almaklum ..

Patutnya hari ni I keluar beli barang dapur, tapi I berkarya pulak. Malam nanti jiran jemput kemajlis doa selamat, itu sudah best tapi soalannya.. patutkah I masak untuk lunch atau JJCM/JJCL aje?
I better masak nasik kat rumah aje, jimat you. Baru tau diorang caj RM1.30 untuk nasi penuh sedangkan I selalu makan kurang dari 1/4 portion. Diorang pun tak pernah tanya "separuh atau penuh" sebelum kira dan I pun tak pernah tanya.

Tuesday 23 June 2009

CikTenggiri berdialog ..


cik tenggiri (ct)

CT: CikSom dear, tunggu apa lagi? Dah pukul 1 nih, I'm ready you know
CS: Ready for what?
CT: Masaklah kita, apa lagi?
CS: Jap aaa, baru pukul 1. Masak cepat2 pun bukan ada orang nak makan
CT: CikSom ni selalu cam nih tau. Karang dah pukul 3 baru nak sebuk2. Pastu bila tuan besar balik mulalah berdrama; kata tak sempat goreng sayorlah, kata ikan tak sempat thawlah..
CS: Eii, potpet2 pulak.. Kasilaa idea sket, nak masak apa?
CT: Kita rela dikarikan .. semua bahan ada kan?
CS: Apsal mesti kari?
CT: Dah tu?
CS: Dah tuuu ... kita ke plan B ajelah

ct
CT: Plan B tu plan apa?
CS: Plan B? Meh .. masuk dalam esbok semula ..
CT: Ni yang kita benci nih... (sambil menghempas2 badan atas pinggan)
CS: Oit.. plan C pun kita ada tau..
CT: Alaaa tau punya .. beli lauk dah siap kan?
CS: Adalaa...

Monday 22 June 2009

TAG ...

Lepas dengar lagu Omm Pah Pah dari rumah KakJa, macam ternaik sikit semangat nak habiskan 'thesis' ni untuk Shahirah (dak cun yang manis tuu..).

1) Anda rasa anda HOT? HOT yang bermaksud hot, sexy n d'bomb kan? Hahaha... kelakar, kelakar. Memang tak hot dan tak pernah hot pun tapi I bersyukur tidak dilahirkan hot dalam ertikata sebenar. Tapikaan, masa I kerja dulu ada sorang jejaka terlajak ni komen "u ni masa muda mesti cantik kan?", hahaha.. konghaja aje dia cakap cenggitu walhal masa tu I baru jer sweet 35 (sumpah sweet!). My friend tu memang kaki lawak pun tapi I tetap jawab dengan muka selamba ala serius "tak payah muda, sekarang pun I cantik aperrr". Sekian.

2) Upload photo kegemaran anda: Ya ampun.. photo terpaksa disitar :-)

3) Mengapa anda suka photo ini?

N/A

4) Bila kali terakhir anda makan Pizza Soalan nih tak mencabarlaah. Tanyalah "anda pandai makan tapi pandai buat pizza tak? Nyatakan 6 bahan2 utama", atau "cheese atas pizza tu halal tak? Namakan 4 jenis cheese yang anda tahu" .. Gitulah serba sikit soalan mencabar :-) Anyway, jawapan pada soalan ialah 3/6/09.

5) Lagu terakhir yang anda dengar Omm Pah Pah dari blog KakJa. Dia ni 'omputih' NuJilen mari .. HOT jugak.

6) Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan nama apa? Selain nama sendiri yang femes tu ka? (har3), I suka nama Fatin (Fatin Hamamah nama my friend masa sekolah ugama dulu). Fatin Hamamah nama wife Omar Shariff, aktor Arab yang made it big dalam filim2 Holiwud dulu kala. Fatin bermula dengan F, tapi cuba tukarkan ke D .. auwww.. tak semena2 jadilah .. hehe (malu nak sebut).

7) Tag lagi 6 orang Alamak, ni yang berat nih tapi takpelah I tulis aje nama2 glemer diorang 1.Dentist and Me (no. 2 tak dikenal pasti) 3. Mrs CW 4. Mr CW 5. Kak Ja 6. Azieda

8) Siapa no SATU bagi anda? Beliaulah yang potpet-potpet suh kitorang membelog <-- ni ayat keji. Ayat hemah --> beliaulah pencetus idea supaya kami jadi blogger tegar (baru 2-3 hari paham maksud tegar, heheh).

9) Orang no TIGA ada hubungan dengan siapa? Mestilah dengan no. 4 tu, ehem.

10) Kata sesuatu berkenaan orang no. LIMA Baru jer kenal tapi rasanya beliau boleh jadi my partner in crime. Dia surirumah terlebih masa, macam I. Dia sayang keretanya yang dah meragam, macam I. Dia tak kuasa buat besday parti untuk anak2, macam I. Dia ada KakP, I pun ada. Dia LOL =lady of letih, I pun. Satu aje tak sama .. dia boleh menyanyi Omm Pah Pah manakala I rela mati dari menyanyi. 3 lagu aje I lepas - Happy birthday, Negaraku dan Johore national anthem (terbayang2 muka CikMod yang suka tampar2 rakyat tu and yet rakyat tetap mendoakannya).

11) Bagi pesanan kepada orang no. ENAM U pun mesti rajin menulis dalam blog u ok? Thanks for the comments and kata2 semangat. My mood is my worst enemy. My mood cepat aje down bila kawan2 blogger tak update apa2 sekian lama.
.
Fuuh, lega..

Saturday 20 June 2009

Penatlah nak pk tajuk ..

