Tuesday, 28 August 2012

10 Syawal ...

Assalamualaikum ...

Kalau entry sebelum nih ditulis dalam bulan Ramadhan tajuknya so-so Ramadhan maka entry bulan Syawal harus berbunyi so-so Syawal juga, kan senang cam tu tapi macam tak kreatiflah pulak bunyinya (penulis tegar blog haruslah sekreatif mungkin, tak gitu u?).

Selama ketiadaan sementara dialam maya *wpun ada ketikanya duk ngintai2 gak, haha*, kerja rumah yang paling tak boleh dipandang sebelah mata tentulah membasuh baju dan aktiviti bersangkut paut dengannya.

Washing machine tu kalau pandai memberontak, dah lama agaknya dia hentak2 kaki dan tumbuk2 dinding meluahkan perasaan betapa penatnya dia 'melayan kemalasan manusia' tapi nak buat camana dah nasibnya difungsikan cenggitu. Untunglah dia sebab kerja lipat melipat dah dipikul oleh manusia, huwaaa..

Baru 10 Syawal belum lagi 25 Syawal so afdal kalau ceritanya masih berkisar sekitar hari raya ..

To-date I dah ziarah raya rumah Long, Ngah dan tentunya Teh sebab 1st day raya memang kita semua berkumpul dan berkerumun kerumah Teh cam semut kerumun gula, hehe.. Sementara Chik masih hidup gitulah cara kita meraikan hari raya pertama.

Nak beraya rumah Ndja tapi masa I lalu Sban otw home hari tu, dia pulak dalam perjalanan balik dari Ipoh, so rasanya I beraya tahun depan ajelah eh? heheh...

Kat atas tu cerita beraya kat rumah my kakak2 so beraya kat rumah abang2 I camana gayanya pulak? Gulp!! Macam tak bagus nak bercerita lebih2 tapi bab ziarah rumah my abang2 ketika musim raya atau hari2 biasa umpama tak tertulis dalam aturcara kehidupan. Sungguh menyedihkan tapi tulah hakikatnya.

Apa pun terjadi, keakraban adik beradik lelaki dan perempuan memang takde cacat celanya as all the 9 of us get on very well with each other BUT? there's always a but eh??  Well.. abaikan ajelah segala 'but' tu, kot raya tahun depan keadaan mungkin berubah for the better? insyaallah.

Raya tahun nih ada 3 orang bermurah hati beri I duit raya. Semua orang mesti suka dapat duit tapi I rasa malu2 kucing bila terima duit raya dari 2 pemberi  nih, no joke! Perasaan malu2 kucing is an understatement because it is a combination of malu2 kucing + malu2 kokang + malu2 kambing entwined! So perasaan malu memang tersangat epic.

Sementelah 'malu2 kucing' maka propnya haruslah guna kucing hidup, ekekeke..

Perasaan malu berakar umbi kerana 2 pemberi tu dah kerap sangat memberi while the 3rd one is a rookie, hehe.. so biarlah dia mengutip pahala (insyaallah) pada hari baik bulan baik memberi seikhlas yang mampu pada mak2 sedara dan sepupu sepapatnya.

Akhir kalam, projek TB didesa halaman akan dikongsi dalam next (next, next) entry, insyaallah.
.

11 comments:

kakcik said...

Selamat hari raya di hari ke 10 Syawal 1433H, CS. :)

Anonymous said...

Selamat Hari Raya, Maaf Dzahir dan Batin. Semoga Allah menerima amalan kita dan kerja kebajikan kita. InsyaAllah.

Cik Som, nak nasihat sikit, kalau bab kakak ipar tak ngam dgn you, buat tak reti aje. Yang wajib ialah ziarah abang U, 30 minit pun jadilah ziarah dah cukup dah tu. Jangan sebab bini dia tak suka U simpan dalam taman. Yang penting U lakukan ikhlas untuk kekalkan hubungan siratulrahim. Hukum kita junjung dan dulukan. Bab dia tak suka tu, hubungan dia dengan Allah.

