Friday 15 November 2013

Old TV and the double D ...

Assalamualaikum ...

Seawal 6.30 pagi dah mengadap sekeping rc segera, samtum bilis dan secawan neskopi. Tak lama pastu dah lapar semula maklum makan sekeping aje, kecik plak tu. Teringat lebihan c.law dan m.potato masih ada dalam esbok so jangan membazir, harus dimunafaatkan...


SEMALAM 'untung' RM18 dari hasil jualan sokabar lama (sejengkal jari apek = RM5). Pada masa yang sama I 'merayu' pada apek sudilah kiranya dia ambik my tv lama yang gambarnya dah kelabu asap (mungkin boleh memudaratkan cornea serta iris kalau masih berdegil juga nak dera mata sendiri tak nak beli yang baru, auwww..).

Anyway, apek was quite reluctant to take the tv. Dia lebih minat pada bateri kereta atau PC terpakai. Awal lagi dia dah warning 'takde harga'. OKlah Pek, it's a deal! Malas wa nak haggel sama lu..


Tak sampai ati nak dera apek angkat sensorang tv yang berat tu so I asked D to assist. Dapatlah D upah RM5 (hasil jualan sokabar). Belen RM13 boleh beli apa ehh?? Takyah susah2 pk, selit tepi henbeg dulu. Bayangkan ia akan beranak pinak jadi RM13K. Delicious thought indeed!

FAKTA SEJARAH: TV tu dibeli 2nd hand dari kawan sebelum dia berhijrah keBirmingham. Kisah hidupnya boleh tahan colorful. Dari seorang dentist yg miliki 2 klinik tup2 'tak punyai apa2' lagi. Dari seorang doktor, tup2 kerjanya menolak pesakit disebuah hospital... *kisah hidupnya terhenti disini. Malas aar nak citer. Lainlah kalau dia nak bayar ruang iklan kat Al-kisah nih, kaaan?*.

Nota: T sedih sebab dia tak sempat nak hug n say last farewell to the tv. Hmm.. kesian juga tapi kalau tunggu lebih lama, bertambah semak mata memandang.

WAKTU paling best menaip pabila perasaan 'whadehek' muncul dalam diri, sebabnya? Hmmm...rahsia!

ENTRY sebelum nih dah janji nak sambung cerita 'double D' so janji ditepati. Gini ceritanya..

1. D for DURIAN
Kejadian berlaku semasa diRD. Sekonyong2 TB angkat tangga keluar rumah sebab dipercayai nak cuci tingkap (oh! sungguh rajin suamiku itew), rupa2nya tingkap belum dicuci, dia dah detour nun jauh kebelakang rumah.

Clap2 bila TB berjaya kutip 4 biji durian. At the same time I tergamam bila tau rupa2nya dia masuk DALAM perigi buta guna tangga solely nak kutip durian yang 4 biji tu. Ya Allah! kan bahaya tu? Manalah tau perigi tu bertanah selut ke, ada penunggu naga betina atau anakonda ke? kaan?

Isshhhh, I better kensel the thought, tak bagus pikir yang bukan2.


TB bersemangat sangat tu sebab kalau tak dicari atau dikutip masa tu, mungkin kita tak dapat merasa buahnya memandangkan lagi lama our next trip kesana. By then maybe tinggal rantingnya aje, sob3.. (early harvest dapatlah 11 biji bersaiz comel).

I tak berani nak kutip durian masa pokoknya sedang sarat berbuah menanti gugur. Too hazardous kekdahnya ditambah pulak angin bertiup agak kencang bukan sepoi2 bahasa. Lainlah kalau pakai helmet besi ke, konfiden sket..

TB n cousin melawat kawasan sebelum misi masuk perigi buta. Nasib baik TB was smartly dressed masa tu, ehem. Kotlah dia pakai kain gelombang macam sepupunya tu, kot terjadi sesuatu, camana? *dalam ati sedang bayangkan yg bukan2 tapi takut nak cakap*

2. D FOR DAUD:
Entry sebelum nih berkisah tentang D yang luka teruk, terpaksa ditinggalkan selama 6 hari diklinik.. D yang dimaksudkan tu bukanlah D yang tolong apek angkat tv tu.

