Wednesday 30 January 2013

Etika membeli sotong ...

Hujung bulan nih penduduk setempat akan berentap perasaan samada nak berbelanja diGiant atau tetap setia bersama Mydin. Purata harga barangan Mydin adalah lebih murah dari Giant (tak boleh beri contoh pasaraya yang lain sebab tayar kereta 4 ketul I tak berdaya berpusing ketempat lain).

Strategi pemasaran katanya maka Mydin bertindak bijak even before bangunan Giant siap dibina. Bagian dalamnya dah dibuat overall make over, dah dibanyakkan lagi tempat makan dan kedai2 menjual segala manikam.

I paling gumbira bila tempat letak kereta seluas padang bola dah ada bumbung. For sure bumbung tu dibina khas untuk puteri lilin dan bonda memasing ie untuk kita2 yang diva divot nih laaa agar mekap tak cair dan tiak menten kering, ngeh2.

KeMydin semalam berbelanja ala kadar aje almaklum mem belum dapat gaji lagi. Sebelum tu pekena roti nan & tandoori ayam sekali lagi. Makan tak ingat dunia tapi bila jarum penimbang tak bertimbang rasa naik mencanak2, penimbang tu pulak disalahkan nanti. Nilah manusia, pandai aje menutup kesilapan sendiri dan menyalahkan benda atau orang lain, ek??

tanglong merah (1Msialah katakan)
Pernah tak terbaca tanda amaran diletak pada tempat menjual udang melarang kita menanggalkan kepala udang dari badannya? Lately such warning tak nampak lagi mungkin overall pembeli dah bertaubat tidak melakukan kerja tak beretika tu lagi ...

Semalam I jadi saksi kerja tak beretika sorang achi tu. Selamba dek aje dia cabut kepala sotong dari badan sotong. Muka dia seinesen mencabut akar taugeh. I berani menjeling aje tapi tak berani nak menegur w'pun skrip drama sebabak dah siap tepi bibir ..

I terus beredar menyusur tempat jual timun, berhenti kejap bila dengar leteran pekerja "kalau saya jadi pelanggan saya komplen.. tengok timun2 nih kotor tak dibasuhnya dulu". Dah dia mengadu domba kenalah I tunjuk simpati "ha'ah kotor masih ada tanah lagi" maka teruslah ambik peluang beritau dia pasal skandal achi dan sotong.

Diharap pihak pengurusan buat papan tanda besor2 kat tempat jual sotong dengan kata2 nasihat lebih kurang cam nih "Puan2, nyonya2 dan Achi2 sekelian, sila ambil perhatian ..1  kilo sotong cukup sifat harganya RM17. 1 kilo sotong tak cukup sifat harganya  RM27++. Sekian terima kasih".

Teringat perihal anak sedara TB yang suka makan sotong tapi dikuis kepala sotong ketepi pinggan. Dia macam tu sebab imaginasinya sungguh liar masih teringat2 kepala sotong Davy Jones dalam Lanun dari Caribbean. Dasyat betul imaginasi dia...!

P/S: kepala sotong berpindah kepinggan kakak angkat Jack Sparrow almaklum harga sotong bukannya murah, khaan?

Masa di RD baru2 nih, Mem masak yang simple2 aje sebab beliau dalam mode bercuti atas gunung Ledang memutih bersalji salju ...

mee goreng air tangan sidara yang tak suka bubuh berpelepah2 sawi

mee rebus from scratch.. mem rajin kan?
Mee rebus tiru resipi A.Satar. Resipi guna tauco tapi terlupa bawak. Kalau cukup bahan mungkin rasanya meleTOP kot? Boleh bukak warong mee rebus bawah pokok derian, yesss..

2 kali masak NGUK...
Takde siapa komplen dan semestinya jangan ada komplen bila mengadap rezeki. Sedap makan banyak, tak sedap makan sikit.

Tu aje ceritanya ... jom JJCL jom?
.

Saturday 26 January 2013

Giliran RN pulak ...

Assalamualaikum ...

Malam semalam terjadi satu peristiwa. I pasti ia tidak terjadi secara kebetulan tapi sememangnya dah ditentukanNya namun bila ianya terjadi I lah orangnya yang tercengang terlopong mulut! Sesungguhnya  Allah permudahkan segalanya.

Mukadimah yang kononnya berbunyi so awesome cenggitu tentu ada al-kisah disebaliknya samada yang menggumbirakan atau yang menyayat hati. Dalam masa yang sama, roti nan yang gebu dan tandoori ayam panas2 dah siap terhidang depan mata. Bismillah ... chomp3..

