Saturday 31 December 2011

Lolipop merah & telur masin rebus ...

23-25/12 sederet terima 3 jemputan kemajlis walimatulurus my 'bekas'. Omputih sebut 'ex'. Bunyinya macam ramailah pulak koleksi 'bekas' masa I muda2 dulu ek? heheh.. tapi biasalah, I kan diva? ehh.. diva ke divan?

Bab diva tu sah 108% bedek! tapi bab divan tu kaaan, terasa nak beli divan bedlah pulak, can uh??. 2012 bedroom make over kekdahnya..

Eniwei, camanalah CikSom boleh kumpul ramai 'ex' sedangkan dia tu 'a one man woman'? Cakap benar, 'ex' CikSom, tulah TB musyuk2 colang, takde yang lain, heheh..

Jemputan datangnya dari EH, NR n Prof R (family friend cum ex-officemate, ex-jiran jauh 5 pelaung & ex-classmate resp.). Kan dah bitau tadi, I'm a one-man woman, kaaan?.

Lepas terima kad jemputan, harus belek2 kalendar dulu, tenung dinding tenung handbag cari ilham, camana gayanya nak kemajlis2 tu sebab venuenya amatlah jauh nun diKL sana! KL kan jauh??


23/12 - not able to attend as my supir was working but rasa ralat jugalah sebab takde peluang jumpa ex-officemates. Mak pengantin sesaja kata nak buat jejak kasih between me n one of my ex-bosses. Oit? ngade jer macamlah kita nih pernah berskandal plak, ehhhh pernah ke?

24/12 - kemajlis kawin ex-jiran 5 pelaung @ Bkt J. I thot kita kena merentasi highway ke SA untuk sampai ke BJ, rupanya tidak, hehe.. Patutlah T kata 20 minit dah sampai so dialah my supir for the day

Kita tiba rumah pengantin soon after pengantin lelaki tiba. I perasan dira'i sama maklumlah bukan selalu ketibaan kita kemajlis seiring bunyi pangkompang-kompang, kan? Alaaa, you pernah ke? heheh..

Sebelum jamu selera harus jumpa NR, mak pengantin yang cun dan HZ, dara yang ala selebriti tu dulu. Hug gesel pipi 3 kali barulah ngadap hidangan yang out of this world! Nasi beriani ada, nasi putih pun ada dipadankan dengan lauk sambal sotong kering, ikan keli masak lemak cili padi, kurma daging, ayam panggang, rojak (dan banyak lagi but kenot remember sbb dah seminggu, hehe). Dessertnya? Kuih2 melayu yang sangat lazat dan tentunya berbagai jenis kek omputih (dah mak pengantin a great baker macam CikSom, ahaks).


Lepas makan, masuk kerumah pengantin kejap sebab T nak jumpa kawan2nya dan bolehlah I kepo tengok pelamin (sekepo2 I, tidaklah I memandai naik atas kebilik pengantin sensorang.. no,no,no gue malus).

Cukuplah setakat snap pelaminnya aje dan snap gambar pokok bunga yang kat atas tuuu dari garden NR, hehe. My late Mak ada tanam pokok tu dulu .. pokok bunga Zaleha diberi nama tapi baru sekarang I tau pokok tu ada macam2 nama lain -> Bunga Tiga Bulan @ Bunga Pecah Seribu @ Bunga Zubaidah dan tentunya Hydrangeas.



Cenderahati untuk kita2 yang kadang manis2 .. bior bertambah dan terus2an manis :-)


... and surprise, surprise ... kami dibekalkan dengan nasi beriani panjang mulus + rendang daging owh so yummy!!! Masa HZ hulurkan sebungkus pada I dan sebungkus pada T .. I rasa cam nak lompat jer.. mueheheh.... Lompat versi malu tapi mahu (dahlah kita tuck in tak toleh kanan kiri, dapat lagi bekal ??). Nak satu lagi boleh? Untuk uncle kat rumah sebab aunty tak masak hari nih, hic! Kerat jari kalau I berani cakap cenggitu. Malu doh! (teringat kat Afdlin pakai baju kebaya masa Maharaja Lawak finale semalam. T kata "dia pinjam baju Ad*bah kot?", hehe mungkin juga.. ).


