Monday 30 May 2011

Hari menjemur sedonia ...

Alkisah ...
Ke SA pagi semalam hantarkan barang keperluan T sebab dia tak balik rumah eventho she's on study leave. Kat rumah takleh study sebab banyak sangat distraction, salah satunya asyik kedapur aje (bukan tolong masak), tapi? hmm..

T bukan Tanggang tapi bila dah bawak barang2 dan kueh kesukaannya, memanglah terasa macam I nih Normadiah emak siTanggang, bezanya cuma I tak panjat kapal untuk menyerahkan barang2 yang dibawak, heheh..

Prior to that, while I was driving competently n defensively (kekdahnya) towards Kesas toll, I was kinda jolted off my seat upon looking at one white car already terbalik pongkang about a few meters away from the toll gate. Don't really know how and when that happened but I saw one 'stemrol' next to the wrecked car.

I continued my journey without any anxiety attack, syukur alhamdulillah.

With T in the car, we headed to 3 separate locations and these 3 locations 'smell food'. To Jaiyen to buy some foodstuff for her munching routine, to A&W to buy her fav burger (but kept for dinner) and had lunch at Sec.2 foodcourt. Takleh sabar nak makan mee goreng samsot (sambal sotong) hari tu jugak. Haishh..

I must jot down about this awesome offer at Jaiyen. It's not about big TVs being sold on offer but it's about cloth hanger aje, haha. Kindly congak: 24 pcs = RM7.49 whereas 6pcs cost 99sen. Though I failed my maths horribly then, setakat congak seposen dua, I memang terror, hic! so I hangkut 24 pcs at one shot!

Guess how much I paid for those 24 pcs? Mencabar nih, do get a calculator if you have to, hehe..


I baked extra muffins for T, bolehlah dia share with some of her friends yang memang suka muffins perisa dot3 <- secret recipe, haha. This one big muffin belongs to big momma! Just love the pic (an outdoor shot so the lighting looks awesome, kankankan?).

What have I been doing today besides washing the clothes?? Yesss.. hari menjemur sedonia.

Looking at those bears *deep sigh n smile*. Manalah perginya 2 budak kecik dua beradik tu? Adik mengekor abangnya pergi ngaji kat seberang jalan. Bila dua2 lambat balik dari mengaji, Uminya pun fuming. 1001 macam telahan bergelut kat dada (nak kat dada juga).

Sebab lewat? Siadik dah nangis2 sebab terpandang kat tepi jalan sekor kucing mati tanpa kepala yang disangka Jon, kucingnya yang hilang. Bangkai dibawak balik untuk dikenal pasti oleh siUmi. SAH silap identiti. Sia2 aje air mata berlinangan jatuh kebumi. TWTDays ...




Udang kering, ikan bilis besar n kecik afdal dijemur sampai kering kontang. My 2 esbok just kenot menampong those things anymore so I have to sun dry it real well. Oh lupa lak, selain tu ada berjenis2 keropok dari seloroh Malaya, ada inang2 (ntah sesat dari mana), and also some pulut dari era Majapahit, har3.

Mana datangnya mende2 tu semua? Most of those things came from Ndja so she is answerable to my kemelut, is she not?

Saturday 28 May 2011

Mee rebus, katanya...

Pepagi lagi dah hantar mesej kat TB "nak breakfast apa hari nih?". Jawabnya "mee rebus". I thot dia saja nak mengusik, manalah tau dia pernah nampak mee rebus dijual kat kiosk, so otw home nanti dia boleh singgah beli mee rebus.

I tetap heran, ada ke orang jual mee rebus pepagi hari? So I balas mesej dia "Mee rebus? Pls buy one for me. Tq" <- nada mengharap bebenor. TB tak larat bermesej lagi terus telefon "ehh.. bila pulak I kata nak beli mee rebus?". Pulak daaah?

So to cut the long story short n sweet n cute n bearable to read, mee rebus yang dimaksudkan ialah mee megi berkuah *pap tepuk dahi*

Nilah breakfast kita pagi nih, bukan calang2 punya 'mee rebus' - cepat dimasak sedap dimakan ATAU cepat dimakan sedap dimasak? har3...



In fact masa lunch semalam, bibik Som masak 'mee rebus' juga, bubuh udang, daging n sawi. As for 'mee rebus' pagi tadi, TB kata "tak yah campur apa2". Beshhhh... lagilah senang kerja bibik Som, kan?

Betapa untung kalau kita ada bibik yang boleh diharap, rajin lagi kreatip! *uhuk, uhuk*. Mee rebus perisa tomyam jadi hebat just like that *sambil petik jari* bila ayam goreng (3 drumstick) dan sambal udang kering ber-ooolaalaaa dalam 1 mangkok. Kombinasi yang menyerlah!

Lauk2 tu I tinggalkan untuk D tapi tulah bila kita tinggalkan lauk, dia tak makan kat rumah. Bila kita goyang2 kaki, time tulah dia tanya "Umi tak masak eh?". Dushhh!!!

Sabtu lepas I melawat Jaiyen for final goodbye before it closes down for whateva reasons. Melawat aje bukan nak syoping, ehem. Kebanyakan barang yang tak sedap mata memandang dijual murah so bila terpandang one non stick pizza tray yang berlubang2 tu, I was already melompat katak. I thot harganya sama dengan barang2 yang tak sedap mata memandang (no price tag) but was I fooled! Nasib baik tak lompat kijang, takat lompat katak, taklah penat sangat, heheh ...

