Friday 14 March 2014

MH = ?

Assalamualaikum ...

MH = memang hairan
MH = memang haru
MH = memang horror
MH = memang (ada) hikmah

I kecik hati bila Malaysia dan MAS dipersendakan. Yang mempersendakan tu orang2 kita juga. Orang luar jangan cakaplah. Memang cari peluang!

China keluarkan kenyataan tak benar. OK, diorang dah pun minta maaf tapi tak terbaca pulak China kena SEMBUR dari kuasa2 besar dunia?

Banyak yang nak dileterkan tapi cukuplah tu. Kita nih bukan siapa2 pun.

PENDAPAT PERIBADI: Kapalterbang akan ditemui pada hari ke-10, insyaallah. Ini bukan spekulasi tapi pendapat peribadi yang bersandarkan pada 'sesuatu' sambil kusyuk berdoa mengharapkan keajaiban berlaku.

JEREBU semakin menjadi2. Sedut udara berulamkan asap bakar sampah kekdahnya. Dapat pulak selsema. Bersin bukan reti sekali dua tapi berangkai2 5-6 kali. Bersin berkali2 waktu solat adalah bahaya (sama juga bahayanya ketika batuk). Kenapa? rahsia wanitalaaa, kenot tell.

TODAY I am on MC, sendiri approve (so acara memasak ditunda dulu). Tengah lapar sebenarnya nih. Sekeping roti, sebiji suji dan secangkir kopi masa breakfast tadi. SAH tak lama kenyangnya..


Suji dimakan dengan roti, macam makan sandwich. Bukanlah sedap sangat, haha tapi dek kerana nak mengimbau zaman kanak2 punya pasal, layankan juga. Terbayang2 muka bai roti yang datang setiap petang dari laluan pintas belakang rumah (tepi dapur).

SESI JJCM 2 hari lepas dengan TB agak bercanggah. Nasib baik tak bertumbuk, har3 ganaz. Dia nak makan ayam, I pulak nak makan nasi. Tak baik bertelagah sementelah dia yang nak belanja maka dengan senyum riang I pun mengalah.

TB mengharapkan ayam dalam balutan (wrap) tapi takde rezeki sebab promosi hanya untuk sebulan.

Gambar arkib dated 23.1.14

TB beratur menunggu giliran sementara I mencari tempat terus aje duduk . Romantik tak? haha..


Tu cara pemakanan baru yang dirombak oleh SAYA sorang. Selalunya roti tak habis dimakan. Kena cari cara lain supaya tak membazir bersekongkol dgn syaithon so roti dibelah dua... bubuh coleslaw, mashed potato, ayam dan cili sos, jadilah ia sandwich.

SEJAK dua menjak I suka sangat masak sweet peas. Goreng ala kadar gaya orang malas pun dah OK. Kemanisan peas sama terserlah dengan kemanisan orang yang menggorengnya, hahahaha... jokinglah! Tapi takde gambar nak share.

Yang ada cuma gambar lauk kacang panjang menggerutu. Goreng lebih kurang aje kalau suka rangup bila dikunyah. Bunyi krap krup .. meriah taw.

Bukan kacang panjang biasa

NAK SAMBONG berleter (baru teringat). Orang kita bila cakap omputih kena perli, kena kutuk. Well.. dah bahasa tu bukan bahasa kita, so what? Untunglah dapat juga AWAK (bukan awak yang membaca entry nih) paham dan tak perlu mengheret juru bahasa.

Saluran CCTV ada menemu-bual sorang AMOI dari negara DIA. Ada PhD lagi tapi bila bertutur BI, bunyinya OMG! and yet she was being asked about our missing plane. Didnt help at all! Buat telinga sakit sebab terpaksa kuak2kan telinga, haha..

And last but not least, kalau ada peluang nak aje I beritau Masterchef OZ yang sorang tu. Kita sebut belacan as BELACHAN bukan BELAN-chen, fehemmmm??

Note: tengah geram sebenarnya nih so takdelah nak proof read TAPI mood tetiba melompat2 kijang sebab Ndja datang bawak nasi dan bermacam2 juadah. Alhamdulillah n may Allah bless her always. Muah..

.

Tuesday 11 March 2014

Science Technology vs Kuasa Allah ...

Assalamualaikum ...


Kita yang tidak terjejas secara langsong dengan peristiwa terkini negara/dunia turut merasa kesedihannya dan setiap hari harapan kita diperbaharui dengan harapan positif. Harapan yang digalas dari doa.

