Wednesday, 2 October 2013

Tajuk hari ini 'rahsia' ...

Assalamualaikum ...

HARI nih nak cerita pasal mouse/tetikus yang dah berkecai beyond repaired so dengan ikhsan TB, dia berilah sebiji wireless mouse yang comel lote pada this infamous blogger, hihi...

Wireless mouse meh? Cakap benar, I tak pernah perasan such mouse exists. Sah, bangsa tak suka membaca (bab2 IT)!

TB pun ajar cara guna mouse tu. Kenalah ajar, manalah tau nak cucuk kat mana ada satu mende alah tu, kaan? OK fine, I dah paham. Kacang aje pon, haha..

3-4 hari berlalu so today is the day I feel like using the mouse. Menaip guna 'sensor pad' memang tak syok sebab ia menjejaskan produktiviti, cewah.

Dah buat sebagaimana TB ajar tapi curser tak keluar jugak, how? Ketuk mouse yang tak berdosa 2-3x atas meja tapi macam tu juga. At last D came to my rescue. Alhamdulillah ada anak yang cerdik sikit (sebab Umi dia cerdik banyak, hahah..).

D pegang tetikus "Miiii...kat sini ada on/off". "Muahahahahaaaa... apsal Umi tak nampak? Ekekekee... Ohhhh...yang tu abah tak ajar, no wonder Umi tak tau, harharhar...".

TB tak ajar part on/off tu mungkin dia pasti I will use my common sense but today tup2 gua manyak lemau, wa cakap lu, haha. Bila dah banyak gelak kat diri sendiri, seluruh badan terasa ringan. Gelakkan diri sendiri boleh jadi terapi juga rupanya ek? *cover line*

MALAM tadi mood membaca menyerlah sikit. Nak baca pasal 'the rat that taught a couple to love'. Macam menarik aje, tapikan tapi ....


Dah terang takyah bersuluh lagi. Dah katanya RAT, mestilah cerita pasal tikus dan tentulah rupa tikus berkenaan terpapar dalam majalah tu...

I lebih bijak atau tikus dalam majalah tu lebih bijak? hahaha.. soklan cepumas kekdahnya nih ..

So, pelan2 I selak mukasurat satu persatu (walhal dah siasat glossary page, muka surat mana yang ada cerita pasal rat bertuah tu namun terleFAs FAndang). Ada cerita pasal kegunaan buah delima .. blabla .. blabla ...

Macam2 topik yang menarik langsung terlupa misi utama untuk mencari mukasurat mana menceritakan pasal RAT supaya berjaga2 takmoh terperanjat tapi tetiba OH MAK KAUUUUU .. terus melayang buku tu I lempor! Reallylah....muka rat yang comel tu penuh satu page memandang tepat kat I.

A pause of a second sebelum I lempor majalah tu sebenarnya. Sesaat untuk I pastikan yang I tengok tu ialah tikus. Woooshhh... kering darah! Terhantok siku kat meja lagi, adoii..

Alhamdulillah dapat anak yang tak geli pada tikus dalam sebarang bentuk (tapi geli cicak dan siput), D jadi penyelamat, tolong lipatkan mukasurat berkenaan supaya I boleh terus membaca tapi pagi nih I perasan mukasurat tu tak berlipat lagi. Mesti TB yang bukak lipatan tu not knowing a mishap has happened ...

JANGAN memain kalau seseorang tu geli pada binatang. Takde depan mata pun jadi. I takde masalah pada kucing tapi cuba dekatkan kucing pada my kakak, sure dia melompat atas meja, haha.. I takde masalah dengan froggy the frog, tapi tulah kegelian utama aruah Mak. Dia pernah lompat kijang taw... kikikik..

Happy reading and have a nice day.
.

3 comments:

Kakcik said...

Teringat pada adik kakcik yang boleh terjun tangga bila dikejutkan dari tidur dengan meletakkan anak kucing di sisinya...

Ibu n Abah said...

Wah
Dahlama tak baca readers digest sejak kenal Al kisah..
Ahaks...
Betulllll....
Semua maklumat dalam RD tu ada kat AK...
Kawan sebintang dgn u (aisyah) takut lipas...

CS said...

KAKCIK
Kalau kena pada orang yg kuat melatah, habislah.. Ntah2 kejung terus..


AKAK
Macam langit dgn bumi kalau dibandingkan RD n AK. Aisyah takut lipas? I plak tak boleh tengok lipas. For sure I buru lipas tu dgn Shieldtox! Dont play2 kekdahnya..