Saturday 31 July 2010

Lodeh ...


Belum apa2, I dah berlodeh. Yalahkan, I nih tak cekap beronggeng didapur so perlulah praktis seawal yang boleh as practice makes perfect. Macam biasa, apa aje yang ada dalam 'crisper' tu, I kepowwkan dalam periuk.

Sesungguhnya kolesterol memang terlebih sket banyak sebab I guna the real santan. Santan yang pada mulanya nak dibuat kuah mee kari. Setiap tahun raya, tugas melodeh tidaklah tergalas kat bahu I sebab being the youngest one, kakak2 kesian sokmor kat I (read: diorang tau, I tak cekap).

Masa tak tau lodeh adalah lodeh, T kata dia suka "lauk yang hijau2 tu". Alahai... lauk yang hijau2? har3. Kesian budak tu, mak dia tak ajar nama lauk2 ek? hek3. Sekarang pun, dia masih konpius eg lauk kormak dia sebut lauk beriani, lauk gulai dia sebut kari. Takperlah, bila dia nak kawin nanti, I buat crash course khas untuk dia dan suami (menantu I perlu arif juga jangan jadi cam pak mentua dia... ooopsy!!!).

Dalam my famili bila sebut 'gulai' .. gulai yang dimaksudkan mestilah lauk gulai asam pedas. Kita tak pernah sebut GAP in full. Jap eh I nak menyimpang kejap .. jenama GAP memang bermaksud gulai asam pedas kot? mueheheh.

Bila mula bercampur aduk dengan ramai kawan2 berlakulah confusion tentang lauk gulai yang dimaksudkan tapi dalam masa yang sama, terpikirlah pulak makna gulai boleh diguna sebagai 'nama' dan 'perbuatan'. T pulak buat kawan2nya konfius dengan makna gulai yang dia faham. Hahaha.. tu mesti kes emak dia terlupa ajarlah tu, hek eleh.. <- mentang2 baru tengok progam Afdlin dengan DSN semalam :-)

Tetiba I jadi curious so I google makna GAP (takkanlah pulak omputih tau gulai asam pedas, kan? hahahah..).

GAP is an American clothing and accessories retailer based in San Francisco, California and founded in 1969 by Donald Fisher and Doris Fisher. The Fishers opened their first shop because they had been frustrated with the lack of decent customer service and fashionable styles at other retailers.

Kan? Kan dah kata GAP = gulai asam pedas? Peratikan nama foundernya. Sah! :-)

Friday 30 July 2010

Steamed fish (direct to the point)...

Ikan kukus QueSeraSera
.
Nilah hasil penangkapan bonda nelayan wannabe dari pasaraya F&G (nama sebenar). Ikan siakap bukan senohong nih memang jarang dibeli. No specific reason watsoevah! Tapikan tapi .. semalam cam teWasa2 nak disteam aje ikan tu sementelah isinya yang lembut mesti masak in a jiffy. Steam guna MW 5 minit aje. Dah berkurun I tak steam .. ehem .. steam ikan okay.. (jangan pk yang vukan2) so queseraseralah jawabnya.

Apa yang ada dalam 'crisper', I swung all in! Nampak tak akar daun ketumbar itew?? Yaa, campakkan aje nescaya rasa ikan kukus lebih umphh. Mana I tau? Alaa.. takkan tak tau, all great chefs would know that, whaaat. Chef tersohor kita, Chef Som Wan selalu beri tip yang comel2 cam tu. Even Nigella, Jamie O n Michael Smith pun sependapat.
.
Omit 'English' bubuh 'Som' maka jadilah ... "hehe, kita teWasa malu plak"
.
Khas untuk 'Mama', nilah wajah Nigella. Psst.. masa you jenjalan sambil brisk walk tu, in case terpandang ada T-shirt yang sama dijual, boleh tolong belikan I, tak? Bak kata orang Johor, pialangkan dulu, boleh?? (sambil membayangkan diwi sendiwi memakai T-shirt itew, auww).

Berbalik cerita ikan .. Sedonia tau I tak berapa minat dengan ikan yang sekor2 tu sebab 1. geli bila pegang/tatap isi perut 2. baunya 3. leceh 4. etc. Dari duluuuuuuu (sah lama sebab guna U banyak2) lagi sejak kawin, bila beli ikan esp ikan yang kepala batu keras, siang2 lagi I dah suruh penjual keratkan bahagian kepala. Chik (my aunty) heran dengan pe'el anak sedara dia yang sorang nih sebab dia 'kaki kepala ikan'. Lambat laun, terbukaklah rohsia rumah tangga sebab musabab I tak sker kepala ikan.

Apakah sebabnya? Nak tau juga ke? But you have to promise me, mesti simpan rahsia; biar pecah dipewut jangan pecah dimanaaaaaaaaaaaa??? Yaaa.. dimulut.

Gini cewitanya.., I berpantang jangan ada kepala ikan masuk dalam rumah.. katanya selama 7 keturunan. I baru (jap eh nak kira) keturunan ke-3, D&T ke-4 .. Wah.. lama lagi nampaknya nak tunggu ke-7 ekk? Takpe, jangan pikirkan hal nih, abaikan ok? (tapi bacalah nota kat bawah tu, hehe).
.
.
Bila lauk siang macam dah ala2, maka masakan cam nih menjadi pilihan. Since TB akan tiba rumah just before 12am (Mr Cinderella kena tiba rumah b4 the clock strikes 12.01, if not..), I plan menumis 15 minit awal, tup2 dia tiba rumah tercepat 20 minit pulak.

I apa lagilah, menggelupur kekdahnya didapur tapi seperti biasa maintain "ehhh, cepat you balik hari nih?". Masa I snap2 mee tu, terdengarlah keluhan yang lama dah I dengar tapi I tak dulik "haiii... bilalah nak dapat makan nih", harharhar.

Ada lebih semangkok lagi, so itulah sarapan I pagi Jemahat yang mulia nih. Alhamdulillah.

Note: Oooops, nasib I teringat something, hehe.. "baca boleh percaya jangan (bbpj)". Truth of the matter is ... kuali hitam khas untuk menggoreng yang I warisi dari TB (yg dia warisi dari landlordnya masa bujang dulu) tersangatlah berdiameter comel; maka bila menggoreng ikan sekor, kepala ikan tu wat nyebuk aje. Sekian al-kisahnya. Wassalam.

Wednesday 28 July 2010

Wannabe whhat? ...

I bayangkan nama mereka 'Cod n Salmon', boleh??

Nih bukan cerita artis pergi memancing w'pun nampak macam yaa tapi nih cerita 'cards manipulator' tetiba2 bertukar minat secara drastik menjadi nelayan wannabe. Selalunya orang suka memancing/mengail nih penyabar orangnya. I harap begitulah hendaknya. Sambil memancing sambil berzikir. Bahagia I.

Setiap hari I masuk kebilik washing namun tak perasan akuarium yang dah lama kontang tetiba berair dipenuhi beberapa ekor ikan cenonet yang berbagai jenis (ikan umpan). I dah mula grrrrr.... (nasib grrrr aje tak roarrr). Minda I dah mula membayangkan kekecahan yang akan berlaku kat situ .. *sigh* Sabar, sabarrr..

Bukan aje ikan malah ada 2 ekor hermit crab @ umang2 yang dibelanya. Usia umang2 4 minggu diambik semasa pergi PD dulu. Makanan ruji siumang2 ialah mentimun, har3.. Bagus juga bila ada sesuatu yang baru maka rajinlah dia mengorek maklumat dari internet cara2 mendidik membela umang2. Macam tulah anak Umi..

