Wednesday 10 July 2013

1st Ramadhan ... Juling mata!

Assalamualaikum pada kenalan alam maya dan selamat berpuasa sebulan penuh. No puasa yangyok okay? Tiru macam saya, heheh..

Blogspot.com memang menguji kesabaran. Pakkal bulan Ramadhan (sementelah setan pun dah kena kurung) maka perlulah bersabar tapi kalau ikutkan hati, nak aje I swing my notebook kedinding yang chatnya dah menggelupas tu, grr.. Marah kekdahnya nih tapi apa guna marahkan nyamok tiruk kelambu dibakar, kaan? Walhal kelambu boleh beri ambience owh so romantika d'amour, tul tak? haha..

Sebelum entri nih bertemu titik noktah terakhir *cewah*, I nak umumkan bahawasanya Al-kisah mengalami gangguan makhluk halus. Oleh kerana dah lama benar tak berkarya maka tak perasan bila masanya blog nih tak boleh guna fungsi 'save'.

Bila tekan save memacam 'warning' yang keluar so tanpa buang masa I pun layangkan feedback pada Admin. Lepas seminggu dua, here I am mencuba nasib tapi kali nih lain pulak masalahnya! Terpaksa guna ruang 'html' untuk entri baru sebab ruang 'compose' takde tindak balas.

Perasan tak entri nih takde perenggan? hahahehehuhu ... tulah masalah terkini paling dikagumi, haha. Sangat bosan baca teks takde perenggan, zzzzzzlah jawabnya. Jap eh.. curious juga samada boleh tampal gambar ke tak? *Pause* Huwaaaa... kenot tampaaaal at all!

Malas betul nak layangkan feedback kat Admin tapi kena jugalah nampaknya. Kalau sendiri tak buat, nak harapkan siapa ek? Samalah juga bila menghidangkan juadah semasa bersahur dan berbuka puasa nanti. Cakap benar, memang tak pernah imagine I lah orangnya yang memikul t'jawab tu.

Masa kecik2 dulu memang 'in wonderment' camana Mak or Chik boleh bangun awal sediakan juadah. Nampak cool aje, diorang tak ngantok ke? Sebenarnya I dah dapat jawapannya, hehe..

Masak kicap ayam bubuh sohoon bebanyak merupakan lauk wajib hari pertama bersahur. Without fail Mak mesti masak lauk tu sebab Mak tau kitorang tak BFF dengan lauk pedas. Dan atas permintaan T, subuh tadi I masak kicap daging versi pedas!

Susahnya kat rumah nih, tak semua ada citarasa serupa. Nasib baiklah ada chef pakar yang diimpot khas dari Johor Darul Takzim....kikikikikkkkk.....(bulan puasa pun nak riak juga ke cikThom?).

Baru2 nih I ke Jasaint lawat kawasan. Rumput yang diupah orang menanamnya seakan2 merajuk tapi tumbuhan parasit lain termasuk lalang menghijau dengan gemilangnya. Mengemas kali nih terasa letih benar tapi belum sempat hilang letih, tau2 kita dah dalam kereta bye2 pokok durian yang merajuk tak berbunga langsung.

Sempena menyambut Ramadan dan rezeki penduduk setempat, setiap rumah dibekalkan seplastik besorrrr dipenuhi bermacam2 barang dapur sebanyak 19 jenis. Untuk mengiurkan para pembaca (dan membangkit rasa cemburu, hahaha) maka I nak juga senaraikan jenis barangan untuk rujukan Ramadan tahun depan, har3... I GURAU AJE NIH, ISHH..

Barang2nya: 10kg beras, 30 biji telur, minyak masak, cordial, milo, teh, susu pekat (5 tin? bila nak habis?), sadin, kacang hijau, gula melaka, ikan bilis (molek rupanya), instant oats, baked beans, cili kering, kurma & tepung gandum/beras/gula/bihun 2pct each (???). Sebilangan barang telah pun diagih2kan seperti telur, tepung n gula. Bab telur tu memang the 1st thing I nak beri pada orang sebabnya biarlah rahsia, hehe.. *sambil senyum penuh makna*.

