Wednesday 30 May 2012

Seminggu: koleksi nasi gor ...


It's almost midnite. I dah mengantok yang amat sangat tapi belum lagi nak kibarkan bendera putih....no, no, I kenot serender yet as I have one more mission to accomplish.

Menaip bahasa rojak dengan ejaan ikut suka hati can actually release tension. Tension apakah? Tension anak nak ambik exam kekdahnya. Kesian dak tu mentelaah. Kalau keputusan tak berapa memuaskan and yet she has slog like hell on earth, camana tu?? Patut buat post mortemkah??  Maybe patut buat mana tau boleh learn from mistake tapi kalau dah usaha bersunggguh2, terimalah keputusan seadanya sebagai rezeki.

Bila sebut pasal rezeki, kenalah faham rezeki comes in many forms, shapes and sizes :-)

Ada orang dijadikan bijak menempa kejayaan tanpa banyak berusaha...ada yang terpaksa berusaha cam nak rak baru capai kejayaan, ada yang bijak tapi ngok sesaja tolak peluang belajar dan ada yang minat sangat2 nak belajar tapi tak mampu atau tak diberi peluang. I pulak minat belajar mengendalikan washing machine dan oven baru (dibeli) so agaknya TB nak belikan I manualnya tak? ahaks...

Ooops pause kejap ... nak goreng ayam 2 ketui for TB who just came back from work. Nilah misi yet to accomplish yang dithebut awal tadi. Bukan senang nak jadi mithali, auwww....

OK, mission accomplished! TB had asam pedas ikan bawal putih (ikan ditaja oleh Ndja) n 2 ketui ayam goreng for dinner/supper. 2 lauk dah cukup lagi pun dah malam, kan? D had requested that I cook for him fried rice for dinner which I already akur for 3 consecutive nights. I lagilah sukerrr masak2 sambil pejam mata nih, hehe... (ekceli nak habiskan stok nasi yang berlambak dalam esbok). Nasi gor + ayam gor = perrgghhhh jugak kan??

T pernah komen yang I nih suka benar ambik 'close up' gambar makanan. Dia kata disamping tunjuk makanan, kena juga tunjuk pinggan mangkoknya. I pulak kata, I better concentrate on 'showing off' only my food (eventhough my food presentation or food styling memang hebat failed, muahaha...kesian I).

Lagi pun, I manalah ada tableware yang molek dipandang mata. I takde blue danube, takde noritake, takde mikasa mihalus, to name a few. Haa, corelle pun takde. Yang ada pinggan free beli Darlie, beli Colgate and the latest one beli Mamee (kalau TB baca nih, janganlah dia bukak rahsia pulak "yang dalam store tu .....").

Sebenarnya I masih guna pinggan n piring pusaka peninggalan Mak, mix n match dengan lain2 jenis. Pinggan n piring tanpa corak warna merah muda/light pink yang berusia berpuluh tahun (manufactured by J&G Meakin, England - Glamour.. Rosa). Hanya anak2 perempuan mewarisi pinggan mangkok nih dan setiap kali I gunakannya, memang berangan Mak ada sama2 kat dapur *sob*.

28.5.12

29.5.12

30.5.12

10.5.12

Tinggal sehari baki bulan May then June, July, August and before you know it, it's already December. Then comes in the new year 2013.

Insyaallah panjang umur murah rezeki the new year would see me bersiaran from the land of HangTuah. Haihhh...cepatnya masa berlalu... Decision decision ...

Tuesday 29 May 2012

kembali bersiaranzzz ...

Since dah lama tak bersiaran maka haruslah dicoretkan sisa2 kehidupan dari Jumaat hingga ke Ahad (sajalah for future reference, kan?). What about Senin n Selasa? Tengoklah dulu kalau kibod tak kehabisan dakwat, insyaallah I taip sampai juling2 mata you membacanya, haha..

Tapi kalau tulisan dah berjela2, ia juga akan memuak dan memualkan orang membacanya, tul tak??? tapi takyah kisah samada orang baca dengan teliti word by word ke, orang speed reading ke atau orang baca gitu2 aje tapi terus komen ke... biarlah janji kita rasa seronok bila jari jemari  terkinja2 menari atas kibod.. (dahlah terer menaip tak pandang kibod, kan? hehe, riak sesudu dua kekdahnya).