25/12 - Bukan selalu I jenjalan kat tengah2 bandaraya KL tu. Bila mata terpandang mercu kejayaan Malaysia, KLCC n Menara KL, sah I tak bermimpi disiang hari, ngeh2..

Jemputan dari my ex-classmate masa form 1-2. Since dia jemput Ndja maka seronoklah I as Ndja had promised to pick both of us (since TB could not make it, I hangkut T along and not always T would want to follow me to any majlis). Ndja has no qualms driving long distance unlike her sister who is forever gigil (who could that be?). I am forever grateful to her.


Cenderahati untuk kita2 yang suka makan telur masin. Yesss.. pertama kali cenderahati majlis kawin menghulurkan telur masin instead of telur ayam biasa. I am yet to ask my friend camana dia dapat idea to substitute telur rebus with telur masin. My friend nih professor so I assume dia ada alasan ilmiah for having to do so.

Tapi I boleh agaklah .. w'pun I bukan professor (not yet anyway, harharhar). Telur masin takes a longer time to get rotten as opposed to telur rebus. What do you think wahai professor2 yang sudi singgah keblog Al-kisah?? Pendapat kita samakah??

Special note to Mira: I hope you puas hati sebab I dah lunaskan entry pasal kemajlis kawin. You want 1 but I gave you 3, hehehe...

Wednesday 28 December 2011

Saki baki 2011 ...

Entry 'back to the future' kekdahnya as this entry is dated 28/12/11 but was published on 1/1/2012. I manage to manipulate technology u'olls *pffft*.

Seriously I have written approximately 1000 entries over a period of 3.5 years. Out of those entries, 752 had successfully been published *ehem* while the remaining 248 are still in a state of comatose, hehe.

Will add in captions to the following pics but that depends on the weather (dalaman). Every picture has its own story to tell so I dedicate this entry specially to T with love!

Note: captions added on 2/1/12



Beli coklat KK nih sebab nak makan coklatnya atau sebab siBurung Hud-Hud?? Heheh.. kerana coklatnya laaaa, haishhhh...

Apa kena mengena kunci kereta dengan ubat drops itew? Well.. I dipaksa oleh T keklinik setelah dia rasa bersalah menyucuk mata I dengan kunci kereta, ouch! Masa tu kita berada @parking lot Summit tercari2 siAga. T berjalan kedepan dan I dibelakang. Bila dia menoleh sambil buat gesture dengan tangan yang memegang kunci, tup2 toing!!! Doktor beri antibiotic drops that costs me RM27 which T kata dia nak bayar. I was touched by her hemah but still rasa tak sampai hati nak ambik duit dia, hehe.. I stop using the drops cos that drops meleleh thru my nasal or izit nostril n terus ketekak. So pahit yaRabbi so faham2 ajelah. CS vs ubat pahit = nehi 18x!

30-31 Disember and on every 31 of other months throughout the year BR is offering a discount of 31%. If not for T, takdelah I HERAN nak kesana, haha .. *tak heran kekdahnya sebab lepas diskaun harganya tetap mahal, nyampah taw!*. Tiba kedai pukul 11am so takdelah peluh tiak tunggu lelama. We bought a quart each merely because we don't wont mother n doter to have a fight, har3.

T is a fussy pot! Cara dia makan aiskrim tersangatlah OMG! Kalau ada 2 flavor, dia mesti makan sama rata takde pilih kasih makan 1 flavor over the other one. Cara scoop aiskrim pun ada caranya *sigh* so in order for me not to be distressed, I hangkut 1 for me. Within a day she'd finished a quart while I still have mine, hehe.. *biar dia meleleh ayaq liur tengok I makan - evil smile*.

Some of her numerous indulgents and when rasa teringin comes a calling, memang tak boleh ditahan2 lagi, rain or shine.

