Saturday 27 September 2008

'Gate' comes home...


Post terdahulu 'Gate hilang' dd 30/6/08.

28/6: Gate terjah keluar dari cribnya pada hari T berhijrah ke SA. Dah tiga bulan tu. T selalu tanya tak kira dlm sms/fone "dah jumpa Gate? Dia balik tak?", juga mintak kita jenguk2kan keliling rumah jiran hingga ke padang2 belakang rumah TAPI jawapannya tetap "tak mungkin dia pergi jauh sampai sana", "mmm...dia dah mati agaknya", "tak kuasalah nak cari dia" ..

Ditakdirkan T baca post ni (tak tau bila), sementelah tak berapa hari lagi tiba 1 Syawal 1429H, maka Umi nak minta maaf banyak2 sebab Umi tak cari Gate sepenuh hati jiwa dan raga ... sebab Umi percaya Gate tau jalan balik ke rumah.

Ptg Jumaat baru ni kita drive sorang diri ke bazar. Laluan yg dah 1001 kali dilalui - ada padang rekreasi disitu cumanya sekarang futsal court baru dibina maka setiap petang keadaan disitu lebih meriah. Baru beberapa minit bertolak dari rumah, tiba2 terpandang sekor kucing yg menyerupai Gate turun dari arah futsal court. Brake kereta almost instantly bila yakin tulah Gate!

Bila nama Gate dipanggil 3 kali, 3 kali juga dia menjawab. Mula2 Gate tenung wajah kita, kelip2kan matanya tapi bila kita hampirinya, dia mula berjalan kearah lain. Ada beberapa budak yg sedang bermain futsal cuba nak menolong tangkap Gate, tapi Gate terus pecut kebawah longkang besar akibat kejaran budak2 yg teroverzealous tu.

Bila beritau T kita dah jumpa Gate T menjerit "Umi balik cepat ambik T Miii", namun T tak percaya bahawasanya mata Uminya mampu mengenal Gate. Dah tengok video dirakam kat hp pun masih T tak percaya "ekor dia kembang ntah kucing Persian saper"... "eiii, Umi tau bezakan Gate dgn kucing lain tau" ...

Maka T & uminya mula mencari Gate dari satu lorong kesatu lorong. Beritau T "umi kena cari bubur kacang untuk Abah nih.. dah lewat mesti dah abis" tapi T tetiba termenjerit "Umiii... stop, stop .." apabila ternampak segerombolan kucing2 dibelakang salah satu lorong. T aje yg cari sementara kita duk dalam kereta.

T telefon dari lorong "Umi..memang Gatelaaa. Umi pusingkan keta dekat sikit" dan dalam hati kita berkata "didn't I tell you so"?

Gate cepat aje cair bila dengar suara T, terus mara hampiri T bila namanya dipanggil beberapa kali. Dalam kereta tu macam2lah T menemu-ramah Gate .. terasa nak kahkahkah juga tapi yg satu ni dikira paling klasik, harharhar "Gate.. Gate pegi mana? Gate tak rindu Mama ke........?" (disulami dgn juraian airmata).

Pada 27/9 Gate kembali kepangkuan kami setelah 3 bulan M.I.A. Alhamdulillah, bolehlah Gate menyambut raya bersama kami (tapi sorilah Gate, Mama Gate tak sempat belikan baju raya untuk Gate. Gate pakai baju lama ajelah ehh??)

Sepatah dua kata dari Gate: Unik tak nama saya? Haa..tulaa.. mama meow saya Dot@Bandot (nama sebenar) beranakkan saya kat depan gate karat Wan Umi. Hahaha.. kesian tau Wan Umi masa tu panik gilerr tengok saya dah terpelanting dan terkuit2 kat gate. Susah jugak nak bergerak dgn placenta yg masih melekat kat pusat saya.

Nasib baik Wan Umi dan Kak T aka Mama saya bijak laksana, mereka terus aje potong tali pusat saya guna gunting dapur yg selalu Wan Umi guna untuk gunting ikan, udang, cili kering dan macam2 lagi tu. Dalam keadaan darurat, semuanya possible, kan?

Meow2 untuk Wan Umi, Kak T, Tok Li dan Abhang D. Meow meow... meow..mieuu..mieuu..., ahaks.

Friday 26 September 2008

.. of flu, exam and terawih






Homemade croutons for T to relish it with mushroom soup.


Sejak hari Rabu T dapat flu. Risau juga sebab examnya belum selesai. Bila T beritau dia demam, suaranya alahai, ketat dan sendat aje bunyinya. Mulalah whining. Suruh batalkan puasa jawabnya "*sayang". Suruh pergi klinik jawabnya "ada klas sampai petang". Suruh minta tolong kawan hantar ke klinik jawabnya "semua ada klas", tapi ada juga kawan yg baik hati offer hantar T ke klinik sebaik saja selesai klas. Dari malam Selasa hingga pukul 6 petang hari Rabu baru ke klinik. Doktor komen "badan awak panas ni" and yet bila T mintak MC untuk hari esoknya, doktor tu kata "demam aje nih". Oh well doc, you know better!

P/S: *Kalau batalkan puasa pun takde benda nak makan, ubat pun takde. Sepapan Panadol yg dibawak dari rumah dah habis dimintak dek kawan2 yg sakit dan pening. Phewh!

Bila T tanya ustaz boleh tak dia ambik exam hari lain, ustaz kata "boleh tapi lepas raya dan soalan lain". T mengalah sebab taknak buat lepas raya. Masa ni dia dah rasa nak muntah dan pening. Masa buat exam tu, ustaz hampiri T "demam ke nih"?, dengan pantulan suara seakan2 sindiran. Bila tanya T apa jawapannya pada soalan ustaz tu? "T diam aje".... and that made me real mad! Hey, what happen to me? Have I become my Bak already? Bak always said "berani tanya, berani cuba, berani tu berani ni". I know T can very well say something to convince the ustaz that she was really SAKIT, but "T taknak cari pasal kat sana". Sigh ... need I say more?

Bila beritau kakak T sakit, komennya "kesiaan, pergilah bawak dia balik jumpa doktor". Kalau ikutkan hati memang nak kesana tapi ... saja biarkan T berdikari ... (pantau dgn sms dan bercakap ditelefon aje). Suruh T mintak tolong dari kawan2 belikan makanan untuk berbuka, "tak payahlah Mi taknak susahkan diorang". Kawan2 ada yg offer nak belikan makanan tapi jawabnya "takper thanks", habis tu T nak makan apa? "makan mushroom sup". Sigh...

Sebelum jemput T semalam, sempat pergi ke bazar kerana T pesan putu piring dan tepung gomak. Baru nak bergerak ke tempat T, terima sms "alang2 dah petang, datanglah lepas Maghrib eh Mi?". Ishh.. budak nih, lupa ke dia yg kita ni takut drive malam sorang2? Apapun, terpaksa juga kita mengalah, dari bazar balik ke rumah semula. Come to think of it bagus juga berbuka dan solat Maghrib di rumah, lebih selesa dari bersolat di bilik hostel T yg *sempit tu.

P/S: Bilik yg sempit tak menjadi masalah tapi bila kawan2 berbual2 tak hormat orang sedang bersolat, itulah masalahnya.

Telefon T sebelum bertolak "Umi datang sekarang" dan jawabnya "belum abis kemas lagiii". Ehh, kan dah tau nak balik, kenapa tak kemas2 lagi dari semalam?. "T kan demam Mi? tak larat. T belajar .. exam lagi". Sigh...

Bila disuruh kemaskan barang2 yg dibawa dari hostel tu ... "eghh..eghh..tak laratlaa Mi".

Selesai bersahur dan bila mula waktu Imsak, T baru perasan dia belum lagi solat tarawih. Hadoiiii, kecoh satu rumah. To cut the long story short, or rather to cut the long & winding whining short, she confessed "masa T tenat pun T buaaat tau.. alaaaa T rasa cam ?&$%?! (terlupa pulak her exact word). Kesiaan ... actually I wanted to remind her to perform the tarawih the night before but I refrained as I was so sure she would say "tak laratlaaa Mi...". It turned out I 'misjudged' my baby, hehehe. Syukur alhamdulillah!

Wednesday 24 September 2008

Before raya ...



Gambar ni disnap semasa I tak reti fokus guna hp cap ayam maka berbelak2lah ia. Nak guna scanner lagilah tak reti namun lepas raya insyaallah bakat akan diserlahkan.

Mak being the mem besar diwajibkan duduk kat tengah, 2 gegerl tuu .. yg tinggi mestilah kakak dan yg cute tak cute tu no doubt adeknya. Boboi kenit tu anak koret sementara 2 lagi tu bujang sunti Mak.