Friday: 9am picked T at her markas maka bermulalah errands of the day. Kena curi2 masa as she was home only for a few hours. Saat2 kesuntukan masa nilah my F1 skill is being tested, menciii. Memula singgah G beli her things.. biskut, roti, buah, air mineral, cereal, blablabla. Pastu singgah beli nasi lemak, Domino's n to speedmart beli jajan lagi. I pun sempatlah melencong trim rambut mayang mengurai dan beli 2-3 jenis lauk. Biasalah dah terlanjur keluar, kenn?

Tiba rumah T terus basuh baju using the washing machine yang dah kreko tu, haha... I berdoa biarlah mentari memancar sampai kemalam or else kalau baju tak kering, anak dan emaknya pasti tension! Anak tension sebab takleh balik kemarkas as planned dan emaknya tension sebab dengar anaknya berleter 'kenapa w/machine tu tak hantar repair lagi'.

Pilihlah, nak sabar sikit bila guna washing machine kreko tu atau nak basuh baju perah guna tangan?

I talk too fast tadi tu .. baru jer check on my w/machine apsal senyap aje walhal ia sepatutnya 'spin'. Ohh no! the w/machine tetiba OFF dengan sendirinya walhal dalamnya masih ada lagi air bertakong. *deep sigh* Nampaknya misi bulan June adalah menaikkan ekonomi negara, beli w/machine n oven baruuuuu.....

Ohh.. I still talk too fast .. bila TB ngadap that w/machine .. tetiba aje mende tu 'hidup' semula. Was it because of TB's magic touch or the w/machine sesaje testing my patience? Cam nih mmg tak jadi beli yang barulah kot?? oh well...

Anyway, my Friday project was to cook samtum bilis for T. Ez pz meh? haha.. Bought bilis yang siap 'dibersihkan' but whylah still got hitam2 lagi? Kalau I tak bersihkan hitam2 tu nescaya direject oleh you know who. Truth is I pun tak sker tengok hitam2 tu but Bak used to tell us when we were kids bahawasanya perut bilis banyak bitamin tapi kitorang tetaplah make dono aje).

250gm bilis  = 45 mts of back-breaking 'exercise' .. (really cam nak patah pinggang gurgurl taw).

there are a few types of bilis but I prefer this white one
 
isi perut ikan bilis boleh jadi baja pokok kot?

Nampaknya coretan Sabtu/Ahad terpaksa ditangguhkan dulu. It's not as if you all will wait for it, kan? hehehehhh..

It's almost 12 noon and by 1pm TB harus makan before pergi ofis. It's time now to venture into my culinary skill. Soalannya ... nak masak apa?? Lembu, kambing, ikan, burung, udang, sotong atau telur mata lembu will do just fine? :-)

Thursday 24 May 2012

Jom kita lari dari rumah??

Al-kisah ...
Belek2 hp tetiba rasa nak menyeluk perasaan kawan2 yang jauh dimata tapi dekat dihati.
SMS out: Kadang2 u terasa nak be alone by yourself x? Sewa bilik hotel ke..and duduk sensorang for a few days... Do whateva we pleased? I ask my frens, all cam suka da idea ..

Their answers:
* definitely! In fact..am planning on it...
* yes I like it too!
* suka suka suka suka bangat
* yes yes yes, memang ada punyai perasaan macam tu. I ada satu lagi perasaan ie nak move out and tinggalkan sume kat rumah sbb no one appreciate malahan take me n everything that I do for granted
* I klu rasa mcm tu I gi window shopping sorang2, gi makan masuk restoran mewah sendiri, gi spa, buat facial. Memang I kekadang suka bersendirian, tulah I ajak u dtg KL atau kita jumpa mana2..

Biarkan aje komen2 tu begitu. Tak perlu dinilai apa yang tersurat dan tersirat. Ditakdirkan duit I berlambak2, tentu aje I bawak kawan2 berjimba sambil kuak lentang lentung kesini ...

