Saturday 31 March 2012

of promises, food and fight for your right ...


Gambar atas takde kena mengena dengan entry kali nih. Kalau ada hanyalah bersetuju dengan kata2 yang tertulis (full of truth & sarcasm). Kutip dari FB PB, my BFF, hehe..

My entry "tapak tangan gatal" dated 4/12/11 refers <-- cewah, macam tulis surat formal aje tapi 'pause' cerita kejap, boleh??

Assalamualaikum! kengkawan semua dah makan pagi lum? Ke masih bermalas2an atas katil?? Pagi yang dingin nih I makan roti canai segera cicah 'samtum udker' berusia <> 3 hari. Masih edible, hehe..

Dinner semalam, merpati dua secoli sejoli makan roti, hawtdogh, kentang wedges, beef salami, chicken mortadella & caramelised onion. 1/2 Jawa perasan jadi 1/4 Italian + 1/4 omputih kekdahnya, haha... maklumlah dunia tanpa sempadan, kan? Asal tak halalkan yang haram, ok whhhaat..

Bila TB cuti, bolehlah skip makan nasi (either lunch or dinner). Lagi pun tengahari semalam dengan nikmatnya dia dah makan beriani kambing; pastu dia ngap beberapa sudu my mee rebus dengan telur2nya sekali. Ngap punya ngap bari member terperasan "I dah makan habess ...". Errrk "tinggalkan sket, I naaak lagii".

Nasib baik I dah kenyang as at the same time I ngap cucur juga. Sedapnya sebab masih panas dan garing. Bila tiba last cucur "I ingat you tinggalkan I tadi.." bersuara plak member musyuk2 colang tu .. "nape tak cakap, ingat tak nak tadi", huwaaa dalam ati jer..

TB slurped his cendol and I slurped my sirap bandung penuh keceriaan. Dah GGTK KPSukaHati, kita pun did our grocery shopping, lalala... I managed to redeem shopping points = RM100 cash voucher (instead of redeem barang2 yang tak molek mata memandang).

Dalam pada grocery shopping, my other mission was to exchange an item bought abt a week ago. Ekceli that specific item cannot be exchanged whatsoeva as that's the company policy but I do what I have to do, hehe..

I waited almost a week for the outcome; at last 2 days ago the cust. service personnel confirmed that the item could be exchanged atas sebab2 sahih yang dilontarkan oleh loyar buruk yang mewakili CikSom (siapa lagi kalau bukan dari Tetuan Al-Kisah, kan?). Sometimes we need to fight for our right not because customer is always right but because ........?? kembali selepas ini *iklan kosong kejap*, hehe..

Now back to cerita asal, refering to my entry "tapak tangan gatal"... Bila tertekan nak cari duit tak kira kerana sebab apa maka terpaksalah usaha merata tempat dan meminjam dari orang tapi janganlah hendaknya silap langkah pinjam dari 'Along William' yg cekik darah mengalahkan Jaws itew!

Bila pinjaman didapati dengan mudah, perjanjian wajib dimeterai (sense of commitment perlu bagi pihak peminjam, if not kang..). Mula2 berjanji semuanya manis. Pena mata bulat yang menyain surat perjanjian pun manis seolah2 dibaluti gula aising, ahaks. Mengikut perjanjian, sipeminjam mesti melangsaikan hutang dalam tempuh 2 bulan tapi sipemberi pinjam lembut hati sket "it's ok .. can extend sebulan lagi", kasi grace period kekdahnya which ikut perkiraan jatuh pada hari nih.

Sipemberi pinjam cuba jadi empathy. Apa agaknya yang dirasai oleh sipeminjam knowing very well the time is up to settle the debt? Boleh tidur ke dia? Makan dengan selera ke dia? Familinya makan tak?

Perlu ke sipemberi pinjam nudge sipeminjam? Janji tetap janji, tak gitu?? Kalau perjanjian tak dapat dipenuhi, beritaulah sipemberi pinjam .. jangan berdiam diri aje. But to be fair pada sipeminjam, dia sebenarnya dah jelaskan the 1st half of the amount. Diselesaikan 3x. So by today mengikut perjanjiannya, another half of the original amount should be settled, jatuh gedebuk keriba sipemberi pinjam :-)

Itu ajelah cerita ceritut pagi Sabtu nih.. now terpaksa bersiap wangi2an. Jiran depan rumah nak buat makan2 sempena besday anak dia malam nanti so pagi nih ada rewang2 sikit :-)

Updated on 29/5/12 ... Borrower requested for an extension till end of May. Hmm...