Plain bread & cinnamon sticks eaten with butterscotch sauce
Belum apa2 dah ingat nak makan

Tako with Abalone filling
makan tako perasan berada dilereng Mt Fuji

(oklah tu sekali-sekala nak perasan)

Sushi untuk mengaburi mata sendiri yang konon2 berdiet

Gambar tak terang sebab diorang nervous :-)
.
My niece (yang tuu... nampak tak?) ialah anak tunggal my aruah abang. Baru darjah lima dan pertama kali masuk peraduan spelling bee or as they call it 'SIR - spell it right'. I dua beranak ke Piramid nak beri semangat dan sokongan padu sementelah suku sakat yang lain tak dapat hadir. Dari rumah lagi I dah rasa sebak semacam (I ni diva airmata tau) ...
.
Majlis bermula, perkataan untuk dieja 1. tycoon 2. outbreak 3. svelte. Bila dia berjaya eja 'tycoon' pastu 'outbreak', T and I bertepuk tangan kegumbiraan and at the same time a surge of rasa sebak ensued, maka bergenanglah airmata kami. If only her Bak was around, this event would've been more meaningful for her; but it's OK, Mama, Wan, Umi and Kak T dah datang. My niece tersangkut mengeja 'svelte' as sevelte. She looked a bit sad but it was a good try, boleh cuba lain kali kalau ada rezeki dan peluang. I peluk dia erat2.. biar semangat dia pulih.
.
If only dia ada talian hayat.. I lah orangnya yang akan berlari naik kepentas. Glemerlah I nanti, masuk paper keluar teevee tapi camana kalau I silap eja? Silap eja takpe tapi I tak redha bila wartawan lebih nak menanya perihal tudung yang I gayakan tadi. Sepatutnya tudung tu dah lama diberi golden handshake tapi I tak sampai hati. Kita dah macam kembar tak siam, sama2 alami pahit manis kehidupan, pendek kata dah macam ebony and ivory .. (bunyi cam merepek tapi I saja yang faham maksud yang tersirat).
.
Tugasan I (w'pun sebak kejap tadi) tetap berjalan lancar macam biasa... hantar text beri lapuran selari pada 2 of my sisters (closest to my niece). Sementara tunggu giliran my niece mengeja, T and I quietly JJCM dan terus makan (Pic no. 1). Sebelum balik, we all singgah kaunter sushi & tako. Makan tako tapi tapau sushi. Bila dah agak2 kenyang dan kepala pun terasa ringan (angkara T ajak pusing2 tengok kasut), we pun call it a day (jalan selamat sementara $ masih berkepul2 terselit kat poket rahsia, shhhh..). Sebenarnya mata ni dah terpandang2 lambaian bantal bus** (alaah, masam sikit aje..).
.
T takde bantal busuk tapi D ada. Bantal yang mulanya warna biru bertukar jadi biru tua pekhat! Bantal yang mulanya bersampul, ntah kemana sampulnya. Ada hati pulak dia suruh I cium kat a few spots yang dah siap ditanda beberapa anak panah <----- cam nih. I kata "tak singin umi nak cium, busuk". D kata "taak Mi.. cuba cium kat sini (sambil tunjuk2 dengan jari).. yang ni bau milo.. yang ni bau susu". Ada juga bau2an yang dia sendiri tak dapat nak tafsirkan bau apa.
.
Petang ni another niece jemput kerumahnya ada majlis potong kek dan tiup2 belon sempena besday yang baru 5 tahun. Dukacita tak dapat memeriahkan majlis sebab tuan besar kepenatan baru balik ofis dan I perlu berehat sementelah kepala dah ringan semacam.
.
Rintihan: kesiannya I tak dapat makan kek. I suka besday kek, kan? Tadi I nampak jiran sebelah beli kek ResipiRahsia; kebetulan hari ni besday anak kembar dia - same age as my niece.
Patutkah I rajinkan diri sapu2 daun kering, siram2 pokok tanpa bunga dan cakap2 dengan kucing kat luar tu?? Patutkah ??

Friday 19 June 2009

Mee and me ..

MB at 9pm yesterday

2 days ago I had mee PK and yesterday I had MB. Since T is on sem break, ada aje benda yang dia idamkan; K-eF-C Fiery chicken, MekD, aiskrim Waall's (new flavor, memang sedap u) n Slurphee (the list tak henti disini ok?). Dalam pada tu, "nak makan yang Umi masak juga". Takat ni 2 mee dah setel, next is mee kari and sambal sotong.. Nasib baik yang senang2 aje, hehe.
Disamping ad-hoc requests, tiap hari I masak nasi dan lauk ..... pauk (kesian I taw). 'Pauk' tu ditaip jauh sikit dari 'lauk' sebab masakan I tak dikategorikan meriah. Selalunya ada 3 lauk but lately macam nampak 2 aje (haha, ada hati kata 'macam') cos I skip masak vege. (substitute dengan buah). Bila terjadi 'macam ada 2 lauk aje', odisyen sesi anak wayang pun bermula ..

