Tuesday 23 October 2012

RD ...

RD bukan reader's digest tapi nama timangan rumah disana nun.. Sebelum ngomelan dilanjutkan, nak cerita dulu pasal masakan tengahari tadi.

Semalaman teringat2 kat satu lauk nih. Nak buatnya senang tapi apa pun yang nak dibuat, mood bik Thom haruslah dalam carta teratas so nampaknya hari nih adalah harinya, syabas!

rupanya kurang menyerlah tak macam QJ punya
 maybe tak cukup rencahnya namun tetap menjilat jari jemari
Konon tererlah, kan? Sekali baca dah ingat bahan2nya. Masa menumbuk b.besar, b.putih, lada merah & cili padi tetiba terbayang seketul belacan. Ehh..biar betul? ke I dah mix up bahan buat ayam perecik Ganu yg QJ buat tu? haha.. no pOblem bebeh, seketul belacan kecik does no harm......right?

Bubuh 4 biji cili padi tapi takut juga TB komplen pedas jadinya derhaka pada resipi adalah dialu2kan. Maka melayang secubit gula kedalam kuali. 

Baru kejap tadi jengah sekali lagi kedapur QJ, aaarghhh...tu dia, I lupa nak bubuh serbuk bilis rupanya. Belacan sebagai pengganti serbuk bilis tidak mencacat cederakan keenakan lauk tu, "percayalaaah" ... kata Siti Som, harharharusss...

Dan untuk kuahnya (wajib ada kuah sebab bik Thom tak reti nak buat 'Heimlich maneuver' sekiranya diri sendiri atau TB terbegik).

Sayur lemak tempeR
Selalu guna kacang panjang tapi sejak dua menjak
I dah jatuh hati pada kacang ular aka snake bean

Rupanya menggerutu
tapi rasanya ohhh so awesomely crunchy!
(D yg bermotai tu boleh geli dengan kacang nih. Whatlaaa...)

OK tamat sesi makan, sesi ngomelan bermula sekarang...

Buat julung kali raya haji akan diraikan di RD. Berdekad2 lamanya memang beraya disini aje tapi tahun nih almaklum, keterujaannya lain sikit.

Dijangkakan minggu lepas jika semuanya beres, bolehlah hujung minggu nih kita bermalam dikatil RD tapi takat hari nih takde perkabaran gumbira dari sana mengesahkan TNB dah mendirikan tiang letrik dan mengalirkan tenaga letrik kerumah.

Kenapa lembap sangat eh?

Dah takde letrik tak dapatlah dipasang segala lampu, kipas angin bagai. Selama nih kontraktor pinjam letrik dari rumah sepupu untuk kerja2 kasar yang lain.

Cabaran dua rumah 'adakah semuanya harus dibeli baru'? Hmmm.... For sure I want my bed to be new, auwww... so my katil n tilam dah pun dibeli disana dan dah pun dihantar kerumah tapi tak dapat diassemble sebab takde letrik. Ye ke kena guna letrik? Sesungguhnya memang I tak arif bab assemble2 katil nih..

Camana pulak dengan meja makan dan perkakas rumah yang lain seperti kerusi untuk tetamu dan kerusi untuk keluarga bersantai tengok tivi cerita Adam&Hawa? haha... Bila sekali sekala balik kesana, dapurnya harus berasap juga, kan? Makanya, harus disediakan dapur masak, oven, esbok, mesin basuh dan langsir... ohh yes, langsir is a must!

Hmmm... banyaknya nak kena beli? Bestkan kalau ada pokok fulus cam pokok ubi? Boleh main petik2 aje pucuknya?

Bab langsir tu memang perlu dipasang secepat mungkin almaklum bila malam hari pemandangan hutan tropika yang indah diwaktu siang akan berubah jadi ..... gulp! tak nak thebutlah!

pandangan dari bilik masterji
alangkah gerunnya bila waktu malam? gulp 18x!
tapi bila siang hari nampak pulak pokok betik
*sejuk sikit ati*

Ngomelan dihentikan dulu sebab puan editor belum dinner lagi. Selalunya mithali sanggup tunggu TB balik lewat malam baru makan sesama tapi malam nih kenot tahan godaan lauk siikan bilis. Semua nih QJ punya pasal, lauk dia selalu menggoda kita (QJ, mekasih bebanyak for the recipe eh?).
.

