Wednesday 17 April 2013

So long, farewell ...

Farewell yang tak sempat diucapkan kekdahnya...

Dah 3.5 hari I berendam air mata. In fact bukan I sorang. T lagilah meraung big time. I tau TB amat sedih tapi dia lokek airmata. D pun cenggitu tapi nampaklah jugak dia genyeh2 mata (sebab airmata dah bergenang).

Dahlah sejak dua menjak hati nih cepat benar rasa sebak tapi perasaan tu masih boleh dikawal hinggalah satu insiden berlaku pada Ahad lepas maka mini tsunami berlaku ..

Ony
Ony membahagiakan hari2 kami selama 1 thn 8 bulan aje. Alahai...sedihnya nak sambong cerita tapi kerana Ony yang disayangi, kena juga habiskan kisahnya *sambil kesat airmata tepi leher baju*.

Tiap minggu bila T balik rumah, Onylah yang dicarinya dulu. T ada bahasa dia sendiri bila bercakap dgn Ony. Kami berempat ada cara tersendiri memanjakan Ony almaklum dia dah jadi a part of the family sebab dia satu2nya kucing yang diberi kelonggaran keluar masuk dan tidur dalam rumah.

Sabtu n Ahad tak nampak kelibatnya so petang Ahad sebelum T balik kemarkas dia ajak keliling kampong mencari Ony. Semuanya kerja Allah sebab Dia tunjukkan jalan untuk temui Ony walhal kita tau Ony takkan jalan jauh dari kawasan rumah kita.


Wpun kita berjumpa bangkainya aje (tak sampai ati nak sebut bangkai sebenarnya) namun alhamdulillah kita puas hati sebab dapat kuburkannya dalam kawasan rumah.

T dah dapat premonition tentang Ony. Tu sebab dia beriya2 ajak cari Ony. I bawak kereta slow aje sementara T look-see kiri kanan until kita tiba kesatu tempat tersangat familiar (sebab kat situ ada warong jual lauk pauk yang selalu I 'ziarahi', heheh).

"YaAllah Miiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......yaAllahyaAllah Miiiiiiiii....." gitulah T melolong bila ternampak kucing kuning yang dah terbaring kaku (walhal jaraknya dari kereta agak jauh tapi dia dah macam yakin tu Ony). T melolong dalam kereta (yaAllah kesiannya dia) so terpaksalah I cekitdaut, jadi CSI kejap. I was hoping kucing tu bukan Ony tapi tengok pada ekornya yang serupa ekor raccoon, SAH!

T stop melolong terus drive balik rumah panggil TB dan I tunggu Ony. Soon after dua beranak berkonvoi tiba ketempat kejadian. Dlm pada berduka, suka pulak I tengok dua beranak tu berkonvoi, cam real aje, kih3 *gelak dalam duka nih*.

Selesai Ony ditanam, tangisan dua beranak masih kedengaran. Yes, Ony is only a cat tapi siapa yang pernah lalui pengalaman matinya kucing kesayangan pasti paham. In fact bukan aje paham, maybe baca nih pun boleh buat you senyap2 ngalirkan airmata, heheh..

Hari2 berlalu, I yang lebih terasa sedihnya dan dah jadi macam orang tak betul tetap panggil nama Ony. Bila pandang port2 selesa Ony .. kat kusyen, tangga, carpet, bawah meja, kerusi, atas beg, dalam kuali terpakai, atas ironing board, depan bilik air, depan fridge..... aaah.. semua tempat tu I nampak Ony.

Apa kelebihan Ony? Cukuplah kalau I kata dia paham nama dia Ony aka Mok dan makna tidur. Dia juga paham bila I pelawa dia duduk atas riba setiap kali selepas solat Subuh (sbb waktu Subuh dia lebih manja). I sorang aje berjaya buat dia cenggitu, bangga taw (TB, D & T jeles jer).