Bukan aje I suka giler pada roti jala tapi sejak dua menjak kegilaan beralih arah pada roti nan pulak. Mengidam anak bongsu kot? har3. Nak buat RN tak susah mana, kan QJ kan? tapi pada I tetaplah susah binti malas yang amat.

Sebenarnya I teringat roti yang my Mak pernah buat dipetik dari buku resipi vintagenya. Rupa dan rasa takde beza dengan roti nan tapi nama mengikut resipi ialah roti mariam (female version of roti nan aka Adnan agaknyalah).

Minggu nih dah 3x I mengeNan dan mentandoor.. Makan tu kat lain2 kedai, usaha pencarian the best RN in town bermula kekdahnya, hehe..

RN @ Makbul

TA @ tandoori ayam @ Mydyn
Dari jauh nampak cam garang aje sipembuat RN/TA yang burly itew tapi dah hati nih meronta2 nak tangkap gambar tu maka disisihkan perasaan 1M 2S seketika. Tak sangka that burly man was so approachable. Beriya2 dia kata "boleyyy....boleyyy..".

Pada penduduk setempat, ingin I menguar2kan what's hot in town, cewah! Tak sehot roti nan tapi nak cakap hot jugaklah. Soon, Giant akan 'bukak kedai semula' ditapak lama dengan penampilan baru ie bangunan baru. Nampak macam bestt aje (sebab banyak tempat makan, yessss!).

Sedar akan ada persaingan hebat dari Giant, Mydin tak berlengah mengemas-kini kekurangan yang ada dengan membuat an overall make over. Tempat letak kereta open air dah dibina bumbung siap dengan *aircond sekali. Alhamdulillah takyahlah lagi I sapu *sun block bebila teragak keMydin tu but ehhh...sejak bila plak I mengada bersun block bagai tu? haha...*BBPJ =bacaboleh percaya jangan :-)

Tiap kali ke RD, kita kerap singgah di R&R Ayer Keroh sebab nak makan sesuatu kat situ. Tiap kali tu juga I mesti nak sebut statement yang sama bila terpandang pokok yang kat bawah nih..


Adakah pelanduk dua serupa?
atau memang benar pokok tu pokok SUKUN?

Tolong sahkan tu bukan pokok atau buah sukun yang boleh dimakan sebab kalau betul tu buah sukun, I dah bayangkan akan jadi biznez woman yang berjaya satu hari nanti, hihhihihhh....

Dah tak banyak nak merapu lagi dah and it's time to pack my baju dan barang2, nak lari dari rumah sini kerumah sana. Rindulah dengan serangga2 tu semua. Baibai...

P/S: you keep some n you lose some along the way, hmmm...what's new?
.

Friday 25 January 2013

NGUK, RJ, MG dan LP... hehe..

Salam Mailudur Rasul pada kengkawan yang diingati ...
Semoga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat sejahtera adanya ...

Sejak dua menjak aura memasak senipis kulit bawang tapi masak tetaplah juga kerana t'jawab, kerana nakkan pahala *wink* dan kerana I memang pandai suka memasak. Memasak tu pun bukan kerana dikerah oleh sesiapa sebab dengan kerahan I kenot perform well dan masakan sure rasa ntah apa2 sebab tak sempat tabur rasa kecintaan, har3.

Contoh malas tapi rajin, masak nasi beriani dan lauk beriani, janji SATU LAUK AJE, yeeehaaa... I sker...

sajalah show off udang besor, kaan?

Bila freezer takde bahan mengancam untuk dijadikan lauk meletop, nasi goreng adalah penyelamat tak kira makan tengahari atau malam hari. Bebila terasa malas ya rabbi nak masak nasi dan 3 jenis lauk (standard), I'll resort to masak apa yang I suka nak masak as opposed to apa ahli lain nak makan. Kuasa veto ditanganku, kaan? hehe..

The other day dalam kemalasan dan kebuntuan mencongak apa nak dimasak, bayangan RJ terlintas dibenak. Since dah lama tak kesungai Rengit menjala, why not menjala? Asalkan I tak paksa diri masak nasi dan lauk standard masa kebuntuan tu.

Tatkala buntu, selain bertafakur depan pintu esbok cari ilham nak masak apa, I selalu negotiate dengan diri sendiri, janji dua2 menang yipyip hooray..

