Tuesday 30 November 2010

Teka siapa saya ...

Note: added some more pics n facts on Dec 1st.
.
Bukan buah ceri ...
.
... tapi buah Tiin @ Figs
.
DuBel @ Durian Belanda (Google pic)

Putik DuBel, hehe... (pic. sendiri tangkap, har3)

Sedara Hannah Montana rupanya! (Google pic)

Al-kisah's 3rd birthday ...

Happy 3rd birthday to Al-kisah my baby ... You be a good girl okay??

Kot ada yang nak baca: 2nd birthday

New category: Special (published for a minute -> kept in draft -> published)


.

Monday 29 November 2010

To be or not to be ...

Pic. ihsan Google


Bagus jadi Cinderella atau Rapunzel?


'blueprint'

Jika panjang umur murah rezeki, 'kita' akan habiskan sisa2 hidup (didunia yang fana') bersebelahan jajahan PGL, insyaallah.

So soalan diatas tu terjawab dengan sendirinya ... I'll be Cinderella for life kot?

Thursday 25 November 2010

Baking and such ...

Salam ...

Pokok apple belakang rumah tinggal sebiji aje buahnya so I petik cepat2 sebelum dimakan tupai. Dah tak boleh buat apam mekar dan kek PSP (paun susu pekat) maka I beralih selera pada kek apple. Since I sorang aje yang makan kek tu maka tak perlulah telek2 resipi lagi. Baguslah kalau menjadi tapi kalau disastrous, out it goes to the bin!

Dapat 3 buku kek saiz comelzz .. yet to ngap the last one, haha..
.


Jiran beri goody bag masa cukur ramos cucu dia hari tu so apple Fuji hasil pokok sendiri was one of the goodies. Do I really have an apple tree?? Well.. I only have apples of my sepet eyes, ekekekee.


My collection of ovalette ... all yet to expire. They are placed in the fridge except the left one. How is it possible that I have so many of those which hardly being touched? Well .... *sambil memandang kelantai terasa bersalah* it's all due to buying on impulse, what else?

I bought each one of them in anticipation that I'd use it to bake chiffon or sponge cake but sad sad sad to say that I failed even before I tried. The semangat just withers away...

If only I planned well... but all the same, do I ever learn from mistakes? Heck no-never-not-at-all where this thing is concerned for I was back on buying on impulse again, hehe. Having said that I'm pretty sure that I am not an impulsive buyer, nope! (gulp!)

(For crying out loud) here it is ... I just acquired another one of those! clapclapclap... syabas CikSom! You just know how to hoarde things eh?? heheh ..

As I told you before that I wanted to make apam mekar so much, right? Well... apam mekar needs ovalette to make it 'bloom' unconditionally, haha .. tapi tulaaa... tong gas yang dah dua bulan diguna just refused to surrender ...

Btw, what's the connection between ovalette n tong gas itew? haha..apa2lah.

The other day I went to a shop which sells baking utensils and the like. I was quite impressed to know there exists a pre-mixed flour to make macarons (a packet costs RM11+). They even conduct a class on how to make macarons, heheh goody good I like!

In fact every now and then they do conduct cooking classes at the shop. I've attended once before, remember? No? Yes? but just in case no one does, sob3, it's here beb...
.

Wednesday 24 November 2010

Sesuka hati nak saman ...


Pagi tadi I pergi kedai (dekat aje pun) tapi masih suruh D hantarkan, hehe. Dah terlanjur dia keluar, haruslah berbakti pada ibunda, khan?? D tanya camana balik nanti? I kata pandailah I. So, dari kedai I naik bas no. 11 (tamsilan guna 2 belah kaki) dengan tempo ala2 brisk walk (kot boleh terbakar lelemak barang seratus dua gram).

Sambil berjalan sambil pandang belakang, kiri dan kanan. Takut hantu juga sebab ada kes ragut pernah berlaku disiang hari kat area tu. Bila tiba rumah, TB tanya "you balik ikut jalan depan ke belakang?". Jalan depan means jalannya yang agak sibuk dengan kereta dan orang lalu lalang; while jalan belakang is quite aman, lengang n sunyi (sesuai untuk drama hantu, hahahaiiii <- belum apa2 dah mengilai nih).

Kenapa TB nak tanya2 lagi walhal I dah pun selamat sampai kepangkuannya in one piece, kan? Dengan niat bercakap benar w'pun perkataan yang terkeluar tak berapa nak benar "I ikut jalan depaan", maka adakah .... adakah I dianggap dot3? Gulp!

Pergi kedai tadi tu I beli macam2 benda termasuk susu pekat dan santan kotak. I tengah geram nak cuba buat apam mekar @ apam yawn (sepatah kata Yat); dalam masa yang sama terkesima nak buat kek paun susu pekat.

Camana tak terkesima? I baru timbang semangat tengok kek Rima, tup2 Yat/Anie dah kedepan siap mengadun dan bakar the real cake. Cumanya Anie beri kek pada jirannya dan Yat?? Come closer, whisper2 .. pernah tak dengar cerita orang sorokkan kek dalam bilik tidur? har3... Nakal ek orang itew?

Masalahnya sekarang, I tak boleh buat apam mekar sebab hati takde senang selagi gas lama tak habis. Sedang apam baru naik mekar, gas pulak habis, takke stunted kemekarannya nanti? As for kek paun susu pekat tu, macam terasa2 aje kat tekak nih tapikan tapi ...

Anyway ...

Petang semalam Pk n cS telefon memberitau kereta diorang yang terletak sekitar kawasan rumah kena saman oleh majlis perbandaran. Kita semua dah duduk sini <> 20 tahun tentunya kejadian tu dianggap ANEH! Sejak bila akta majlis perbandaran diubah so much so tuan kereta tak boleh letak kereta disekitar tempat tinggal??

Ada juga cakap2 lepas mengatakan adalah sorang tu yang buat report saja dengki. Almaklum sekarang nih sebuah rumah boleh ada 2-3 biji kereta. So kat mana nak diletak kereta2 tu semua sedangkan sebiji kereta aje boleh molek2 muat diletak dalam kawasan rumah berpagar. Selebihnya mestilah diletak atas tanah hak majlis perbandaran, tul tak?

20 tahun berlalu .. surely anak2 yang dulunya masih bersekolah menengah dah pun habis belajar, bekerja dan pasti mereka miliki sekurang2 sebiji kereta. Sekarang nih pun yang masih belajar dah dibelikan kereta. Jadinya ... sebuah rumah yang kompaunnya ala2 muat tak muat contohnya, hanya boleh muat sebiji kereta 'dalam gate karat' dan sebiji lagi atau beberapa biji lagi diluar gate .. tumpang tanah majlis perbandaran..

Jiran depan rumah ada 4 biji kereta (berjenama semata) tapi diorang baru jer pindah ketempat lain. Phewh .. good riddance. Nak tau why I say good riddance??
.
Rumah I tak mengadap bahagian depan rumah jiran so that means depan rumah I ada tempat letak kereta yang muai. Oleh kerana jiran tu dah memandai buat side gate kat tepi @ belakang rumah, maka that muai parking lot has somewhat becomes kurang muai. By law, buat side-gate memang menyalahi undang2.. (gitulah I diberitau) tapi heran, tak pulak diorang kena saman ek?

