Monday 31 January 2011

Musibah n hikmah ...

Time checked: 3am.
Baru 3 jam beralih hari dari Ahad ke Isnin tapi macam tak sesuai nak sebut 'semalam'.

@2pm yesterday I went out on a lunch date with a friend n her tiny tot, Hani. T was going out to OU about the same time so I gave in and let her use my car. Kerja emak memang kena mengalah selalu ke? Next time dia kena book seminggu in advance!
.
Dah jadi habit T sebelum drive jauh, dia mesti check status minyak. Kot status minyak nyawa2 ikan, dia mesti isi minyak dulu, balik rumah pastu barulah bersiap. Satu kerja pulak, kan? tapi dia ada sebab tersendiri kenapa dia buat cam tu *pap dahi*


Lepas ensure semuanya ok, konfiden bebenarlah dia tu tapi bila dipulas kunci keta .. ngehhekhek.. tetiba lemau jer bunyinya. Sesi whining n blaming bermula "Umi tak start keta eh? blablabla" (dah 4-5 hari I tak keluar jjcm/jjcl, camana I nak start keta?). Kalau dah bunyi lemau cenggitu, tentulah angkara jahhat sibateri, tul tak? Upon checking, dah guna bateri tu since Oct09, patut pun lemau..

Dalam kelam kabut tu, I tak cepat mati akal, feewit. I terus fone Lee workshop mintak tolong mekaniknya mencemar duli, ahaks. Secepat kilat, muncul 2 mekanik naik motor terkedek2 bawak bateri baru. 2 kali mekanik ulang alik balik workshop sebab lupa bawak spanar dan tukar bateri sekali (silap bawak saiz). In a jiffy bateri siap diganti, kalau tak mesti ada yang mengamok ganas serupa cyclone Bianca Jagger, hehe.

I dah buat deal dengan sorang mekanik tentang bayaran tapi bila berdua tu nak balik, I somehow macam paham aje apa sorang lagi mekanik tu cakap kat kawan dia; mesti dia tanya "ehh tak bayar kerr?". I pun menyampuk "haaa... nanti loh kong bayar, thank you".

Selesai semua tu, barulah I berganjak ke Summit dengan my friend. Makan ayam penyet aje. Sebelum balik singgah ke McD beli pwospewity burger for cik loh kong. Tiba rumah by 5pm n kawan tu singgah sekejap until 6pm sebelum dia ke airport jemput loh kong dia balik dari sinun.

I selalu bitau T, bila2 something happens not to our liking, do refrain from whining or blaming other people. Suka tak suka, kena redha juga sebab Allah tak beri musibah pada orang yang lemah (mesti ada hikmahnya).

Banyak kali I sms T masa dia kat sana. Tanya bila nak balik, cermat bawak keta sebab hujan, blablabla. Well.. she reached home almost 9pm. Much later masa kemas her handbag, dia perasan sekeping note 50 dah hilang. Dia baru ingat duit tu dia simpan dalam poket pants and that it was possible the money could have been dropped at the surau. Kali nih dia cool aje n boleh duk senyum simpul lagi. Dah takde rezeki dan dia redha w'pun RM50 boleh beli macam2 .. tako, tutti frutti, aiskrim, subw* sandwich ...

T's 'what if' theory .. kalaulah kereta tak buat hal, mungkin dia ada masa singgah SS19 untuk beli facial cream yang sama harga duit yang hilang. I told her if only she got home before Maghrib as I advised her to, the money would've still be in her pocket as she would definitely be praying at home.

Praying with the pants on is not comfortable so she took it off and put on the telekong instead. Maybe that was the time the money chose to slip out from the pocket. My point is, why did that happen during Maghrib prayer and not Asar?

Bateri keta lemau masa keta masih dirumah. Buatnya bateri tu melemaukan diri masa kat highway ke, kat parking lot ke, camana?? Dahlah dia sensorang, hari malam, hujan pulak tu. Masyaalah .. Allah is great!

Moral of the story: Listen to your Umi, noktah!

Friday 28 January 2011

Sentap vs santap ...

Sejukan hati dan tekak
.
This morning while preparing apam bakar, with just a question asked n came the not so terrific an answer, I terus tersentap. Macam nak majuk lari ke BBBB. Ada aje yang tak kena bila estrogen n progesterone tak in sync, ek? Ekceli I plan nak nangis esok lusa (kompol segala gundah gulana, one shot nangis biar berbaloi2) but it was never meant to be. Kilang airmata dah penuh kot?

Bila dah sentap cenggitu, mulalah cari allies yang non-judgmental. Kena luahkan juga isi hati tak kiralah kalau silap tu datang dari cik adik yang manis nih, hohoho! Sebelah tangan pegang hp, sebelah lagi pegang sudip maka bercucuranlah ... Nasib aar kalau airmata termasuk dalam kuali, lemaklah jadinya apam bakar tu nanti. Manis campur masin = lemak.., kan?

Tak sempat airmata meleleh masuk kuali I dah kesat dengan tea towel, nih yang paling dekat. Tak pun, guna jer leher baju *selalu dipraktikkan*. I suka letak tea towel atas bahu ala mamak masa beraksi kat dapur. Senang nak lap tangan dan senang juga nak lap dot3 bila diperlukan, harharhar.. Ramai dah kembang tekak ke? kiah3.

Now dah pukul 2 ptg I masih lum masak. Mana nak carik esbok magik? Lunch semalam I masak sup daging (kentang/celery) sa..ha..ja! For dinner I added another lauk, sotong gor salut tepung. Dah cukup rajinlah tu. Imagine proses nak bersihkan sotong ... quite cumbersome taw but I miss cooking n eating sotong masak hitam. Kalau masak pun, I sorang aje yang ngap so no point!

Patutnya I berluncheon dengan my kuncu2 kat Empire St*te Build*ng sana tapi terpaksa kensel cos I thot I'll pick T from SA. Since T n I sama2 majuk, both of us stay put; she's over there n I'm over here at home. Since the incident about a week ago, my mood kurang menawan.

2 days ago with much enthusiasm I made an appointment at the SS but I cancelled it 22 hrs later without giving any excuses. The valid excuse would be I have this phobia. What if during my presence there, segerombolan penjahat suddenly ambush the place. Whoaa.. that alone sends shivers to my spine. Sometimes I hate it when I have 2nd thought like that. Hate it!

OKlah u'olls, times up. It's time for me to be productive. Time to be creative in the kitchen, but where is my kitchen? I can't seem to find it!

Wednesday 26 January 2011

A.C.A. ... apakah?

