Wednesday 29 February 2012

Tahun lompat ...

2012 merupakan tahun lompat kijang atau omputih panggil leap year. Setiap 4 tahun melompatlah kita, toing toing!!. Kenapa mesti ada tahun lompat?? Katanya "to keep the calendar year synchronized with the astronomical or seasonal year" <- mini info dipetik dari internet.

Tercelik mata pukul 5.30 pagi tadi dah berbau kopi. TB dah buat sendiri kopinya. MOU yang dimeterai berdekad2 lalu masih diguna-pakai dimana TB kata bila dia kerja pagi, I takyah bangun awal buatkan kopi tapikan tapi kata nak masuk syurga ikut mana2 pintu, kenn? so selalu jugalah I bangun awal sikit specifically buat air kopi berjantina, ahaks. Kalau pun tak buat kopi, I tetap bangun untuk sediakan bekalnya (goreng roti canai segera blablabla..).

Hari nih nasib tak menyebelahi I. Sedang solat subuh rakaat pertama, perut terasa churning sket. Tup2 dari perut turun kepundi2 plak...churning n churning in slow motion.. Ishhh...takleh jadi. Nak batalkan atau masih nak bertahan? YaAllah.. maka sesi terkepit2 bermula *siap keluar peluh jantan*.

Kekadang bukannya pundi2 mintak dikosongkan pun. Selalunya dia mintak laluan untuk lepaskan angin, sikit aje pun jadilah, kankankan?? kahkahkah <- sekarang bolehlah berdekah2, tapi tadi YaRabbi.. tergigil2 menahan angin itew cari jalan keluar, phewh!.

Masih bertahan hingga ketahyat akhir namun tetap kecundang beberapa saat sebelum salam terakhir. I surrender ... nak wat camana? dah memang terbatal, dugaan tahun lompat kekdahnya nih. I pun swing open my telekong and straight to the bathroom. Kali nih bukan aje angin mohon laluan kecil malah pundi2 besar tak agak2 mohon laluan lebuhraya, ekekeke.. so silakan do your thing!

Solat subuh kali kedua dikerjakan dengan tenang ... astarghfirullah ..

Oleh kerana cerita hari nih kurang wangi maka CikSom takdelah nak tampal gambar makanan; sebaliknya tampal gambar 'floor shine' jerr...

Dah berzaman I guna jenama lain untuk mengelap lantai tapi sejak dua menjak setelah diperkenalkan oleh Ndja (siap sponsor kat adik beradik sebotol sorang), maka I tell you I have fallen in love with this thing.

Mungkin ada kawan2 yang dah pernah guna this floor shine sependapat dengan I. Lepas mop lantai, sah lantai menciutkan .. silap langkah, gedebum kita jadi nangka busuk, ouch!

Kot ada yang berminat, floor shine tu boleh dibeli dari kedai Cosway seantero donia :-)

Disclaimer: Tidaklah bermakna lantai rumah I berkilau2an lagi menciutkan, errk..

Tuesday 28 February 2012

Wordless Tuesday? of coz not!

Mana mungkin wordless dong? I've a lot to yack3 ...

Baru jap tadi I published 2 entries yang direndam dengan air mawar. Wpun dah berusia beberapa hari namun intipatinya belum basi namun ianya tetap segar dan wangi, hehehe..... sambong gelak lagi .. hahahaaa...

I sound ceria walhal hati nih merindui seseorang taw. Dah 3 hari TB balik JaSaint atas urusan peribadi. He is so serious dengan projek hari tuanya, hehe... I mean he is so so very serious nak buat rumah kat desa halamannya as soon as he calls it a day from office.

As for me, rasa gumbira campur sedih, sebak, cuak, takut dan macam2 perasaan yang meloncat2 dan melompat2 difikiran daaan didada, auww.. Rasa syok ada jugaklah sebab dapat rumah baru, kaan?