Bila pasti jiran tu dah pindah, adalah sifolan yang berani letak keretanya just outside the side gate. Tup2 jiran balik kejap, tak boleh letak kereta dia kat tempat biasa. Teruslah sifolan dapat pesanan bertulis guna sehelai kertas berbaris2 dikoyakkan dari buku latihan anak .. kah3 .. dengan kata2 yang cantik tersusun, siapa makan cili dia terasa pedas, kekdahnya gitu.

Camana I tau pasal surat tu? Ehh you nih pun, I kan jiran perihatin kaan? BTW, 1 biji atau 1 buah kereta? Tetiba tak pasti, ngada jer!

Kalau nak betulkan sesuatu yang salah pada pandangan majlis perbandaran, then I would suggest they go to Taipan area. Kat Taipan tu apa aje yang motorists tak buat?? Double parking, triple parking. Dari 2 lane tetiba boleh jadi 3 lane. One way jadi 2-way. Signal light jadi perhiasan semata. The infamous quote "kereta besar otak kecik" juga berleluasa!

So far no one in their right frame of mind dare to park his/her car dalam longkang atau atas bumbung! But who knows kot ada kes desperado buat cenggitu? Malaysia boleh!

Monday 22 November 2010

Ayam atau daging ...

Kalau selalu sangat makan ayam penyeK, tukarlah selera makan daging penyeK pulak. Dagingnya sangat empuk berperisa masam manis yang dimarinate dengan 18 jenis herba selama 18 jam. Mana I tau semua tu? I memang tak tau pun, I just know how to eat and blabber, that's all I know, har3.

Ketahuilah harga ayam penyeK memang mahal sket dari daging penyeK sebab diorang layan ayam kampong aje as ayam kampong dah mula menunjukkan prestasi hebat untuk kesihatan manusia sejagat (I write what crosses my mind.. hahaa I like!). Diorang guna ayam organiklah tu kot?


So far, hanya satu kedai aje yang menyediakan sambal hijau dan merah. Kedai lain ada sambal ijau jer (or is it sambal merah aje?) I suka sambal merah yang pedas tak pedas dan berperisa masam manis sementara yang ijau tu ... fuh ... berapi berasap berdesing anak tekak, telinga n jantung boleh keluar bola2 api lagi ... so I humbly put that aside. Menyiksa diri tak elok, kekdahnya. Lain kali I nak mintak sambal merah dua tompok. Sure boleh punya ek?

Masa berlalu dengan pantas bila tengah seronok dua ronok dengan abah budak2, so for the next 6 days, pandai2lah make peace with the pots n pans (I 'patah kaki' kenot go JJCariLauk sevab T guna keta, sob3).

Once a cinderella, always a cinderella .. huwaaa ...

Sunday 21 November 2010

Fridge magnets 2 ...





Part of Teh's FMs collection
...

Detergent, cermin mata n pokok kari ..

Hear ye, hear ye .. I am now richer by 6 bottles of the above detergents, haha.. puas hati! Memula hangkut 3, pastu dengan perasaan tamak haloba yang tak terhingga, dihangkut 3 lagi semalam on a Saturday plak tu where no plastic bag is being offered to customers. Eessh ...

"Takpe.. kita beli aje beg plastik duaposen nanti" kata suamiku, auww. Memang tak tolak troli maklum nak beli 1 item darab 3 aje; so kita guna bakul, no fuss! Bila dah bayar, suamiku menjinjing 3 botol seberat 2kg each menghala kegerombolan troli terus dicapainya satu, kik3.

Keputusan yang bijak + dia kesian kat I kot? (mengenangkan I kena menapak jauhlah juga ketempat letak kereta + perut dah se'eh selepas lunch beriani JM sebelum tu).

Sempat singgah keoptometrist sebab cermin mata yang dah 6 bulan dibuat masih tak selesa dipakai bila pandang jauh dan dekat esp bila mengadap komputer. Menyesal juga buat cermin mata jenis nih ... selalunya kita gerakkan biji mata bila memandang dari satu spot kesatu spot tapi cermin mata nih, I kena gerakkan kepala kekiri, kekanan, dongak dan tunduk untuk mendapat vision yang jelas. Tak mainlah pandang sipi2 tepi cermin mata as that would give a blurred vision. Feliks tafi venar ...

So semalam tu cik optometrist tolong ketatkan skru cermin mata supaya molek terletak atas batang hidung. Kalau masih tak selesa jugak? ... I ngamok kang...


Dah tengahari makan diluar, makan malam I buat sup daging + kentang dan telur dadar jer. So pagi nih, tulah my breakfasst ... mee magi + mee kuning bersatu padu dalam sup daging. Perghhh <-- kadang2 I malu nak guna word nih, dono why :-)
.

Anak pokok kari under-nourished tu I ragut dari ibunya (ambik kat rumah Teh masa hari raya haji hari tu). Bila Long nampak I meragut anak pokok kari, dia pun tanya kenapa tak ambik aje pokok kari kat rumah dia masa I kerumahnya dulu. Heheh, I terlufa ... so ..

.
... Long mms gambar kari khas untuk I. Maybe hari nih nak kerumahnya (terlanjur dah keluar rumah, yippeee .. you know I knowlah). Apa pun, anak kari kurus kering kat atas tu kena ditanam juga. Kesian ek kalau I pinggirkan dia memandangkan I dah dapat anak kari yang lebih sihat.... ?

Masa mula2 pindah kesini <> 20 thn dulu, the first pokok yang I tanam memanglah pokok kari pastu pokok pandan. But now, both have gone for good ever since we did some renovations at the back area. Masa zaman kegemilangan pokok kari tu, tak pulak I asyik memetik daunnya aje, maklum tak kerap masak kari.

Daun kari tu menjadi mangsa 'aneh' yang potong rumput kita masa tu. 'Aneh' tu perasan kitorang tanam pokok kari tu memang khas untuk dia kot? Cara dia ragut ranting kari dari luar pagar sungguh meruntun perasaan I. Bila ditegur dia kata "oveyyy oveyy oveyy".

Saturday 20 November 2010

Detergents on promotion .. yeay!


Breakfast hari nih .. ehh kita tipu, nih 2 hari lepas punya breakfast. Oleh kerana dah berhari2 I rajin buat breakfast, maka semalam atas jasa baik jiran sebilik, dapatlah I jejemput pisang dan sebungkus nasi lemak dengan sekeping sotong yang siap digunting2.

Sebelum ngap, I sambung2kan sekeping sotong guna sudu just to see how big the size is. I beritau TB I nak lauk sotong tapi unsangkarable dapat sekeping jer. Nih mesti kes sipembeli tidak memerhati dengan tekun apa yang disenduk sipenjual ATAU kes sipembeli kurang perihatin akan kegemaran lauk partner in crimenya. Nasi tak seimbang dengan lauk, where got nice to eat, raaaait? Sotong sekeping halus cenggitu, T pulak tumpang sesudu dua. Aduhai, korban apa saja ...

