Diam tak diam, dah 3 tahun I menyepikan diri dari Al-kisah. Apa aje I buat selama tu ek?
Soalannya ...
Apa rajin sangat I nih sedangkan ramai para blogger unggul dan tak berapa unggul dah lama say goodbye berblogging. Ramai dah tak kuasa atau malas nak mengarang/menaip panjang2 apa tah lagi bila munculnya Instagram (yang lagi senang dan best tu, ehem).
Kalau nak kata rajin, memang tak tapi ada juga sebabnya...
Now I am typing using a new notebook yang ada touch screen. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Dah orang pelawa, kita terimalah dengan hati yang *gusar, hahaha. So here I am welcoming the rezeki yang datang tanpa diduga. Thank you to the boss aka TB for your generosity. Keep it up!
Netbook lama yang berjasa tu masih bermastautin dalam cabinet pinggan mangkok. Since mood berblogging merundum gitu aje, nak keluarkan netbook tu dari cabinet pun rasa macam bebanan nak melipat setimbun kain baju. Can you imagine the feeling?? Cewah..
Menaip guna benda baru seolah2 macam baru dapat lesen L. Masih go slow n steady, merangkak tercari2 apa benda yang nak disentuh dan tak patut disentuh. Harus peramahkan diri kekdahnya.
Nak tanya sikit, ada ke orang terima rezeki dgn hati yang gusar?
Alamak.. bateri dah low pulak. So wattodo, I publish dululah my 1st karya for 2017 nih ok?
11 comments:
Assalamualaikum Sista.. Ramadhan Mubarak & Selamat Berpuasa.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah..
Lamaaaaaa nau x dengar ceghita.. Seronoknya bukak blog pagi2 ni nampak Blog SoMuffins dok kat atas Bloglist ie blog baru update.. Kdg selalu tanya Fa AintSuperwoman, mana lah pi sista sorang ni..
Salam Aunty CS....
I rindulah dengan celoteh aunty...teruskan je dengan berblog...Saya pun miss blog jugak #blogpundahbersawang cuma belum roboh je hihi...ntah tetiba bila saya jengah blog saya sendiri, ternampak ada update terkini daripada Aunty CS #lompatbintang hihi..
tu la kan...blogger unggul atau tak unggul la ni banyak yang menyepi...saya pun layan IG je sebab lagi cepat nak update bagai...but saya rindu zaman blog2 kegemilangan dulu...
Alahai
Lama otak akak nak berhubung bila baca 'Al kisah'...
Punyalah lama tak jumpa tajuk Al kisah
Nak bgtau
Kami kisah jika Al kisah kembali bersiaran
Adakah ini hadiah puasa tahun ini?
Puan Mulan...
Waalaikumussalam n amiin for the doa. Ehh...kita ingat nak sorok2 kebangkitan kita kat sini, tapi awak dapat hidu juga ya? Niway, mekasih tak lupa kat SOMuffins (love this name). Dah masuk 10 hari kita puasa, dah tercicir lom?
Waalaikumussalam Asilah. Mekasih lintas kat sini. Sebenarnya banyak bezanya berkarya masa dulu dan sekarang. Kalau dulu, otak nih berkerawang, ada aje benda yang nak ditulis. But now, cam seksa aje. BTW, dah mula *mengukis lom? (cookies*)
Hajah Rahmah my laling...
Kot nilah satu2nya hadiah puasa tahun nih hahahah... Now dah rasa malaslah. Rasa tangan ni berat macam kena gari aje. Apa pun, syok juga bila dapat menaip guna kesepuluh2 jari jemari nih.
assalamualaikum CS,
buka blog yang dah bersawang sekian lama..tengok-tengok ada update Al-kisah...terus teruja gitu..
How have you been? rindu giler kat CS...betullah ramai blogger dah berpindah ke IG..same goes with me.. mai lah datang my IG, nama IG sama dengan nama blog.. anyway, Selamat mengerjakan ibadah puasa CS..
assalamualaikum dan salam lebaran CS! truth be told, i missed zaman orang2 semua pakat update blog. ada je cerita tiap-tiap hari yang buat kita look forward to hearing it more the next day. hope all is well at your end. share la gambar RD (ye ke RD?) lama nau tak keep in touch...hehehe
Alhamdulillah Cik Som dah berblogging kembali. Cer belanja gambo notebook baru tu...
Assalamkum CS. Where have you been. Rindu nya. i tercari2 you sekian lama. Boleh Bagi instagram you tak.
June/Jeet/Noor Azlan.... Waalaikumussalam ladies (I assume Noor Azlan is a lady). Maaf baru terheggeh2 menyapa u olls. Timakasih sudi menjenguk puan tanah Alkisah yg bersifat lebih dahsyat dari biskut chipsmore, heheh.
.
As for Noor Azlan, I mohon maaf sbb tak perasan u siapa, mungkin dulu I lbh kenal dgn nama samaran you aje.
.
Oh yes...ekceli I baru terbukak hati nak follow IGs bloggers (yg pernah I berinteraksi)
.
Yang benar CS
Salam dari blogger baru.
Trims pencerahannya
Post a Comment