Actual pic was taken at the Chau Wah Photo Studio, JB. What year?? (heheh..lupa konon). Gambar untuk dikirimkan pada Long yg sedang belajar kat negara kangaroo melompat2.

Dulu, bila seminggu lagi nak raya, 2 bujang dan 2 dara sunti tu masing2 dah dapat tugasan. Tugasan yg paling boring ialah menggosok dulang2 tembaga, paha pengantin and what have you yang berbentuk tembaga.

Tak paham why we, the poor souls had to do it walhal takde kena mengena dengan raya pun. Bukannya guna tembaga nak hidang juadah atau kuih2 pun. Seingat kitorang, benda2 tembaga tu selalunya Mak beri pinjam kat kawan2 bila anak2 diorang kawin. Apsal kita pulak yg kena bersihkan?? Memberontak nih.. (ekceli setan suka hide kat tembaga tau).

Namun kitorang baik tau.. tetap menggosok dan mengelap tembaga2 tu penuh rasa tanggungjawab, berlumba2 siapa boleh lap paling kilat, dan paling penting berlumba2 siapa habis cepat. Kita tak guna asam jawa sebagai bahan pengilat (kunolah cam nih) tapi kita guna Brasso yang baunya menusuk kalbu ...

Tugasan kedua ialah kopek kulit kacang. Kacang ni nanti digoreng dengan bawang putih. Sebelum kacang dikopek kita boleh gambarkan tin Milo atau botol Horlicks dipenuhi dek kacang2 goreng nih. Werld tak werld tu?? Hasil tangan kitorang tu .. waah.. bangganya rasa!

Al-kisah terjadi satu mala petaka semasa Chik nak menuangkan air panas kedalam besen yg dipenuhi kacang (kacang perlu direndam dgn air panas dulu supaya kulitnya kembang senang dikupas). You all tau tak fakta penting nih? Tak ehh? Oh well..

Kami berempat (minus sikoret) duduk keliling besen kacang, and as Chik poured the hot water into the basin, dengan tak semena2 tangan gatal ni capai senduk lalu menahan air yg dicurah oleh Chik tadi .. MAKA .. air panas tu terus jer mengalir ke peha kita.

Sakit tak sakit tu? Mau tak sakit you .. peha yg comel tu melecur tau (ekceli not the whole pehalah khan? Sikit aje pun tapi dah kena air panas .. tetap sakit!). Kecuaian cam tu tak boleh diketahui oleh Bak, ever! If not hari raya akan jadi hari biasa .. nak ke? Taknaak..taknaak..

Tugasan ketiga menggentel dough atau tepung yg dah diuli. Mak akan buat dough dibagi2 empat. Kitorang dapat satu sorang dough yg direndam dalam besen. It was an easy job, so much so we could fall asleep. Mak kata "jangan diramas2 tepung tu, gosok pelan2 aje". Dalam keadaan kita berpuasa, bila tangan digoyang pelan2 cam tu, tak ke menimbulkan rasa ngantuk? It was as if kita didodoi dalam buaian aje...ZzZzzzz....

Bila fokus Mak dah kelain benda dan tepung pun dah jadi semakin nipis, kitorang apa lagilah, terus aje meramas lebihan tepung tu tanpa rasa bersalah ..yeayy.. mission accomplished! Boleh terus golek2 tengok tivi ...

Dari gosokan tangan ke tepung yg terendam tu maka terhasillah 'getah' aka gluten. Gluten ni dibuang aje sebenarnya tapi kitorang sempat buat mainan. Teksturnya serupa play dough, see.. dulu lagi kitorang dah main dgn play dough, terer kan?

Nota: Orang Cina jadikan gluten ni sebagai vegetarian diet.

Air tepung tu pulak akan dijadikan base buat manisan Halwa Maskat. Mengacaunya pun jadi tugasan kitorang juga tapi bila adunan dah pekat likat, kerja tu diambik aleh Mak, Chik, Bak dan abang2. Apa taknya, to make a good halwa, it has to be kacau-ed for at least 4 hours non-stop.

.. dan tugasan lain merangkumi bersihkan parit, basuh bilik air, basuh kolah, sapu keliling rumah, ikut Mak pergi pasar, ikut Mak ambik kueh raya dan main munger api except mercun. I couldn't bear the sound of letupan and the sound of dentuman... (fobianya sampai sekarang).

Apa citer pasal peha yg melecur tadi tu?? Melecur, melecur juga tapi semangat beraya tetap diteruskan sementelah dah berjanji padat dengan kawan2. Masih ingat rona gown yg dipakai masa tu .. pinkish and renda2 putih ...

Ahhhhhhhhhhhhhhh ......... sedihlaaah pulak :-(

Tuesday 23 September 2008

Terbatal puasa ...

Pukul 11 pagi Z telefon ...
"you buat apa? kat mana?"
"I kat rumah, kat belakang tu. Kenapa?"
"pukul 12 nanti kita berkumpul kat rumah PM ada meeting"
"meeting? nanti I mandi dulu eh?"
(jika ada pilihan memang taknak pergi sebab kepala dah mula berdenyut2).

Mesyuarat untuk beri penjelasan tentang agenda kaum ibu kerana majlis anak perempuan PM yang akan berlangsong pada 10 Oktober.
1. Perlihatkan pada kita rupa cenderahati untuk majlis nikah dan majlis makan
2. set haribulan untuk rebus telur, kopek bawang, siapkan cenderahati dan kisar bahan2 masakan

Bersurai pukul 1.30pm. By now kepala semakin hebat denyutannya. Lepas MOTH ke opes at 2pm, cuba gak baring2 tapi tak selesa, cuba picit dan urut bahagian penting kat badan ni .. adalah sedawa 18 kali tapi tak xxxtoot pun. Ish.. dah lah pening, tetiba pulak mabuk rasa loya rasa nak muntah; macam preg2 pulak! Tak pernah rasa 2-in-1 cam ni, pening dan loya. Badan mula berpeluh sejuk. Mata tak boleh fokus, kepala masih nyut, nyut, nyut .. Dah mula panik kot2 terpengsan ke sebab tinggal sorang aje kat rumah.

Pukul 4pm terpaksa batalkan puasa, makan panadol dengan sirap bandung dan secebis kek. Pukul 10pm goreng nasi .. SEDAP pulak nasi goreng kali ni.

23 Ramadhan ...


Jiran beri kek 'Pineapple upside-down'. Kalau nak pening, makanlah kek nih.





Al-kisah ...

Kenapa tak bitau nak ke Singapore? Nak buat apa? Meeting? Ehh..apa lak meeting. I dah lama pencen tau. Bila nak pergi? Sekarang? Tak sukalah tak plan mcm ni, mana sempat. Pack pun belum lagi ni .. baju apa nak bawak .. berapa hari kat sana .. tiketnya mana? Ehh.. wetdamenet, let me check my paspot. Bongkar sana bongkar sini.. Ha..dapat pun.

Flight pukul berapa? Mana tiket? Ohh pukul 2 ptg. Satu beg dihempuk berbagai baju. Tapi kenapa tak teratur? Very unlike me. Berapa helai nak bawak? Alaaa .. mana sempat ni. Tudung? Ha'ah tudung .. tudung tak gosok lagi..

Jam kat dinding dah pukul 1.30 ptg. Siapa nak hantar ke epot? Alaaaah..epot kan jauh? Mana sempat??

Dah dalam keta baru perasan, waktu petang tapi macam malam aje? Kenapa MOTH bawak slow sangat? Kita tak sempat nih..

Alamak!! dalam keta baru TERINGAT paspot dah EXPIRE! Memang tak renew sejak thn 2000.

(terdengar suara MOTH sayup2 .. "I tak boleh tidorlaaa .. hidong tersumbat" ....)

Isshh .. spoil aje kita nak ke Singapore ..

Check jam hp 3.58am .. 2 minit lagi alarm berbunyi.
Kalau tak dikejutkan tadi dalam masa 2 minit mesti dah tiba Changi Epot, kan?
Agak2 kena tahan kat Imigresen tak?

Tak suka kalau dapat mimpi macam tu. Tension! Mimpi pergi sekolah tapi takde uniform. Uniform tak bergosok, pakai stokin sebelah, beg sekolah tak jumpa. Mimpi pergi opes penuh debaran sebab kerja tak siap. Mimpi pergi USA yg best sekali, tetiba aje dah kat sana. Mimpi gigi patah berkecai. Mimpi orang syok kat kita (ni best sket, heheh), tapi mimpi yg sangat puas bila bergaduh dgn ex-boss dlm meeting cakap omputih lagi .. (Peter Choo, wa dah mahapkan dosa2 lu yg lalu).

Monday 22 September 2008

September 22...

22hb September ... harijadi Bak.
Segala2 berlegar diminda, very vividly!