'buggy' disediakan untuk LOL mcm kita2 aje

Beware of that ceramic froggy ada cctv taw *wink*


Keceburrr!!! kuak dolphin, kuak kupu2, kuak labah2 .. semua CikSom buat, haha..

Boleh lompat2 kijang dari katil kekatil..bila lagi, kan? 
On the floor ada see-thru glass panel. Sila berimaginasi secara 'buas', boleh?

We were here on Jan 4-5, 2012..
 Cerita percutian nih diperam berbulan2 mengalahkan nak buat kimchi. Percutian yang disponsor oleh Ndja n hubby. 3 mak dara were trying their luck berkuak2 dalam air memakai baju basahan aje. With a little help from 'boya oren' and being motivated by T, Teh n Ndja managed to swim gohead gostan confidently but I on the other hand did ala synchronise swimming on my own, alone! *cough2*.

Kalau dah terbatuk2 tu, confirm tipu.

Akhir kalam, I mengaku memang takut berenang wpun guna boya, wpun Teh n Ndja sorak pom2 kata "you can do it, kitorang dah boleh", wpun T kata "boleh Mi.. T jaga, T jaga" ... namun..

terima kasihlah ... I'd rather berendam dendiam dalam air sambil kocak2 main air, heheh..

Wednesday 23 May 2012

Roti canai cicah lauk beriani daging ...

RABU - rub, raub, a, 'u', 'r', aur, abu, aru, baru, bra, bar, bau .... Saja menjana minda biar bergerak kekiri dan kekanan sket, hehe...

Minggu nih TB kerja shift burung hantu so afdhallah kita breakfast sama2 either I masak sendiri or beli aje. Semalam I dera dia belikan bihun goreng tanpa sambal kat warong abang rambut ketak. Dalam masa yang sama TB buat kejutan, 'tanjat gurgurl' bila nampak dalam plastik ada sebentuk cincin berlian seberat 500gm, auwww....pengsan!! Cincin berlian menyerupai bebola jejemput pithang you!!!! Mana gugurl tak tanjat? hawhawhaw...

Anyway, pagi nih I kenot wait for him to come home at 8am cos I tak tahan nak makan roti canai cicah kuah beriani daging debaboom yang I masak semalam (for lunch c/f  kedinner sekali, harussss..hehe..).

nasi/lauk beriani, samtum udang & honey-glazed ayam goreng, cewah!
3 lauk aje, no salad, no papadom tapi ada acar buah.
Selalunya bila masak lauk beriani I tak follow law & order mesti ada segala bahan wajib sebab nak makannya pun kita2 aje. It was an impromptu kinda cooking eventho I was hoping for some miracles while rummaging the crisper.

It's about time I do my grocery shopping but I can still procrastinate for another day, cant I?. I kan boss? haha..

Somehow, managed to salvage a portion of semi-dried celery *errrk* n quite a handful of daun bawang. These 2 + other wajib ingredients were blended mercilessly, hambik..

mine: roti canai dirobek2kan dulu - senang nak ngap guna garpu

HIS, with love, auwww..

Tudung saji given by my SIL n hubby
Tudung saji bukan sebarang tudung saji kekdahnya nih. They were handmade by orang Asli daerah KT. Siapa lagi patut tolong menaikkan ekonomi mereka selain kita2 nih, tul tak? tapikan tapi ... I have to admit that I am not a big fan of using tudung saji to rid of the badigol flies. Why you ask? ..adalah 1-2 sebab musababnya unsur OCD gitu..

Having said that, I do have one comel blue tudung saji which I occasionally use whenever TB dines alone. TB 'paksa' I beli so in a way that comel tudung saji belongs to him while the 2 new ones are mine!mine!mine! Heh... apesal tetiba tamak haloba nih?

Notice or not there would always be ONE single fly tahap degil aa'uzubillah esp when sambal belacan or ikan masin is being served. Dah kita pasang lilin, bau2an serai lagi, bedil sembur dengan penyembur bagai namun tetaplah tak nak mengaku kalah? Sah, nih mesti jenis lalat 'hamsap'!