Macam tak percaya dapat Awesome Chef Award dari Aida. Gemuruh juga bila naik stage ambik award tu tadi. Ramai giler chef2 luar negara yang datang memeriahkan majlis.

Awesome Chef Award diberi nama.. Best bunyinya tapi penerimanya tak berapa rasa dirinya awesome, tapi dah keputusan hakim muktamad *sambil cuit2 tepi hidung*, I terima dengan ucapan terima kasih daun keladi ... (malu nak sambong pantun tu).

Sekali sekala kalau dengar komen dari T or D tentang masakan I, tentu ada yang hantar memo bantahan secara besar2an pada tuan hakim atau siap buat sepanduk "CS tak layak!", tapi dah kata tadi keputusan hakim adalah muktamad, kan? heheh.. maka sila beri tepukan gemuruh pada saya.

(Aida, nasib baik soklan ciput2 aje, bolehlah I taip tak guna fungsi 'copy paste', and since you dah padlock ruang blog I takleh copy apa2, tetiba datang idea vijaksana-sini camana nak copy award kesini.., hehe).


1. Apakah masakan pertama yang anda masak dan bilakah anda mula memasak?
Masak sambal tumis udang guna kuali mainan paling cenonet dalam dunia. Kiranya boleh masuk carta terpegun Msian Book of World Records. Masa tu sekolah rendah lagi. Ndja, Nora (jiran) n I curi2 masak tanpa pengetahuan Mak n Chik. Bukan aje curi2 masak, bahan yang dimasak pun hasil curian dari esbok Mak, har3. Bila rahsia kita terbongkar, that's it! Mak/Chik tak restu kitorang main masak2 cam tu sebab takut baju gown kitorang terbakar sama. Kalau kita cacat, mesti takde jejaka tampan yang ingin atau sudi ajak kita naik pelamin sesama. Whoaa.. sungguh jauh visi diorang ek? Hebatlah ..

Minat memasak (apa juga) memang terpahat di jiwa, cewah! Masa muda remaja dah cuba buat roti French Twist (keras berdegar), jem nenas (hancuss), biskut (disaster) dan mcm2 lagi kenangan pahit manis yang dilalui termasuk perli dari abang2. Pakat masak bihun goreng Spore dgn Ndja.. macam tak cukup minyak so kita tuang dan tuang dan tuang ... *pap* tepuk dahi.

2. Siapa yang menggalakkan anda masak
Siapa?? Macam takde siapa aje tapi mula masak for survival. Dah duk jauh dari amma appa, maka pandai2lah nak hidup. Fevret menu tentulah nasi gor (tapi kira oklah juga sebab tanak nasi cara era bawang putih bawang merah cuma I guna hot plate tak guna kayu, hehe). Mak memang tak harapkan adik beradik memasak sebab Mak ada Tok/Chik as her Wonderpets. Kerja2 ringan jer kitorang buat .. buang akar taugeh, buang kepala bilis, siang sayur, goreng bawang merah taraf hotel 5 bintang dan kopek kulit bawang (tu pun Bak always check cara kita pegang pisau..).

3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda
Macam2 masakan, hic! tersedu plak. Dari 3 ahli keluarga yang berlainan selera, maka nak sebut satu persatu masakan kegemaran terasa rumitlah pulak (sebab?? setiap kali masak benda yang sama, rasanya tak selalu sama, haru kan? hehe). Tapi tersangat hepi kalau dapat masak nasi yang ada 1 lauk dgn himpunan manikam didalamnya.

4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung keblog
I pasti semua blogger pempuan yang sudi berkunjung ke Al-kisah memang terror memasak termasuklah jejaka Malaya terakhir itew (dia mesti tau siapa yang I maksudkan), tapi biarlah dulu ehh? Kita berhenti kat nombor 3 aje.

Tuesday 25 January 2011

At last, CBBS comes to big momma ..

I should have tried baking the much talked about Choc-Bot-Banana Squares during the weekend when Ndja n T were around but due to the tenggelam timbul punya mood maka satu habuk pun tak jadi. The only thing I did was just to take out the butter from the fridge n put it back in. If I kept on doing that for one solid month, the butter would have exclaimed sambil cekak pinggang "woittt cik Som.. lama2 kita tengik kang".

Bila butter dah sebut 'tengik', maknanya dia dah marrahlah tu (alaa ... baru tengik belum berkulat pun).

So I gathered my inner strength (semangat dalaman kekdahnya tu) to do it! If only I have someone to help measure the ingredients, tak ke bagus?? Namun I tetap guna kudrat yang ada, I did all by myself (tak boleh suruh TB cos I oredi felt guilty. Dia nak kek oren tapi I buat kek choc pithang. Dia tak fandang sevelah mata!).

When copying recipes of interest, I only have to jot down the ingredients n baking temperature. Malas nak tulis lebih2, kononnya boleh ingat dalam kepala (almaklum can tipu2 one .. menderhaka pada resipi tak dosa, kaan?). Having said that, taklah pulak I sesuka hati memandai. Baca tetap baca..

While lenyek2 the bananas, TINGGGGG!!.. hahaha padan muka. For wanting to save time ala multi-tasking, I have sieved n added all the dry ingredients together with the cocoa powder into a bowl. Apa cerita?? Waddahek (sepatah kata Yat).

I was already into my element u'olls .. (unperturbed by the slight mishap), so I continue lenyek2 the bananas like a professional chef does, har3 *berangan n cemburu giler at those junior masterchefs .. mencii*.

Pisang emas dibawa belayar ...
.

So this is IT! Can't call this chocolate-bottom banana squares anymore as the whole cake is chocolatey! Hadoilaaa .. buat sebijik kek aje dah full of drama, ishh3. Thanks to Anie/Rima for the recipe (saya budak baru belajar, hehe)

Oh yaaa.. I nak berleter kejap. I marah dan tersangat geram bila buku resipi untuk kuih muih Melayu ditulis atau diperkenalkan dengan nama omputih pastu nama Melayunya ditulis dalam bracket. Dah terbalik pongkang namanya tu. Tu sebab nama asli kuih muih Melayu tak dikenali seantero dunia. Hey.. semangat I tengah berkobar2 nih ..

Kita patut kekalkan nama Melayu dulu ---> 'Bingka Ubi (baked tapioca cake) ... Bubur Pulut Hitam (black glutinous porridge) ... Kuih Keria (sweet potato doughnuts)' ...