Thursday 18 October 2012

Melawat kawasan ...


monyet hutan sebut pineapple

mengharap durian runtuh
  
3D putik 'moktan' (slang muor)

senang nak buat pengat

one n only surviving dragon fruit

serai n pokok cili padi but there's more
 
Suker! manis cam Bik Thom, hehehhh...

Mood kurang memberangsangkan. Taip taip taip, delete. Taip taip taip padam sampai kering dakwat kibod dibuatnya.

Words don't come easy on this Thursday nite after knowing another ex-officemate had passed away (in 2010). AlFatihah.
.

Monday 15 October 2012

Don't mess up with me, ehem...

Assalamualaikum ...

Khamis dan Jumaat lepas menyaksikan 2 sahabat pergi buat selama2nya. Sorang mengidap kanser prostate dan sorang lagi kanser PD. Sorang tu bujang manakala sorang lagi dah berkeluarga. Just like Bak n Mak. Bak had prostate cancer while mak had breast cancer. Al-Fatihah untuk mereka..

Cuaca mendung bermuram durja seakan2 menambahkan lagi sayu dihati namun hati nih juga bagai dibuai rasa gembira almaklum hari yang dinanti2kan dah pun tiba.

Masa I sebaya umur dengannya, I dah takde emak untuk bermanja, untuk ngengada, untuk bergurau senda dan takde tempat untuk merengek2 nak cepat kawin, ahaks. Semuanya takde, kothong, kothong..

Lagilah rasa rugi bila tak dapat doa dari Mak. Campur tolak darab bahagi, rasanya dah 18 ratus kali I beritau anak2 tentang tu dan agaknya diorang pun dah hafal namun I berikrar, I will keep on telling them about it biar sampai tersemat rapi tersimpol mati dalam hati, jiwa dan sanubari memasing.

And to celebrate the occasion, Ndja bermurah hati belanja makan so off we went to K.Delight, all the 6 of us. We've been to this place about a year ago but somehow ada perubahan sikit. Instead of offering buffet  during lunch, they offer per plate 'nasi campur' style ie eat as much as you can but the catch is, you are not allowed for 2nd helping, no no no..

The per plate 'nasi campur' costs RM15 with free flow of drinks (sirap, teh-o, grape) at RM3. Pada I it is value for money untuk orang yang kuat makan, untuk orang yang boleh makan setimbun sekali duduk (tanpa rasa bersalah) dan untuk yang berjimat cermat, hehe..

Lauk pauk yang dihidangkan boleh buat orang tamak terus jadi haloba to the max! Siapalah agaknya orang yang dimaksudkan tu yek? Semua dia ndak, tengok tu ndak, tengok nih ndak. Cuma dia tak ndak bayar aje, har3.

Dalam keadaan haloba menguasai diri, masih tetap ingat I nih hidup untuk makan atau makan untuk hidup? makanya bersederhana ajelah wahai bik Thom oii...


Contoh 'nasi campur' but this aint bik Thom's
Duduk berkarya nih kenot really concentratelah! Kejap uruskan basuhan, kejap kemas cuit sana cuit sini dan curi masa seminit dua untuk pack baju dan manikam untuk bermalam sehari dua melawat kawasan didesa halaman. Travel light nih memang best, sangat best sebab tak duduk lama bermalam rumah orang.

Dek kerana malu dan segan asyik ganggu rumah sepupu TB, sanggup rasanya I bermalam dibawah pokok derian berneonkan sang rambulan, auwww sounds so owh-som! Yalah, derian baru berputik beranilah tidur bawah pokok tapi agak2 derian dah ranum anytime gugur dek sedutan graviti, berani ke? Sure berani kalau pakai helmet, kih3..

Psst... sedutan graviti katanya? auwww..

I dah lari jauh dari tajuk entry namun biasalah orang pempuan kalau dah mula bercerita, kaan? Sebenarnya sajalah nak tujukan ucapan 'don't mess up with me' khas pada para jiran yang suka letak kereta memasing beyond their territory.

Hangin juga dibuatnya sebab diorang make dono yang kita pun ada kereta juga... makanya I bertekad mendalami ilmu pertahankan diri. Just in case, mana taaaaau, kaan?

ehem!

Ada hati.. jari pun tak muat dalam glove, har3
 Eversince siFOLAN belajar muaithai, I nih dah dianggap as his sparring partner. I dislike anything ganazzz so I memang tak berapa layan namun terpaksa juga bila disuruh tumbuk perut, tumbuk lengan dan tumbuk badannya. Tak sker okay??