Memandangkan ada tanah luas, bolehlah I bercucuk tanam cekur manis, pokok turi, pokok serai, bunga kantan (sebut 4 jer dulu), dan juga pelihara ayam, itik, angsa, kuda belang kambing gurun dan tentunya kucing, meowww... Hendaknya binatang2 peliharaan semua nih reti bersihkan kumuhan sendiri ...

Since The Boss takde rumah maka I pun beroooolalala dengan senang hati masak dan makan mee wantan jer sambil humming lagu 'wantan..namera'. Berjayalah I say NO to rice for 2-3 days kekdahnya.


Sudi2kanlah menjamah mee wantan CikSom ya? Agaknya Wan Lili suka tak makan mee WANtan nih? Sila jawab wahai Wan Lili oii..

Sunday 26 February 2012

Italian celup part 2, cilipadi n my oven ...

Menaip sambil menikmati leftover pizza as my b'fast. Mengalahkan orang Itali pulak, hehe.. Ada pizza perisa daun selasih dan pizza bertatahkan udang. Atas sebab tertentu, T tak pandang sebelah mata pada pizza, tu sebab berlebihan. Ndja pulak order saiz besorrr..

Berat tanggung jawab I untuk tidak bersekongkol dengan bisikan syaithon taw :-)


I warm-up the pizza dalam non-stick pan yang tak berapa non-stick (fakta usia namun sangatlah ia berjasa). Makan pizza warm n crunchy sambil berangan berada di kotaraya Italy, auwww... duduk semeja dengan Buddy n his family bincang pasal I jadi his business partner, ok tak tu? Pfftt! <- berangan no. 1

Buddy tu siapa? Dia tu tuan punya bakery tersohor di NJ nun. Tiap hari tak miss tengok dia gelabah @707. I just adore himlah! Berangan no. 2 -> how I wish I could work at his bakery. Jadi apprentice tea lady pun takpe tapi mau gaji separuh dari gaji Buddy, boleh? boleh blahh!

Breaking news: my mw/convection oven is in a state of comatose. The last time dia koma was about 2 years ago, I paid RM200 to resuscitate him back to life. But now, would a simple CPR work? Or else, it's time to ask for a new commercial oven, don't you think so? So sesiapa yang mengharapkan Lemon tart, silalah pangkah harapan itew. Jangan nangish, jangan sedih ... tahun depan boleh renew harapan yang murni itew, okay bebeh??.

Nak cerita insiden diGrocer kejap: Masa I membelek sayur2an, tup2 one guy sorang nih menegur (Mr C nama diberi). Ada 3 jenis cili padi (CP) depan mata so dia bertanya mana satu CP yang paling HOT! Though I'm not a big fan of CP namun dah ditanya pendapat pro (ehem), maka dapatlah dia jawapan pro, cewah! Anyway, pendapat pro kita abaikan aje, boleh? I just nak kongsi sebab musabab dia 'terpaksa' beli cili padi paling pedashh...

Kisahnya dia tu lecturer @private college mengajar pelajar antarabangsa yang berbagai warna, bentuk dan ragam. CP tu sebagai 'hadiah' untuk setiap pelajar yang suka sangat guna 'foul language' (maki, hamun, carut bagai). Cayalah semangat lecturer tu.

Yeayyy...debik sama diaa!! <- sah sokongan sadis!

I tanya what if his students make dono aje or refuse to even bite the chili? "Dheydeydeyyyy have to listen to me .. I am their lecturer, hahahah" <- komain bersemangat lagi dia dan manis pulak bila dia gelak sengih cenggitu. "OK, good luck to you.." I tinggalkan Mr C buat pilihan. Nak pilih CP merah, CP kampong atau CP mata burung, tweet2.

Dalam pada tu I musykil .. agaknya cili padi boleh pulihkan orang ga..ga..ga...gap tak? Sesungguhnya Mr C ada ciri2 tersebut, very obvious.

CikSom n her wild imagination -> what if Mr C's students gang up on him and force him instead to chew up the CP? Aduhaai ..Senjata makan tuan namanya nih, kesian Mr C ...