Ada 3 skrip saja (buat masa ni laa)..
1: hari ni takde sayor (walhal sayor sedang menggigil dalam esbok), u makan buah aje eh?
2: I tak sempat masak sayor, ada dua lauk aje, ok ke?
3: hari ni tak masak sayorlaa .. dalam esbok pun dah takde apa (harap2 dia tak check esbok supaya fakta no. 1 tu sentiasa valid, har3)

I think tuan besar pun dah malas nak layan I tapi relax aje dia kata "OK". Aduhh, tak ke I rasa donia ni ana empunya?? Dengar macam tu aje I dah hepi, tak dapat emas secupak pun takpe (asalkan tiap bulan dapat WANGsa maju.. majulah poket I, kihkihkih <-- gelak manipulasi nih). Tapi kan you, sebenarnya dia memang tak reti makan lauk beranika jenis unlike me (yang tamak haloba). Dia sure pening lalat bila tengok 4 lauk atas meja berbanding 1 atau 2. .
.
Masak untuk selera 4 orang dah memeningkan whatmore 4 ratus, kan?. Tu sebab my cita2 to own a small cafe never materialised. Tension tau bila kena komplen makanan tak sedap; esp. bila mood chef merundum (dengan PMSnya, PMTnya), definitely rasa masakan lari punya. Cukuplah dengan 'small cafe' yang I dah bina sejak berdekad2 lamanya, strictly for 4 tu. OKlah, I shall name my cafe as 'Strictly 4-4', best kan?? Macam malaikat 44?

Cafe tu takde hasil in terms of $ tapi diharap ada intangible hasil dariNya, insyaallah.


My breakfast at 6am today
30 minutes later ...
(apa dah jadi? kata nak diet?)

Thursday 18 June 2009

??**????!!

1.24 am masih lom tidor sebab baru jer dinner cum supper at 1215am. At 11pm I mula menggoreng mee hoon, better known to my family as mee PK. T komplen "umi dah lama tak masak". Biar betul budak nih taw. Kita masak kat rumah dia keluar makan dengan kengkawan. Last2 dia kata I masak benda yang dia tak suka ie tempe. Macamlah tiap hari I masak tempe, tu pun bukan I yang beli, kakak kasi.

I: T nak makan apa?
T: sambal sotong dengan lemak labu ke, lemak nenas ke
I: amboi! mana ada bahan2 tu? Umi masak mee PK aje eh?
.
Since I dah ngantok I tidur dulu; so from 8.30-10pm I pun melabuhkan sauh. Alarm hp bunyi pukul 10 tepat tapi I golek2 till 10.30pm saja nak kumpul tenaga, ehem.

Tuan besar came home from work at 12am (ofis apa yang kerja sampai pukul 12 pagi ek?) so kami bertiga makan sama2. Esok beliau cuti, so it'll be a happy day for me. JJCM or JJCL. Yes!

Sekarang nih I tinggal sensorang kat bawah. Tuan besar mesti tengah ngadap laptop kat atas tu while T tengah mandi. Budak ni tak kira pukul berapa, kalau dia nak mandi, dia mandi. Dan kalau dah mandi sebelum tidor, jangan haraplah nak suruh dia buat apa2. Kadang2 mintak dia tolong capaikan remote control atau ambikkan my hp, nak tau camana dia pegang? Dia pegang dengan 2 jari kurus dia, tu pun kat hujung2 jari aje. Tak tahan tengok macam tu I pun soundlah "hp umi najis ke?". Haa, gitu sekali kekdahnya I melontarkan perasaan. Lepas tu dia terus basuh 2 jari yang kononnya dah tercemar tu. Nanti I bongkar pe'el obsessi dia yang lain2 eh?

Sebelum I mengetok kibod, I told tuan besar "hari ni kurang jus untuk I berkaryalah". Dia jawab "fuh" aje. 'Fuh' yang bermaksud 'wow, terernya bini aku' kot? Haha, apa2lah asalkan dia tak kacau my domain and I don't kacau his. Selamat sejahtera adanya, insyaallah.

Oh ya, today of all the days, the paip dalam toilet tu terpotel. Bila dah terpotel tu, air keluar seolah2 dari tanah menyembur keatas. Imagine how I ambik wuduk? Hari tu lampu bilik air terbakar, it took almost 2 weeks to get it fixed. Now giliran paip pulak, so agak2nya pada firasat I lah, berapa lamalah benda tu will get fixed. Hmm..
.
Tuan besar dan bujangnya ada bakat jadi handyman tapi biasalah orang lelaki kan kan kan? Cakap sekali "ya", dua kali "ok", tiga kali "tau". Camana wife/emak tak cakap berulang2 kali? but it will end up saying orang pompuan nih suka berleterlah, suka membebellah dan suka cakap ulang2. Sigh ..

My Bak selalu membebel tapi Mak tak. Bak juga selalu berleter tapi Mak tak. I anggap apa yang keluar dari mulut Bak memang semata2 leteran dan bebelan BUT I was wrong; I never realized then that all his words are words of wisdom and that they seeped through my benak slowly but surely and they got imprinted there. I dare say now that all his so-called bebelan/leteran are nothing but kata2 hikmat semata.
.
At one time while Bak was away performing the Haj, tetiba we all dapat berita that he had passed away there. Bila tau kononnya Bak meninggal kat Mekah tu, Ndja and I dalam keadaan sedih tak sedih (sebab tak dapat reassurance tentang kematian) sama2 kata "biarlah Bak berleter, biarlah dia marah kita berapa banyak dia nak.." Well, Bak didn't die in Mekah, Allah doesn't grant his doa to die there. Maybe Bak dipanjangkan umur untuk jadi wali I kot?

I nak relatekan cerita kat atas tu dengan kesah D&T dengan abahnya. Budak2 ni kalau abahnya terlebih cakap atau terlebih tanya, let alone tersilap cakap mulalah diorang kecik hati dan jauh hati. Memang mengada, bukannya kena tengking atau kena marah kow2. Tapi kesian juga bila abah budak2 tanya "I ni tak boleh cakap ke?". Hehe, gelihati dan simpati juga tapi I kata "boleh cakap tapi diorang nak bermanja dengan you".