'Uma n Ang' ... ala musyuk2

Uma dan Ang ... hehehe .. suka2 aje I beri nama tuu tapi sesuai kan? Timakasih, anggokan anda sangat dihargai *sengih*.

Dah banyak kali pergi memancing tapi semalam adalah hari pertama ikan2 tu berjaya kedarat. Betul ke ikan2 tak suka bulan Julai? Ikan2 tu tidak akan digulaikan oleh yours truly. Semalam lagi kawannya dah ambik. Hmmmm... lega I.

Bila nelayan wannabe mula berhasrat memancing ke laut dalam ... ohhhh tidak anakku.. janganlah kesana. Umi tak dapat tidor malam kang .. Jangan ehh? Tunggu aje Uncle Deris pinjamkan kita yacht dia..

Tuesday 27 July 2010

Sulking with Mr Hab ...

Semalam adalah hari merajuk sedonia.. tapi tetap maintain sebagai Cinderella bertauliah - masak seperti biasa dan berkemas .. maklum Ramadan dan Syawal dah dekat, Cinderella dah tua tak larat nak buat kerja yang dia tak minat masa bulan puasa nanti so kenalah jadi Paula d'sotong (tamsilan: lebihkan tangan).

Surat terbuka untuk para habuk..

Dear Hab, napelah awak semua suka menyakat suhu hati saya?? Why you always testing my patience?? Baru semalam saya lap2 atas permukaan itu, itu dan itu dengan tepi baju saya (oops, rahsia!!), tapi pagi nih dah nampak kelibat awak lagi. Please please please .. kamu jangan nakal .. ehh.. adakah saya menyanyi lagu Alif? ---- Yang benar, Cinder Sweet (CS).

Habuk dibenarkan melawan tokeh menjawab...

Dear CS yang dikasihi, nyanyian CS sounds so sumbang. Hentikanlah ya?? Niwei, saya mewakili habuk2 lain ingin menekankan kitorang adalah by-product dari jisim2 lain contohnya dari pakaian harian CS sekeluarga. CS tak ingat ke bila mengebas2 tuala bagai nak rak dan kain baju segala sebelum dijemur? .. secara tak langsung CS menyumbang pada kekerapan kitorang berada dirumah CS. Boleh aje kalau jemur kain baju tanpa dikebas2, tak gitu? Tapi tulaah, dah CS nih cerewet kan?

Karpet harapan CikSom tu.. w'pun dia duk melepek kat lantai tu, dia juga salah satu penyumbang; maka saya syorkan lipat atau gulung aje. Langsir CS yang retak menanti belah tu *saya sengaja tak describe rupa langsir tu takot CS kemalu2an*, bolehlah dibawak turun, dibasuh dan disimpan terus. Takyah guna langsir langsong pun takpe dan kalau boleh CS anak veranak STOP pakai baju. Bukanlah saya menggalakkan CS satu famili bervogel ke apa, cuma guna aje daun pithang atau daun keladi yang lebar, selebar ukuran badan CS. Takat menutup 'aurat memang afdal tapi daun tu boleh aje buat gaun atau jubah CS, harharhar.

Baiklah, sebelum saya menyentuh hati CS dengan lebih dasyat, perlulah saya berdiam diri seketika dan saya mewakili habuk2 yang lain dengan ini menghulur 10 jari (w'pun saya tak berjari) memohon mahap sekiranya kata2 saya benar2 menyentuh perasa'an. Kami pasti datang lagi masa raya nanti.. mana tau dapat duit raya ke, kaanz? Sayang CS, muah! ------ yang ikhlas, Hab & Co.

Siapa tak merajuk cam tu? Takpe Hab, ada ubi ada batas.. Santi akan kerjakan awak semua nanti hidup2, siap!

BTW, si Santi tu senyap aje. Mana dia ekk? Hari tu D bitau dia nampak Santi berjalan kat condo belakang rumah "Mi.. kak Santi dah tak pakai tudung". Waah, kepo gak si D nih merepot. Tak heran kalau dia bukak tudung sebab ....... hmmm...

Habuk yang tak bernyawa boleh juga menduga kesabaran. Kalau nak dapat ganjaran/pahala lebih .. sambil mengelap sambil bertahmid, berwirid atau berzikir dari 'grrrrrr dan roarrrrr' cam singa sakit gigi. Tapi manusia nih lemah .. (cam saya).

Nisfu Sya'ban adalah hari 'report book' kita dibawa ke 'atas'. Report book untuk setahun. How did I fare?

... masa sekolah dulu, bila ada subjek yang tak berapa nak pass diamat-amati oleh Bak, dia tak kasi chance punya, terus dia bulatkan besar2 kat subjek tersebut. Bulat besar2 cam nak lepas geram kekdahnya. Alahai Bak, relaxlah .. I'm doing OK now (or at least I think I am doing OK) but if I were to follow your dreams .. I could be a better person than I am now berkat patuhi segala nasihat Bak. But then again, it's qada' and qadar, kan Bak kan??

Hoping that Bak n Mak would see me from UP there. Al-Fatihah.. cepatlah datang Ramadan ..

Monday 26 July 2010

What if ...

'Jinat'

Thought of blabbering about baby chic ... but it can wait..

In Islam, there is no 'what if' .. it's either we accept qada' n qadar Allah, tawakkal or ......... but let me 'lament' on my version of 'what if' (just for my future 'reference' the feeling that I'm having now.

WHAT IF I'M a/an ...
. lawyer - would I fight injustice?
. teacher - can I stand horrible handwriting?
. ustazah - with an open mind
. doctor - urghh... but I'm weak (tak pandai belajar pun ya juga, har3)
. nurse - well...
. janitor - hehe, this kinda my forte
. tea lady - more or less sugar?
. adun (not 'adun' cake mixture) - yess.. those potholes!!!
. singer - genre? hehe...
. composer - hmm...
. philanthropist - when when when, if I'm ever
. chef - this I like!
. journalist/writer - dream on
. beggar - mmm...
. DJ - for sure, 'you r fired'
. policewoman - naah... berkawat make me dark
. belly dancer - na'uzubillahlah kan?
. convict - did taubat nasuha hopefully
. drug addict - as above
New additions (by request)
. gardener - my fingers aren't green enough
. designer - owhh...
. sexitery - was once but never sexy no, never!
>
Let's put those 'what if' aside ... who was I then and who am I now? Am I any better now? or worse still I haven't changed for the better at all?

Saturday 24 July 2010

Cinderella ...


I've been HER since morning ...
.


Hoping that tonight is the night ...

Have you ever dreamt of living in a palace??

Pics courtesy from Google.

Friday 23 July 2010

Hari yang gigih ...

Hari nih beliau gigih di dapur. Janji pada diri sendiri nak masak nasi ayam telah dikotainya. Sungguh bagus. Sesampai sang suami selangkah masuk ke rumah dari solat Jemahat, tadaaaa .. segalanya dah siap terhidang atas meja. Wahahaa.. vangga. Hari nih nasi ayamnya cukup sipat.
.
Ada timun, tomato, kuah kicap, sup tulang ayam dan sos cilinya. Hari nih, berkat hari Jemahat kot, beliau terkesima untuk membuat cili sos versi sos Lingham (kali nih tak guna cili merah hidup). Diharap takde siapa tergoda sebab gue enggan bercerita lebih lanjuuuut perihalnya (hak cipta terpelihara, kekdahnya, haha). .
.
Well.. I bergurau aje.. Apalah guna ilmu yang kita ada kalau tak dikongsi bersama, tak gitu? Tapikan tapi, cili sos versi sos Lingham tu I main BO aje. Teringatlah pulak masa I kecik2 dulu, Mak ada buat cottage industry cara kecil2an tapi sempat juga diekspot hingga ke Kuala Lumpur.