Setiap kali lepas kelas, I dipaksa dengar latihan2 yang baru dia belajar. Sumpah ngilu, gerun, ngeri .. tak sanggup nak dengar dan tak sanggup nak tengok dia demo... tapi ada juga baiknya sebab dia secara sukarela melantik diri jadi my instructor tunjukkan cara exercise yang betul untuk memantapkan muscle dan juga nyah lelemak (ekceli bab nyah lelemak baru aje bermula but I kenot tahan the gruelling exercise when parts of my body dilentok dan dilipat2kan, adoiii thakitnya!!!).

OKlah, takat nih aje yang sempat dingomelkan... hingga jumpa lagi dengan cerita2 terbaru 'pondok kaca' bik Thom. Tunggu taw ..
.

Friday 12 October 2012

Life goes on ...

Cuaca muram semalam sedikit sebanyak membantu memuramkan lagi hati ini dan pagi nih bila rancangan tivi memaparkan penderitaan orang, laju aje airmata mengalir. Perginya sahabat yang menceriakan suasana dengan hilai tawa dan gurau sendanya semasa bekerja dulu.

Masih ingat guraunya "you nih masa muda dulu mesti lawa kan?" sedangkan masa tu I memang masih muda cuma part lawanya boleh dipertikaikan, haha.. So dengan gurau juga I pun jawab "sekarang pun lawa apa?" sambil menjelingnya.

Rasanya macam tak adil I bercerita tentang makanan sedangkan ada banyak hati diluar sana dalam kepayahan, kemurungan dan kesedihan dirundung berbagai2 masalah. Mereka sedang diuji olehNya...

... but life goes on ...

Tak macam pagi semalam, pagi nih tak berapa rajin nak buat breakfast so subuh2 lagi dah sms TB kat ofis mintak dia belikan buah melaka (untuk I sorang) dan nasi lemak untuk dia n D. Nampaknya macam I sekat makan, tak makan yang berat2 kan? hehe... jangan percaya..

soto ayam (bawang goreng ter-eereng plak)
My b'fast hari nih, mee/bihun soto lebihan bfast/lunch semalam. Nasib baik tak dibuat dinner sekali, kalau tak sure TB bermuram durja, hehe.. so for dinner, I masak juga nasi n lauk2 simple untuknya. Diharap takde siapa teringat nak tanya perihal croquette (bahan2nya masih bersantai dalam esbok, heheh).

Teh susu biji pelaga
Pagi tadi BW punya BW tup2 termasuk dapur orang Pakistan menetap di Canada. Teh tu idea dari dia laaa... Sedap ke rasanya? Heeee... *sambil senyom simpol*

bila hati dah suka, semuanya indah saja
 
makan gingko supaya tak lupa kata mama Cat
Tak ingat pulak bila masanya I beli sepeket gingko tu. Upon checking its expiry date, huwaaaa... dah expired pun tapi selagi peketnya masih 'mampat', I sangat yakin gingko tu masih boleh dimakan. Expired on 17/4/12, alaaaa.. baru 6 bulan aje tuuu compared to those which have expired beyond compared, ekekeke.. <--- shhhh.... rahsia!

Pagi tadi sempat menjamu mata kat dapur baru Rima. Her (BF) butterfinger cookies nampak yummy sangat2. Kalau oven I tak rosak, dah tentu petang nih jugak I buat (haha.. kita tau mesti ramai tak percaya kan?). Diantara bahan utama untuk buat cookies tu ialah mende nih (macam kebetulan aje kan Rima?).

penataan cahaya muram 

yeahh.. ceria sket
T hadiahkan sepeket (fun size) coklat tu sempena harijadi TB yang ke 17 *uhuk 18x* awal bulan nih. T kata tu ajelah takat nih yang dia mampu belikan *sob2* untuk abahnya tapi the thot that counts, kan? Bila dah mampu nanti, agaknya T nak belikan abah dan Umi apa eh??  <- soklan terkubur dlm ati aje..

Siapa ingat kacang tumbuk yang pernah kita makan masa kecik2 dulu dan masa dah tua2 besar2 sekarang? hehe..


Tak dinafikan kacang tumbuk tu sedap tapi BF tu laaaaaagilah sedap (pada tekak I as a 1st timer). Tulisan pada pembalut 'crispety, crunchety, peanut-buttery!' <-- bunyinya tu, tak ke macam nak makan aje?
.
Death: Al-Fatihah untuk Pawan & Arah - 11 & 12/10 resp.

