Tuesday 31 January 2012

saya buat roti ...

Malam semalam D tanya senang tak nak buat roti serupa cinnastix. I jawab"senang" tanpa secalit keraguan walhal bukannya tau camana nak buat pun tapi takat tekak sendiri dan takat anak tekak anak sendiri nak makan, memang I tak goyah punyalah, heheh..

TCTLSS maka siaplah sebuku dough yang tak tau untung nasibnya samada berbaloi dimakan oleh manusia atau berbaloi baling kat anjing liar yang suka baham anak kucing bawah umur dgn sekali ngap dileher; dan buat T meraong hilang ingatan selagi TunTeja (Umi dia ler tu) tak ambik tindakan drastik menyelamatkan anak kuch tu, nebermain if the time was @2 or @3am., tetap paksa Umi dia draib keta belakang rumah (siap bawak cangkul sekali) untuk selamatkan satu nyawa, tapi apakan daya .. cempedak tak mungkin jadi nangka :-)

Ishh..ishh..ishh.. cikSom dah melarat daah! dari cerita roti terus melilau2 kecerita lain, gitulah kekdahnya kalau minda tak berbedung ...

Anyway, bila ditanya reti ke D bentuk dough serupa cinnastix tu, tetiba dia plak 'pickle' minded. Kejap nak rupa pretzel makcik Anne, kejap rupa bun, kejap rupa cinnastix. Oit tambi, cepat decide boleh tak? Umi's tiak is at stake here, ok? (p/s Lili: I thebut 'tiak' aje pun, nothing more, nothing less, ngeh3).

Anyway, siapa suka duduk lelama dalam dapur esp when it is almost 11pm n the cuaca is kinda hot? Siapa suka angkat roti .. hehe.. Anyway, nak senangkan kerja, dough tidaklah dibega bagai cuma I mekapkan dengan unsur2 corak badan T-Rex jer. Taklah borrring sangat...........kan?? har3.


Atas roti ditabur gula perang + serbuk kayu manis pastu kalau suka, cicah dgn vanilla icing (which I made it myself but it was nothing like the bought one. Why??? *sigh*).


Gambar roti and its crumbs, harharhar ... (Rima/Yat... jgn gelak hokaay??).

Minggu nih nampaknya minggu mood D&T beraksi didapur, alhamdulillah. I dah mula perasan ada DUA in-house khadam maid of honor sedia berkhidmat, yeeeehaaa !!!!

For the record: Kesian entry nih terkepam lama dalam draft gara2 Netty demam kefialu. Published on 6 Feb 2012.

Friday 27 January 2012

Rinduku padamu....

Dah seminggu my Netty @ netbook meragam! Kalau ikutkan jiwa blogger yang tegar, nak aje I hangkut satu yang baru *amboi3* atau hangkut yang meragam tu kekedai biar ia dapat sentuhan profesional.. Selama nih TB aje yang tolong godeh2kan which most of the time dia berjaya tidak menjadi tikus baiki labu, tapikan..tapi..susahnya berliaise dengan suami sendiri, kita kena sabar lebehhh sikitl sebab terpaksa tunggu dia betul2 ada masa lapang/cuti (almaklum nak reformat, reboot, ribut (?) etc memakan masa).

Sabar ni kadang2 memang sakit tapi takdelah I tunjuk kesakitan tu dgn bermasam muka *ye ke tak?*, takde pun moncongkan bibir panjang sedepa *takat seinci ada kot?*; namun I tetap buat benda2 berpekdah seperti memasak, buang sawang dari 4 penjuru dinding *terbongkar rahsia*, atau paling tidak pun bergurau senda, auwww.. Ehhh..kita bergurau senda dengan anak kucinglaaa...ekekeke.

Peluk erat2 sambil dodoikan kucing pastu cakap pelat2 dengan dia "alaaa musyuknya thia...mushmush.... Ony dah mamam lum? Alaaa..syayang syayang musyuk2 diaa...". Percaya tak, semacam satu perasaan seronok menguasai diri setiap kali sesi intim bersama Ony selesai? Si Ony pun terkebil2 pandang muka 'Wan' dia.., apalah dia kata agaknya ek? Takpe, dengan kucing pun kita kena bersangka baik, so maybe siOny berdoa "semoga WanSom kelihatan muda dari semalam". Hehe..kita suker..

