Monday, 20 August 2012

Aidilfitri 1433H ...

Assalamualaikum ...
Selamat hari raya pada setiap kenalan dan pengunjung Al-kisah. Mohon maaf zahir dan batin jika jari jemari yang mulus nih berkelakuan kurang sopan dan santunnya lalu tercetus tulisan yang membuat pembaca rasa grrrr tumbuk tapak tangan :-)

Sekali lagi maaf dipinta kerana sepanjang Ramadhan kotak komen dikunci ketat. Tidaklah punyai niat yang songsang sekonyong2 tak kuasa melayan komen pembaca atau yang sebau dengannya. Tidaklah begitu niat dihati namun yang demikian hanyalah untuk mendisiplinkan diri ini sejajar bulan Ramadhan agar 'menahan diri' dari bermacam perilaku.

I sentiasa percaya pada tetamu perlu dilayan waima dialam maya. Sama2lah kita hayati dan praktikan "the blogger must behave as a proper host, never ignoring a visitor" .. unquote (terbaca diblog Tuan Sheikh seketika dulu, syukran).

Kejap aje dah hari raya kedua. Makanan yang diasak semalam ntah2 belum hadam lagi, hehe.. Anyway kejap lagi kita akan berangkat kedesa halaman TB untuk beberapa hari tapi tetaplah belum pack baju lagi. Bila TB mula pack baju dia, barulah yang lain2nya ikut sama. Kami sdn bhd bab pack baju taklah I pening kepala.

1 Syawal
Kita adik beradik berkumpul kat rumah Teh. Hari baik bulan baik tapi ada juga yang tak mau berbaik. Alahai betapa ruginya namun I suka hati sebab all my 4 brothers hadir serentak w'pun ada yang datang tanpa bawak anak dan istewi tercinterrrr bersama. Like how come lagu tu? *geleng kepala slow motion*.

Hidangan penuh meja kat rumah Teh tidak menaikkan semangat tangkap gambar sebab kita bizi makan chomp2 dan bizi menolong didapur. The fact that Teh ada maid yang sangat rajin bekerja cam lipas kodong tidak membuat kita take her for granted, ehem..

So, apa yang I masak as potluck kerumah Teh? Betul ke nak tau nih? heheh..... *sambil gelak comel*. I masak yang I tau aje ie sambal kacang, sambal sotong dan rendang daging aka rendang Tok (wpun tak gerenti keenakannya).

siap pukul 3 pagi, auww..
sambal sotong
Mak kata lebihkan minyak supaya kuah nampak berseri

My first attempt to cook rendang tok aka RT. Cam biasa ada aje bahan yang tak diendahkan such as pieces of kelapa muda digoreng dan daun limau purut. Ekceli I silap pilih jenis daging or else tentunya RT dipilih menjuarai carta teratas rendang2 yang ada terhidang atas meja Teh <- stetmen tak voley vlah! har3.

Juga 1st time masak kuah kacang lain sikit caranya dari cara yang selalu dibuat. Kita buat dia lagi pun kacang tanah pernah bitau "ada kita kesah?" ..

Somehow sambal sotong menjadi fevret ramai namun to tell you the truth I masih tak reti nak buat serupa rasa cam embok Siti jual dikantin sekolah masa I darjah 1 dulu kala. Embok Siti's mee goreng with lots of taugeh n chives disimbah sambal sotong ... koma 20 saat!

Ramadhan berakhir dengan rasa teramat pilu ... 1st time juga berqiamulail dengan T dimasjid berhampiran. Berbagai perasan bersalah menerjah diminda; perasan yang sama menerjah semasa mula bertudung dulu. Apa juga sebab yang diberi, semua tu hanyalah alasan serta madah berhelah (dari I, siempunya badan).

Soalan yang sama "kenapa tak lakukan dulu lagi?" namun diri ini manusia biasa yang sangat lemah. Alhamdulillah masih diberi peluang waima sebesar zahrah.

Adakah mereka yang mula bertudung/berhijab boleh dikategorikan telah berhijrah dengan ertikata sebenar? Hmmm...
.

12 comments:

bintangjauh said...

Salam CS,

Ratna sekeluarga mengucap kan Selamat menyambut HariRaya AidilFitri dibulan Syawal yang mulia, juga kumohon pinta kemaafan seandainya ada keterlanjuran tutur bahasa penulisan diblognya Ratna juga tidak membalas komens darinya CS terbiar sebegitu sahaja (sampai hati!) semoga sambutan pada tahun ini lagi meriah berwarna warni berbaju kurung juga menjamu juadah Raya yang enak-enak belaka gambarannya...

Salam manis semanis madu.



Ibu n Abah said...

Salam kekanda..
rasanya ketika kekanda membaca komen ini, kekanda sudah berada di Ja Saint... Selamat berhariraya bersama seluruh keluarga di sana....
(Dah lama adinda nak menanyakan resepi sambal sotong kekanda... harap tidak keberatan kekanda berkongsikan resepi sambal sotong ya...)

Anonymous said...

Selamat hari raya aidil fitri CS! Maaf dzahir dan batin.

Ahkak

~jeet~ said...

selamat hari raya CS, saya pon nak mintak maaf zahir dan batin :) have a blessed raya!!

Rima said...

Eid mubarak to CS and family.. sepajang ramadhan bila ade masa terluang ku dapat jugak membaca but setiap kali nak ber comment... tak dapat .. maaf zahir batin ok CS sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.. hv a blessed and wonderful raya.. take care!

LEEzasTOUch said...

Assalam CS
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kpd CS sekeluarga dr.sahabat mu sekeluarga..
maaf zahir batin.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS..
Selamat Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga perkenalan kita berpanjangan.
Have a blast Raya!

kakcik said...

Assalamu'alaikum CS.

Selamat hari raya, mohon maafkan salah silap kata2 kakcik ya. :)

inahar ali said...

salam aidilfitri & maaf zahir batin wat CS sekeluarga ye!

blu4sky said...

salam CS,
haa tu laa abis pintu comment kena kunci ketat2 sampai tak dapat buat ucapan..anyway nak ambik kesempatan ni buat wish CS Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..

Yong Kamariah said...

Salam aidilfitri minalaidilwafaizin buat Cik Som sekeluarga, maaf zahir dan batin sepanjang perkenalan di alam cyber

CS said...

Assalamualaikum pada adinda2 pengomen yang kanda kasihi, cewah! Terima kasih kerana masih sudi singgah kedada Al-kisah.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin (sekali lagi) pada Ratna @Bintangjauh, Akak @Ibu n Abah, Ahkak, Jeet, Rima, Leeza, Iha @Artlover, KakCik, Doc Inahar, Sue @Blu4sky & Yong.

Semoga perkenalan kita dialam maya terus berakar umbi, auwww..