Senario semasa makan:
Bak duduk dikepala meja ..
Sambil makan sambil baca (seketika) suratkabar tak kira NST, the Star atau Utusan
Yang tak sedapnya bila Bak buat aktiviti 3-in-1
Makan, baca dan buat lapuran selari tentang politik negara
Oh no ...
Kitorang tak suka nak dengar hal politik negara atau apa2 yg ada dalam suratkabar tu
Tak suka sebab Bak selalunya menyimpang ...
"ada baca main page?"
"kadang2 adaa ..."
(yaalah tu kadang2 walhal kitorang suka baca rancangan TV, katun, ruang hiburan dan berita yg ringan2).
"mesti baca ni semua, mesti tau serba sikit"
(ya Bak, yaa .. bila besar kita bacalaa..janji!)

Semasa menonton TV:
Kalau Bak ada, aduh tensyennya
Tensyen kalau ada kissing scene ... rasa malu dan takut kena marah tengok cerita tak bermoral walhal cerita untuk keluarga aje (Waltons, Partridge Family, Monsters, Adam family).
Tensyen kalau Bak tanya ..
"dah baca buku"?
"dah ulang kaji"?
"bagus cerita ni"?
(Aduhaai, "give us a breaklah Bak" .. oit!?, berani ke jawab macam tu? Sumpah tak!)

Senario santai:
Bak nyanyi lagu 'PakNgahlah balik' (my early exposure to Ghazal. Tu sebab I like!)
Bak nyanyi lagu Jepun "jhio tikonningres, sweet tetet temblosh"
(Jepun ke Jawa tu?? Hehe, Jepunlah beb, takkan Bak cakap bohong, khaan?)
Masa ceria gini, kitorang 4 beradek terakhir perlu berjaga2. Sebabnya?
Bak akan cekup dari belakang dan dukung salah sorang dari kita ... (kadang2 anak jiran pun Bak dukung maka menjerit2lah mintak dilepaskan kebumi... seronok n meriah giler).


Bila dalam kereta:
"kenapa orang tu tunggu bas"?
"kenapa orang tu jalan kaki"?
"tak tau" (jawapan selamat)
(cuba sekarang Bak tanya soalan2 yang sama, insyaallah I boleh beri 10 sebab musabab yang sahih.. ).

Bila dimeja belajar:
"baca dari atas bawah, kalau tak faham, ulang lagi, ulang lagi"
"praktis banyak2, hafal sifir, hafal formula"
(ya Bak, yaaaa...)

Nasihat sebelum bershopping ke Singapura:
"ingat jangan lalai, cermat, hati2, jangan gopoh"
"jangan suka2 aje"
"bayar tax jangan sembunyi2"
"paspot ni jaga betul2, kalau hilang susah"
(ya Bak, yaaa.. biar hilang duit jangan hilang paspot, kan Bak kan?)

Sebelum ke sekolah:
Bila dengar berita pukul 7pagi di radio
"tau makna joint-venture"?
"tau makna publicity"?
(alaa Bak ni... mestilaa tau)

Senario beri report book:
"kenapa tak dapat nombor 1"?
"apasal merah2 ni"? (sambil bulat2kan dengan pen)
(bila teacher tanya "who did this"? Jawapannya "mmm...my father")
DAN UNTUK SEMINGGU BERIKUTNYA, LETERAN MASIH LAGI KEDENGARAN (self-grounded from watching tv, sedar diri kekdahnya).

Nasihat ke pejabat:
"datang opes cepat 15 minit, biar bersedia"
"buat checklist/things to do list"
"jangan ponteng"
"kerja kerana Allah, ingat"
(yaa Bak yaaa, ingat .. dah tulis dalam buku 3-lima pun, heheh)

Kata2 yg power "jangan jadi parasite, jangan jadi opportunist"
(masa kecik2 dulu faham ke? Sumpah tak faham but somehow kata2 ni MELEKAT kat minda bagai digam dengan UHU atau gam cap gajah!).

Banyak benar yang nak ditulis tapi anak Bak dah penat dah ni.
Oh ya, Bak kata ..
*bila ke majlis jamuan, jangan penuhkan piring dengan kueh2 tapi ambik 1-2 aje dulu
*jangan slurp sup (cara ceduk sup berlawanan dengan cara yg biasa kita guna)
*kunyah jangan berbunyi
*jangan gopoh bila nampak makanan

Kata2 yg super duper powerful "jangan tinggal sembahyang" & "pakat adek-beradek" (dari kita kecik hingga dah kawin, tulah nasihat yg tak pernah lekang, alhamdulillah).

Bila Bak sakit tenat, hati ni tersangat nak luahkan rasa kasih dan sayang dengan memeluk dan menciumnya. Sekejap pun jadilah. Nak buat tak buat nak buat tak buat, at last kuatkan hati, buat juga. Alhamdulillah! dapatlah peluk dan cium Bak beberapa kali. Bak komen kat MakEngku kita sorang aje anak yg sayang kat dia, tak geli nak cium dan peluk dalam keadaan dia begitu. Kembang kejap!

1987 tahun akhir berhari raya dengan Bak. Dengan rasa gembira yg amat sebab Bak puji "CikSom punya sambal kacang *"jhoto" (bahasa Jepun). Itulah Bak, selalu naikkan semangat anak2 tapi kaan, sambal kacang tu memang *special pun! Auww..

9th July petang Khamis Bak kembali kerahmatullah

(Mak died on 10th July, 10 years earlier)
Al-fatihah ...

Sunday 21 September 2008

18SX ...

I got a shock of my life with what I saw when I randomly clicked at one of the blogs on the main screen (where we normally log in our id and password). The title of the blog doesn't have any fishy innuendos but upon looking at it I realized that it was of no use to me as the text was very alien. I supposed the blogger originates from Russia or the Chech based on the fonts used.

.. and when I scrolled down the screen (with intention yg teramat suci) ...

my oh my!

Suffice to say it was 18SX throughout! (18SX is for the forbidden viewing, right?)

Note: Thanks Cibil for the u-know-what, hehe (rahsia gamen)

Tagged by Mas Rahim ...

1. Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
Heheh, long stori nih. Baju sesaja untuk raya memang takde tapi khaan, pada bulan Julai lepas I dah buat 8 pasang baju kurung. 3 dari baju2 tu dibuat dari kain yg dah disimpan lebih 10 tahun, ok tak? 4 pasang lagi dibuat dengan kain murah2 belaka dan 1 pasang dari kain yg dibeli ditailor ketika menghantar baju2 tu untuk dijahit (can't resist). Beli kain kat tailor kononnya untuk raya tapi dah pun dipakai (heheh, biasalah pompuan, kan?).

Yang tak sedapnya harga workmanship tailor lebih mahal dari harga 4 meter kain. Baju2 tu dibuat kerana terpaksa untuk ke majlis nikah/kahwin, lagi pun dah lama tak buat baju kurung. Tentang warna pulak, memang very colorful dengan warna2 lembut tidak menyilaukan mata sesuai dipakai untuk kelihatan anggun, haha.

2. Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Makanan tradisional? Boleh tak sebut lasagna ke, mousakka ke? Couscous ke? Haha, nak kena tampar tu.. Ishh.. MESTIlah ketupat nasi/pulut dan juga ketupat dari daun palas, dimakan dengan campuran lodeh, kuah kacang, sambal goreng, serunding kelapa dari ikan parang, dan sambal sotong (yg ni tradisional ke?)

3. Apakah biskut raya kegemaran anda?
1. Biskut makmur isi kurma dibuat oleh Kak Maznah (tapi dah tak buat lagi laaa), dan biskut makmur isi kacang (inti mesti garing) dibuat oleh Hjh Som, my jiran (dah order 2 balang).
2. Biskut cornflakes buatan sendiri (cewah!) dengan salutan cornflakes yang tak hancur sangat. Bila kata buatan sendiri, it means 4 thn sekali baru dapat makan :-)
3. Batang buruk Muar (harus dari Muar. Ngader kan?)
4. 'Open' tart nenas dari JB sebab yg ni menepati citarasa
5. Halwa maskat buatan family (ni bukan biskut) tapi dah bertahun2 tak buat sebab it's kinda leceh.
6. Kek kukus buah (dah dapat dari 1 source yg sedap, tak payah cari yg lain).

4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
Duit dari suami untuk persediaan raya dikira 'duit raya' ke? Yang tu dah dapat awal lagi. Untuk bebudak aka anak2 sedara dan cucu2 sedara (cucu? auwww) yg tak berapa ramai tu, joint-venture dgn suami dapatlah depa RM20 sorang. Saper tak salam dan tak cium tangan, tolak RM5, boleh tak?

