Saturday 27 February 2010

panas + panas = dingin

Cuaca panas ditambah pulak dengan dua jenis hormon yang tak seimbang, lahar dalaman collide dengan lahar luaran maka terjadilah perang dingin. Tak tau scientific equation jenis apa nih .. panas + panas = dingin. *sigh* (inhale 123, exhale 123).
.
Dah lama tak masak couscous. Since ada permintaan (I pun suka makan sambil berangan berada di Morocco) maka dengan gigih I meronda mencari merata supermarket. At last lepas sekian lama, terjumpa juga di CS. Apa rasanya couscous tu? Rasanya macam bekas biskut dibuat dari kertas (betul tak tipu), tu sebab kena makan dengan lauk yang ummphh sket. Ada beberapa cara memasaknya tapi yang paling senang, cara I lah, haha (kalau susah, takde mananya I sanggup buat).
.
Couscous, salad n beriani daging (lauk pinjam)
.
Tengahari tadi I malas nak masak nasi dan lauk2 tapi terrajin nak menguli dan memizza. Kuasa veto seolah2 berkata 'siapa tak nak makan pizza, laparlah dia'. Tiap hari Sabtu kuasa veto beralih ketangan I (ye ke? hari2 lain tak ke? Hari2 lain? laagilah, haha betul2 giler kuasa).
.
Pepperoni pizza kurang mozzarella - regular
.
Pepperoni pizza - large
.
Dah congak2 lauk apa I nak masak untuk dinner. Ikan goreng sumbat2 lada bawang dan daging masak lemak putih + peria dan lain2 bahan yang terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu (maklum penemuan terbaharu maka perlulah dimasak banyak2 kali barulah boleh dikongsi resipinya). Cukuplah dua tu 'lauk orang rajin'. Kalau I goweng ikan masin jadi 3; goweng papadom dah 4, tambah dengan keropok lagi?
.
Dari tadi sorang pun tak teruja dengan my pizza. I dah ngap 1/2 portion yang regular tu. Tak nak makan sudah, besok I boleh piknik kat bawah pokok epal belakang rumah ditemani beberapa ekor alleycats yang masing2 punyai nama sendiwi (I lah yg bagi) - Ayang, Bengkok, Bab n Besar.
.
Oh ya... sebut pasal pokok epal ... ada sebatang pokok jantan kat depan rumah menghempap kereta pusaka kesayangan siFolan. Ada juga cerita tertangguh dimana seorang ibu dan anaknya menaiki tow truck dari SA ke SJ. Komain lagi si ibu tu, siap 'bersanding' dengan apek tow truck lagi.

Friday 26 February 2010

fusion ..

Salam ...

Sempena Maulidurrasul, afdal lebihkan lagi berselawat, insyaallah ganjarannya 1:10 (ingatan untuk diri sendiri, anak cucu dan kawan2).
.
Since semalam makan 1/2 biji buah pear for dinner maka pepagi lagi dah rasa bagai seminggu tak makan. Sarapan seawal 7 pagi makan leftover nasi beriani daging semalam punya. Kalau ikutkan hati, I suka masak nasi berperisa2 dengan 1-2 lauk aje. Kalau boleh tiap hari nak masak macam tu but can't do, ada pulak nanti wajah2 berkerut sweet sour plum depan mata.

Nasi beriani dimakan dengan lauk beriani daging, papadom (+keropok pemberian Fa) dan coleslaw. Sesuai ke beriani dimakan dengan coleslaw dan keropok? Yaa.. memang sesuai dan sedap, 'fusion' masakan timur dan barat :-)

Oh ya, sebelum sambung bicara, perlulah I jawab satu soalan yang ingin tahu jenama rempah beriani yang I guna. Masa mula2 berjinak masak beriani, I guna rempah Sharifah dari JB. Difahamkan jenama tu hanya dapat di JB dan I hanya yakin dengan rempah yang satu nih aje. Bila ada sesiapa turun/naik JB-KL, sempatlah I minta 'pialang'kan dulu rempah beriani dan rempah laksa Johor. Bila rempah2 Sharifah macam susah nak dapat, barulah I kenyit2 mata kat Shan, Faiza, Adami dan terbaru Adabi (ada juga 1-2 yang lain tapi tak ingat nama). Mana yang lebih sedap? Hmm... *blink2*
.
.
Satu perubahan yang amat ketara sejak I meningkat tua matang, to be exact since I jadi SAHMAW 17 tahun nan lalu (vava..), I am not choosy/cerewet anymore bila beli apa juga barang keperluan. I bangga dengan diri sendiri sebab dapat melawan ketaksuban pada satu2 jenama (tapi I bukan brand conscious ya?). Sejak dulu memang tetap beli dari satu jenama aje tak kira beli kicap, beras, sabun basuh baju/pinggan, ubat gigi etc (tulah, dulu lagi I dah praktikkan everything SATU. Najib aje yang ketinggalaaan, kan kan?).
.
Masa kerja I guna jenama S untuk compact powder dan lipstick (semolek2 warna) tapi lama kelamaan warna yang I suka tetiba phased out, harga semakin mahal, I pulak dah tak kerja, teruslah I muhasabah diwi, apa pekdah guna yang TU sedangkan bila guna yang NI, takdelah rupa I tetiba lebih berkeduts dari sebelumnya yakni masih menawan da bomb, muahahahai. I kena berubah ikut keadaan dan kemampuan diri (ooooh so pathetic bunyinya).
.
Takat cantik cam Fasha pun OK kot? so I belilah yang nih ... agak berkesan menutup kilauan d'wajah.
.
.
Dalam pada tidak lagi taat pada sejenis jenama, ketaatan I tetap pada yang 1 tuu, wahahah .. (statement ala 'kena gigit nyamuk' aje ek?).