JB-KL sesungguhnya jauh (kan?). Pelanggan2 Mak yang kat KL tu tak selalunya dapat bekalan sebab bekalan hanya dapat jika pelanggan2 Mak balik ke JB atau Bak hantarkan bekalan ke KL. Pelanggan2 Mak tak lain tak bukan terdiri dari anak2 sultan Mak sendiri, hehe.
.
Tomato dan Timun saja yang dibenarkan enterfrem. Yang lain2 dah MIA. Mula2 I potong timun tu, I bitau D .. timun yang dia beli tak best sebab banyak biji pada mempulur (part tengah timun tapi mempulur lebih sesuai untuk nenas. Which one now?).
.
Ekceli 2 hari lepas I suruh dia beli timun Jepun yang crunchy tu tapi dia beli 2 ketul besar mentimun biasa (walhal dah pesan jangan beli timun makan dgn nasi lemak). D kata ada 3 jenis timun kat Jaiyen tu, dua tak elok so dia belikan jenis tu.
.
I tanya ada 3 jenis? Heran I. "Ha'ah.. timun Jepun tak lawa, satu lagi tu Zucchini, nampak semacam aje, D tak belilah". Aduhai .. nampaknya I kena ajar D hands-on training bebila pergi shopping beli barang dapur. Apparently timun tu tak nampak sedap walhal tersangat crunchy you ..
.
Gambar nih khas untuk KOG (beliau bukan hoarder tapi ehem..). KOG, lihatlah .. Lingham tak pernah manufacture sos Bechamel tapi heran tak camana sos putih happily berada dalam bekas botol sos? harharhar...
.
Gitulah kekdahnya hoarder berhemah .. botol sos dijadikan botol menyimpan susu. Susu pekat pulak tu .. *sigh* memang mengundang masalah sebab susu pekat akan lebih pekat bila ia diletak dalam esbok. Hohoho .. what am I thinking?? Belasahh..

K Faling Fulamak Comel ...

Semalam hari genjatan periuk kuali sudip segala waima tanpa persetujuan PBB TB. The first meal we had was early in the morning - bihun goreng n samtum sotong while D had nasi ambeng. No lunch. By 4pm TB tanya "you tak masak?", I jawab simple n sweet n manja "taak youu".

Both TB n D macam pasrah aje that they had no lunch. I lagilah pasrah sebab dalam diam perut I dah berisi (hehe, vukan preg2 k?). Masa D&T kecik lagi, bila nampak I mengunyah, diorang mesti tanya "Umi makan apa?". Jawapan paling geliga pernah I ucapkan dengan soalan itu "nilah untungnya kalau orang rajin" (memang betul, kadang2 I memang rajin, jarang I malas, heheh). Am I implying that both TB n D tak rajin.. ? *sengih* (sambil katop mulut).

Balik pada cerita 'perut dah berisi' tadi tu, ekceli I dah kerjakan @ santap baki lauk semalam. Lecehlah nak hangatkan beberapa kali atau simpan makanan yang dah ala2 tu, I pun bersidanglah, kekdahnya. Beriya2 makan waktu Maghrib kononnya berbuka puasa. Lauk best youuu... samtum udang, daging kicap moist2 gitu dan sayur kapchai capcai ..

Lepas Maghrib bila TB tanya nak makan kat mana, I pun kata mana2 pun boleh (yalah kan? kita dah kenyang, terasa bersalah nak cadangkan tempat yang best2, rugilah kita, hehe), so we ended up kat restoran K (initial I nih..) Faling Fulamak Comel <-- Restoran meroyan namanya tu.. harharhar..
Bapak borek punya
.
Anak rintik punya
.
I yang dah kenyang purak2 tak nak makan banyak, hohoho .. So I mintak yang kecik dan yang murah aje harga tak sampai nam ringgit pun. Well.. maybe lepas tax ada laa terlebih seposen dowposen.

Hari nih I berjanji pada diri sendiWi, I shall cook a storm for tssk.. tssk... anjerku, waah!

Wednesday 21 July 2010

Semangat pisang ...

Gaya chef tersohor??

Siang tadi I melawat blog one particular lady yang suka memasak. Kebetulan kita dia hantu pisang so I pun duk klik klak setiap satu entrynya yang berbau pisang. Dapatlah 2-3 resipi yang I salin atas sampul surat. Biasanya bila I salin resipi, I salin bahan2nya aje tanpa menyalin cara membuat, nama resipi pun takde (konon dah terer).

Selalunya I sendiri confuse dengan resipi yang I salin but fret not cos kebanyakan resipi ada disimpan dalam folder khas. Todate, dah setimbun resipi2 dalam folder. Ntah bila nak buat.

Dah seminggu sifolan nih berendam airmata dalam 'crisper'. "Sejuk.. tak tahan", katanya. I dah janji nak panaskan dia cuma tunggu masa when the coast is clear from TB, haw3. Tak sker dengar TB komen apa2. I sensitip okay? So lepas anjer TB pergi kerja, I pun berdondang ... BTW D takde, dia pergi memancing. Since I was all alone maka haruslah pakai samting yang mengiurkan nyah panas (maklum nak membaking, it's gonna be hawt).

Tu diaaa.. 10 biji pithang telah selamat divogelkan, heheh. Kalau seminggu lagi dibiarkan dalam crisper, harus mereka jadi smoothie dengan sendiWinya ....

Feewit !!

Pisang + sultana + 2-toned choc chips
.
Resipi nih tak guna butter dan telur tapikan tapi dia guna mayo pulak. Since I takde mayo maka I sangat2 berbesar hati men-sumbangkan resipi dengan menokok-nambah cream cheese (yang dah seminggu expired), dan I bubuh 10 biji pisang walhal resipi kata bubuh 3 aje.

Since I salin resipi tanpa cara membuatnya maka terlupalah samada patut guna mixer ke tak. I ended up guna kudrat 4 kerat menggodam cream cheese tu hingga fluffylah jugak. Fuhh, hilang setengah nyawa juga bila tangan nih dibenarkan berputar seakan2 no. 3 pada kuasa mixer. Since I sorang aje yang akan makan, bentat pun bentatlah dan I tak teragak2 bersedekah pada cik tong samp sekiranya kebentatan tersebut beyond redemption!

Texture muffins nih quite dense and yet springy. I thuker ... clap3.

Note: YatMaria, I did it bebeh. Taklah pisang tu menjeruk hati duk lelama dalam crisper.
Note: Rima, please please please kamu jangan nakal jangan terkesima dgn resipi nih, gue malu.

Breakfast di cyber cafe ...

Breakfast apa pagi nih? Tengahari semalam I buat soto dimakan dengan mee gemuk @ mee kuning. Tekak kata bagus kalau makan soto dengan nasi himpit segera tapi tangan plak kata "no time bolayan". Kadang2 I suka rancang apa I nak masak, tapi selalunya 'come what may'.

I perasan I work best better under pressure, maka tulah tak reti2 belajar dari kesilapan. Selalu aje tergopoh gapah mencungap2, but the best thing boleh pulak I deliver, kekdahnya.