Published on 28th Feb. Marinate dlm draft biar rasanya sebati, har3..

Saturday 25 February 2012

Italian celup part 1 & ibu susuan ...

Jumaat 24/2:
Bila Ndja mai sini, tapak tangan dia automatically jadi selebar pokok keladi. Tak sah kalau tak bawak makanan/buah tangan, belikan makanan (pic below) atau ungkapan paling koman "kita pegi makan2, nak tak?". Kadang2 kita nak, kadang2 kita bolayan jer, kah3 (either sebab I dah masak atau sebab malu tahap melampau).


Ekceli I wanted to stay home ngadap you-know-what tapi dah kiri kanan sort of merayu2 that I should come along, I pun angkat my white banner (banner merah dah lama habis stok, tooot!). Bila tau Ndja's son tak ikut sama maka lagilah D shy2 cat nak jenjalan with Ndja alone, tulah terpaksa heret I sama.. Ngadalah D tu, dengan ibu susuan pun nak malus-malus.. (fakta arkib negara disusuli dibawah).

9pm: Sebelum dinner kita keGrocer 'kejap' (=1.5hrs) beli dan belek barang. Ralit dibuatnya sampai tak perasan banyak tempat makan dah nak tutup. Nasib baik OOBali masih terima pelanggan, yeayy.. kalau taaak? Kalau tak, kita balik rumah masak mcgee ajelaaa..

Ndja n I shared this nasi campur which was served in a big platter. Semput n se'eh kalau nak perhabiskan sensorang and bear in mind, we're on strict diet perut harus ada ruang untuk penempatan dessert, kan? (niway, we had pisang salai + aiskrim + sos karamel).

D's seafood platter+rice+salad. Banyak nak habiskan tu tapi Ndja n I bantu mana yang patut. I peminat pithang tapi dia plak yang oder minuman pithang+mint.

Fakta arkib negara: Alkisah when D was 2 mths old, I terpaksa ceraikan dia dari menikmati susu badan. Kesian kan? tapi dah terpaksa tak dapat dielakkan lagi. D was crying incessantly for his Umi's nenen, huwaahuwaa aje. Masa tu Ndja's own son was 8 mths old n he was still breastfeeding. Memandangkan telaga nenen Ndja sentiasa tip top maka jadilah dia penderma susu segar penuh khasiat untuk D nikmati selama <> 3 minggu. Allah ajelah yang membalas budi baiknya (I hanya mampu belikan Ndja purse kulit belut aje).

During this period of hardship (sempat juga berjoli syoping sakan, hehe..) if only they knew betapa I suffer tiap pagi dan malam duk mengepam nenen. Nasib baiklah my friend Rozi pinjamkan her battery-operated breast pump, kalau tak for sure Ms Parton dapat dikalahkan just like that *sambil petik jari tanpa bunyi sbb tak reti*.


.. digress nampaknya nih, hehe.. biasalah kan?

TODAY..
Yawwn! Woke up at 5am to perform my daily ritual n did some house chores. By 7.20am I was already on the road to stardom heading to SA. Picked up T at 7.45 sharp then we headed to Sec 8 for breakfast.

T purposely had chosen to come here as they serve such wide array of food/desserts. Juling mata dibuatnya n feel like gobbling everything but I bolayan bisikan syaithon (lagi pun makan masa dinner semalam tu belum hadam lagi), so I humbly kuis a small portion of pulut kuning, sambal sotong, paru goreng and a piece of cucur udang. It was reelee verrree smol porsyen eendid! Tak bedek punya.

From Sec.8 we headed back to Sec.7 (where T does her weekly shopping). On the way home singgah SS15 kejap to photostat 1 thick book. The photostating costs me RM30 but T was not satisfied as she felt she could get cheaper. I told her to just pay and make no fuss about it. I gave her my reasons of doing so (tensyen taw drive kat SS15 tu, asyik pusing2 aje. Kebetulan dah dapat park keta depan kedai, so ....).