Semalam I temankan TB ke supermarket whereas selalunya dia temankan I. Since I dah beli my groceries maka takdelah I hingin nak beli apa2 lagi (tapi boleh percaya ke?), but when I saw the washing detergent on promotion, I tak pandang belakang lagi dah. Nasib baik I terer in mental calculation, kankankan? mueheheheh..

1kg = RM6.50 so 2kg semestinya RM13 kaanz?? Tapi tidaaak taw..
2kg = RM13.25 tapi dah jadi RM9.90 maklum on promo.

10jam kemudian: Bila akauntan negara check semula resit, harga RM9.90 dah jadi RM8.90. Isn't that a very good bargain?? Lagi pun bila guna detergent tu, kalau tak guna softener untuk mewangikan kain baju pun takpe. Setaman akan bau harum semerbak bila baju2 disidai diampaian. Camana kalau baju dikeringkan dalam dryer? Takyah jawablah soklan tu, eh?

Makanya hari nih I will make a quick dash there just to purchase more and more of the same detergent. Boleh gak mende tu dibuat 'buah tangan' bila2 melawat rumah sanak sedara.

Dah terlanjur keluar tu, jjcm sekalilah kan?? Till then ...

Thursday 18 November 2010

Fridge magnets 1 ...




Part of Teh's FMs collection
.

Wednesday 17 November 2010

SHRAA berqurban apa saja ...

SHRAA = Selamat hari raya aidil adha pada sahabat alam maya, mohon maaf zahir dan batin *grin*

2-3 hari sebelum raya I tanya TB "kalau you ada choice, apa agaknya makanan raya you nak makan". Dah kawin berdekad2 baru teringat nak tanya soklan cepu-mas916 tu, har3. Berdebor2 juga nak tunggu jawapannya.. dari berdiri, dia duduk sambil pegang jari jemari mengira2, kekdahnya.

So pilihan hakikinya ialah botok2, kuih talam (atas putih bawah gula melaka) dan tapai sebab dia dah jemu dengan lauk2 raya. Sebenarnya dia jeles kat I yang tersangat 'pandai' mix n matchkan lauk2 raya sebab dia masih selesa makan the usual 3-in-1. Dia tak reti selang-selikan dengan sambal gor, serunding, samtum atau pun sayur lodeh.

Ekceli I pun dah penat makan benda yang sama but when Teh told me that she won't be serving the usual raya food, I was ecstatic. Soto Medan would be the main dish then (hasil garapan Teh with Rita Coolidge, her maid of honor).

Teh has somewhat prohibited us from doing any cooking so that literally left me with nothing to do (blink blink), so being a good sister that I am, I offered to bring some desserts. Have to upkeep my 'water face' intact, kekdahnya. Soon after solat subuh and without a second glance at my bantal busuk, I walked humbly towards the kitchen. Tssk.. eat your heart out Nigella, ekekekee..

Hasil mahakarya dari titisan keringatku ... ini ajelah yang termampu dan reti buat :-)

Blubery muf!

Cochineal essence, perisa almond + canned pineapple

Yellow essence + canned longan

Everybody was there at Teh's house except the expected ones but as always that won't deter us from having a good time. What was being served there? Waduh2 .. desserts/food a plenty from various planets contributors. I was thinking of relishing the soto first but from where I was seated, I was closer to nasi empet n its peripherals, so terpaksalah I mamam yang tu dulu (gitulah kekdahnya dalam majlis harus bersopan, kan?)

Just before 6pm we went home 'equipped' with packets of tapau-ed food enough to satisfy another two main meals. That would mean genjatan pots n pans for me, I like!

On raya eve we had makan2 ala pot luck. I dah buntu tak tau nak bawak apa. Ndja suggested that I cook mee keju n 2 more options which I tolak bulat2 n lonjong2. Tetiba teringat why not I just bring murtabak? Yeay... selamat gua but still I have to show off a bit lah kaan?? haha.. riak punya orang so I baked that butter cake.

Bukanlah Somuffins namanya kalau tak menodai resipi maka apa mendenya yang I campur dalam kek itew?? Hehe ... nasib baik minah tupai baik hati tak habiskan semua pisang emas hari tu ...

Initially the cake risen so beautifully but it slowly memendakkan diri. I tekad bawak juga ke majlis tu .. bentat pun bentatlah kan?? But but but ... they seem to like the cake very much. I pun tak faham camana texture butter cake --> kek pisang bertukar jadi texture chilled cheese cake..

Berlaku sedikit misteri disini ...

Tuesday 16 November 2010

Shrew ...

Plannya nak buat jejemput udang tapi dibatalkan dengan sengaja, hahah. Dah 3 hari I begitu bersemarak buat breakfast untuk kita berdua so hari nih giliran TB plak buat breakfast. Cara dia buat breakfast memang mudah, singgah aje kedai mamak atau warung atau kiosk. I tak cerewet asalkan jangan belikan I roti telur .. nehi, nehi ..

Breakfast pagi nih, roti canai dan roti telur cicah dengan kuah masalah masala kambing tanpa dagingnya. Selalunya I akan goreng semula my roti canai biar garing tapi hari nih tak berapa rajin. Harap maklum.

I ralit setiap kali tengok 3 ekor tupai selalu bermain2 kat kawasan rumah. Kerjanya asyik melompat dan merayap duk kacau bunga Ixora, panjat heliconia, panjat staghorn pastu gi 'curi' makanan kucing (gaya dia capai makanan kucing dalam bekas dari luar cage, teramatlah comel).

Dari depan, tupai2 tu pandai pulak merayap kebelakang rumah. Bila I sedekahkan makanan pada kucing2 tanpa tuan, tupai2 tu pun nyebuk berebut sama. Bagus betul tupai boleh berkawan dengan kucing, kan? Tupai tu pandai jugak, diorang ekceli keep a distance dari kucing2 back alley tu kot silap hari, silap bulan, tupai dijadikan makanan plak, har3.

Bulan lepas sekor minah tupai dah tersesat masuk dapur. Kiranya dia terferanjat tufai bila terserempak dengan manusia within inches away dan I lagilah terferanjat thinking that it was MikiMaus. Pernah tengok camana minah tupai bergerak tak?? Cepat cam kilat! Semput jugalah I duk perambat dia suh keluar. Last2 dia naik atas dan keluar menerusi tingkap bilik air.

Ahad lepas, 2 ekor dah terserempak dengan T kat washing area maka lintang pukanglah minah2 tupai melarikan diri, habis dilanggarnya apa yang ada. Semalam, ada sekor lagi masuk ikut tingkap dapur. I mula perasan bila terdengar something jatuh.
.
Wah2.. cik minah tupai kita dah pandai mencuri pithang emas cikSom rupa2nya ya??
Menurut 'pegawai perhilitan', siapa lagi kalau bukan TB, yang disebut2 tupai tu bukan tupai = squirrel tapi nama ngikut mykadnya ialah 'schrew' (tak pasti orang melayu sebut apa. Tupai juga kot??).