Semalam tengahari I memang pasrah tak nak masak lauk pauk (mcm best bunyinya bila ditambah 'pauk'), I nak masak something else so I geledah pantry. Nasib ada something instant maka terjumpalah instant soto paste. I laramkan paste tu untuk dijadikan lunch. I lempor bubuh beberapa ketuls ayam. Done!

Bila TB tau lunchnya will be soto mee gemuk, dia dah resah sebab pewutnya dah buat hal since pagi akibat mamam mee ma-mee itik 'yang tak sedap'. TB nak nasi jugaa.. owhh no hal beb.. leftover nasi berusia 1 hari sedia membantu, heheh.

Rajin juga I berkuntaw buat bagedil, khaan?? Segalanya main dush dush aje except the kentang which I truly handle with TLC, heheh. Kali nih kentang tidak digoreng sebab tak kuasa nak bukak tutup botol minyak, har3 nak jaga kesihatan, what else kan? Kentang tu I mw-kan aje pastu dikopek kulitnya sambil fuhfuhfuh almost nak hilang napas dibuatnya *takde masa nak tunggu kentang sejuk as time is the essence*. Hah! padan muka I ...

Malam2 indah di cyber cafe tak bernama .. selalunya I terconggok sensorang kat bawah nih tanpa teman, tanpa lawan :-)

Blogger yang kengkonon femes, mueheheh..

PGL melaWam dgn laptop baWu
.
Sultan Melaka olok2 yang memang celik IT
.
.
Masih tak cukup korum...
ada orang perasan dia CEO
maka dia duk dalam bilik sensorang
perahsantan!

Sunday 18 July 2010

Ahad is Sunday and Sunday is a holiday ..

I suka pagi yang tenang dengan bunyi2an sang unggas dan kicapan burung ... come to think of it, what's unggas? Rasa macam tau tapi tak pasti. Is it para binatang yang duduk dihutan yang berkepak? I tau agas jer.. (psst.. agas tu sejenis seWangga yang hadir diwaktu senja kan? yang suka gigit2 orang kan? hehe.. ya kot).

Kengkawan semua dah breakfast? Bila TB balik dari opes jap lagi, I plan nak buat jejemput (yes sir! my suami kerja on weekends. Cian dia tak dpt nonton drama sesama dgn I smlm tapi sejak bila dia suka tengok drama?; dia kutuk2 adaa lah which makes me small heart sometimes). Sementara menunggu jejemput siap, I dah kenyang makan mee udon, leftover lunch semalam.

I was hoping pagi nih bolehlah I breakfast nasi butter leftover dinner semalam tapi dah licin semalam juga. I terkesima dan geram tengokkan nasi butter YatMaria. Wah2 dia tu, kita belum langkah kedapur, dia dah tayang lauk2 pengantin dia. Mana boleh jadi, kan? Tapi I tetap sabar, I masak ringan2 dulu (Allah aje tahu betapa kemalasan melanda tapi demi tanggungjawab...) maka mee udon jadi mangsanya.
.

Komen dari TB (eventho he asked for 2nd helping.. ngader jer) "kalau orang lain masak, memang I tak makan. Lain kali jangan masak banyak2, I tak berapa sukerr". Har3 prasan jer ek? I masak lelebih niatnya memang untuk I lerr untuk I makan berulang kali. D tak makan mee udon sebab ngadap skrin laptop lebih kenyang kot? T pulak mengomen "Umi nih masak blablabla semuanya sama rasa", kiah3 .. beggars can't be choosy, can they? <- namun I diam tak kuasa nak layans.

Back to butter rice tu.. I think I work better under pressure though I know it is not good for my well being later in life (now pun dah 'later in life' gak, kih3). TB should have his dinner by 9pm if he were to eat peacefully (tak terbegik polok2 nasik sebab kesuntukan masa nak ke opes by 10pm). At 8pm I baru terhegeh2 kosek beras. Luckily I still have the extra long Basmathi .. so I was confident my butter rice would look awesome n handsome... tapikan tapi, what's with me.. tiap kali guna Basmathi, I will surely add some beras Siam just to get the ?*$#@?? texture <- what's that? hehe.. rahsia.

I only have chicken so I masak kormak ayam dan lebihnya digoreng. Konon nak masak AMM (ayam masak meWah) but who am I kidding? I lah orangnya yang tidak pernah masak AMM. Kiranya I layak disinarai-hitamkan dalam (Msian) Guinness Book of World Records. Dengan masa yang terhad ada hati nak masak AMM konon but I make do with just fried chicken. Kormak ayam ada 4 ketui drummets, kentang dan apa2lah yang ada dalam esbok tu untuk menaikkan kesedapannya (SAH!! tetiba TERsedaplah pulak). Salad? Ada timun dan tomato jer, so suaikan aje dengan cili sos (takde masa nak buat my infamous acar darat).
.
Tang nasinya pulak .. konon nak sama taraf or rather sama rupa macam Yat punya .. ada rona2 kuning.. Cari essence kuning takde tapi hijau ada.. but if I were to put a bit of that green color, TB sure 'mencengis'. Dia tu buta warna .. takut pulak hijau dia nampak merah; kot dia ingat I tuang darah masa memasak tu. Nanti dia terwonder2 pulak, sejak bila dia kawin dengan Wampire, kaan?? muahahaa.. kelakar apa.. so, I pun rummaging hard enough kepewut esbok tu untuk menjejak tapak seketul kunyit hidup. What do you know, dapat pulak so I sliced a few and nicely placed them dalam perut nasi (seakan2 tanam peruk api gitu).

So yesterday I was a happy SAHM berjaya masak nasi butter dan lauk2nya sekali w'pun bahan serba kekurangan. Ada orang memujiku, auwww dan memujaku berterima kasih seraya berkata "sedapnya". Alhamdulillah ...

P/S: Thanks Yat .. you gave me some ideas ...

Friday 16 July 2010

TemBOsa aka kawipafff...

Chiffon Oren & Coklat

Breakfast: 2 hari lepas I makan karipap dan ketupat panjang manakala semalam makan roti pratha cicah gulai asam. Pagi nih, makan kek chiffon perisa oren n coklat hasil air tangan mamanya 3E dari Simon Templer Park (yang hobinya asyik 'beriadah' kat dapur jer). I think my weight will shoots up in no time at all, pastu I blame mama 3E sebab buat kueh sedaps. OK tak? ;-)

Al-kisah

Sebut pasal karipap, haruslah bercerita sket. Masa kecik2 dulu, I tak tau ada makanan Melayu namanya 'karipap'. Mak tak pernah buat 'karipap' sebab dia selalu buat tembusa (samosa) atau tepung bawang yang berintikaan... Nanti I bitau eh? (tetiba terer bab inti pulak?).

Omputih kata 'puff' sebab keadaan tepungnya yang puffy mengembang berlapis2 bila dibakar; tapi bila kita sebut karipap, ia takde kena mengena langsong dengan kulit yang kembang berlapis2 tu kan? Hmmm... (konpius)

(tapi) Lain cewitanya dengan karipap yang dijual setiap petang oleh BAI roti naik basikal dari bakery Jalan Yusuf Taha (jauh kedai nih, kat JB sana). I tell you that was the real currypuff .. Karipap yang berlapis2 tepungnya berintikan kentang dan tetel perisa kari. Bestnya karipap Bai tu bila sekali dua kala hit 'jackpot'. Yes, jackpot bebeh.. seketul tetel waima seketul sahaja namun saat tulah yang dinanti2kan! Beshhh taw ... sayang Bai, muah!