Once home T was busy doing her laundry. I cont. doing the never ending house chores and prepared something for TB to nibble during tea break at the office. I only need to cook rice as I already bought some lauk at the shop where we had breakfast earlier on. Proactive sungguh *wink*. Need to do everything fast cam lipas kodong as I have to get ready ...

By 1pm I was ready doning my un-liplap baju kurung. I was in fact accompanying Ndja to attend a wedding reception near our house. If given the choice, what with the scorching hot weather, I'd find excuses not to go sure mekap cair but alhamdulillah I did not or else I would have missed nasi beriani n telur rebus pengantin <-- huhh.. dasar!

By evening I was poofed. When Ndja n T went to SubPred I chose to stay home duk gentel2 bucu bantal busuk terus zzzzzz to slumberland.. Ndja n T had a good time shopping and eating lamb chop n chicken pie at DDeli.

8pm: Just before Ndja went back home on a 45-minute journey, she ordered 2 large pizzas for our dinner. We could not stop her from doing so as she was already in a trance, ekekeke.. Nak order yang besorr2 aje tapi dia makan sekeping.

While munching pizza, we watched Yusri/Lisa on tv .. wow!! "how good it is to be loved by you", so says James Taylor Yusri n Lisa to each other. I dengar, you all dengar tak?

Published on 28/2 ..biasalah perap dlm draft.

Friday 24 February 2012

wantan hijau n panna cotta ...

Assalam ...

Kalau ada petition dari orang ramai berkehendakkan negeri2 di Malaysia nih cuti pada hari Jumaat, nescaya I akan turunkan tandatangan yang sama sebanyak 100 kali tanda setuju. Nevermind I juling2 mata atau sengal jari jemari sebab buat benda yang sama 100 kali.

Dinner semalam I masak mee wantan rona hijau untuk TB/D. I skip dinner sebab just after Maghrib I dah slurped semangkok mee sua + brokoli + cendawan kememeh lebihan lunch. So naturally pagi nih I lapar giler had wantan mee for breakfast.

7am: Kirai2kan mee dulu sebelum direbus. Kenapa kena kirai? sebab mee tu suka dikirai2kan, haha.. Dalam satu mangkok tuangkan minyak bijan, kicap manis/masin n secamca minyak masak. Bila mee siap direbus, toskan airnya kejap pastu terus campurkan dalam mangkok yang ada kicap. Gaul2kan biar sebati.

Tip: sebelum rebus mee, boleh 'pinjam' air yang sama untuk rebus sawi (optional).

Since I tak buat sup wantan (with dumpling) maka I buat kuah kicap, guna daging dan cendawan shitake (tuang atas mee). Kalau rajin, boleh juga buat wantan dumpling. Kalau raaaaajinlah, kan? heheh..

Kalau dimakan dengan jeruk cili hijau lagilah umpph!

Semalam tu, sementara I sibuk dengan my wantan, D juga sibuk didapur menyiapkan his version of panna cotta ..

Diharap wakil Mermaid tak saman kita anak beranak sebab guna diorang punya cup. Dah tu tunjuk dalam blog pulak. Vanilla panna cotta tanpa resipi kekdahnya. I told D sebelum kita buat something new, kita kena cari ilmu dulu. Berbekalkan dan berpandukan sedikit ilmu tu barulah boleh kita ubah suai apa yang patut.

"Dah baca daah Mii..", kata Ustaz D, ahaks.. (come to think of it, bagus jugak kalau D nih jadi ustaz. Sejuk perut I ..).

2-3 hari lepas, selepas beli barang2 dapur, D bersungguh2 ajak I ke Daiso. Kalau tak diikutkan nanti kata I pilih kasih plak so ikutkan juga. D janji nak park keta depan pintu so that I won't have to walk far. Memang betul I tak berjalan jauh tapi berjalan jauh juga bila cari stall roti Makcik Anne. "Exercise Miii" kata D. Dush 3x!!

