Tuesday, 30 July 2013

21 Ramadhan ... Juling mata pt 2 ...

WARNING: Kalau mata pedih berair selepas baca entry kat bawah nih, sila jumpa Dr Muhayah but never2 blame me OK AA/Azie? :-) Assalamualaikum... Nak marah boleh tak? ........ Tak kiraaa, nak marah jugak! Blogspot.com nih kaaaan memang nak kena cubit! Mentah tidur agaknya dia asyik meragam aje ........ Kurang dari seminggu dia OK, now back dah tak OK seolah2 melarang kita berkarya. Masalahnya lebih kurang sama. Kotak 'compose' dan cursor macam dah jem. Nak load gambar pun tak boleh ........ Taulah free, tapi janganlah buat oghang hot tak tentu pasal. Nasib baik puasa, tebal jugalah tahap kesabaran nih, ehem. Apa pun, ada ubi ada batas, okay?? You dont like me when I'm angry (dahlah guna free, nak warning2 lagi, har3) ........ Since fungsi 'perenggan' juga buat hal maka 8 biji noktah mewakili setiap perenggan ........ Why do I bother to make a new entry if the situation now is so aarrrghhh? Dah lama tak menaip akan mendatangkan kekejungan pada jari jemari Menaip nih macam buat fisioterapi jugaklah ........ Lebih kurang seminggu lagi nak raya ek? Dah bersedia ke I menyambut hari lebaran? Jawapannya belum. Masih tak habis mengemas, masih lum beli baju raya wpun ia tak mustahak. Lepas raya boleh beli atau tempah, if not TB bithing kang. Dia suka tengok bini dia yang colang nih 'terbela' kekdahnya. Takut oghang kata dia tak menjalankan t'jawab ........ Raya kali nih I stemet beli kueh raya. Lagi pun oghang yg buat tart nenas dan kuih makmur mogok (selamat I) so I beli 2 ketul kek kukus buah aje. Each priced at RM49.. dah naik harga. Tu pun Njah dah sedekahkan 3 jenis biskut and I am sure my SIL will bring loads of them. Oh no... I rimas kalau banyak sangat sebab tempat menyimpannya sangat terhad ........ I ni sebenarnya banyak kerja, macam2 nak buat tapi tetap nak berlegar2 kat dada Al-Kisah. Lepas Zohor nak keJasaint. Expected to bring macam2 harta karun kesana sebab raya tahun nih kitorang beraya disana. Ekceli sedih juga, sekali lagi beraya tak cukup korum sebab Ndja n family + Teh akan beraya kat benua lain. Esok diorang berangkat dan akan berada disana selama 3 minggu. So for 3 solid weeks I am without my sparring partner, sob3 ........ Kalau blogspot.com tak meroyan nak juga I tampal gambar masakan I, hehe. Masakan julung2 kali I buat ie ayam percik berkuah putih. Resipinya mestilah dari internet. Rupanya senang benar buatnya, syukur alhamdulillah. Next time kalau nak buat lagi, taulah I supaya lebih menderhaka pada resipi tu ........ OKlah, sebelum TB tau I curik tulang, lebih baik I mula menaikkan prestasi diri. Bestnya kalau ada maid ek ek ek???? ........ Hingga jumpa lagi. .

6 comments:

Ibu n Abah said...

walaupun tak berperenggan..
tetaplah ohsome...
teruskan berkarya kanda....
Selamat berhari raya...

sudipVSsenduk said...

anak cucu tumpang lalu...

azieazah said...

Som, kalu U rajin, tulis entri guna HTML... cari apa kod untuk perenggan (biasanya

)

Itu sekadar cadangan.

Agak pelik bila entri tidak boleh para. Hmmmm

Ohh beraya di rumah baru (kampung) tahun ni ya? Mesti la seronok wpun ada yang kurang. Takpa, kami kan adaaaaa...?

azieazah said...

Ralat: saya cuba taip code para tadi, tapi dia aktif sebagai para.. Semak HTML pasti cuma code tuh.

m.u.l.a.n said...

sama kita.. raya mesti ada tat nenas, makmur...

biaq la takde para pon... janji ada cerita naaa...

mai la raya sini.. yong fa atip pon ada...

CS said...

AKAK
Selamat hari raya maaf zahir batin dan mekasih for your support :-)


SvsS
Silalah lalu cu... tapi be careful sbb kat depan tu ada naga berkepala dua, hihi. Mekasih lalu kat sini.


AZIE
Yes..I memang guna HTML sejak kotak compose dibekukan tanpa keredhaanku. Jgnlah suruh I godeh2 HTML tu, nanti jadi tikus baiki labu pulak. Anyway, mekasih diatas cadangan, lap u.


MULAN
Tapi raya ni mmg takde tart nenas n kueh makmur. Sipembuat tegar dah pencen. You jemput I beraya kat Terengganu ke? Woot..woot..'dekat sangat tu', pengsan!


Terima kasih dan SELAMAT HARI RAYA UNTUK YOU, YOU N YOU ...