Bila hati dah suka kat barang tu, I cuba tutup sebelah mata kira set to buy tapi kaki nih macam dirantai takleh bergerak ke cashier pulak. Masa tu barulah terFAndang pizza tray bukan dara lagi, ahaks. Tepi tray dah lekuk pastu baru ingat nak ukur bagai samada it can fit nicely into my oven. Alhamdulillah for the quick thinking, cewah! Selamat my RM21+.

Balik dari Jaiyen mesti lalu Mydyn tapi I jeling aje cos tak bijak kesana pada hari Sabtu lagi pun diorang lokek beg plastik. So kemana nak bawak diri? Si Aga as if could feel me, tup2 lampu signal liplapliplap kekiri, owh so sweet of her (eat your heart out KnightRider, haha..).


Kedai yang dimaksudkan dah lama menapak kat depan Mydyn tu. In fact kat belakangnya ada satu lagi kedai yang lebih besorr menjual segala manikam with reasonable price. Masih tak terkesima nak kesana tapi bila dengar promo dasyat dari sorang pekerja PeTOnas maka tibalah masanya I melabur kesana pulak.



Memang bestlah tempat tu. Hilang ingatan seketika bila terpandang bersisir2 pithang digantong tak bertali melambai2 kearahku, heheh. I beli ikan, udang, daun bawang, pear, 2 biji mangga India dan sesisir pisang emas yang gebu lagi encem!


Yang herannya bila tiba rumah masa mengemas barang2, I tercarik2 mana peginya daun bawang dan buah pear? Puas I fikir sampai berkerut2 dahi *dramatik sket* maka jawapan sahih hasil kerutan dahi adalah ... mungkin I bubuh buah pear n daun bawang kat troli orang lain, waakakakakaaa.... <-- kelakar tak? Mau tak? hahaha..

Friday 27 May 2011

Sense of belonging ...

To be back in here (after a period of silence) is akin to be going back to my hometown as it provides me that sense of belonging! Inhale..hooo ... exhale.. hhaaah..

Pepagi lagi I dah hantar mesej cintan kat TB (haha, cintanlah sangat).

CS: (beri salam dulu) Bang, u nak bfast apa? *Bang? sejak bila I berBang2 nih?*
TB: Chips n telur dadar
CS: As D has taken 4 biji telur mlm smlm, maka can u buy some eggs n small loaf kat P pls?

Nak tau dia balas apa? nasib baik dia kat opes n I kat rumah, hehee. Dia kataaaaa ... eh kejap ehh, I show off dulu what I have for breakfast semalam, k?

TB's special request "telur dadar banyak2 bawang".


Yang nih bibik Som punya, hic! Telur mata lembu yang masih cair kuningnya pasti berlinangan sebaik disentuh dek mata garpu, diindahkan lagi rasanya dengan dwi sos merah & putih <- auwwww... berseni sungguh bunyinya, ek? ekekeke..

Nampak gaya, TB's breakfast pagi nih adalah siaran ulangan. I know what I want for breakfast .. roti cicah kari daging, yess..


Petang semalam I purposely masak sekawah *pun intended* kari daging. Sebab 1-utama nak jadikan bahan mencicah RJ=roti jala dan selebihnya can be lauk dinner.


Takkan makan kari terkulat2 cenggitu maka I tambah 3 lagi, yaaa TIGA lagi lauk ie ikan goreng, sayur kacang panjang w'pun dah dikerat2 tetap juga namanya kacang panjang, n last but not least, SBT. What is kari w/out SBT or a simple SB pun OK. Berdegar2 aje bunyinya tambah '3 lauk' lagi, ek? Maybe some will say "peanuts!" but for me it was quite an achievement! Meh salam dengan I ucap tahniah, hehe.

Cuba bayangkan makcik 1/2 abad ++ mengelek lesung batu yang berkilo2 beratnya membuat aktiviti luar biasa mengangkat anak lesung up n down to ensure lada yang ditumbuk benar2 hancur mulus. Aktiviti tu aje dah cukup mengeringkan kudratnya. Sape tak kesian, jangan angkat tangan.



My sambal belacan tomato (SBT). Lama gak tak menumbuk sambal the manual way. Oleh kerana guna 2 biji lada merah, I refused to use the vlender so I tumvuk guna kudrat sendiwi dan terajinlah pulak, I dry-fry the belacan using the non-stick pan maka vavavoomlah jadinya SBT itew.

Sedikit info ilmiah yang dipetik selepas ranum dari mag RD bulan Jun 'Stop eating before you're full' ..


1. Orang Jepun kata "hara hachi bu" = berhenti makan bila dah terasa 80% kenyang/se'eh. Camana nak tau ngam2 80% atau dah terover? Well.., pandai makan, pandailah mengagak, kan?

2. Pengamal Ayurvedic kat India nun mengesyorkan 75% kenyang. Wonder why it's lessen by 5%.

3. Orang Cina kata 70% kenyang dah cukup. Hmm.. better than Jepuns/Indians, nampaknya.

... and the last one I've to copy as is from the mag.
4. The prophet Muhammad pbuh described a full belly as one that contained 1/3 food, 1/3 liquid, 1/3 air - in other words, nothing. I tak faham maksud 'nothing'. Anyone care to explain?

Last but not least, orang Perancis berpendapat kalau dah kenyang, jangan kata "saya dah kenyang" tapi cakap aje "saya dah tak lapar".


Merci ... ferasan Ferancis gitu, auwww..

Saturday 21 May 2011

Alone again naturally ...

Cuaca: Suam2 kuku
Mood: Boleh tahan kental!