Berbalik pada hal baiki my Netty bila TB bercuti atau bila ada masa lapang.. Ekceli since Rabu till today dia sort of ada masa lapang tapi dia terpaksa bergegas ke Ja-Saint sorang diri untuk bertemu dengan mereka yang arif 'membina rumah dengan harga sopan'. Semoga dipermudahkan urusannya disana dan cepat2 balik kepangkuan I, haha ..

Menaip guna kibod cenonet mengundang kesabaran juga, phewh! Apatah lagi berblogwalk dan mengomen sebaris dua perkataan. Kadang2 tak dapat baca apa2 pun, tup2 kena tendang dari blog berkenaan, huwaaaa....terkebil2 tak terkata dibuatnya....menci!

Wednesday 18 January 2012

Yesssss.... all 40 of them!




Harus direkod dalam buku inventori - nama pesalahpeminjam dan sebab meminjam (jika perlu akan dikenakan deposit 50sen per sepit .. tengok pada mood Mem dan keadaan semasa).

Kaler sepit yang sungguh manis dan lembut, if only sepit2 tu boleh bertukar jadi macarons.. heh!

Monday 16 January 2012

Ouch! Ku terluka!

Malam Ahad:
Dalam last entry I baru jer citer pasal D punya 1st aid kit masa zaman bebudak dulu. Kali nih tanpa ditanya "bila Umi nak luka?" tup3 terhiris ibu jari tatkala de-vein udang. Yang herannya, tangan yang memegang pisau pulak yang terluka, boleh??

Ouch!! so I berteriak kat TB yang sedang mempraktikkan skil 2 dalam 1 (baca sokabar sambil tengok tivi) "tolong mintak kat D plaster". TB bingkas ambik plaster dari backpack dia. Just sebelum plaster tu hinggap keibu jari, I tanya TB "you sure plaster you belum expired?". Tetiba TB sendiri tak pasti, kahkahkah.. terus dibuangnya aje plaster tu.

D menyusul dengan dettol dan sekeping plaster dari 1st aid kit yang dibuatnya khas untuk aktiviti camping dan memancing. Selesai luka dibalut, D murmured something tapi penghujungnya aje I dengar. D kata "*murmur*... orang nakal memang cam tu", sambil gelak terus cabut naik atas. Ekceli part murmur tu dia tak sure nak sebut apa.

Nanti I ajar dia camana nak sebut dengan penuh karisma "tukul takal balik pintew, budak nakal memang cam tew" <= bunyinya very karismatik tak? heheh..


The paramedic did not do a good job! Apsal kerepot rupa plaster tu? Jangan kata Umi punya jari dah kerepot ehhh?

Jumaat pagi: T sms "bila Umi boleh ambik T?"... "Sabtu 8am". "Alaa.. lamanya nak tunggu. T nak basuh baju, nak makan kat rumah" ... "OK..Jumaat @6pm..tu pun kalau tak hujan".

Tiba jajahan kanda Deris tepat pukul 6 (alaa.. lebih 2-3 minit pun nak kira ke? heheh). Dengan T, mana boleh terus balik rumah, kan? So kita keKFC beli 6 biji egg tart .. (3 untuk dia, 3 untuk Umi dia, yeehaa todap!).

Almost reaching home dalam hujan yang agak lebat ...

Wira berdentum kereta depan, dan seterusnya 2 kereta lagi kena tempias dentuman. Blogger tegar sempat capai Cokia, heheh ..


Ptg Ahad: I just love the sight! (wpun pada dasarnya gerun/seram berada dlm perut kapalterbang).

Pemandangan diangkasa raya semasa dalam perjalanan selepas hantar Puteri Hang Li Po ke istana hinggap 4 tingkat. Blogger tegar (as always) sempat capai Cokia .. Rest assured perbuatan tersebut dilakukan semasa 'tafik lait' merah, hokay?? *sambil menjeling gedung kain Jakel disebelah kanan*.

Ahad noon: Malas nak masak lauk tapi rajin plak menjala dan buat kari daging campur kentang dan carrot.
T tak kawan dengan kunyit w'pun dah berbueh mulut I yang comel nih bitau bahawasanya kunyit tu adalah 'ubat'.. Maka, my roti jala looks pucat lesi tanpa kunyit atau esen kuning.. (yeslah, I think next time I ought to use esen kuning. Ishh.. apsal baru sekarang teringat??)