Friday 30 March 2012

Random breakfast ...

Dah lama ahli #38 tak makan pagi sama semeja. Yaalah, memang dah lama sangat! Sekarang nih either TB dengan I, D dengan I atau T dengan I. Femesnya I, kan? haha.. tapi selalunya I makan sensorang, smiff..smiff..

Tulah masa merubah segala tapi alhamdulillah juga ada masa2nya kita makan malam dan keluar bersama. Lambat lagi rasanya nak keluar berenam atau bertujuh, ehem.

OK back to cerita makan pagi ...

D sediakan breakfast pagi nih untuk diri sendiri & untuk MOTH (madam of the house).
Cayang D.. muah2


Hari2 lain pulak ..


Hers

His

Tengok pada kedua2 serving tu kan, nampak sah plate HERS menunjukkan sipemakan tu kurus, comel dan anggun sangat menjaga pemakanannya *grin* walhal apa yang dipandang, tidaklah menggambarkan situasi sebenar.


Jom alih pandang kepinggan HIS pada lain2 hari (dah dia beli hawtdogh saiz besar maka perlu diulang2 makan either for b'fast or dinner untuk mengelakkan pembaziran). <-- Look who's talking? heheh...

Selera berubah2, kadang2 TB nak tomaT ...

Kadang2 nak telur dadar. Caramelised onion adalah wajib!

Pada satu pagi yang sikit rajin ...

... buat pizza guna roti as base aje. Those were for me n D.

... dan pada satu pagi yang haloba (pulut kuning, bihun gor merah & putih, kueytiaw, mee gor, nasi gor kampong n seketul ayam) .. b'fast dengan D kat restoran UbiKayu fevret AHKAK tapi malangnya hanya ayam dan nasi gor kampong aje dapat markah 7/10. Yang lain2 tu hancai!!.

D had pulut kuning + rendang & 1/4 boiled eggs serta kulitnya sekali.

Sajalah ambik gambar kulit telur dengan niat nak show off kita punya new *DSLR, ekekeke..

*read: using Cokia N97 still, huwaaaa....

Thursday 29 March 2012

As promised ...

About a week ago I 'bertemu' blogger baru kat dapur maya QJ. W'pun I tak berapa peramah, I menegurnya dulu sebaik aje tau kita kongsi sama bendera. Beliau tu pulak teramatlah mesra alam so you know I knowlah. Tanpa muzik pun kita boleh beronggeng, heheh.

W'pun dah berdekad2 I dibuang negeri (kekdahnya) namun I tetap declare I'm a true blue Johorian. Tempat bermain lagi dikenang inikan pulak tempat I was first introduced to the best ABC in the **WWW! Masa tu hanya kedai Ee Heng aje yang jual ABC yang sangat yumm.. dengan campuran sos coklat (meleleh), susu cair, sirap, kacang merah dan krim jagung; but the gem of all gems ialah buah kabongnya. Boleh run amok kalau takde buah kabong :-)

** WholeWideWorld

Dah kendian2 baru kita jumpa 2 lagi kedai ABC sedaplah jugak. Satu kat depan stesyen ketapi dan satu lagi sebelah pasar besar yang diberi nama 'round table' but nothing beats ABC sentuhan EeHeng!

Bezanya dah tua2 nih kan, I tak suka my ABC ada jagong of whateva kind.

Ooopss.. terdigress pulak ... ekceli nak citer hal lain, hehe..

Entry kali nih khas untuk Amelia. Only you tau the story behind this pack of basmathi rice, ekekeke.. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut *unless you eat buah melaka or kuih cara, ekekeke*


Expiry date 19 Jan 1997? Maybe diorang salah cop tak? hihihihiii .. *giggle tutup mulut rapat2*

Dan yang nih khas untuk Mela dari Kota Singa, auummm..

Untuk badan atau sendi2 yang sengal, sila sapu Yoko Ono nih nescaya ................... :-)

Nota: Lambang Johor ikhsan Google

Wednesday 28 March 2012

Pisang dibingkakan ...

Editor Al-Kisah kembali berkarya so mukadimahnya haruslah show off a bit akan 'kerajinan' bermusim beliau, heheh ..