Tuesday 23 February 2010

'fruit hand' ...

... an apple a day keeps the doctor away ... Betul ke??

Jari jemari Encik Fuji yang sporting tong!

Bila menziarah orang sakit, sesuailah kita bawa buah2an sebagai 'fruit hand' agar yang sakit kembali sihat walafiat setelah dapat khasiat dari buah2an. Memang pun buah2an yang paling afdal kalau tidak mana mungkin ia dinamakan 'buah tangan' atau 'fruit hand', kan kan?

I beli beberapa jenis buah untuk dibawa pada kawan yang baru alami pembedahan akibat gejala 'sakit perempuan' tapi tidak memberi kesakitan. Penyakit duk diam aje dalam perut tiba2 ...... terpaksa dibedah. Ouchh!! Doktor jadi kaya, hospital jadi kaya dan pesakit kembali sihat. Adil namanya tu .. (huh? tak adil? kena tanya Doc BuNga nampaknya nih).

Sedang syok memilih buah2an yang nampak segar menawan, I dikejutkan dengan suara sopan sipemilik kedai "would you like to try the Japanese apples?" (sambil senyum menyinar2 dek limpahan cahaya lampu kuning). Wah!! terasa membeli buah di Harrods gamaknya maklum ada orang cakap omputih..

I pun macam berminat nak tengok epal tu sedangkan pokok epal belakang rumah tak habis2 berbuah tak ikut musim, haha (baca boleh, percaya jangan okay?). Encik Fuji (nama samaran I beri percuma kat pemilik kedai) usher I kesatu kotak yang ditutup rapi lalu membukanya, jengjengjeng, saspen juga I pada mulanya, kot rupa epal tu jelmaan buah2an dari Pluto atau Mars tapi tidak ya akak2, adik2 sekelian. Epal tu saling tak tumpah rupa epal Fuji yang selalu kita nampak, beli atau makan, cuma warnanya ada sikit albino, haha.. (haha sebab I gleeati).
.

Encik Fuji terangkan serba sedikit keistimewaan epal albino dari epal Fuji biasa. I mencelah "Korea pun ada" tapi "no no that's from Japan" kata Encik Fuji. Sampai ati dia sangkal I ek? walhal I cakap tu berasaskan pengalaman lalu, auww. Oleh kerana senyumannya agak manis maka malaslah I nak pahitkan senyumannya, lagi pun bukannya I nak beli epal albino tu, hehe.

Kenapa pulak I tak beli epal albino sedangkan I beli epal Fuji? Jawapannya kerana I TAK MAMPU .. I tak mampu sebab? .. tapikan tapii kalau I mengidam, mungkin I tutup sebelah mata dan terus grab sebijik tapi Encik Fuji tak jual sebiji tapi 3 biji dengan harga yang ditetapkan. Kenot tawar2 one you know, not even satu sen.! Memang nak kena dia tu!!

ADA SESIAPA INGIN MENEKA BERAPA HARGA SEBIJI ATAU 3 BIJI EPAL ALBINO TU?
.
3 biji = RM100 SAHAJA :-)
.
Nota: Epal Fuji asalnya memang dari Jepun tapi terdapat juga ditanam di China, Korea, Chile, Argentina, France dan South Africa (baru check google).

Saturday 20 February 2010

Same o, same o

Sedang Sheila R membaham anak bujangnya yang degil tak dengar kata, I pulak berulang alik kedapur menyediakan bahan mee udon (beli 2 peket 2 minggu lepas). Pukul 1130 malam, I bertiga indulged in mee udon. TB tak berapa layan mee udon w'pun dia kaki mee, lagi pun dia dah kenyang makan nasi dengan lebihan lauk tengahari (psst.. TB merajuk dengan I, hehee ..).

Siang tadi dengan cekapnya memasak 4 jenis lauk. Ni bukan statement riak tapi vangga, haha. Terasa efisien sebab I masak awal dari biasa dan hari nih terlebih 1 lauk pulak (TB kuatir kalau depan mata dia ada lebih dari 3 lauk sebab dia 'cepat pening'. Hehe.. kesiannya),


Mee, sawi, cendawan, ayam, udang, tomato, bawang, cili padi, cili merah dan perisa yang diizinkan bersatu dalam kuali tanpa-lekat tapi kadang2 melekat juga maklum dah seasoned, heheh. Nak guna yang baru (kirim Ndja beli kat Langkawi) rasa sayang pulak. Tunggu hari raya ajelah (kah2, very typical orang2 dulu, ek? Bila ada yang baru, tunggu raya baru boleh guna).