Bagaimana keadaan mereka yang berada dalam kapalterbang semasa 'kejadian' yang tak diingini berlaku?

I anak beranak berbincang mengenainya dengan berbagai andaian. Andaian mengikut logik, tak lebih dari tu. Terpacul dari mulut menyampaikan rasa dihati pada TB semalam tatkala dia menggosok baju "I rasa 'xxxxxxx' dengan apa yang berlaku". Alhamdulillah jawapannya I dapat pagi nih..

RASA bersyukur kerana terbukak hati menonton MHI. Bekas ketua juruterbang 777-200 diundang menjadi tetamu istimewa.. Apa yang dikongsinya memang tersangat istimewa!

Dalam banyak2 yang dibincang dan diperkatakan, I tersangat ingin berkongsi kata2nya disini dengan sesiapa yang tak berkesempatan menonton tadi.

Quote:
"Kita, terutamanya Msia berada pada satu tahap, keadaan kehidupan yg mana semua rakyat Msia begitu taksub dgn teknologi
anak2 kita, diri kita, orang tua kita.. semua orang, semua bangsa, semua agama telah terlalu taksub dgn teknologi dan mengeluarkan andaian sendiri mengenai segala perkara yang menyebabkan kita lihat negara kita dalam keadaan yg kita sendiri tak faham hala tuju rakyat ini.

Allah sw melalui perkara yg berlaku memberi amaran kepada semua, disini dan juga seluruh alam, hati2lah diri kamu mengenai harian kamu, pemikiran kamu, perbuatan kamu dan langkah kamu
Allah Taala telah memperbodohkan semua dengan peristiwa ini
percaya? kita lihat semua orang buntu
dalam press conference buntu
journalists mengeluaran soalan buntu
jawapan yang dikeluarkan juga menyebabkan soalan
bukan memberi jawapan
kebuntuan ini datang daripada? (Allah)
Tu sebabkan tadi.. manusia telah lari drpd maksud hidup, lari drpd janji Pencipta
tapi dgn berlakunya perkara ini, rahmat Allah
rahmat Allah untuk semua orang kembali kepada jalan asal
jalan yg akan menyelamatkan diri dan juga umat ini
jalan yang kita semua tahu dan semua orang lain tahu
bangsa apa saja, agama apa saja
mereka juga akan dapat munafaat daripada jalan asal ini
dan akan menyebabkan persatuan hati, kasih sayang semua orang
inilah dia HIKMAHnya
kembali kpd Pencipta dgn penuh rendah diri, kita perlu rendah diri
orang yg berpengetahuan agama perlu rendah diri
perlu menunjukkan kerendahan diri

Kita minta keluarga untuk doa khusus
sembahyang taubat mintak ampun keluarga mereka
dan pujuk rayu Allah subhanallah wata'ala
dan ketika inilah rahmat Allah akan turun dgn penuh kasih sayang
dan akan menyelesaikan masalah semua orang
yang kena mengena dengan perkara ini".


Nota: Alhamdulillah apa yang beliau kongsikan sangat terkesan. Terima kasih Capt. You made my day.

.

Friday 7 March 2014

Masak apa hari nih? ...

Assalamualaikum ...
"tak jawab berdosa"
Ayat sebaris tu mengingatkan I pada anak jiran Teh. Dia meninggal ketika umur 9 tahun kerana kemalangan jalanraya semasa berjalan kaki kekedai gunting rambut. Jarak rumah dan kedai taklah jauh.

Ayat tu ialah ayat gurauan manja pada Mamanya tak kira masa dia akan memberi salam. Somehow I terlebih ingat pada aruah (sah menjadi ahli syurga).

SINCE TB perlu makan dulu sebelum kemasjid/opes, adalah afdhal I bersiap sedia awal dengan bahan2 yang perlu dimasak. Baru aje masak nasi. Ayam dan daging dah pun lembik, hehe. Apa taknya dah dikeluarkan dari freezer sejak pukul 9 lagi.

Thought of cooking something simple.. sup ayam n begedil daging. Kentang dah pun direbus (selalunya kentang digoreng). Bila bersihkan ayam tadi, macam terdengar2 ayam tu kata "jangan masak sup, masaklah lauk lain" .. ewahhhh? dah pandai mencadangkan pada chefkah?

Hmm.. kalau tak masak sup, nanti takde kuah pulak. But I kinda agree dgn cadangan siayam tadi tu. Rasa cam nak kensel masak sup sebab teringin nak masak ayam ponteh..