Habit Ony semasa minum air.. cecah2 tangan kedalam air pastu baru dijilat tangannya. Dah puas jilat air dari tangan barulah dia minum air cara kucing, jilat2..slurp2.. In fact his antics sangat menambat hati kami waima terkenC kat my fevret sofa dan terbeR kat sebelah mesin basuh.

Kesedihan yang bukan kepalang.... Innalillah ..

Onycayang!
 Come Thursday ie esok, bermulalah perjalanan kami berempat menjadi tetamu Allah, insyaallah. Satu apa pun tak pack lagi tapi dah kenal pasti barang2 keperluan yang wajib dibawak.

Dah lama tak tinggalkan TB keseorangan for a long period of time (masa kerja dulu adalah jugak). Terlebih kesian sebab dia kena buat segala2nya sendiri but I know he'll manage. "Kesian you takde kawan bila I kat sana nanti..." refering to ketiadaan Ony yang boleh dijadikan kawan bercakap dan bergaduh tapi apakan daya, kita hanya mampu merancang ... sob3.

Menurut ustaz yang memberi ceramah/kursus.. (among other things yang perlu dibuat) kita harus buat wasiat. Masa perjalanan balik kerumah D tetiba berwasiat, blablabla... I dengarkan aje pastu dia tanya "Umi?".

"Umi? Umi takde harta tapi wasiat paling utama tentu D tau kan? Umi nak D jaga T baik2 jangan gaduh2 *pause* Umi nak D jadi anak yang soleh *pause lama sket sbb dah semakin sebak nak sebut yg ke-3* .. Jangan larang kalau Abah nak kawin lagi (perasan D genyeh2 mata) *pause*  Barang2 untuk perempuan termasuk pots n pans berilah pada T" tapi D menyampuk "kalau pots n pans D nak jugaaa...." *almaklum dia kan dah skerrr memasak, khaan??*. Bertuah punya anak.

MasyaAllah dah pukul 10... banyak kerja yang menunggu sebenarnya nih.

Akhir kata, I ingin ambil kesempatan memohon MAAF pada semua rakan blogger yang biasa kesini. Mana tau dalam pada gurau senda menjawab dan memberi komen, terselit kata2 yang menyentuh qalbu.

Mohon doakan kami berempat selamat dalam perjalanan pergi dan balik; dan juga dipermudahkan urusan kami selama berada disana....."terima kasih".

Hingga jumpa lagi, Assalamualaikum ...
.

Friday 12 April 2013

abaya n abuya tak sama ...

Abaya=jubah. Abuya=abi, ayah, abah etc. Sajalah nak bitau yang I tau makna kedua2 tu, hehehe...

I selalu bayangkan betapa stailista tak moleknya rupa diri bila berjubah tapi atas desakan dan galakan yang tak berbelah bagi maka terpaksalah akur *sambil kibar bendera putih bukan hijau, ahaks*.

Somehow cita2 jadi model dapat juga direalisasikan, haha.. (ntah bila plak cita2 tu bercambah? sumpah temberang). Bergaya pusing kiri, pusing kanan (tonggek sket) depan cermin besar memang beshhh lebih2 lagi bila dapat sokongan moral yang vavavoom dari Ndja n Teh.

So inilah yang berjaya buat cikSom perasan diri dia macam oghang aghab, ekekeke...

cukuplah satu dulu ...
Kena berhati2 juga bila pakai abaya/jubah wpun ia dikira menutup aurat. Hendaknya janganlah pakai yang ngam muat dibadan hingga nampak susuk badan. Lebih2 lagi kalau abaya/jubah dibuat dari jenis kain yang lembut mencengkam (figure hugging kekdahnya).

Anyway, kalau dah jalan2 cuci mata, tentunya jalan2 cari makan juga. If not, where got enjoys one, right? When siblings meet, there must be good food to nibble and also sosek2 (tho not amounting to nganyam ketupat sebab raya lagi lama, ahaks).