Salah satu dari 4 lauk. Sayur campur gaya Jaworld - tempe, kacang panjang, daging, udang, kentang dan so-oon. Kesian tauhu dan tauhu kering tak dapat bersama :-( 3 lauk lain sawi air, ayam black pep dan samtumbil.
.
Janji dalam hati nak buat bingka jagung hari Jumaat tapi D duk nyebok aje kat dapur. Nak juga buat 'crumbles'. Nasib baik ada pisang kalau tak dia nak makan crumble cam tu aje (ada ke? mentang2lah kemaruk makan apple crumble hari tu). Dia buat ikut citarasa dia - pisang, jem stoberi, butter, serbuk kayu manis dan gula. I tolong buat crumblenya aje (ikut resipi tak berani main campak2). Komen D: Bestnya Miii... tak sangka (yalah tuu).


Yeayyyy ... terjadi juga akhirnya, alhamdulillah. I minat nak cuba 2 resipi bingka ubi tapi kali nih I cuba resipi chef Hanieliza dulu. Terima kasih chef .. semoga Allah melipat-gandakan pahala amal jariah Chef, amin ;-)
.
P/S: Alamak hai, tersilap taip kat atas tu .. hehe, takperlah. Ada ke yang perasan? Harap takde.

Friday 19 February 2010

Aaargh.. tak dpt idea nak tulis tajuk

Hari ni kalau rajin nak cuba buat bingka jagung. I suka jagung tapi tak suka jagung dicampur dengan my ABC atau cendol (cendUl or cendOl?). Bila jenguk kat dapur 'siber', terjumpalah 2 versi bingka jagung. Satu resipi tak guna santan langsung sebab guna susu sejat aje (I baru jer tau makna 'sejat'. Ngader kan?) dan satu lagi guna santan tentunya ..

Dah lama tak makan ikan dengan erti kata sebenar (sebelum CNY lagi). Sebelum TB tanya 'ada ikan tak?', I dah buat perancangan awal yang I akan masak sadin aje (walhal sadin tu I dah plan nak buat inti karipap versi puff). Takpe berkorban apa saja :-)


Semalam QJ dan I macam berzanji berjanji aje, kami sama2 masak kicap daging + kentang. Kabarnya pagi ni dapur Ja juga harum dengan masakan yang sama. Hmm... adakah itu lauk ruji setiap rumah orang Melayu? (saja nak buat ayat guna 'ruji' .. sebab baru tau maknanya, hehe ampun.. memang I ngengada).


Petang semalam for lunch I masak sadin, daging kicap, goreng instant ayam bersalut tepung perisa tomyam (haha.. quite a mouthful there) dan sayurnya hanyalah mentimun Jepun dan tomato cicah sambal rojak Mak Bee. Malamnya pulak I tambah dengan telur dadar sarat dengan tomato (maklum takde sayor namun kemulusan kulit muka perlu diambik kira juga, tak gitu?).
.
Kalau dikira perbezaan selera diantara TB dengan I memang banyak. Salah satunya bab makan ikan. Patutnya masa nak kawin dulu I buat MOU tentang benda2 yang I suka dan tak suka buat (esp di dapur). I tak suka siang ikan sekor2 tapi I suka ikan sekeping2 tu. Dalam pada tu I tetap menjalankan tugas menyiang ikan kegemaran TB. Kalau boleh dia suka ikan kecik sekor2 .. In fact I pun suka juga tapi I tak sanggup nak tarik isi perut ikan .. tak suka .. geli .. busuk .. nak2 kalau ikan cencaru/bawal hitam/tenggiri (bau darahnya komain kuat) ...
.
Masih nak cerita pasal ikan nih tapiii.. ada orang ajak makan kat kedai daun pisang pulak. Isshhh .. bila jus berkarya sedang meleleh2 nih .. kacau aje!

Thursday 18 February 2010

Boleh gitu ekk?

Kita memang tak sempurna sebab masing2 mesti ada pe'el yang tidak menyenangkan @ menyakitkan hati orang lain. Tak payah pergi jauh, tengok aje pada diri sendiri dan keluarga masing2.

Selalu terfikir .. orang lain ada masalah serupa kita tak? Kalau bukan masalah besar sekali pun, takat yang remeh2 tu .. serupa tak? Sebenarnya soalan I dah lama terjawab hasil mesyuarat belakang tabir antara adik beradik, kawan2 rapat dan jiran2.

Of late bersama kenalan baru (cewah!), kami duk berbincang macam2 hal tentang 'idiosyncrasy' keluarga sendiri yang buat kami gelak berputar isi pewut dan terpintal urat2 dara kami (haha, masih ada urat dara lagi tu jgn memain!).

Contohnya:

Satu keluarga bahagia (sumpah depa bahagia) keluar makan disebuah restoran. Mereka berempat selesai pesan makanan dan minuman ikut selera masing2 tapi jangan tak tau ada juga diantara mereka pesan makanan bukan kerana selera tapi kerana keadaan <- pelik tapi benarrr..
.