Bahan-bahan:
■180ml minyak masak
■300gm bawang merah
■10 ulas bawang putih
■150gm pes kacang soya (tau cheong)
■1kg ayam dipotong kecil
■10 cendawan kering cina, direndam di dalam air mendidih
■1 liter air
■3 biji kentang dibelah empat
■2 sudu kicap cair
■1 sudu kicap pekat
■65gm Gula
Garnish.
■1 tangkai daun ketumbar

Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih selama 10-15 minit. Tambahkan pes kacang soya jeruk dan saute hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan cendawan. Kacau dan goreng hingga sebati.masukkan air.
3. Biarkan hingga mendidih dan masukkan kentang. Perasakan dengan soya sos dan gula.
4. Perlahankan api betul-betul masak dalam 25 minit sehingga kentang dan ayam masak dengan sempurna.
5. Garnishkan dengan cilantro dan hidangkan.

ERRRKKKKK ... bawang merah/putih tak diberitau samada goreng sebiji2, dimayang halus atau diblend?

Since resipi TAK TERANG it is subject to confusion (hehehe...cari alasan nampaknya nih) maka .... tengoklah camana.

MASAKAN dari Chef Thom 2-3 hari yang lepas. Tak sempat keluar tivi so keluar kat blog sendiri pun dah rasa EPIC, haha..





PENJELASAN amat perlu pada gambar2 tersebut.
Top to bottom:
1. Sambal tumis udang. Udang disponsored oleh Ndja. Terlupa nak tanya why gave me 7 only, why not 8? haha.. Siapa yg akan beralah? Chef Thomlah yang beralah. TB/D/T dpt 2 sorang. I dapat satu jerrrrr, sob2 sekotak tisu lencun, ngeh2.

2. Resipi sdn bhd. In other words resipi memandai. Campak capsicum dan nenas sekali. Biar mereka berkawan dlm kuali.

3. Sambal sothong digarab dari sotong kembang cam radar tu, hehe..

4. Tauhu goreng cicah sambal kicap (cili merah, kicap manis, gula, garam n garlic).

OK GTG. Isteri mithali nak mengutip pahala dihari Jumaat yang mulia. Jom kita main masak2

Ikhsan: Recipe Florence Tan/Google

.

Thursday 6 March 2014

The mini zoo ditaman sekangkang kera ...

Assalamualaikum ... (sape tak jawab dia berdosa, hehe).

10pm.. am all alone. TB kerja. T gi MT. D ada kat rumah sebelah dgn kawan dia tengok LKDer.

Kucing yg ramai kat luar tu tengah bersantai. Ada yg tidur bertindih2, ada yang tidur tergantong kaki, ada yang ngadap tembok, ada yang alami insomnia dan ada yang sedang merancang camana nak lari dari kandang, haha..


Nota: Wakil dari yang reramai tu sikacak Bu (obviously sbb rona kelabu). Nak eja Bu as Boo nanti siLOBO saman I plak sebab nama doggy dia Boo *sambil humming* Me n you n a dog named Boo...lalalala..lala..

Farret buat apa? ntahlah. Dia tu memanjang hibernate dalam man-made tunnel almaklum dalam tu selesa sejuk. Siang hari baru nampak batang hidung. Dia tu kan, gaya tidur sebijik macam manusia. Ada kala sopan, ada kala I sendiri tutup mata. Malu I!


Nota: What did I tell you? Dia tengah hibernate ler tu. Kalau tak tidor dalam tunnel atau tidur gaya kuak lentang tak sopan, dia akan tidur dalam buaian yang D buatkan. Terhibur tengok cara dia masuk dalam buaian. Comel!

Bit2 buat apa pulak? Jap eh.. I ngintai jap *pause 3 minit*
Hmm.. dia tak bergerak. Nampak gaya macam tengah bertafakur aje.


Nota: Gambar Bit2 masa dia masih sunti 2.5yrs ago. Having said that, I pun tak sure jantinanya. Kesian takde kawan bercakap atau kawan makan carrot. Partnernya tak panjang umur.

NOW I risau pasal Daud. Siapa ingat Daud angkat tangan?? 3 bulan dulu kaki/badannya luka teruk kerana jangkitan kuman. Bukan sebab didera atau bergaduh dengan rakan2. Seminggu jugalah dia cuti2 Msia kat klinik. Kopak fulus 'daddy', hehe..

Kali nih luka dia agak teruk dibadan. Tiap hari TB tak miss spray luka2 tu. Agaknya Daud tak sesuai berjiran tetangga dengan sifarret tu tak? Nampak gaya terpaksa make a date with the good looking doc *wink*. Lagi cepat lagi afdhal.