So semalam, sekali lagi I beraum cak dengan minah tupai. I kejar dengan penyapu kasi dia gerun sket tapi masih berlembut "Pai.. keluarlah Pai...". I suppose minah tupai dah keluar dengan selamatnya tapi sampai hati dia boleh 'throw big water' 2 tompok kat dapur I.

Besok raya korban kan?? I diarahkan supaya tidak memasak apa2 sebab as usual kami akan berkumpul kat rumah Teh. Untuk menutup malu, I akan buat some desserts (phewh!). Since jiran2 pun tak balik kampung, malam nih kitorang plan buat majlis tahlil dan makan2 ala pot luck.

I dah mula seramz sejuk nih.. Apa patut I bawak kesana malam nanti?? Jejari Kongo kah? Currypuff daging atau mee PK kah? Bila keadaan cenggini, serta merta fikiran jadi buntu. Hellpphh!!!

Sunday 14 November 2010

Majlis 3-in-1 and Mac vs Mac ...

Sabtu petang
Para jiran yang mesra alam "ehem" telah bertungkus lumus menyiapkan goody bags untuk majlis house warming, aqiqah dan potong ramos jambul cucu sulung jiran. I nih memang suka buat kerja behind the limelight dan statik tak kuasa berenyah; but this time I've gone overboard using my tulang 4 kerat angkat tu, tolak nih, terpusing dan membongkok maka aksi tu 'menyebabkan sakit belakang' <- sebut gaya iklan pil untuk sakit belakang, hehe..

Ahad
Tepat 1030 pagi majlis 3-in-1 pun bermula. By 12pm jamuan tengahari terhidang dengan lauk pauk dan kuih muih yang berbaloi dimakan (terlebih kalori atau lelemak belakang cerita .. janji thedap serta halalan toyyiban). Alhamdulillah semoga tuan rumah sentiasa dilimpahi dengan rezeki yang halal dan sejahtera setiap masa, amin.

Alhamdulillah .. cedapnya!
.

Shame2 baby ...

Oops terlupa pulak, U-turn kejap eh?
Petang Sabtu tu, tuan rumah ada juga menyediakan minum petang "untuk kita2 aje" <- gaya iklan saluran 'ceria'. Ada jejemput udang, talam keladi dan bubur kacang sertaaaa, nih yang buat I terferanjats nih cos out of nowhere ada benda nih ... benda yang dah lama I idamkan tetiba ada depan mata ...

Ya betul, benda tu namanya macaron! Sejak macaron yang berwarna warni nih dah jadi the IN thing, secara semula-jadinya ia menambat dan menganjak keinginan untuk merasanya w'pun I tau rasanya manis. So hari tu, tertunailah hajat dan harapan. Verdict: Hmmm....

Pernah satu ketika dulu, Teh n I dengan jakunnya 'membelek dengan mata' pada beranika macarons yang disusun menawan hati on display dalam bekas kaca. Terlupalah pulak berapa harganya tapi memang mahal esp bila otak nih asyik mengira pertukaran mata wang, har3 kesian ek? Bukan tak boleh beli taw, cewahahah.. tapi kita tak dibenarkan beli seketul dua; kena beli a set of 6 or 12 pcs. So kita beredar tanpa rasa terkilan pun ..

Pastu kita berdua menyusur ketempat perishables temankan Ngah beli ikan. Almaklum musim sejuk masa tu maka ramailah yang mengenakan baju tebal, cantik bergaya (ntah2 tak mandi lagi, har3). Seronok juga tengok orang berpakaian vogue beli ikan udang bagai. Diorang takde maid untuk belikan benda2 yang hanyir tu ke?

Nak tau juga I pakai apa kesana tu? I pakai biasa jer.. jeans n black leather jacket, with high heeled boots, stylo kekdahnya, har3 Alaaa... pakai cardigan jer, nice and sweet gitu, lalalaaalaa..

Sempat juga belikan knick knack untuk D&T, habis juga 20+ matawang Lilibeth. Budak berdua tu yang masih tak arif dengan exchange rate serentak bersuara "murahnya Mi". Iyolah tu..

Pengalaman mencuci mata kat situ was really somethinglah. Yalah pun, bukan selalu dapat peluang selama 10 hari keluar masuk sesuka hati. Puas juga menjamu mata pada benda2 yang memang takkan mampu dimiliki; semuanya memang outrageous!

Sesiapa yang obsessed dengan supermarkets pasti paham. Ajaklah kemana2 namun tak kecik hati kalau tak pergi pun asalkan? hehehe ... asalkan dapat merayap2 sekitar supermarket, dah rasa hepi tak terkata. Kalau boleh, nak bercamping kat situ tak nak balik, boleh?

I nih betullah macam customer service kat bank yang tak reti nak tidur tu. Kalau biarkan dia bercakap memperkenalkan promosi yang ada, mulalah dia bercakap tak henti2 cam robot. I nih dah merobotkan diri, mula cerita pasal majlis 3-in-1, pastu pasal macarons, pastu pasal supermarket, pastu ... pasti T komen (kalau dia terbaca) "tak perlulah Umi beritau semua tu".. Dengan T semuanya tak perlu.. nanti bila I dah takde, dia pasti meraong2 bila baca entry nih, ekekekee..

OK, back to macarons (lagi??).. sebenarnya I keliru sket hal macarons dan macaroons. Ada sesiapa keliru macam I untuk membezakan antara dua tu tak? Kot ada keliru dan berminat nak tau, silalah jangan malu2 tekan sini (khidmat masyarakat kekdahnya).

Sequel 'berani kerana benar' akan dititipkan kemdian ...

Saturday 13 November 2010

Berani kerana benar?

Hari nih my beloved sisters n I dijemput kepembukaan kedai yang menyediakan perkhidmatan untuk mencantikkan luaran dan dalaman wanita. I terasa juga nak cantik tapi terasa malas pulak nak bergerak jauh ke M.Kiara esp bila mengenangkan banyak hal yang perlu dibuat sekembalinya dari berdondang sayang.

Lagi pun, I tak nak menyusahkan Ndja who will come all the way from Sban just so we can have a good time together (with Ndja it is always a case of *sambil menyelam minum air* ada aje lencungannya). Another option is for me to drive to Teh's house so that I can get a lift from her to go to M.Kiara. Teh pulak bukan drive sendiri. Sejak my SIL rela jadi chauffernya, bertambah lagilah lemak dia dah takmoh pegang stereng langsung.

My other 'alasan' of not joining them is that I have another invitation right here in my neighbourhood. A jiran is on top of the moon maklum menyambut cucu pertama. The majlis akikah is due tomorrow but the preparation to rebus teluq n whatnots = goody bags will be this evening. Since the jiran aka nenek quite mengharap the ninda2 like me to help out, maka I've decided to give a helping hand there.

Cerita semalam .. Friday ..
Picked T from jajahan Kanda Deris sharp at 10am. Masa her 1st trip mengangkut her personal things into the car, T pun bercerita blablabla .. blablabla ... AND I feel that I've to do something the moment T says "tak pasal2 T kena saman Mi".