Malas masak nasi dan lauk2 standard tapi rajin plak nak menjala? Tulah tuuu, bukan salah ibu mengandong tapi salahkan hormon yang tak seimbang, bolehkah?

Tak rupa French lace janji tak rupa lempeng
(cover line kekurangan diri, hehe)

3 hari lepas I masak *NGUK + goreng drummet aje walhal bahan2 dalam freezer dah tak boleh masuk satu jari lagi, macam nak merekah dah dinding freezer tu. Masak simple aje tu sebab dah penat mengemas dan bersihkan bahan2 basah.

I don't have the luxury to have a maid to assist me at home but then why is it always us (women) who have to do the cleaning up and do other house chores as well?  Whoa, angry bird ke CikSom? Ehh taklah cuma saja nak eksyen cakap omputih, hehe..

*NGUK  (nasi goreng udang kering)
dipagari drummet yang gagah perkasa

Tengahari semalam macam lazat sangat rasa my lunch berlaukkan masak lemak nenas + sepat masin, kacang panjang goreng, ikan tenggiri gor cicah kicap bawang/lada dan udang kering goreng (appetizer). Lauk2 tu tak bertahan untuk dijadikan lauk makan malam maka mee goreng taucu jadi penyelamat ...

MG ala ES (Embok Siti) jual kat kantin sekolah dulu kala
tapi mana boleh 100% sama macam ES punya yang awesome tu

Last but not least, dessert kedua tahun 2013 yang dibuat petang semalam. Let's call it banana crepe aka LP, shall we? heheh ..

Banana crepe aka Lempeng Pisang (LP)
Work smart not work hard iaitu berkompromi dengan nilai estetikanya, haha whateva that means. Tak rajin nak melempeng satu persatu so I lambakkan semua adunan dalam kuali leper selebar 10inci. Dah gedabak cenggitu, camana nak balik2kan, kang berketai lempeng tu rupa kain buruk maka hilang kredibiliti I melempeng.

Well.. time like this perlulah jadi bijaklaksana sini kalau tak sia2 aje jadi chef yang punyai berdekad2 pengalaman, tak gitu u'olls?

Sebaik aje yakin side A (of the lempeng) dah masak, guna sudip untuk 'kerat' empat lempeng tu pastu balikkan bagian 1/4 lempeng satu persatu. Makan ketika hangat adalah sangat marrrrveles sebab ada chewy2 bagian yang hangus tu (nak cakaplah nih yang hangus2 tu memang sengaja dibuat, kih3).

Ooooops dah pukul 11 rupanya. Bila TB kerja petang pada hari Jumaat ia bermakna his selebriti chef (siapa eh?) harus masuk kedapur sejam lebih awal untuk menyediakan juadah. Sebelum solat Jumaat dia makan terlebih dulu pastu baru keofis (tapi dari masjid dia u-turn singgah rumah ambik bekalnya dan minum secangkir 'male coffee' untuk memantapkan tugasannya diofis, haha...).

Sekian .. ink kibod dah ke...ri...n....g!
.

Sunday 20 January 2013

Sepagi bersama serangga ...

Assalamualaikum  ...

Sekor kumbang jantan pembuka cerita, cerita dibawa dari rumah desa (sekian pantun 2 kerat)...

'nostalgia'
Takat nih ada 3 jenis kumbang yang gumbira nak menyinggah. Ketiga2 jenis tu dah biasa ditengok masa  kecik2 dulu termasuklah kumbang rona hitam. I tak berdendam dengan kumbang rona hitam wpun moyangnya pernah menyakiti Bak satu ketika dulu. Dalam banyak2 tempat untuk mendarat, boleh dia pilih dalam telinga Bak? Ingat Senai epot ke? Kumbang yang bertugas kat control tower tertidurlah tuu..

Disamping serangga 'minute' yang lain, terdapat juga species kupu2/ kelembak/ rama2. Semuanya terkesima dengan cahaya lampu yang terang diluar dan didalam rumah. Pada mulanya memang tak kisah dengan serangga seranggi semua tu hinggalah terpandang pada sikumbang coklat dan sikelembak cantik dot3.

Bayangkan camana gaya askar kombat berperang.. kejap meniarap, kejap merangkak, kejap membongkok, kejap menelentang, kejap berbaring senget, kaan? Makanya sesi mengklik2 gambar serangga dilakukan penuh dramatik sekali cuma tak yah bayangkan camana w'pun pada mulanya I mintak you 'bayangkan'.