Wednesday 10 October 2012

Oh my! another mishap? ...

Niat baik hari nih (memang selalu baik apaa..) nak buat croquette salmon (idea dari dapur LG tapi resipi ikut sker ati aje). Salmon yang dah dilapah2 oleh D kononnya nak masak sendiri tapi dah almost 7 keturunan berlalu, dia seakan2 terlupa pulak so I take chargelah..

aksi merebus
Awal2 lagi dah tuang garam dan black pepper dalam air rebusan biar rasanya sebati konon namun sekali hayun botol tu kearah kuali, alamakk!! gone setengah botol black pepper! Air rebusan terus dibuang dan ikan tu terpaksa dibilas.
  
mulut botol nih besor kan?
Patutnya botol tu ada satu lagi lapisan penutup (berlubang2) supaya dapat mengagak banyak mana yang nak dituang dan untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini berlaku TAPI mana perginya penutup plastik tu? Siapa punya kerja? baik mengaku sekarang sebelum .......... *angry bird konon*.

bihun goreng - bfast hari Rabu
Konon nak marah dan salahkan orang walhal sendiri yang buat silap. Pagi tadi masak bihun bubuh black pepper tapi nak cepat punya pasal penutup plastik yang berlubang2 tu ditanggalkan dan dilekat pada penutupnya pastu terrrlupa nak tutup ketat2 semula. Terlupa is a sign of what, may I ask? har3..

Mishap harus datang in pair ke? Bila terhidu bau hangus barulah sedar yang bau tu bukan datangnya dari jiran sebelah menyebelah tapi datangnya dari arah dapur bik Thom.

Terlebih bubuh 'kopi' atau terlebih main api?

Oleh yang demikian, agaknya hari nih bik Thom rajin tak nak buat croquette?
 .

Tuesday 9 October 2012

Oh my !

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, takde kejadian yang tak diingini berlaku. Sebelum stori mori tentang mishap yang terjadi semalam, I nak citer bab makhaan dulu...

B'fast hari Senin/Selasa - roti canai al-banjiri kuah kurma daging berusia 3 hari
Nak komplen: roti canai yang satu nih memang sedap mengikut piawaian tapi sejak dua menjak dah tak nampak bayangnya lagi. Yang ada cuma roti boom tapi kita tak minat dengan apa2 yang boleh meletop, muaha.....haaaa..

Lunch dengan TB
Nak komplen: harganya semakin naik tapi saiz ayamnya semakin kecik tapi taklah pulak mengharapkan saiz sebesar ayam belanda.

Fakta sejarah: harga sepinggan snake plate RM3.75, dinner plate RM4.25 (lebih kurang gitulah). Oh ya, bukan snake ya, tapi snack, heheh...

Dinner with Ndja @StrawberryFields
Nak komplen: Penataan cahaya adalah superb (credit to my Cokia henpon) tapi muram aje rupa kantonis mee tu, kan? Campaklah naknya seurat dua carrot biar naik serinya sikit. Boleh juling mata nak mengunyah batang sawi tu; daunnya ntah kemana (kobis ada sikit).

Yang dikatakan 'seafood' hanya ada 3 ekor udang dan 2-3 kepingan sotong kering. Apa salahnya tambah clam ke, scallops ke, abalone ke, kaan? <--  sekadar berimaginasi wild wild west, tak salah kan? :-)

TB punya anak emas si Ony tu dah 2-3x buat onar. Paling epic bila dia terkucil atas kusyen and that left me half an hour breathless! Sejak kejadian tu kita terpaksa berhati2 of Ony's unbecoming modus operandi. Kalau dah lama bela kucing, tak banyak sikit kita boleh dapat rasakan nalurinya, cewah..

Pagi semalam baru nak intai blog terdengar something jatuh dari arah dapur. Rupanya Ony jatuhkan container kosong dan masa tu dia masih berdiri atas kabinet. Bila nampak aje incredible hulk (IH), dia terus pecut kebilik depan. IH pun pecut sama kedepan cuba menangkapnya tapi masa tu Ony dah buat satu 'pose istimewa' dibawah kerusi yang beralaskan carpet.

Tangan IH memang kontot comel so memang imposibel untuk mencekut Ony dari mana2 sudut so IH pun rapatkan sliding door (supaya pergerakkan Ony terbatas kat bilik tu aje) dan cepat2 bukak pintu utama.