Makanan siapa yang tiba dulu? Katalah makanan cik Bee tiba dulu... Sedang cik Bee berkira2 nak suap tempenya atau tauhunya dulu (setelah hampir putus nyawa meniup selow2 makanan biar sejuk sket), tetiba pinggannya disambar oleh encik Bee. Bundar mata cik Bee melihat kejadian itu tapi apakan daya.. tugas isteri memang berkorban apa saja!
.
Tanpa rela, cik Bee membiarkan aje encik Bee me'nala' makanannya. Yang bestnya encik Bee tak rasa bersalah sikit pun! Kesian cik Bee yang sempat hidu bau makanan aje; by this time encik Bee dah sebesar kutu beras pada pandangan cik Bee *sigh* (anggap saja kejadian tersebut bukan yang pertama, kedua atau ketiga belas).

Itu ajelah satu contoh yang tersangat klasik pernah berlaku dimana2 juga meja makan bila sebuah keluarga bahagia ber-jjcm.

Hari ni hari yang paling malas, luaran dan dalaman. Sehari suntuk I mentela'ah buku nih untuk mencari ilham namun buku nih tetiba lembab hasil titisan tis tis tis ...
.

Wednesday 17 February 2010

Ular, Monyet dan Rimau ...

Pic dated 3/12/09 dlm file CSI - CikSomInquiry

Al-kisah .. ular dan monyet teringin makan rojak mamak. Ular oder mee-rojak full set manakala monyet oder sotong, jemput2 dan telur aje bukan full set (saja kurangkan makan nanti susah nak manjat pokok). Monyet juga oder semangkok cendul TANPA kacang "hantar sekarang boleh?". Best.. budak yang ambik oder tu angguk2 tidak geleng2.

Monyet harapkan cendul dihantar dulu tapi makanan pulak yang tiba. Tanpa lengah, ular dan monyet menyuap makanan masing2. Ular kelihatan puas hati tapi monyet dah mula berdehem2 (batuk2 kecik tanda ada yg tak kena). Sah!! Kedengaran monyet meluahkan perasaan hampa pada ular "ni yang tak suka kalau orang tak ikut oder, mintak telur tapi tak kasi telur", sambil melemporkan jelingan kat budak TU (sila pandang kearah gambar, dia yang sebelah kanan tu haa).

Monyet terus menyuap rojak "kalau tau bawak telor dari rumah aje tadi" (kedengaran monyet merungut guna 'silencer' supaya ular tak dengar). Dengan rungutan yg tak jelas tu, ular maintain cool. Cuba monyet buat kalut, sure ular tarik ekor monyet suruh duduk dendiam "dont create a sin scene, boleh tak?". Nasib baik monyet tinggi akhlaknya .. ehem!

Ekceli masa tunggu rojak tiba, monyet terperasan pekerja mamak hulurkan semangkuk cendul kat pelanggan yang baru jer duduk. Ehh? tapi monyet buat2 tak hirau until semangkok cendul berlabuh depan matanya soon after. Monyet pun balik2kan cendul tu biar rata rasa manisnya tapi monyet tak puas hati! "alaa.. ais dia dah keras, mesti dia buat tadi lagi nihh". Monyet pun pandai bezakan ais yg baru dengan ais yg lama disagat tapi ular tak tau monyet ada kelebihan tentang hal2 sedemikian :-(

Monyet tetap sabar menyuap sesudu dua cendul until .. "gheram tau bila orang tak folo oder.. dah kata tadi tak nak kacaaang". Ular yang dari tadi diam syok menikmati mee rojak (maklum dapat apa yang dia oder) serta cendul (oder kat stall lain) menyampuk "nyet nih dari tadi adaaaa aje..". Ular macam tak perihatin dengan masalah yang monyet hadapi. Mencii aah!

Perlukah monyet meluahkan ayat lebih power agar ular memahami dilema yang sedang dia hadapi tatkala menyuap WOJAK dan cendul yang tak ikut piawaiannya? Syukurlah ular tidak berkahwin dengan gorilla; nasib baik monyet yang NI sabar orangnya ... (Ehhh.. tetiba dah jadi orang si monyet eeetu? hehe).

I berharap sangat pada tahun Rimau nih, I kekal jadi Monyet yang sentiasa sabar, ceria cum nakal, perihatin dan rajin cari kutu, haha. Keadaan sekeliling memainkan peranan penting untuk mencanai mood dan berharap sangat2 agar tahap kesabaran I mencecah tahap paling tinggi. Dalam pada tu I takkan berkompromi dengan ketidak-adilan..

Akhir sandiwara: Monyet dapat diskaun 80sen sebab wojak takde telow .. wowowow.. Nasib baik monyet paham hak pelanggan. Ular akan bayar tanpa banyak soal..

Tuesday 16 February 2010

bi-bi-kiu

2 hari lepas D dan kawan2 buat mini BBQ ditaman rumah Ndja. Sibuklah anak2 bujang memborong apa yang patut. Setiap orang dikenakan bayaran RM15 tapi D bayar lebih memandangkan Umi dah berkira2 tak nak masak for dinner. Pukul 8 malam baru balik dari supermarket; pukul berapa pulak nak makan? Hmm..