Sangat challenging bila ambik gambar serangga yang kecik2 tu sebab ia kerap bergerak (tak nak kawan kalau ada yang suruh I buang my hp/kamera Cokia tu). Bila kita dah molek2 fokus, mulalah dia terbang sana sini (mentang2lah awak ada kepak, kaan?) namun sijurugambar tetap terus gigih menepis segala rintangan (macamlah kena ambik gambar serangga bagai kat hutan Amazon, kecoh aje ek? ekekeke).



Tetiba terkesima dengan si dot3 nih 



Cukuplah 5 aje. Beri laluan pada kawan2 yang lain pulak.

'TAM' Spider, ahaks.

Labah2 ada bermacam jenis juga. Ada yang bergerak cam lipas kodong wpun takde gene lipas, ada yang mat cool aje. Masing2 show off skill buat sawang - kat bilik air, kat tingkap, kat ampaian. Kat dalam esbok aje takde, heheh.. Diharap labah2 yang ada tu baik budi bicaranya sebab ada dikalangan mereka wpun cenonet, bahayanya komain lagi boleh bawak maut mengalahkan the renowned Tarantula or Black Sabbath Maria.

... last but not least cik Mili kita ..
berkurun tak nampak cik Mili the Gonggok menyapa

Nak kata jakun, memang I dah jadi jakun. Dulu takdelah nak heran atau appreciate pada serangga2 mongel semua tu tapi keadaan merubah segala, cewah. Sama jugalah perasaannya bila pandang kelangit biru dengan awan yang berkepol2 lembut tu, masyallah *terbit unsur tobat disini*

Selain serangga dan dak Nyet, terpandang juga kelibat biawak, burung hantu, burung tak hantu,  segerombolan very d'awesome tupai (tepi badan tercalit 3 warna) dan paling terkini tak tau binatang apa namanya menunjukkan diri. Datangnya pada malam hari so kita tak pasti binatang apa tapi for sure bukan musang berjanggut, hehe.

Till then, H A N D to you!
.

Saturday 12 January 2013

Inaugural entry ...

Hamboi tajuknya komain lagi?
 "hehehh.. kasi chan laaa...."

Assalamualaikum ... bersiaran kali nih dari RD (beritau sebab kita peramah).

Awal pagi tadi sejuknya terasa ketulang thom-thom. Patutnya sambung tidur tarik gebar sampai kedagu tapi dah I am a morning person, terasa rugi pulak nak sambung dengkuran mimpi indah so buat julung kalinya (bertemankan D) I menyusur kebelakang rumah sambil menggenggam ketat sebiji DSLR Cokia..

Sebut pasal dengkuran yang dah dikensel tu, you tidur berdengkur tak?

Ramai kaki dengkur bermati2an tak mengaku dia tidur berdengkur walhal diorang patut berbangga dengan bakat yang ada. Bukan semua orang boleh berdengkur dengan bunyi2an gamelan, trumpet, biola atau gitar akustik. Ia merupakan salah satu cabang seni kata professor yang bukan professor.

Sebelum pekung didada terbuka luas, lebih baik I cut short the story. Bahaya! Anggaplah you baca hal 'dengkur' kat blog lain, okay??

Kurang menaip so I lebihkan gambar2 dari garapan my DSLR (DindaSomLariRumah) Cokia, woot..woot..

10 jari pengganti diri yg belum bersiram pagi but for sure no BO

Bahagian belakang rumah

Pisang nipah bervirus - takde rezeki

Perigi buta @ blind well. Terbantut nak make a wish.

woot..woot..humble abode of an owl

Projek tanam rumput berjalan lancar

Belum masak lagi walhal dah pukul 2. I bitau TB, I anggap dapur kat RD nih tak real so I akan main masak2 ajelah (masak simple 1 lauk pun ok asal kenyang).

Next entry nak share gambar serangga yang bertamu dirumah nih. Dah tangkap guna DSLR tiruan maka gambarnya pun kelamayar ajelah tapi I tak kisah, janji...?

Lepas Asar akan bertolak kedunia realiti bawah jajahan kanda Deris (not that RD nih dunia fantasi tapi kenapa I rasa cam fantasi aje?). Till then ..
.

Wednesday 9 January 2013

PR, RD n BO ...

PR @ BP ..
Dessert pertama awal tahun ialah puding roti dimakan bersama sos kastad. PR tanpa kismis atau bahan lain yang menyibuk semasa mengunyahnya. Terpaksa akur dengan permintaan sisweet tooth dan buatnya kali nih betul2 mengikut telunjuk resipi, vavava...