Walaupun I guna bahasa rojak, kecintaan pada bahasa ibunda tetap tinggi menggunung dan mengaum sampai bila2. Afterall bahasa Melayu dah bertapak lama kat donia, sama taraf dan sama lama dengan bahasa2 gah donia yang lain. Tak caya tanyalah ustaz ... alahai, lupa plak nama ustaz tuu... Sowi.

Monday 24 January 2011

Entry selingan ... menikmati Pavlova

Nama saya Pavlova
.
.
Tertunai juga hasrat ditekak
I sangat suka dessert nih
1st time mencuba I teWus jatuh cinterr
harga sepotong boleh tahan juga
lagi pun duit hasil jual sokabar masih ada
harharhar
janji air liur tak meleleh
.
.
Buat entry selingan sebab masa masih mencemburuiku. TB nak keluar beli kopi power dia n cats food pun nak ajak I. I suka juga sebab dah pasti lunch kat luar nanti tapi niat nak berlibur dan meramble kat blog sendiwi agak terbatas.
.
.
I ada masalah besar, cewah
Kawan2 blogger sudi tag I dan I juga berbesar hati menerima dan menjayakan tag tersebut tapi my netbook nih tetiba takde function 'copy n paste' atau ctrl c/v tu
TAPI I HANGIN JUGA
ada kalanya fungsi tu boleh digunakan tapi tidak didada Al-kisah.
Caner?
How?
.
Well ... wo pu cher taw
Menciii...

Saturday 22 January 2011

I'm bowled over bowling ..

14/1 SMS bertukar tangan ..
Bro: am organizing bowling tournament for our clan - DHL Cup on 20/1 @OU. 2 categories Above/Below 40. Prizes to be won. Pls register ASAP b419/1 "Majulah Sukan utk Negara".
CS: alaa.. kenot attendlah. Diorang kerja n T tak balik.
Bro: thaipuss you keje ke?
CS: kita keje kutip kelapa, har3
Bro: sporting skit, whole house kena participate

19/1
CS: pasal bowling, mintak mahap banyak2.. I malu n tak reti nak main. I play to win, if lose I emo kang. Niway fyi, the men r working n T tak balik
Bro: oklah ma'am. Let me win it 4u!

Tetiba bola bowling berwarna-warni, ngeheheh...

Dia suruh kita sporting skit? Heheh.. sporting banyak pun kita boleh taw .... *errrkkkk*

Nilah I tak berkenan nih.. I baru nak beralkisah tup2 my presence dikehendaki menemani beliau kesana dan kesana. Alahai anak oii ... Umi baru jer nak berkarya .. jus limau kasturi, limau bali, oren mandarin, limau nipis, limau purut semua dah terkumpul nihaaa .. tak sker tau kalau jus nih disekat2 dari mengaleeeeerrr ...

Makanya, terpaksa berhenti dulu .. jumpa lagi *sambil hentak2 kaki cara pempuan solehah*

Thursday 20 January 2011

Good girl still ...

Rentetan dari entry Good girl, nilah hasilnya ...


Bila dough dah membuak2 macam nih, wajiblah ditumbuk2, dipenyek2 dan seterusnya diuli dengan gigih untuk keluarkan angin. Angin bukan jenis poot2 tu taw tapi angin terhasil dari gerak cergas gluten tepung n gas carbon dioxide.

Tersangat afdal kalau kita guna BM atau guna kneader dari mixer yang gah (mcm KitchenAid as it helps us from sweating profusely akibat menguli dgn semangat); or else kalau takde, back to basic guna kudrat sendirilah nampaknya. Just regard it as a form of exercise (tangan menguli sambil hati berselawat).

Cinderella's pumpkin buns


Multi-tasking: since dah bergelumang dengan yeast maka ...


... jadilah apam kukus

n apam bakar
.
Sibuk sket siang tadi.. ada aktiviti keluarga sempena besday nephew. Penatnya terasa macam baru habis menuai n membanting padi. Hari nih segala peluh jantan keluar dengan meriahnya, auww. Shalin Z ... please make way for Somuffins ... (nantikan cerita selanjutnya, cewah.)
.

Wednesday 19 January 2011

Good girl ...

Bila kita tanya baby yang baru paham 'bahasa' "saper gud gal, angkat tangaaaan".. so bila dia macam tak cukup nafas terlompat2 cuba nak angkat tangan kiri ke, tangan kanan ke *sambil air liur menitis2* terus angkat tangan kanan kejap, tangan kiri kejap ... kita pun kata "pandhaiiii anak umi/mama/ ubi ibu/mak/mummy/bonda", kaaaan??

So, bayangkan yang menitis2 air liur dan yang terlompat2 tak cukup nafas tu mmm.... (apa pun, I memang gud gal sejak kecik, ok?).

The quest of multi-tasking continues .... cewah!



In the pipeline: apam kukus, apam bakar n buns. Berjayakah Somuffins dengan semangat TunTejanya yang membuak2 as melambak membuak dough yang bakal dijadikan roti itew?? ergh .. tak reti dan takde kesabaran buat RedWelwetCake, maka semangat PGL ditukar suka sama suka kesemangat TunTeja plak (biaq tuan putewi cucu mak tok kat SP tu maghaahh kat chek, hehehee tak takot).

Disclaimer: gambar2 untuk syok sendiwi, yeahh!

Tuesday 18 January 2011

Multi-tasking ...

Buah bulat2 aka Buah Melaka (takde kena mengena dgn tajuk)
.
Betul ke multi-tasking sebenarnya takde good time management?

Pagi nih I mengangkut 4 benda sekali gus berjalan dari dapur kebilik depan. Kelek tarmos bawah tiak kiri (masih wangee ok?), tangan kanan pegang secangkir neskopi panas, jari kiri diselitkan pada pemegang botol air suam sambil menggenggam 2 sachet kopi. Semua tu harus dimasukkan kedalam beg bekal TB kecuali secangkir neskopi mem debab punya.

Habis tu siapa plak yang buat air kopi untuk TB? Mmmm.. dia buat sendiri (masa tu I lum mangun lagi, hehehee)

Sebelum siap yang tu ..
Jerang air, goreng 2 keping burger, bakar roti atas platter (dah lama tak guna jasa baik toaster atas sebab2 tertentu), refill air suam n air panas dalam bekas/tarmos dan buat neskopi. Sementara tunggu burger/roti sejuk, I basuh apa2 yang kotor dalam sinki.