5. Apakah aktiviti malam raya korang?
Aktiviti malam raya tertaklok pada keadaan. Kalau raya di Melaka, maka malam raya tu dah tak buat apa2 melainkan bersantai, berbual2, minum kopi sambil mengadap TV. Orang Melaka ni rajin2 belaka, petang sebelum raya dah siap segala.

Kalau beraya diKL dulu (rumah kakak), maka sebok kat dapurlah (dapur sendiri bukan dapur kakak). Sebok sikit aje sebab masak kuah kacang dan sambal tumis sotong (potluck). Kadang2 menjeling gak kat TV tuu, heheh.

There you are Mas. Selalu2lah tag kita but I won't tag others (I kan pemalu? ahaks). Sekian salam mesra..

Friday 19 September 2008

Kuih raya ...

Suka tart nenas jenis ni tapi kurang suka bentuk nenas atau sardin roll. Suka bentuk bulat2 kecik macam buah apple yg guna cengkih dijadikan tangkai (tak senonoh, petang2 cam ni lupa nama rempah samada cengkih atau ?). 1st time makan jenis apple hasil tangan Mak Endek dan Makcik Jamilah masa kecik2 dulu di Singapura, teruja habis. Bak selalu suruh Chik buat untuknya bentuk sardin roll. Obviously Bak is a man of great vision, hehe. Kalaulah dia tau sekarang ada tart nenas ala sardin roll, mesti dia suka.


Mula suka kek ni sejak sunti lagi sebab kek kukus Kak Munah was the best! Pastu tak disangka2 MIL pun terer buat kek ni tapi tak puas relish on it, MIL pulak pergi buat selama2nya. Nak buat sendiri? Yes, Long buat setiap tahun tapi bukan jenis kukus. Kukus dan bakar tak sama rasa. Bought 2 of this untuk diagih2kan pada die-hard-fans kek buah kukus.

Tepung gomak dan gegetas. Favorite kuih Ramadhan kali ni untuk MOTHs, D & T. Kalaulah keempat2 ni punyai makanan favorite yg sama, kan senang? Satu lagi kueh dalam kategori favorite ialah putu piring. Kalau D&T yg beli, diorang akan skip kelapa parut dan minta extra gula melaka.

Hari ni terima satu lagi kad raya, jumlah menjadi 3. Yes, TIGA aje. Kad diterima dari
1. Yatie Brunei ex KBR
2. Abg Mat & Ngah
3. Datin S (guna sampul surat 'Urusan Seri Paduka Baginda' .. Pada mulanya cuak juga
4. 1 ucapan raya on-line

Thursday 18 September 2008

Shopping ...


Getah Anggur - Sebelum direndam (top) dan selepas direndam (bottom). Tasteless, sedap dimakan dengan sirap bandung campur dengan biji selasih. Meriaaaaaaah ...



Lepas hantar D ke kolej nak pergi mana? Nak visit Chik kat PJ atau ke Mydyn? Tunda visit Chik dulu (hari ni a bit gentar nak drive jauh), so pergi Mydyn ajelah. Dah lama tak pergi Mydyn, nampaknya dah ada pembaharuan tentang parking lotnya yg seberandang tu. Sekarang dah cantik licin parking lot tu lepas ditar semula. Kalau tak, hengot bengot jugalah punggung kita bila tolak troli yg berat ke kereta disebabkan dataran yg tak rata. Tu juga sebabnya kebanyakkan troli kat Giant tak sejajar tayarnya. Bijak juga Mydyn bersikap proaktif!

Tiba diruang legar Mydyn, terus tuju kekedai yg jual tart nenas dan kek kukus buah. Ingatkan kitalah orang yg awal datang membeli kueh, rupa2nya tak. Tart nenas tinggal satu balang aje, bermakna 49 balang lain dah habis dijual. Kek kukus buah masih banyak lagi so kita dengan penuh semangat terus cekut 2 kek kukus dan sebalang tart. Harganya? Wow wee jugaklah!

Meninjau2 kat seksyen yg jual berbagai manikam rempah ratus, terpandang pulak biji selasih, kembang semangkok dan getah anggur. Dah terpandang mestilah beli,kan? Getah anggur tu dibeli setelah menemuramah sorang kakak cara menyedia dan memakannya, maka terus teruja nak cuba. Rendamkan sehingga kembang dan makan mentah bersama sebarang air berperisa seperti air sirap atau air matakucing. Biji selasih, kembang semangkok dan getah anggur sesuai sangat dijadikan bahan untuk lenchikang.

Pastu tercari2 tepung kacang hijau. Haa, jangan memain as I am game to make tepung gomak by hook or by crook. Kalau tak malu, nak hantar ke YouTube step by step cara buat TG. Kelapa parut muda dah dibeli tadi, malam nanti boleh masak dgn gula melaka as inti (tapi tak janji eh). Insyaallah harapan nak buat TG terlaksana maka bolehlah hantar kat T esok. Pernah sekali (duluu kala) buat TG konon nak impress TB (almaklum baru kawin). Pikir punya pikir, tak sangka dulu kala rajin jugak I nih, hehe..

Masa barang2 sedang ditimbang, terdengar suara one lady bercakap dgn suaminya "Mak suruh beli kacang ni..". Dalam hati berkata, baiknya lady tu nak belikan samting untuk emaknya. Teruja nak pandang kearah lady tu .. al-kisah .. adakah I nih peramah orangnya? atau pengingat orangnya? Hahaha..

I cepat2 toleh kebelakang dan lady tu tetiba mara kedepan. Tak syak lagi, I know that lady. I terus aje pegang tangan lady tu pelan2. Mata bertentang mata .."Kak Non kan?".. Oleh kerana lady tu lebih tua dari I, mungkin daya ingatannya lemah sikit untuk mengingat. Sedang dia tercari2 satu nama nak panggil my nickname, I terus aje kata "Cxxx". Lady tu senyum bercahaya terus aje peluk dan cium I berdesut2 (hehe, I pun sama). Kak Non kenalkan pada hubby dia as 'bestfriend Shiela". Masih ingat hubby Kak Non kuyush aje dulu. Sheila kawan sekolah sejak form 4 lagi, abang dia kawan abang kita, kakak dia kawan kakak kita. Berdekad2 lamanya tak berjumpa Kak Non (walhal rumah dia beberapa pelaung aje dari my house), dah ada 4 orang cucu rupanya dia. How time flies?

Petang ni masih samar2 tak dapat idea nak masak apa TAPI bila TB kata "nak pergi bazar"? ......... Yeayyyyy...besar tapak tangan, dulang I tadahkan, hehe..

Wednesday 17 September 2008

Chik and her Baulu Suri ...

Gambar disalin dari 'dapur seseorang'.
Kami panggil Baulu Suri tapi di Indonesia namanya Bingka Ambun dan omputih kata Honeycomb cake. Kuih nostalgia ni sebab ia merupakan kuih feveret kitorang masa kecik2. Dah berdekad tak makan kuih ni kecuali sebulan lepas Mak Engku bawa balik dari Medan. Sebut pasal Mak Engku ni.. (aah, taknak sebutlah nanti kita nangis kang).

Chiklah orangnya yg ditugaskan buat benda2 atau makanan yg rumit sebelum teraju beralih tangan pada kakak2. Mulanya Bak makan kuih tu kat rumah Pak Hashim Mak Jah. Bila dapat resipi tu, Chik tak lengah mencubanya sebab Bak kata kueh tu "spesyel" (sambil angkat ibu jari). Resipi jejemput pun Bak dapat dari kawannya.

Bila Baulu Suri dah siap dimasak maka Chik menjadi selebriti kejap sebab dikelilingi oleh kitorang, anak2 sedara yang dikasihinya ni. Agaknya siapalah akan dapat first slice? Mestilah Bak kan? Bak kan MOTH? Lepas tu Tok. Pangkat Tok jatuh nombor 2 kalau Bak ada, tapi selalunya Tok mesti diberi keutamaan sebab Tok dah jadi Dame gitu. Lepas tu giliran Mak.. tapi Mak ni as usuallah, macam kita2 yg jadi EMAK, selalu menjaga kepentingan anak2 dulu. Aah..syahdunya..

Chik pun gitu juga, biarlah anak2 sedaranya makan atau dapat share masing2 dulu. Chik ni pun dah macam Mak. Chik selalu kata (time dia HOT dgn kitorang) "aku ni tak beranakkan kaurang aje tau..". Alamak! bila Chik keluarkan ungkapan syahdu gitu, maknanya she needs time out.

Kadang2 kedegilan kita bersebab (hihihi). Chik pun patut paham, mana ada budak yang suka baca buku hari Sabtu? For sure bukan budak2 yg duduk kat JB dan jirannya pulak ialah Singapura. Hari Sabtu time tengok tv, bukan RTM tapi TV Singapore. Time tu macam2 cerita dan katun yg PERLU kita tengok. Katun Disney Fantasyland, Flinstones, Popeye, Daktari, Land of the Giants & Voyage to the bottom of the sea. Macam2 yg PERLU ditengok, kan? Tapi kitorang ngaji apaa.. (wpun tertanya2 juga whylah Pak Bilal Minin mesti datang hari Sabtu??).