Dah berzaman tak makan bingka pisang tapi tekak nih terasa juga nak makan belebat, jejemput dan lempeng. Haloba yang terlampau tapi kali nih tak hingin nak layan bisikan makhluk bertanduk itew.



Sengaja guna 'loyang' lebar supaya bingka tak tebal macam kek. Untuk bingka, tebal2 tak best. Semolek2nya takat 2cm tebal so bila dipotong rupanya comel cam blondies/fudge, auww. Bila makan kek, bagian tepi tak menjadi kesukaan tapi bila makan bingka, kalau boleh I nak bolot semua bagian tepinya aje, boleh??



Pada satu hari yang ceria, TB & I berbual2 pasal pisang. Dia macam takjub dengan kemampuan I mengenal jenis2 pisang, ngeh3. It's not that his late FIL ada ladang pisang ke apa tapi camana I boleh kenal jenis pisang just by looking at the paras rupa pisang tu aje? Well..well..well.. tidaklah I ingin mendabik dada yang hmmm nih kan? but somehow hasil bercampur gaul dengan orang2 tua dan rajin ikut Mak kepasar, maka ilmu tu datang dengan sendirinya, auwww...

TB tu kaan, while he knows so many types of ikan air tawar, jenis burung yang berkicap tweet2, jenis herba dan makanan orang dolu2, dia tetap tak dapat bezakan jenis2 pisang; but wonder no more, dah dia tak minat makan pisang unlike you-know-who, kan? So, I forgive himlah.

Al-kisah ... Masa kecik2 al-comot dulu, I diexposed dengan 'pisang masak hijau'. Saiznya sebesar pisang montel tapi tak taulah why kulit pisang tu terlebih klorofilnya; dah masak ranum atau masih kelat, rona kulitnya tetaplah ijau.

One day, me and my 2-year old adik mintak more pisang kat Mak. Pisang tu nampak jelas dari pandangan sebab Mak letak atas esbok saiz kecik so kita yang masih ketot, katek lagi rendang memang nampak sah terang takyah suluh2 lagi, pisang ada atas esbok. Kiranya Mak kenot bluff us lah kan tapi Mak tetap bluff us juga, huhu....

Mak kata pisang tu kena simpan untuk Sultan. Waah!!! untuk Sultan? biar betik and that time kebetulan Bak & Mak baru berjumpa Sultan & Sultanah kerana perayaan hari Merdeka or maybe perayaan menyambut hari keputeraan diKotaTinggi, maka lagilah real pisang tu memang untuk Sultan.

Berasaskan RukunNegara #2, kita berdua terpaksalah akur. Patutnya I pakat dengan my adik. Kalau Mak tak kasi kita pisang, jom kita panjat esbok, panjat tangga, panjat bumbung tanda berontak .. pastu Mak panggillah Nanny 911, hahaha.

At the moment, my fav tv prog. is Nanny 911. Sesak napas bila tengok anak2 orang buat perangai nakal n terejal to the max tapi kadang2 kelakar juga. D tanya "kalau cucu2 Umi cam tu, camana?". I jawab "jangan datang rumah Umi atau duduk aje kat belakang rumah jauh sana main dengan ayam itik kucing" <- ..sadis punya grandma no?..

Cakap cenggitu (dengan niat) kononnya masa tu I dah berpindah ke desa halaman TB where there would be excess land for Tok Li, Tok Som n cucu2 beriadah outdoor, auwww seronoknya, kan?

Nota: My niece yang sebut pisang as pithang dah besar sekarang nih tapi tetaplah sebut 'pithang' juga, hehe..

Tuesday 20 March 2012

Up Up and Away ... Part 2

Sejak hari Ahad, tumit sebelah kanan terasa sakit bila berjalan. Kononnya kalau berehat memanjang, tumit tu boleh kurang rasa sakit tapi tak pulak. Adoi!! makin rasa tegang adalaaa walhal masa berjimba kat PutJaya hari tu, taklah I berjalan jauh cuma berdiri lama aje tapi bila dapat duduk (nak makan nasi beriani kambing), barulah pinggang rasa lega sket (tu pun lepas buat senaman setempat. Krupkrap bunyi pinggang kita wak!).