Ehh.. terpandang plak beg plastik sampah. Nih yang geram nih so cepat2 I ikat kemas2 sebelum ada makhluk-tak-asing masih nak buang apa2 w'pun nampak plastik tu dah penuh, haishh.. Rasa dahagalah pulak, dah buat neskopi tapi nak juga minum jus sejuk (kan?). Bukak esbok, capai botol, tonggak jer! Ooops, tak sopan ek? Esbok kecik pemberian Ndja takde fungsi defrost sendiwi, so I tekan conet bior salji dalam tu cayerr.. heheh.

Sebelum buat yang wajib untuk diri sendiri, I masukkan bekalan dan kasih sayang dalam back pack TB. Sebaik saja dia bertolak keofis, multi-tasking untuk fasa pertama pagi ditamatkan dengan harapan 'esok masih ada mentari', insyaallah.

Fasa kedua bermula soon after selonggok baju masyem dimasukkan kemesin basuh. Pastu ON tivi dan terus 'masuk ofis', heheh. Harus dijawab dulu komen pembaca sebelum keluar entry baru (dan harus merayap keblog kengkawan untuk baca komen dan ceritera diorang juga).

Masa tengah ralit tu teringat pulak .. corong air tak dimasukkan kedalam lubang water outlet masa ONkan mesin basuh .. aiyoooooo dah terlambat, belandong bilik basuhan tu jadinya. Aaarghhhh menciii! Nak salahkan siapa?? Salahkan tupai jerlah ..

Moral of the story. Multi-tasking tidak digalakkan semasa mengadap blog (sendiri punya atau orang lein punya <- cakap Kedah slang Ja).

Monday 17 January 2011

Bahasa rojak kembali ...

CikSom kembali menjadi diwi sendiwi, heeheeheee.. (terlebih suka maka dilebihkan vowel).
.


I tampal gambar mee gor just so you all will say "ehhh CS, rajinnya yewww?", walhal mee gor tu was my bfast/lunch semalam, haha gotcha! <- cewah! nak berguwau senda plak dia......

Yesterday was an ideal Sunday for me. TB had lunch date with his staff yang nak balik negara (well.. I supposed staff lelakilah kan? Ehh.. ntah?), D was at work and T as usual, ada jer mende yang jadi idaman dia so that left me more time to ........ verangan, goyang kaki, tengok tivi, kemas pantry, vacuum habuk, lipat baju golek2 baca Sunday's papers.

Betul ke TB makan dengan kawan dia kat restoran dot3? So untuk kepastian, I pasang strategi *tunjuk smart kononnya* mintak dia tapau gulai keting sebagai bukti kejujuran lauk makan malam. Seawal tengahari dah plan lauk dinner? Bijak tak I? Untuk dinner I masak sayur n gor ayam jer. Kita :-) taw..

Mmm.. perlu ke kita pasang strategi bila tiba2 hubby kita buat something out of the norm? Contohnya TB, every now n then I tau dia belanja staff mamam ayam Atuk Kolonel tu tapi mamam beramai2 dikantin ofis; tapi kali nih dia ajak sorang staff aje makan kat restoran, tssk tssk! restoran fevret I plak tu.

Dipendekkan cerita, TB menjinjing plastik putih (bukan merah) berisi gulai keting. Berbunga2 jiwa I, rasa nak feluk2 jer dia, auww. Baru dapat gulai keting jer dah on cloud 9. "I ajak D lunch tadi .. dia bitau you tak?". Selalunya anak lelaki boleh aje fakat2 dengan abah diorang, tak gitu kawan2? Tengok jer siJamil 'Pah mana butang baju abang Pah' of Madu-3 fame, boleh aje dia bersekongkol dengan pak mentua dia, kan? Lelaki vukan voleh percayaaaa *sambil ketap2 bibir*

Hehe .. I saja nak provoke minda kengkawan sebenarnya. D tak bitau I apa2, I pun tak tanya dia apa2. Budak tu kalau dah dapat belud goreng memang amnesia seketika.

Alhamdulillah I bukan jenis cemburu tapi ada juga terjadi 1-2 insiden cemburu buta tak bertempat. Silap keadaan sebenarnya namun ada hikmahnya I mengaum gaya anak singa jadian masa tu, heheh.

Pagi nih I seronok sangat tengok dua beradik kembar dari Labuan beraksi. Diorang sangat berbakat, boleh buat magik, tak sumbang menyanyi berbagai lagu dan boleh juga berlawak.

Yang istimewanya 2 beradik kembar tu ialah ventriloquist! daaan .. saksikan, Somuffins dah reti buat 'tanda ayaq' pada gambar (minute progress for 2011 - vangga nih, clap3).
.
Tiap kali restoran baru menjelma kat kawasan T**pan tu, mesti terdetik dalam hati berapa lamalah diorang boleh survive dan tiap kali ada yang bungkus tikar, sumpah I jadi EMO.

T**pan dah ada Subw*y ganti tapak Y*llowC*b. Sabtu lepas masa T ke Subw*y, barulah I perasan kedai LST tu (cer jeling kat gambar). Kebetulan keta berkilat tu I punya ada kat situ, I snap jerlah. Yang memandai buat tanda *** tu macamlah keta tu I punya, ekekeke.. Bukan apa, saja proaktif so that empunya keta tak boleh saman sewenang2 (kot dia tersesat kat Al-kisah, tetiba mood hangin dia datang, kan?).


Warning aka amaran: That red car is a limited edition. I sorang jer ada dan I tak ambik penumpang. Sekian adanya.

Saturday 15 January 2011

Bahasa jiwa bangsa ...


Saya cuba menaip menggunakan Bahasa Malaysia yang hampir sempurna, insyaallah.
.
Semasa berada dalam kereta bersama anak perempuan saya menuju keteratak yang sudah 20 tahun kami diami, bermacam-macam cerita kami bualkan. Soalan wajib saya berbunyi "sudah makan atau belum?". "Sudah". Saya tidak puas hati terus bertanya "lauk apa?".

Oleh kerana beliau telah melepasi fasa PMS (hormon wanita boleh menggegar dunia kaedahnya), maka jawapan yang diterima amat terperinci. Beliau makan ayam goreng, sayur kangkung tidak seperti kangkung dan lemak labu dengan sayur leper penyek2.

Saya terkesima bagaimana rupa sayur leper penyek2 dimasak dengan labu lalu bertanya lagi "Umi tidak pernah masak labu guna apa2 sayur. Sayur itu dimasak dengan labu atau keledek?".

Secepat kilat saya berupaya menangkap maksudnya almaklum bukankah saya merupakan tukang masak tersohor dalam rumah sendiri? ngeheheh *gelak dalam hati dengan nada comel *.