Ony pecut keluar rumah bila pintu utama dibukak dan dengan pantas juga IH terus mengunci pintu tu. Pagi2 lagi dah buat IH marah  beriadah ..... fuh fuh *mengah* tup tup ...

GEDENGGUNG!!!
Kenoneng jugaklah! *dalam samar2 nampak anak burung bertweet2 atas kepala*. Kesian IH kan??

Nota hati: berdosa dengan Ony langsung terlupa bukak sliding door, hew3..

AND LAST BUT NOT LEAST .. for the first time in my life I am celebrating my birthday today with my eldest sista ikut kalendar Islam, auwww sungguh terkesima. So sape2 nak bagi hadiah, jangan segan dan jangan malu. Silakan...
.

Saturday 6 October 2012

Karipap, buah melaka n gas ...

6am: Goreng karipap pusar 2 round, sekali goreng 5 keping walhal boleh aje goreng sekali gus. Dah suka nak goreng guna kuali comel maka sangguplah berdiri lama sket. Lagi pun boleh jimat minyak kalau guna kuali comel tu sebab rupanya yang  mongkom.

5 keping sebagai bekal TB keofis dan selebihnya jadi hak asasi sipenggoreng. Bertemankan secangkir neskopi dengan tekunnya menyuap karipap lepas satu, satu. Dalam pada chomp2 karipap, perhatian tertumpu pada ust Don yang handsome berkongsi ilmu berkenaan 'imam dan makmum'. Alhamdulillah.

Molek paras rupanya

3 jam kemudian (tanpa rasa bersalah), another chomp2 session ...

Buah melaka yang I claimed superb!
khas untuk tatapan Aida @ PatinPasta
Subuh tadi sebelum D keluar exercise kat arena mpsj, I minta tolong belikan sepeket buah melaka tapi 2 peket yang dia belikan. Ayoooooo! (susah hati siapa nak habiskan konon). Tidaklah I gobbled semuanya sekali sebab T bantu habiskan juga tapi berapa biji T makan harus dirahsiakan (if not you all taulah berapa banyak I ngap, kaaan?). Cara T makan buah melaka, habis dibasuhnya kelapa parut tu, apadaa..

Masak dinner semalam dalam keadaan ceria. Kalau gas nak habis, habislah I tak gentarr, harhar eksyenlah pulak. Sebelum Maghrib tong gas selamat dihantar kepangkuan TB (kebetulan dia kat luar rumah sapu dedaun kering..almaklum autumn kan? ngeh2). TB bayar RM25 instead of RM27. Kalau tanya TB kenapa harganya murah dari biasa, dah tentu dia takde jawapan sebab selama nih I jer yang berurusan tentang gas megas nih, hehe.

Patutlah murah sebab pekedai hantar tong gas jenis lain walhal dah diberitau melalui telefon jenis gas yang I ndak. Apa2lah asal diorang sanggup hantar gas kerumah.

Tugasan membeli barang dapur basah n kering selamat dilaksanakan petang semalam. Lately D rajin meneman I dan dengan adanya dia, kuranglah penat I menolak troli (esp bila park kereta jauh). TB mesti suka I dah ada a new bodyguard cum drebar.

Terperanjat juga tengok keadaan Mydyn sekarang sebab kedai2 menjual beranika barang dan tempat makan semuanya ditutup melainkan kedai makan sebelah luar yang masih beroperasi (soon akan ditutup juga atau beralih ketempat lain). Tutup kedai buat sementara waktu sementara renovation dijalankan selama lbh kurang 2 bulan.

Since T balik minggu nih, projek kecil2an kita berdua adalah mencari lampu bilik tidur untuk rumah disinun. Masing2 dengan cita rasa berlainan. Ada yang suka lampu kuning, ada yang suka lampu putih terang benderang.

Ada aje yang tak berkenan kalau kita yang pillihkan. Contohnya macam jubin porch/patio nih .. T amat tak setuju dengan cara ia disusun...cam dot3 katanya.


I tak berapa layan keluhannya but to be fair I setuju dengan pendapatnya juga iaitu lebih elok guna jubin gelap menutupi tempat letak kereta tak dicampur dengan jubin cerah namun I kata tak perlah. Kalau nak komplen memang banyak yang boleh dikomplen tapi dalam pada ketidak puasan hati, masalahnya mungkin datangnya dari kita juga.

So, why not we sit back calmly and make Abah happy?
.