Serves me right! Tulah asyik tunda2 aje nak beli barang dapur dari Rabu ke Kamis ke Jumaat and now dah Sabtu, kena gak keluar. Pulak tu hari nih memang tak disediakan plastik beg, kan dah?

Sebenarnya hari Rabu lepas dah ke Mydyn nak beli barang2 dapur tapi sempat beli nasi ayam 2 peket dan beli satu blaus (sempat lagi tu!), pastu terus balik rumah sebab hati rasa 'curiga'.

Alkisah masa I baru nak keluar dari keta kat parking lot yang luas mata memandang tu, tetiba ada sorang anak muda muncul bertanya samada keta yang I bawak tu I punya. I soal balik kenapa dia tanya? Bila terasa diragui, dia terus tarik ID badge dari dada dia.

Badge tu mengesahkan dia dari syarikat yang memberi nasihat cara menegah kecurian kereta. Dah I sorang2 maka terbit perasaan takot kot2 dia bawak asid ke, kaan?? Tapi sempat juga tanya soalan kepo "awak sorang aje ke? Mana yang lain?". "Ada kat sana" katanya tapi I cepat2 excuse myself "maaflah, saya nak cepat nih sebab suami saya nak balik makan".

Ada dia kisah sebenarnya masa tu dia sedang berhadapan dengan sorang isteri mithali? ekekekee.. <- gelak gaya popeye!

Curiga pada orang tu, mana tau dia nak balas dendam kat Aga, I batalkan aje niat bersyoping. Dalam pada curiga tetap hepi sebab dah selamat beli 2 peket nasi ayam dan sehelai blaus, hehe.

Hari nih, pagi Sabtu yang agak sunyi. Breakfast pun sensorang ...

Masa kecik2 dulu bila makan roti mesti nak buang kulit w'pun berbuih2 mulut Bak meyakinkan kulit roti banyak bitamin namun kita make dono jer. Ampun Bak!

Harus ada pencuci mulut selain tertelan colgate masa gosok gigi awal pagi tadi. Bak ajar cara makan mango the practical way tapi TB tak suka makan cara tu. Menantu Bak kurang rock!
Oooops, gambar nih lagi? hehehee ... Tadi lupa nak bitau isi kandungan roti ... tomato, burger, cheese dan mayo. Tu aje yang ada dlm esbok.



Toffee caramel dan I suka sangat perisa caramel. TB beli sebagai pencuci mulut tapi I yang lebih2 pulak. Cannot control, habis satu capai satu. Bila berat naik mencanak2, I blame aje kat TB, fair tak??



Geram taw ...

Friday 20 May 2011

Sign of old age?

Dengan apa yang berlaku semalam, sesungguhnya I takut jika hari2 mendatang I jadi pelupa tahap masyaallah! Dah sah2 I bubuh kunci rumah dalam poket seluar sebaik pintu dikunci tapi tak sampai berapa minit dalam kereta yang baru bergerak dah berteriak "ehhhh kejap, jap, jap ... kunci rumah.. mana kunci rumah tadi?".

Nasib baik sedar kunci rumah takde ketika kereta mula bergerak. What if kereta dah jauh bergerak atau tengah syok2 makan tetiba teringat hal kunci rumah. Oh no, a situation I wouldnt like to imagine eventhough it has happened once before. Shh..

Masa gigih mencari2 kunci, my telinga kinda pedih bila T kata "cuba check bawah bont** Umi.. selalunya Umi tak rasa apa2 bila duduk atas barang". Aduhhh!! lancang kuning betul mulut si T tu ek?? Yaalah, memang Umi nih terlebih lemak kat situ tapi perlu ke T tabur garam kat luka Umi? Ouch!

Post mortem penyebab lupa: Engsel gate terkeluar dari 'soket'nya gara2 gate dah karat!

Setelah mengenal pasti mana perginya kunci, kereta pun meluncur ke PJ to pick Ngah n Teh dulu, pastu baru ketempat makan.


Ngah's small portion of mixed salad whereas Teh n I shared one big plate of the same thing.


Snack kesukaan orang Swiss - kentang diracik2 dan digoreng tanpa guna banyak minyak.

Kentang tu dimakan dengan mushroom berbagai jenis ...


Grilled sirloin steak pilihan T. Dah ada macam2 makanan atas meja maka haruslah kita saling bertukar2 makanan diantara satu sama lain.

Camera woman dah menggigil kelaFAran maka tu aje gambar2 yang sempat ditangkap! Mekasih pada Ndja sebab bermurah hati belanja kita makan sekali lagi kat situ.

I berkenan dengan kusi meja warna coklat yang panjang tu. Kalau dapur I besar, nak aje I custom made kusi meja macam tu (sedar akan keadaan diri, ukuran meja n kerusinya wajib dilebarkan, haha).

Kenapa Bak tak tempah kusi meja the Waltons masa kita sedang membesar dulu? Hmm...

Thursday 19 May 2011

OLB award ...

Mekasih pada DLL yang berada di UK Heights kerana sudi menghulurkan OLB award pada blog Al-kisah. Sebagai editor-in-chiefnya, tentulah I rasa kembang lebih dari semangkok.

Ucapan ikhlas dari penganjur berbunyi "jangan ada benci pada potpans, hehehehe " dan "diorang rock tapi lovely. Ko boleh imagine?".