Setebak of lempeng pisang... save time! Tak kuasa nak buat tomei2 afterall yang makannya kita berdua aje.Saja untuk kenangan .. T kata baju tu Ad*bahN yang punya, hehe .. Alaaa, tomei2 diaa..


Last but not least, pemandangan dalam perut my beloved washing machine. I nih bukanlah jin boragas yang ganas guna barang2 sampai boleh tercabut. Dah 3x kejadian serupa terjadi tapi hikmahnya dapatlah I basuh/berus bagian washing machine hingga keakar umbi buang segala selut yang ada, errrk!

I welcome 2012 with mixed feelings ... Semoga Allah permudahkan segala niat yang baik, insyaallah.

Sunday 25 December 2011

On Christmas Day jari manisku dihias ...


Fakta yang tak perlu dihuraikan tapi Editor Al-kisah diberi mandat untuk menghuraikannya (w'pun tak dibayar gaji oleh Nuffnang), heheh...

Maybe some would notice that after a while of my new entries been published, the comment box is 'locked' forever (and ever) and why do I need to do that?? Well ... sebab musababnya adalah:

1. from time to time, I do view my very own blog using CokiaNxx. Paham2 ajelah of the limitation mende kecik cenonet gitu, kan? So viewing tak berapa seronok mata jadi pedih merah cam biji saga maka tulah sebabnya 1 skrin hanya ada 1 entry.

2. bila ada new entry maka kotak komen entry2 sebelumnya cepat aje ditutup, terpaksa dibekukan tanpa terima komen baru. I tak rajin menyingkap past entries, lagi pun jika ada komen baru pada entri lama, ditakuti terlepas pandang maka I sangat2 ralat kalau ianya berlaku.

3. sesungguhnya I TIDAK GEMBIRA bila komen dibuat pada mana2 blog dipandang sepi terus tidak dibalas. Oleh yang demikian, I berikrar untuk mengembirakan setiap pelawat yang sudi tinggalkan komen dengan komen balas yang melethop, wahahah.. (tak kiralah samada komen I dibaca atau tidak).

4. memang ada cara untuk mengatasi the so-called masalah tapi I lebih selesa dengan menutup kotak komen aje. Of course exception to the rule tertakluk pada sebab atau alasan dari empunya blog, muahahaha..


Untuk entry hari nih, niatnya nak mengimbau kenangan 25 Disember tahun Kijang 19dot3. Hari bersejarah kekdahnya dimana jari manis halus lagi mulus nih (nampak tak?) disarungkan cincin emas kuning bertatahkan beratus2 berlian (sah bedek) oleh mak sedara TB *I wonder now why TB's own mum tak sarungkan cincin tu. Tak gumbirakah beliau melihat wajah bakal menantunya yang errrrk buat pertama kali?*

I ada buat entry kat sini but BOY WAS I SHOCKED bila pagi nih terbaca komen yang ditulis pada 11.2.2011 oleh my fevret stalker, hohoho!!! Dah 10 bulan baru perasan, ekekeke.. (tak tutup kotak komen punya pasal).

Kalau I preg2 dah tentu sekarang nih T tengah mengagah adik barunya, kuci kuci gugugaga...
.

Friday 23 December 2011

Kerai mee a riber, beriani pron n satay PAD ..

3-4 hari lepas I tip-toed keblog Oldstock.. Sebelum baca coretannya, terpandang plak link pada lagu Kerai Mee a Riber. Volume pada netbook memang sokmor dimutekan so obviously I aktifkan untuk menghayati lagu 'down memory lane' yang penuh dengan kenangan manis, haha.. memang manis!

I assume lagu tu selegend umur I tapi kita tak selalu boleh ukur umur seseorang dengan lagu2 yang orang tu dengar, betul tak kawan2? <-- ada unsur denial disini. I terkesima bila T dengar lagu Everly Bro., P.Boone, J.Mathis and the like. D plak boleh cari lagu zaman 50an nyanyian Nona Asiah, Momok etc. Kalau tak, diorang berdua nih asyik kutuk I bila2 I pilih lagu dari Lite&Easy.