T was issued a summon for an offence committed by her friend. Does that make any sense at all?? T tidur rumah kawan dan pepagi lagi sebelum I datang jemputnya, kawan tu hantarlah T balik ke kolej. Somehow her friend was driving melawan arus and the man (pegawai keselamatan) happens to witness the incident so the girls were caught red handed!

The man did tell the girls (T n friend) not to drive melawan arus as it was dangerous. No summon was given but that man kinda tikam dari belakang by sending a message thru woki-toki to a lady guard at the kolej entrance to watch out for the car and to catch hold of a girl wearing dark attire.

The friend went home soon after she drops T off ...

As T was passing the security guard shelter, she was stopped by the lady guard on duty. Terperanjatlah budak tu, ya tak? To cut the long story short (after jenuhlah T beri penjelasan), she was given a summon just because she is the student there (1st offence) and for the fact that she was the passenger of the car (2nd offence). The 3rd offence would be of her refusal to pay RM25 (the summon costs that much).

An injustice is done to my daughter and I as the mother must do something about it. Kalau anak orang, boleh juga I nak tolong tapi nanti orang kata jangan nak kepo pulak; but since that incident happened hardly an hour before I arrived there, I find that it was my duty to right the wrong a.s.a.p (berani bebenar kekdahnya .. ).

T stops me from harbouring the matter further as according to her those people might hold grudges against her later on but I told her "we must fight for our right" ...

Panjang lagi ceritanya tapi I terpaksa minum jus mangga dulu untuk menyejukkan hati. Len kali I sambung ehh?

Sejuk juga hati bila T beritau dia ada belikan my fav mango juice. So far jus tu hanya boleh dibeli sekitar jajahan Kanda Deris (dah area tu aje dia berulang-alik maka tak ketahuan samada tempat lain ada berlambak dijual, ekekekeke). Sambil keluarkan botol jus dari beg "Mi.. T belikan Umi nih ... nanti Umi ganti ehh??" dan pagi nih dia beritau "T dah bukak dah jus Umi".

"Ehhhh tak acilah cam tu, tadi kata belikan Umi, kan?" (sambil kerutkan dahi yang tersedia berkerut).

Wednesday 10 November 2010

Gas = guess = guest?

Kot ada orang bertanya "gas dah habis ke"? .. jawabnya simple n sweet "belum" walhal puaslah I beriya2 masak 6 lauk semalam. Ya benaaarrr... 6 lauk! (cerita riak kendian eh? I pasti ramai yang terpegun dengan fenomena luar biasa nih, mueheheheh ..).

Nak cerita pasal GAS lagi nih, ngeh3... (oittt.. janganlah angkat kaki dulu.. sabaq na..).

Al-kisah perbualan sigadis manis (gm) dengan mak sedaranya (ms) ditelefon sedekad yang lalu .. blablabla .. hinggalah tercetus:

GM: ha'ah dia dah dapat kerja baru
MS: dia kerja kat mana sekarang?
GM: dia hantar 'guest' dari hotel pegi epot, dari epot pegi hotel
MS: dia hantar 'gas' kat hotel? sekarang dia dah jual 'gas' ke?
.
Haa.. cukuplah tu hiburan pagi ... kalau nak lagi, bitau k?

Ada lagi cerita pasal gas, kih3. Selama 13 tahun pertama I bergelar Mrs TB, tak pernah sekali I ganti 'kepala gas' bila tukar tong baru (tak ambik initiative langsung). Kerja cam tu otomatik jadi kerja TB atau 'abhang' yang hantar tong gas. Senang kan? Selamat hidup I and I live happily ever after, clap3.

Tapi dugaan tetap datang.. gas seolah2 dengki kat I sebab dia habis masa TB kat opes. Since awal2 lagi dah beli tong spare maka hancurlah harapan nak mintak tolong dari 'abhang'. Hadoiimak.. menggelupur I dibuatnya sebab I mesti masak dan memang tak bermimpi disiang hari nak keluar beli lauk (masa tu tak reti drive, kah3 padan muka). Quick thinking, I pun telefon Chik (sila rujuk pada perbualan sigadis manis dan mak sedaranya) .. and the rest is history! Senang benar ek?, pejam mata tidor berdengkur pun boleh buat, hahahaaaru..

6 lauk?? OK sabaarr .. I nak bitaulah nih *kengkonon ramai dah bertanya apa 6 lauk yang I masak semalam*. Bila memasak lauk harian, I suka masak yang simple2 aje. Kalau cara masak ada 10 langkah, I akan 5kan aje (nasib baik I 5kan aje, selalunya I zerokan aje = jjcmlah tu, hehe). Since I makan berdua aje dan I boleh blend dengan selera seleri TB, lagilah senang dan ringkas.

Lauk gah atau tak gah tertakluk pada sokongan bahan yang ada dalam esbok (dan mood puan rumah). As of yesterday, status bahan dalam esbok amat runcing (namun masih bermadah helah untuk melangkahkan kaki ke land of Jaiyen beli groceries, haishhh).

So I make do with what I have menggunakan kewarasan minda yang memang kreatip sedia ada ...

Lunch:
Telur dadar (lada ijau + bawang), sup kentang + tauhu + so'own & ikan gor
Dinner:
Bayam rebus (no wonder lately I sker gelak ala Popeye "ekekekke"), ayam gor & kicap daging

Jangan geruni kerajinan dan skill I memasak okay? Dah berbuih2 mulut nih beritau (siap masuk AFC lagi, ekekekke..) bahawasanya I nih memang terel masak seco'et2 untuk 2-3 orang aje.

Ekceli kerja memasak tidaklah membebankan sangat cumanya bila I selalu JJCM dengan TB, tu maknanya I malas saja nak menagih kasih sayangnya aje, auwww.. berenggang dari pots n pans cos they too need time-out n time-off. Give them a break, kekdahnya *perihatin sungguh I*


Satu dari 6 lauk tersebut diatas para (tampal gambo kecik aje), daging masak kicap moist! Tak moh thebut jenama kicap nanti ada owang kat 'sana' duk nangis2 tawik wambut sebab tempat dia takde stok jual kicap, heheh.

Tuesday 9 November 2010

Intuition means firasat ...

Gas seberat 24kg tu kan, bila kita harap dia habis cepat, tak pulak dia nak habis w'pun dah guna lebih sebulan. I asyik JJCM maka lambatlah gas tu habis kot? 3-4 hari lepas I sort of dapat intuition gas akan habis masa merebus daging tapi gas saja2 pulak tak nak habis (dia dengki dengan bakat I tuu, tau punya).

Gas nak habis boleh guna intuition ke? hehehe... Kadang2 memang boleh tapi kadang2 hancus juga (as in kisah kat atas tu) namun teruskan membaca, jangan putus asa, k?

Tiap hari macam biasa I lompat2 kijang keblog kawan2. Masuk jer blog CikLurpak (CL) dia tanya "am I a troublemaker"? Opocot! terperanjat I. Maybe bila dia tak dapat beli fevret butter berjenama Lurpak, then mungkin (repeat: mungkin) dia cari pasal? Tapi rasanya taklah kot?