1st time makan kat Love at 1stBite. Yang dipesan semuanya sedap termasuklah the one 'on promotion', katanya ...

Pie (lupa intinya), mashed potato n pumpkin soup

Latest update on my SIL
Keadaannya masih tak berubah. Seleranya zero cuma minum air sikit2 aje. Setiap hari misi bertauliah (khas untuk bedridden patient) datang untuk menguruskannya (memang banyak membantu wpun bayarannya macam nak tepuk dahi sendiri).

Bedsorenya masih terkawal cuma bengkak dibagian tangan remains bengkak. Ngeri juga kalau tengok betul2 tapi terpaksa cekalkan hati.

Sangat berbesar hati bila dapat membantu mana yang patut dan kebetulan pulak I yang paling dekat so I will make a point to visit them daily.

Ini rupanya hikmah Allah kurniakan Bak n Mak ramai anak. Bersama dalam suka, duka, senang dan susah, alhamdulillah.
.

Wednesday 10 April 2013

Yang penting? kerjasama ...

Semakin dekat harinya semakin cemas pulak rasa dihati. Ia adalah satu jihad untuk diri sendiri maka untuk menyempurnakannya bukan perkara mudah dan jangan sekali2 dianggap mudah. Adakah dah betul2 bersedia? Semoga dipermudahkan segala usaha dan beroleh kemenangan, insyaallah.

Sajian pagi hari ialah murtabak dan kek mentega. Klas tak pepagi makan kek? ekekeke.... Pagi nih not in the mood to drink my usual 3in1 neskopi tapi terasa nak minum teh susu tak tarik. Guna susu segar dan 2 sachet gula (nak bubuh 3 tapi terasa macam ada mata yang memandang).

Jap lagi Ndja n Teh will pick me and we shall JJCM x 2 (the other one being jalan2 cuci mata). We are in fact looking for some things at TmnTun (but of all the places why must it be there. a place I have been banned from entering.) Hmm..jaaa-atlah sifolan tu.

Before JJCMx2 we need to visit a cancer patient first. She is none other than my SIL. Hospital dah suruh balik so apakah maknanya tu?? Nak balik kebachelor pad anaknya memang tak sesuai disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Since Ndja ada spare istana hinggap yang masih kosong maka disana ajelah dibawak my SIL tu. Lepas seminggu rumah tu dibersihkan dan dipenuhkan dengan perkakas2 asas (katil, tilam, esbok, mesin basuh etc etc), barulah semalam my SIL ditempatkan kesitu.

My SIL dalam keadaan sangat uzur berbaring aje tak boleh bergerak2 dengan sesuka hati sementelah sebelah tangannya dah membengkak ditambah pulak dengan bedsore. Semalam bila dialihkan dia dari tilam ambulan ketilam dirumah, dia mengadoi kesakitan non stop. Belas sungguh..

Alhamdulillah ramai yang membantu.. 2 orang dari ambulan, anaknya dan juga D sementara my abang masih belum tiba sebab tersesat (wpun berkonvoi dengan ambulan).

Mahal juga bayaran menyewa sebuah ambulan. Lebih2 lagi bila on stand by. All in all RM900. Tu belum lagi sewa oxygen tank yang guna letrik tu. Sesungguhnya my nephew terperanjat beruk bila dengar sewanya RM1500 sebulan. My abang juga menyangka sewanya hanya RM150 sebulan.

Sigh... I dengar aje dari dapur akan penjelasan pekerja ambulan yang bertugas pada my anak sedara. I tengok dia dah garuk2 kepala dengan wajah gelabah. Kesian kan? Yalah tup2 kena bayar sekali gus RM2400. Unprepared kekdahnya..

At last sampai juga by abang bila D songsongnya dari my rumah. Tiba aje dia I pun berbincang. Berbincang tu selepas I korek2 handbag harapan yang agak lunyai tu, hehe.. I thot tak cukup tapi alhamdulillah sangat2. Gitulah peranan bank bergerak. Duit yang ada tu bukan semuanya duit I pun. Terpaksa guna duit T, duit D yang diorang mintak I simpankan + duit kolagen emergency cikSom, auwww...