Kalau ke Daiso tak beli satu dua barang memanglah tak sah, kan??? TERhangkut 4 benda dalam kategori 'just in case' ... haha..


Benda hitam serupa ekor ikan tu ialah handle tutup periuk. Kebetulan handle tutup periuk my rice cooker dah retak menanti belah, hehe... tapikan .. I think it's about time I should own another rice cooker yang lebih canggihlah ...

As for those molds, I dah terbayang2 lemon tart ... apa pun, semangat mesti dipupuk dulu, buatnya bila2 pun boleh samada hari nih, minggu depan atau tahun depan :-)

Monday 20 February 2012

Minat memasak sejak dua menjak ...

T was on term break for a week. Komain seronok lagi dia. Tidur pukul 3-4 pagi, bangun kejap pukul 6.30 pastu sambung zzzzzzzzz till before noon. I kata tak bagus taw tidur n bangun lewat cenggitu tapi katanya kat rumah aje dia delinquent. OKlah, I percaya dan I kasi chan (T's projek membaca secara pukal nak habiskan 9 buku yang baru dibelinya. Termampu kah?).

Sepanjang minggu, ada aje projek JJCM dan anything bertema makanan tapi sebelum tu I nak bitau the whole world bahawasanya daraku itew dah bercambah minatnya untuk belajar masak dan buat kek., alhamdulillah.

Minggu lepas dah dua kali dia masak samtum bilis (bukan tiru resipi CikSom, sob3 tapi tiru resipi emak kawan dia), dah 2 kali baked RVC dan buat berbekas2 dadeh coklat.

Dalam pada memotong bawang, dia tanya camana nak potong bawang mengikut piawaian. Kalau ikut cara pro dia mesti dah tau, kalau tak sia2 aje dia melekat depan tivi tengok Sr/Jr M'chef, kan?

Sedang T dalam keadaan 'menangis' teresak2 potong bawang (w'pun cover mata guna specs takde power) dan tak sabar tunggu tips dari pro, I pulak baru tercongak2 memilih ilmu sesuai yang patut diturunkan dari dadaku kedadanya, auwww.., so dengan tak sabarnya dia kata "T kenalah tau, nanti T nak masak kat rumah mak mentua nantikan senang?".... harharhar .... I mampu gelak meletop2 dalam hati aje... (macamlah besok dia nak kawin??).

Calonnya pun takde.. nak pinangkan Ustaz D of 114, ustaz nih dah pun bertunang u'olls..

Anyway, semalam masa hantar dia kembali keteratak 4 tingkat berlapis2 berjirankan para beruk n monyet, belum pun jauh bertolak dari rumah .. "alamak Mi, T tinggal baranglaah..".
Oh well ...


Pemandangan gedung kain waktu malam. Sempat snap masa lampu warna merah (alahai, macam tak biasa snap apa2 kalau pun lampu warna hijau? haha..). Ekceli masa nih TB tanya, kat Jakel ada jual baju Melayu tak? I kata adaaa.. Diorang ada jual baju Melayu kain cotton tak? Maybe ada, tapi I tak tau.. Apsal you tak tau? Kan you semua tau??? *I take that as a compliment*.

Pastu bercakap pasal owner of the gedung samada seagama dengan kita. I kata 'ya' tapi TB bukak cerita pasal kedai 'mamak' yang gunakan ayat2 suci sebagai hiasan kedai untuk mengaburi makanan dijual adalah halal. I pasti gedung kain tu bukan milik orang asing sementelah kalimah Bismillah memang visible dari jauh (tulisannya bawah dome).


Dah berkurun I tak masak sotong masak hitam nih. Tak masak sebab kurang dapat sambutan tapi masa D&T kecik2 dulu selalu juga masak. Habislah jari jemari diorang hitam dan siap main2 lagi sarungkan sotong kejari memasing macam pakai cincin. Sekarang nih, kalau keadaan yang sama berlaku, I tell you I'll be one of the happiest mothers living on this earth!!