Julai 9 & 10 membawa kenangan yang tak dapat dilupakan. Bak meninggal pada 9 Julai dan Mak pada 10 Julai. Mak pergi dulu dan Bak susuli 10 tahun kemudian. Julai sepatutnya hari bahagia buat Ngah, Ndja n adik Ndja yang perasan comel tu. Bahagia sebab bulan Julai bulan kitorang tengok dunia tapi ia tak bermakna kitorang dilahirkan triplets. So sesape nak wish hepi belated besday sambil hulur duit raya, silakan..

Oh yaa, masih ingat pada cerita my SIL yang sakit kanser PD tu? Allah lebih menyayanginya. Dia kembali kerahmatullah pada 6 June lepas. Alhamdulillah dia pergi pada hari dan bulan baik.

Ohh yaa.. baru teringat camana keadaan my abang masa bulan puasa nih agaknya. Kesiannya dia.. and here I am being the useless little sister tak telefon pun dia untuk ucap selamat berpuasa. Baik I fone dia sekarang.. Byee... 
.

15 comments:

Amelia said...

Hi CS, selamat berpuasa.

Psstt....beras expire ada lagi?? LOL

Have a nice day. Regards & take care.

CS said...

Amelia
Mekasih for the wish. You puasa tak? hehe..
Psst...beras dah expire masih tidur dlm fridge. You nak ke? hahaha...

~jeet~ said...

selamat berpuasa CS, happy belated beday, moga panjang umur murah rezeki dan sentiasa dalam limpah kurnianya.. aminn... :)

blu4sky said...

Salam CS,
selamat mengerjakan ibadah puasa.. ohh blogspot buat hal yer..patut takle compose macam biasa.. CS guna browser IE ker..?? try guna google chrome..now i have to use google chrome..

Unknown said...

Aslmkm CS..
Selamat menunaikan ibadah puasa Dan happy bloated b'day my dear. Apa juadah hari ini?

Unknown said...

Sorry CS, bukan bloated laa, b'lated...jgn marah, nnti batal posa.

Ibu n Abah said...

Selamat berbuka..
Selamat berterawih
Selamat bersahur
Dan
Selamat berpuasa
- lengkap kan?

Unknown said...

Salam takziah dgn pemergian ur sis in law & Salam Ramadhan to you sekeluarga.
Dan tak lupa juga...Happy Belated birthday!

azieazah said...

BLOGSPOT tak leh save JIKA U taip draft tanpa tajuk. Kena ada tajuk dulu... (sebab akan ada warning “space must fill” tu. Try. I dah kena.

azieazah said...

Kerana entri tanpa perenggan, I nak marah... Marah sangat nihhh.. Grrrrrr!

Sakit mata I tau... Sakit sangattt.. Nak kene dak Som ni tau!

azieazah said...

Salam takziah juga kerana kehilangan kakak ipar. Semoga beliau ditempat yang diberkati NYA.

Ohh U bersedekah barang dapur?
I nak request gak, bleh?
Alaaaa I peminat ikan bilis yang molek itu tau!

Hmmm... Selamat Ulangtahun Kelahiran kawan. Kita sama bulan.

Semoga terus menjadi teman blogger yang disenangi dan dirindui selalu. Ahaks!

Yong Kamariah said...

Salam Ramadhan AlMubarak Cik Som!

Mulan said...

salam ramadhan...

dapat jgk kohmeng kali ni.. sokmo terlepas sbb kohmengboks dah tutup...

happy bestday ya.. happy & healthy olwes...

Rima said...

Salam CS
I hope its not too late to wish u selamat berpuasa.. not been going around for like a thousand years huhu.. windu se windu windu nye.. moga puasa kita semua diterima oleh nya ye CS..

CS said...

Dear Jeet, Blu4sky, ArtLover, Ibu n Abah, Haliza, Azie, Yong, Mulan & Rima ...

Minta ampun dan maaf sebab tersangat lewat menjawab komen. Wpun kita dah berpuasa 16 hari, diharap masih tak lewat untuk mengucapkan selamat berpuasa sambil menyempurnakan ibadah sampingan. Semoga Allah terima keikhlasan dan kesungguhan kita beribadah keranaNya, amin.

Alhamdulillah....