Yang hairannya D&T boleh pulak obey silent command tuan besar tapi tidak 100% obey silent command mem besar. Dengan mem besar asyik kerja tawar menawar aje. As Mak selalu kata "Mak tu lemak", I agree 101%.
.
2-3 hari lepas I tengok Oprah's show. Dia tanya Tina T n Cher apa perasaan diorang bila masing2 dah in their 60s n 70s. Cher jokingly said it's horrible but Tina said she likes it. Dia explainlah kenapa dia suka kehidupan sekarang dalam usia yang dah lanjut tu. Jawapannya simple 'wisdom'.

Apparently nama T is Greek, means wisdom. Punyalah suka budak tu nama dia nama Greek (juga Arab). Tapi kenapa atok2 T tak kaya macam shipping magnate tu ehhh? Alah, kaya aje tapi tak happy dan tak ingat Allah, tak guna jugak kan? (hehe, cik anggur yang masam).

Monday 15 June 2009

hahahahaa....


Hari tu lepas makan mee udon, I mimpi pergi Jepun. Jepun dalam keadaan kelamayar, tak nampak bunga sakura bertaburan dan tak nampak bayang hidung hitam siLingLing pun (masih hidupkah dia?). I cuma dengar bunyi gelak tawa Kama**** aje. Dah 15 tahun tak jumpa queen melekek nih tapi camana dia boleh bolos dalam mimpi I?

Malam tadi I mimpi bertegang urat dengan seorang yang tak dikenali tapi dalam suasana 'sesi anak wayang'. Yang bestnya I guna skrip yang sedia ada dalam hati aje. Perasaan masa tu sangat tercabar like wanting to tell the other person 'don't mess up with me'. Mana datangnya semangat tu?

Sinopsis (hehe, kata sesi anak wayang.. kan?)

Ada sorang budak jatuhkan something... pastu I perasan ada sorang pompuan tu moncong2kan mulut kearah budak tu gaya nak menuduh gitu. So I yang perasan jadi heroin ni terus mara kedepan face to face dengan itu pompuan.

Semburan pun bermula ...

I tak ingat apa yang I semburkan tapi lepas tu I rasa lega sangat2 sebab I dah lepaskan segala yang tersimpan. Dan pompuan tu macam tergamam aje ..

Realitinya memang ada kena mengena dengan life I sekarang nih. I've been waiting for the truth to prevail. It has been 1 yr 4 mths now. Kinda tired of waiting but I shall wait ...

Sabar CikSom, sabar ..

Saturday 13 June 2009

Selkom dah lemak vs Pisang masak lemak


Selepas gigih berusaha

Sabar separuh dari iman? Yess, tidak dinafikan. Kiranya I dapat gak pahala for being sikit sabar sebab tak pester tuan besar bila Cel*** B'band buat hal dari 9am-9pm. Tuan besar kerja petang sampai malam so memanglah I tak nak ganggu dengan soalan "kenapa line Cel*** ni down Ling?" (bbpj, tak mananya I panggil dia cam tu. Selalu tanpa 'ng', hehe, I kan pemalu?).
.
Dalam pada tak nak ganggu, sempat (lebih pada sempat pun) hantar 3 sms yang berbunyi sungguh hemah bertanyakan hal line yang down tu. Tuan besar (yang memang tak terer bersms) terus fon mem dia kat rumah .. "I tak ingat nombor dia. Semua tu ada kat rumah, bla3". I yang sentiasa berhemah (haha.. baca boleh, percaya jangan; sepatah kata CikSom the 2nd - kenalan baru siber) punyalah jaga turun naik suara .. last2 I kata "nanti kasi I nombor tu eh? Senang.. terima kasiiih" (tak ke berhemah namanya tu? haha.. bbpj). Selang tak berapa minit, line Cel*** pun up up and away. I sms tuan besar "dah ada line". Yes, line dah ada tapi mood nak berkarya takde pulak... so,
.
lebih baik I tengok drama Nur Kasih .. Sinopsis: Siabang yang alim minat kat Nur tapi sibapak suruh siabang buangkan perasaan tu jauh2. Sibapak berniat nak jodohkan Nur dengan siadik yang sangat kebaratan. Siabang dan siadik dua2 frust sebab ...... siabang suka pada Nur (tapi tak dapat) whereas siadik disuruh kawin dengan Nur, gal yang dia tak minat sebab dia dah ada dot3 kat Ostolia.
.
Nak sebut sket pasal my aunty, Chik. Masa makan2 hari tu, kitorang perasan dia duduk membongkok tapi kitorang tak syak apa2. Malam tu kakak beritau, Chik terwee-wee kat depan pintu bilik air sebab lututnya ketat tak boleh bergerak. Pastu dia demam, sebelah kaki dan tangannya ada water retention. Kaki yang ketat terasa sakit/sengal. Malam tu juga Chik dipujuk guna Tena saja. Apakah fungsi Tena itu?
.
Habis aje bercakap dengan kakak, perut I serta merta memulas maka mesti dilegakan a.s.a.p. Sedang giat mengumbah, I cari peluang melalak sepuas hati dalam bilik air. Sambil melalak sempat pulak tengok muka sendiri kat cermin. YaAllah.. tak larat, mana hilangnya seri wajah I? tapi bila dah sober, I pandang sekali lagi muka kat cermin, walla.. dengan hidung merah dan mata yang a bit puffy, diadun dek cahaya lampu kuning 60watt, tetiba seri tu kembali you... (betul I tak tipu tapi terserahlah bbpj).
.
Bila semua adik-beradik tau "Chik tak sihat", masing2 pun bergegaslah. Malam Khamis lepas I bertiga melawatnya. Dia masih demam tapi nampak ceria. Rezekinya dah ditakdirkan begitu, walaupun takde keluarga sendiri, kamilah anak2 dan keluarganya. She has 11 more anak2 sedara tapi ....., tapi?
.
Jangan ingat I dah penat berkarya okay? Haha .. ada cerita lagi ni haa..
.
Jam brand CTzen hadiah kawin I dengan ayahanda D&T. Usia jam lebih tua dari D&T. Hehe, apalah I nih.. tulis stetmen yang boleh mendatangkan syak wasangka pulak .. no gud! Tak ingat pulak siapa yang beri hadiah tu. Semoga Allah beri kesejahteraan pada mereka sebab memberi kemudahan pada I sekeluarga. Amin.
.
Tak taulah hubby (masa ni belum iktiraf dia as tuan besar) tak ketuk paku kuat2 kedinding, jam tu tetiba jatuh terhempas lalu berderai kaca2nya; or maybe ia sebagai penunjuk that something was about to happen (yes something merobek jiwa did happen then). Senario: Masa tu duduk kat Sect.14 PJ, baru jer kawin 4 bulan. Sejak kejadian tu, jam dinding tu 'hidup' sempoi aje tak buat kerenah w'pun tak cukup sifat. Yang cukup sifat pulak buat kerenah lelebih.. Siapa lagi kalau bukan D&T, diselang-seli oleh? hehe.. but I'm not telling!
.
I tak habis lagi bercerita nih taw tapi terasa penat pulak nak concludekan .. dan I pun taknaklah buat para pembaca budiman sekelian (dalam hati nak kata peminat setia.. boleh?) pedih mata, kaki semut2 dan tangan sengal2, maka I beredar dulu ehh?