Note: Selamba aje reaksi muka Dr Khor bila merawat luka yang mengerikan; sikit pun tak terjungkit kening ala ZZ, hehe. A very pleasant man.

AND last but not least ...


Comel siHijau n siPutih tu kan? Diorang terbang rendah aje (kononnyalah) so D pun mcm yakin burung2 tu takkan 'lari'. Lagi pun terbukti depan mata (selama 2 bulan) burung2 tu pandai keluar masuk kandang TAPI dah tertulis kekdahnya, SiPutih dah terbang ntah kemana maka tinggallah siHijau kesaorangan mengubat lara, sob2.

Nota: Binatang belaan selain kucing yang datang menagih kasih dan simpati (tidak dibeli); Bit2, farret n burung2 semua tu D yg beli tapi lama kelamaan t'jawab beri makan pakai bagai dah beralih kebahu TB plak. Like how come D??

BILA kita betul2 dah berhijrah keRD nanti, I tersangat ingin nak membela ANGSA. Biar rumah kat sana riuh dengan bunyi TRUMPET pulak!

.

Tuesday 4 March 2014

Screening Humanity vs Jejemput ...

Assalamualaikum ...

Cuaca hari nih sangat marvellous, syukur alhamdulillah. Malam semalam hujan dan pagi nih seawal 6.30 juga hujan. Hari yang menjanjikan tiak tak basah, haha..

Bila hari hujan, masalah lain pulak timbul. Sana sini sinun trafik jem. T dah macam nak nangis sebab jalan menuju ketempat belajar sesak. Nak cari tempat letak kereta satu hal dan menunggu lift naik ketingkat berbelas2 tu pun satu hal. Tentu lewat masuk kelas katanya.

Dengan nada cool bak mentimun Jepun yang rangup, I hanya kata "doalah biar dipermudahkan".

PAGI tadi plan nak mintak TB belikan bfast tak menjadi kenyataan, GAGAL. Nasib baik pun tak suruh dia belikan sebab dia tiba rumah agak lewat juga. Rata2 sana sini sinun jem. Isteri dia yang 'rajin memasak' tu (joking okay?) dah siap membancuh tepung.

3 hari berturut2 kitorang bedal (CW's fav word) jejemput masin. Selalunya I bubuh sebiji telur dalam adunan untuk menghindarkan letupan semasa menggoreng. Tekak nak sangat makan jejemput tapi telur plak dah habis. Takper, beranikan diri. Boleh guna penutup rice cooker hadang muka bila menggoreng nanti, hehe..

Sangat gumbira bila jejemput yang digoreng tak berlaku sebarang letupan pun. Not even bunyi letupan mercun padi. Masa suap menyuap jejemput kemulut memasing, I tanya TB "you rasa jejemput nih dengan jejemput yang sebelum2 nih, ada beza tak?".

Wahhh.. TB dengan tekunnya mengunyah sambil lelap2 mata (menghayati kekdahnya) memberi komen "yang nih rasanya lebih lemak".

Lebih lemak? hahahah.... Jejemput takde telur rasanya lebih lemak ke? Hmmm.... *berfikir sambil mandang kearah kipas yang sarat dengan salju hitam* (lagi kerap berpusing, lagi cepat dia berhabuk. Tak sker).

SAMBIL makan kita menonton tv chan. 391 siaran KBS. So bila menonton siaran bersub-title, kita dilarang bercakap. Kalau bercakap camana nak fokus baca subtitles, tul tak?

Setiap hari dari Isnin-Jumaat I ikuti siaran Screening Humanity (SH) (9.25-10am). Setiap minggu mengisahkan kehidupan sebuah keluarga. Lain minggu, lain keluarga. Siaran ulangan hari Sabtu (marathon).

SH mengesahkan kehidupan seharian penduduk diKorea. Kisah orang2 biasa macam kita tapi dalam masa yang sama agak luar biasa (macam kita jugakah?). Kisah kehidupan keluarga yang menyentuh perasaan dan macam2 lagi yang disentuhnya, hehe..

Banyak yang patut dikesimakan tapi paling terkesima dengan kerajinan mereka bercucuk tanam.

I tak pernah ikuti sebarang drama Korea (sumpah tak bedek) tapi SH ialah satu diantara 3-4 rancangan KBS yang I suka tengok. Kalau tak tengok rasa sengal2 badan dibuatnya, haha..

TB dah terjebak ikuti siaran tu bila sempat TAPI I memang tak nak miss. Kalau tak sempat, I rekodkan aje dulu. Nikmat berlanggan PVR kekdahnya.