Masa I ke Setapak minggu lepas atas urusan dot3 (masyaallah!!...jauhnya tempat nih??), sempat juga merayap kat kedai jual daging (macam2 jenis ada, tak terlisted) dan kedai perhiasan ala Inggeris dimana serba serba cantik dan boleh tahan murah. Sepatah kata Ndja "macam nak beli satu kedai aje" <- dia memang selalu keluarkan stetmen over!

I hanya beli satu item .. sajalah untuk menyimpan koleksi pena mata bulat termasuk pena yang dakwatnya dah kering kontang, heheh.... dan garpu itew sengaja disimpan dalam bekas yang sama, digunakan tatkala emergency (as alternatif sebab kuku pendek adalah tak best untuk menggaru pabila kegatalan ditahap extreme).

Ekceli mood hari nih kurang mantap dan membuat TB sentap kejap tadi sebab jawapan pada soalan dia berbau kurang mithali. Owhh...

Saturday 18 February 2012

Cemburu dan epal ...


Lama tak bersiaran menerusi 'tingkap lebar' tapi curik2 masa juga mengintai apa jadi kat alam siber menerusi 'tingkap cenonet'. Kerja intai-mengintai cenggini, mata tak tembel kan? hehe.. Dek ketinggalan ketapi peluru seminggu lamanya maka memang tak terbaca backlog/cerita-ceritut terbaru dari blog kengkawan (let alone mengomen).

Minggu lepas ada aje hal, projek, dan tugasan yang perlu dibuat (bizi mengalahkan 1st Lady kekdahnya); dan ada aje mood mambang biru datang mengacau. Dugaan sungguh namun ku tepis terpelanting dengan izinNya.

Bila mood kembali riang ria chirpy2 cheep2, datang pulak demam, batuk n selsema. Trio nih memang kamcing, tak dapat dipisahkan. Selsema kali nih, phlegmnya tak meleleh ikut hidung. I wonder why! The phlegm stuck kat belakang hidung, mendak kat situ aje (refused meleleh ikut perparitan yang disediakan). To ease the blockage, terpaksa juga guna cara yang I tak suka nak buat selama nih.

Alangkah nikmatnya bernafas tanpa halangan, percuma pulak tu? *insaf*.

Alhamdulillah gering selepas selesai majlis kawin jiran setengah pelaung. I perasan I nih orang kuat majlis for without me, majlis tak boleh mula (kengkonon ler). Dapat tugasan bawak hadiah hantaran masa majlis nikah, merewang buat cenderahati (lap epal gebu manis masuk dalam pouch), malah on actual majlis resepsi diberi task hulurkan the same cenderahati pada para tetamu. Hilang rasa segan silu I selama 4 jam.


Having done the work of an AJK, I was mistaken as siemak pengantin. Howlaaah that can happen?? I bukan pakai baju labuci, lip lap bagai .. (ekceli kankankan..dah lebih 10 orang berpendapat rupa emak pengantin n yours truly seiras. Oh well, maybe we are each other's doppelganger aka pelanduk 2 serupa kot?).

Sepatutnya hari nih I tiga beranak berlibur dengan Ndja, Teh n a few nieces for belated b'day treat kat persisiran KL. T awal2 lagi tak nak pergi dan I plak rasa 'malas' tapi bila last minute D tau I tak pergi sama, dia semacam punya frust. Mulalah terkeluar perkataan cemburu dari mulutnya seperti "kalau keluar dengan T boleh pulak...".

Haishh... anak oh anak. Kalau bercakap tu cuba beralas guna swiss lace sikit, boleh tak?? Adik awak tu kan pempuan, masih solo pulak tu. Umi teman untuk keselamatan dia dan ketenteraman hati Umi jugak. Lainlah kalau awak tu suka nak jadi drebar or bodigad adik awak tu dan temankan kemana2 dia nak pergi??