Dah pergi ketapak festival, tentulah dibuat juga tapak menjual makanan. Macam2 ada jual, you sebut aje apa, semuanya ada. Kalau yang you sebut takde, I akan kata "ada" jugak, hehe..


Beli beriani kambing 4 pcts @ RM7 each. Senang takyah masak for lunch. Harus bijak mengatur misi dan visi kekdahnya. Tul tak??

Well... I berdua beranak ke PutJaya bukan sengaja nak makan nasi beriani kambing, mbekk.. Oleh kerana tahun lepas T kempunan (sebab tiba lewat) nak tengok hot air BELON maka tahun nih dia berazam, by hook or by crook wajib pergi lagi. Terpaksalah I jadi chaperonenya...

I nih introvert (dan kadang2 anti sosial) maka I tak rajin dan tak suka nak pergi kat tempat ramai orang *unless terpaksa* TAPI kali nih I was excited the moment T kata "Umi kena pergi sama temankan T taw" but of coz I buat2 cam tak minatlah, kaan?? haha..

Dipendekkan cerita, I rasa seronok sangat sangat! I imagine myself flying up there with the birds and the bees (?). Imagine aje, no harm done but should anyone paksa I naik in that hot air balloon, sumpah I pengsan! Tapi kalau disediakan parachute, maybe ...


Anyway, I was so teruja n rasa so seronok !!!! Moi jakun? Yes ... I am *clap3* sukerr..


Kiwi khas untuk Anie NZ



Bye2 cake, come down in one piece ok?


Gambar diambik guna kamera Cokia N97 aje tapi ramai benar yang hangkut dan guna kamera yang besar bagak (ref. to my previous entry.. gambar2 mereka telah diedit; takut juga kena saman nanti, siapa nak bayar?) <-- tau takot, gulp!

Cerita berakhir disini, selamat malam & wassalam (kita nak sapu tumit dengan Yoko2 jap).

Sunday 18 March 2012

Up Up and away - Part 1

Sabtu 7am menuju ke PutJaya.

Kalau tak kerana T, takdelah I bersiap pepagi hari sampai tak 'sempat' bersarapan apatah lagi basahkan tekak dengan neskopi dan menyempurnakan kadak hajat. Nasib baik rajin mandi, ngeh2.

Target keluar rumah 6.30 pagi tapi terlewat sket. Paling tak best jenjalan pagi hari bila perut mula churning memaklumkan sesuatu. Anyway kita beri 1/2 jam grace period sekadar usha perut supaya menjalankan tugas namun tak berjaya.

Come what may! 2 beranak nekad keluar rumah tapi 20 minit dalam perjalanan, T dah mengeluh dan merengek disulami dengan doa. Oh no! Panggilan kadak hajatnya dah tiba.

Dengan keadaan serba tak kena, time is the essence kekdahnya, keta terpaksa berhenti 4x setiap kali lampu bertukar merah. Awat PutJaya banyak sangat trafik light? Dalam keadaan getir cenggitu, I suggest kat T "kalau dah tak tahan, berhenti ajelah kat tepi2 nih..." *kah3* tapi member naik hot plak "Mi biar betul.. kalau T kecik bolehlaah" .. kah3.. apalah Umi nih ek??

Ekceli I memang cemas dan sedia maklum apa rasanya. Berfikir juga what if ... what if ... T tak henti2 berdoa dan memujuk perutnya supaya bertahan dan mintak I berdoa sama .. Dlm keadaan cemas gitu, all I could say was "YaAllah .. kecutkanlah .. ". Kecutkan apa? My doa setakat 'kecutkan' aje. I kenot konsentret..tapi I pasti Allah sedia maklum dengan maksudnya.

T kata sebaik aje park keta, dia akan pecut masuk kebangunan next to tempat letak keta. Alhamdulillah keta diletakkan molek2 bawah pokok berdekatan Wisma Usahawan.. So kita pun berUSAHA cari bilik air as if bangunan tu dibukak khas untuk kita, heheh.

Tak susah nak cari bilik air tapi bummer ... kami disambut dengan kata2 dari penaja!


Ohhhh tidaaak!!


Kalau hari biasa, hari tak critical bolehlah kita abide by the notice tapi ya ampun, not this time bebeh.. I told T .. let's rempuhhhh .. hahaha... *bayangkan serangan SWAT bila terjah orang jaaa'at*




Ada cerita disebalik kamera2 bagak nih. Boleh ke diorang lawan dengan my Cokia N97? hahaha.... mesti takleh nyer..