Kebetulan jika 1st bite terus hit jackpot maka janganlah dimakan dulu. Simpan ya, simpan dulu.. save the best for last, kekdahnya. Harga karipap tu? Murah .. tigaploh sen jer maklum zaman dulu..

Bila Mak buat tepung bawang atau temBOsa (kena emphasise sebutan 'BO' betul2), Ndjalah orang harapan Mak (tapi masa kitorang kecik2, Chiklah yang jadi sous-chefnya). Lepas solat subuh tatkala nikmat menarik selimut lebih dirasai, kedengaran ketukan hambar dipintu bilik tidor "Ndja.. tolong Mak buat ...". Dengan patuh Ndja akur tak sambong tidur lagi (tapikan tapi.. adik Ndja boleh sambong zzzz lagi, hehe adik dia comel kan?).

Mak dah siap buat tepungnya so Ndja bersilih ganti dengan Mak torak dan terap tepung, isikan inti dan kelim (kadang2 tolong goreng juga). Wonderful Ndja tu kan? Tersangat boleh diharap dan cara dia mengelim temBOsa memang superb! molek, halus lagi berseni.. (puji dia terang2an kot later on dia terbaca entry nih taklah dia buka wahsia I, kan kan?)

Mana adiknya, tak tolong ke? (voice over: loyer nasihatkan jangan jawab soklan perangkap).
.
Tiup tembosa macam tiup 'Vuvuzela'

Sejak dulu, satu2nya bentuk temBOsa yang kitorang kenal berbentuk bulat tapi sesekali bila Chik buat bentuk half-moon maka seronok jugaklah. Sonok awatnya? (cakap utagha sat). Atas saranan Bak yang bijak (my dadlah tu bila mood dia mabeles), dia tunjukkan cara pintas makan temBOsa yang baru digoreng..

Memula gigit sikit penjuru temBOsa tu, pastu gigit penjuru yang lagi satu dan teruslah tiup dari salah satu penjuru (kalau terer boleh gak tiup kedua2 penjuru sekali gus, kih3 keji). Seronok taw bila nampak kepol2 asap nipis keluar as you 'fuh fuh' the temBOsa. Bayangkan seolah2 you meniup Vuvuzela itew... (minus the howible sound).

Intinya? Mak or Chik tak pernah buat perisa kari, never! Chef n sous-chef selalu buat perisa kormak (bahan: daging, kentang dadu, daun saderi). Kadang2 buat inti kentang + telur + udang kering + cili merah tapi jarang guna keledek (dono why).

OK.. now I dah boleh jawab soklan "mana adiknya, tak tolong ke?". Loyer kata boleh jawab. "Mestilaah tolong .. I tolong isi inti dan tolong kelim tapi tolong diakhir2 sesi aje". Jadilah and I was proud to tell the world bila Mak puji keliman I boleh tahan cantik..

Sekian ... berakhirnya cerita untuk hari Jumaat yang mulia nih .. Salam.

Thursday 15 July 2010

Ketupat panjang, laptop percuma dan ...

Pagi semalam I 'patut makan 3' keping karipap berlainan hakcipta (yang tak payah dipelihara sebab tak sedap) yang D tolong belikan distesyen Peto-nas. I kata belikan 2 karipap jenis kecik (see pic: yg kena himpit kat tengah2 tu) tapi dibelinya 3. Budak D nih reti simple arithmetics tak? Dia juga beli sebungkus nasi Ambeng dan 2 biji 'ketupat panjang'. Dah terlebih bijak si D tu kot? Pandai2 aje tukarkan pulut panggang jadi ketupat panjang. Ishhh...

Kiri dan kanan tidak menepati piawaian tonsil

I suka karipap/tembosa/tepung bawang tapi amat cerewet tentang inti dan rasa keseluruhan k/t/tb tu.. Bila sekali beli dah hancus, I serik. Kalau dah cerewet kenapa tak buat sendiri?? Hehe, good question there, sekelepuk you kenakan kat I ehh? namun jawapannya ada pada tulang empat kerat nih haaa, haha.

Bihun bukan Mee PK (terlewat enterfrem)

Bihun yg sama cuma berbeza dari sudut & penataan cahaya

Laptop percuma kekdahnya

Minggu lepas sebelum semester bermula dan sejak T mulakan semester baru, raut wajahnya selalu aje tension (plus PMT lagi) tapi I layankan aje mood dia. Awal2 lagi T tak dapat bilik dikolej so maknanya samada dia berulang dari rumah atau sewa beramai2 sekitar tempat belajar. Selepas rayuan dibuat bersebabkan kesihatan; alhamdulillah berjaya. Atas sebab kesihatan bukan sebagai alasan, tapi siapa yang tau what's wrong with T, fahamlah kenapa.

Banyak dugaan dan rintangan yang perlu T hadapi... Allah saja yang tau. Kesian dia tapi syukur alhamdulillah kami masih berada disisinya tatkala dia berdepan dengan hitam putih kehidupan. She's still my baby .. umur belum pun 20 thn.

Dah tension dan penat kesana kesini, semalam kulihat wajahnya bersinar ceria bak pelangi petang selepas gerimis (kahkahkah.. I tengah geli hati nih). Laptop yang dinanti2kan dah tiba dipangkuan. Free laptop tu khas untuk pelajar2 IPTA dan seangkatan.

Siapa yang berminat dgn laptop percuma tu, silalah berurusan dengan I (maknanya I beritau cara2nya aje pada yang belum tau, tak lebih tak kurang, heheh).

Wednesday 14 July 2010

test lagi ...

Cerita terdahulu disini

Saya dlm keadaan tertekan .. hehe.. saya mesti selesaikan masalah nih secepat mungkin, hari nih jugak.

Puas dah saya godeh2 mende ntah apa namanya, namun belum berjaya lagi. Saya nak cari sebab musabab kenapa saya punya entry terkini tidak beratur pada sidebar kawan2 blogger sejurus saya tekan 'publish'.

Selepas beberapa minit saya pun check status ....
dubdabdubdab .. saspens kekdahnya ...

Oiit??? Yeayyyyyyyyyyyyyyy!! Dah BERJAYAkah? Hoorayyyyyyyyyyyyyy... saya bijak, saya pandai, yeayyyyyyyyyyyyyy... alhamdulillah. Feeewit.. (jangan tanya apa saya meddle tadi.. *lupa*)

Tuesday 13 July 2010

Cobaan ...

Testing testing .. just to ensure that my latest entry does get published the moment I click 'send'. Sejak Al-kisah bersalin kulit, I perasan my latest entry tersangatlah lembab berbaris pada sidebar kengkawan blogger seloroh donia. *statement perahsantan*

W'pun saya blogger picisan (humble konon), hanya punyai sorang dorang peminat setia aje .. erghhhh.. namun saya tidaklah hendak mengecewakan mereka yang menanti2kan bingkisan dari puan editor Al-kisah iaitu saya (sambil merapatkan ibu jari kanan kedada).

Perlu dinyatakan, masalah yang saya hadapi nih tidaklah memberi kegumbiraan pada saya namun ia juga tidaklah membuat saya makan tak lena, tidor tak kenyang, kekdahnya. Camana blog tak bermasalah? Peribahasanya pun lintang pukang!.

Does anyone know how to rectify such pOblem?? No??

Sambil tu jeling2lah bihun goreng yang I cipta untuk lunch semalam (dan dinner) dan juga untuk breakfast. Sekarang nih tengah menikmati bihun tu garnished with mentimun Jepun n leftover fried long beans. Hmmm... bliss!

