Monday, 7 October 2013

Mood baik dan positif ...

Assalamualaikum ...

Mood baik pagi nih sikit tercemar sebab kena marah. Imagine I kena marah pepagi hari walhal I dah mandi, dah wangi?

Yang memarahi tu bukannya sesiapa tapi anak sendiri, haha. Why I haha bila kena marah? Haha tanda berjaya melawan bisikan syaitan. You see.. pepagi hari I tak sker nak jejaskan mood dengan membalas something yang negative.

I pilih untuk berdiam diri sebab I nak anak yang akan keluar dari rumah untuk menimba ilmu sentiasa diiringi beratus2 malaikat disamping doa dari I agar ia selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan usahanya.

Berdiam diri juga sebab mengaku I dah buat silap TAPI akan tetap beritau sianak cara yang dituntut bila menegur kesalahan ibubapa. I tau bila masa terbaik untuk bertazkirah namun episod tadi cepat dilupakan semasa sesi hugs n kisses.

Bunyinya macam I nih positif sangat? Haaa.. tulah kesannya sejak 2-3 hari nih jadi stalker kat blog seorang retis. Orang sebut retis, I pun sebut jugalah, haha. Dia tu jauh lebih muda dari I tapi cara dia berfikir dan cara penulisannya amat berkesan dan terkesan dihati. Tak disangka2 I dah jadi peminat setianya wpun takde satu lagunya yang I minat. Ehh.. maybe ada satu kot? hehe..

Pengalaman pahit manisnya yang lalu menjadikan dia sangat matang dan tidak cepat bertindak mekhinzir buta (hic) dengan tomahan, fitnah dan penindasan. I masih belum katam membaca blognya yang sangat menarik tu. Since I tamak, kankankan... I tak rasa nak kongsi blognya disini, hehehe.. Ada ke orang tamak tak nak kongsi blog best?

PETANG Sabtu temankan T makan SGM. Sedap benar katanya kat tempat tu. OK, ikutkan juga. Pergi situ hanya nak makan SGM? Mana boleh so I oder CKT. Sengaja makan yg manis dulu baru yang masin. Sesuap dua masuk mulut terpaksa mintak dibungkuskan sebab lori garam dah terbalik dalam kuali, hehe..

Cadangnya otw home harus beli sebungkus KT dan alter CKT tu biar masinnya tak ketara sangat. Jadilah ia my lunch semalam.

Keluar dari kedai makan, masuk kedai jual tv. Bos kedai kata kalau I nak beli, I boleh trade in my existing tv. Less RM80 dari harga asal tv baru kekdahnya. TV kat rumah dah nyawa2 ikan so what say you? Should I buy a new one now or wait until the tv betul2 dah koluinnalillah?

Lepas usha2 tv kita terus kePJ ziarah Chik, my beloved aunty. Sejak bedridden, Chik dah malas nak bercakap, cuma anggok atau geleng aje TAPIKAN kalau nak dengar juga suaranya, terpaksalah guna 'kekerasan', haha.. Kita geletek tapak kaki dia ke... kita cium dia bertubi2 ke.. Kita ambik bantal busuk dia ke ...

PAGI semalam ajak D temankan kepasar Ahad. Kali kedua kesana tapi keterujaannya tak sama masa pertama kali dulu. I thot harga dipasar Ahad lebih murah tapi tak jugalah. I beli ikan yang biasa dibeli tapi D pujuk I beli ikan yu. I memang tak pernah beli dan tak pernah makan tapi dah dia nak, belikan juga sekor untuk dia sorang. Tak sure TB makan ke tak.

D bersihkan sendiri ikan yu tu tapi sebelum tu dia check internet perihal ikan yu. Camana rupa sisik ikan yu yang sebenar blablabla.. Cantik sungguh rupa sisik ikan yu bila dah dienlargekan. Dalam pada tu, I pun belajar sesuatu.

Kulit ikan yu tak dibuangnya terus malah dikeringkan. Nak jual kat tabib cina kot?