CL dapat title 'troublemaker' setelah buat satu quiz kenal diri. I pun cuba jugalah by tekan2 klik2 aje pada pautan kasih yang tersedia ada (takyah masuk duit syiling 50sen pun), terus masukkan birth date sendiri. Kejap aje dapat result, katanya "you are a Humanitarian". Owhhh.. really?? Cam suka plak I baca. Kalau dia kata "you are a Troublemaker", sah I terus klik X!

Being 'a Humanitarian' kononnya "you're so intuitive, it's like you have a 6th, 7th n 8th sense ..... blablabla". Alahai, dah terlanjur 8th, bundarkan aje ke 10th, tul tak? Boleh percaya ke apa yang diorang 'foresee' tu? Well... ada juga yang mengena, hehe. I buat quiz yang sama untuk TB, D & T. Salah sorang dari bertiga tu is also 'a Humanitarian'. Tak ku sangka cempedak menjadi nangka! kakakaaa...


Mlm semalam I tengok program Selami Hearty anchored by DDFK. Tajuknya pasal poligami rahsia. Sorang panel jemputan kata "orang nak berpoligami nih jangan ada penyakit TB". I thot betullah tu sebab penyakit TB memang denjeres, kan?? Rupa2nya taaaak you, kah3. TB yang dimaksudkan ialah tssk tssk rahsia! (nevertheless, sila rujuk maksudnya kat bawah).


Geram juga tengok YatMaria asyik menJelly-O aje so I pun men-JO juga. Mula2 leper jer dulu tapi bila jelly dah set agak molek, barulah berani buat yang tinggi sket..


Jelly-O diletak atas montot mangkok aje, ekekeekee... tapi cantik juga, kan? Kalau berkenan dengan artistic flair si food stylist tu, do contact yours truly anytime next year, ekekekee..

Yang nih versi memandai. Jelly-O ditambah susu segar.. tak siapa pun suruh. Kat kotak takde pun tulis suruh memandai.. tapi ada I kisah??? This time memang I tak nak kisah... tak kuasa I.

Nota terpaksa:
Penyakit TB = 'takut bini' tapi my TB tak 'tb' pun sebab I bukan QC. I hanyalah QOHH! auww..

Monday 8 November 2010

When 'S' becomes 'Th', and 'R' becomes 'W' ...

Jap nak gelak jap ...
muahahahaaa.. kah3 .. kih3 ... kuh3 (if in real life I laf2 gelak2 like that, hohoho ... pasti tak layak untuk kekalkan Ratu Batik Nusantara 2010, kiah3 ...).

Boleh gelak lagi tapi sebenarnya tengah geram nih sebab fungsi 'kopi n pes' vis-a-vis 'ctrl c & ctrl whateva' dah lama tak berfungsi. Niatnya tadi nak kopi samting, tapi pengopian tak berjaya, tetiba terpublish entry yang kothong, kah3. Whatlaaa...

Kot ada yang nak tau tapi segan bertanya apsal I suka thebut 'pithang' n 'kothong'. OK, wori nomor dah tiba masanya I kliarkan sebab musababnya. Gini cewitanya... *sambil gobek sirih*

My niece sorang tu (anak aruah abang), nak kata pelat tak juga pelat sbb dia memang tak pelat, hehe. Dari kecik dia terel cakap Melayu n omputih. 'Pelat'nya tu tak macam pelat budak tak bergigi bila thebut R tewus bertukar jadi W. Contohnya? Siapa biasa ulang alik kat Al-kisah paththi perathan by now, kan? Tak perathan juga kah??

OK, I buat ayat contoh baek punya, okay?? "thaya thuka makan ayam keni Wogers" <-- gitulah lebih kuWang.. hawhawhaw... (double pelat kekdahnya tu).

Selidik punya selidik, taulah kita that my beloved niece tergulung dalam kategori 'mereka yang tak berapa boleh menyebut huruf S'. Masa dia kecik dulu, suka dengar dia kata "nak air kothong". My abang pun satu, suka usik anaknya dengan menyebut 'nak air kothong', over and over again.

Gitulah bunyi gurauan Bak dengan anak tunggalnya ...

.. namun usikan Baknya takkan kedengaran lagi, sob3. Tu juga sebabnya bila I sebut pisang as pithang, ia mengingatkan pada aruah abang n my niece yang juga kaki pithang. Just recently Ndja tanya my niece "Tira miss Bak tak?". Dia angguk. "Tira miss masa Bak gurau2 pastu Tira cucuk2 perut Bak yang besar tu ehh?". Dia angguk. Kesian kan? :-(

Kenangan tetap kenangan tapi mulai sekarang I nak thebut sebut pithang as peacesang, boleh?


Breakfast 2 hari lepas.

Breakfast semalam. Mee Megi ala campak2 perisa kaWi
Hari nih hari Senin .. lum breakfast lagi

Siapa nak shape 'feewit' cenggitu?
.
nak tak??
.
kalau nak, pergi beli cepat
(makan tak makan, belakang cerita)
.
sekian

Sunday 7 November 2010

Aman dan tenteram ...

A quiet weekend.

TB n D are at work while T is 'also at work' welcoming the delegates for the WCA at the KLIA. Sukalah dia tu sebab kerja bergaji selama 3 hari bermula semalam. Belum lagi dapat duit tapi dah plan nak beli something yang dah tertangguh selama 24 purnama. Kesian anak I namun I salute semangat dia nak guna duit dari titik peluh sendiri, berdikari kekdahnya. Puji anak sendiri dibenarkan tak? Hehe..

Almost late at night I received a missed call from T. Bergegas I return her call sebab memang nak tau cerita dia since my sms tak berjawab dari pagi. Al-kisah, she was having a full day welcoming the delegates .. "penaaat Miiii ... lutut T longgar rasa cam nak tercabot".

Tercabot or not (but better notlah, hek2), I think it is a good experience/ exposure for her.. the way dia bercerita komain seronok lagi. Dapat duduk kat C-Inn, share sebilik 2 orang. Pergi KLIA naik shuttle bus dan yang nih yang tak tahan nih "Umiii... tanya abah nak beli coklat tak? Tanya abah suka jenis apa. Kat epot ada macam2 jenis Miiiii ...".

So I sort of gave her the green light "belilah .. pilih yang best2". Disambungnya lagi "boleh ke beli sampai seratus ringgit Miiii??". I ter-errk errk kejap "nak beli sampai seratus?? Eh.. kalau gitu biar umi tanya abah dulu".

Since segala2nya diatur oleh pihak Uni., I taklah risau sangat unlike the last few days T buat hati I sangat risau. I hate it when I risau tak tentu pasal; but sometimes risau tu memang amat perlu pulak2 tu dia tu pempuan, kan? She was asking my permission whether or not she could go mandi manda @ SgSend*t near U.Yam. I benarkan juga ...

Dah penat2 tu, boleh lagi dia dan kawan2 ke Bkt Cerak*h. I tengok gambar2 diorang buat aksi merempit masa cycling nak tergelak juga dibuatnya, haha. They really enjoyed themselves. I could see those actions are the reflections of senangnya dalam hati, kalau exam sudah habissss ... *tune madu 3*.