Friday 5 October 2012

Gas, mee bandung n tempe ...

2-3 hari nih tak aman memasak sebab dapat rasakan in no time gas akan habis so memasak ala kadar ajelah sementelah esbok pun tak berapa meriah isi kandungannya. Nilah kalau tak belajar melalui kesilapan. Ada 2 tong gas, patutnya satu digunakan dan satu dijadikan stand-by sedia berkhidmat, kan? Nih taaak! *cubit peha sendiri pelan2*.

Hari nih dah Jumaat. Kedai yang selalu hantar gas akan dibukak selepas solat Jumaat. Jap lagi bila keluar beli barang dapur haruslah juga singgah dimana2 beli 1-2 lauk (just in case). Asyiklah just in case, haha..

Barang dapur yang kering/basah pun dah depleting. Sebelum beras tinggal segenggam lebih baik I mengorak langkah. 2 hari lepas serbuk kunyit hit rock bottom, har3. I thot ada spare rupanya takde (patutlah takde kejadian expired serbuk kunyit dalam simpanan ek?).

Dah takde serbuk kunyit, ayam dilumur guna garam ajelah tapi sekali tu memandai bubuh serbuk kari, hehe. Ayam tasted OK but the minyak selepas menggoreng nampak tak cantik. Dikhuatiri gas tetiba habis masa memasak maka masak yang ringkas aje.

Tengahari masak mee bandung dan malamnya masak singgang ikan kerisi, keropok dan tempe goreng salut tepung beras (tanpa guna air). Gorengkan D nasi gor guna burger dipotong dadu. Ada sorang tu kononnya on diet.

Kita tengah nak jimat gas (as if I know how), D pulak terkesima nakkan tempe goreng juga tapi I kata tempe pucat aje tau sebab takde kunyit (to discourage him kekdahnya). Dah terlanjur dia keluar kekedai beli lampu dapur yang dah liplap-liplap sejak minggu lepas, dia pun offer kudrat beli serbuk kunyit sekali. Atta boy!

Mee bandung yang sangat basic, almaklum...
 
Sama mangkok cuma penataan cahaya membezakan rupa, haw3 penataan?
 
Tempe goreng 2 hari lepas
(digoreng khas untuk nephew TB yg berkunjung)

Tempe goreng yang sama
Same case, rupa dibezakan dengan penataan cahaya, heheh suker!
Since my hp camera masih boleh beraksi, I think takde sebab ia perlu diganti (walaupun ada kalanya so hazab bila nak charge baterinya tapi tu masalah dalaman the charger, bukan my hp), so D & T takyalah mintak Umi ganti hp baru as it is now kita harus berjimat cermat. Nanti rumah kita kat sana takde katil, tilam empuk, langsir, esbok, tivi .. semua tu kan nak duit, kaaaan?

Minggu lepas: on tivi siaran ugama bertajuk taat isteri pada suami. Katanya kalau suami suruh isteri masak kari tapi isteri masak kurma, dah tak taat namanya tu. Apa tah lagi bila suami tak izinkan buat sesuatu, bukan aje isteri tak taat, dah jatuh hukum nusyus pulak.

Oleh yang demikian, adakah I dalam kategori tidak mentaati suami? TB selalu aje mintak I masakkan bubur kacang tapi tidaklah I buat a.s.a.p. Selalu delay ... ada aje sebab yang diberi walhal bukannya payah nak buat BK tu. Pejam mata pun boleh buat, ehem.

Dalam pada delay tu, I tetap buatkan juga cuma ia mengambil masa (untuk I beli bahan2nya) dan untuk I ambik mood membubur, hehe.. Alangkah bagusnya bila I masak BK, D&T pun suka sama menghirup slurp2 juga?

Dahlah diorang tak minat, between abah dan uminya tu pun selera berbeza, huwaaa... sorang suka cair dan sorang lagi suka pekat2 cair (boleh bayangkan camana pekat2 cair tu?).

Masa mula2 kawin dulu, I masak BK as how I see Mak/Chik memasaknya dengan menuang sebiji telur yang diwhisk terlebih dulu. TB tak suka cara tu so from then on takdelah I masak BK ikut tradisi famili. Tulah agaknya mood membubur kian pupushh??

WHAT I LOVE ABOUT HAVING MY OWN BLOG? Haha... betullah tu... I love it cos I boleh merapu merapi, yeahh..
.

