Friday, 12 April 2013

abaya n abuya tak sama ...

Abaya=jubah. Abuya=abi, ayah, abah etc. Sajalah nak bitau yang I tau makna kedua2 tu, hehehe...

I selalu bayangkan betapa stailista tak moleknya rupa diri bila berjubah tapi atas desakan dan galakan yang tak berbelah bagi maka terpaksalah akur *sambil kibar bendera putih bukan hijau, ahaks*.

Somehow cita2 jadi model dapat juga direalisasikan, haha.. (ntah bila plak cita2 tu bercambah? sumpah temberang). Bergaya pusing kiri, pusing kanan (tonggek sket) depan cermin besar memang beshhh lebih2 lagi bila dapat sokongan moral yang vavavoom dari Ndja n Teh.

So inilah yang berjaya buat cikSom perasan diri dia macam oghang aghab, ekekeke...

cukuplah satu dulu ...
Kena berhati2 juga bila pakai abaya/jubah wpun ia dikira menutup aurat. Hendaknya janganlah pakai yang ngam muat dibadan hingga nampak susuk badan. Lebih2 lagi kalau abaya/jubah dibuat dari jenis kain yang lembut mencengkam (figure hugging kekdahnya).

Anyway, kalau dah jalan2 cuci mata, tentunya jalan2 cari makan juga. If not, where got enjoys one, right? When siblings meet, there must be good food to nibble and also sosek2 (tho not amounting to nganyam ketupat sebab raya lagi lama, ahaks).

1st time makan kat Love at 1stBite. Yang dipesan semuanya sedap termasuklah the one 'on promotion', katanya ...

Pie (lupa intinya), mashed potato n pumpkin soup

Latest update on my SIL
Keadaannya masih tak berubah. Seleranya zero cuma minum air sikit2 aje. Setiap hari misi bertauliah (khas untuk bedridden patient) datang untuk menguruskannya (memang banyak membantu wpun bayarannya macam nak tepuk dahi sendiri).

Bedsorenya masih terkawal cuma bengkak dibagian tangan remains bengkak. Ngeri juga kalau tengok betul2 tapi terpaksa cekalkan hati.

Sangat berbesar hati bila dapat membantu mana yang patut dan kebetulan pulak I yang paling dekat so I will make a point to visit them daily.

Ini rupanya hikmah Allah kurniakan Bak n Mak ramai anak. Bersama dalam suka, duka, senang dan susah, alhamdulillah.
.

9 comments:

Queenie said...

cantik jubah you...

I pun kalau berjubah, perasan kejap diri ni macam mak arab yg takleh diharap! haw3...

CS..hari ni hari your SIL, kan, hari kita, kita tak tau lagi...mudah2an ngan keikhlasan you maka diri you n family dijauhi dr segala kesusahan dan kepayahan serupa kelak... insyaAllah.

Kakcik said...

Kakcik ada banyak jubah (dan banyak juga yang dah tak muat). Badan dah le beso, pakai jubah gedobos - you bayangkanlah! :)

Semoga your SIL diringankan sakitnya oleh DIA Yang Maha Pengasih.

Ibu n Abah said...

Jubah ni kan... Jika kena gayanya mmg cantik bila dipakai.. Tapi dgn i... Failed...
Anak ramai kekadang belum tentu membantu dan kekadang anak yg seorang dua itulah yg ambil berat...
( pengalaman depan mata sendiri)

ahkakbatik said...

waaa CS dh berjubah dulu kaaa.. awat tak tunggu kita sama2 insap...
moga SIL cepat sembuh yaa... ujian untuk yg hidup juga tu...

Yong Kamariah said...

CS, nti kt Madinah beli jubah byk2, cantik2 kt sana n cheaper n variety dr kt Mekah, kt mekah kita dah mmg fokus beribadah kekdahnya heee. Nti depan Baitullah mohon lah doa utk SIL, buat solat hajat kt dia in sha Allah.

Azian Elias said...

Alhamdullilah..sejak menggunakan abaya I rasa sangat sangat selesa...lebih suka hitam.

CS said...

ASSALAMUALIKUM QJ, KAKCIK, AKAK, AB, YONG & AZIAN. Maaf terlewat jawab komen disebabkan kebizian yang melanda..


QJ
Amin n thanks for the doa. Berdepan dengan dugaan sebegitu boleh menyedarkan diri bahawasanya kita saling perlu memerlu diantara satu sama lain. Psst...jubah paling simple yg I cari. Manik2, manikam2 tak sker...


KAKCIK
Amin dan mekasih mendoakan. Badan besar pakai jubah gedobos .. yaaa I cuba bayangkan nih, errrrk... hehe..


AKAK
I pun failed bila pakai jubah. Mcm ada yg tak kena aje, kesian ek? Bila kita tua dan lemah, tak taulah siapa yg akan jaga kita. Sama2lah kita berdoa agar dipermudahkan, amin.


AB
Pakai jubah tanda insap? Tak juga. I akan cepat insap kalau you beri stone pembakar pizza tu, hehe.. BTW, mekasih mendoakan my SIL.


YONG
Mekasih tolong ingatkan I buat solat hajat dan mekasih for the tips (jubah). Jangan pulak pergi 2 bag, balik jadi 4? Huwaargh... tanak, tanak..


AZIAN
Kebanyakan pempuan nampak cantik bila berjubah; hanya segelintir yg buat mata pedih menengoknya. Since pakai jubah buat you selesa, I pasti you juga mesti kelihatan cantik bila memakainya.



TERIMA KASIH PADA SEMUA ...

Art Lover said...

CS...selamat menunaikan Umrah.
Semoga dipermudahkan dan diberkati oleh nya segala urusan disana.

CS said...

ARTLOVER
Maaf terlewat jawab komen...

Terima kasih.. alhamdulillah dipermudahkan urusan semasa disana albeit satu dua dugaan kecil :-)