PENJUAL ikan sangat paranoid dengan harga ikan yang melambong tinggi sampai tak paham soklan pelanggan. Kita tanya 'nama ikan' tapi dijawabnya "1 kilo RMxxx". Tak menjawab soklan langsong! Rupa ikan yu bila dah disiat kulitnya, manalah kita tau ikan apa? Satu jenis lagi 'ikan Mayong'. Never heard. Pulak2 tu dah siap dikerat 18, haha..

SANGAT hepi bila nampak sukun bergolek2an. Berbaloi gua mandi pagi, haha. Beli sebiji @RM3.70. Sekilo RM3.20. Murah kan?

DAN memang berbaloi bila goreng sendiri. Puas makan. Setengah biji jadi habuan bfast TB n I pagi nih, alhamdulillah. Setengah biji lagi untuk bfast hari Selasa. Alahai, nikmatnya.


Ikan yu pun nak enterframe ...


Belum terbukak hati nak makan youlah Yu ...
.

6 comments:

Ibu n Abah said...

Berminat juga i nak tau D nak masak macamana ikan yu tu.. Nanti citer yer.. Tunjuk gambar sekali tau.
Masa i tinggal di Penang, kawan penang i cakap masak kari pekat2 sedap.. Tanya kat cina yg jual dia kata masak ikan yu buat sup sedap... Entahlaaaa i belum berniat nak cuba. Kot2 laaa satu hari nanti hanya ikan yu tu sekor jer yg tinggal kat dunia ni... Kot2 laaa i nak rasa .. I tau laaa nak masak apa....
Kot2 laaaaaaaaaaa ( i pun tak sure ekceli)

~jeet~ said...

please la share sapa retis tu..nowadays retis semua sibuk selfie kat instagram...jadi bila ada yang menulis, seronok juga nak baca ;)

azieazah said...

Kadang-kadang orang kat pasar tu akan siatkan kulit ikan Yu utk kita, sebab kulit tu kasar berpasir. Isinya akan lebih enak jika masak lemak cili padi. Or kari maybe?

kak ja said...

my mak menakan (allahyarham) masa hdpnya kalau buat kari ikan yu, dia goreng tu rempah2nya..

i dgar2 org India bila bersalin depa makan ikan yu, bagoih utk kesihatan, depa kata.. tlg jgn mintak number tpon depa plak, k?

anak2 ni kan Kander, depa blom mahir lagi bab berkomunikasi dgn org tua2.. kita yg dah tua ni (uhuk uhukkkk.. *batuk sambey urut dada) yg kekdg makan hati dgn cara depa..

apapun hugs n kisses bisa merubah semuanya!!

m.u.l.a.n said...

jangan makan ikan yu tau... makan ikan ai je... hehee... sabor dear sis... nak kena babap ni sape yg marah my dear sis ni...

CS said...

AKAK
Kot nanti dah takde makanan lain selain ikan Yu, sama2lah kita berebut2 ya? Dalam pada D melapah ikan tu, dia tetap rasa 'geli'. I masak kari tapi dia makan sikit aje. Last2 jadi kawan setan juga.



JEET
Cara tak sengaja I masuk keblog retis tu. Macam baca biorgraphy jugaklah. I'm hooked (al kepochi kekdahnya, haha). Baru sorang dua yg berminat.. I am waiting for another 8 :-) (berbau alasan jer ek?).



AZIE
Memang ada ikan yu yg dah disiatkan tapi my son kononnya adventerous. Dlm pada geli, dia nak lapah sendiri. I masak kari tapi nampaknya sambutan tak memberangsangkan.



JA
I dipahamkan ikan yu mmg menjadi fevret orang India; even dijual kat restoran (bukan mamak). I masak tapi I tak lalu makan. Imaginasi tersangat buas, haha..


Hal anak2.. nasib baik depa dpt emak yg very understanding (kan Ja kan?), paham akan pergolakan hormon anak2 yg baru belajar nak hidup.



MULAN
Tak tertelan ikan Yu maybe sebab renungan matanya menusuk qalbu. Mcm terdengar2 dia kata "siap kauu", haha.

Psst.. takyah babab budak tu, buat sengal tangan aje sbb dia kuyushh.. Meh babab I meh, ekekeke..