Apsal nak cemburu? walhal baru minggu lepas kita beli grocery sama2, awak sakit Umi hantar pergi kelinik, pergi farmasi lagi, and the latest one kita sama2 pergi jumpa 'ghost buster'.... kan??

Anyway, lupakan hal orang cemburu tu. Agaknya dia bangun tidur dari arah angin monsun barat daya, tulah tetiba jer berangin!

Tuesday 14 February 2012

Amaran kekdahnya !!!


Siapa buang juga, SIAP!

Wednesday 8 February 2012

Al-kisah sempena MaulidurRasul ...

Lama tak berkarya tetiba satu soklan yang dah lapuk tersengih2 dikotak minda ... berblogging nih untuk siapa?? Macamana niatnya?? Jawapannya tetap serupa masa mula2 berblogging dulu, ehem.. cumanya ada satu dua niat tambahan sementelah dah lama berblogging dan dah 'jumpa' ramai kenalan ...

Ramai kenalankah wahai CikSom? Ramai tak ramailah, haha.. Yang follow Al-kisah adalaaa 229 orang *senyom simpol sket*, tu pun kalau I tak omit the 1st digit but what if I did? Uhuk2 .. jawapannya ada pada anda.


Pagi tadi I terima sms dari jiran yang memforwardkan sms dari another jiran yang baru aje kematian ayahanda tercinta. Sms panjang terpaksa I pendekkan "yasin dan tahlil arwah dino 3 Jln 007/1".

Arwah Dino? Selain pakcik Deris ada ke jiran lain yang meninggal dunia? Takkan pakcik yang dah bongkok tiga dipanggil 'dino' aje, so I sms my jiran "siapa dino tu?". Jawapan dari jiran "ayah kak S".

I bukan tak faham cuma konpius sket aje. Kalau yang menaip tu edit sebelum 'send', maka sms surely berbunyi elok jer "yasin dan tahlil arwah di no. 3", maka fahamlah I ....kan??, hahaha.. tulis bior terang

Selama my netty mogok, I jadi manusia yang rajin membaca., hic! Tulah, tetiba suka membaca pulak tapi bahan bacaan adalah buku memasak (aje). I hangkut past issue magazines of BBCGF (UK issue) bila I jenjalan kat AmkopMol temankan T habiskan voucher beli buku tajaan gamin/gomen 1Msia.

I bangga dan puas hati bila dapat magazines murah dari harga biasa. Nevermindlah past issues pun. Satu magazine @9.90, wajib beli 5 pastu dapat 1 free, lagilah yabadabedooooooo...kan?

On top of that I beli buku masak 'frame by frame baking' to be given to T (as sejak dua menjak nih dia dah berjinak2 didapur) tapi dia tak tau lagi buku tu akan jadi hak dia, hehe..

Terkesima dengan kata2 Imam S.Webb @114 'reflections' pepagi dan memalam hari.. dia galakkan kita bertukar2 baca surah tatkala solat supaya kita dapat rasakan solat kita fresh dengan bacaan surah yang berbeza2 pada setiap waktu.

Iktibar sempena MaulidulRasul kekdahnya maka CikSom pun rasa amat teruja. Bertafakur seminit dua .. selama nih, berapa banyak surah2 yang dah dihafalnya??
Tak tau nak rasa gembira atau sedih sebab surah2 yang dihafal hanyalah 9 surah sa..ha..ja dan bila dicongak2 sepatutnya 4 surah lagi patut sudah dihafal sejak azali lagi (masa dibangku sekolah). Whylah all this while I never bothered to make the effort to check on all this? Kelemahan dari diri sendiri sebenarnya namun alhamdulillah ...

"tiada paksaan dalam memilih ugama. Ramai ambil masa bertahun, ada yang beberapa minit aje.. Allah yang menentukan masanya" <-- petikan dari kata2 Bilal dari filem Muhammad the Idol yang disiarkan diTV baru2 nih.
.