Akhir kalam, persahabatan dan persaudaraan akan terjejas ......... *alahai.. takleh tulis, dakwat dah kering* :-)

Monday 21 May 2012

ke BBB bukan ke BBBB ...

Petang Sabtu kami bertiga beranak menyusur lebuhraya Kesas menuju ke BBB (tapi kalau ke BBBB, sah I sorang aje pergi, kot? heheh..). Perjalanan kesana smooth juga tapi ada kalanya merangkak2 dek kesesakan lebuhraya yang agak luarbiasa sekitar Bkt Jalil.

Heran jugaklah tengok berderet2 kereta diletak sepanjang jalan dari setiap arah sekitar stadium Bkt Jalil. Bagus saman aje kereta2 tu, sure kaya gomen kita, heheh.

Kendian barulah faham, tulah senarionya tiap kali ada perlawanan bola 'gah' kat stadium. I salute pada peminat tegar bola sepak nih.. diorang sanggup menapak jauh dari tempat letak kereta kestadium hanya kerana sibijik bola?? Agaknya diorang sanggup tak menapak jauh cenggitu bila wife mintak belikan bawang atau kunyit?? haha..

'Merah putih' ditakdirkann jadi juara tapi kenapa a Lebanese yang jaringkan bola? Aci ke tak aci nih? And yet certain people tak puas hati bila orang luar dinobatkan popular/femes bila dinobatkan juara dipersada seni tanahair. Well.. kita bukan apa, kita kesian sebab anak PakAjis jadi mangsanya. majulah thukan untuk negawa!

Ada yang bertanya ke BBB tu buat apa? *ekceli takde sape tanya pun, hehe*

Ke BBB tu berjumpa TB's only sister, hubby n son who came all the way from KT (not Ganu) nak registerkan their son keUni-10. In fact I did invite them to put up at my humble abode but they declined. They try to save on travelling time as SJ-BBB is quite a distance. Peluh tiak nanti, haha..

Orang dari selatan steady aje sampai keBBB berpandukan alamat tapi orang SJ siap guna telunjuk GPS masih sesat jugak, haha.. Kenapa agaknya bila kereta mara kedepan, 'anak panah' terkedek2 gostan kebelakang. Rasa cam nak hempok 'tab' Samseng tu tapi hempok dalam ati ajelah, hehe..

I nih mana boleh aleh pandang melilau2 bila dalam kereta sebab I pemabuk darat tegar, ekekeke. Lagi pun I tak bawak 'specs mahal' bila berjalan. Yang ada dlm handbag specs baca yang tak bleh harap beli kat Mydyn rege 10 ringgit tu haa (tu pun dah bengkok2 sebab ada orang obese duduk atasnya, huwaaa). So, can you blame me if I couldnt handle the 'tab' well while the car was still moving? Alasankah ini?

Anyway, I sempat 'uli, kirai n goreng' 2 keping murtabak as buah tangan cum alas perut untuk tetamu dari KT. Rajin tak I? I memang rajin mengaku lembu punya susu, sapi dapat nama, har3..

Lepas Maghrib kita ber-6 keluar memburu kancil untuk dijadikan makan malam, ahaks. Tak sangka BBB sect.9 banyak pilihan tempat makan so aktiviti memburu terpaksa dibatalkanlah, hehe. We ended up having sup gearbox, bubur nasi daging n of course rice. Verdictnya? berbaloilah jugak..

Somehow malam tu I rasa seronok bebenar for several reasons but it wasnt for the fact that my SIL foot the bill, nope!

While masih memburu tempat makan, terpandang akan cafe comel menyaji sajian barat (halal lagi). Terkesima nak melangkah masuk kesitu, makan2 sambil sesuka hati tangkap gambar, haha .. tapi hasrat dipendamkan aje, sob ..

View dari luar kedai: cantik cafe nih kan? very English gitu..