Mengulas ucapan penganjur:
Sesungguhnya takde kebencian dihati pada pots n pans lebih2 lagi I dah plan nak usha TB (bukan Tea-Bag) belikan iPot n IPan sempena my besday yang bakal muncul tak lama lagi. I suppose iPod/iPad takde beza dengan iPot n iPan, kaaan?? :-)

Anyway part 'rock tapi lovely' tu, takyahlah dielaborate nescaya terlebih elaborate nanti terus jadi tak rock n lovely. Siapa yang rugi? I jugaaaak kang..


Masa dapat award yang sama dari Aida n Mira dulu, I tak buat soalan '7 perkara berkenaan diri anda'. Masanya dah tiba untuk membongkar rohsia diri, kekdahnya ... harrr3 <- bukan gelak tapi bunyi guruh!

1. tak suka kuah, nasi atau apa2 terkeluar dari pinggan/mangkok semasa makan
2. suka lipat baju tapi tak suka lipat baju. Sila konfiuskan diri masing2.
3. suka golek2 atas lantai
4. sebut 'dessert' aje dah mula nak pengsan
5. tak suka habuk tapi habuk tetap datang kepangkuan. Menciiii...
6. susah hati/risau tahap maksima
7. sedih bila hari mendung
8. am very approachable but blame it on the weather jika ada kemungkaran
9. ehhhh.. naik syok pulak. Cukuplah dah beri 1 bonus tu, kaan?
.

Wednesday 18 May 2011

of email, death n food ...

Menaip sambil menyuap roti canai bersadurkan kuah kari ikan kering kurau <- harus elaborate, hehe.. (btw, it's ikan kering kurau or ikan kurau kering?) .. terkunyah buah tomato lembik longlai dah sebati dengan kuah, nyum2! Tahap kemasinan ikan kering tu semolek2 masinnya taklah serupa ikan kering tertumpah garam sekontena nasional. Ikan pemberian Ndja masa dia kesinun. Mekasih.

Checked email pagi tadi just to delete scam messages yang boleh menyemakkan fikiran. Sakit hati pun ya juga sebab macam2 message ada walhal satu pun tak membawa kepentingan pada kehidupan rohani dan jasmani. Yalah... perlu ke I pay attention kalau message tu kata "blablabla 8 inches?" .. Waddehek! Ada plak nak menjual pil V, waddehek sekali lagi. Kalau pil V, and that V is refering to Vanilla for cake making, minat juga I nak beli tapi paling sentap bila diorang guna my own email ID to sell the V pill to who else but ME, waddehek?!?

Ya amfun sebab dah teroverzealous berwaddehek plak hari nih. Had I sentuh kelembapan fb, lagilah kerap I berwaddehek.. *sambil usap2 dada*

Hilang rasa geram terus mata berkaca2 bila dengar clip video Forever n Ever (D.Roussos) sent by my youngest brother. Katanya dia 'rasa cam terbang over our JP house' bila dengar lagu tu. We share the same feeling almaklum tempat jatuh cam nangka busuk lagi dikenang, ni kan pulak tempat bermain, memanjat dan melontar boomerang .... kan?? In fact DS.Aini rendered the same song in Malay, sedap sangat!

".... scattered pictures of the smiles we left behind, smiles we gave to one another, for the way we were ...." ... huwaaa...

The same brother told me that DM, the husband of the late DOA just passed away. Innalillah. The family has to endure 2 deaths within days, masyaallah. I remember both of them very well, firstly because DM's parents were family friend, and secondly the fact that DM married a singer cum teacher and Bak n Mak attended their wedding made it all worth remembering (literally speaking). AlFatihah.

Ekceli I sedih bila terima berita kematian my sepupu, the youngest of 11 siblings. Apparently she died in her sleep soon after dawn. My other cousin beritau, aruah was suffering from cronic diabetes and that she was already blind for quite some time. Mudah2an tempatnya disyurga firdausi for she was 'anak istimewa'. AlFatihah.

Apam pisang nih dikukus 2 hari lepas. T kata dia tak berapa suka versi kukus. Dah resipinya suruh kukus, kita kukuslah. Kan tak elok mendherhaka pada resipi? ekekekee..

Selama I buat muffins or cc pisang, rasanya macam tak pernah nampak urat2 hitam tu menjelma begitu rupa (sila jeling gambar) tapi bila dikukus, wah komain lagi meriah sungguh urat2 hitam tu menonjolkan diri which I like! I like! I like!

Teringat zaman dara sunti dulu, kalau tak kerana malu dan segan, mau aje tiap2 hari I pergi warong Pak Itam beli apam pisang kukus, kek gula hangus atau seri muka. Sampai sekarang I masih malu dan segan, heheh.. dan masih setia minat dengan semua kuih yang disebut tu.


Khas untuk YatMaria diKotaSinga, roarrrr ... Nilah rupa mee sifut, hehe. Texturenya keras tak serapuh cik Megi.


The look-alike belacan is actually the oblong burger buatan cik Ram Li khas untuk tatapan cik Ja dengan ucapan "masak apa hari nih untuk bonda tercinterrrr?". Ekekeke..

Kejap lagi this so-called LOL is going out for grocery shopping, yipeeeee (beryipeee bukan sebab suka keluar cari barang tapi beryipeee in great anticipation of another bout of jelen2 ceri meken with my siblings tomorrow, yehaaaa).

Monday 16 May 2011

Tarmos aka flask, makan n such ...

Alamak! masa menaip nih baru teringat I tak beri ucapan pada my SIL n her hubby sempena Hari Guru. Bersms dengan dia tadi asyik tanya camana nak masak mee sifut (MS) terus tak ingat langsung! I was a bit upset when SIL says MS tu sedap digoreng begitu saja atau dibuat pengat (?) walhal I dah confidently rendam 4 keping untuk dibuat mee goreng. I tanya my SIL cara masak MS sebab dia yang beri MS tu (as buah tangan masa anak dia datang 2 minggu lepas).