Let's back on cerita baulu suri semula k? Bila kitorang dah dapat bagian masing2, apa lagi nak tunggu? ngap ajelah kan? Tapi tidaaak.. Kami belek2 dulu penuh kehairanan camanalah kueh tu boleh jadi cantik macam tu. Baulu Suri tu kalau dipotong vertically, rupanya kurang gah tapi kalau dipotong horizontally maka barulah nampak seninya kuih tu (ini pandangan dari mata kanak2 yg mungkin tersangat teruja dgn rupa kuih tu). Cara gigit kueh pun nak kena betul supaya boleh nampak bulat2 kecik yang seakan2 sarang lebah.

Itulah cara kitorang makan kuih tu masa kecik2 dulu. Sekarang mungkin dah tak heran lagi namun kalaulah ada dijual di bazar Ramadhan, I shall angkut and bagi2kan kat adek-beradek terutama pada M, E & K. Mana mungkin nak beri pada M? Alaahai, sedihlah pulak.. Al-Fatihah untuk M, semoga Allah cucuri rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yg beriman. Raya ni raya kedua tanpa M. I miss u so much .. sobx9999.

Sebut pasal Chik. Baru tadi E fone ceritakan perihal Chik. Tak taulah Chik mula nak nyanyuk ke tak. Subuh tadi Chik pegang tisu tapi dia perasan pegang roti kot sebab dia buat seolah2 nak sapu mentiga atas roti. Lepas tu dia basuh kotak tisu. Bila ditanya Chik kata "biarlaa Chik basuh".

Umur Chik 84 tahun pada 28 Ogos lepas. Ni besday 'tarok2' aje. T yg paling ingat besday TokCiknya. Chik jaga D & T sejak baby hingga D sekolah darjah 3 dan T umur 3 tahun. Chik tak pernah kawin w'pun ada gak yg berkenan. Tak taulah betul2 berkenan tapi kakak2 puas gak usik Chik dengan cik Dol (Dol? huhu). Oleh kerana Chik tak de anak, Mak 'beri' T & aruah M pada Chik. Tu sebab Chik macam manjakan lelebih kat T & M. Kadang2 kita jeles gak tapi kita paham hakikat tu.

Biarlah Chik habiskan sisa2 hidupnya tanpa sakit yg terok dan gembira dgn anak2 sedaranya yg 9 orang dan cucu2 sedara yg tak sampai 2 dozen tu. Chik ada 10 orang lagi anak sedara dari anak PakCik M, tapi sayangnya mereka tak ambik pot langsong pada Chik. Never visit her, never ask how she is, never be bothered at all just because their father had a tiff with Chik long2 time ago. When Chik dies, don't you all dare ask whether Chik has left anything for you all...

Haa tu dia, bila CikSom dah naik berang, CikSom sure marah cakap omputih punya.

Tuesday 16 September 2008

This and that ...

Just received this Ikea mag delivered to every household. Was it fun just flipping through the pages? (Fun? mana ada as I was in fact cringing with jealousy).

What's with this pot? Hahaha.. conetnya ter'potel' soon after it touches ground (terjatuh with its handle facing down). Have bought a new conet yet to screw it onto the lid. My undivided gratitude to Walls for the ice-cream stick! Dah naik itam batang eskrem tu. The lid is used to cover my kuali while frying anything which has potential to mercik or meletop. Oh yes, I dedicate this post esp. to LeeLin, with luv!

While surfing recipe for walnut cookies I noticed an empty wrapper next to my laptop. Have seen empty wrapper quite often either on the table or underneath. Siapa punya kerja ni? Siapa yg malas tak buang terus ni? D & T are famous for that but this time around, hahaha, chuckle..chuckle.. whose lazy work is that? :-)

Note: Have not been eating Zip for ages until I saw this new Vanilla flavor. Zip wafer reminds me of my courting era. Zaman cute2 dulu ... auwww..

At 4am while coming downstairs to prepare meal for sahur I noticed D was playing with this StarWars spaceship, got it free from McD. He played it siap dengan sound 'zoomzoom, pweeshpweesh' sekali. Nak jadi kecik semula ke? Apa2lah D, asal bahagia.

Monday 15 September 2008

Mr Macho ...

Post ni dibuka kerana TERPAKSA semata2 untuk menjawab soalan MACHO yg bertamu ke blog Al-kisah. Lawatan tetamu ke rumah membawa rahmat, lebih2 lagi lawatan tu diiringi oleh malaikat. Macam mana bila tetamu melawat blog kita? Tak banyak sikit dapat juga pahala esp kalau niat tu suci tanpa titik2 noda iaitu solely untuk bertukar2 fikiran dan menyambung silaturrahim, kan?

Dear Mr Macho, aren't you the one who have good looks just like Robert Redford or Kevin Costner when they were younger? No? Not at all? Aisayman, silap orang ke? Looks like we really have not met eh??

I wonder who could Mr Macho be?

1. is he cute? (macam taaak aje)
2. have curly hair? (eeuww.. sungguh tak macho)
3. sweet voice? (hmmm..who could vouch for that?)
4. fair skinned? (takdelah cam omputih)
5. sharp nose? (ada mcm idong Mawi?)
6. smiling face? (no? tak sker bersedekahlah tu)
7. macho? (sendiri proclaimed tak chi)

So Mr Macho, it's your call now whether to remain as halimunan or make yourself known (at least to me).

I suddenly crave for COUSCOUS.. Have you tasted couscous Mr Macho??

Sunday 14 September 2008

14th Ramadhan ...

Untuk menjawab pertanyaan Cibil .. Cik Som masak apa? Mai sini Cibil, mai chek nak habaq kat hang sat (betul ke cakap slanga Penang cam ni? haha).

Hari ni I rasa cam nak mrajuk tak mrajuk, nak mogok tak mogok. OK tak? OK ajerr...

2 hari lepas I dah prepare burger-del. Dagingnya dah dibubuh bumbu segala sementara kentangnya w'pun dah digoreng, belum ditumbuk dan belum digaul sebati. I simpan dlm frij dua hari you namun cuma hari ni aje dibuat finishing touchnya, digoreng dan dimakan.

Disamping burger-del, I goreng kepak ayam - goreng bagian drummet dan yg tengah2 tu aje. Bagian isi terlebih pada wing dan yg tirus kat hujung wing tu I simpan untuk si Phin2 yg sedang bunting (ibu mengandung kenalah makan makanan berzat, kan?). I know you don't like wing, do you? Hehe.. See? I remember you wrote that in your blog but kawan baik you tu selalu kata I kertulah, kertilah tak boleh nak ingat pebenda.

Apa lagi lauk2 I? Oh ya, I masak kicap daging+kentang serta sambal tumis udang kering. All in all ada 4 lauk, isn't that great? Dalam pada nak mrajuk nak mogok, terhasil juga 4 lauk, bukan 1 atau 2 tapi 4. Handal tak? ('Aaa.. I nampak you beri I thumb up tuuu.. tq tq). You perasan tak takde sayur? Tulah you.. I buat tak tau aje sayur takde.

8.30pm Hantar T ke SA. Oleh kerana hari hujan dan fobia dengan kes letop letop tempoh hari maka MOTH aje yg drive sementara I melayan perasaan sambil berselawat. Pious tak pious tu? (haha.. riak gitu).

Sebelah siangnya penat buat kerja tu kerja ni. Kerja rumah ni never ends. Wa mencii tau. Si Santi (part-time helper) dah sms I minggu lepas "Kak, saya pre boleh datang esok" tapi I decline offernya, I sms dia balik "terima kasih Santi, awak datang 2 minggu lagi boleh?". You know why I decline? Sebab I malas nak join Santi berkemas sama. Nama aje ada helper tapi I tetap turun padang memantau. Dah 10x dia basuh my toilet tapi masih tak boleh diberi pass SIRIM lagi. Apa maknanya tu? Tapi I kesian kat dia ..

Si D pulak bermurah kudrat rajin nak kemas biliknya yg dalam keadaan OMG! (rasa cam nak jerit), pap! (tepok dahi), kriok (kerot dahi), phewh (tarik napas panjang), dan YaAllah ya tuhan ku (urut dada dan sekitar dada). Should I continue? Yes, I think I should (tapi dlm ati ajelah). D tak tidor semalaman mengemas. Bila dah ada mood, gitulah dia (Segalanya bergantong pada mood, dia ikut macam siapa ek?).