Hasilnya? Quite remarkable sebab diorang berjaya sesama sendiri buat salad, mashed potato, garlic bread dan bakar daging kambing dan ayam (w'pun belum betul2 sebati dengan bahan perapan). D cuba masak couscous tanpa khidmat nasihat dari Uminya. Menurut T (spy yang membawa lapuran selari), couscous tu rasa hangit sikit.

Dah lewat 11 malam namun ayam dan kambing masih tak nampak batang hidung lagi; cuma dapat hidu bau asap yang menerjah menerusi tingkap. Pukul 11+ TB dah mengusap2 pewutnya tanda lapar. I pujuk tanpa rayu agar TB bersabar "kejap lagi diorang hantarlah tu.." tapi jawapan dari TB amat menggegarkan perasaan "I tak nak makan diorang punya, ntah macam mana diorang masak".

Hadoiii... my plan somewhat tak menjadi. Secepat kilat I melakar menu diminda .. telur mata lembu, udang goreng dan sayur air sawi + tauhu. Since TB tak nak makan daging BBQ, I minta spy T haijek untuk I seketul kepak ayam + salad + mashed potato (dimana brown gravynya ditaja oleh bonda spy T).

Tak sangka rupa2nya TB menyimpan hasrat nak buat BBQ sendiwi. Kiranya 'hari ini dalam sejarah' - pertama kali TB sebagai nakhoda kapal mengemudi anak2 kapal bekerja untuk satu visi dan satu misi. Kerja menyalakan api dan membakar diserahkan pada D&TB sendiri. Yang herannya, TB punya idea berBBQ tapi I pulak dapat kerja lebih seperti basuh bahan2, potong, hiris, rebus, marinate, buat coleslaw/mashed potato etc etc. Penat taw!

Oleh kerana dah letih, I amat fokus masa ngadap makanan tadi; tak kuasa toleh kiri toleh kanan. For once I terlupa jawatan yang dah lama I sandang as mama umirazzi hinggalah masa akhir2 membakar .. sebelum kita wrap up sempatlah tangkap gambar kat bawah nih (saja untuk tatapan rohani all my adindas and kandas, perhaps?).
.

Nampak tak 2 ketul drumstick yang hampir rentung, 4 biji kentang yang enggan masak dan jagung milik Spy T ? Ada hati nak bakar lagi jagung tu walhal dah setengah di'sengam'nya.. hehe.

Saturday 13 February 2010

Seperais ...

Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat *ngih3* <- sengih gumbiwa + malu.

I tak sangka gurauan jadi kenyataan. Ni kali kedua I terima keropok dari kenalan siber melalui pos - dulu dari Kuantan dan terbaru dari Kemaman. Akak2, adik2 sekelian jangan cembuwu okay? I dapat hadiah nih sebab penaja dah berjanji kalau I elaboratekan my pendapat (kat blognya), memang ada hadiah menanti.
.
Of course I take it as a joke, khaan?? but at the same time I take it as a challenge as well (dalam ati: dapat melendeh sebelah keta baru dia pun OK gak, hehe). I pun perah otak sekering mungkin (notchet kontang), maka I berjaya coretkan pendapat yang I sendiwi anggap tersangatlah bernas, hahaa.
.
Siapa pengirimnya? Aaahhh .. tak voleh vitau, shhhh wahsia! (you all purak2lah buta huruf okay? kali ni aje, plissss).
.
Dah dapat bungkusan tu tak mungkin I berdiam diwi aje kan? Look no further, nasib baik ada nombor hpnya tertulis kat kertas yang melekat pada borang courier. Tanpa berlengah, I talipaun beliau .. heeee nerves nih .. Ooooh, suawanya sungguh fwenli dan *....* (tak nak cewita lebih2 sebab I takde MakTok yang akan marah kalau I cewita sekewat jalan).
.
Cuaca hari nih sungguh sesuai menjemur keropok; keropok yang baru dapat semalam dari Puan Falizah, juga keropok koleksi peribadi yang datangnya dari Ndja n Teh. Alhamdulillah.

Friday 12 February 2010

Al-kisah

Dah 3 hari I tak menghantar kisah .. tak sangka windu pulak dengan Al-kisah yang banyak kisah tapi tak terkisah sebab lately I dah macam tak kisah gara2 bermacam kisah yang terjadi. Nampak aje macam tak kisah, tapi pada hakikatnya I amat kisah dan masih bersemangat agar Al-kisah terus berada dipersada siber (jap, nak senyum jap), dengan nukilan berbagai kisah kedada Al-kisah. Tak kisahlah kalau takde siapa kisah samada Al-kisah masih perlu dikisahkan lagi atau biar aje terkubur layu ... mati sebelum waktu ...

Phewh.. sekali sekala jadi ngeong2 cam tu OK gak tapi sebenarnya *sigh*

Salam untuk semua kawan2 dipagi Jumaat yang mulia nih.