Apa pun, nanti I cewita ehh??

Friday 16 March 2012

Selamat Pengantin Baru ...

Baru selesai menyidai basuhan dan menunggu satu load lagi siap untuk dijemur. Sementara tunggu cik Pana selesai basuh baju ditepi sungai maka afdallah I berkarya seratus dua baris. Diharap cik Pana selamat membasuh disungai tak dibaham dek buaya tembaga, hehe..

Feb-Mac terima 5 jemputan kawin tapi tak dapat ditunaikan semuanya. 2 dari jemputan tu datangnya dari kenalan semasa memula berblogging dulu. Kenalan yang dimaksudkan nih muda & cun2 belaka so dengan sukarelanya I jadikan diorang adik anak angkat.

Sekiranya diorang tak nak mak angkat yang muda, ahaks.. tapi ingin bebenar nak KAKAK angkat, lagilah I sukerrr, heheh..

Shahira & Azima, terima kasih sudi menjemput dan mahap beribu2 mahap sebab tak dapat hadirkan diri kemajlis. Kalau I ada jet pejuang kan bagus? Zuuup aje dah sampai.

Azima & cikKesayangan, ehem!

Azima kata beberapa jam sebelum diijabkabulkan, dia ke s'market beli 6 ekor ayam. Buatnya s'market dah kehabisan ayam, mana dia nak cari ek? I wonder ...

Shahira n anjer

Semoga pasangan pengantin hidup aman damai tapi sesekali perlu juga 'bergaduh' yang tak perlu guna pedang samurai atau parang kontot, no no no. Tiap 'pergaduhan' mesti ada hikmahnya.

Apa pun, sabar ialah kunci segala nikmat. No doubt sabar tu 'sakit' tapi manisnya, ya Rabbi.

Thursday 15 March 2012

Am in the mood, but ...

Yesss, I'm in the mood to menjala ... tiap hari menjala pun takpe tapi dek kerana selera ahli lain berbeza2 dan tentunya untuk menjaga keharmonian rumahtangga yang dibina berdekad2 lamanya, auwww.. maka ku kuncupkan semangat jadi nelayan menjala buat sementara waktu.

Nak masak kari pun pening langau. Daging atau ayam? Haa.. dah macam bunyi iklan McD plak, tak pasti nak pilih mana satu. Bila terhidang kari daging, semua orang gumbira ria tapi bila terhidang kari ayam? Hmm..

Wahai penginap #38, boleh tak kita amalkan "bersatu teguh bercerai roboh", boleh ke?

Dah terbukti ramai menjala guna acuan kuning 5-mata tapi I skeptikel sket masa tu sebab cubaan pertama gagal big time terus jadi lempeng, errk. Tak reti menari kata lantai tinggi rendah, teruk acuan kuning tu I kutuk, hehe..

Lama kelamaan, semangat menjala kembali bertaut, macam aur dengan tebing. I tak kisah *like I dont care anymore* samada roti jala yang I buat rupa kain buruk, janji ada rupa jala sket2 dan rasa roti jala bukan rasa mexican bun :-)

With a lil bit of patience n perseverance kekdahnya .. ambik!!

Afdal dimakan 24jam sehari lebih2 lagi dicicah dengan kuah kari & kuah samtum yang dah disimpan sehari semalam atau bermalam2 ...

Camana Julio Iglesias sebut Roti Jala? Bila J diganti H, so dapatlah kita nama baru .. RotiHalaTuju, hehehe ... <- tak kelakor tapi kalau nak senyom kambing, jgn ditahan2...

Wednesday 14 March 2012

MuayThai vs Wrestling!

Tak boleh bayangkan I tengok program the ChallengerMuayThai sekarang nih. Aksi ganas n kasar aren't my cuppa tea tapi D sort of paksa I tengok dan siap suruh teka siapa menang tiap kali bermula perlawanan. Layankan jugalah tapi kenot reeli konsentret berkarya dengan keadaan rumah bising as if perlawanan tu dalam my living room!

I tengok kejap2 aje tapi seronok juga bila F*iz*l dari Msia kasi TKO pemain England, jatuh gedebuk cam nangka busuk! (cempedak tak pernah jatuh ke?). Anyway, terasa lebih seronok bila I BARU TAU, perlawanan tu diadakan diMsia, yeehaa! Tumpang bangga sesenduk dua kekdahnya.