Ihsan: BetterHomes&Gardens

Ehhh... tak jadi tampal gambar bihun sebab tetiba terkesima plak dengan kek Wed Welwet nih. Ramai dah cuba buat WW.. CikSom bila lagi??

Note: kek Wed Welwet - terhasil sebab pelat dan lidah maruku!

Monday 12 July 2010

WC Final .. Hotchpotch vs Paella ...

Dah pukul 2 lebih tapi I masih berjaga. Mata dah pedih dan hidung dah mula berair. Apa taknya dari tadi asyik menguap gaya badak berendam. TB dah tidur sebab dia kerja pagi. D kat dapur tengah goreng keropok. T dah tidur tapi dia minta dikejutkan pukul 2.30pagi nanti, world cup final punya pasal.

WC final baru jer bermula. Spain lawan Netherlands. Paul Sotong meramalkan Spain jadi johan. TB n D pilih Netherlands, T pilih Spain dan I? I pilih sotong masak hitam, heheh. Dah lama sangat tak makan sotong masak hitam let alone memasaknya. Lauk nih sedap bila terasa serainya tapi ramai juga yang 'geli' nak makan disebabkan cik Sepia @ dakwat hitam.

Bila kitorang tanya Mak camana lauk sotong tu boleh jadi hitam, Mak convincingly jawab dia campur arang. 50-50 percaya maklum masih naif hinggalah I faham anatomy sotong, kekdahnya. Betapa waktu dah berubah, dakwat hitam sotong dah dikomersialkan jadi bahan makanan seperti mee (Jepun), kuih dan roti. Bukan tu aje malah dakwat menulis dan 'water color' pun dibuat dari Sepia sotong.

Projek hari Ahad:

Siang tadi temankan T ke Mekop Mall (sepatah kata Chik). Dah satu hala ke PJ tu, kita singgah ziarah Chik n Teh but not without melencong dulu beli rojak mamak (with lots of sotong) n apam balik (so-so) as fruit hand. Kebetulan Ndja datang in-transit sebelum kerumah Ngah (this means panjanglah langkahku.. hehe).

Ketahui Mekop Mall (MM) is as bad a Taipan where parking space is concerned so I did a quick thinking 'how not to drive there'. Since Ndja needs someone to accompany her to Ngah's house maka plan asal perlu dipinda. Ndja hantar T ke MM dan I akan temankan Ndja.

Belum apa2 T dah minta $$ sebab $$nya tak cukup untuk beli kayu hoki. Dia juga dah uar2kan nak beli buku2 kesukaannya tapi guna $$ sendiri. Kesian pulak I dengar tapi selalunya I akan cucuk2 (read: nasihat) supaya dia tuntut segala expenses dari abahnya (I terikut2 cara Mak suruh claim dari Bak sebab masa sekolah dulu I eksyen guna duit sendiri samada beli alat tulis atau beli majalah remaja Tiger Beat atau Jackie <- beli majalah I tak pernah claim, takot!).

Kenapa anak2 suka dan selesa minta duit dari emak walhal tau bebenar yang emak tu tak bekerja?? Boleh tanya lagi "Umi dah dapat gaji lum..?". Tipulah kalau kata belum dapat sedangkan dah 10 Julai, ya tak?

Tiba rumah Ngah terus dijamu spagetti ala tak-tau tapi sedap. I jamah sket aje maklum dah kekenyangan angkara rojak, apam, air barli dan kuih lopez d'sequera masa kat rumah Teh tadi. Makan dan berbual lebih kurang (tak sempat gusip dgn Ngah pun) kita beransur ke Mekop Mall. Tiba sana ngam2 aje sebab T dah pun selesai dengan misi2nya beli 1 kayu hoki dan 3 buah buku fevret.

Masa dalam perjalanan pergi balik berdua dengan Ndja, kita sempat buat post mortem tentang siFolan dan siFolin yang amat kaudu dan keras hatinya. Setelah bermaaf2an, hal yang terjadi lebih 10 tahun dulu masih dirasainya baru semalam berlaku. Lebih menyedihkan bila ada diantaranya yang pernah beberapa kali jadi tetamu Allah. Wallahualam.

Back to WC, sorry to say I tak tengok langsong sebab sibuk berkarya. Sesekali jeling juga just to get a glimpse of siPuyol. I memang tak minat nengok bola; even pemain yang ganteng2 belaka tak berjaya menaikkan minat I menonton diorang beraksi menyepak dan menendang sebiji bola, hehe. Tak minat sebab I tak suka tension2.

Puyolkah ini?

Sebenarnya malaslah nak 'jatuh hati' at those good looking footballers. Bukan dia tau kita minat kat dia pun, kan? tak bestlah bertepuk sebelah tangan aje ... kan Lili kaan??

Anyway, tahniah Spain .. bolehlah you all menjamu nasi Paella bubuh banyak2 seafood esp SOTONG yaa??

Saturday 10 July 2010

KPC ... KePoCi? taklah ...

Kek pisang coklat nih dah jadi bahan igauan setiap suri rumah seantero blogspot. Beratus ribu terkesima setelah terpengaruh dengan lapuran betapa sedapnya kek nih. Sedap ke? hehehe ..

Remember I told you that I have 2 banana choc cake recipes in my possession? Out of the two, I've chosen the simplest one (of coz). I've read somewhere that the batter is quite watery but knowing me knowing you (sepatah kata Abba); I manipulated the recipe a bit. Yes a bit jerr...
.
I added a bit more flour and prior to that I've lessen the sugar quantity by a few spoonfuls. Jaga kesihatan kekdahnya, bukan sebab I dah shweet ... har3.

4 pieces of the so-called bundt moulds that I bought sometime back @ RM5 each (vangga dapat beli murah). Dah tak virgin lagi those moulds, ooops!
.
Berbekalkan *ilmu didada (whatevalah CikSom oii), it was pretty an easy task to unmould the KPC. Lihatlah .. nice or not? Hehe, I sukerr... (*tips given by the know-how in baking - actually common sense aje pun, hehe).

Before baking KPC, tentunya I cook lunch first. Haha, sajalah nak bitau that I don't sit idle at home *guilty sendiri*. The dishes were fried Giri fish (nama glemer tu), fried cabbage, and a-day old asam pedas ikan parang. Yup, that's about all.

For dinner I've 'top up' with mushroom+bean curd+celery soup, samtum dried prawn, Giri 3-rasa, and leftover fried cabbage. Leftover?? Ha'ah, sayang... (voice over: tidak membazir.. contohilah perempuan ini, jangan beri peluang pada setan).

Looks like foods aplenty there, yes? but no bebeh cos I only cook in small quantity. It has been my forte to cook segenggam dua and that's why I am nervous n kinda menggelabah whenever I have to serve decent food to more than 4 people without prior notice. (voice over: ishhh... masih tak boleh dijadikan contoh nampaknya).

I have quite a few of things to do. One is to clean up my email box and the other has something to do with Al-kisah. I have a question here. Have you ever received emails from blogspot/FB friends inviting you to purchase Viagra pills?? One very classic example is when I received the same message from my own ID. Madness ..

So kengkawan, if ever you've received such emails FROM ME, owh please .. do let me know. Thank you for your cooperation dan silalah jamah KPC tu k?
.
P/S: I hope takde mata yang pedih with those colorful fonts. I feel ceria hari nih eventho ...