Lagu Kerai Mee a Riber tu ... I suka sangat melodinya.. not so much of its lyrics cos when I first heard the song, I have not 'mastered English' yet so memang tak reti feeling2 cinta berputik pada Azman jiran belakang rumah, auww..

Psst.. 'mastered English' katanya, kah? kah3.

Dulu kala, RTS (tv Spura) buat Talentime. Masa nihlah telinga I dihayalkan dengan melodi seksi, lagu2 evergreen such as Kerai Mee a Riber a.k.a. CryMeARiver, FlyMeToTheMoon n TheLookof Love (to name a few) but my favorite mestilah versi DustySpringfield.

I masih ingat 2-3 nama peserta Talentime tapi I paling minat pada MCnya, hehe.. Kecik2 dah reti minat MC. Names like GeorgeF n PaulC.. mereka adalah cute2 belaka dan pemain muzik HoraceW adalah whoaaa.. sebab dia pandai main sitar walhal dia oghang Cina. Kenot forget his version of Wantanamera..

Beredar dari blog Oldstock, I kembali pada my most favorite blog Al-kisah (ahaks..woot2), tapi yang kat bawah nih masih tetap nak ikut I. Pucuk dicita ulam mendatang (I yang memang tak rajin nak cari apa2 lagu dari mana2 sos) tup2 rezeki datang menggolek.


Note: Thanks Oldstock n halalkan clip CMAR nih menetap kat Al-kisah (mee bandung yang you nak belanja kat JB tu, kita kira hanguslah ya?)

Since last Saturday I kurang menyibukkan diri kat dapur. Tiap kali keluar, I sure tapau food untuk sesaper kat rumah. Tak berapa rajin nak masak sebab kebarangkalian gas akan habis tapi cam OK aje tak habis2 bila I masak air, so ....

Tekadkan hati, bulatkan badan, kuatkan semangat .. masak jugalah kekdahnya. Udang (sponsored by Ndja's hb, Sabah mari) dimasak guna rempah beriani so jadilah lauk beriani udang. Memang tak cukup bahan namun bila mood CikSom melompat2 nak juga masak lauk tu, maka jadilah lauk tu juga!

Nasi beriani masala guna rempah Shan. Kena reti mengagak bila guna rempah nih sebab rempahnya pedas, siap bergaram dan siap bercampur rempah campak. We literally don't need to add anymore spices or salt at all.

I guna beras siam aje tapi kalau guna basmathi sure lebih melethopan! Garnishing wise.. cukuplah dengan kismis tu aje, hehe. Orang2 kat rumah nih don't really appreciate daun bawang n daun sadri tapi D&T minat sangat bawang goreng tapi I pulak tak minat nak goreng. Tak minat = tak rajin tapi bukan malas, heheh.

Satu malam yang dingin (masih dalam mood tak nak masak takut gas habis), terasa nak makan satay plak. Dapat idea masa I sensorang dalam kereta tunggu D oder minuman kat bawah nih. Orang nak belanja, kita terima ajelah, kan? Mekasehhh..



D oder teh jepun panas, euwww rasanya. Apa citer teh perisa seaweed? Dia memang suka yang pelik2, at least pelik pada my deria rasa. Bila dah beli yang dua tu teringat plak kat T so I sendiri masuk kedai Mermaid dan oder satu lagi. My 1st time masuk kedai Mermaid branch Tepan. Jakun jugaklah, haha..

Back to cerita satay. I beli 15 cucuk satay PAD each (perut, ayam n daging) sebab kesukaan memasing berbeza2. TB = daging/perut; D = perut/ayam; T = daging/a bit ayam and I? anything goes! Kan senang jadi I? tiga2 dapat, alhamdulillah..

Kita makan berdua dulu sambil tengok tivi. Oleh kerana I ada ciri2 tersentap kat TB (I dah mintak mahap pun), maka taklah I monitor apa yang dia makan tapi heranlah pulak whylah satay perut masih banyak lagi.