Tarik nafas panjang .. 123 .. lepaskan pelan2 123 .. buat lagi .. inhale .. exhale ...

Inhale exhale .. nikmat tak terkira dari Allah untuk kita semua. Bayangkan semasa kita tarik nafas diiringi rasa sakit dengan nafas yang tersekat2. I cuba bayangkan I berada ditempat tu ..

Ada ketikanya satu2 musibah tidak berlaku pada diri sendiri atau pada keluarga kita tapi ia berlaku pada sahabat2 yang kita amat sayangi. Kalau itu tidak menginsafkan kita, tak taulah apa nak dikatakan lagi.

Kalaulah manusia ada kuasa putarkan waktu tapi malangnya takda. Manusia hanya mampu berdoa, ikhtiar dan tawakkal.

p/s: tiba2 naluri bertukar perisa pulak .. ingatkan nak bersendaloka tadi .. tapi ...

Monday 8 February 2010

Jemu n bosan??

Ada sesiapa rasa jemu dan bosan??

Petang tadi I rasa bosan sangat sebab internet asyik main 'aum chak' aje. Dah malam barulah OK boleh buat kawan maka mood nak berkarya kembali menendang2 <- fuh..dasyat!

My mood pagi tadi tersangat marvellous. Seawal 7 pagi I dah kutip 3 biji epal dari pokok tepi pagar belakang rumah. Epal jenis Fuji bukan Granny Smith maka ia kurang sesuai untuk dimasak. T.A.I.K?? hehe.. I teruskan aje misi ..

Epal dipetik dari pokok tepi pagar? gar3 fat chance! 3 biji epal tu I dapat dah sebulan lebih (cenderahati majlis kawin, remember?). Bila I menyusur ala menceroboh ke dapur para ibu yang tersangat rajin memasak, maka terhidulah bau2an harum si Apple Crumbles. I memang tak tahan kalau tengok dessert omputih so, pagi tadi I mulakan kegiatan 2 dalam 1.

I selamatkan epal Fuji b4 dia kecut berkedut mcm Granny

Wonder why my apple crumbles got puddles of black liquid there? hehe, takmoh cakap nanti orang gelak kat I. Rahsiaku rahsiaku jua tapikan tapii ..

kapkekpis al bentat (ada plak maruku tersesat tu ha)

Ada lagi saki baki 3 biji pisang. I godeh2 maka jadilah kek semi bentat tu. Padan muka, saper suruh tak ikut resipi? Memandai bubuh sekeping roti lagii .. alahai.. tapi keadaan diselamatkan somewhat oleh choc rice ... I curah cam nak rak.

Ingatkan T berminat nak bawak balik kueh2 tu ke tempat dia tapi "nehi" katanya. Suruh bawak beri kawan2 pun"malas" katanya. Gaknya sebab dia malu kuih tu dah terbentat? Wahahahhh.. biarlah I gemuk sensorang...

Semalam kaaan, of all the days, T bermurah hati ajar I hands-on cara nak scan gambar dan dokumen. Heheh, ketika 80 juta orang dah tau camana nak buat benda tu, I baru aje reti. Apa pun, alhamdulillah ... 'terang gak hati I nih', hahaha... (considering I tak tulis nota apa2 on how to operate the scanner .. kiranya I terel gak kan? kan??).

Sunday 7 February 2010

sepanbob makawoni n chis ...

rebus dan toskan
.
campur dengan butter, susu segar n cheese
.
.

I ni macam masih ada anak kecik umur 5-6 tahun yang masih teruja dengan Spongebob ...

Saturday 6 February 2010

wona woni makawoni ...

Jumaat 11pm: Sebelum menonong kedapur, sempatlah I beramas mesra dgn 2 dindas di fb dan buat julung kalinya berinteraksi dengan mereka menerusi khidmat 'SomMaybeSoleha' (jangan cembuwu tak menentu pada 'Som' tu sbb sistem itu tidak akan dilancarkan! Not even in the pipeline..)
.
Oleh kerana semalam dah banyak 'bercakap' di fb maka hari ni I better muhasabah diwi .. let me kompol energy dalaman dulu (but the truth nothing but the truth, I seolah2 turut berkongsi rasa dengan dugaan yang sedang dialami oleh my BFF tentang anak dan cucunya).
.
Makaroni al-campak2
.
Sos yang diasaskan oleh penarik Becha bernama Mail
maka ternukil nama glemer Bechamel
(sumpah TAK tipu)
.
sudip penyelamat pada saat2 getir ...
tak jumpa cheese grater, belakang sudip pun jadi

Thursday 4 February 2010

Al-Pisang ...

Dah lama pisang Berangan atas cabinet duk main2 mata"bila lagi?" kat I. I layankan makan sebijik-dua tiap hari, saja nak tutup mulutnya dari berleter macam mak nenek "asyik membazir aje.. beli buang beli buang.. suka kawan dengan setan ke?". Cam tulah kalau pisang berleter, you sanggup dengar??