Last but not least.. ada orang berangan nak tanam chinese leek.. Sama2 kita tengok berapa lama ia boleh tahan berdiri atas tisu lembab, har3.

Hingga jumpa lagi .. CikSom dan CikNdja nak berjimba ....... dia dah bertolak dari Sban namun I??? belum bersiap, belum mandi lagi.

Friday 13 January 2012

When my 'sun' enters my domain ...

Masa D n Njah's son paham sikit2 cakap omputeh, 'son' bermakna anak lelaki, kita pun mula ambik langkah lebih selamat mengubah 'son' jadi 'sun=matahari'. Kita perlu jadi lebih bijak dari budak berdua tu dengan bahasa rahsia, senang kita nak compare notes dan ngumpat anak sendiri, heheh.

Back then, bujang sunti berdua tu were full of antics beranika corak, warna, rupa dan bau, haha.. Tapi yang lebih2 tentunya my mataharilah! Kiranya dia tu mastermind pada setiap mishap. Imagine my BIL punya cucu cicit ikan dalam akuarium besor didapati pening2 lalat dan ada yang pergi tak kembali?

D n his cousin ada tool box tiap sorang .. the 'in' thing masa tu. Lagi pun dah kita berjiran, kalau sorang ada tool box, sorang wajib ada juga. D punya tool box dah bertukar jadi 1st Aid Kit ... Waah sudah bagus anakku itew.. tetiba nak jadi paramedickah?

D hangkut kit kemana2 dia pergi. Bukak box, belek2, tutup box <-- tak tau berapa kali sehari kerjanya bukak tutup aje ..... until one day dia bersuara "Umi bila nak luka??? D ada plaster".

Time sure flies fast. Dengan segala pahit manis masam kelat membesarkannya .. dengan doa dan airmata, namun apa juga yang terjadi my doa will always be "YaAllah, semoga D dan T menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi titian untukku dan abahnya ke al Jannah, amin".

Jap.. kesat airmata dulu ..

Masa ketiadaan I berjimba kuak lentang minggu lepas, D ber'shopping' sekor ikan kesukaan beruang, haha.. Lately suka sangat dia dengan ikan rona oren tu. Bila dia kedapur, pesanan standard paling afdal harus berbunyi "lepas masak tolong basuh n kemas sekali eh?? Jangan lupa simpan barang2 kat tempat asal".



Dah siap dimarinate dengan lemon, pepper n sikit garam, dia hempuk dlm freezer. Tiap hari sekeping2 digorengnya; goreng garing. Takde lauk lain takpe!

Yang kat bawah nih terlebih main api kot? Haha.. tapi dia suka aje yg 'ereng' cenggitu.

Berlubang tu sebab D paksa I makan walhal I tak sker ikan kaler oren. Telan jugak, errrk!

2 hari lepas kita berdua tengok program masak citarasa Scandinavian. Kebetulan orang tu masak bebola daging versi @Ikea tu. D terkesima, malam tu juga ke Mydyn beli barang2 nih ...


3 kali telepon dari sana tanya 1. kat rumah ada susu tak? Adaa.. 2. kat rumah ada lemon tak? Adaa (tapi dia tetap beli sepeket) 3. apa nama daun tu?? Chinese leek laa *nasib baik Umi dia bijaklaksana* :-)


Bancuhan maut bermula! Don't play2..

Tapi mana bebola dagingnya?? Camana jadi rupa burger pulak? Haha.. member geli nak pegang dengan tangan. Nak bentuk bebola guna scoop aiskrim, guna sudu bagai tapi masih tak jadi bebola. I can always help out tapi I saja tak nak, hehe.. I kan ibu mithali??


Hari kedua bila daging dah sebati dengan 18 herba rahsia, D buatkan sekeping patty for my lunch. Boleh tahan rasanya, enak bangat! *tambah 'bangat' sebagai bonus markah kesian, haha*

Malam harinya (which is semalam) .. tak pasti apa dia nak buat, tetap tak moh pegang dengan tangan; my rolling pin, kertas minyak, chopping board, pisau segalak.. semua dia guna untuk apa, I pun tak faham.