Lately I telah diberi mandat menyukat bahan2 yang bakal digunakan sebelum dimasak. Makanan seperti mee bandung, mee hailam, lauk lemak kobis, nenas, labu dan apa juga makanan kesukaannya. Selamanya I memasak ikut imaginasi liar dan naluri dalaman tapi tetiba disuruhnya menyukat2 pulak. Tension okay, boleh tumbuh jerawat batu!

Dah kata google ajelah apa2 resipi yang selambak kat internet tu tapi nehi katanya, nak juga resipi dari Umi wpun kerap mengomen masakan Uminya. Buang masa aje kerja sukat menyukat tu. Let's be spontaneous, barulah happening, hehe.. Apa juga resipi yang kita ikut, kesedapan makanan (apparently) terletak pada airtangan situkang masak.

Anyway, betul ke takde unsur derhaka pada resipi tu? heheh.. mau takde? Resipi guna 3 biji telur dan 5 keping roti tapi I kurangkan sebiji telur dan tambah lagi 3 keping roti. Gula dan susu turut diubah sukatannya mengikut 'rupa' puding roti yang belum dimasak. Kita buat dia kan?

My favorite 'retak 1000' baking dish. Awak ada?
Baked the bread pudding in my newly acquired convec./mw oven. Sharpie, oven yang lama tu dah koluinnalillah can't revive no more. Puas kita cari oven serupa Sharpie tapi hampa sehinggalah T mengesan dari internet oven tu ada jual kat Kots, SA. Dia berusaha kesana, buat pesanan serta bayar deposit sekali (stok tiba <> seminggu).

Yang kelakarnya (in wonderment to be exact), oven yang sama ada dijual diJaSaint. Oven yang T hajatkan sedang melambai2 kearah I dalam kedai yang sama semasa memborong barangan letrik untuk RD. I tak pikir panjang lagi terus sambar oven tu dan suruh T kensel pesanan yang dah dia buat kat Kots. Yang bestnya harga oven tu is cheaper by RM150. Alhamdulillah.

RD ...
TB kata minggu depan baru balik RD tapi tup2 semalam ajak balik untuk memantau projek menanam padi rumput keliling rumah. So orang pertama dan kedua yang perlu dimaklumkan akan pemergian kita ke RD mestilah H dan G (jaga kucing n hantar sokabar resp.).

2 minggu lepas kita upah jiran bubuh racun pada tumbuhan gelandangan, ahaks serta 'sabit' rumput dan lalang ..

The greener pasteur belongs to TB's cousin
I tak pernah sekali menyusur kat kawasan lapang tu 

I berangan Sherwood Forest, boleh?
Kisah 2 minggu lepas. TB bersemangat bersihkan tumbuhan gelandangan keliling rumah tapi lama2 macam takde aktiviti diluar tu, senyap aje. I tinjau bagian depan, kiri dan kanan rumah (takot gak kot TB kena kidnap dengan monyet) tapi rupanya dia kat belakang nun sana berbual2 mesra dengan anak sedara sepupu yang sedang membakar pokok kering dan melapangkan tanahnya untuk ternakan lembu.

Oh no!!!! Kalau dah bela lembu, takkan kumuhannya berbau harum selembut wangian Shalimar, kaaan??

BO ...
Apakah cara terbaik penuh hemah untuk beritau seseorang bahawa BO atau bau badannya berupaya menderitakan deria orang terdekat? Bila cakap beralas masih takde kesan positif, camana ehh?? Cakap straight to the point ajelah ek?
.

Monday 7 January 2013

7 hari berlalu ...

Assalamualaikum ...

Panas yang mengetip2 semalam bagus kalau jemur keropok sebab keropok akan kembang mambang penuh keceriaan bila digoreng. Oleh kerana stok keropok Ganu dah habishh maka bagus kalau dapat jemur tilam dan bantal biar mati segala tok nenek maikrob seni yang menjadikan tilam dan bantal syurga dunia tapi adakah I sangat rajin nak buat benda2 tu semalam? Hhmmm..... (hhmmm memanjang).

7 hari dibulan Januari cepat aje berlalu so cerita yang afdhal dimasukkan kedalam arkib haruslah cerita berkaitan makanan (untuk renungan setahun akan datang kononnya) bersama gambar2 menarik (??!!) yang mengiurkan, hehehee... tapikan tapi blogspot tak izinkan I upload gambar macam biasa sebab cara mengupload somewhat dah berubah, grrr...

