Saturday, 31 August 2013

Tajuk hari ini ialah MEE-deka...

Assalamualaikum ...
31 Ogos hari Merdeka maka sarapan hari nih ialah Mee-deka yang dibuat khas untuk diri sendiri.

Mee-deka nyums...
Mee dari jenama MameeChef perisa ayam pedas shitake. Namanya 'ayam' tapi takde kelibat ayam pun, hehe. Takpe I mahapkan kot mereka terlepas pandang, kaan? Anyway, mee-deka my version itew tersangatlah spesel ..... sebaaaab?

Nak tau ke sebabnya? OK...sempena hari Merdeka, teruja pulak nak berkongsi resipi, heheh.. Gini ... Semalam I goreng telur dadar 2 biji (tu ajelah yang tinggal sebab ayam dah lari dari reban, har3) sebagai salah satu lauk (yg digoreng dgn penuh kasih sayang) untuk TB makan tengahari tapi dia cuil 2cm aje.

Malam menjelang, telur dadar (TD) tu masih tak bercuit juga so for not wanting to befriend the devil, I hangatkan dan sediakan untuk TB sekali lagi for dinner (tetiba rasa diriku menzalimi suami sendiri pulak). I think TB pun malas nak layan TD tu lagi sebab dia dah terkesima dgn my mabeles ikan masak kicap yang dimasak sekelip mata, siap!

Haha... kan I kata I terer memasak? *kata gurauan semata2 bak kata omputih pun intended*. BTW, ikan goreng yang dibuat masak kicap tu sebenarnya recycle dari tengahari jugak, oooops!!

So what happen to that TD, you mesti nak tau tapi malu nak tanya, tul tak? Well...pagi nih TD dah selamat dijadikan bahan mee-deka. I tak bubuh sawi (sebab malas nak ambik dari kebun, hehe...) tapi I lemporkan sayur apa-ntah namanya (sila amati gambar diatas).

Bila dicampur dgn mee-deka maka rasanya serupa rasa taugeh dan krup2 bunyinya bila dikunyah. Overall, dengan perisa ayam pedas shitake, one-day old TD dan sayur ala taugeh tu, garapannya tersangatlah aweful....!

Haha...acah aje tu. Mana bleh aweful.. it was sang-ngaaat awesome. Apa pun tipnya harus bubuh a-day old TD (dan TD bukan sebarang TD..mesti ada bawang dan cili ijau).

Cerita TD berakhir dah, now cerita pasal TB plak, hehe... W'pun hari nih cuti, TB tetap bangun pagi. Haruskah dia dipuji? hehe.. harus, memang harus. Lepas buat sendiri kopi 'male'nya dia terus capai makanan kucing untuk melunaskan t'jawab hariannya. Kucing perlu dibersihkan, diberi makan dan minum or else satu keluarga menanggung dosa.

Done that dia pun bersiap wangi2an dan kelihatan agak segak jugalah pada pandangan I yang belum mandi ketika itu dan juga sekarang, har3... Komain lagi dia ekk? Melaram dgn shirt baru lagii (hadiah dari adik kesayangan 2 helai, alhamdulillah).

I iringi pemergian TB dengan doa dan harapan. Ehhh..macamlah dia nak keGaza ke apa, haha... TB sebenarnya nak pergi FamilyDay yang dibuat kat hotel sepelaung dari rumah aje. As in previous years dah jadi lumrah that TB's presence is without his beloved mrs (beloved katanyakah? oh yes.. memang pun, heheh).

Diiringi doa agar TB selamat pergi dan balik kerumah dan harapan tu, apa kes?? Haaaa-rapan tu agar TB bernasib baik nombornya naik semasa lucky draw nanti. I tak harapkan apa2 ... chomaa..kalau boleh..yalah kalau boleh dan ada rezeki, TB memikul TV balik kerumah dengan jayanya, insyaallah (almaklum TV kat rumah nih dah menunjukkan unsur penua'an. Kelabu asap dah ronanya).

Harapan menggunung kekdahnya tu. Apasal nak harap FOC aje?

Tapi apa salahnya mengharap lagi pun bukannya dosa unless dah termaktub menerima hadiah cara cabutan bertuah gitu berdosa?? If so, oklah, nanti petang (tahun bila tak pasti) I pergi beli TV seluas dinding kat rumah nih untuk menggantikan TV yang ada sekarang. I tenyeh aje ok tak?

Tenyeh adalah istilah menggunakan jasa baik kad kredit tapi I dah janji pada diri sendiri tak nak tenyeh2 lagi. Kerana peramah pada bank, I menyimpan 2 kad kredit. Satu tu I dah simpan since 1987 dan satu lagi since 2000 (kesian punya pasal dan kerana I nak cepat penuhkan tank minyak dan beredar, I setuju. Tu pun sebab dia kata NO annual fees WALHAL dia cajnya kita, MENCII..) Tak sker kena tipu taw...