Punah harapan gua maka dengan hormatnya 4 keping MS tu dibubuh dalam plastik terus dump masuk freezer diiringi ucapan cold dreams ok? Sebagai penggantinya, I goreng bihun putih tanpa sawi tapi dimeriahkan oleh kehijauan daun bawang. Dah tu aje yang ada. Rencahnya daging n kek ikan kurun ke-19. Sekian.

Tengahari tadi bila TB jelajah supermarket beli makanan kucing, kopi dan ntah apa2 lagi (termasuk mag GoodFood for me), I pulak hantar T balik kemarkas. Budak tu ngada taw. Dah TB cuti, I suka aje kalau kita yang hantar dia balik tapi dia pulak excited nak bawak Aga kat highway so hajatnya I perkenankan. Hala balik, I ketaq drive sensorang tapi soon after terasa cam best aje sebab Aga punya 'pick-up' amvoimak cun! *sori Ara, I terpaksa puji Aga*.

I tiba rumah just in time menyaksikan heroku tengah unload barang2 yang dibelinya. Lepas solat zohor kita keluar ke SubPred nak cari a new flask aka 'tarmos' sebab tarmos lama yang TB dah guna lebih 8 tahun dah koluinnalillah (tarmos untuk isi air panas as bekalan ke ofis), haha.. tuannya dah tersilap letak atas kabinet dapur, tarmos tergelincir kelantai, prrrang! verkecai.

Ekceli minggu lepas TB dah beli tarmos lain menggantikan yang berkecai tu. Ingatkan bagus bebenar tapi hancus sebab air panas cepat sejuk. What the...kan? maka pencarian tarmos pun bermula. Kali nih kita dah pasti nak beli jenama Thermos *terbukti sejak turun temurun jenama tu boleh diharap*. Tarmos yang berkecai dari Thermos juga.


Nak cari tarmos pun boleh meleret2 bercerita, ek? ekekeke. Anyway, TB went home a happy man grinning from ear to ear as he got what he wanted, a 1 litre Thermos flask. Orang Melayu, at least my extended families always refer a flask as tarmos. Now I know why ... if orang dulu2 sebut Change Alley (in Spore) as Chenchali maka tak heranlah kita panggil tempat simpan air panas tu tarmos. Dah jenamanya Thermos, kaan??

Dah penat nonggeng2 cari tarmos thethuai, perjalanan seterusnya haruslah ketempat makan. OTW to rest. chic rice, I singgah McD beli sundae perisa terbaru (caramel banana) afdal dimakan semasa menunggu makanan tiba.

Dah lama tak makan kat rest. chic rice nih. Menunya boleh tahan meriah. TB had chic rice, fish ball soup, nata d'coco n kopi. I makan sepupu sepapat wantan dan sup wantan udang. See? No rice and no drinks. Berjimat kekdahnya, heheh.

Tengahari semalam since T masih ada dirumah, kita makan tengahari kat Bamboo Garden. Kita bertiga skip rice tapi TB order mee gemuk hitam.

I punya buttered prawns tiba dulu. Diratah aje tapi lebih ummph kalau makan dengan nasi.

Sedang TB menikmati mee gemok hitam dia tu, kepak ayam goreng pun tiba. T n me cukup perihatin, kitorang tolong ringankan beban TB menghabiskan kepak ayam tu.

Akhir sekali pesanan T pun tiba. Sotong goreng tepung diratah begitu saja.


Musykil tak kenapa T and I ratah lauk aje? Bukan sebab berdiet tak makan nasi tapi sebenarnya T dah makan nasi dengan leftover lauk2 dan I dah makan lebihan pizza sebelum kita keluar; lagi pun tak sampai hati tengok TB makan sedap sorang diri, maka tulah kita temankan. Katanya sharing is caring, tak gitu?
.

Saturday 14 May 2011

Bila jari jemari kembali menari waltz ...

Tak semena2 semalam jadi 'wordless Friday' pulak, hehe.. Sekali sekala blogger dot com buat kerenah cam tu bagus juga, jimat sikit dakwat kibod I *duh*.

I thot TB cuti hari nih, rupa2nya tak so for lunch tadi I masak sambal sotong kering, ikan (rebus pastu digoreng) masak lemak (guna 7 biji cili padi n 2 biji cili hijau) campur tomato n kacang panjang (save takyah masak sayur) dan goreng 'feather anchovies' (Ndja bawak dari Sabah). Kombinasi lauk yang thethuai untuk thedawa 'errrrk' kuat giler, hehe...

Tengahari tadi dah makan nasi, malamnya I buat pizza guna lebihan dough minggu lepas (susah juga kalau dah half Melayu half Italian nih ek?). TB tetap makan nasi and as for T, both nasi n pizza dia ngap (macam tak reti kenyang boleh tanya ada dessert tak). D pulak pergi memancing. Kalau dapat ikan keli mahaplah tangan nih tak sanggup menyiangnya.

Bulan lepas I beranikan diri beli seekor ikan sembilang, siap dibuang organ dalaman dan dibuang kepalanya sekali (me no like ugly fish head, u'olls). Ikan menggelongsur dari tangan sebaik saja dibasahi air. Since it wasn't nice to the touch, dear ikan sembilang was ushered into the freezer for indefinite period of time. Sweet dreams!