Tak tau camana nak buat .. samada I memang tak paham instruction bahasa omputih atau I memang slow coach! dahlah beg coach pun takde tapi takde pulak mesej mengatakan my blog dah sempit tak boleh tampal gambar lagi sebagaimana yang dialami oleh ramai blogger sikit masa dulu.

Pagi nih tergerak hati nak tau apa ke mende yang dinamakan Google+ dan baca juga feedback dari pengguna setia blogspot dimana rata2 agak menyampah, meluat dan menci tahap nak tumbuk dinding sampai berlubang akan Google+ itew. Ada statement yang buat I senyum kambing (almaklum notchet mandi pagi, kaan?) "jika engkau tk mampu menjadi jln raya jdilh jln stapak" .. whateva that means :-)

I will update Al-kisah minus gambar2 bermutu (nak ngaku juga gambar dari Cokia N97 bermutu, hehe suker), maka jadilah Al-kisah seperti RD (bukan 'rumah desa') zaman Alley Oop tanpa gambar menarik didalamnya (tu sebab I tak sker baca RD masa kecik2 dulu wpun Bak n other siblings boleh membacanya. Heran!).

Cuti semester adalah hari terbaik melayan napsu makan so bila T ajak makan kat TR, I kata big boss belum beri gaji lagi tapi setuju temankan the moment dia kata "kita go dutch eh Mi?". Kadang-kala I tunjukkan juga skill THM, kedekut atau hajjah bakhil kat D&T. Yalah kan, duit tak tumbuh atas pokok lebih2 lagi bila pokok tu daaah .............. dah apa ehhh?? dah reputs..haha..

1/1/13: T dah tak menahan dengan bayangan beef ribs (pernah keTR sorang diri melepaskan tension selepas final exam. 2 jam mengadap ribs aje). Bila dah makan sedap, dia nak I menikmatinya juga. JJCM kat tempat2 cenggitu tidaklah dipelawa abahnya sekali sebab tau abahnya will say "abah tak selesa makan kat tempat cam tu". Alahai abahnya pun, sekali sekala nak juga pamperkan diri kita nehhh...

roti leper or flat bread

beef ribs
Oder roti leper as entree (cewah cakap Perancis kita) dan sepinggan beef ribs ditemani kentang lenyek + coleslaw. Since mengaku belum dapat gaji lagi maka afdhallah kita kongsi makan bersama untuk mengeratkan lagi silaturrahim anak beranak, wahahah...

Berkat berkongsi rezeki, kenyangnya terasa hingga kedada or so I thought but it was never the case for T. Sempat dia buat plan B ie kalau dah kenyang sangat takyah makan dessert kat TR tapi sebaliknya makan dessert kat D'licious aje sbb kalau beli after 9pm dpt diskaun. Tergamam I seketika tapi motifnya adalah agar terbakar lelemak bila berjalan seminit dua dari TR ke D tu.

Selesai makan kek kat situ, ingat dah boleh call it a day namun tidak ya adik2, kakak2 dan puan2 sekelian.. Boleh lagi licin sekotak tako makan kat tempat tu juga. OMG, my doter!! (pastu bising kata dah gemuk bila jarum penimbang tak herot kekiri).

2/1/13 sempena besday sibujang trang tang2 I belanja makan aje. Ekceli dia sebut TR tapi takkan I nak kesana berturut2 2 hari, tak gitu? So I cadangkan kita keVS aje sementelah sepelaung aje dari rumah lagi pun masa tu my perut bermasaalah sikit, asyiklah nak menjawab nature's call in a big way.

Kononnya nak stemet I cuma oder sup ekoq lembu + 2pcs garlic bread aje but D had a field day ordering whateva to his heart's content! I signal dengan biji mata mintak dia ambik yang harganya OK2 aje tapi dalam hati terasa kesianlah pulak as he's been a good son lately, ehem.. Duit boleh dicari lagi pun faedah dari ASB katanya tahun nih alhamdulillah boleh tahan, so bolehlah recover sikit2, hehe..

My sup ekoq dah dihantar dulu, sempat juga D pow I punya. Pastu tiba Bombe Alaska ala rumah Eskimo versi halal. Yalah tu, nak makan yang manis dulu walhal bombe alaska tu cepat aje cairnya (half portion ngap kat situ, another half ditapau dan masih ada dlm esbok till now). Kasi chan maklum hari spesel dia..