Dari 12 biji tinggal 6 I kerjakan. TB & anak2 tak minat makan pisang segar w'pun T pada dasarnya berhantu (not amounting kena rasuk) dengan segala by-product pisang; atau adakah hanya I sorang punyai gene nyet2? harhar..

Dengan sekelip mata (cewah) I himpunkan segala bahan - mentiga, gula perang, telur, susu/susu perisa coklat, 3 biji pisang lenyek, SRF serta soda bicarb. dan terus menggodeh semua tu manually. Buat kuih tanpa sukatan yang betul mungkin mengundang disaster tapi kalau dah terpaksa dibuang maka redha dan pasrah ajelah. Dah rezeki dustbin, kan??

Nigella a/p Lawson, eat your heart out! I pun berkarisma menghias kapkek taw (wahaha.. who am I kidding? Nak lawan Nigella konon).


hirisan pisang serta taburan gula perang bercampur serbuk cinnamon
bior rasanya authentic sket! vava..
.
Benda hitam tu bukan kismis tapi ...
.
One and only gebu muffin (just like somuffins)
.
Biji2 hitam atas muffin tu dikutip dari hidung koala bear, hehe..
.
Kebetulan hari ni harijadi my eldest nephew.. how old is her now? Let me see.. 1969.. 1979.. 1989 .. wah! boleh tahan dah ganyut gak dia tu, hahahah.
.
Happy birthday to you Man .. does life really begin at 40 + 1??
.
Ada tak sesiapa berbakat jadi match-maker kat sini??

Wednesday 3 February 2010

Rabu legi ...

Mak punya emak (nenek Jemi) bila bercakap riuh rendah ceria satu alam tapi Bak punya emak (Tok Munah) bercakap slow and steady ala2 anggun gitu (anggun? ahahai, no wonderlah ek??). Dua2 berasal dari Batavia Indonesia. Tok datang ke tanah Melayu kerana mencari beberapa suap nasi, berkahwin dan berkeluarga disini. Tok n Tok aLias ada 4 orang anak, Bak being their 2nd son and Chik being the youngest and only dotar <- as pronounced by Bak.
.
Mak tak dibela oleh nenek Jemintan (mak ayah Jemi Oliver memang tiru nama nenek I kot?) tapi dibela as anak angkat oleh keluarga Tengku dot3 di Medan. Nenek ada 2 suami dan anak yang ramai. Cewita camana Mak boleh tiba kesini telah pun I blabberkan dalam salah satu my entry secara subtle aje. Mak tak bercakap slang 'pekat' orang sinun tapi cakap Melayu biasa. In fact dia tak reti cakap Jawa pun.
.
I reti bahasa Jawa dari Tok, tu pun hanya perkataan2nya aje (bukan ayat). 'Scavorite' words .. untu, endog, ngompol (tssk..), ngoyuh, kemul, ireng, iwak, iwak gereh n jaluk ambung tapi I sker tiap kali Tok menyapa I "mbak yuuu ... ", auwww terasa ayu hingga sekarang :-). Tok hanya 'speaking' non stop bila abangnya TokAji Ihsan datang ziarah dari Bukit Rambai.
.
I masih ingat dua beradik tu punyai senyuman yang sangat manis even tanpa untu2 yang cukup, heheee. Tiap kali TokAji datang, dia sure bawak beras dan rokok daun (dua nih aje yang I ingat). The best-est time was when the fab 4 (2 abang, Ndja n me) dapat seludup itu rokok daun dan terus puff puff seketika UNTIL Chik berteriak "Kak Nah, budak2 hisap rokok" - (imagine: icon cekak pinggang ditujukan khas pada Chik :-)
.
Selepas lebih 20 tahun berpisah, barulah Mak berpeluang berjumpa dengan nenek. PakMok (abang Mak) berusaha gigih bawa nenek kesini sekitar akhir 60an. I masih ingat camana PakMok mendukung nenek dari kereta ke rumah...*amat tersentuh perasaan*. Dah dua beradik aje merantau ke Tanah Melayu maka Mak begitu rapat dengan PakMok. Al-kisah (panjang cewita).
.
First time jumpa nenek, kitorang dah kamcing. Nenek tu tersangat hilarious.. lebih2 lagi bila kita cuit tiak kiri, tiak kanan .. haa.. macam2lah yang tersembur dari mulutnya. Rupa2nya orang Indon tak melatah dengan "opocot" pun but where nenek is concerned, you can imaginelah apa yang tersemburrrr .. (sibbaek cucu2 nenek tak ikut 'gaya tu', tapi sesekali terlepas juga bila bertemu dgn badigol jalanan).
.
Dari nenek I tau apa itu dencis, tomat, rabu legi ... ehhh tengoklah I, selalu aje macam nih kan? I nak cerita pasal Rabu Legi sebenarnya *vuat2 mengeluh*. Rabu legi bermakna Rabu manis .. so diharap hari ni hari yang manis untuk kita semua, ya?? Tu aje cewitanya pun, heheh.
.
Ooops, one more, one more..*whisper* Nenek Jemi tuu (siapa lagi nak glemerkan nama nenek sendiwi kalau tak cucu2nya, ya tak??) .. dia kaan, tak sker pakai ba ra alif . Macam saper ek? *chuckle*.