I baru tau cik Ram Li ada jual oblong burger. Rasanya pun lebih sedap dari the normal round one so pizza kali nih I taburkan aje burger yang dah dipotong kecik2.

Bahan2: tomato, capsicum, bawang, oregano, mozzarella, tomato puree, sadri n oblong burger. Pendek kata, bubuh aje apa yang kita suka. Takde orang kisah pun, heheh..


Tak kuasa nak simpan lebihan cheese so habiskan aje semuanya. Punyalah tak sabar nak grate cheese halus2, maka afdal grate lebar2 cenggitu.. Jimat masa dan tenaga.


Apa plak nih? Semua tu pemberian Teh n Ndja, ole2 dari Bandung. Hadoiiilaaa.. siapa nak habiskan mende2 tu semua??

Dalam plastik oren ada ikan bilis 3 saiz, ikan kering dan udang kering XXL (Ndja beli diSabah). Yang bulat2 tu macam keropok. Dalam plastik kat tengah tu tersembunyi segala jenis manisan (khas dari Teh untuk adik ipor dia yang suka berdessert lepas makan). Bekas lutsinar sebelah kiri tu ada macam2 jenis kuih (yet lapis Swak yang Ndja beri bulan lepas lum dicuit lagi). Dalam plastik line biru tu ada 2 telekong for me n T. Last but not least, tak sah kalau tak dapat fridge magnets, kankankan? maka I dapat 3 biji. Mana nak letak FM tu semua? Pening I!

Pagi Jumaat meluncur ke SA dengan Aga. If only Aga's driver seat is as high as Ara's, alangkah indahnya donia F1 CikSom nanti. Tulah satu2nya perbezaan ketara yang kurang selesa. Apa pun, kenalah cari jalan camana nak tinggikan tempat duduk samada guna jer kusyen atau kemvangkan lagi ukuran vontot. Mana satu lebih sesuai?

P/S: Ara .... tuan baru ada bawak mandi sabun tak? *macamlah tuan lama selalu mandikan dia pun?? Tulah sekali tuan lama bawak mandi sabun just before Ara beralih ke tuan baru*. Well.. at least I rasa puas hati that I did something good for Ara before we parted ways *sob*
.

Wednesday 11 May 2011

Hoooray ... kita hepi!

Morning is supposed to be my best time of the day but somehow lepas breakfast makan leftovers mee bandung, I bukannya bertambah bertenaga tapi rasa lesu cam nak zzzzzz aje. Why oh why?

Dari mana asalnya mee bandung? Kebetulan sekarang nih Ndja n family + Teh are in Bandung. Komain lagi diorang tu asyik berjalan makan angin aje. Msia nih dah kekurangan angin kot? Perut kembong kang baru tau, hawr3 <- stetmen/gelak cemburu. I dah sarankan kat my sistas to carik sampai dapat mee bandung di Bandung. Kalau tak berjaya, jangan lupa belikan I 1-2 helai blouse kat factory outlet,

Almost 3 tahun I berulang alik ke SA tanpa disedari. How time flies and I think (yes I thinklaaa), my driving skill somewhat improves, auwww. Sebelum kereta meluncur, I dah siapkan cash - 2 helai RM1 dan 2 ketul syiling 10sen or else I'd end up feeling very inefficient. Perfectionist kekdahnya? hic! Hp harapan letak atas dash board dan handbag diselitkan sebelah kanan close to peha and almost close to ketiak, hehe. Ini adalah langkah keselamatan ya kawan2.

Lama juga I hulur2 duit tunai bila lalu kat tol tu which I think is a waste of time. Bila ada promo RM30 T&Go, I terus sambar. Lama juga I guna T&Go nih dimana pada pendapat I sangatlah produktif tapi terpikir juga kat minda yang kadang2 baik, kadang2 jahhat nih .. Why doesn't TB bought me one STag? Of course dia guna tapi tiap kali I nak ke SA, tak pernah pulak I nak pinjam his STag.


Tulah kan? Berkat sabar (betul tak tipu, sesungguhnya ada bendanya yang I memang sabar menunggu/menanti, hehe), tetiba semalam TB bitau dia dah belikan I STag, yahoooo... tapikan tapi, I buat2 mahallah pulak "ehhh.. tapi you kan dah belikan ..................". Pastu dia kata apa taw?? Hehe.. dia kata "yang tu adiah eniverseri yang nih hadiah mother's day". Alhamdulillah <- konon baik alim jer but in reality lonjakan dan lompatan dah mencecah siling, okay? ngeheheh.. bbpj!

Semalam I terima panggilan dari telco 012. Since dah bertahun2 I guna pre-paid maka it's about time they offer me post paid plan. The plan sounds interesting but my heart says no, not at the moment. Letih jugalah cs staff tu explain macam2 to convince me tapi tulah dengan I nih, the more you convince me, the more I will run away, hehe..

Sama gak bila I nak beli makanan dari tempat lain dari biasa w'pun makanan tu dah biasa dimakan. Bila I tanya "sedap tak?", I was hoping penjual tu kata sedap tanpa teragak2 tapi kalau dia beri senyuman kerang busuk dengan jawapan/gesture yang negatif, for sure I beredar (tak beli sebab sipenjual tak tau produk sendiri tak kiralah dia pekerja atau boss).

Bab makanan, I am a risk taker. Kalau penjual kata sedap but it is worst than my cooking, I tetap redha n pasrah. Nih mengada ke saja buat2 pelik? hehe.. mengada kot??

Monday 9 May 2011

Keudara penuh karisma, heheh ...

