Friday, 27 November 2009

Apa yang best bila raya?

I suka bila Chik, adik-beradik, ipar duai dan anak2 sedara berkumpul ramai2 pada setiap perayaan. Kita masak sama2, makan sama2, berbual, bergurau atau hanya berbual kosong. We just be ourselves but the utmost importance is.. we still have each other - boleh mengadu, boleh menumpang kasih dan macam2 boleh!

At the end of the day, semua happy, semua enjoy (albeit the cholesterol intake yang tak dapat dibendung), dan semua mesti ambil peluang bermaaf2an (tutup buku lama size A4 dan bukak buku tiga lima aje.. ).

Itu adalah situasi paling ideal untuk I bila menyambut hari raya - aidilfitri n aidiladha, tapikan tapiii ...
.
Sambong tulis pagi Sabtu

Sambil makan sambil ketuk kibod. Nyummm, sedapnya!! Siapalah yang masak tu ek? hek3. Yang hitam2 tu ialah cendawan yang suka menangis (aptly called kememeh), kat tengah tu rendang dag and tepi sekali kuah kac.

Seperiuk lodeh, auwww. Dengar cerita ia memberi kepuasan tanpa tepian pada si tukang masak. Heheh, beliau amat vvangga.. (sebut dengan menjungkitkan bibir atas keatas dan temukan bibir bawah ke gigi kapak - ala chipmunk).
.
Seperti biasa tukang masak tak ikut law n odar. Lodeh versi my famili, 'ada macam2' tapi lodeh I masak semalam takde benda wajib seperti kacang panjang, tauhu atau kincam (nasib tak bubuh sebab kincam ada aura buat kuah lodeh masam. Agree with QJ).
.
Bahan lodeh (time rajin): tauhu kering, tauhu (versi mee kari), timun, sengkuang, cendawan kememeh, carrot, kentang, so'un, tempe, bawang/lada/udang kering/santan dan garam jangan dilupakan (dashkan agak sekilo bior BP go upstairs.. har3).
.
Ada sorang budak tu kaan .. sebuklah dia buat promosi suruh orang rasa sambal sotong dan kuah lodeh .. just because dia tolong potong sotong, tauhu n potong cendawan to bite size. Dia nak claim 50% share atas kelazatan masakan tersebut. Patut ke tak patut tu?
.
Nota tak tahan :
A datang solo - kini dan selamanya. Yang '2' tu memerap kat rumah. Whatever for?
M datang 3 beranak - kini dan mungkin selamanya. Maklumlah ...
B tak tiba2 hingga ke malam. Kini dan selamanya either berdua atau bertiga but never ever berempat. Satu kes sick in the head. OMG!
'M' sudah tentu tak datang but acceptable. Special case. Kena bersangka baik.
K datang sekeluarga. So far so good, alhamdulillah.

Hari ni hari raya ..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA PADA SEMUA KAWAN2 ... MAAF ZAHIR BATIN.


Raya haji tahun ni I menggalas tugasan yang amat berat. Berat pada I yang memang berat slow coach nilah kan? Raya ni, korum adik-beradik sambut raya sama2 masih tak cukup. Teh, Ngah n hubby beraya di benua lain. Yang menanti disana is Ngah's son dan sorang lagi anak sedara. As usual, Ngah mesti masak cam nak rak kat sana tu. Gitulah qurban sorang ibu (macam kita2 ni jugaklah.. mulianya kita kan kan?? hahaha..)

Wpun Teh takde, kami tetap berkumpul di rumahnya sebab Chik ada kat sana. Kesian pulak kat Chik, lately dia mudah sangat terasa. Ketiadaan Teh, Chik tinggal berdua dengan maid aje so I hantar hero terakhir Malaya, untuk temankan Chik. Hero tu komen "Mii, boringlah sorang2 kat sana. Mehlah pergi sama". I kata "korbanlah sikit masa tu untuk TokCik".

Long, Ndja n I - kami bertiga dengan sendirinya memikul tanggung jawab yang amat besorrr. As agreed, Ndja nak masak nasi apentah + 2 lauk berasaskan 'ayambing'. Long masak 3 lauk, salah satunya ialah dalca. I masak ..... jeng jeng jeng .... tak pernah dibuat sokmor hidup, I kena masak 4 lauk sekali gus!!!! Huhuh, fengsan! Tak pernah I dibuli begini, mentang2lah mak bapak I takde ..