Intai dapur Tie ada kari tuna .. terasa tististis pulak teringat nasi dagang. So tak sangka TKTB bawa balik 2 peket ND sekembalinya dari ofis (beli kat kiosk), alhamdulillah (ehh.. kita cayang kat Apek tanpa X yang colang nih bila dia seperaiskan kita..).

Morning ritual: Mula2 kena makan sebijik Milk Thistle yang sebesar semboyan tu (helphh!!).. pastu di'dera' suruh makan EPO pulak.. haighh.. yang nih lagilah segedabak kapal selam .. tersengkang kat anak tekhak! Tolong!!
.
Masa I tengah menyuap nasi dagang kemulut TB sendiwi, D yang berada dikedai mamak bertanya "umi nak puri?". I yang stamak dah mula penuh terus aje tamak "naak, satu cukup" tapi si D tu tak reti simple arithmatic kot? Dibelinya dua keping (simpan for lunch).

Kes desperado .. masih tak beli barang dapur sepenuhnya, terlupa pulak bahawasanya MINYAK tak keluar dari tanah sekitar rumah, haha. Terlepas pandang nak beli minyak masak maka radar 'mencari' diactivatekan ... jumpalah 'minyak jeton tak dara' dalam pantry. Telek punya telek .. PROD 24/10/2006, EXP 24/10/2008 .. hmm dan semalam baru jer 02/02/2010. Bismillah ... insyaallah.

Untuk lunch semalam .. terjadilah mee kawi desperwado dengan jayanya. Untuk dinner lain cewita, memanglah kena masak lagi (owang tu dah mula wajin sejak awal tahun, kan?). Masak 3-4 lauk, apa ada hal? hahaha .. (liver berkata: sumpah ada hal.. penat taw) ..

Tuesday 2 February 2010

Tha..la..tha..

Pulul 6.30 pagi I dah siap segala - solat, bersiram (in that order), bersiap sesejuk mata sendiri memandang dan terus meluncur ke SA.

T serta 2 orang kawannya ada hal di KL semalam dan selesai agak lewat. I suruh tidor dirumah saja instead balik terus ke kolej. Mana tau kan, dah balik lewat cam tu, PakGad ada kes nak cari salah. T drive ke KL ditemani kawan2 sekolej. Allah saja yang tau betapa risaunya I - duduk salah, berdiwi salah, semua serba tak kena (risau sebab dia tak biasa drive kebandaraya lebih2 lagi KL tu kan JAUH?). Alhamdulillah semuanya selamat.

Balik dari SA I singgah beli barang2 dapur dari van apek yang jual segala jenis manikam. I belanja RM50 aje dan I rasa amat puas hati sebab semua yang dibeli termasuk ikan tersangatlah segar. Jangan harap nak dapat sesegar tu kat 2 hypermarket yang tuu (MyGian).
.
I suka beli dari apek X (bunyinya cam sexy kan?) sebab dia tu kelakar. Bila I tanya "berapa ringgit saya punya?".. dia mesti jawab apa2 pun guna 'juta, ratus, ribu'. Apek tu ramai pelabur dari Indon kot? Disamping tu, adalah dia campak 1/8 genggam cilipadi, daun saderi atau daun bawang sepelepah dua. Tadi I dapat juga free gula2 sempena riraya cino. Pandai apek ambik hati pelanggan .. cayang Apek X, hek3.


Dah lama tak buat jejemput so, ... this was our lunch at 4pm yesterday. Day before yesterday I cooked 4 types of dishes (tatkala my fridge dah gersang). 4 jenis tatkala I sangat2 malas (hebat kan?); tapi bila I sangat2 rajin, I mampu masak jejemput aje. Ada yang tak berapa betul nih.

Jejemput dimasak bukan untuk breakfast tapi untuk lunch. Nasib baik TK tak naikkan sepandok bantahan "I nak nasik". Chup!! did I type TK? Maaaak!!

Cili padi <> 30 biji dapat free
.
... akhir kata ...
.
Baru kejap tadi dapat panggilan telefon dari my friend di SA. Dari suaranya saja I pasti sesuatu berlaku. Sah! ayahanda tercintanya telah kembali kerahmatullah kerana sakit tua. Sebenarnya dia sedang merancang balik sorang diri dulu tapi apakan daya. Al-Fatihah untuk cikgu Hussein semoga diterima amalan dan taubatnya. Amin.
.
Mengadap kematian .. belum tau apa rasanya lagi.. tapi mengadap orang yang sedang nazak .. masyaallah .. the feeling is beyond words. Takat nih I dah mengadap saat2 akhir 4 orang yang amat I sayangi - sempat juga mengajar mereka mengucap dsb.
.
Disaat ini juga I amat sedih bila mengenangkan seseorang yang tak sayang mulutnya mengeluarkan kata2 berbentuk tulisan "azablah kau bila nazak nanti". Mulut sebegitu harus dimuatkan sepenuh2nya cilipadi sebanyak diatas tu (lebih jika perlu).
.
I wish no one stops me ...