Pengalaman saya ialah supupu tak suka saya tapi bapak dia adik emak saya. Saya pergi ziarah juga saya hormatkan bapa saudara saya dan mahu kekalkan hubungan siratulrahim. "Saya mahu hubungan saya dan Allah tidak tersekat. Ammmeeeeeeen"

Seperti yang saya kata dia benci saya adalah masalah dia dengan Allah. Bukan dengan saya sbb sejak lahir dia tak suka saya, jadi saya tak tahu apa salah saya selepas di tanya pun tak boleh beri jawapan. Saya ambil keputusan dia yang bermasalah bukan saya.

I want to carry on living and make myself happy and people surround me also feel happy.

Bacalah "Jangan Bersedih".

Ahkak
Banyak betul 'saya'.

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
Wah! Seronok ya dpt duit raya...saya pun dpt. Semenjak 2 org anak dh bekerja baru dpt duit raya selain dr.hubby
kita.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Busy sangat you ya..sampaikan tak terjenguk ke rumah kenkawan.
I pun dpt duit Raya..rasanya nak ke Parkson besok'Bonus link day'
At least nampak kemana pergi duit tu.

CS said...

waalaikumusalam dan assalamualaikum ...

KAKCIK
Selamat hari raya hari ke-11 Syawal, 1433H. Kita nak lemang n rendang. Still got meh? :-)


LEEZA
Kalau dpt duit dari anak2, perasaan seronoknya mmg lain macam sikit tapi I dapat dari 'orang lain' so perasaannya like shy2 cat gitu, hehe..


ARTLOVER
Tak sesibuk mana tapi blog kengkawan tetap I visit cumanya tak tinggalkan komen sebab tak best aah type komen guna pad hp yg kecik tu. Tinggalkan komen pun kena ikut giliran kekdahnya. Apalah yg nak diborong ke Parkson nanti?

CS said...

AHKAK
Selamat hari raya, maaf zahir batin dan amiin pada doa syahdu itew ;-)

Terimakasih kerana sudi menasihati kita yg lemah tapi tak longlai lagi nih, hehe. I paham maksud you bahawasanya darah adalah lebih pekat dari air dan untuk menjaga silaturrahim adik beradik lebih sihat, bila berjumpa kita tetap mesra alam CUMA I tak teruja nak kerumah abang2 berkenaan kerana beberapa sebab. Satu sebab yang debaboom pabila sorang tu kata melalui sms "jangan datang rumah aku..kalau kau nak abang kau, kau boleh ambik dia" ..hahahehehuhu.. giler tak giler tu??

Anyway, setiap tahun hati nih memanggil2 untuk menziarahi 'mereka' tapi bila ingat I dipulaukan tanpa sebab (tanpa sebab? mcm mustahil aje ek? tapi tulah hakikatnya), bila ingat I dilarang keras kerumahnya dan bila ingat asyik2 kita aje yg kena jaga mulut dan tatasusila (3 sebab = 3 orang kekdahnya) .. maka suamiku melarang istewi mithalinya mencemar duli kerumah2 mereka. Sekian dari empunya cerita.

blu4sky said...

CS, i x dapat duit raya tapi dapat voucher tesco.. tapi tesco dekat ngan rumah tu still underconstruction.. emm agak2 sempat tak guna voucher tu :p

m.u.l.a.n said...

Taqobbalallahu minna waminkum... Salam Syawal penuh berkat..

bila open house ni..??? nak terjah.. hehehe...

Ibu n Abah said...

Musim raya ni mmg musim menjejak kasih...
Selagi ada hayat, kekdahnya....

Queenie said...

Salam aidilfitri CS...

ada kuih lagi?

ai dapat SATU jer wit waya...

CS said...

SUE
Alhamdulillah dapat juga 'duit raya'. Underconstruction means renovation ke? Bila pulak nak siapnya dan bila pulak expiry of that voucher? *menaip dgn muka serious nih*.


MULAN
Salam Syawal to you too. Open house? Alaa.. kita tak pernah buat open houselaa, maybe house warming kot? insyaallah.


AKAK
Betul tu, hari baik bulan baik haruslah kita jejak kasih tapi I tak sebaik dan serajin you all menziarah sanak sedara ;-(


QJ
Salam IDEALfitri to you too. Kek takde tapi bithkut ada 2-3 jenis lagi. You dapat duit raya siji aje? I tak percaya sbb I tau tiap hari ada aje yg 'masyuk' ketangan you, kankankan?