Al-kisah rupanya beliau tidak tahu akan paras rupa cekur manis.
Saya mengaku kesilapan itu berpunca dari saya kerana tidak mendidik anak2 menjadi hebat harus tahu segala jenis sayur2an dimuka bumi ini (saya memang jarang beli cekur manis kerana tidak tahan dengan rantingnya yang panjang dan daunnya yang mudah luruh).

Cekur manis versi sejuk mata memandang memang ada dijual dengan harga lebih mahal tetapi saya tidak kuasa mencarinya lainlah jika saya ingin masak sayur rampai.


Cekur Manis .. Ihsan dari Google

Tak tau apa nak jadiTidak tahu apa hendak jadi pada anak2 saya yang sesuka hati beri nama baru pada makanan seperti kueh dadar (popia hijau), ikan bilis (ikan masin), pulut panggang (ketupat panjang), keria (donat Melayu warna coklat) ... haishhh...

Rezeki saya sekeluarga semasa makan malam semalam berupa Mee Bandung buatan orang Malaysia (sayalah orangnya). Menu dipilih oleh sianak dara. Makan tengahari tidaklah saya beli diwarung2 (taubat sehari-dua) tetapi sebagai surirumah yang bertanggung jawab *uhuk2*, tentu lauk2nya dari hasil air tangan sendiri clap3 (harus mantapkan kredibility yang kian goyah namun esok lusa saya tidak berjanji akan jadi lebih baik dari ini).

Resipi ikut citarasa sendiri

Ada siapa2 suka pada cara saya berkarya hari ini??

Friday 14 January 2011

Soto ada sawi ...?

Seawal 5 pagi perut dah meragams. 3 kali ulang alik kebilik air tapi trip ketiga tu hampir membawak padah. Nasib baik I masih tangkas melompat cam kijang, har3. Apa taknya, masa sikit lagi habis tahyat akhir perut tetiba memintal dan memuntal. Habis jer beri salam (lucut n lempor telekong n dot3 ketepi) terus berdesuuup kebilik air. Lewat setengah saat nescaya horrorr!

Cerita semalam: Tiap kali kerumah Ngah kat KL yang sangat jauh tu, kita mesti lalu deretan kedai2 kecik such as cafe, kedai runcit dan bank. Selamanya tak teringin nak kesitu tapi semalam Teh n Ndja rupa2nya dah buat plan nak breakfast kat salah satu cafe kat situ.

Teh n Ndja terus ke cafe P*nang Masak tapi I terus kebank untuk update dot3. 10 minit I berdiri tegak *tanduk mula bercambah* namun angka giliran tetap tak berganjak walhal pelanggan ada 3-4 kerat aje. Lebih berpekdah perut diisi dulu.. how can they eat without me, no kenot one so I blah zuuup ke cafe. Sayang kat diorang berdua tu sebab dah orderkan makanan untuk I, hehe. Ngah tak join sama sebab dia puasa .. syabas!


Heran juga soto ada sawi tapi bila ngap dan terus ngap, sedaplah pulak

Plain yummy! Worth the effort I mandi awal dua hari berturut2

I beli 4 keping tepung gomak jer...

Pergi kerumah Ngah sebab Teh n Ndja nak jelaskan hutang piutang memasing masa diorang makan angin ke Pulau Temasik baru2 nih. I yang tak kesana pun kena jelaskan hutang sebab Ngah dah bayarkan dulu expenses for T. Apa pun, adik manja punya pasal (I ler tu, hehe), dapat pulak diskaun, alhamdulillah.

pagi Khamis punya breakfast

Lempeng pithang, yeayy!! Yang basah tu ialah gula timbang cair. Makan hangat2 terasa garing diluar lembut didalam, owhhh nikmatnya!

Tak dapat pinggan mangkok 'mee kasar' pun I redha ;-)

Wednesday 12 January 2011

Beriani, bariani or briani ?

2 hari berturut2 T drive ulang alik ke SA settlekan segala hal 'to welcome' the new semester. Segala manikam dihangkutnya termasuk penyodok, penyapu, mop, detergent dan kain lap habuk. Dah siap berkemas cam nak rak patutnya duduk ajelah kat sana, kan? Taaaak, nak balik juga.

Her class starts at 12 today so by 1030am we should be going. Tup2 at 10am "Umiii, lauk semalam ada tak?" .. I terus tanak nasi (fancy the word tanak). Makanlah dia tak pandang kiri dan kanan almaklum selera sedang kembang mekar cuma pagi nih makan dengan nasi putih.

She commented while having dinner yesterday "Umi nih kalau masak campak2 jadi sedap tapi kalau masak betul2 untuk T mesti tak berapa sedap ek?" .. errrkk .. Keji sungguh itu statement. Mencongkam jiwa okay? kakakaa...

BTW, kat SA tu ada restoran nasi ayam Mencongkam, sedap juga.. (sempat promo lagi nih ..),

Bila ada bahan tapi malas OR bila tak cukup bahan tapi rajin, I will always opt for a 1-meal dish where segala karun like kentang, carrot, telur rebus n kismis sehati sejiwa berhimpun satu periuk. Bolehkah CSGenit menggantikan tempat CMGebu? auwww...

Apa gaknya yang sedap sangat I masak semalam tu? Feewit .. tekan lift naik sendiwi, heheh.


I masak nasi beriani guna instant paste aje (1st time guna jenama Iman). Kot in future TB bermimpi disiang hari nak masak instant beriani, kan ke senang I nanti?? Tulah gaya dia makan nasi beriani. Kalau boleh kismis melebihi nasi. Patutlah dia bergeliga, ahaks
.

Beriani daging where daging diselang seli with that transparent thingy, T suka cam tu. I guna rempah Faliza (eh?), Faezah or is it Faiza? .. samting like thatlah bunyinya, hehe. I blend cili hijau, sadri (mint n coriander elek), bawangs n halia. Tumis bahan kisar pastu campur rempah n tomato sos. Sebelum tu goreng hirisan bawang hingga garing molek warnanya untuk disatu-padukan kedalam lauk beriani. Rasa authentic sket bila ada bawang goreng.


Tomato, carrot n bawang jer yang ada. Acar versi tandus namanya nih. At least ada tomato, boleh juga menaikkan seri wajah I, ngeheheh..


Ndja n I hantar T balik kesana. Sewonoknya I takyah drive. Pastu kita berdua berjimba (berjimba?) ke Sec. 2 for an early lunch. It was actually brunch .. masing2 dah kebuluranz! ABC tu kita share dua beradik tapikaaan Ndja yang makan banyak, hehe.. Pinggan yang ada escargo sifot tu is mine, Ndja tak kawan dengan sifot2an :-)

Alhamdulillah masih diberi selera yang mantap dan rezeki yang halal. Esok2 I beli weighing scale yang baru ehhh?? heheh ..
.