I plan nak discontinue satu kad dan simpan satu (in case of emergency kekdahnya) tapi dalam dilema nak pilih mana satu patut bercerai badan, hehe.. I kinda sayang both cards, suka bank 'A' tapi tak suka guna kadnya walhal credit limitnya quite vavavoom. Suka bank 'B', guna debit kadnya juga (dapat beribu treat points tapi tak pernah redeem) tapi credit limitnya cikit jer.

Discontinue satu kad, bolehlah juga jimat 50ringgit setahun. Yang geram tu tak memasal kita bayar RM50 walhal takde trnxn apa pun, so?? Nak komplen kat bank atau kat BNM pun tak guna sebab kita nih sengkuang jer (tak nak jadi mentimun sebab mentimun 'banyak jasa').

Hari nih I memerdekakan diri bercerita sesuka hati dalam blog sendiri, semua cerita bercampur aduk. Sebenarnya I ada lebih masa sebab hari nih chef Thom bercuti beraksi didapur. At 2pm ada jemputan open house dari jiran 1.5 pelaung dari rumah. Dulu kita berjiran lat 2 rumah aje tapi dia dah berpindah sejak 6 bulan lepas.

Lately sejak seminggu Syawal, masa lapang I dipenuhi menziarah my mak sedara di PJ yang sedang gering. Umurnya baru mencecah 90.. 'baru' sebab harijadinya jatuh pada 28hb lepas..

Baru 2 kali I bersama2 yang lain (maid, my sister, T) membersihkannya. Cakap benar, I insaf to the max dan I malu pada diri sendiri sebab I tak berdaya dan terdaya takat nih untuk buat apa yang maid buat untuk my mak sedara yang I kasihi dan amat sayangi tu.

Dia bukan any mak sedara yang I ada atau orang lain pernah ada. Masih ingat kata2nya masa kitorang kecik2 dulu bahawa dia adalah emak kita juga w'pun dia tak melahirkan kita.

Cerita selanjutnya akan dicoretkan bila masa mengizinkan (tup2 teringat satu load basuhan belum berjemur lagi, hehe... dan nak kena gosok baju untuk dipakai kejamuan rumah terbuka tu nanti).

Nilah I nih... bila dah mula menaip, susah nak berenti tapi bila nak mulakan menaip tu, rasa azab semput macam mendaki bukit Broga pulak.
.

9 comments:

Art Lover said...

Aslmkm CS..
Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Lama rasanya kita tak berbalas comment. Kita pun dah tak ektif berkarya cuma berinstagram.
Apa2 pun enjoy your Open House on the this last week of Raya.

Ibu n Abah said...

Kanda chom..
Chemana u dah rancak menaip di entry ni...
Chemana caranya?
Cer citer..
I masih menggunakan iphone utk buat entry baru...

mokjadeandell said...

MENDEKA!
ini bukan salah ejaan tau...

CS said...

ARTLOVER (waalaikumussalam)
Selamat hari raya maaf zahir dan batin juga. Ada 6 hari lagi Syawal so masih valid lagi ucapan kita nih, hehe.. BTW, kita tak guna Instagram, tak reti.. more like it tapi kita bergirang dpt guna whatsapp sbb foc. Kita nak bitau awak something, nanti kita coretkan kat blog awak ehh?? Tunggu..

CS said...

DINDA MAH
Camana I rancak menaip dientry nih? Sebab I memang terer menaip, ehem. Kelajuan menaip mengalahkan Speedy Gonzales, ngeh2 gurau aje. Ekceli bab menaip mmg takde masalah. Yang ada masalah masa nak memulakan menaip aje.

1. Mula2 I tampal gambar dulu. Bila gambar dah tertampal, cursor akan berada dibawah gambar. Masa nihlah baru boleh terus menaip. Pelik kan?

2. Kalau ada error nak dibetulkan, now dah tak boleh guna tetikus untuk membawa cursor backward so terpaksalah guna right-hand click pastu left-hand click.

3. Kesemua fungsi samada nak highlite, nak boldkan letter nggak boleh. Heiii.....tension, tension!!

Sekian .. *compliketod tak?*

CS said...

MAMASON
*hugs*
MENDEKA adalah perkataan my son n my nephew guna masa mula2 diorang laungkan perkataan merdeka. Masa tu diorang kecik lagi so lidah ada terpeleot sikit, hehe..

Ibu n Abah said...

Tima acheh..
Balik kang u cuba....

Ibu n Abah said...

Spesis jari halus mulus..
Nak type i jd u...
# balik kang i cuba.... Ek

CS said...

AKAK
Jangan bersedih, I selalu kena cenggitu. Salah kita atau salah kibod yg kecik tu? Mestilah salah kibod, kankankan?