Saturday, 26 January 2013

Giliran RN pulak ...

Assalamualaikum ...

Malam semalam terjadi satu peristiwa. I pasti ia tidak terjadi secara kebetulan tapi sememangnya dah ditentukanNya namun bila ianya terjadi I lah orangnya yang tercengang terlopong mulut! Sesungguhnya  Allah permudahkan segalanya.

Mukadimah yang kononnya berbunyi so awesome cenggitu tentu ada al-kisah disebaliknya samada yang menggumbirakan atau yang menyayat hati. Dalam masa yang sama, roti nan yang gebu dan tandoori ayam panas2 dah siap terhidang depan mata. Bismillah ... chomp3..

Bukan aje I suka giler pada roti jala tapi sejak dua menjak kegilaan beralih arah pada roti nan pulak. Mengidam anak bongsu kot? har3. Nak buat RN tak susah mana, kan QJ kan? tapi pada I tetaplah susah binti malas yang amat.

Sebenarnya I teringat roti yang my Mak pernah buat dipetik dari buku resipi vintagenya. Rupa dan rasa takde beza dengan roti nan tapi nama mengikut resipi ialah roti mariam (female version of roti nan aka Adnan agaknyalah).

Minggu nih dah 3x I mengeNan dan mentandoor.. Makan tu kat lain2 kedai, usaha pencarian the best RN in town bermula kekdahnya, hehe..

RN @ Makbul

TA @ tandoori ayam @ Mydyn
Dari jauh nampak cam garang aje sipembuat RN/TA yang burly itew tapi dah hati nih meronta2 nak tangkap gambar tu maka disisihkan perasaan 1M 2S seketika. Tak sangka that burly man was so approachable. Beriya2 dia kata "boleyyy....boleyyy..".

Pada penduduk setempat, ingin I menguar2kan what's hot in town, cewah! Tak sehot roti nan tapi nak cakap hot jugaklah. Soon, Giant akan 'bukak kedai semula' ditapak lama dengan penampilan baru ie bangunan baru. Nampak macam bestt aje (sebab banyak tempat makan, yessss!).

Sedar akan ada persaingan hebat dari Giant, Mydin tak berlengah mengemas-kini kekurangan yang ada dengan membuat an overall make over. Tempat letak kereta open air dah dibina bumbung siap dengan *aircond sekali. Alhamdulillah takyahlah lagi I sapu *sun block bebila teragak keMydin tu but ehhh...sejak bila plak I mengada bersun block bagai tu? haha...*BBPJ =bacaboleh percaya jangan :-)

Tiap kali ke RD, kita kerap singgah di R&R Ayer Keroh sebab nak makan sesuatu kat situ. Tiap kali tu juga I mesti nak sebut statement yang sama bila terpandang pokok yang kat bawah nih..


Adakah pelanduk dua serupa?
atau memang benar pokok tu pokok SUKUN?

Tolong sahkan tu bukan pokok atau buah sukun yang boleh dimakan sebab kalau betul tu buah sukun, I dah bayangkan akan jadi biznez woman yang berjaya satu hari nanti, hihhihihhh....

Dah tak banyak nak merapu lagi dah and it's time to pack my baju dan barang2, nak lari dari rumah sini kerumah sana. Rindulah dengan serangga2 tu semua. Baibai...

P/S: you keep some n you lose some along the way, hmmm...what's new?
.

10 comments:

Kakcik Nur said...

Wah... Sedapnya sukun goreng atau pengat sukun.

CS said...

KAKCIK
Kat supermarket jarang nampak sukun dijual. Sukun bermusim ke? I pun suka sukun goreng tapi xpernah makan pengat sukun.

PatinPasta said...

Cik som,
Pokcik blurry tu kiranye hot chef in town la ye? Eh! Ke roti nan dia yang hot? ;D

CS said...

AIDA
Awak apa kabar? Hal ehwal semasa ada awesomekah? Roti nan yg baru dibakar memang hot, hehe.. Psst...pokcik tu bukan 'blurry' tapi 'burly' = big strong n friendly. Muscle berketol2 tu...har3..

Art Lover said...

CS..
Kalau tak silap betul lah tu, buah sukun. Adakah tiap kali singgah ke R&R nak mengutip buah sukun?
Boleh bayang kan CS menongeng nongeng
mengutip itu sukun.

CS said...

ARTLOVER
I wish I boleh buat muka selamba menonggeng sambil mengutip sukun tapi dek menjaga ketrampilan dan keanggunan diri, ahaks.. maka I berani setakat tangkap gambar aje. Kat RD ada pokok sukun tapi buahnya elek..

dina said...

itu buat sukun & pokok sukun le tu... lama tak makan sukun goreng... susah betul nak cari la ni... apa kata kaksom buat kerepek sukun raya nanti dan jual online... saya nak order...hehehe

CS said...

DINA
Tak tercapai kudrat nak buat kerepek sukun dan menjualnya online. Untuk stok hari raya, you beli aje kat AirHitam, Johor. Kat sana macam2 kerepek ada dijual.

blu4sky said...

ohh pokok sukun rupenye..kat seblh rumah makcik mr.hubs ada pokok tu tapi tak pernah nampak ada buah... iingatkan pokok liar tumbuh kat tepi parit :p

CS said...

SUE
Ntah camana I boleh kenal pokok sukun dimana jua ia berada tapi tulah pokok sukun tak pernah kenal I, sedih taw :-)
Kena find out berapa lama pokok sukun boleh berbuah, jom kita find out?