Satu tangga KOTOR dibuatnya maklumlah segala pekasam dan manikam dah dikeluarkan (si T dah bising2 sebab dia ni kononnya pembersih beyond I dont know what to say). Lantai bawah bercap2 kelabu dek tapak kaki D yaaang ... legam! I pun takleh pandang benda cam tu maka terus capai penyapu dan mop. Sebok sangat sampai termiss 1st half of Melodi, Kring2 dan ada lagi 1,2 program. Baca paper pun tak sempat tau ..

Nasib baek sempat catch Lan Pet2 kawin kat program Nona. Pukul 7 just before berbuka, sempat juga tengok Upin & Ipin Selepas Setahun, cerita animasi tu. Emajin I boleh folo citer tu? Kata jer folo tapi dah baper kali main kat tv, baru petang ni dpt tengok. T kata citer tu kat NTV7 tapi I kata kat TV9. Memang pun kat TV9. Sekali lagi terbukti kekertuan umur belum lagi mengganggu-gugat memori I, :-)

Ehh.. panjang lebor pulak I bercerita ek?(sambil mengunyah potato chips Chipster yg dah naik harga ke RM2.50. Dah rasa tak sedap pulak potato chips ni.. Apsal ek?)

Saturday 13 September 2008

Their story ...

Pak Mok (PM) berasal dari Medan datang ke JB kerana sambong pengajian ugama. PM bercita2 menyambong pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir. Di JB, PM berkawan baik dengan LA.

Al-kisah ...

PM terima surat s.o.s. dari Nah di Medan. Bunyi surat yg mungkin ditulis dalam keadaan menggeletar aka panik "Bang Yan, Nah taknak kawin dengan Pak Engku (PE). Nah nak ikut pergi Johor".. (dengan tulisan Jawi yg ngekot2 maka ketahuilah PM bahawasanya Nah memang panik giler).

(sob2 whylah tetiba penulis rasa sebak tak menentu?)

Surat yg pendek membawa harapan yg besar tapi bagaimana cara PM settlekan masalah Nah? Kenapa Nah taknak kawin dgn PE? Siapa PE tu? Majistret atau loyer? Pemuzik atau peniaga? Tua ke muda?

PE merupakan saudagar yg berjaya, ada bisnes di Medan, Singapura dan Johor. Dia juga punyai berbidang2 ladang dan bergelung2 sawah padi. Pendek kata PE memang kaf-alif-ya (ikut ejaan Jawi lama).

Nah dari keluarga susah, punyai ramai adek-beradek. PM yg memang tinggi dan gemok tu merupakan abang sulung Nah. Entah macamana Nah dijadikan anak angkat pada PE dan Mak Engku (ME). Bila ME meninggal maka PE mulalah mencongak2 nak cari ganti. Walaupun PE ada beberapa orang anak angkat yg lain, namun dia tetap berkenan dengan Nah. Nak buat macamana kan? Dah memang Nah tu lawa, slim dan anggun bak puteri Kerathon.

Tak boleh gambarkan bagaimana PE beritau hasrat nak berkawin dengan Nah. Beritau directly atau menerusi orang ketiga. Macamana PE nak kawin dengan Nah yang PE dah anggap serupa anak sendiri tu? Sah Nah taknak sebab PE dah tua manakala Nah baru aje nak masuk 23 tahun. Mungkin 2 sebab tu membuatkan Nah turn down offer dari PE.

(ketika ni penulis mengeluh panjang cari idea nak panjangkan cerita).

PM yg bijak terpaksa perah otak cari jalan menjemput Nah ke JB. Agaknya PM mesti bersolat dan berdoa hebat mohon Allah beri laluan mudah untuk selesaikan masalah adek kesayangannya tu. "Light bulb" .. idea dah mari .. Siapa yg lebih layak menolong PM dan Nah selain LA, hero Malaya tu? Hahaha, memang LA jejakanya, takde orang lain. Lagi pun PM dah berkenan dengan LA untuk dijadikan ipar.

Tak tahulah ayat apa yg PM guna untuk meyakinkan LA supaya bernikah aje dengan Nah. LA was such a gentleman, selang beberapa purnama mereka pun bernikah. Hero Malaya bersama PM pergi ke Medan untuk upacara yg serba sederhana tu.

Maka bermulalah satu kehidupan baru untuk LA dan Nah dibumi Malaya (circa 1939).

Mungkin bersambung ...

Friday 12 September 2008

Nak manja = tak berapa rajin ...


Tatkala malas, tak sihat dan takde mood nak berada dalam dapur lama2, pilihan makanan tin cam ni dapat menolong. Sekarang tak kawan dengan sadin tapi berkawan dengan sotong pulak. Sotong dalam tin ni lebih pada makanan nostalgia zaman kanak2 tapi versi dulu lagi sedap, donowhai. Beli di Jaiyen harga RM7.17 setin.

Hmmph, 2-3 hari ni kesihatan under the weather pulak. DBS = DemamBatukSelsema muncul kembali dan ia buat badan rasa lesu @ malaise. The eyes could hardly open, the nose clogs up real bad, and the tekak suffers from dryness namun puasa tetap puasa. Dugaan!

Dalam pada kemengongan tu akal tetap berjalan. Nak masak ke? Ehh, mana boleh masak, kan ke tak sihat ni? Bila ajak MOTH @ TB ke bazar, ditanyanya kita "u sanggup jalan ke?" maka jawapannya "sanggup.. sanggup, kalau pengsan you angkat I lah ..(dlm ati: bengkoklah you).

Pergi ke bazar kali ni sopan aje. Beli 2 bungkus nasi lemak kukus + ayam berempah, cempedak goreng (dah beli 4x masih tak jemu), sekeping cakoi tapi bukan cakoi, haha. Alaaa, kueh bulat2 yang intinya kacang hitam tulaah. Was looking for kueh yg sama shape ada pulut melekat tapi tak dijual pulak.

MOTH @ TB beli ikan bakar terubuk yg dah lama diidamkan (beli extra untuk sahur sekali). Kejap aje ke bazar dah nak balik tapi sebelum balik, kalau tak beli kueh yg satu ni, mungkin boleh mendatangkan kehampaan maka kami berjalan sedepa-dua lagi in search of TG! Yeayy!! at last dapat juga TG @ tepung gomak.

Menyedari tangan dah penuh, tanpa berlengah2 terus menuju kekereta (kepala yg pening pada mulanya tetiba rasa OK just like that. Apsal ek? Mungkin sebab hati ini dibelai kah? Hehehe, ngader jer).

Digress: Apsal orang2 tua dulu suka cakap 'cam tepung gomak' bila refer kat sesaper yg terover2 berbedak? Sejak dulu kala we all adek beradek tak guna word 'bedak' tapi kitorang guna 'poda' as in powder (haha very d British gitu).

Contoh: #1. Letak poda tu atas meja #2. Nak poda muka

Tuesday 9 September 2008

DOs & DON'Ts ....


D&T are complaining about my being too friendly with the so-called strangers such as the grass cutter, newspaper and paper lama men, the Alam Flora@garbage workers and loads of others.

They meant to tell me 'jangan baik & peramah sangat' with those 'expats' for I wouldn't know what each of them have in mind (can they be trusted?). Never knew I have great mind readers in the making; but how come MOTH never complained?

* smile when necessary
* don't give face to those who jump queue
* not to create small talks at odd situation
* stop being kind to the ungratefuls
* just a tad cordial would do
* not to entertain uncivilized motorists on the road

I didn't ask them to clarify further as to why those were imposed on me but hopefully, they understood the message I tried to convey -> "pls don't stop me from doing something good as I don't subscribe to buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali", and that my dealing with each of them is 'strictly business'.

Having said that, I'd love to give D&T the benefit of the doubt for I think they meant well; that they just try to protect me against devils in all forms, whatever that means.

Just this secret I have not told them that I have distributed some 36 good red apples to the Alam Flora@garbage workers. Some kind soul gave me the apples in anticipation that I give away to whoever, should I not able to consume them all.

I wonder what D&T would call these :

1. While mending the cash register at the bakery, there exist a man of very familiar face -> "Hi uncle, uncle kenal saya tak? Saya anak ..."
2. Eagerly entertain customers with much enthusiasm. Wouldn't you like a sales asst to suggest to you which bread or cakes are the freshest?
3. Assist a blind man to cross the road

Monday 8 September 2008

Figs & raya cookies ...




T's first attempt baking Choc Chips.



1130pm - Just woke up. Warghh.. of all the people in the world, AB was in my dream. Couldn't remember much except that we were on a journey somewhere looking for food. There were beautiful trees with hues of sunlight. I supposed that dream was insignificant to my being for I couldn't remember more than I should.

Note: But I do admire AB.