Bila tahap kesentapan dah mula kendur "you makan satay daging aje ehhh?". Ha'ah jawabnya; "tapi I beli satay perut juga, you tak makan ehh??" <- tonasi concern dengan bunga2 cinta melayang2 gitu.

Well.. apakah jawapan TB seterusnya tuan2 dan puan2 sekelian?? Siapa dapat teka dengan tepat, silalah ambik semua satay2 dalam mangkok tu .. on me, okay?

a)dah kenyang ....b)liat ...c)tak perasan ...d)nak makan besok ...e)tak sedap

Wednesday 21 December 2011

3 stooges berpoya2 ...

Kakak dari Sban masih tak puas berjalan pada hari Sabtu so hari Senin dia ajak keluar lagi. Kali nih kita keluar bertiga terus ke d'Curve. T tak nak ikut sebab katanya 'kalau keluar mesti balik lambat', hehe..

Bagus gak dia tak ikut sebab sesi perbualan kita tiga beradik tak terbatas dan tak perlu ditapis2 (boleh bercerita hal2 sensitip n sensentap yang tak patut didengar atau diketahui oleh budak2 bawah umur).

Tujuan keluar tu semata2 untuk makan tapi bila masuk Living Qtrs, tak dapat tidak terpaksa juga beli, hehe.. Nak cari tempat makan pun satu hal juga sebab semua tempat makan kat situ nampak macam beshhh jer. Memang spoilt for choice!

Cari punya cari, terpandang plak si Chomey nih. The 3 stooges sehati sejiwa setuju makan kat sini ...


Restoran yang baru dibuka tak sampai setahun.


Hangatkan selera dulu dengan finger food @ sardine rolls. Kunyah sambil senyum2 simpul tanda puas hati sebab todap! *sepatah kata Aida*


Teh & Ndja each had a plate of nasi kerabu. In fact the nasi kerabu here is much better than that @Delicious. Everything from solok lada, serunding kelapa, keropok n ayam percik are nothing but marvellous. Of course part budu tu was not touched at all by Teh n Ndja :-)


... and I had laksam. Wpun rupanya kurang menyerlah tapi rasanya ohh me ohh my! Takde rasa hanyir ikan langsung. Sila oder kalau kesana, okay??

Dah kenyang sesangat namun mana boleh tak oder pembasuh mulut, tak gitu u'olls?? So kita oder secara hemah .. cukuplah 2 jenis aje, lompat tikam dan puding raja. Verdict: Nikmat! Segalanya cukup baik manisnya, lemaknya, pekatnya dan teksturnya ...

Sebelum berundur diri dengan perut memasing terasa OMG tegang, sempat jugalah kita beramah mesra dengan tuan punya kedai yang kelihatan so anggun (pekerjanya siang2 lagi dah soksek dengan kita yang bossnya tu ialah mak sedara to the present Sultan).



Sempat bercamwhoring jugak dia nih ek?? Hehe.. dia tumpang semangkok menceriakan diri, biarkanlah. Penat jer diorang mendeko bagai sempena hari Natal, kesian taw kalau takde siapa appreciate their artistic work. Tul tak?

Jingle bells jingle bells, jingle all the way ... oh what fun it is to ride in a one horse open sleigh. Lagu nih memang mengimbau my childhood dream - memang terasa2 nak naik sleigh yang boleh terbang. Sekarang nih impian tu masih ada sakibakinya tapi mana nak carik sleigh yang boleh terbang?

Haippp!!! Sape kata I berat? I masih feather weight kalau nak dibandingkan dengan SantaKlos okay??

Monday 19 December 2011

Hal Sabtu penuh tragis tapi beshhh ...

Bila lama tak bersiaran, mana lebih penting didahulukan??
. buat entry baru
. jawab komen
. blogwalk
. blogwalk n tinggalkan komen

Soklan kedua bunyinya cenggini:
Apa rasanya bila ada orang layangkan pada kita sign language yang boleh membakar dan menyentap perasaan dalaman kita? (sedangkan kita tak perasan, hasil dari tindak tanduk kita feeling so great, tak menyabar dan perasan terer sebab drive keta gah, sesuailah terima layangan sign language tersebut tanpa kompromi ) noktah!