Bercerita tentang duit bukan dengan niat bermegah atau riak. I am glad D was around, biar dia belajar erti bersaudara bahawasanya kita saling membantu diantara satu sama lain. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Masa sibuk2 semalam, sempat juga I buat lapuran selari pada Teh n Ndja. Tulah pagi nih perlu kita ziarah my SIL dulu sebelum kita mengkayakan ekonomi negara yang tercinter nihhh..

Boring kalau entry takde gambar, kaan? So I titipkan gambar my pokok kari yang I really thot dah pergi tak kembali TUP2 dia hidup ceria mewarnai hidupku semula, yeeehaaa... (alhamdulillah)

Cayang dia...
Cekeding aje batangnya tapi tulah kalau dah kehendak Allah dan tak mustahil juga my SIL boleh kembali sihat seperti sebelumnya.
.

Monday 8 April 2013

Jantung P n semut K ...

Setiap hari jantung rakyat Msia berdenyut dan berdegup (tanda masih hidup) tapi sejak dua menjak denyutan dan degupan kian menjadi huru hara maka banyakkanlah beristighfar.

Dan lately juga I reti menguntum senyuman sinis, ishhh ishhh ishhh apa dah jadi nih? Mana hilangnya senyuman manis dibibirku pergi? Adakah disebabkan tekanan perasaan? hmmm...

Jadi jantung pisang juga best. Takde denyutan mau pun degupan tapi ia tetap hidup untuk memberi munafaat pada manusia sekerdil I yang meminatinya. Alhamdulillah.

jantung pisang sebulan dulu diRD
Al-kisah diAwanBesar 6 thn dulu
"ehhh lauk apa nih?" kehairanan kekdahnya bila pertama kali tengok masak lemak jantung pisang  (MLJP). Dah my middle name 'peace-ang' maka apa2 berkenaan pisang semestinya menaikkan minat yang bukan calang2 punya minat.

Rupa MLJP tu so so aje tapi tetap tapau seplastik sebab curious nak tau rasanya. Since semua orang dalam rumah tersuka dengan MLJP maka bermulalah cobaan pertama memasaknya. Tak google cari resipi tapi berteka-teki sendiri akan bahan yang digunakan masa makan lauk tu dulu.

P/S: Sekarang I dah smart sikit, hehe.. Bebila nak masak lauk nih I beli aje jantung pisang yang dah siap direbus. Jimat masa dan jimat gas.

Dah koret2 baru teringat mengabadikan rupanya dalam blog, hehe.. Nilah rupa MLJP yang dimasak semalam yang juga menjadi kesukaan T.

MLJP
Rupa2nya jantung pisang pun ada 'tulang'. Bahaya juga kalau tersekat kat tekak so berhati2 ok? I kasi 'warning' dulu, heheh...manalah tau esok lusa kot ada yang berminat nak masak MLJP, kaan?

Rencah utama ialah ikan bilis tapi sekarang I guna ikan bilis + udang kering sikit. Rasa 'othentik' datangnya dari daun kunyit dan lada sulah. I think kalau campur daun selasih pun sedap.

Kalau kita guna semut kerengga sebagai rencah utama, rasa2nya sedap tak masakan tu?? Tak pernah cuba maka tak taulah apa rasanya tapi berani ke kita ambik risiko memakan something yang mungkin makruh hukumnya?

Durian belanda diserang semut kerengga
(maybe) Makruh untuk orang Islam makan semut tapi orang Vietnam guna semut kerengga sebagai rencah masak sup atau goreng sayur. Hmmm....

Tengok diorang masak dengan ceria tersengih2 memang euwwww.... (belum lagi masak ulat) but having said that, I think I takkan makan udang, kerang, kepah atau siput sedut kalau sedari kecik tak diexposekan dengan makanan laut semua tu.