Oh no... bundar mata I bila pesanan besday boy tiba atas meja. Wah3... sepinggan grilled salmon dan sepinggan lamb cutlets? Dia pun heran camana datang 2 pinggan sedangkan dia pesan 'combo'. Takperlah rezeki dah ada depan mata, so let us gobble makan polok2 rejoice together. Berbaloi oder cutlets dari oder lamb chops. Percayalah..



Note: a mother has the right to be kedekut, THM or hajjah bakhil as and when she wishes to be one for at the end of the day believe it or not, tup2 tiba2 aleh2 suddenly gitu, dia jadi philanthropist, hehe...

5/1/13 at last tahun baru dengan semangat baru cikSom menapak ditengah2 bandaraya KL, lebih tepat lagi keKLCC. I taklah macam rusa masuk kampong sebab dah kesitu beberapa kali phonn. Pernah naik ketingkat 54 berjumpa kawan2 yang bekerja kat situ and that was the time I bersyukur sangat2 sebab dilorongkan hati nih untuk pencen awal. Kot I dihantar bekerja kat situ...errrrkk!! me no like..

KeKLCC atas 'desakan' Ndja, D&T. Nak juga dihangkutnya kita keAquaria tu. Pada awalnya bila Ndja tanya nak pergi sana tak? I jawab "tak nak, takot gelas pecah". Sajalah kan? Lagi pun I dah pernah pergi Sentosa Island punya masa D&T were still 'toad'lers... T was 3 y.o n masih takut2 dgn benda pelik langsong dia buat hal tak nak masuk tengok segala ikan berenang atas kepala. I grrr aje sebab dah bayar, mahal plak tu..

Nasib baik masa tu I bawak Chik bersama so while Chik temankan T duduk diluar, I bawak D melihat dan menikmati keindahan makhluk2 atlantis minus Patrick Duffy, hehe..

KLCC pada hari Sabtu adalah sangat sesak, I donch laike. Anyway, sebelum penat berjalan keAquaria tu, tenaga perlu dimantapkan diB.Desa yang menyajikan lauk2 Sunda. Lauk penuh meja almaklum untuk 5 orang punya selera. Dah kenyang burp2 alhamdulillah barulah kita mengorak langkah menjamu mata tengok ikan pari yang senyumannya tersangatlah sweet, ikan yu perasan ayu dan jaws yang menunjukkan barisan gigi giler tajam macamlah kitorang takot, ekekeke...

FM given by Ndja
 HP Cokia sedang dicaj baterinya so masa kelam kabut nak bersiap, terus terlupa bawak. Macam2 khazanah laut (minus Titanic) yang dapat kita tengok. Kalau kesitu kita masih alpa dengan keagungan yang maha Esa maka I rest my case (so says ustazah Som).

Dah kat KL tu, sajalah kalau Ndja tak nak pegi Ampang Park, kan? So kesanalah kita. Dan dah keAmpang Park, sajalah kalau kita tak keCosy Konar, kan Akak kaaan??? hehe..

OKlah takat nih dulu Al-kisah berkisah. Mentari dah atas kepala basuhan masih lum dijemur lagi, hehe. Jap lagi nak keluar hantar barang kerumah Teh tapi mesti singgah kekedai murtabak V dulu nak belikan sekeping dua as buah tangan (murtabak dan Teh or rather Teh dan murtabak tak dapat dipisahkan. Begitulah intimnya mereka berdua tu, hehe..).
.

Tuesday 1 January 2013

2013 menyapa ...

Hai hai 2013 dan bai bai 2012 ...

Pagi yang hening dimulakan dengan sarapan pagi slurp slurp yang hot n spicy. Taklah boleh dibanggakan sangat sebab ianya mee mcgee bujang aje tapi alhamdulillah tulah rezeki bermulanya tahun baruuu.

pengganti sayur ialah daun bawang

Penamat 2012 berlakunya bencana alam dan tanah runtuh. Hujan yang membawa rahmat akhirnya bertukar menjadi dugaan dan ujian hebat untuk mereka yang dipilih olehNya.

Gambar ikhsan dari adikku
Tak dapat bayangkan sekiranya rumah yang berada diatas tu rumah I. Kebetulan my adik dan keluarganya secara tak langsung terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku dikawasan perumahannya baru2 nih. Atas sebab keselamatan mereka dinasihatkan agar tidak mendiami rumah sehingga diberitau selamat untuk didiami semula.