Wednesday 10 June 2009

Jepun celup...

Nilah dia Mee Udon, mee yang putih gebu panjang mengurai. Oleh kerana ChefZah (aka Ndja) very health conscious, semua rencah diguna dari bahan organik kecuali ayam dan udang (ada ke udang organik?). Chef guna 2 jenis cendawan, 2 jenis sayor dan pepper; tak tau dia guna sauce apa untuk menyedapkan keseluruhan rasa mee. Banyak betul dia masak mee versi yang ini untuk kita semua. Mee ni best dimakan dengan cili hiris bergelumang dengan kicap.

Yang ni versi vegetarian khas dimasak untuk diri ChefZah sendiri. Beliau cuba elak memakan seafood/daging dan ntah apa2lah lagi yang cuba dielakkan. ChefZah mempelawa "rasalah yang ni. Takde apa2, garam sikit aje", so kitorang pun kata "terima kasih ... you makanlah sorang2" (maknanya kita tak ingin sebab mesti tak sedap, haha).

Satu pinggan versi tak pedas untuk my 10-year old niece. Sungguh mulia dan tersangat rajin ChefZah tu kan? Sanggup masak beranika versi untuk cater selera orang. Just like Mak & Chik last time, bila dah masak gulai asam untuk Bak, mesti ada aje lauk untuk anak2 lain yang tak tahan pedas walaupun sebijik lada yang digunakan. Manja betul! And aren't we do the same thing to our children (then and even now) whenever certain dishes aren't quite agreeable with their taste buds?

Murtabak ni sponsored by yours truly. Bawak 2 keping aje. Sebelum keluar rumah I call restoran dulu mintak diorang sediakan; senang gini tak buang masa. Kalau diorang ada privilege card, I mesti orangnya among yang terbanyak mengumpul points, hehe.
.
Murtabak punya pasal, niat nak singgah kedai beli agar2 terus terlupa. Tup2 teringat bila dah tiba rumah kakak, alamak! I siap bawak meelo, susu dan custard dari rumah konon nak masak lengkong kat rumah kakak TAPI dia kata "no needlah lain kali aje.. ni ha dah banyak makanan". Betullah tu, kakak KL bawak 3 jenis kueh, kakak SS2 bawak lengkong raspberry.
.
Meriah betul macam hari raya pulak. Perempuan 5 beradik, sorang abang, sorang BIL, my auntie dan 2 anak sedara. Macam2 cerita keluar .. sekejap ketawa, sekejap senyum, sekejap mengusik; dan bila cerita2 purba terkeluar - reminiscing gitu - maka meleleh2lah airmata ..
.
Teh pun jerit "tissue.. tissue" .. Nephew pun berlari2 letak sekotak atas meja.
.
Yang menyedihkan bila kakak bercerita in detail how she n hubby memberitau anaknya, after 28 long years that he's adopted. Boleh ke you imagine perasaan sianak, my sis/bil, dan perasaan kami walaupun kami hanya mak sedaranya saja...? 2 adopted sons pulak tu tapi diberitau pada masa yang berlainan.
.
Allah sure has a way to deal with things that we as His servants fail to foresee...
.
AND we realized that Chik wasn't her usual self .......

Tuesday 9 June 2009

Not my sister's house. Just a view from her house
Ada sesiapa boleh pinjamkan agar2 sepeket tak? Pinjam dulu boleh? Nanti I ganti siap dengan yang dah dimasak sekali. Pleassse ..

Semalam Ndja (diglemerkan ejaan beliau) sms kata dia nak datang, nak demo masak mee Udon kat rumah kakak di PJ. Eksyenlah tu nak nayang masak Jepun.. Kononnya nak bertolak dari S'ban pukul 7 pagi (I pun terasa amat ridi-q-les dia nak bertolak pepagi cam tu), namun ... as what her sms says "am leaving @8.30. My cooking demo will be @11". Haha, tau punya.