Anyway, hari Sabtu lepas I berdua beranak tersangatlah seronoknya berjimba dengan my kakak2. It was our (Ndja, T n I) first time going to that place though Ngah n Teh have been there before. Dah tempat tu gah kekdahnya maka ramailah nak kesana. Kitorang yang tak gah nih, nak juga rasa keGAHan orang2 gah, haha.. watdehek kan Yat kan??

Adakah BangsarVillage gah?? hek hok! <- tanda 'duh' namun sebab dah lama tak menyusuri prasarana kat Bangsar tu, I was kinda taken aback jugaklah looking at the kemajuan and whatnots yang dikecapi oleh penduduk dan kawasan sekitar Bangsar.Jika ada kemajuan tentunya maksiat berleluasa, tul tak?

So kita berempat beradik (tanpa Long) + T kesana hanya nak suka2kan hati makan2 kat sini ...



Dah 2 kali merasa airtangan chef kat restoran nih. First time dulu, T&I makan kat S'Pyramid. I think I prefer the ambience at SP, furthermore only at SP branch ada offer free dessert whenever we ordered 1 main meal. T suka aje dapat free dessert sebab dessert dari restoran nih syedap2 belaka, haha..


Memasing oder ikut citarasa sendiri. Quiche nih adalah idaman yours truly. I think it was too 'eggy' (memanglah bahan utama telur, tapikan tapi......). I tak oder dessert sebab I ngendeng T&Ndja's banana puddings. Makan dengan aiskrim vanilla n caramel sos yang meleleh2 tepi mulut I, auwww..


Alhamdulillah n thanks to Ngah sebab belanja kitorang. Bila dapat undi lagi, boleh tak belanja lagi dan lagi?? heheh.. Masa I darjah 4 dulu, tiap hari bayar 5 sen, tiba my giliran, jadilah I budak kecik paling kaya dalam donia. 40 ringgit duit syiling dalam tangan u'olls, tentu rasa kaya gilerrr, tak gitu?? Ngah plak, aisayman... sekali dapat beribu2 lemon kekdahnya... WOW!!


Lepas makan, surely jalan2 lenggangkan perut kasi lelemak terbakar se-aun dua.. Atas idaman Ndja, maka kami ke kedai Pandora .. jamu mata jer..



Pandora adalah anak syarikat HabibJ. Bracelet kat atas nih amatlah berkenan pada mata I... Harganya <> RM6K jer, haha... Bracelet silver RM300 manakala yang emas <> RM1K. Yang buntil2 tu adalah pilihan sendiri. Kalau nak beli satu pun boleh pastu add on lagi. Satu buntil2 tu harganya RM170 lebih kurang. Buatan dari Denmark.


Selama nih I tak minat dengan barang2 cam tu, Ndja aje yang menggilerrrrr.... tapi hari tu terasa cam terlebih auwwww... pekerja kedai siap pasangkan bracelet kat my wrist. Owhhhh... lawanya!


Ambik gambar tu dengan izin pekerja kedai. I mintak izin dulu takde tangkap curi2 (kang tangkap curi2 tetiba terkantoi. I tak suka terkantoi atau sengaja dikantoikan macam wakenabeb tu..).


Tu aje buat kali nih.. Nak bersiap2 lagi nih sebab Ndja dah tiba. Dia yg dari Sban dah ada depan gate karat I, tapi I masih membebel kat sini, hehe.. Jom kita pergi d'Curve???

Friday 16 December 2011

Disember 16 ...

Jumaat yang membahagiakan sebab takyah bersiap awal untuk menjemput puteri HangLiPo dari jajahan Kanda Deris.

You dah breakfast? Pagi nih I makan breakfast ala fusion - roti, cheese n serunding daging (yang memang sedap sebab sendiri yang buat, betul tak bedek. Fakta mana yang tak bedek? Lebih sedap atau buat sendiri? Dua2 fakta, heheh).