Thursday 8 July 2010

610th .. I need one badly .. help!

kalau boleh
i nak alat yang boleh terbang tu
muat2 untuk i sorang
senang untuk i terbang
bebila masa i suka
bebila masa i tak suka
bebila masa i terpaksa suka
please ... I really need one
b a d l y!
.
.
Sambong meramble at 9.20pm:
Manusia nih memang cepat aje menggelabah bila diduga sikit. I lah orangnya. Masa I tengah tertonggeng2 meraba2 perut esbok mencari bahan untuk dimasak pagi tadi, masa tulah juga hp bunyi bertalu2. I tau benar ringing tone tu siapa punya. Oh tidaaaaaaak!

I perlu mesin cam tu untuk memudahkan pergerakan ketika situasi amat runcing. How runcing is runcing?

. dah tau nak mendaftar, kenapa tak pasti betul2 whether or not the fees have to be paid on the same day (prior to going there she has checked the internet about the fees. What happen then? Murphy's Law?).
. dengar cakap kawan kadang2 tak boleh dipakai .. "u should know better"
. duit tak cukup .. SOS pada siapa lagi?? Tentu dari TB.. Masa runcing cam nihlah I wonder "what if I am not around?".
. dah dia drive the only car that I ever dare to drive, camana?? Tulah I wish that I could fly without wings .. mesin kat atas tu would do me good! It doesnt need a parking space maklum satu dunia Asia tau Taipan tu mengalahkan Las Vegas.. *Oh yess... saya sedang berleter nih*
. TB memang ada kat rumah but the time wasnt quite right. HambaAllah tu baru jer bangun tidor, baru jer nak gulp kopinya dan baru jer nak melawat 'wc' ..
. and me .. nonggeng2 cari bahan nak masak, tengah petik2 sawi .. haishhhh .. camana I nak masak dengan tenang??
. OK..ok .. nak deposit duit?? Boleh aje tapi kena tunggulah. Si D tu .. OMG .. of all the days boleh dia misplaced IC n driving licence?? Boleh kerrrrrrr????
. *light bulb* Since I lum mandi manda, apa kata suruh TB guna jasabaik 'KawanKu' to transfer some funds to T's bank
. Done that but still money didn't transfer fast enough. Apa citer?? Kata on-line transfer kan? 30 minit masih lum transfer lagi?? Kita tak transPer duit monopoli okay??
. Yesss Umi ada, I will come to your rescue .. TANPA mandi dan manda, I salin baju .. oh no takyah buang masa, no time! I pakai another baju n capai tudung. Mintak cash dari TB and ask D to send me to the bank. Deposit that zillions manually kekdahnya. Runcing punya pasal, I've forgotten that D was driving without his licence n IC. OMG!!
. After everything has settled down .. when T came back from jajahan Kanda Deris, she brought some news .. very *'gud' news .. that she doesn't have to pay the fees there n then. She could do it later on but all the same she did pay the fees. T says "kesian Umi penat tadi". So me being the budiman momma says "tau tak pe .. tapi takyah bitau Abah apa2".
. I repeat "dengar cakap kawan kadang2 tak boleh dipakai .. "'u should know better'"

Nasib baik mendung berarak cepat ke barat, awan terpilu kembali tersengih .. all because I tak yah masak lunch. TB ajak jenjalan makan beradap. Aaarghhh .. sejuk sket rasa hati dan segala organ dalaman .. alhamdulillah.

Note: Mahap kalau ada yang tak paham apa2 cos today is my best day - meramble tanpa prejudis, har3 (cam surat formal bunyinya).

Wednesday 7 July 2010

609th ... tengah berselera nih ..

... bukan berselera makan, vukanvukanvukan ... tapi tengah berselera berkarya, kekdahnya. Sebelum I ramble itu ini (w'pun dah terlewat seminggu setenG), tahniah diucapkan pada CW & Fify kerana menyambut owang varu dalam hidup meweka.

Semoga baby WF (eheheh.. takde kena mengena dengan WC yg sedang hawt sekarang) menjadi cucu angkat I yang soleh, boleh? WF merupakan cucu angkat kedua manakala Hani yang pertama. Nak tengok gamba Hani? Jap ehhh...

Mangunlaa Farish .. nak thuthu tak?


Hani baru 10 bulan tapi bila kita sebut "superman..superman", dia pasti beraksi ala 'haphap-heneweiiii...'. Comel wa cakap lu. Rasa nak gigit2, kunyah2, nak gom2 dak tu. Gewwam!!


Apa citer nih? har3. Tak taulah saper punya kirja. Masa TB keluar rumah tadi barulah perasan. Hmmm.. kalau LCD ke, PUlasma ke nak gak I heret masuk rumah tapikan tapi tak kose I nanti KOG kata "sah awak a hoarder cikSom". KOG bermakna kucing oren gemuk vukan KGG = kucin goren gemuk (ehem kat Ibu & Abah.. you jangan rowtan I okay?? aharharhar... lariii).

W'pun tak minat bola WC in particular, I masih ikuti sikit2 perlawanan like siapa lawan siapa; siapa menang siapa kalah. Semalam Net menang 3-2 kalahkan Uru! Subuh nanti Germany lawan masak2 dengan Spain, kih.3. Germany masak Sauerbraten dan Spain masak Paella. Lauk mana akan menjadi pilihan??

I think I nak betting dengan TB dan anak2. Betting suka2 dgn kelorga tak dikira berjudi khaan?? Oh yaa, hari tu masa my nephew kawin, D bet dengan I bila dia tanya "Mi, teka dia datang tak?" - tak. "yang kat sana tu?" - tak. "Haa, last last .. yang tu datang tak?" - tak. And I won the bet but todate still kuden see bayangan limablasringgit. Tak best ahh bet dengan D!

I tau TB pilih Germany. As for D n T, nanti I tanya. I pilih siapa? Tengoklah malam nanti, pasukan mana yang ada lebih pemain2 handsome. Nak tanya, owang pempuan tengok football tak dosa ke? Kita tengok lutut diorang tu ... aurat kan? Kalau tengok lutut non-Muslims, camana jatuh hukumnya? Tetiba aje soalan nih berkumandang kat minda ..

Usher .. haa si Usher nak datang Msia maka dara I pun terkesimalah nak pergi. Kalau tak pergi, boleh tak? Umi dulu masa BeeGees datang Malaysia, wpun Umi rasa nak pergi, tapi Umi tak pergi pun taw (psst.. sebab Umi duk JB, BG datang KL. KL kan jauhhh?? har3). Satu hal dengan dara aka T nih, dia amat gigih. Dah banyak kali dia menang tiket just by phoning the radio or menang kontes.

Selama seminggu dia duk betapa dalam bilik waiting in Q bebila DJ radio kata "call now". Dipendekkan cewita, dia masuk 2 kontes dari 2 stesen radio. Kawan2 dia pun sama duk buat kerja nih. Siang2 lagi dia dah kecundang tapi yang satu tu where she has to write acronym nama Usher dijadikan cewita (contoh: usher sakit hati entah2 risau), T minta jasa baik I or rather dia paksa I mengarang kreatipli... aduhai..

Sedang I memerah otak dan keringat, dia senang hati membelek2 sokabar. Sah mendera nih .. (tapi I suka gak, sekali sekala tunjuk bakat terpendam kat dia).

Hari berganti hari .. T dah hilang harapan (which I gumbira sangat2); tup2 disatu pagi yang hening DJ radio call "congratulations". Ekceli I yang menang, tak gitu? heheh (kot ada yg nak tau tapi malu bertanya).. I tulis cenggini: Usher smiles heartily eating rojak (takut nak tulis 'wojak' nanti forfeited plak).