At 7.15am semasa I dok golek2 atas katil (menanti tuan besar balik dari opes membawa roti canai), kakak PJ or better known as Teh fon. Katanya dia tak buat apa2 tapi tanya I "tak buat lengkong ke"? I pun kata "kan Long nak buat lengkong?". Teh dengan nada I-tak-tau-nak-describe "ohh, kalau buat lengkong meelo macam hari tu best.. hari tu cam tak puas aje makan, I ni kan tamak". Yes, tamak pasal makanan runs in the family..

You all mesti ingat pemandangan lengkong meelo yang I pamerkan minggu lepas, yes? Alaa.. lengkong yang I bawak pergi ke besday party my niece tulaa (dengan harapan adalah pembaca pasang minat nak scroll down my former post, kiah3).


Tengah berkarya nih, ada aje gangguan "you tau tak makna elated. Kenapa elated dan belated lain maknanya". I yang tekun memerah jus berkarya terus kembali kealam realiti "you, I tengah nak habiskan ayat nih". Gangguan terus menjadi2 "you tau tak makna cerdik pandai dengan ahli pikir" (ada lagi.. "you tau tak beza folklore dengan forlorn").

Fuuhfuuh.... hidung dah mula berhasap nih tapi I layan jugalah hangin tuan besar yang ntah kenapa pagi ni dan sambil makan roti canai mulutnya tetiba cam murai cabut ekor. Selalunya dia diam dan tekun aje menikmati juadah. I'm being rational here, I think dia rasa lega kot sebab berakhirnya kerja malam .. maka malam2 yang berikutnya dia akan berada dirumah disamping bini dia yang berangin sepoi2 bahasa tu. Pulak2 tu dia cuti 3 hari maka dapatlah dia melayan kerenah si sepoi2 bahasa pergi JJCM :-)


Ehhh.. ada lagi gangguan? Sant* pulak hantar sms "Kak..bsk sy free blh datang". I pun jawab secepat kilat "Nanti saya fikirkan dulu ya? terima kasih". Yalah, sekarang mana boleh pikir, I kan tengah berkarya? Dan, later on I nak pergi PJ makan Udon mee dan harus buat lengkong meelo tu. I think terpaksa buat kat rumah Teh. Bila I keluar karang, I singgah kedai beli agar2. Kalau Teh bising, well baby.. whylah you tak bitau I semalam? You tau ajelah adek you nih.. Apa2 pun mesti 'pasang mood' dulu, kaan?

Back to Sant* tu. Wah! dah transformasi dia tu. Dulu dia tulis 'pre', sekarang 'free'. Bab I perlu fikirkan tu bermakna, apa bendanya yang I nak mintak Sant* buat yang I paling m.a.l.a.s. dan tak kuasa nak buat? Yesssss.. I know. Petang nanti I akan turunkan segala langsir harapan dan basuh. Besok dia boleh tolong gantungkan. Yang sebenar2nya I paling m.a.l.a.s. nak pasang hook2 tu semua. Dahlah kena kira hook, kena kira jarak berapa nak selitkan kat langsir tu lagi. Kan I dah kata I failed my maths?? Bila tengok Sant* buat kerja2 yang I tak berapa rajin nak buat, I syukur sebab I dapat tolong Sant* upkan ekonomi poket dia. 'Murni' sungguh minyak masak itew .. ;-)

Nota penting: Jika kita menyimpang ke T,B,U dan S semasa berkarya, tu maknanya otak kiri dan kanan kita berfungsi dengan hebatnya. Lagi pun kita bukan buat exam karangan, kan kan?

Back to hal nak ke PJ tu, it seems Ndja dah uar2kan keberangkatannya to all my sisters. BTW, I ada 4 orang kakak. Muai kan? Alhamdulillah.. thanks to Allah, Bak & Mak. Juga I ada 4 abang dan 1 adek. Tapi since 2 tahun lepas, abang I tinggal 3 aje (sorang dah menyahut panggilan Illahi); ditolak pulak dengan ketiadaan abang yang kena influenced dek 'isteri bertuah' dia tu, maka I hanya dapat bermanja2 dan mengadu hal dengan 2 abang, 1 adek dan 4 kakak SELAIN dari keluarga sendiri. Dan paling best, I juga ada sorang auntie (tempat mengadu dan bergusip hal tertentu aje) .. insyaallah jap lagi I jumpalah dia.

Bila jumpa my auntie nih dia mesti tanya "Z kerja? D buat apa? T tak balik?" (dia boleh repeat 2-3 kali with the same Qs). Pastu dia mesti pelawa "ni megazin lama.. yang belah sini yang baru keluar dari bilik Teh" (sambil tunjuk kat stack of mag. yang tersusun rapi kat hujung katilnya). Umur dia dah mencecah 85 (tu yang terkeluar repeat Qs tu), tapi masih boleh baca majalah gusip juga ilmiah (Nona, Wanita boleh dianggap ilmiah kan?). Dia selak2 juga Australian Woman's Mag "tengok gambar aje". Heheh.. my auntie rocks!

Sunday 7 June 2009

Quiet weekend ...

SagoGulaMelaka
This weekend, in fact the whole of the week rumahtangga I sungguh aman sekali. Bukan hari lain tak aman tapi this week extra aman. Maybe sebab cuti sekolah kot takde bunyi bas lalu lalang depan rumah; takde bunyi motor, takde bunyi lalakan "paper lama" (walaupun yang melalak tu suara anak tokey yang telah ditape, har3.. lawak), dan takde bunyi suara anak2 jiran bermain ..