What is he trying to do??? Dia nak goreng tapi adunan tu terlembik. I let him survive without my assistance.


Last but not least, his version of mixed vege. Tengah makan sayur buatan sendiri, dia tanya "kacang nih kena buang apa2 tak Mi?". I jawab "kenaa..".

You boleh make a wild guess tak? Apa mendenya yang patut dibuang sebelum memasak kacang tu?? Well.. the 'thing' almost terbelit kat my tekak. Nasib baik I reti konar2kan guna my lidah. Selamat mende tu keluar dengan jayanya dari tekak :-)

Entry khas untuk D. My matahari, my gunung, my payung ... *matahari yang menyinari hidup Umi, jadilah seagam gunung boleh memapah Umi kemana2 dan payungi hati Umi biar sentiasa ceria gembira dan ria*.

"Bila umi takde rasa mcm bnyk pulak nak cerita n ckp n buat.. macam rasa tak puas tgk muka umi tu..tp membebel dah puas..hmmm". BERTUAH PUNYA ANAK, DUSH!!! :-)

Tuesday 10 January 2012

Cerita sipi2 aje dulu ...

Nak cerita pasal percutian ringkas minggu lepas tapi biarlah dimarinate kasi sebati asam garamnya dulu, hehe. Sekarang nih nak cerita sipi2 aje, boleh?

D kata ada satu gerai kat PutJaya jual cucur udang paling perrgh dalam dunia tapi harganya pun perrgh jugak. D tanya camana nak buat cucur udang sebab dia nak buat sendiri... "Umi buat tak sedap", katanya. Haha.. that wonderful statement brought joy to me. Bolehlah I buat excuse bebila dia mintak I masak something.

As baik as I am, heheh.. I pun kongsi rahsia turun temurun nenek moyang camana nak buat cucur or rather jejemput versi perghhhhidaaa, haha..

Taklah, where got rahsia? I just told D the basic ingredients aje. Tepung, air & sebiji telur. As D tu very da extremist, dia guna 3 biji telur walhal adunan tak banyak mana pun. Sukaklah, asal bahagia. I ajar tip rahsia chef2 antarabangsa bila mengacau adunan tepung ie not to kacau sampai tangan berputar dan badan bergoncang but to kacau guna fold in method. Kacau gaya puteri kerathon kekdahnya, ngeh2.

Berpandukan rasa cucur yang masih melekat pada deria lidahnya (ehh.. budak nih gosok gigi ke tak??), dia mengagak bubuh segala manikam dalam adunan tepungnya tu except salt. D tak suka bubuh garam bila memasak and yet kalau minum air, mestilah yang berona, berkaler dan berperisa. Ehh kejap, berona n berkaler tu sama makna kan? haha.. tulislah apa aja, asal hatiku bahagia seadanya.

Bahan2 tambahan yang digunakan: ikan bilis yg digoreng terlebih dulu pastu campur dlm adunan (??), udang kering tanpa ditumbuk (D still confused: always refer udang kering as ikan kering, haishhh), bawang, a pinch of kunyit serbuk, hirisan cili merah, cili boh and last but not least "I dono what else he put in". Pastu dia bitau "orang yang jual tu tambah daun2, kat esbok ada tak?". I terangkan nama daun2 tu tapi tidaklah I kata daun2 tu ada dalam esbok.

Kalau kata ada kang habis dia selongkar my crisper pastu I kena re-kemas. Am not up to being a rajin momma as my focus was on the telly. Nak konsentret tengok siapa menang samada Doc Gigi atau Mr W dari Sabah tu.

Nak touch sket pasal final Msia 1st M'chef Ahad lepas. Alahaiii.., I was closed to tears tak sampai hati tengok Mr W n family tak dapat apa2.. namun I salute semangat Mr W. Makanya, I make sure for the 2nd MCM'sia, malaslah I nak participate (entah2 tak dapat masuk qualifying round pun, haha.. tapi soklannya, berani ke I participate?).

Anyway, D tanya camana nak shape adunan; guna tangan or sudu? I kata guna tangan (chef tersohor memang guna tangan jer.., keh3) tapi basahkan jari jemari dulu supaya adunan tepung senang dibentuk .. nak bulat boleh, nak bujur boleh, nak bentuk apa2 pun boleh tapi akhirnya D guna sudu, hehe.