Wednesday 3 October 2012

Hasil lawatan YB ...

YB aka 'yang berangan' tak suka berjalan jauh tapi bila dah duduk dalam kereta 2-3 jam, terasa sukalah pulak terutama bila memandang alam semesta yang indah terbentang luas saujana mata memandang. Dengan banjaran gunung ganang pekat menghijau, dengan hasil tanaman negara hidup subur segar menanti hasilnya diragut dan diproses ... <- kenot be a novelistlah... fail flat!

Lately I travel lite n easy. For 1 nite stay, satu backpack akan sarat dengan tuala, telekong, baju tidur, 2 blouses, 1 short long pants, 1 kain batik (berkemban kebilik air, ahaks), extra tudung dan 'yang kecik2' tulah... berapa lai? hehe... rahsia negara!

Tiap kali berjalan jauh harus singgah kekiosk dulu. TB penuhkan tangki (minyak kereta) dan I tak ketinggalan penuhkan tangki juga, membeli sekotak air laici sejuk dan seplastik buah melaka. Sediakan air tu just in case terbegik dek buah melaka, manalah tau kot malang tak berbau, kaaan?

20 minit dalam kereta dah mula cuit2 sibuah melaka. Selok satu, ngap satu. Telan satu, selok lagi dan lagi diselangseli si-air laici (tetap sedut wpun tak terbegik, kih3). TB bersuara "meriah you ek?" <-- ikhlas ke jeles nih? haha.. TB tak suka makan atau minum  atau pegang2 tangan I dalam kereta dan tak suka berhenti tak tentu pasal tapi kalau tak dapat dielakkan, terpaksa jugalah... kenn?

BTW, menyesal pulak beli seplastik aje buah melaka sebab hari tu punya was superb! macam nak suruh TB buat u-turn aje, haha...

Balik kedesa halaman kali nih dah dijangka akan tiba waktu makan tengahari. So alasan yang bagus adalah "dekat ayer keroh tu ada tak tempat makan yang sedap?" lalu dijawab "takde" sambil geleng kepala 15 darjah kekiri kekanan. Hmm..."kan bagus kalau kita siap2 lunch? tak susahkan KT nanti, kesian dia" dan tanpa sesaat lewat "kita berenti kat R&R nak?" ... mau kita tak nak? "boleh jugaaaaa...." slow n steady aje jawapan diberi ala2 tak teruja walhal dalam ati 'yabadabedooooo'.

So kita makan yang lite n easy jugaklah ...


TB oder burger set penuh tapi I oder ala-carte aje (maklum dah kenyang ngap2 sibuah melaka). Yang menghantar makanan adalah semi-OKU (alhamdulillah dia mampu berdikari), ketap ketup bunyi kasutnya kehulu kehilir menghantar pesanan dan membersihkan meja. I namakan beliau Atan eh?

Tak lama menunggu, pesanan kita pun sampai tapi mengapakah pesananku diabaikan?? Sambil pandang TB mengunyah (I pasrah kekdahnya), I juga perhatikan gerak geri Atan yang sangatlah sibuknya. "Heran ek dia tak hantar I punya sekali walhal kita oder benda yang sama". I dapat rasakan TB dah gerun kalau I terus bertanya kekaunter, haha...

Yang romantika d'amournya, kikikik.. tiap kali mata bertemu mata, Atan sure tunjuk penampar lima jari mintak I tunggu kejap kekdahnya. Alahai... kesian ada, heran pun ada (sebab orang lain yang datang kendian dah dapat). Bila pesanan tiba "kenapa sama oder awak tak hantar sekali?" bertanya secara kebetulan aje takde reaksi marah atau nak nangis tapi sayangnya I tak faham penjelasannya.

Berjalan jauh paling tak suka bila lori tanker bas bergilir2 memotong (atau menyocok2) kereta kita. Contohnya bas hijau nih ..

Kejap tepi kejap tengah cam orang mabuk
 
Tererlah tu...
Dalam masa 2 minit bas hijau dah jauh kedepan ... ke TB yang bawak selow mosyen? hehe..

Sejak dua menjak bila berjalan jauh, TB dah rajin berhenti (dan pasrah kehendak bini, hehe) kat stall tepi jalan yang menjual buah2an, kueh2 tradisional etc. Harus singgah kesitu sebelum balik KL. Menyesal tak sudah kalau tak singgah, ngeh3.