Sekian ...
.

Friday 5 April 2013

GPAC ... Give peace a chance!

Kalau kita mendesak atau tak mendesak agar parlimen dibubarkan, ia tetap akan dibubarkan juga, tul tak? Selepas dibubarkan pun, I tak rasa gembira atau rasa sedih. Come what may! Siapa nak jadi PM, jadilah. Kalau pembangkang berkuasa, so be it.

Yang nak menjawab 'disana' bukannya kita tapi mereka dan kuncu2 mereka. Kalau tak undi PAS sekali pun, adakah dikira berdosa sebab tak menyokong perjuangan Islam? Dalam situasi yang sama tapi tak serupa, adakah kita akan disoal sebab berbelanja diTesco, Ikea atau diGiant?

In today's paper, WA will not be contesting. I wonder why. Any takers out there?

OKlah, tak nak sentuh lelebih pasal politik sebab I bukannya tau sangat. Kalau sesaja nak tulis sesuatu berbau synical, menyindir atau menegakkan benang basah, I think I berkelayakan but what's the point?

Tapiiii.. I nak tampal bendera nih, hokey tak??

the works of my Cokia hp
This tall bendera sort of welcoming 'us' as we reached the t-junction near Bemban. BTW, kat situ ada kedai makan sedap! clap3 kita skerr... And as we drove further, barulah nampak bendera hijau, bendera turquoise, bunting pemaju rumah dan tentunya bendera Msia, yeehaa...

... dan itu bermakna I dah selamat sampai diRD ...

Keadaan rumah yang ditinggalkan selama 3 minggu telah dimeriahkan dengan tahi cicak (TC) berbagai bentuk dimerata sudut. Mungkin ada sekor dua perut memulas maka its end-result macam kopi pekat tertumpah atas lantai. Nak bersihkan 'splash' yang dah kering memang tak kelakar. Patutlah I tak ekekeke, tak kihkihkih dan tak harharhar... Ku dambarkan pahala dariMu yaAllah*insaf*

Berdepan dengan TC satu hal, berdepan dengan serangga mati bergelimpangan satu hal tapi yang nih I 'sedut' aje dah setel. Mekasih vakum, u r my besh fwen foreva..

Tapi hati terhibur jugaklah sebab Syasya datang ... Lama dia tak datang menjenguk.

Musyuk2... nilah Syasya
Disamping Syasya, musang dan biawak komodor (biawak biasa bukan jenis komodor) datang menjenguk this old dame. Takat menjenguk aje pun jadilah. Takde gambar sebab Mus n Bia pemalus, hehe..


Pisang emas
3 minggu dulu ia seolah2 menjanjikan 'lempeng atau jejemput pisang' panas2 sepinggan besar duk atas meja namun takde rezeki ...

(For own record)
Minggu lepas mundar mandir kehospital PJ, kehospital Klang, keImmigration, keklinik untuk dot3, kestudio gambar, kekursus disamping kerja rumah yang masih menjadi tanggung jawab, tak boleh dibubarkan lagi, heheh.

2 hari keimmigration memang grrrr tapi silap sendiri pun ya jugak. 1st day, datang dah lewat maka kuota nombor dah habis. 2nd day, molek2 lagi 40 orang tiba giliran memasing, pengumuman syahdu bergema "mesin mencetak paspot rosak", auwwwww awesome kan? Datang lagi pada hari esoknya untuk mengutip paspot yang dah siap.

Kehospital diPJ hanya nak dapatkan surat dari doktor pakar. 3 jam jugaklah menunggu just for a simple letter. Sendiri salah sebab tak buat appmt. Segala penat lelah, sengal badan pinggang punggung hilang serta merta bila berhadapan dengan doktor bertugas yang tersangat ...? malas aah nak citer. Iraq mari so sila bayangkan sendiri *wink*.

Sekian untuk kali ini .. masa untuk main masak2 pulak. Wassalam.
.