Mungkin keadaan begitu aman kerana T tak balik rumah pada hujung minggu kah? Yes, I think so, tulah sebab utama rumahtangga I aman damai tanpa gelora. You knowlah jenis gelora yang I maksudkan bila anak dah besar dan ada minda sendiri (mind of their own).
.
Bila teringinkan Slurpee, ceekang, aiskrim & junk food, sanggup drive sorang2 waktu malam. Macam tak boleh tunggu siang hari ("tapi Mi, uncle tu tak jual ceekang siang hari"). Drive malam sorang2 berani pulak tapi tak sekali pun dia pergi kedai kat luar tu jalan kaki sorang2. Bila gini berlaku, Umi terpaksalah sarong blouse dan capai tudung harapan. Bukan tu aje, Umi kena bawak purse juga.. ;-)
.
Maybe aman pada luarannya tapi Allah aje yang tau betapa gundahnya fikiran I kini (risau dan kesian kat T yang sedang berhempas pulas mentela'ah for her exam). I doakan semoga kejayaan berpihak pada anak dara gunung payung intan berlian I yang sorang nih. Amin.
.
Pagi tadi breakfast berdua2an makan jemput2 cicah kari ikan. Hari ni washing machine direhatkan. Sebelum ngadap skrin, I ngadap sokabar dulu. Ada 5 jenis tapi baru katam 2 aje sebab ngantok yg amat. Time tulah terima sms dari my sister kat Seremban "hi senyap jer? zzzz or bz?". I pun terus segar, snap muka sendiri yg konon2nya sedang menela'ah sokabar dan mms kat dia "tengah baca paper nih, mata teramat layu. Sangap gaya badak berendam, kuak molot besar2 maka berjuta2 setan masuk, heheh".

Petang semalam I buat sago gula melaka. Seumur hidup, baru 2 kali buat. I tell you, betapa puas hati bila makan hasil tangan sendiri. Bukan apa, yang jual kat luar sana tu tidak mencapai piawaian, ada aje tak kena. Saja nak kasi perasaan kembang, I pun kata kat tuan besar "sago gula melaka I ni lebih sedap dari kat restoran, kan?". Simple jer jawapannya "yaa memang, I setuju". Yeay, what more can I say? Tak kira pujian tu iklas ke tak, janji gua dah kembang semangkok; rasanya boleh bertahan seminggu nih.

I dapat email dari my gud fren kat M'chester. Dia kesana sebab jaga anak yang baru gave birth sambil bermesra dengan 2 cucu yang lain, bawak diorang bermain kat taman mainan.

"2 hari lepas bwk A & A g playground. Ada anak mat saleh ni (dlm 10 yrs old) mintak I tolong ayun buaian dia. I pun baik hati buaikanlah. Then dia boleh tanya I "dont U have hairs?". I pun jwb yes I have. Then dia kata lagi "Little bit?" I jwb yes little bit. Then dia kata "Can U take off yr hair cover so that I can see yr hair!" Kurang asam betul. Terus I tinggalkan dia tergantung kat buaian dia".

PB, I think itu budak 'kurang vinegar' memandangkan omputih tak guna asam; baik asam jawa maupun asam geluguq.

Lunch terdesak sebab malas nak masak nasik dan lauk2 maka jadilah mee bandung yang tak cukup sifat. Untuk dinner akan difikirkan kemudian .. Now tengah buntu sebab terpesona dgn mee bandung yang sedap tu.. haha.

Thursday 4 June 2009

Saja nak citer ..


Dah seminggu T bawak kereta ke kolej. Signed MOU dengan ayahanda untuk kegunaan <> 2 minggu hingga 10 Jun sahaja (tamat exam) tapi sebelum MOU ditandatangani, terjadilah drama sebabak dengan tumpahan air mata, terguris hati, hati jadi kecik, sesi menjeling dan bertegang urat, semuanya ada.

Siapakah yang lebih sesuai untuk menyelesaikan dan mententeramkan keadaan? Ya benar, siapa lagi khaan? Semuanya beres dengan sianak meminta maaf dan memeluk erat kedua ibu bapanya. Proses belajar dari kesilapan berlaku, alhamdulillah.

Sebab musabab perlu guna kereta :
.
1. Ada 1-2 gerai makanan yg dibukak kat kawasan kolej untuk cater students yang masih belum bercuti. Nak dijadikan cerita, T sakit perut 5-6 kali dan memulas2 bila makan dari gerai tu. Dengan adanya kereta maka bolehlah cari makanan yang ngam dengan selera (dan perut). Kedengaran diangin lalu "bila makan kat McD perut T ok aje". Yalah.. dengan izin Allah.
.
2. Exam diadakan kat hall sekolah berhampiran (hall kolej diguna untuk konvo). Yang ni valid sikit jalan ceritanya. Kesian pulak dalam keadaan donia yang panas terik, kena naik bas turun bas nak buat exam kan? Tak selesa nak wat exam bila tiak wet taw.. hahaha..

I stop menulis seketika sebab terasa oh so ngantok sekali, so I capai my bantal busuk dan lelapkan mata. In no time I dah berada diawang2an.. I mimpi masuk kelas jumpa lecturer nak ambik kertas exam. Lecturer tu sumpah tak friendly, eksyen and stern aje rupa dia. Not sure whether I pass with flying colors or fail menjunam. I terjaga dari lelapan while trying very hard to decipher the lecturer's comments on the exam paper.

Standing order for T 1. call umi before bertolak dari kolej 2. call umi sebaik saja tiba kolej

Last Tuesday at 7.10am T call kata dia dah nak bertolak. Pukul 7.30am dia dah tercegat depan gate. I tanya "ni mesti bawak laju kan?". T jwb "taklah.. guna gear 4 aje".