Tuesday 11 January 2011

Cenderahearty ...

Sementara belum naik sheikh meramble cerita tok nenek, perlulah warm up dulu tampal sket rezeki *untuk kenangan semata2* yang diterima hasil JJMA, T n gang kekampong halaman 3-sekawan yang rajin bebenor beriadah kat dapur. Tak sebut nama sebab diorang pemalu (betul pemalu, tak tipu punya).


dari T


dari Teh


dari Ndja

Disamping FM, ayahanda bonda dapat coklat n bithkut fevret. Pemberian dari Ngah tak tergamak ditampal sebab orang mesti tau mende yang dia beri tu macam hinting suruh I kerap bersiram aje. Hmm.. musykil musykil .. camana Ngah tau ek??

Last but not least, cenderahearty dari majlis kawin hari tu ...

Begitu ramai tetamu dalam majlis kawin tu, tak sorang pun yang I kenal melainkan emak pengantin, hehe. Nasib baik I pergi dengan Ms Colgate (gelaran sejak sekolah sebab memanjang tersengih aje dia nih), kalau tak, termangu2 gak sensorang. Bila kita face to face dengan emak pengantin (tak berjumpa berdekad2 lamanya since form 5) kita senyum ala Shaun d'sheep aje. Kasi pedih kat dia meneka siapa gerangan kita2 nih, ngeh3.

It took her a few seconds jer, terus terlupa dia tu emak pengantin. Orang pempuan kan suka menjerit bila excited? Ishh, ishh ... excited bila jumpa kawan lama, hokay?? Kita tak sempat nak berhoohaah lama, lagi pun kalau majlis ada protokol, emak pengantin memang perlu melayan tetamu yang berprotokol. Gitulah kekdahnya...

Teringat kata2 Ms Colgate "kita nih bila nak ada menantu ek?? Lambatlah kita dapat cucu .. tapi takpe, kita kan masih muderrrr????" .. harharhar I like!

Sunday 9 January 2011

Patah !

Menaip dan membaca dah tak seronok lagi semenjak patah hati ...

cermin mata fevret patah bingkai!
.
yang lama ...
.
yang baru ...
Sexylah konon bersilang bingkai cam tu
.
Dah 18 kali I komplen kat Optho.,
specs cukup sifat tu sangatlah tak selesa bila dipakai
tiap kali TB nampak I pakai specs patah bingkai
dia sure tanya nape tak pakai yang baru
tanpa bicara I terus pakai yang baru
tapi
secepat kilat I buka semula bila TB takde depan mata
haha .. macam budak2 kecik aje ek?
.
Keadaan rumah kembali ceria sejak T balik dari JJMakanAngin . The 1st 2 hours tiba rumah, tak banyak yang diceritakan sebab tengah excited tunjuk apa yang dibelinya untuk Umi, Abah, ML, TokCik dan kawan2. Dalam pada sibuk tu, boleh pulak dia perasan .. "ehhh, mana buku2 kat situ Mi?" .. "Umi dah juaal" .. tapi tak bitau dia that part of her books made up the RM64 which make her Umi kaya raya I received from apek-paper-lama. Secepat kilat mood dia berubah :-(

It seems amongst those books adalah juga buku n majalah untuk disimpan buat kenangan. Masa jual hari tu, tak terpandang pulak apa2 yang worth the keep. At first I was being defensive (biasalah, kan kita big momma??). Kot betul I buat silap, kenalah mintak mahap kan?? Masam jer muka dia. Janji nak makan malam togeder2 dengan umi n abah dibatalkan. Takperlah, peluang umi n abah berdating untuk kesekian kali .. *happiness is genjatan pots n pans*

Oh ya, masa kat epot lagi T bitau dia ada something for me "Umi mesti suka punya tapi jangan jeles". Apakah mendenya yang buat I suka sangat tu? Citernya gini .. masa T and my sisters masih kat hotel lobby, maka terfokuslah matanya kat someone femeslah jugak. Tak sangka anak I boleh approach dia "uncle, nak ambik gambar boleh?" (walhal T tak minat kat dia pun). Uncle tu memang femes dengan muka yang selamba jarang nak senyum (macam I lerr, hehe.. kata sama star kan?). Ooopsy, there goes the clue!

Teringat cerita masa T n abahnya terjumpa diva pop kat Summit dulu kala. T call dari sana cakap pun berbisik2 "Mii..., Mii ... T nampak citinorhalijaa..." .. "ye ke? pergilah amik gambar dengan dia" .. "tanaaak aah, malu".

Bila 2 beranak tu tiba rumah, T tunjuk tandatangan citinorhalijaa dalam buku (sempat beli buku lagi tu). "ehh.. berani pulak, tak malu ke?".. "abah tanya abang dia dulu, abang dia kata ok". Vavava abah oii .. komain lagi you bersemangat ek? <- nada jeleslah konon, hehe.

Aisayman, tak boleh sambung meramble. Kejap lagi nak pergi majlis kawin tapi terpaksa pergi sorang diri. T tak nak pergi sama and TB pulak pergi kerja. Segan nak kemajlis sorang2 tapi kawan lama punya pasal..

Sebelum kemajlis tu, haruslah I JJCL dulu. Apa pun, pewut suami wajib dijagai w'pun bukan sendiwi yang masak.

Friday 7 January 2011

Friday blues ...

Salam Jumaat ...

I am not good at confronting people for I still value my wisdom. Tidaaak .. cam tak kena aje ayat tu, tapi takpelah .. biar I sorang jer yang paham.

Eniveyy ...

Menunggu masa sebelum ke masjid tadi, TB n me berbual mesra hal semasa tapi tidaklah mesra physically, tssk tssk. TB tengah ketip kuku while I was trying to sort out some miscellaneous items which have long reside next to my lappy.

While rummaging through those items, terfikir plak nak test kebijaksanaan suamiku, auwww. Tetiba aje tanya "apa makna once upon a time?" ... "pada suatu masa/ketika .. aah, senang aje" ... "yang tuu I tau .. mesti ada perkataan laeeen yang lebih precise kan?" ... "al-kisah" *(sambil terus mengetip kuku dan senyum kembang hidung, har3) .. "ha'aah ek?" .. "ada apa lagi you nak tanya?" <- mula eksyenlah tu kot? .. "tu aje".