Selamat pagi, dah breakfast lum? Pagi nih I makan roti canai diimport dari K.Tinggi hasil produk kaum ibu Felda (sori kaum bapa, maybe tekaan I silap). RC diberi oleh my SIL thru anak dia yang bertamu hari tu. Kualitinya boleh dipuji, garing diluar, lembut didalam .. sedap!


RC dicicah dengan lauk beriani daging transparent yang dimasak semalam. Kiranya on mother's day, I tetap myth-ali seperti biasa, masak untuk keluarga *hahahahhh bbpj*. Cuaca panas maka haruslah berjauhan dari api dapur so masak 1 lauk aje adalah langkah yang bijak! Lunch makan nasi B, lauk daging B, leftover bergedil n acar timun/tomato, cukuplah tu. Burrrp, alhamdulillah...

Fri/Sat/Sun:
Malam Jumaat menguli tepung konon nak buat base pizza. Masa tunggu dough mengembangkan diri, I pun tidur dengan 'lenyak'nya. Tidur punya tidur tersedar pukul 4 pagi. Alamak, apa dah jadi dengan dough yang I simpan dalam mw tu??

Dough dah terlebih kembang tapi rasanya tidur lebih baik dari menguli. Patut tumbuk2 aje dough tu biar lesut dan simpan dalam freezer aje, esok lusa tulat boleh sambong kerja. Tapi tak sangkha semangat cikSom begitu kenthal dipagi subuh yang sepi so jadilah pizza sebelum azan subuh berkumandang ...


Lepas solat subuh (auwww alimnya I, hehe) ada 2 lagi misi yang perlu dibuat. Rebus nasi empet dan rebus kentang untuk dibuat bergedil. Selalunya I goreng aje kentang tapi kali nih suka nak rebus plak. Air baru dijerang suam2 kuku, aaarrrghhhh.... gas pulak habis. Memang dah jangka gas akan habis any time maklum dah diguna 3 bulan. Nasib baik ada spare ...


I terlebih rajin sebab T-lah. Dia mintak tolong Teh's maid masakkan kuah soto orang seberang, soto yang guna bahan2 'rahsia' (tak minat nak tau bahan2nya nanti I kena masak) termasuk santan, daun limau purut dan perahan limau nipis. Dah kita mintak tolong orang, kita kenalah jaga water face kita, tul tak? Tulah I buat begedil dan rebus sikit nasi empet bawak kerumah Teh. I drill T to mince the meat, hehe. Dia tanya kenapa I tak beli aje minced meat? Ada 2 sebab tapi I bitau dia satu sebab aje.

Semalam mother's day, ada sesiapa yang merajuk sebab orang tersayang tak ucapkan apa2? hehe.. merajuk jangan tak merajuk. Mana beshhh kalau tak merajuk, kan? tapi janganlah merajuk lama2 sampai tak makan dan tak minum, rugi taw tapi kalau tak mandi takpa, boleh jimat air untuk siram pokok munger :-)

Sempena mother's day, D bermurah hati beri something for the kitchen. Sajalah tu hinting suh I kedapur selalu kot? hehe.. Anyway, is it difficult to be thoughtful? No, it isn't.

Psst.. tapi abahnya macam tak berapa ingat, hehe.. (but it's ok... me gud gal, never merajuk one).

Well... macam dijanji2 pulak on mother's day, sikunci nih menyerah diri. Alhamdulillah tapikan tapi I am not at all happy cos the thought of driving Aga scares me to the max! What's wrong with me?

That penyu is like telling the world that I shall deal with Aga seselow penyu. Where are you Ara??? helllpp...
.

Friday 6 May 2011

Tetamu, pisang, bola, sem puding ...

Bila tetamu datang bertamu w'pun sehari maka kerja yang biasa dibuat somewhat disrupted juga. First n foremost, keadaan rumah haruslah sedap mata memandang tapi tak mudah nak kerah tulang empat kerat orang al-maklum masing2 ada tugasan lain...

.. tapikan tapi I pun ada tugasan lain juga.. I pun kena masuk ofis, tengok incoming mails, tengok siapa menegur I kat fb, jengok-baca-komen blog kawan2 dan paling membimbangkan is when I can't berkarya (for crying out loud walhal baru sehari dua jer tak berkarya, heheh).

Yang bertamu tu was TB's nephew, datang dengan kawan all the way from KT (southern region). Nephew tu sama umur dengan T. Dah ada sebiji kereta so masa cuti sem nih dia cuba drive sendiri menziarah sedara. I hope T tak merengek nak buat benda yang sama drive dengan kawan jalan2 makan angin samada ketimur, barat, utara atau keselatan. Drive ke SA-PJ aje dah, muktamad! *snigger*

Satu malam tu kita bawak tetamu pergi dinner 'open air' konon2nya makan dibawah cahaya bulan dan kerdipan sang bintang *berangan romantika d'amor kejap*. Tengah sedap makan dan berbual2 tetiba "heiiii.....gedenggang....Maaak!!" <- bunyi sepontan.

T berteriak 'heiii' sebaik saja nampak sebiji bola about to land kat meja kita. "Heiii + gedenggang" buat I terperanjat terus "Maaak!!" dalam keadaan blur. Meteorkah yang jatuh itu? kah3. Macam tersedar dari mimpi (cewah), sedar2 I dah pegang bola and by then pekerja kedai datang ambik bola tu dari tangan I dan serahkan pada budak yang membuat onar, kah3.