Cerita pasal Diwali malam tu (tak sah kalau tak citer)... dah last minit TB takmoh pergi. Ada ke?? *baca sambil beliakkan mata* Dia saja mengusik I rupanya... hehe, tapikan tapii dia jah-hat taw. Dia tak nak makan hidangan dengan penuh perasaan (I tau sebabnya). Dia ambik nasi beriani 3 suap, mutton yang tak berapa nak empuk n cendol.

I pulak cam berselera aje namun tidaklah pinggan I membukit dengan lauk pauk. Ekceli I ambik serpih2an aje (percayalah!). I got my cendol orite but I didn't get to taste satay Wak Dol. Saja tak ambik sebab yang mengipas satay bukan Wak Dol pun (fyi, nama tu I memandai beri, ngeh3).



Anak kembar tuan rumah yang teruja menyambut tetamu walhal baru pukul 6.15 petang. Takde tetamu lagi namun artis antarabangsa awal2 lagi dah tiba siap menyanyi lagi. Kenal tak AdamLambat, LadyGigi dan JustinBibir??? I tumpang dengar lagu2 yang berkumandang sambil goyang2 punggung berdansa dengan TB (percayalah kalau nak percaya tapi lebih bijak kalau tak percaya, heheh).

Saja nak tunjuk kemah yang siap dikemas. Oooops silap.. saja nak tunjuk gate karat, jiran sebelah punya jiran punya *sila gulung2kan lidah*

Sekian ...

Thursday 4 November 2010

Dah buat maruku?

Bestnya besok bukan hari raya kita, kankankan?... tak tension, tak geram, tak depressed, tak berleter, tak ganti langsir, tak jemur karpet, tak vakum habuk, tak tak tak ... Pendek kata memang bessst aah!

Masa menaip nih, kembang kuncup hidung I dengan bau2an lauk yang datang dari jiran sebelah. Kejap bau kambing, kejap baaauuu, apa ek? Macam bau udang kering digoreng aje (mesti nak buat rencah lauk terunglah tu, hehe). Kesian diorang tengah berhempas pulas masak juadah raya sedangkan I ngadap laptop sambil goyang2 kaki.

Tiap tahun diorang tak miss jemput kita kemajlis Diwali dan kita sedaya upaya hadirkan diri. Rumah bersebelahan aje, dah dekat sangat.. lainlah kalau majlis dibuat kat KL, kan? uhuk uhuk..

Diwali kali nih belum dapat jemputan lagi, hehe. Bukannya mengharap dijemput *grin* tapi cuba bayangkan semasa majlis lip lap bermula malam nanti .. bila pembuat cendol beraksi membancuh cendol, bila wak Dol beriya2 mengipas satay *gulp* tak ke you rasa tergugat napsu selera I? ekekekekk *gelak gaya Ja & Tie*

I berangan nak buat something as 'fruit hand' bila kita dijemput nanti, hehe. Harus jaga my water face, takkan pergi menonong dengan tangan kosong aje, tul tak? Hajat dihati nak buat kek coklat berintikan Nutella but this really depends on the weather (read: mood. Malas kalu ...? harhar-ruu).

2 ekor gagak yang dahaga ...

Tengahari tadi I temankan TB ke SA. Dia selesaikan hal dia tapi I duk dendiam dalam kereta aje. Bila sensorang, apa agaknya kerja berpekdah yang selalu para blogger buat bila dalam keadaan cam tu? Yaa betul.., maka jadilah model syok sendiri. Klik sana klik sini ... tak lawo, delete ... klik klik klik .. tak cun delete ... klik klik klik ... delete!

Gambar 2 ekor gagak tu aje yang tak didelete. Rasa tak sampai hati pulak.. Ralit I peratikan burung2 tu meneguk air teh susu ...

Dari SA kita terus ke restoran AM for lunch. Bila JJCM dengan TB, pilihan tempat makan tersangatlah terhad sebab dia tak kuasa nak cuba tempat makan baru. Kat SA tempat makan sikit punya berlambak tapi dari buang masa mencari2, kita terus aje kerestoran AM di SJ.

Masa nak senduk lauk, terperasan plak anak selebriti Chef yang glemer tu. Dia pernah buat program JJCM kat restoran AM dulu. Bila nampak artis glemer, kita terpaksa berlakun buat2 tak nampak dan tahan perasaan sendiri konon memang tak minat, haha (walhal balik rumah tumbuk2 dinding menyesal lepaskan peluang bergambar sama tapi lainlah kalau yang I nampak tu si Aaron anak Pak Ajis, auww).
.

Hari nih kononnya nak buat bingka pithang tapi sebab dah puas makan pengat pithang masa lunch tadi, hasrat membingka terpaksa dikensel dulu.
.
OKlah ... I nak pegi check my gerobok baju dulu. Kot besok jiran sebelah sudi nak jemput kita, at least I dah siap sedia dan tau nak pakai baju apa, hahaha yanadeiiii (pada diri sendiri).

Wednesday 3 November 2010

Halloween versi Nusantara .. Boo...


Siang tadi bersemangat betul melunaskan errands. Thought of sedekahkan sikit duit kat Mydyn tapi sebab nak pulangkan barang yang tersilap beli 2 hari lepas; terpaksalah koner ke land of Jaiyen aje. Lagi pun, I ada misi lain ... heheh.

Misinya nak kekedai sibesar agam dari Nai-gee-ria nak selidik tentang beras parboiled yang dia jual. Kat peket tulis harganya aje tapi tak catit berat beras. Kononnya tadi nak singgah kejap dan berharap sangat bukan sibesar agam yang menjaga kedai tu tapi biarlah wife dia (dah mula cuak dengan sibesar agam kekdahnya nih).

I assume wife dialah sebab ada sekali dua I nampak one lady jaga kedai tu; and once I saw that lady with sibesar agam kat post office doing some traxn together with a kid yang a'uzubillah komain nakal berlari lintang pukang cuit itu, cuit ini dan cuit orang. I takot aje budak tu cuit2 I .. kot dia tarik2 my handbag ke, takkan I nak senyom simpol aje, kan?? At least nak juga I bundarkan mata kat dak tu, kan? (tapi buat discreetlylah, hehe). I juga pernah nampak sibesar agam hantar kotak kat kereta yang sama agamnya. Harus kereta dialah tu but fishy fishy ... smelly smellylah!

(meleret2 plak I bercerita, ishh..).

Kekadang I rasa I nih better off jadi P.I. macam pempuan tua anggun in Murder She Wrote tu ... I like that woman .. terketar2 pun boleh solve whatever mistewi.. har3.

Anyway, kedai milik sibesar agam tutup plak hari nih. Napelah dah 2 hari baru sibuk nak tanya pasal beras tu? sebab baru pagi tadi jer I teruja nak tau, hehe. Timbang punya timbang, I rasa fishy plak (asyik feeeshi aje). Wonder why it weighs only 825gm per packet. Why not 1kg, kan?