Yums! desserts yang bakal mengepam lelemak, heheh..
Yang dikatakan rezeki bertukar tangan: Dahlah my SIL foot the bill, dia bawak buah tangan lagi .. pisang salai, kueh denderam, baulu, kek coklat, tudung saji 2 biji dan fulus untuk D,T and me. Belum raya dah dapat duit raya kekdahnya. Malunya I tak terkata, ehem... walhal I bawak murtabak aje pun (plus 1-2 mende kecik yg lain). Alhamdulillah ..


Tiba rumah @1020pm terus bukak tv tapi tak guna skrudraiberlah, kan? Saja nak tau siapa antara 5 'super stars' akan menggondol 1st prize RM500K. As expected pun .. murah rezeki dak rambut keriting tu.. maybe salah satu sebab kejayaan, dia taat pada emak ayahnya dan rajin berusaha wpun dia 'pernah jadi budak jahat curi duit sampai kena tampo oleh bapaknya yang berambut keriting juga'.... hehehe.. suka ati I aje campurkan 'fantasi' dan realiti ek??

Sekian ...


Tuesday 15 May 2012

Calling 'Rahmah bahagia' ...

Entri dibuat khas atas permintaan Ibu n Abah @ Rahmah bahagia <- penghormatan oleh anak bongsunya Aisyah tatkala menyanyikan Negaraku, 'rahmat' ditukar jadi 'rahmah'. Cayalah Aisyah :-)

... Juga untuk rakan blogger dan sesiapa yang berminat ;-)

Kambing masak kicap (resipi disediakan)

nak tunjuk juga archive masakan berasas kambing
boleh?
ekekeke..

black pepper kot?

leg of lamb kekdahnya ...


kambing bakar - air tangan D

(Penulisan) 'cara memasak' diolah oleh cikSom (omit redundant steps). Insyaallah ia tidak memberi kesan tragis pada end-result masakan anda, hehe..

1 kg daging dipotong dadu (I guna 'lamb chop')
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar (dikisar)
7 biji bawang merah (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
30 g cili kering (dikisar)
2 s/besar serbuk kari
2 cawan kicap manis
2 cawan kicap masin (guna sos tiram ikut cara cikMimah)
Garam/gula secukup rasa (tak guna langsong)
1 cawan kismis (dikisar) (ganti dgn sebiji tomato)
1 s/besar minyak sapi  (takde stok)
Minyak untuk menumis
Air

Caranya :
* Tumis seketika rempah ratus pastu + bawang dan halia kisar - tumis hingga naik bau.
* + serbuk kari dgn sedikit air, kacau2 baru + cili kisar - terus tumis hingga naik minyak.
* + daging, kacau2 & biarkan <> 10-15 minit baru + kicap manis/masin, gula & garam.
* Bila dah empuk + kismis kisar. Biarkan mereneh <> 20 minit.
* (tutup api dulu) baru + minyak sapi -> gaul2kan.

PakLong/DLL, terima kasih sekali lagi kerana berkongsi resipi :-)

Sunday 13 May 2012

13th May ... mbekk...

Hari nih merupakan hari bertuah untuk pots & pans (P&P) cikSom kerana mereka diberi cuti separuh hari kerana cikSom perlu berjimba makan nasi pengantin, hehe. Lagi pun kesian, P&P perlu rihat cam manusia juga, ehem... Dahlah semalam berjam2 atas api duk merebus kambing <- bunyinya macam rebus sekor tapi 4 keping lamb chop aje pun :-)

P&P tu kena direct heat tak komplen pun tapi yang kita nih (I ler) baru kena bahang api aje dah rasa cam nak bukak ehem tak tertahan esp bila peluh meleleh2 kat pelusuk badan hingga kontang telaga peluh jadinya <- over!

Kat dapur ada kipas siling tapi terpaksa tidak digunakan atas sebab keselamatan.  Janji pada diri sendiri nak tanggalkan kipas siling dan diganti dgn kipas siling bulat tapi tulah kalau dah middle name 'procrastinator', you know, I knowlah...

Namun masih boleh lagi hepi n ceria .. sensorang play make believe memasak dalam cafe berekon sambil menikmati iced frappuccino ...


... cuma frappuccino dah jadi sirap bandung, ngeh3..