GTG, nak bersiap berwangi2an dan berlawa2an (ekceli it's neither for me, I saja suka nak tulis cenggitu .. I just need to feel good) tapi sebelum tu kena masak air dulu. Today the weather is just plain cold so hari nih kena mandi air suam .. ehhhh.. nak sentap kejap .. whylah TB never bother to install 'cerek panas' dalam bilik air so that taklah I mandi kesejukan, kan??

There you are, I dah dapat jawapannya 'mengapa saya malas mandi pagi' tapi masa kat Ja-Saint hari tu, okay jer I mandi air sesejuk air mata air.

Aaargh .. now baru teringat ... cerek panas tu sebenarnya water heater. Tulah, sejak dah meningkat dewasa usia nih, banyak benda yang dah dilupainya ponnnnn .. hahhaha..

Till then ..

Thursday 6 January 2011

Saya kaya!!!

Pagi nih I tak hantar sms kat TB (sebab telco jahhat) malah I call aje ... toot toot toot tapi tak berjawab. I terus picit 'end-call'. Tak jawab pun ok gak jimat kredit I, har3. Tak lama lepas tu dia call "dengan bos tadi". See? Tulah makanya I menci nak call2 bila dia kat opes. I lebih suka hantar sms ... lebih romantik gitu <- adakah? memang adaaa... heheh.

Oleh kerana pagi nih hujan, takdelah I mintak dibelikan breakfast yang bukan2 sampai ke Kg Baru sana, heheh.. I know for sure dia mesti singgah kat Peto kiosk sebab MMA kat situ. Selalunya dia tanya nak makan apa tapi sedar2 dia dah tiba rumah jinjing plastik merah. Senario yang amatku damba'i, hehe. Otomatik I jadi isteri mithali berdiri depan muka pintu (tidak mengintai dicelah langsir) .. lepas satu, satu dihulurnya (maklum dia berpayong sbb 'Noh' hujan masih renyai2).

Beg plastik merah disambut dengan jeritan comel "wow", pastu sambut backpack yang berat a'uzubillah .. apsal berat sangat walhal air panas tarmos, air masak dlm bekas lutsinar dan taperwer bekal dah kosong. Hmmm.. I musykil!

Tolak tepi dulu bab musykil2 tu, nilah rezeki untuk pagi Khamis, alhamdulillah.

.

Berbalik pada tajuk entry "saya kaya"

bukan dikayakan or tetiba kaya sebab dividen ASB, nope!

tapi ...

hasil jualan sokabar, buku latihan, berbagai jenis flyers (saman kang, buat semak mailbox orang aje) dan ntah apa2 surat serta bil/resit kurun ke16 maka I terkaya by RM64

Jom nyanyi 'When I'm 64?"


Bitau kat apek tu I nak tangkap gambar (lori bukan dia), cepat aje dia menyelinap belakang loWi (kekdahnya dia bekerja bukan untuk gla-mur). Kali nih I tak cerewet. I kasi chan kat apek tu mengira berapa jengkal kesemua sokabar untuk dinilai harga. Selalunya I buat kecoh "lu jangan ukur ikut lu punya kuku panjang taw". Dulu sejengkal RM3 jer but now RM6 (salah satu sebab I tak kuasa nak cerewet2).

2 hari lepas I bayar 71.20 untuk bil sokabar bulan lepas. 71.20 - 64 tinggal 7.20 .. aje!? Hmm.. nak beli ayam penyet pun tak lepas nih ... tapi kalau beli pithang gor? Yeayyyyyy .. kenyang 2 hari 2 malam!

Wednesday 5 January 2011

it is always difficult to find a suitable title, isnt it?

2 hari lepas: I duk ngintai laki sendiri TB dari celah2 langsir in anticipation dia belikan breakfast as per my sms "balik nanti beli bfast eh?". Bila plastik merah (atau oren) tak kelihatan, kekeciwaan melanda zuuup kejantung. I nih bila pesan makanan, kalau tak dapat memang mudah keciwa namun kekeciwaan tu I sorok kat belakang langsir (kalau boleh nak juga hentak2 kaki meraong tapi macam kedengaran suara emak I memujuk "anak Mak dah tua besar kan"?).

Anyway, bila TB beri salam as ceria as burung but-but w'pun tanpa plastik merah maupun oren dalam genggaman, I tetap jawab salamnya macam biasa ala slang Arab sesat dan tak nyempat2 terus terjah dengan gigi bertaring cukup selamba "you tak baca sms I eh??" .. "mana ada??" ... aduuuuh mana ada? tapi takkan takde?

Selesai tawaf 8 kali kat dapur barulah dapat idea nak masak apa (sila fokus pada mee gor megi itew) dan masa tu juga hp TB berbunyi thot..thot "ni haa baru dapat you punya sms". Hampas kelapa betul! Telco x dengan telco y memang jahhh-haaat! Harus beralih arah ke telco z nampaknya nih..

Dalam pada keciwa mulanya tu, selera tetap mantap! hehe..

Dan breakfast pagi Rabu nih, jemput2 udang basah...

(dengan penataan cahaya berbeza .. ngeheheh)

Subuh semalam, Ndja n son tiba dari Sban singgah kerumah I cekut T, dan kita berempat terus ke epot lama diSubang. Ndja drove my car sebab I takut n tak reti bawak kereta dia. At 7am diorang bertiga dengan Ngah n Teh sekali terbang menuju ke pulau Temasik.

I tak tunggu kat epot sebab nak kejar solat subuh dirumah. At 5.45am I drive sensorang cam tu tapi best juga sebab tak banyak kereta; terasa macam bawak kereta zaman 50an gitu. I suka juga w'pun masa drive tu I gigil hingga ketulang rusuk sebab langit masih gelap gulita..

Nape I tak ikut sama? Bahaya kalau I ikut sama.. kot tengah beli baking pans kat Tott tetiba jumpa Rima ke, Yat ke .. maka diorang taulah betapa agamnya I, kenotlah like that! Not until I shed a few thousand gms ..

So sejak pagi semalam rumah I agak sunyi. Esbok menadah tangan seolah2 bersyukur kerana pintunya tak kerap dibukak ditutup. Alas kaki tepi bilik air pun tak selembap selalu (apa taknya, kejap2 basuh kaki, kejap2 basuh kaki). Tak kedengaran suara mengagah anak2 kucing tanpa tuan kat belakang rumah. Takde suara hampa mengadu kononnya ada sekor dua kucing dah kecikkan hatinya. har3.

Takde lawan gaduh tak best jugaklah ... Tunggulah 7hb nanti .. :-)

Monday 3 January 2011

School reopens ...