Breakfast makan roti tapi kenapa tunjuk gambar pau?? Saja suka tengok rupa pau tu yang macam muka alien. I suka pau inti kacang merah tapi masa beli dulu tu, I beli inti kaya. Bila sipenjual sangat konfiden "tanda ijo intinya kacang", I pun kata "saya ambik 2 yang takde tanda".

Each packet has 5 pieces so I bought 2 packets meant to be shared with Teh. Yang kelakarnya tapi tak terasa nak gelak bila tau pau2 semua tu berinti kacang so does it matter if bertanda atau tak?

Semalam buat kapkek nih lagi sebab nak habiskan crumbs. Dapat 8 aje.

Biskut nih dah berhari2 duduk dalam kotak atas meja makan. Mula2 ada 2 kotak. Sekotak dah licin hasil ngapan 2 beranak. Sekotak lagi tinggal 5 keping tapi dah dipandang sepi oleh tuannya. TCTLSS, I rebake it for 8 minutes and walla. I ngap sensorang! *siapmulutbersememehlagi*.

Ntah apa dah I buat sampai tertrigger those 'tools' to appear. Dah agak berkurun mende tu tak appear on my screen eventho I rancak bersiaran, memberi dan menjawab komen. Tup2.. dia hilang sekali lagi. I suppose all bloggers faham kegunaan 'tools' tu.

Soklan tanpa jawapan: heran mana peginya sepit2 baju kat rumah nih!

Wednesday 14 December 2011

Selera anak selepas gerhana bulan ...

D dapat gaji lewat so bila dah dapat gaji, beraya sakanlah dia. Bertimbun beli sushi etc; and a few cuts of uncooked salmon.




Selalunya I makan sushi yang nih tapi semalam hmmm...



kulit salmon yang garing *tertutup selera I, errk*



D's breakfast this morning + left over kulit salmon. Dia masak sendiri so ikut citarasa dia.


*
T balas niat. Lele penyet is her fav. Dah reti makan terung n tauhu goreng, good gal! tapi tetap tak kawan tempe.


Sotong goreng tepung as side dish

Ayam penyet for Mem while TB had ayam bakar



Tuesday 13 December 2011

Baulu benjol aka Madeleines ...

Bulan Oktober beli 2 acuan, bulan November dapat lagi 2 (D yang belikan, hehe..) pastu haruslah 'show off' airtangan dari bakat terpendham, kaaaan??

Nak buat baulu versi Perancis nih lecehnya ialah kena simpan adunan beberapa jam atau simpan sehari semalam dalam esbok sebelum dibakar. Ada juga resipi yang membolehkan adunan terus dibakar, no need to wait wait one.

I pulak dah teroverzealous.. paling lama simpan dalam esbok sehari semalam tapi dah terover shot sebab mood tetiba merundum!

So on 17th November terjadilah ia ...


Ciri2 yang perlu ada pada madeleines yang berjaya dibakar (ehem) terbukti pada benjulannya. Omputih sebut 'hump'. Kalau takde 'hump'? Sila 'hampa'kan diri, ekekeke..


Sepatutnya gula halus bak salju tu ditaburkan pada bahagian takde benjulan tapi ada I kisah? ngeh3.. ekceli I nak kaberline jer memandangkan bahagian tanpa benjulan, rupanya tak berapa menjadi. Patut rupanya berjalur2 gemilang serupa cengkerang, sea shells on the sea shore :-)

Bila perasaan tamak dah sampai keubun2 maka syoitan pun menghembus kata2 semangat "buatlah banyak2...kalau tak jadi, buang jer!" .. Somehow, hembusan keji tu menginap seketika kat ubun2 yang masih lembut nih, heheh..


Dah boring makan baulu benjul berketul2 maka "nak buat apa dengan adunan yang lebih nih?". Takmoh kalah dengan hasutan syoitan hence I have to think of something creative. Yess... maka jus kreatif pun menyerlah, dari baulu benjul jadilah ia biskut cornflakes. Yeehaaa ... hahaha (terlebih gelak sebab ............. rahsia!).