Finale: Thai vs England (tapi bukan yg TKO tu). As in the previous games, D mesti tanya "siapa menang Mi?"... "Thai" (jwpn penuh yakin). Kan ke best bila tekaan tepat, I juga boleh dapat US100K? Hmm..bestnya!

Nota: Semua rancangan MuayThai telah direkod & pra-rekod terlebih dulu. Bila ada waktu lapang, bolehlah tengok secara marathon.

Iklan kejap: Siapa2 yang belum berlanggan Astr* B'yond PVR, silalah berlanggan sekarang. Ya.. sekarang jugak, kalau boleh. Banyak kebaikkannya, tu pun kalau kita tak anggap TV tu sebagai 'kotak tak berapa pandai' malah menganggapnya sebagai salah satu nikmat dunia yang mendatangkan faedah didunia dan diakhirat. Wassalam. <- ustajah Som make an entrance, heh!

PVR=personal video recorder membolehkan kita rekod & pra-rekod apa juga rancangan yang kita minati tapi tak berkesempatan menontonnya waktu itu. Sebagai contoh: say.. tiap pagi I ada date dengan 3 ustaz kat channel 114 & 119. I akan rekod program ustaz bersarban @6.30am dan pra-rekod program Imam SW @7am (dalam masa yang sama, I boleh menonton channel 119 hingga habis siaran; atau rekodkan aje kot masa tu TB baru balik dari ofis bawak breakfast nasi lemak sambal sotong bukan sambal kerang, makaku harus menyambutnya dimuka pintu sambil memegang sebatang rotan, auwww..).

Namun awas: PVR ada juga pantang larang yang patut dipatuhi. Harap maklum :-)

Tengok D kusyuk melayan finale MuayThai, I teringat pada Bak yang suka sangat tengok gusti on tv. Wpun dia tengok sensorang, riuhnya macam 10 orang, nak2 bila wrestler mula mengelat dan referee tak adil! Bertambah riuh bila Chik, my aunty join sekaki. Bila 2 beradik literally dah masuk 'wrestling ring'; the rest is history, muahaha.. (and I cherished those moments looking at the 2 siblings sharing the same interest).

Dalam pada tak minat tengok orang bergusti kat tv, boleh pulak Ndja n I aturkan satu perlawanan gusti 'kakak vs adik'. Sanggup I bergusti dengan my brader umur 5 thn masa tu dan Ndja bermurah hati jadi referee tak berbayar, ekekeke..cayalah!

"tinggg.." perlawanan pun bermula.. I nih, ntah ya ntah tidak bergelut dengan my adik dengan niat NAK menang (kakak mesti menang, kan?), tapi takdelah nak TKOkan dia pulak. Dalam keadaan bergelut bergumpal terbalik pongkang tetiba my blouse 'terselak' lalu terserlah dadaku yang rata, auwww.. (wpun rata tapi malu gak), maka I override tugas referee meniup wisel, I sendiri bunyikan loceng penamat "ting..ting"! <- the 1st & last bergusti suka suki

In retrospect baru terpikir, patutnya ada satu lagi perlawanan 'kakak vs adik' ie Ndja vs me, sure gamat punya!

Pernah tak tengok WWE dimana wrestler tu sendiri bunyikan loceng atau tiup wisel tanda mula atau tamat perlawanan? Tak pernah, kaan?? So soklannya sekarang, 'wrestler' mana yang lebih epic?? hahaha.. sila jawab, sila..

Monday 12 March 2012

Buah kundang n Magnum PI ...

"Assalamualaikum.. pagi nih nak bfast apa? If nak makan hotdog, u kena belikan roti tapi kalau beli bihun mcm smlm u beli, BEST jugak :-)" <- macam perintah aje bunyinya ek? tak loving langsong!

Alhamdulillah rezeki merpati dua sejoli pagi nih ialah bihun & mee goreng w'pun tak nampak batang hidung sambal sotong kurita pujaan hatiku, sob2.

"ehhh...you beli sambal kerang ke? alaaa ..." <- sambil kepotkan bibir namun tetap bersyukur
"syukurlah rezeki" <- sambil alih pandang pada pempuan bibir kepot
"biasalaa cakap gini bila kita tak berkenan" <- pantas jer menjawab ek? hmm..