Semalam I mengintai dapur cikMimah dari Bristol
tak tahan tengok godaan kambing masak kicapnya
i rasa tercabar gitu...
tak salin bahan2nya maklumlah chef diva, kaan? har3
memorize jer..
tapi bila habis aje menumis
baru sedar something amiss
kembali mengintai dapur cikMimah
kih3.. terlupa bubuh cili
so, since takde saper tengok
I lempor jer sesudu dua cili boh
setel!

siap dah! next time harus dilegamkan lagi

aksi baru bermula


tengah rancak ...
Verdict: anak beranak kata sedap hingga menjilat tulang .. jilat tulang sebab I tak guna 'isi' daging kambing sebab dlm esbok ada 4 ketul lamb chop. Gitulah kalau dah naik semangat 'rajin', janji guna kambing.

Next time boleh masak ikut resipi cikMimah tanpa derhaka (1st time masak harus derhaka sikit so that later on I boleh compare with the real one .. ikut resipi to a tee kekdahnya).

Special thanks to cikMimah aka DLLurpak for the recipe. Siapa berminat, sila intai kat dapur DLL. Ambik resipinya aje tapi jangan cuit dia punya weighing scale, ahaks..

OKlah, it's time for me mengundurkan diri .. nak bersiap bagai pulak ... majlis pengantin takleh bermula tanpa I, heheh.. Jap lagi Ndja tiba untuk hangkut I kerumah Teh, then kita berdua hangkut Teh kerumah pengantin (anak our family friend).

Friday 11 May 2012

Sindrom apakah dan musykil ...


2 hari lepas I sangat memanjakan diri mentang2lah TB was on leave. I kenyit dia, dia kenyit I. Dia kenyit I, I pun lagilah kenyit dia sampai dua2 kelopak mata terus tertutup rapat, ekekeke. Bila dah kenyit mengenyit, hasilnya 2 hari berturut2 kita berdua duduk sekerusi semeja menikmati hidangan tengahari sambil suap menyuap persis pengantin baru Awal&Scha, auwww...

Disclaimer: Tak berlaku babak2 romantis tapi part makan2 tu sah nikmat, hehe..

Masak for dinner pun ala kadar aje wpun esbok/freezer dah dipenuhkan dgn bahan2 basah. Alasan yang munasabah "kita dah makan sedap masa lunch maka dinner nanti makan yang lite n easy ajelah ehh? Ekceli I nak BW dan juga nak update bloglaa..., hehe".


Prawns rule, ahaks.
 My abang (no. 5) macam heran jer bila tau I ada ramai kenalan alam maya, some of whom I dah berjumpa mesra dan selebihnya masih rasa malu2 kucing nak berjumpa (belum ada jodoh lagi kot?). Yalah, dah I tak bekerja, chances of meeting new acquaintance mestilah terhad esp knowing adik dia yang musyuk2 sorang nih tersangatlah anti-sosial.

Tak berapa tepat kalau mengaku I nih tersangat anti-social but really it depends on my mood swing yang kadang kala bertiup kencang dan kadang kala setenang air dimuara. At one moment I am gear up to have fun meeting friends, old n new but in a split second I would change my mind tup2 rasa 'malas'.

Kadang2 I selesa berjumpa by appointment dan kadang2 cara impromptu pun best jugak tapi tulah, penyebabnya adalah perasaan 'malas' yang agak complicated untuk dihuraikan namun tulah keadaan yang dialami wanita ranum bila hormon2nya beroller coaster sesuka hati - macam2 perasaan yang timbul.

It's like you are fighting with your enemy and yet your enemy is actually your inner-self. Camana nak dapat win-win situation if you are fighting with yourself? Siapa nak mengalah dulu? Hati atau minda??

Haa..macam tak siuman aje bunyinya namun abaikan aje ... buang yang keruh ambiklah yang jernih, ok?

Akhir kalam, I musykil sket tentang nih ...

Kejadian Mac lepas masa blogger.com pening lalat
KakCikSeroja jadi editor Al-kisah?

Dapat mesej nih bila keblog KakCikSeroja, QJ & YongKamariah
Sahihkah?