Sebelum uar2kan masakan, I kena bitau you dulu.. cik T kembang semangkok tu macam heran n takjub dengan keupayaan dan kemampuan Umi dia memasak. Yalah you, selama nih I memang lemak, selalu aje escape unscatched tak yah penat lelah masak apa2. Betapa untungnya nasib anak bongsu (seperti I, har3. Jangan jeles k?)

Tiap tahun (almost) my portion of a potluck would just be kuah kacang. Pastu I upgrade kerajinan masak sambal sotong pulak (read: untuk tutup malu). And this time around, I tambah 2 lagi ie sayur lodeh dan rendang. Thought of cooking rendang Tok tapi malas nak bukak buku resipi so I masak rendang Wan ajelah .. campak, lempar, baling.. done!

By now you mesti dah 'ngaku' sebenarnya I nih 'boleh tahan gak orangnya', kan? Hehehe.. I sker macam tu, keep it up beb (but I must admit that all the extra cooking was made possible because of? ... "Mi, hari raya takde rendang dengan lodeh, bukan raya namanya tu Miii..." Ishhh budak nih .. maka I drill dia potong/bersihkan cendawan kememeh, tauhu kering dan sotong.

I dah breakfast dah .. seketul nasi impit, rendang n KK tapi macam ada yang kurang aje - garam, gula, asam? Takleh jadi, kena alter ..

P/S: How to jamu orang like this? Asyik ada yang kurang jer .. Oh yes, lupa nak bitau... I baru nak masak lodeh ni haa, heheh. Sempat lagi sebab kita plan makan tengahari nanti. Lagi pun Ndja tengah lintang pukang masih memasak di Sban tu.. Cian dia.

P/S: Ngantuklah pulak .. slept at 3.30. Mmmm... tidur - masak - tidur -masak - tidur! Yeayyyy... (sambil mencari2 bantal busyuk).

Tuesday, 24 November 2009

anak n cucu ...

Setiap minggu bila T balik semula ke kolej, mesti tinggal satu dua bajunya yang perlu I basuh termasuklah satu tuala. I tak basuh tuala tu cepat2 sebab adanya tuala yang tak berbasuh tu, I anggap T ada depan mata I. Kadang2 I syium tuala tu... masih wangi. Kalau masam? Lagilah I syium .. heheh.

Apa kena dengan I nih? Sentimental or terlebih emosi? *sigh*

Minggu nih I tak hantar T balik kesana sebab dia drive sendiri. Adusss.. betapa risaunya I bila dia drive sendiri kesana. I tenung aje jam didinding sebaik saja kereta meluncur membelah jalan. 5, 10, 15, 20. Dah pesan "tiba aje sms Umi". Alhamdulillah 20 minit kemudian "T dah sampai".

Tiap kali dia perlukan kereta, I pasti risau. Bila dia mengeluh2 penat sebab kena tunggu bas 45 minit untuk ke kolej dalam panas/hujan, bas kurang/tempat makan tutup sebab sem break, makanan tak ngam sebab cirit beret, blablabla .. maka terpaksa benarkan dia bawa kereta kesana (untuk 3 minggu saja).

Oleh kerana tak sihat - demam & cirit - maka manjanya pun dilebih2kan. Nak makan tapi takde selera. Nak makan tapi tak nak makan nasi. Nak makan bihun kung fu aje. Bila I tanya nak makan nasi tak? "Naaak.. tapi Umi suapkan". Bertuah punya budak ..

Kejap lagi I nak jenjalan ke Bukit Naga dengan 2 'wan' kenalan siber. We all nak ziarah 'cucu'. Kalau dapat kidnap cucu tu, best ek? Diam2 kita bawak lari, biarkan Umi n Abi dia panik, harrharrharr (gaya gelak puas lepas dapat harta karun).. Pastu kita mintak ransom RM60K. Kami bertiga share RM20K sorang. Cukuplah tu kan? Jangan tamak, tak baek ..

So bebeh, daaa.. jumpa lagi (siapakah bebeh yg I maksudkan tu? YOU lerr, saper lagi kan??)