Semalam dia balik ke kolej pukul 3.15pm. Pukul 3.35 dia call kata dah tiba. I tanya "drive laju eh?". T jwb "taklah.. guna gear 5 aje".

Selama T dapat lesen, dia selalu drive kereta harapan I yang automatik. Kereta yang dia bawak ke kolej tu jenis manual yang selama ini tuan besar guna ke opes. T memang tak biasa drive manually tapi dia yakin boleh. Terjadinya urat2 tegang bila T tak nampak hujah dari umi dan abahnya tapi rasanya by now dia dah nampak dan faham. All we ask of her is to be patient.

Conclusionnya, T gembira dapat pinjam kereta, Mr Lee dari workshop lagilah gembira ria dapat RMxxx, dan agaknya abah rasa gembira tak? Hehe .. memanglah abah gembira, kereta pusakanya dah tip top, dapat tayar baru lagi dan selamat dipandu, insyaallah.

If only I can list down rentetan yang berlaku sebelum T berjaya dapat bawa kereta kesana .. Apapun, semuanya dengan izin Allah.

Wednesday 3 June 2009

Italian celup ...

Dah lama I tak cuit weighing scale yang tuan besar dapat free masa lucky draw family day tahun bila ntah. Meheheheh .. panjang ayat tu ek?

Anyway, I couldn't remember when was the last time I befriend that weighing scale. Baru set mata kat penimbang hati dah mula berdebar2, belum lagi berdiri atasnya.

Sometimes I hate moment of truth for I am not gagah enough to face reality.. Though MOT sucks, I dare myself to face it this time! Kerabat Laksamana Bentan pantang menyerah kalah (boleh tak dakwa jadi kerabat sebab I pernah bermastautin 4-5 tahun kat KotaTinggi tu?).

Jarum penimbang tu kenoneng2 tak duduk diam soon after I step on it; mula2 letak kaki kanan pastu kiri (dahului yang kanan ikut sunnah gitu). I pun berdiri tegak, perkemaskan kedua2 belah kaki, sambil menghela nafas panjaang (kumpul oxygen dalam otak for obvious reason), pastu barulah pelan2 I fokuskan mata kat jarum penimbang.

YaRabbi! tak sangka jarum sekecik tu boleh sabotaj I yang sebesar nih?


Namun, masih belum nak bertaubat lagi bila 2 jam kemudian T ajak makan pizza @YeloCab (bukan ejaan sebenar). T usha abahnya "bah, boleh belanja T pizza?". Abah "oklah, abah belanja 10 ringgit". Umi mencelah "10 ringgit aje?" (mentang2lah dia tak minat pizza).

Tak cukup pizza, macam teruja dengan Calzone pulak. Pernah tengok on tv chef Biba buat Calzone, at last dapat juga merasa. Intinya ada cendawan, bebola daging, cheese, hirisan bawang bulat2 dengan 18 jenis herba (I kata 18 tapi diorang tak kata apa2 pun).
.
Tapau-ed home 2 pcs Calzone n 5 pcs pizza (breakfast D&T). Actually abah belanja RM20 and the big-but-sweet momma top up RM32 more (tak leh claim sebab big momma baru jer dapat gaji dari tuan besar).
.
June 4 12am

Tuesday 2 June 2009

Jalan2 ujung minggu ...

Lepas nyanyi 'happy birthday' & 'Allah selamatkan kamu', muzik konduktor sarankan budak2 nyanyi 'Negaraku' pulak. Tulah berdiri tegak aje bebudak tu..

Selesai menyanyi ketiga2 lagu penuh semangat (conducted by Ram**MS wannabe), sesi potong kek pun bermula. Sebenarnya I suka makan besday kek. Dapat jamah 'sepinggan' pun jadilah. Macam kawan I sorang tu, dia hanya makan telur dapat dari rumah pengantin. Tu dulu, tak taulah sekarang hobi dia masih cam tu ke tak.

(hehe.., sempat digress)

I tanya girl yang pakai pink hairband tu "bila besday awak?", jawabnya "besday Hana nanti, pastu besday mama, pastu abang, pastu Bak". Bagus Hana tu ek, very informative.

Nilah puding Mailo, hasil air tangan mak sedara besday girl. Pada mulanya nak buat puding ala marble, tapiiikan ... tapiii...

Untuk beriya2 dan berusaha sampai tak tidur malam kerana nak buat birthday party untuk anak2, I bukanlah orangnya. Rugi D&T dapat emak yang 'rajin' cam I tapi pernah 3-4 kali juga D&T merasa "fuh..fuh.." tiup lilin (sebelum di ban peniupannya).
.
SIL: Salam kakakku, tq datang smlm. Lama kita tak brmesra ek. I tgh tgk gambar smlm, gambar u n sara seiras gitu, trademark Hj L**** tak lari especially bhg mata ;-)
.
Me: Dek punya pasal, akak F1 dari rumah ke SS1, sanggup numpang (semangat mee KP kot?). Niway wa manyak nerbes wa ckap lu, namun ku gagahi jua. Gamba I dgn sara? Harap cun2 belaka, if not pls edit part bibir kasi merah n pouting sket, ok? Mata kitorang trademark Hjh Has*** (sepet). Tqvm for inviting... Oh ya lupa lak nak reqst. Mintak tlng adek punya suami email gamba2 tu, boleh? Yg berharap; akakmu.
.
SIL: Request telah diforwardkan dgn serta merta tanpa prejudis ;-) cuma brapalah teknologi canggih ni akan sampai? Kita tungguuu..