Anak siapakah itu yang tidak tau meminta maaf?? Well... tulah jadi tajuk perbualan kita malam tu. Patut tak emak ayah budak tu disalahkan bila anak buat hal? Digress sket.. bila anak tak reti ucap terimakasih, nak salahkan siapa??

Nasib baik insiden berlaku tatkala pinggan I dah almost licin tapikan tapi basah jugaklah part of my blouse n pants dek tumpahan teh-o ice.... aah.. sejuk seketika rasa pehaku *grin*. Tak dapat bayangkan sekiranya bola landed kearah timur dimana TB sedang menikmat mee sup panas berasap. Ayoooooo, dare not imaginelah.

Anyway, breakfast pagi nih disamping makan jemput2 pithang (TB belikan masa balik ofis tadi) I juga ngap sebiji muffin pithang yang dibuat semalam untuk tetamu tapi malang rasanya kureng umph n texturenya pun nyampahlah!

Somehow I know why... firstly harus put the blame on the banana itself sebab karektornya yang kurang 'rasa pisang' (should have used pisang emas dibawa belayar), and secondly tentang texturenya yang kurang gebu sebaaab *berbisik* I tak ayak tepungnya, hic!


I nih pelokek okay? Rasa macam membazir aje bila guna acuan kertas kapkek yang cantik dan mahal2 tu walhal lepas makan terus dibuang aje. Lainlah untuk hidangan dimajlis tertentu, sebagai hantaran kawin atau busuk2 pun untuk photoshoot? haha.. the practical side of me is speaking now, heheheee.. <- sambung lagi gelak sumbang.


Petang semalam cuaca alam tersangat indah maka pancaran mentari afdal diabadikan sebaik mungkin pada muffin pithang yang ala2 itew. Photoshoot berlaku ditaman sekangkang kera tatkala burung berkicau riang ... Nota: pinjam taman jiran *sambil senyum tawar*


Dah minat pisang, so apa lagi nak kata ek? Buat nih last weekend for T to bring some for her friends. T mengomen muffin yang I buat semalam tu "Umi nih buat ikut resipi tak Mi?". Jawapan I simple aje "Mmmm...."



Ni pun dibuat last weekend specially requested by T tapi oleh karna I buat 'silap waktu' maka tak disentuhnya langsong semolina pudding tu (2 beranak keciwa n hampa). Yalah merajuk pada yang kasih pulak2 tu merajuk dengan emak sendiri tapi nak tanya sket, keras hati nih ikut siapa ek?

'Silap waktu' tatkala dia dah nak balik ke SA, I baru terhegeh2 mengacau pudding walhal dia dah kata nak makan banyak2 dan puas2 beberapa hari sebelum tu (a treat to herself sempena khatam quraan). Ekceli bukan T aje yang idamkan puding tu malah my 2 nieces pun asyik hinting nak puding yang sama. Kesian diorang ek?

... tapi dah Umi n mak sedara diorang bermiddle namekan 'procrastinator', nak buat camana? Tu pun nasib baik bukan 'terminator' atau 'exterminator', kan?
.

Wednesday 4 May 2011

1/2 day of WW ...

WW vukan world war tapi wordless wednesday ... alaah cam tak tau plak, hehe ...

.

.

.

.

kenanganku bersamamu ...

.

.

.


dan mungkinkah pengganti Ara

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

yang nih?

.

.

.

.

.

.

Gambar lama body ada sikit molek

but now dah sama besorr dgn pokok tu

huwaaa....

.

Tuesday 3 May 2011

Goodbye ...

Kesedihannya masih terasa2. Tak tau macamana nak ukur kesedihan nih. Kalau gegaran gempa bumi boleh diukur guna Richter scale tapi kesedihan kami sekeluarga nih memang tak dapat diukur dengan mana2 alat.

Tiap pagi bila bukak tingkap depan, selain tengok kucing dan tupai, 'dia' ada aje kat depan tu tapi dah 3 hari dia takde. Semalam I tanya TB dengan niat bergurau tak berapa nak bergurau "dia buat apa sekarang nih ek?". Jawapan TB buat I lebih sedih "kalau dia ada, sorang pun tak kisah" tapi cepat aje I jawab defensively "ehhh.. sape kata .. I kisah".

'Dia' yang dimaksudkan ialah dia yang banyak berjasa dengan I sekeluarga. Banyak sangat kenangan indah disamping kenangan masam manis selama bersamanya. Nak tulis nih pun tersekat2.. terpandang2 wajah dia ... ishhh... stop it, sampai bila nak bengkakkan mata? Terlebih airmata ke?

Almost 11 tahun bersamanya, of course kita dah anggap dia sebahagian dari famili. In fact I would consider her as my youngest baby. Bila dia sakit, cepat2 kita hantar ke 'doktor'. Selalunya doktor mesti charge beratus2 lemon tapi takpe kalau tu menjanjikan dia sihat untuk terus bergerak menabur bakti.

Dear baby Ara ...

I love you so much but I can't keep you forever. It's about time we got you someone else to take care of you. Who knows maybe that someone can take care of you a lot better than us. If I have my way, I would have kept you for as long as I live but I just can't. I hope you'd take care of yourself and be humble to your new owner. Don't give him unnecessary problems, ok?

*pause sob3*


Baby Ara, soon after we bid our final goodbye, T and I cried as though a member of our family has died. We cried n hugged each other real tight. Abah n D were equally sad but you know men being men, their tear ducts seem malfunction.

I have so many things to write about u, u n me, u n t, u n d, and of course you n abah, but suffice to say now that we all love you very much and miss you terribly! Ara, promise me that you be good, okay?

.