Wednesday 9 May 2012

Wordless meh??


Kita akan bersama untuk selamanya ..
.
insyaallah
.
w'pun hanya dialam maya
.
selagi hayat dikandong badan
.
selagi tiada sekelumit rasa jemu
.
benci
.
bosan
.
menyampah
.
muak
.
kesal


Tuesday 8 May 2012

Sang suria memancar pada saffronku...

Kerja wajib setiap pagi .. bukak pintu leading to the small washing area, bukak tingkap dapur guna skru drebar, ahaks... sambil intai the alleycats (ada sekor kitten tu so comel berbulu lebat cam Wolverine, geram tengok) ... then do the normal chores .. tapi pagi nih .. ishhh, mulalah I nak berleter bila tengok one pot masih ada lauk daging masak kicap tak bertutup!

Kerja siapakah ini? Dahlah lauk tu tersedap dari biasa, ehem.. takkan nak buang sebab belum basi lagi. Hmm... terus ambik specs untuk mempastikan cikLat n cikNgau lum menapak dlm lauk tu lagi. The coast is clear, takde tanda sebarang pencemaran. But then again, what abt cikLip n cikCak? Dua ekoq nih bukan boleh percaya pun, kaan? Buatnya depa bersekongkol?

Anyway, pesalah dah dikenal pasti. That was his 2nd 'tak perasan', come the 3rd one, I smackdown aje kang. Brutal tak? haha ... ada I kisah? wpun anytime kudrat dia lebih dari kudrat Umi dia. Smackdown anak beranak piat telinga aje pun :-)

Hari nih sang suria menjanjikan sinaran terik mencengkam2 kulit .. Harus guna sun block dan berteduh bawah payung berkelah tepi laut bila jemur kain (dan keropok) nanti, hekhekhek... "I tak biasalah panas2 cam nih..kulit I kering rosak hitam kang. Malaysia nih panas ekk?" <- hahaha macamlah....... *sila sambung ayat sendiri....* 

sang suria menembusi langsir berusia 2 dekad, auwww...

Takde genie dalam botol nih tapi dalamnya terkandong saffron @ kekoma seberat 3gm. The last thing I would expect TB to bring home from office, hehe.. which I was very delighted to have it albeit sikit terlopong mulut comelku bila tau harganya.

So this saffron will be added to my list of harta dunia apart from the vanilla beans which I so sayang, given to me by Ngah/Teh. Tak dapat emas pun takpe tapi kalau nak beri gelang Pandora dari HJ, I tak tolak :-)

Semalam I baca Noir's latest entry 'my wife is not romantic', makanya dengan semangat berkobar2 jalur gemilang, I pun komenlah sepatah dua kata, hehe. I kata I am romantic at heart sebab benda2 yang orang lain anggap romantik I tak buat; tapikan tapi masa temankan TB had his dinner/supper at 12am I pun tanyalah "pada pendapat youlah kan.. I nih romantik tak?".

TB tak pause masa beri jawapan dan jawapan tu literally buat I beralih punggung terus duduk atas pangkuannya, auwww... hamboi, sukalah tu?
namun.. baca boleh, percaya jangan (BBPJ).

U-turn kejap... masih nak cerita pasal saffron. My beloved Mak, apart using the saffron to cook beriani, she also used saffron to make this one particular drinks, air Beyh namanya. Pernah dengar tak? Mak hanya buat this authentic cordial masa hari raya sa..ha..ja!

 Zaman nun dulu, minuman spesel nih dihidang khas dalam majlis diraja istana Johor aje. Bahan2nya: gula, air, daun pandan, saffron=kekoma (takleh ngelat guna esen kuning) yang dialunkan dengan berjenis2 herba/rempah.

Maybe ramai dah pernah dengar Air Beyh? Air nih dah dikomersialkan and katanya very famous kat Johor..heheh.. Hidup Johor! Sementelah dah dikomersialkan, selain kordial terdapat juga sparkling drinks dan bermacam2 lagi ...
*sila google for further info jika minat*.

Saturday 5 May 2012

My harta dunia - Part 1

Harta dunia ... bila mati, semuanya pasti ditinggalkan. Yessss, siapa yang tak tau fakta tu, kan?