Received SMS from FJ alerting us (old friends) that her sister is back into action selling raya cookies. Looking at the prices I quickly did some mental arithmetics. And because of the horrendous prices, the urge to bake my own cookies comes alive (haha!). But, how am I to bake Mama Carey (or is it Marmar?), biskut semut, biskut Arab, Makmur, choc chips and cornflakes cookies all by myself? Definitely I'll be bengkok in no time as 'gentel2' job isn't my forte. My passion is in MUFFINS/ CUPCAKES.

But on the other hand, am I sampai hati enough to see the 'balang' being empty without those cookies, knowing very well they are T&D's favourites? (tssk..tssk.. perhaps I let the balang empty but I sorok the biscuits somewhere). Haha, OK gak tu!(snicker).

I plan to bake: Cornflakes cookies, shortbread and mixed fruits balls (wah3!)
Ordered from Hjh Som: Makmur kacang
Plan to buy: Steamed fruit cake and 'open' pineapple tart (both imported from JB being sold at Mydin). Bought these two last year and they were GOOD!


This Ramadhan we don't really consumed kurma to break the fast but we have figs and sultanas instead. A wind of change gitu.. :-)

Wedges ...


T has been wanting to buy 'wedges', so off we went to 'Egypt'. This would be her 3rd visit there in search of 'wedges'. At first I was blurry as to why she needed to buy 'wedges' so far away when KFC is just a minute drive from home.

KFC hot wedges with two types of cheese yg meleleh2 tu.. yes? but NO, it was never meant to be FOOD, the 'wedges' that she meant was actually a pair of shoes. Haha.. a smack in my face!

"ohh..Umi ingat kentang tu.."
"apalaa Umi nih.."
"jangan tak tau,I used to wear those u know.."
"really?? ya ke Mii?" ..
"'haa..jangan jeles"

At last she got what she wanted after being disappointed twice (no size and out of stock).

We then cruising to USJ4 bazar. Boy oh boy .. suffice to say I spent a good RM45 for the following goodies enough to cover for berbuka and sahur.

Nasi beriani kambing
Tepung gomak
Goreng cempedak
Lepat pisang/ubi
Kepak ayam panggang bermadu
Sup daging campur
Daging kawah

Alhamdulillah for the rezeki and hoping too that my existance there brought smiles to those bazar sellers, insyaallah.

Saturday 6 September 2008

The aftermath ...

Lepas sehari peristiwa POP!POP!, terpikir pulak kenapa tak banyak kereta berhenti ditepi jalan kalau ada yg terdengar bunyi letupan. Seolah2 CikSom sorang yg mendengar dan CikSom sorang juga yg take action. Kahkahkah... (sekarang baru boleh ketawa..)

Mungkin juga sebagai langkah proaktif maka CikSom tak teragak2 buat kerja 'cam bodoh' tu? Sebenarnya CikSom fobia, dah 3+ kali alami tayar pancit (tetap fobia w'pun tayar pancit berlaku tak jauh dari rumah atau dlm perkarangan rumah). Dalam perkarangan rumah pun tayar boleh pancit ek? (kena sabotaj jiran sebelah kot?). MOTH dan Cina workshop keheranan kenapa PAKU aje jadi punca tayar pancit? PAKU selalunya ada kaitan dengan Cik Ponti & anak, kan? Hehee.. CikSom, CikSom ..

Bertolak menuju ke SJ dlm hujan renyai2 tapi kalaulah hujan lebat dgn topan sekali camana? Berteduh kat kiosklah jawabnya (takut punya pasal). T berselera berbual bila ditanya best ke bazar kat SA? Padanya, best bila makanan yg dia SUKA dan SEDAP ada dijual, cam ni -> Roti John, putu bambu, putu piring tanpa kelapa, apam balik dan otak2 Kempas. Bagusnya T nih, dia tak membazir beli lebih2 (kenalah puji sekali sekali, kan?).

Alahaai.. tetiba suasana jadi melodramatik pulak...
"Miiii.. ada satu stall tu kan..kesian Mii..ada budak jantan jual air kelapa ngan air mata kucing aje..kesian Mii, takde saper beliii ..(sob2). Dia duduk cam ni (aksi kepala toleh kiri toleh kanan) pastu dia ketuk2 meja..kesiannyaa Mii..(sob2). Stall dia kecik aje Miii.. (sob2)..Errhi..errhi..(sendu nih) Miii .. kesiannya dia Miii..errhi..errhi..(sob2).."

"Apsal tak beli air kat budak tu aje"?
"Dah beli baru lalu kat situ. Kawan2 T suh beli lagi tapi T kata T tak sanggup nak nengok muka budak tu...errhi..errhi"

OMG! What a pity. When you are hit by the kesian syndrome, it was plain terrible!, a mixed feeling of 'kesian sangat & serba salah sebab tak dapat buat apa2'. Where does that kind of feeling come from? Wallahualam.

Jap, jap .. cerita lom tamat lagi.

All the way from SA, the traffic flowed so well but it was ?!#?! upon reaching SS19 onwards. Reached USJ4 bazar at 7pm and it was still drizzling. We just managed to buy ayam percik for sahur (RM12 for a set of drumstick, thigh & breast) and fried cempedak (RM4 = 10 pcs).

We reached home just in time for berbuka and I straight away dashed to the kitchen as I need to do the finishing touch to my mee kari, my ever delicious mee kari .. (yalah tu haha).

Friday 5 September 2008

Pop! Pop!

Wah..kejap dah Jemaat ek? Kejap dah seminggu. Kejap dah menyapa highway. Kejap aje berjumpa dan bermesra. Waktu berlalu dengan pantas. Ia terbang tanpa sayap. Bayangkan sekiranya WAKTU benar2 terbang dengan sayap? Huuweeeeee..

HP berdering tapi sekarang mana ada dering2, kan? Yaa, HP berbunyi dengan tune laguuu? T jer yg tau. Budak2 tu memandai aje download lagu diorang kat hp kita tapi bagus juga, bebila HOT dgn diorang, kita wat dono aje, takyah jawab. Bila teknologi menyebelahi kita, haha, I like! Tapi mana ada ibu mithali kat donia ni yg taknak atau melengah2kan bila tau ANAK yg menelefon?

"Miiii.. nape T fone tak jawab?"(w=whining@merengek)
"tak dengar pun, bila?"
"dah 5 kali T kol dari smlm tau" (w)
"ohh, fone rumah ke? Ahh..mesti wire tercabutlaa tuu"
"bila nak amik T"? (w)
"bila boleh amik? Klas abis kul baper"?
"kul 4 tapi datang kul 6 eh? Jgn amik lambat2 T nak gi bazar"
"tak abis2 dgn bazar"
"yelaa, T dah ngidam ni.. bye"
"Hoi!! bye"

Sebok cam biasa buat itu ini, ini itu NAMUN projek dari 'things to do' list belum tercuit. Hantar D ke kolej, singgah supermarket, bayar bil dan kemas barang2 yg dibeli terus sediakan bahan untuk berbuka. Sempat juga menumis kuah mee, petang nanti baru masukkan meenya. Mesti cepat as lepas Asar kena bergerak pi jemput tuan puteri Gunung Ledang.

5.30 ptg. Hadoi, sana sini JAM tapi bukan jenis jam yg melekat2 tu. Lepas bayar tol RM1.10 (nape mesti ada seposen tu?), dalam 2-3 minit meluncur tetiba dengar bunyi letupan. Bukan letupan cam bom perang tapi memanglah bunyi samting MELETOP! Wah.. mau tak panik CikSom kita? YaaAllah, maaaaaaak, nape ni? Takkan keta ni meletop pulak? Tayar pancit ke? Waarghhh... Keta pulak banyak, camana nak ketepi? Kalau tak berhenti kang, buatnya memang tayar pancit? tayar meletop? Cuba menghidu (gaya hidung kucing cium ikan) kot2 ada bau terbakar ke hangit ke, tapi takde pulak.

Aduh, camana nak pull over sedangkan kereta bertali arus. Dalam pada tu boleh pulak teringat citer omputih bila polis suruh keta owang jahat to pull over. Masa tu kan kalau JPJ ada, sure depa puji CikSom sebab selama ni CikSom kurang guna skill 'competent driving'. Dengan keberanian yg datang dari Allah (amin), maka CikSom dengan pronya pull over ketepi. Sedang CikSom pelan2 ketepi, ada pulak tow truck menghalang. Dalam ati "bagus gak, kalau jadi apa2 kat keta ni, tow trak ada".

Sebaik aje keta berhenti ditepi, tow trak tu pun berhenti sama sambil pandang kearah CikSom. CikSom kaget I tell you. Belum sempat bertanya apa2, tow trak beredar. Kebetulan ada juga 1 keta yg dah berhenti maka CikSom terus bertanyakan kapel tu samada diorang ada dengar bunyi letop sebelum Ciksom berhenti tadi. Dengan pengesahan dari kapel tu (but I cant fathom why the man looks so pucat?), CikSom kembali bersemangat dan yakin untuk menyambung perjalanan.