Dah musim buah, memang tak tidur malam kalau tak beli .. kaaaan? so disamping beli belachan (untuk diagih2kan), belilah juga buah mangga, pithang tanduk, duku langsat, buah mata kuch kuch hota hei dan rambutan gading (untuk diagih2kan juga, insyaallah).


So kerja I hari nih memang tersangat sibuk berulang alik kedapur. Yaa.. sesungguhnya sibuk kopek rambutan, mata kuch dan duku langsat.. (disamping sibuk basuh n nyidai basuhan dan kemas cuit sana cuit sini kononnya)..

Khas untuk Yong Kay (ehem) yang bertanyakan misi lawatan YB Thom kekawasan nun, inilah yang perlu kita jenguk...

view from the kitchen 
(overlooking the pokok durian yang sedang berputik beribu2 lemon)
 
dapur yg belum siap dengan sinki yang tak ikut kehendak pelanggan, huwaaa....
 
living n dining
Misi utama: YB TB cuba finalised apa yang patut disetelkan oleh vendor2 berkenaan.

Kalau nak cerita pasal sinki dapur memang berjela. Lain yang kita pesan, lain yang dipasangnya, grrrr tapi tak perlah as I told T "kat dunia nih bukan semua barang yang kita nak kita dapat w'pun kita ingat kita dah rancang sebaik mungkin".

Perjanjian jual beli atau servis dengan manusia wajib ada hitam putihnya dan perlu ada tandatangan setuju. Memang semua tu ada tapi kenapalah satu hal kecik tu terlepas pandang akibat situasi 'I thot you thot'?

*nangis belakang esbok
.

Monday 1 October 2012

YB Thom melawat kawasan ...

Set alarm clock pukul 5 dan 6 pagi. Umi harus bangun lebih awal dan alarm pukul 6 untuk I mengejut T. Kejut bukan teriak namanya, bukan ketuk pintu mau pun ketuk2 guna batang mop kat siling, haha.. teringat pulak zaman I sekolah dulu.

Rumah dua tingkat. My bilik shared dengan Ndja was right above bilik Bak n Mak so bila kejut pagi2 untuk kesekolah (5.30 pagi.... huwaaarh....zzzzzz....) atau kejut solat subuh, Bak or Mak akan ketuk guna batang apa ntah, hehe..

Bak ketuk kuat sikit bunyinya (scary). Mak ketuk ala2 aje (alah, can sleep samore whaaat). Ketuk lantai kayu maka bolehlah kita berbalas2 ketuk.. knock 3x on the ceiling if you love me kekdahnya...

Kejut T by calling her hp. Kalau sekali tak jawab dan talian mati cenggitu aje, rugi lima belas sen. Kejut dua kali kalau tak jawab juga, rugi tiga puluh sen. Tiga puluh sen tambah seposen dapat karipap sebiji. No wonder telco kaya raya, kita gak yang tak berapa nak kaya.

Bangun pepagi booter buat apa? Kita masakkan T samtum bil cosby, hehe. I nih selamanya kalau masak lebih dari biasa mesti rasa gementar takut tak habis. So masak samtum tadi tu rasa macam banyak tapi T kata tak cukup, 3 hari dah habis dan nak beri kawan2 lagi. Ehhhh....kalau nak berdiet sekali pun, takkan nak makan samtum aje selama seminggu, kaaan?

So at 6.45am sesi membabai hug2 kiss2. Apa lagi kerja kita selain mendoakan keselamatan anak dalam perjalanan? Bila terima sms "dah sampai", barulah hati manyak cinang boleh terus berblogging, ahaks. Takkan terus berblogging? Pewut harus diisi dulu so makanlah nasi gor yang tak laku (masak for dinner untuk D n his cousin tapi diorang makan pizza pulak) bertemankan neskopi three in one.

Oleh kerana kejap lagi YB Thom dan YB TB nak jenjalan melawat kawasan nun sana, maka tak bolehlah YB Thom ramble sesuka hati sampai 3000 patah perkataan, menciiii.. 

YB TB asyik tanya "you dah siap? you dah kemas? you dah mandi?" ... alaaaa, tension kita dibuatnya. Kalau tak mandi takkan tak lepas tol Air Keroh, kaaan? har3..

Akhir kalam ...

You suka kari telur ikan? I tak sker...

 taat Ony menunggu sambil melelapkan mata

Cili padi FOC dari apek sayur "woainee pek", ngeh3.

OKlah got to go ... wassalam.
.
Nota: YangBerangan
.