Pagi hari minum neskopi panas tapi malam hari minum neskopi ais, ok ke? Is it bad for health esp for warga keemas2an like pempuan kepot bibir itew? hehe.. Kesukaan masa kini: neskopi, jus fruit punch atau f&n sarsi (tapi tetaplah diceriakan dengan ketulan ais).



My 'vice' kekdahnya tapi belum jadi habit lagi cuma sesekali rasa teringin, auww...

Berblogging nih tak lepas dari dugaan parasit. Tak tau mana silapnya. Tiap kali I ronda2 blog sendiri dan blog orang; lawat fb yang gersang atau clearkan email dengan message ntah apa2 tu, tup2 my curser tergantong. Tunggu seminit pasti skrin biru nih pun keluar, grrrrr...



Selalunya I switch if off aje, grrr... then everything will be back to normal. I can continue berjimba dalam alam siber. OR else, if I dont switch if off and let it be.. sistem dengan sendirinya akan pulih seperti sedia kala.

Whateva it is, I find it so so very annoying but having said that siapalah kita manusia nih asyik nak feel annoyed aje, ek? hence I am back to normal menjadi muslimah contoh yang harus bersyukur pada setiap saat *insap!*

TB dah banyak kali kata "I heran dengan komputer you nilaah". I pun jawab as a matter of fact "yaaa... I laaagilah heran".

Heran tak berapa heran cuma sangatlah teruja bila nampak buah kundang berada dipasaran. Buah kundang zaman I kecik2 dulu tak sebesar nih pun dan rasanya tak pernah manis!


Oleh kerana harga sekilo boleh buat I juling air maka I beli 4 biji aje just to try test samada buah kundang madu (as it claimed so) sememangnya manis! Tu sebab ada 3 biji aje dalam gambar atas tu, hehe..

Tiap minggu bila T balik, tak sah kalau tak singgah kiosk Petronasss! Ada aje yang nak dibelinya. Sekarang nih kalau orang tanya kekiosk tu nak isi minyak ke? Jawapannya tak mesti "ha'ah..nak isi minyak" tapi "taklah...kita nak beli aiskrim (atau keropok/jus/kueh koci bla3)".


Budak sorang nih dah 'smitten' dengan MagnumPI, ahaks. The last time I had it was years ago. Digress kejap: agaknya TomSelleck masih kacak lagi tak??

Anyway, I disarankan beli 2 perisa. Yang herannya budak nih asyik tanya "umi tak nak makan aiskrim ke?". Ehh, apsal dia sibuk dengan aiskrim kita sedangkan dia punya kan ada? "bila umi makan, T boleh rasa sama, kita kan share2?". Hmmm... anak sapelah yang vijaksana sini nih??

SAH aiskrim nih memang superb-bom3! (choco-cappuccino yums). Kalau tak silap mata memandang, MagnumPI nih ada 5 perisa. Harga sebatang kurang seposen genap RM5.

Sekian corat coret hari Senin yang agak mendung.

Thursday 8 March 2012

Khamis, pagi yang dingin ...

Sedang I menyusun kedudukan punggung almaklum baru masuk ofis Alkisah, tetiba D berteriak "Mi.. abah dah balik". Ishhh.. awalnya dia balik? Kita baru nak mengorak langkah kealam siber tapi OK ke TB tu? Kot dia balik awal sebab tak tahan sakit akibat pinggang terseliuh, ke?

Alhamdulillah, pinggang yang terseliuh beransur sembuh hasil tenyehan Yoko2; cuma dia rasa groggy lepas telan pil tahan sakit terus terbayang2 bantal busyuk, tu yang balik rumah cepat dari biasa. So for breakfast dipagi hening lagi dingin tadi, I gorengkan jejemput masin aje (gambar bawah diulang tayang dari arkib negara).



Adunan dibuat petang semalam untuk makan petang tapi diganti rezeki dengan pisang goreng dan keropok lekor yang Ndja bawak so I simpan adunan jejemput for rainy days. Kebetulan pulak pagi tadi hujan masih mencurah2, berhenti kejap2 sejak petang semalam.

Bila digoreng adunan jejemput yang disimpan semalaman, texturenya teramatlah menepati my citarasa. Rangup diluar dan lembut didalam. Mungkin ada tindak balas tepung dan telur setelah disimpan semalaman (dalam esbok) menjadikan jemput2 tu kembang owh so fluffy one bila digoreng hence rangupnya semacam?