OKlah .. dah puas meramble .. patutlah I segerakan diri ke dapur untuk meramble dengan ikan itik ayam dan sotong. Sekian terima kasih.

Tuesday 6 July 2010

blogspot oh blogspot ...

Blogspot has not been behaving well. Why? Come onlaah, kitorang bukan tak bayar sewa okaayyy? (sambil membongkok tinjau2 bawah meja kot2 'wakil diorang' lekat maikrofon celah meja, habislah I). Mana tau kan? Sedar2 I dipanggil naik 'bukit' sana just because 'terlepas cakap' kononnya kita bayar sewa walhal sesen pun kita tak bayar. Alaa... guwau2 aje takkan nak ambik hati kot??

I tengah seronok nih. Tulis sebaris dua, I 'publish post'. Blogspot berangin, I pun berangin sama, heheh. Lepas ntah apa2 yang I tulis, I delete aje bila tak berkenan. Siapa yang melintas Al-kisah masa nih, sorilah ya? Tapi bagus gak, you dapat baca 'blueprint'nya secara 'live'. Kih3 I tengah masuk air nih, yeayyy!! Hepi seolah2 tengah mandi dalam hujan lebat atau tengah kepal2kan salji dan baling kat ..... you? hahahah.. sewonok!

*Siang tadi berlaku 2 hal yang agak dramatik*. Sebelum ramble tentang tu, nak tunjuk dulu apa I jumpa masa bersihkan esbok tadi. Nihaa rupanya. Nampak tak cop jari siapa?

The Kecuts

Camana kalau I simpan lagi seminggu? Boleh mendatangkan pekdah pada alam sekitar tak??

Lately I terkesima bila tiap kali intai dapur bloggers terbau aroma harum kek pisang dan harum coklat. Ramai mengakui kek tu sedap! Buatnya pun senang sambil pejam mata aje, heheh.

Maka dalam senyap I kopipes resipi, hehe... so now I have 2 such recipes in my possession. Between the two, of cozlah I choose the easiest one! Haha, saper tak kenal dengan CikSom yang 'rajin' nih, kan? kan? Sementelah dah mengaku rajin, hari nih I masak samtum sotong radar, kacang panjang setengah depa masak lemak, ikan bakar dgn cicahan ala2 beshh (percayalah) dan ikan kering sepat. Smlm 4 lauk, hari nih pun 4 (tak rajin ke tu?).

Berbalik pada hal pisang montel, possible tak ia akan alami nasib serupa Si Kecuts tu?? Anybody .. please challenge me please .. challenge that I will eventually bake the cake.

P/S: * tak jadi meramble cerita dramatik. Esok lusa kot?

Monday 5 July 2010

B'day treat ...

Macam2 bahan dalam esbok boleh dijadikan lauk tapi seru masih tak datang2 lagi selagi belum replenish stok 3 sekawan. Tulah, bukannya susah nak replenish 3 sekawan tu tapi kalau dah dot3, haishhh... cakap pun tak guna.

Sedang cuba nak mengelat tetiba *light bulb* mengerlip2 bila terpandang parut keju. Ha'ah ekk.. why not I guna aje parut tu instead of guna blender? Kata tadi nak mengelat kan? so I parut cukup2 untuk masak hari nih aje w'pun I sangat enjoy mengarut memarut. Besok? come what may jawabnya.

Rezeki hari Senin: kari ikan n telur ikan (lain2 DNA), dan 3 lagi lauk lain. Whahaha... 4 lauk u'olls *sambil senyum bangga*. Thot of makan beradap dengan TB tapi dilarang keras oleh T. Ada ke dia tak kasi I makan?? Sampai hati dak tu taw.. tapi siapa lebih bijak? Dia kat atas tak tau apa yang berlaku kat bawah .. heheh.
.
Mana kari ikan? Ha'ah! mana ek??

Birthday treat *suka tapi kesian*

Nilah ganjarannya bila akur dengan 'larangan' tak kasi makan tadi sebab ada ketam disebalik batu. Dah dia nak makan kat tempat tu, takkan I kata tak nak, kan? Sebenarnya tempat tu tak menaikkan my napsu (makan). Kalau diberi pilihan, I lebih suka makan kat Korean varveque. Interiornya menaikkan napsu (makan) kita, heheh.

T ralat dengan makanan yang I pilih sebab nampak biaserrr aje tapi I kata kalau I tak habis makan, dia sure berleter kata I membazir. Sebenarnya I dah makan beradap dengan TB masa lunch tadi tapi makan sikit aje, geram tengok ikan masin tenggiri dan kari ikan tu. Shhh... *biar pecah gelas jangan pecah pewut, nahas nanti*.

Cara makan: Mula2 penuhkan air paip dalam mangkok. Sukatan ikut suka hati manusia. Suap, suap dan suap, bila jari jemari dah 'kertang', bilas2lah dengan air dlm mangkok tu pastu ulangi aksi menyuap.

Motifnya? ... cubalah teka. BTW, cheezels tu tinggal kotak aje, isinya dah habis (nota to KOG: Hoarder cam emak dia kah? kah3 mana ada?? Result DNA negatip!).

Dunia tak bererti tanpanya. Hidup serta merta jadi bosan, boleh?? Tak cukup2 dengan jellynya, aiskrimnya, biskutnya ... haishhhh... but nothing beats the prawn crackers zaman Flinstones. Sepeket 3-ploh sen aje. Dahlah sedap, murah pulak tu.

Tak percaya ke? Tak percaya I hidup sejak zaman Flinstones atau tak percaya harga prawn crackers murah cam tu?.

I ada a few backlog.. dah janji nak cewita pasal ikan duyung dan pontianak, nak beralkisah pada entry 'moments of truth'. Apa lagi ekk? Haa, nak citer pasal Usher. Nak komen pasal World Cup lagi .. heheh. Bz bz bz buat kerja tak bergaji nih ...

Saturday 3 July 2010

Some gifts and moments of truth ..

Terima kasih

kek halimunan dari Ja - yummy!

Dari D 'JJB' (macam plet negeri Johor jer?)

Dari Ndja - this I like!

1. Kek diatas ihsan Google tapi tanpa usaha Ja, takdelah I dapat kek tu, kan Ja kan?

2. Suruh D beli RM4 jeruk jambu batu (JJB) tapi dibelinya RM10. Bila nak bayar, "hadiah besday" katanya. Alhamdulillah.

3. Dah kata jangan beri apa2 tapi Ndja degil tetap nak beri juga. Rezeki tak baik ditolak, kan? Alhamdulillah budi baik dikenang..

.. beralih topik kejap.

1. Tindakan apa perlu diambil bila kita dituduh melakukan sesuatu akibat salah sangka, prasangka busuk dan cerita yang direka cipta kerana melepaskan diri.

2. Bila ada pandangan serong pada kita, perlu ke kita berdiam diri dan biarkan aje; atau tak pandang kiri kanan, kita ganyang aje orang tu thinking that memang kita dipihak benar.

3. Bila orang ingin berdamai dan mohon kemaafan, perlu tak kita cungkil apa sebabnya orang tu bermusuh dengan kita; patut ke kita beri dia "a piece of our mind"?

4. Apa makna mengadu domba? I tak faham ...

5. Patut ke orang yang bersalah memohon maaf menerusi orang ketiga sedangkan dirinya sihat walafiat, boleh berjalan or rather 'mampu terbang dari benua ke benua'??

6. Mengapa amarah masih lekat pekat dihati dan sanubari sedangkan sama2 dah bermaaf2an

to be continued .. bila gaknya ekk??