In terms of nutrient, the parboiled rice is much better than the white one hence the difference in price; but the price isn't really my concern. I just need to know why they sell a packet at 825 gm instead of 1 kg. Maybe they have a valid reason in doing so but donolah ...*sambil geleng kepala pelan2*

Untuk pengetahuan bersama, jika minat pasal parboiled rice, klik disini bukan dimana2, ok? heheh ... (Psst Aida .. khas untuk you .. MakCik Gegerl tolong carikan fakta..).

Tajuk entry pasal Halloween versi Nusantara tapi tak habis2 cerita pasal beras, har3. Sabar yaa.. sabar tu separuh dari iman .. Jom sama2 kita berdoa "YaAllah ya tuhanku, jadikanlah sabar tu sesuatu yang manis untukku, amin".

Walaupun I tak pernah meraikan Halloween tapi hari nih cam terasa plak nak selebret sensorang... TAPI sebelum tu perlulah I bitau .. tadi kat land of Jaiyen I beli 3 helai kain batik. Lately I sker pakai kain batik sebab kain batik boleh buat berbagai pesyen.. boleh buat skirt.. boleh buat bebek, boleh berkemban aje, auwww... dan boleh main2 hantu ...

Khas untuk para peminat pembaca Al-kisah yang sudi meluangkan masa menziarah CikSom kat sini, THIS IS FOR YOU ....
.


.


.
.
Do you think the batik sarong looks very nice??? No? Yes?? hehe.. tq .. tq .. tq..

Tuesday 2 November 2010

Penjual pithang thanduk di land of Jaiyen ...


Salam ... 2 hari tak keudara nih, mana boleh jadi...kaan??

Pagi semalam masa tengah sedap2 mengadap laptop, in fact baru jer habis edit 1 entry tajuk SR, tetiba TB turun bawah sambil 'berleter', heheh. Dia kata "tinggalkan dulu benda tu, karang boleh buat. You nak keluar kan? Baik keluar cepat.. you nak pegi mana?".

Berleter dan bertanya tu sebab out of the norm, I dah berpakaian cantik pepagi hari, hehehe. 'Benda' tu apa?? 'Benda' tu tak lain tak bukan is my 'blog' lerr :-)

I kata nak ke Jaiyen beli barang sket. Katanya lagi "baik pergi sekarang nanti balik lewat, I nak kerja nanti you tak sempat masak". I tak sempat masak? har3.. Anjer I tu masih tak perasan ke, kalau I tak masak, ramai lagi orang kat luar sana boleh tolong masakkan, kaaaan?? Ada sekali tu I kata kat dia "jom jjcm" and he answered so innocently "jjcm?". I rest my case. Bertuah I dapat suami yang luhur, hohoho.

So, wat happenG to entry SR tu? Haha.. entry tu dah mendak dalam draft. Ekceli it looks fine just b4 I let it published, tapi bila tengok the entry kat dada Al-kisah, hoh hehh .. apsallah all the letters meremut2 berdakap2an diantara satu sama lain??? Can't do, editor terpaksa tarik balik karya. Nih mesti kes html berantakan nih .. kah3 (psst.. kes html? pandai tak I trouble shoot the masalah?? Cayalaah..kat diwi sendiwi.. haha.. whatevalah asal I bahagia..). Abaikan ...

Sementelah nak cari barang 'ransom', I juga volunteer (selalunya dia buat sendiwi) belikan barang keperluan T, barang yang dah bertahun2 I tak beli untuk kegunaan sendiri. Apakah mendenya?? Alaaa... yang tu tuu .. tuala kecit (pad) yang kita guna setiap bulan tulaaa...

Puas I tenung n renung rak2 yang menjual beranika jenama pad. I beli berpandukan gambar mms dari T dan juga yang I scribble kat kertas. To cut the long story a bit shorter, I go home a happy mother cos I know I bought the right thing as specified (mana boleh silap?? dah ada mms, dah tulis kat paper lagi.. namun...?) .. Namun masih tetap silap. Spesifikasi berbeza so terpaksalah I pulangkan balik or exchange with something else. Takkan I nak pakai itu mende plak?? haishhh..

On my way out from the land of Jaiyen, hati I dah mula gatal. Gatal nak bertanya kat sibesar agam berkulit gelap camana dia boleh berniaga kat tepi Jaiyen tu. Dah 2-3 bulan juga dia kat situ. Kalau TB ada sama masa tu, I memang tak kuasa nak buat kerja2 'gatal' cam tu tapi I curiouslah .. Can curiousity kills a woman? Nowadays, everything seems possible.. kan?

... so ... I beranikan diri.

Takkanlah kerana orang tu besar agam dan hitam legam, dia semestinya jahh-haat, tul tak? I bayangkan seolah2 I berjumpa cik Opwah jer, mau tak cukup kaki I kejor dia, hehe. Nak tanya kat orang, muka haruslah dimaniskan dulu dengan senyuman pastu barulah tanya apa yang patut as though I represent satu stesyen talibisyen (pro kekdahnya).

So I hampiri sibesar agam yang sedang menyapu. Selama I bertanya tu, dia asyik menyaaapu aje walhal takde habuk atau sampah pun kat lantai tu. Hidung I yang 1/2 kemek nih pun tak terasa gatal menyedut habuk. Kot takde nak melayan pelanggan sangat, kerja dia asyik menyapu aje to look busy; atau memang hobinya menyapu? Haha, jangan 'sapu' harta orang, daaah!

Soklan2 I dijawab dengan santun.. katanya dia joint-partner dengan orang tempatan (nak gak tanya siapa tapi malu aah, har3). Barang2 yang dijual, almost all datang dari negara dialah tapi kelakor gak bila terpandang instant mee R*ski, kih3 dan kah3 .. memang tak bleh blah .. hati I bagai diragut2 kambing makan rumput aje bila terfandang pithang thanduk, auwww... I skerrr okay??

Jom sama2 kita tinjau apa yang dijual kat kedai sibesar agam. Dia benarkan I ambik gambar kedainya aje sambil berkata "okaay but I no need". Ehh.. dia perasan I nak ambik gambar dia ke? ekekeke.. Ekceli terkesima gak but since dia malu2 kucing n senyum kambing n sengih macam kerang baru direbus, maka I got the hintlah ..


Tumpukan perhatian pada pithang thanduk dan sebelahnya tu ubi kayu bersaiz agam jugak. Nak tau I beli apa? I beli par-boiled rice sepeket 10 ringgit. Belilah juga .. kesian punya pasal.

I tanya mana asal usul dia.. dari Nai-gee-ria rupanya so I tanyalah Congo katne? Dekat tak? Selama seminit sibesar agam jadi cikgu Jographi pada siSomuffins kekdahnya. Dan siSomuffins nih memang peramah tak bertempat .. ada ke dia bitau sibesar agam tu dia baru buat CBs aka jejari Kongo?? Ada ke??

Kalau TB or D&T tau I buat hal cenggitu, sure diorang bithing kat I .. I tau punya .. tapikan tapi .... ada I kisah??? Mestilaah I kisah .. kaan??