Lega ... lama dah tak sibuk2 hal persiapan anak2 kesekolah; baik sekolah menengah, sekolah rendah maupun tadika. Kalau sekarang nih I ada cucu cicit, pasti kita, Tok Mi n Tok Bah volunteer hantar cucu ke sekolah. I akan duduk kat kantin tunggu masa rihat atau kita berdua piknik sekali masa rihat dengan cucu, hehe.

Cucu dari anak siapakah?? krrt .. krrt <-- tetiba bunyi cengkerik

My first day to school decades and decades ago, I was of mixed feelings tapi tetap maintain cool. Apa taknya sebab my big sista Ndja was with me. Hilang aje dia dari pandangan mulalah I goyah, kah3.

Pepagi nak pergi sekolah, my lady-in-waiting *cewah cam anak raja* was Chik while Mak prepared breakfast. Chik yang menyolekkan I sapu bedak Cuticura, pakaikan baju coli segala dan sikat rambut siap pony tail lagi. Duit bekal dapat 10sen aje. Bawak bekal air teh bila ada mood. Jarang bawak bekal makanan sebab mee gemok + sambal sotong Embok Siti owhh so mengancam one!

Pergi sekolah jalan kaki merentas berbagai onak dan duri, har3. Onak dan duri berupa anjing liar, itik serta angsa yang asyiklah nak menyudu orang "ang..ang..". Bingit tinger kita taw.

Darjah 1-5 pergi sekolah jalan kaki aje tapi masa darjah 6 terpaksa naik bas sekolah sebab berpindah rumah. Dari rumah kesekolah jauh juga tapi yuran bas hanya 10 ringgit aje berbanding zaman D&T naik bas sekolah. Uncle Lim n Uncle Wong really make money!

2011: My niece sorang tu kena bayar yuran bas sekolah RM200 sebulan (tak termasuk pergi ko-ko). Ayoooo... boleh botak kapla! Almost unbelievable! *jom tepuk dahi sat*. Dia baru masuk sekolah menengah, jauh pulak pilihan sekolahnya sebab hendakkan all-girls school. Well...

My other niece, the youngest in my entire family. Baru darjah satu, hehe (aduhai, lambatnya nak tunggu dia besar..). Cer (cuba) fokus pada setiap hak milik budak2 tu.. semuanya ada gene pink panther, kekdahnya, hehe. Which one is my niece? Yang matanya cam mata I tu lerr.., hehe.

Ooops.. lupa nak tunjuk hero ganteng yang nih ... Tahap kekemasan dan kebersihan uniform sekolahnya selalu menjadi keluhan keluarga terutama washing machine :-)


To all my beloved anak sedara, belajar rajin2 okay? Kalau ada homework, buat homework tu cepat2 pastu boleh tengok tivi atau pegi padang main bola. Bila tak buat homework, jangan pulak simpan buku bawah katil ok? (siapa gaknya yang pernah buat kerja keji cenggitu??).

Siapa rajin belajar Umi beri habuan .. anything, cakap jer nak apa? ...................... anything tak lebih rm11, ngeheheh... RM10 boleh beli topap, seringgit lagi boleh beli pisang gorenggg ...

Sunday 2 January 2011

Happy birthday D ...

Hmmm..., Umi lekatkan coretan 2 tahun lepas kat sini aje, boleh?

Since you have shown me your bakat memasak, why not asah bakat tu biar lebih menyerlah? Don't you wish to pamper your Umi and Abah with your splendid cooking? (terpaksa kata splendid untuk naikkan semangat).

Abah and Umi prefers simple food ... ayam panggang ke, lamb chop ke or busuk2 I don't mind grilled salmon, hahahharruuu.. It's good if you know how to make soup as that's Abah's favourite; or go learn how to make sushi. You like sushi, don't you?? Boleh jimat banyak ringgit taw..!

sedap macam Ikea punya ehh? ya ke?


You know that I am not a picky eater as I'd eat anything if it's prepared with sincerity and peppered with lotsa love. The utmost importance is of course it has to be halalan toyyibah.

I hope this year brings lotsa happy events for you and for us as a family. Happy birthday son! (macam gaya omputih dah nih, heh!).

For you always ... Yaa'aiyuhallazii na'aamanusbiru wasabiruu warobitu wattakullaha la'allakum tuflihuun.. Amin.

Saturday 1 January 2011

siji.siji.siji.siji = 1.1.11

Resolusi tahun baru 'mandi jika perlu' telah dikotakan! As early as 10am I dah siap wangi berbaju kebaya kulit bawang, bersanggul tinggi suku depa dan berkasut tinggi 4 inci ready to roarrr jajahan Kanda Deris (as usual, baca boleh percaya jangan (BBPJ) .. kalau nak percaya pun, bab mandi tu ajelah manakala selebihnya memang I 'busit' - sepatah kata Ahwi dalam filim "cer citer, cer citer", heheh).

I drive hingga kerumah Mid di SS19 pastu kita berempat 'kapul' naik kereta Mid yang gigantic tu. Nasib baik lutut I masih kuat 'mendaki' tangga kereta. Nanti I sarankan pada Mid to sediakan a 2-step ladder tanpa snake supaya kita2 mudah mendaki. Kot Mid kata "ada gua kisah?"maka I pun jawab "lu kena kisah Mid, if not gua malaslah nak buatkan muffins lagi" (kasi gertak sama Mid sket, kih3).

Geng sama-kelas-sama-sekolah dijemput kerumah Rau kerana majlis makan best2 pertunangan anak daranya. Ramai juga my friends dah terima menantu dan timang cucu tapi kenyataan tadi tu tidak memberi hint tentang umur2 kami, k? hehe. Ada kawan lebih junior dah ada menantu n cucu lagi (ehh tetiba I terpaksa agree that age is just a number, errk!).


Penyeri meja makan tetamu


Direct from Al-kisah Bakery, ngeheheh ..


Mid wants me to bake some muffins for her own consumption as well as buah tangan to be brought to Rau's place. Patut ke I charge Mid when she asks "how much"? I dare not charge since I wasn't fully satisfied with the outcome of the Kiwi muffins so dikira halal dunia akhirat jelah (psst.. dare I charge? dahlah I naik kereta Mid macam diva duk belakang, har3. Shame on me if I charge her, kan? *sambil masukkan kepala dalam t-shirt*).

Another 364 days to go through terasa amat lama namun harapan menggunung semoga hari berikutnya disinari mentari ceria hingga kepetang; kalau nak mendung pun, biarlah cepat kembali cerah dan kalau ada blizzard biarlah hanya dalam mimpi. Amin.