Perkenalkan the other D, my beloved baby...


D (my son) beri nama omputih pada kucing tu but it is not suitable for male cat. Memandangkan masa kecik bulunya berkilat dan matanya macam bercelak maka T namakan dia Daud. Kekallah nama tu even dalam kad diklinik vet, hehe. Doktor dan pekerja2nya macam susah nak sebut nama Daud. Whatlaa...

Alhamdulillah D the cat dah 90% sembuh. Dia masih dipakaikan collar leher supaya dia tak menggaru luka dimuka yang masih belum betul2 kering.

Dengan penerangan kat atas tu maka terjawablah soalan KAKCIK dan ARTLOVER. Sweet ladies, thank you for your concern.

TILL WE MEET AGAIN insyaallah, have a nice weekend.
.

8 comments:

Bintangjauh said...

Salam CS,

Sekian lama tidak dihiburkan oleh penulisan ceria darinya CS... senyum-senyum bukan malu jadinya Ratna meskipun ada terdapat beberapa ayat yang bikin Ratna ter...malu seperti kain sarong pelikat gelombang dek ditiup angin itu !..

Ooh là là là... durian dan pokok-pokoknya begitu juga taman halaman yang kemas bersih menghijau, nyaman suasananya.

Semoga D aka Daud Kilau akan kembali pulih dari masa'alah kulitnya? Handsome & cute rupaparasnya, sayang kok jauh nun disana... kalu? mungkin berbesan kita (sambil memandang terus kearah Honey yang sedang lena boboknya)...

Salam mesra semanis madu.

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah
Sihat dah Daud yer...

Ibu n Abah said...

Derian dah selamat masuk perut ya..
Kirim salam

huda said...

blogwalking.. nice blog :)

visiting me back
hudakassim.blogspot.com

Mulan said...

kain gelombang huwa hahahaa.. sokmo suspen kalo incik suami pakai...

tadi me & aintsuperduperwoman dating & ngumpats u hahaaa...

get well soon daud..!!!

Anonymous said...

CS

You ni kan nakal lah. Nak kena babap ni.

Computer lame U tak mau jual ka?

Ahkak

CS said...


RATNA (waalaikumussalam)
Sebenarnya kita tak tau apa yang menyebabkan Daud luka luki begitu sedangkan dia duduk dalam cage aje. Dia tak keluar merayap2, jauh sekali bergaduh sama hero kampong yg sering lalu lalang depan kandangnya. Kitorang menjangkakan Daud punya luka adalah perbuatan sendiri ie self-inflicted.
BTW, Daud n Honey... bisa diatur Buk Rat, haha..


AKAK
Alhamdulillah Daud dah semakin sihat dan luka lukinya dah pun kering. Psst...semalam beli durian kat supermarket. Nak makan dengan gelojohnya buah derian dari pokok sendiri macam lambat aje.. macam slow aje, hehehe..


HUDA
Mekasih jengah. Harap bisnes awak berkembang maju!

CS said...

MULAN
Apasal suspen dengan incik suami punya KG @ kain gelombang? Adakah dia pakai KG serupa memakai kain ihram tanpa 'inner' dipakai sekali? Ooooopsy! Terbocor plak soklan cepumas nih, hehe..
p/s: Daud kata "meow grrrr" (meow=tq sbb you wish him well; grrr=angry (sbb you ngumpats Umi dia).


AHKAK
Youuuuuuuu....kemana you menghilangkan diri? Dah pindah kejajahan lain ke?
I nak beritau you 1 rahsia. I nih bukan aje nakal, in fact dah masuk fasa terejal pon, haha.
Why tanya pasal komputer lama?
Mmg ada satu tapi my doter suh simpan buat kenangan (untuk menternak habuk kekdahnya)..