Anyway, lupakan dulu penemuan terbaru CikSom didapur ciliknya itew..

..... mesti ramai yang monyok pagi nih sebab takleh sambung tarik selimut sampai keubun2, kan? tapi I boleh aje, jangan jeles, hehe..

Bila hari hujan, trafik jem mesti terlebih gilanya. Mulalah setiap pemandu jadi self-centered. Mesti ramai tiba lewat keofis atas sebab2 sahih atau direka2. Nasihat dari pakar: Kalau lewat ke ofis, balik rumah pun lewat jugalah atau kurangkan waktu makan tengahari.

I pernah buat cara yang sama dengan persetujuan my boss masa keje kat KL dulu (ie datang/balik lewat setengah jam). W'pun semua orang sedia maklum KL dan PJ memang amat jauh namun ia bukan penyumbang kelewatan ke ofis, vvvvukaan...

Penyumbang utama ialah kekurangan kenderaan awam yang mantap (let's blame it on public transportation). Yang ada masa tu tentulah bas mini berbagai nombor, bas SJ atau 'car pool'. Nak beli keta sendiri? Memang thaaaaklah jawabnya, kan? sob3.

Tengok pada nasib juga. Kalau drebar bas mini no. 25 mood baik tak buat onar maka tibalah ana keofis <> 8.30am (bas mini no. 25 aje yang berhenti depan ofis), tapi kalau drebar bas ngelat paksa penumpang turun takat BangkokBank (BB) maka dari BB terpaksalah naik teksi keofis (tunggu teksi pepagi hari menguji kesabaran juga).

Hari paling kecewa: bila semua bas penuh sarat dengan manusia maka I akan berjalan sorang2 dari SS1 ke SS3 menuju ke SS8 berdekatan Motorola supaya boleh tiba ketempat permulaan bas bergerak. Sahih I memang puas berjalan cum beriadah masa muda2 dulu so now bila keluar dengan TB, I mohon turun dulu supaya tak jalan jauh <- bermanja pada yang kasih *tip no. 11 mencari bahagia* ekekeke..

Kalau bas mini no. 25 buat loktang for whateva reasons maka pilihan kedua cuba2lah naik bas mini no. 33 pulak. Bas nih berhenti kat BB juga so pandai2lah tahan teksi ke ofis (kalau jumpa kawan seperjuangan, kita share bayar teksi. Selamat can save 40-80sen).

Sedia maklum, keadaan bas mini pagi hari memang penuh sarat hingga keanak tangga maka I yang comel lagi fragile (ketika tu laa) tak sanggup ambik risiko dihimpit2kan. Kang patah tulang rusuk, siapa nak bayar bil menyimen rusuk I, kan?? Kadang2 molek aje dapat tempat duduk tapi bila bas maju bergerak, penuh juga akhirnya bas tu.

Dengan keadaan bas lebih muatan, selalu gak bas yang I naik tu dilambai2 masuk kebalai polis. Sesi ambik nama 'pesalah' takde kena mengena dengan penumpang tapi indirectly bangkit rasa malu pada bos sebab lewat tiba ofis. Alasan apa nak beri? So takyah beri alasan sebab MOU dah dimeterai dengan bos. Datang lewat, balik pun harus lewat juga.

Bak selalu pesan jangan lewat datang ofis. Datang at least 10 minit awal supaya boleh run through 'things to do list' sebelum mula bekerja. Jangan malas, jangan cuai, jangan curi tulang, jangan buang masa blablabla... *all the jangans in the world kekdahnya*.

Semua pesanan Bak I ingat tapi I jadi takut bila Bak sort of marah bila I ambik cuti (even masa tu Mak was in critical condition). Kalaulah Bak tau I ada masalah keofis masa tu, agaknyalah, mau tak dia belikan I sebijik Beetle?


Masa kerja dulu, every now and then department masing2 mesti conduct an offsite meeting. To warm up sebelum sesi serius bermula; kita dimintak beri seberapa banyak sebab kenapa pekerja datang lewat keofis.

"why do you come late to office?"
- because my neighbour's cat gave birth (so said one smart alec).

Tu aje satu sebab yang paling I ingat *maklumlah, I mana pernah datang lewat, kaan?* errrk..

Friday 2 March 2012