SEMALAM I kemarket yang hyper beli barang2 dapur. Selalaunya mmg tak bawak kertas 'things to buy' tapi semalam I sediakan pulak. Ekceli baik tak bawak sebab belum sempat I refer apa nak dibeli, kertas tu hilang dari genggaman. Oleh kerana malas nak pikir apa patut dibeli lagi, I beli apa yang ingat aje. Memang kena pergi lagilah nampaknya, haishh...

SEBELUM I say bye2 adalah afdhal I share a bit about the T-incident, huwaaaah *nangis* tapi memandangkan entry hari nih dah panjang dan takde gambar, nampaknya the T-incident akan dikongsi lain kali ajelah ya??

ALMOST 3pm baru nak masuk dapur. Nak masak apa? Jangan tanya boleh tak? Sensitip taw, hahaha...

.

Monday 3 March 2014

Emosi menebal katanya ...

Assalamualaikum ...

Already 3rd March? Tak berlengah I terus fone Ngah beri salam dan tanya kabar lebih kurang. Aduhai... tetiba rasa semacam ada bebola ikan tersekat dikerongkong!

* Ngah...hari nih besday Abg M kan?
- Yaaa...hehe..
* Ngah, tolong cakap kat Abg M happy birthday dan terimakasih banyak2. Banyak sangat budi Abg M, rasa tak terbalas.
- Alaaa...tu kisah lama, dah terkubur pun. Kenapa emosi menebal hari nih? hehe..
* Mana boleh terkubur gitu aje tapi ntahlah kenapa emosi menebal hari nih. Teringat macam2 nih.. pasal kasut ...

Tiap tahun dengan coolnya I akan ucap SHJ pada my BIL menerusi Ngah but this time apasal ntah I terovercome with emotion pulak.


Al-kisah...
5 tahun lamanya I menumpang duduk rumah Abg M n Ngah (dari mula bekerja hinggalah berkahwin). Ndja pun duduk sama. Kita berdua tak banyak bercakap dengan Abg M. Segan dan hormat. Cakap bila perlu takdelah nak bergurau senda.

Abg M ambik kisah hal ehwal Ndja n I. Menerusi Ngah, Abg M hendakkan kita menjaga keterampilan diri. Ekceli kita pun dah orite dah, haha.. tapi bila Abg M kata gitu maka terlebih berhati2lah kita takde nak beri dia peluang mengkritik kita belakang2, hehe..

Wpun Abg M tak tengok camana gaya kita kepejabat; apa kita pakai, handbag apa kita guna atau jenis kasut yang kita pakai NAMUN kita tau Abg M tak hepi kalau tau adik2 ipar dia pakai kasut 'dah haus'.

Masa mula2 bekerja tidaklah Ndja n I menyimpan berkotak2 kasut untuk dipakai bersilih ganti. So bila heel kasut kita dah agak senget dimamah jalan tar akibat berjalan jauh mengejar bas mini no. 25 maka kita guna Plan A dulu (sementara Plan B diaktifkan).


Contoh Plan A. Kita sengetkan kasut ala2 gitu so tak obvious sangat walhal bukan pun Abg M nak check samada tapak kasut dah haus ke tak, haha..

Budi baik Abg M dan Ngah memang tak terbalas dan tak terhurai. Allah saja yang membalasnya.

I juga teringat disatu pagi dimana keadaan emosi semua orang agak hura hara, kucar kacir dalam kesedihan. Dahlah semalaman berada dihospital memasing dengan hati yang cemas.

Siapa yang akan beritau pada Ngah anaknya dah takde? Anak yang baru beberapa jam dilahirkan dah pergi buat selama2nya sedangkan tulah yang dinanti2kan selama 12 tahun?

Somehow masa kalut begitu ahli keluarga yang lain tak ada disisi, cuma sebilangan aje yang ada. Pagi tulah I bersama Abg M pergi kerumah Long untuk membincangkan apa perlu dibuat. Masa dalam perjalanan tulah Abg M tanya apa nak diberi nama anaknya yang baru lahir tu.

I suka nama Fatin Hamamah tapi rasa lokek pulak nak sebut nama tu sebab I dah chup untuk nama anak I (maybe simpan nama tu untuk anak T memandangkan nama tu masih available). Pikir punya pikir tup2 sebut "Fatihah". Abg M kena setuju atau terpaksa setuju. Ya tulah nama anak Abg M n Ngah.

Alhamdulillah Abg M dan Ngah ada zuriat yang menunggunya dipintu syurga.

.