Waktu tu Allah aje yg tau PERASAAN ini cam mati hidup semula (lain sket dari perasaan Jamal Abdillah kot?). Dugaan pada 5 Ramadhan walaupun SIKIT aje diuji, namun... Alhamdulillah .. alhamdulillah .. alhamdulillah.

Thursday 4 September 2008

Bazar Ramadhan

Sebelum pergi ke bazar, sempat juga buat lempeng pisang yg lazat ni, hehe. Satu adunan dibakar sekali gus, jimat gas, masa dan tenaga. Nah kau! lebar betul lempeng pisang kita, kan?

2 Ramadhan:
6 ptg pergi bazar Ramadhan dgn D. Tiba sana aje hari hujan maka terpaksalah berpayong. Bazar kali ni tak serupa tahun lepas. Tahun ni tak banyak gerai yg jual kueh mueh. Gerai2 fevret dah takde. Gerai ayam percik pun tak kelihatan. Mana depa pergi? Depa berjaja Birmingham sana ka? Kahkahkah, ya kot?

Oleh kerana dah set minda tak nak masak maka terpaksalah beli juadah untuk bersahur sekali. D beli nasi kerabu, nasi dagang dan 2 jenis air. Dua jenis nasi? Takpelah kesian sebab tak sahur punya pasal. Emaknya beli laksam dan chee kang. Untuk sahur beli sup tulang dan ikan percik.

Semua makanan yg dibeli boleh tahan sedap tapi laksam sangat mengecewakan (beli dari gerai lain). Laksam kat restoran Hassan juga the best. Macamana makanan nak laku kalau tak sedap? Esok lusa orang akan tau dan ingat sekian2 stall jual ni, jual itu tak sedap.

Dah berkira2 nak ke bazar lain pulak dgn T. Kat situ mesti jumpa selebriti tapi kalau jumpa pun, kita pretend as if tak nampak apa2 dan siapa2. Ego ke tu? Haha, sedar2 keluarkan handphone ambik gambar curik2 dari celah2 gerai ayam percik. Camana kalau terserempak dengan MAWI? :-) x 10!

3 Ramadhan
Masak lemak sawi batang putih, ikan merah bersambal, telor ikan bertepung dan sotong kicap dlm tin. Takde dessert.

4 Ramadhan
Masak mee hailam dan sup ayam makaroni. Sup ekor ikan, daging goreng kunyit dan ayam goreng. Takde sayor takde dessert.

Puasa kedua baru mula bertadarus.. Tengah merangkak2 dalam surah AlBakarah lagi..

Wednesday 3 September 2008

Horror ...

Pokok Kiambang dengan 1000 serba 1 kenangan silam!

3/9 7.29am SMS out
Hi! u tau x, sat tadi keta i bgerak dgn sendirinya. Laju u, i xdpt kejo. Puaslah dia ranapkan apa2 yg ada along d road. Tetiba i berada dlm umah nyonya yg xreti bahasa melayu. I tanya nampak x keta xde dreba? Dia geleng paler je. Xplak dia heran how i leh masuk dlm umah dia, har3. Dlm ati ketakutan camana nak bitau UZ n risau hanbag yg ada manikam bagai dlm keta hilang. Tetiba .... terdengar suara macho UZ kejutkan i suh solat subuh. Phewh! Selamat..what a relief. Sekian hiburan pagi :-0

3/9 7.44am SMS in
???!! U tau x, keji tau buat jantung i nk tcabut pagi2 ni? Dah le i bc sms ni dlm keta! Adoii ..

3/9 7.50 SMS out
Haha.. I boleh jadi writer 'meder she wrote' kan?

Ha.. mimpi cam tu memanglah horror. Mimpi yg tak macam mimpi, gambaran dan perasaan tersangat real. Boleh rasa debaran jantung bila tengok kereta bergerak dgn sendirinya. Macam nak rak kita kejar kereta yg menurun dari atas bukit. Ya Allah, camana ni, habislah kereta ni berlanggar dan melanggar orang nanti. Kalau takde kereta, alaah susahlah nak kemana2. Mesti MOTH marah ni, apa nak cakap dgn dia nanti.

Percaya tak dlm mimpi soalan2 tu boleh berputar dlm kepala? Tak percaya? U better percaya sebab dlm tidur minda kita tetap 'bekerja'. Setiap kali mimpi mesti berjela2 hinggakan MOTH pernah komen "boleh buat drama". Haha.. dia pun penat nak dengar cerita mimpi kita..

Rupanya bakat mimpi berjela2 ni diwarisi T. Kalau T narratekan mimpinya.. hadoii.. boleh berdengkur kita. Dia siap beraksi, kalau dlm mimpi ada aksi jerit, dia mesti jerit, kalau ada aksi menangis, mau dia tak menangis? Bukan tu aje, aksi berlari, sembunyik, pukul atau apa aje, pasti dia demokan. Sanggup ke? Tak sanggup tau hingga terpaksa mintak dia pendekkan cerita ambik yg mustahak aje. Yg paling tak tahan, kita tak boleh menyambil buat kerja lain, kena fokus dgn cerita dan aksi dari mimpi dia tu. Dah 2 bulan tak dengar kisah mimpi T. Hehe.. windu pulak..

Huwarghh.. yawn!! Ngantuklaa..

Tuesday 2 September 2008

1st Ramadhan = 1st September


Hehe, hadiah besday .. lewat 2 bulan.

Hari pertama puasa. Cabarannya bukan kerana lapar atau dahaga tapi NAK MASAK APA untuk selera yg berapa kerat tu. Apapun berlaku, setiap tiba waktu berbuka, mesti ada aje yg tersaji. Insyaallah Allah permudahkan usaha.

Camana pulak dgn dugaan lain? Ya Allah, memanglah weh. 1st day puasa aje dah berbagai2 yg menanti tapi SABAR ajelah namun untuk bersabar kadang2 memenatkan minda, jiwa dan badan. Persevere .. just persevere..

Tarik nafas dari hidung kira dlm ati 123456, hold 123456, lepas pelan2 ikut mulut 123456.. Buatlah beberapa kali (jgn lupa baca Bismillah). Nilah yg diajar oleh kakak untuk tenangkan jiwa yg layar lara (ada lagi cara2 lain.., mcm2 ada).

Hari ni masak gulai ayam Halaljadah (authentic bunyinya kan?) dan buncis goreng bubuh telor. Just like cara Mak masak. Tunggu goreng ikan aje. MOTH berbuka diopes so "hooray" (oops!). Petang nanti kena hantar T balik ke hostel tapi dak ni kata dia nak drive sendiri ke Bazar Ramadhan pastu ke Giant beli tidbits. Dah bitau jgn balik malam sebab drebar takut drive malam sorang2.

Rancang bertolak dari rumah pukul 6 ptg dimana langit masih cerah.. Tup2 merpati dua sejoli datang ziarah bawa hadiah besday yg terlewat, bawa makanan dan Big Apple donuts. Susah2 aje namun rezeki jgn ditolak nanti kecik pulak hati diorang, kan? Sambil berbual sambil tengok album gambar kawin.

Tetamu dua sejoli sempat berjemaah solat Asar dirumah. Selepas solat siisteri membaca doa, sisuami mengaminkan, siisteri lantas mencium tangan suami dan sisuami tanpa teragak2 mengucup dahi siisteri. Can u imagine that? Auww, romantiknya.. bahagia dan manjanya mereka maklumlah masih wangi2an (ehem). Kita numpang gembira jer..

Maka terlewat hantar T ke hostel tapi baginya awal sangat. Bising mulutnya sebab kawan2 lain balik selepas berbuka dgn famili. Apa nak buat? Syukur ajelah dapat juga peluang balik ke rumah. Bila almost tiba hostel, barulah T perasan kunci biliknya tertinggal ntah kat mana. Sigh..deep punya keluhan ni.. sabar..sabar.. inhale.. exhale, maka T terlepas dari hembusan bola2 api. I just say "camana ni? tak buat checklist ke?" dgn lembut tapi tajam kan? Hehe, kesian dia.

Puaslah T phone kawan2, mujur ada yg dah balik so bolehlah tumpang bilik kawan2. Hari pertama puasa berbuka dalam kereta kat parking lot hostel, Makan karipap, donut dan air epal Twister (promo ni). Selepas unload barang2, time for a brief hugs and kisses (kena pecut balik untuk solat Maghrib).

Hingga jumpa lagi seminggu dari sekarang, insyaallah.. dan dengan dugaan2 yg lain..