Jap lagi nak F1 ke SA untuk menjemput puteri Hang Li Po. Cuti 2 minggu .. I macam dah tau apa plannya selama bercuti nih. Belum apa2 dah bitau lepas jemput dia nanti, nak singgah kat restoran WS nak makan samting.

Bagus ... I pun nak rihatkan periuk belanga kuali hitam I juga.

Sunday 11 December 2011

of NetBk, BC muffins n renewed driving license ...

Alhamdulillah my netbook dah dibaik pulih by the so-called in-house customer service engineer. Dia tak charge satu sen pun tapikaaan kesian!! dia pulak kena forked out RMxxx to buy a hard disk for his one n only beloved customer.

Thanks Bang (TB), LUEM ... *wink at DHW members*

Tak charge apa2 tak bermakna I tak terikat dengan apa2 syarat okay? Syaratnya I harus jadi pengguna komputer yang rajin lagi berhemah. Kena kerap buat disk clean-up, buat disk defrag sebulan sekali dan syarat paling tak berapa nak akur ialah jangan merayap kat blog (as all kinds of virus are looming around) <- eh betul ke??

Tapi kalau tak merayap kat blog, nak merayap kat mana lagi? Apa erti hidup nih kalau tak merayap n buat kepo kat blog orang ... tul tak?

So, duduklah I dengan tekun sebelah TB mencatit nota camana nak buat disk clean-up etc. Dah banyak kali dia n T ajar tapi tetaplah I terlupa, hehe.. Nota yang dulu tu pun tak nampak bayang lagi dah, ekekeke..

Khamis:
Since TB ada hal kat bank di SA, I pun buat hal jugalah. Dia tak tau hal I nak detour ke tempat T sebab bila dia tau, dia mesti suruh I bersiap cepat sebab katanya I bersiap lambat. Alaaa, I can always skip bathing whaat..

But do you think I terus bersiap? No way. Instead of bersiram I terus kedapur secretly whipping something to be brought to T. Gitulah kekdahnya emak siT(anggang), selalu rasa tak puas hati kalau tak bawak apa2 buah tangan.


Resipi 'banana crumbs muffins' diciluk dari dapur Rima (thanks cik adik manis, hehe..) tapi terus bertambah teruja bila tengok kat dapur Anie, di NZ nun.

Verdict from T n friends: Sedap gilerrr Mi .. semua kawan2 T kata sedap. Pandai mak you buat .... auww.. (kek simple2 retilah buat cuba suruh buat kek choc devil ke? sure pengsan!).

I bawakan juga ayam penyet WS for T. Dia tak tau I nak datang tapi bila I dah tercegat depan pintu, I nampak dia berlari melompat kesukaan. I tau dia tengah stress mentelaah for her upcoming exams so masa kita berhugging dengan erat tu, melelehlah airmata sianak tak dapat ditahan2 lagi :-(

Diharap dengan menjenguk T seketika, resah gelisahnya somewhat terubat dan semangatnya kembali kental. Kalau tak kerana I pun, mungkin banana crumbs cuppies n ayam penyet sedikit sebanyak membantu juga hendaknya :-)

Hari tu jugalah TB baru perasan driving lesennya dah 2 bulan mati. Dari bank terus kepejabat pos SA to renew the license pastu terus balik rumah tapi dah jauh tayar berpusing barulah tergerak hati nak periksa samada my lesen masih hidup atau dah nyawa2 ikan tapi dengan yakinnya I bersuara "lesen I belum mati lagilaah..", woot woot!

Jumaat: Kalau lesen belum mati, camana RM107 boleh beralih tangan? (RM90 untuk lesen 3 tahun, RM2 komisyen jadi hak pejabat pos (free if I renew at JPJ) dan lebih RM15 untuk apa ek??

H'aaa tulah tu, lain kali bila dapat resit cuba periksa betul2 sebelum chow dari tempat tu.. kalau ada yang tak faham, tanya cepat2! DAN camana sekarang baru perasan lesen awak tu dah mati 6 bulan dulu?? Haishhh... nasib baik tak tidor dalam lokap!