Bentuk aka shape cekodok yang rupanya serupa kodok digeles keta, haha.. tapikan tapi rasanya memang sedap lebih2 lagi dicicah dengan samtum bilis yang issk..issk.. tak yah bitau sape yang buatlah kan? Nanti berbau riak plak ... kan? :-)

Tamatlah entry sipi2 bahasa kali nih. Sementara menunggu Alkisah bersiaran dengan cerita2 baru yang menakjubkan *pls telan balik kalau terasa nak munt*, silalah layan menda kat bawah nih, just for fun.

Tuesday 3 January 2012

1st 2012 mishap!

Menaip kejap, slurping MK=mee kolok kejap and it is almost 12 midnite. Kononnya nak skip dinner tapi tetap ngap jugak. 2012 hajatnya nak jaga kesihatan tapi belum apa2 dah langgar mandat!

Bukan apa, I tak nak membazir. Kalau simpan untuk breakfast memang tak sempat sebab pepagi nanti I akan bertolak ke selatan yang tak berapa selatan tu, hehe..

Anyway, tengahari tadi JJCLauk dan beli 2 bungkus MK kat Akas*a. Tuan punya kedai memang orang Swak (sedara baru) so I suppose MKnya harus ada cop 'ori'.


Dah 3 kali makan MK dari berlainan sumber tapi MK kali nih yang paling sedaaap w'pun rupanya biaserr. Sosnya yang buat sedap sangat tu. Harga sebungkus RM3.80.

Sebelum tu @12pm temankan T buat facial. All the zits mencemar duli, tension exam punya pasal kot? Dia nak pergi sendiri tapi I nak temankan juga. I ada fobia dengan tempat2 cam tu. Me and my wild imagination! Macam2 yang terlintas kat fikiran.

Tempat tu lengang sangat. T and the lady dalam bilik and I duduk kat reception area sensorang. Penat bercamwhoring, I belek segala majalah yang ada tapi tengok gambar ajelah maklum majalah 'cakap Cina' tapi in between terselit juga majalah 'cakap omputih', hehe..

Tergerak hati nak buat quiz tapi belum apa2 perut cam meragam prot2 aje. Aisayman.. kali ketiga untuk hari nih maka harus dikosongkan pundi2 dulu kalau tak nak kejadian aneh lagi syahdu berlaku, ngeh3. Kali ketiga untuk hari nih. Apa ajelah yang I makan??

Selesai sempurnakan kes berat, barulah boleh fokus buat quiz dengan selesa :-)


... and I scored somewhere between 60-90 ...

Well.. having done the quiz, I'm still not sure whether I fall into this category. Saya assertive orangnya kah?

Sebelum Maghrib semalam, rajinlah pulak nak bersihkan my standing fan yang tiap saat berputar tu. Makin hebat putarannya, makin hebat dia mengumpul habuk. Habuk dah berat maka tidaklah berani nak tekan no. 3. Paham2 ajelah.. kan?

So dengan gigih I bukak satu persatu kipas angin tu until the last part terketat sikit maka I tarik guna kekuatan yang ada. Tarik terkuat sikit kan? maka berat badan cepat aje tergostan kebelakang so I lost my bearing u'olls, kah3. Dahlah tu terpijak pada batang vacuum so I was like juggling atas batang vacuum.. I know it's coming.. I know nangka busuk will debabum any minute so I capai kerusi untuk bertahan, namun dukacita.. kerusi jatuh, nangka busuk pun jatuh sama, huwaaaaaaaa ....

Nasib baik nangka busuk dah disampul dengan lelemak baekkkk punya, hawhawhaw..

"Maaaaaaak" terkedu kejap .. pastu D pun turun "Miiii..kenapa Mii??". Tak rasa sakit apa2 tapi part montot tu macam kedengaran anak2 burung berkecipan, haha..

Alhamdulillah takde part of body yang patah riuk semalam. Kalau ada yang patah, takde chanlah I nak berkuak lentang, kuak rama2 kat sinun, hehe...

OK, nak pack my things now. Till we meet again .. assalamualaikum.