Teh selalu terkeluar cakap or rather berpesan bila dia mati nanti, ambiklah barang2 dia yang kita suka. Terkeluar ungkapan tu bila kita geleng2 kepala tengok harta dunianya yang boleh dikatakan 'banyak'. Things like her tupperware, set pinggan mangkok, pots n pans and her collections of blablabla..tak termasuk emas, perak, gangsa, suasa.... Lebih2 pulak I nih, har3.

Teh berkata2 tu masa suaminya masih hidup lagi tapi kalau ditakdirkan Teh pergi dulu dan suaminya masih hidup, tak malu ke kita2 nih kerumahnya menghangkut barang2 berkenaan w'pun dah diberi kebenaran verbally. I am sure TB would be the first person to stop me from doing so. Entah2 dia ikatnya I kat pokok nangka depan rumah (jiran punya pokok). Ikatlah kalau berani, I ngadu kat Talidera kang.

Tapikan tapi.., I memang tau malu sebab dari kecik dah pakai baju gown sampailah sekarang, so apa yang nak dimalukan, kaaan? *loyar buruk is my middle name, hehe!*

Keadaan dah berbeza sebab suami Teh dah pergi dulu dan Teh takde waris selain kita adik beradiknya yang tinggal. Ishhh... sedihlah :-(

Tak bestlah cerita sedih, jom kita ceria sket??

Masa kePyramid temankan T tengok wayang (whylah hero2nya ensem bangat??), tak dapat tidak kaki nih menyenget juga ke JJ. Bukan nak beli apa2, cuma look see look see aje pun. Boleh percaya ke?

Fahaman I: Dengan adanya tranxn jual beli, ekonomi negara akan berputar jadi lebih sihat. Pertukaran/keluar masuk duit dari celah bantal/wallet/purse rakyat jelata digalakkan; disamping perlunya menabung (untuk beli dan beli lagi, hahah). I bukannya arif bab ekonomi tapi bab membeli memang harussss arifkan diri, heheh.....

Anyway, T pernah 'geram' bila tau I beli barang kat kedai Zingzong, tidak kekedai yang dia cadangkan dimana harga barang yang sama dijual lebih murah. Padanya I nih membazir, boleh?? Kalau setakat bayar murah I kena pusing 18 round-about kat SA tu, bazirkan minyak kereta dan azab nak cari tempat letak kereta, I rela bayar lebih sikit (for the peace of mind n soul kekdahnya).

But I did tell her among other things, anggap aje rezeki kedai tu dah ditetapkan (olehNya), datang dari I yang 'malas' nak kekedai lain. 'Wisdom talk' kononya tu, kerap diberi bila terjadi sesi 'marah-geram-tak puas ati'. Tak berapa mudah mendidik anak2 rupanya. Banyak benda yang kita 'lihat' dari mata hati tapi belum menular keqalbu mereka lagi.

Anyway, back to 'my newly acquired harta dunia', what did I buy masa jalan menyenget persis ibu ketam bila ke JJ hari tu? Kalau dah namanya pempuan, kan? barang2 dapur jugalah yang dihangkutnya, hehe..

Yang ku idam2kan, pizza tray *clap3*

colorful mixing bowls (murah jer)
Dah beli barang2 tu tak bermaksud (sama sekali) my dapur cenonet akan dimeriahkan dengan memasak pizza atau gateau (ehem .. wink kat Ratna) yang lemak berkrim. Sebelum execute niat dihati, semangat harus dipupuk atau dinurture dengan hanya menjeling pada barang2 yang dibeli tu dulu. Make sense or not?

Sejak guna format baru blogger.com, terasa benar kelembapan bila menaip. Kita dah taip 8 huruf namun satu apa pun tak keluar .. pause beberapa saat, barulah huruf2 yang ditaip muncul. Why oh why?? Tersekat terus mood kita nak berkarya 3 hari 3 malam.. mencii..

Note: Entries in the pipeline (cewah) wld be 'Gathering' & 'the Avengers' on May 1&2 resp.