2012 merupakan tahun penuh pancaroba dan boleh dianggap juga tahun yang sangat awesome, alhamdulillah! Paling awesome bila berpeluang menjejakkan kaki ke Disneyland, heheheeeee....

Oooops am sori!! terbawak2 pulak daah, hehe... keDisneyland tu bukan I yang pergi tapi rakan maya yg menetap di Texas tu bercuti2 Amarika kekdahnya. Syok juga dapat 'pengalaman' dengan cara mengepo membaca cerita orang. Salah satu nikmat menjadi pengkepo tegar, muahaha..

Berbalik pada apa yang awesome sangat tadi tu... Pernah I mengomel kat salah satu entri yg lepas betapa teringinnya hati nih nak melawat kesatu tempat yang pernah I duduk masa berumur 4-6 tahun. On my next entry, I beritau nama tempatnya eh?

Pada umur yang sekecik dan secomot secomel lote tu I dah didedahkan pada kuih2 tradisional Melayu, auwww (terasa hebat tak memasal, harharhar).

Kuih2 yang dimaksudkan: kuih bom, kuih lompang, gegetas, abuk2, kole kacang, buah melaka, tepung kasui, kuih keria, gendang kasturi, tembosa, halwa maskat dan berpuluh2 macam lagilah .. ekekekeke...kalau tak exaggerate tak sah taw!

Anyway, cuba tanya budak2 sekarang sekitar umur 4-6 tahun samada diorang tau nama kuih2 Melayu macam yang disebut kat atas tu. Mungkin diorang tau buah melaka aje kot?  Ntah2 kuih keria pun diorang kata donut Melayu? heheh..

Dah lama takde cerita terkini RD ek? RD bukan readers digest, no no no .. RD ialah Rumah Desa cikSom disana nun ..

RD masih barren. Masih belum dideko bagai selagi kita tidak berhijrah sepenuhnya kesana. Yang ada cuma yang asas aje namun hati nih terasa damai aje bila berada diruang rumah yang lapang. Satu hal yang tak dapat dinafikan iaitu bila berada disana I teringat rumah disini dan bila disini teringat rumah disana.

Tetiba terpikir camana gayanya lelaki berkawin lebih dari 1? Tak ke havoc berulang alik kerumah no. 2 (3 dan 4?). Nih kena tanya SY camana dia handle such a complicated arrangement.

Setiap kali keRD mesti havoc punya. Pertama kena tanya H d'Bangla samada dia boleh 'tolong' bersih dan beri kucing makan. 'Tolong' yang membawa erti upah RM25 sehari (tapi bila I yang buat mende2 nih, taklah pulak I dapat RM25, how like that?), dan kedua kena beritau G d'Bangla jangan hantar sokabar.

Diantara H dan G, H is better sebab dia boleh cakap Melayu dengan baik dan boleh paham tulisan Rumi tapi G tu ada sikit kureng. Dah kita kata jangan hantar sokabar pada sekian2 hari/haribulan, dia tetap juga nak hantar maka terpaksalah I saman beritau "saya tak mau bayar sebab papers kena hujan". Haa...garang tak?

Havoc ketiga tak boleh dielakkan bila I hangkut bahan masakan kesana. TB kata beli aje kat sana tapi kalau dah tiba sana lewat, takde maknanya I nak keluar beli bahan bagai dan main masak2? Lebih baik beli KFC atau McD aje kaan? Sape setuju jerit "hidup cikSom!!!".. mekasih :-)

Oh BTW, Ja-Saint County ada KFC/McD juga okay??? Ada Avon, ada MBB, ada Courts .. ehh, macam2 ada laaah...Mydin pun ada tapi masih dalam pembinaan tapikan tapi yang serupa JPO memang takde, hehe..

Havoc paling havoc bila TB/D cuba memuatkan beg baju dan barang2 dalam boot kereta yg kecik tu. TB asyik kata 'boot tak muat' tapi I tawakkal aje sebab setiap kali dia kata boot dah penuh, barang2 tetap dapat dimuatkan dalam boot, kehheheh..

Havoc2 yang lain? Kena kemas rumah dulu ketitisan peluh terakhir sebelum bergerak keRD dan bila sampai disana bukan pun boleh duduk bersenang lenang sebab "dugaan menanti anda" so said para serangga, cicak, kumbang dan labah2 sekelian ... (nih kena sembang kat entri lain).

Akhir kalam, selamat tahun baru dan terima kasih pada semua insan budiman yang pernah melintas kesini lebih2 lagi pada yang sudi membaca dan mengomen :-)
.