Wednesday, 10 April 2013

Yang penting? kerjasama ...

Semakin dekat harinya semakin cemas pulak rasa dihati. Ia adalah satu jihad untuk diri sendiri maka untuk menyempurnakannya bukan perkara mudah dan jangan sekali2 dianggap mudah. Adakah dah betul2 bersedia? Semoga dipermudahkan segala usaha dan beroleh kemenangan, insyaallah.

Sajian pagi hari ialah murtabak dan kek mentega. Klas tak pepagi makan kek? ekekeke.... Pagi nih not in the mood to drink my usual 3in1 neskopi tapi terasa nak minum teh susu tak tarik. Guna susu segar dan 2 sachet gula (nak bubuh 3 tapi terasa macam ada mata yang memandang).

Jap lagi Ndja n Teh will pick me and we shall JJCM x 2 (the other one being jalan2 cuci mata). We are in fact looking for some things at TmnTun (but of all the places why must it be there. a place I have been banned from entering.) Hmm..jaaa-atlah sifolan tu.

Before JJCMx2 we need to visit a cancer patient first. She is none other than my SIL. Hospital dah suruh balik so apakah maknanya tu?? Nak balik kebachelor pad anaknya memang tak sesuai disebabkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Since Ndja ada spare istana hinggap yang masih kosong maka disana ajelah dibawak my SIL tu. Lepas seminggu rumah tu dibersihkan dan dipenuhkan dengan perkakas2 asas (katil, tilam, esbok, mesin basuh etc etc), barulah semalam my SIL ditempatkan kesitu.

My SIL dalam keadaan sangat uzur berbaring aje tak boleh bergerak2 dengan sesuka hati sementelah sebelah tangannya dah membengkak ditambah pulak dengan bedsore. Semalam bila dialihkan dia dari tilam ambulan ketilam dirumah, dia mengadoi kesakitan non stop. Belas sungguh..

Alhamdulillah ramai yang membantu.. 2 orang dari ambulan, anaknya dan juga D sementara my abang masih belum tiba sebab tersesat (wpun berkonvoi dengan ambulan).

Mahal juga bayaran menyewa sebuah ambulan. Lebih2 lagi bila on stand by. All in all RM900. Tu belum lagi sewa oxygen tank yang guna letrik tu. Sesungguhnya my nephew terperanjat beruk bila dengar sewanya RM1500 sebulan. My abang juga menyangka sewanya hanya RM150 sebulan.

Sigh... I dengar aje dari dapur akan penjelasan pekerja ambulan yang bertugas pada my anak sedara. I tengok dia dah garuk2 kepala dengan wajah gelabah. Kesian kan? Yalah tup2 kena bayar sekali gus RM2400. Unprepared kekdahnya..

At last sampai juga by abang bila D songsongnya dari my rumah. Tiba aje dia I pun berbincang. Berbincang tu selepas I korek2 handbag harapan yang agak lunyai tu, hehe.. I thot tak cukup tapi alhamdulillah sangat2. Gitulah peranan bank bergerak. Duit yang ada tu bukan semuanya duit I pun. Terpaksa guna duit T, duit D yang diorang mintak I simpankan + duit kolagen emergency cikSom, auwww...

Bercerita tentang duit bukan dengan niat bermegah atau riak. I am glad D was around, biar dia belajar erti bersaudara bahawasanya kita saling membantu diantara satu sama lain. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Masa sibuk2 semalam, sempat juga I buat lapuran selari pada Teh n Ndja. Tulah pagi nih perlu kita ziarah my SIL dulu sebelum kita mengkayakan ekonomi negara yang tercinter nihhh..

Boring kalau entry takde gambar, kaan? So I titipkan gambar my pokok kari yang I really thot dah pergi tak kembali TUP2 dia hidup ceria mewarnai hidupku semula, yeeehaaa... (alhamdulillah)

Cayang dia...
Cekeding aje batangnya tapi tulah kalau dah kehendak Allah dan tak mustahil juga my SIL boleh kembali sihat seperti sebelumnya.
.

10 comments:

mokjadeandell said...

I cried when similar incident happened to my children...tanda kasih sayang adik beradik.My youngest cerita kat abang yang dia nak pi rawatan...tanpa diminta abang masukkan duit dalam account walhal abang pun bukan senang mana.
Penting kita tanamkan sifat tolong,berkorban dlm adik beradik so bila kita dah tak ada,depa masih ada each other.
Semoga SIL Cs tabah menjalani dugaan ini.Juga CS sekeluarga.

Kakcik said...

Masa arwah bapa kakcik sakit dan dirawat dulu, memang bukan sedikit wang yang diperlukan. Alhamdulillah, adik beradik kakcik saling bantu membantu.

Ibu n Abah said...

Alhamdulillah
SIL punya adik2 ipar yg ada saat diperlukan...
Daun kari tu cukup utk masak kari seperiuk... Mintak sikit boleh?

Queenie said...

Alhamdulillah...
kalau semuanya bersatu, yg berat akan jadi ringan...

harap2 D tak menyalahgunakan bersatu kita teguh, bercerai, kita *** lagi hihihi...

guwau jer tuh tau!

Haliza Ghazalli said...

Assalam CS
Bukan u je sorang yg cemas...disini juga cemas. Mintak2 everything will turns out good for everyone...saperti sedia ada!!

Sorry to hear bout ur SIL. Moga Allah meringankan penderitaan nya...
Masa nilah adik beradik should play their part utk membantu....

bintangjauh said...

Salam CS,

semoga kepayahan tersebut tidak terbawa-bawa semasa CS disana nanti... bekalkan semangat nan teguh dan berdoa untuknya semoga segalanya akan dipermudahkan, Insya'Allah...

Pabila disaat memerlukan yaitu bantu membantu sesama kedua pehak keluarga bahawasanya wangringgit itu menjadi sedekah bagi meringankan bebanannya sebagai berkongsi memikul tanggungjawab nan ikhlas...

Salam mesra semanis madu.


Art Lover said...

CS..
Sikap bertoleransi antara adik beradik semasa susah adalah sikap yg sangat penting. Semasa my husband sakit, bukan sahaja adik beradik yg mengambil berat malah orang yg tak ada talian darah seperti kawan2 pun turut sama berada bersama kami..Alhamdullillah.

CS said...

MAMASON
Terima kasih. Sokongan padu dan doa dari adik beradik dan mereka yg mengambil kisah memang besar ertinya pada orang yg sedang diduga. Insyaallah dugaan akan dihadapi dengan sabar bersama. Diharap telah berlalu dugaan yg dihadapi oleh your youngest, insyaallah.


KAKCIK
Begitulah hendaknya saling bantu membantu diantara satu sama lain. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..

CS said...

AKAK
Alhamdulillah dan insyaallah kami sedia membantu SIL setakat mampu samada in kinds or in deeds. BTW daun kari tu masih manis darahnya. Sensitip to the touch :-)


QJ
Orang kita selalu kata "nih hari awak, hari kita belum tau lagi" so bantulah yg termampu.
Nanti I tanya pada D samada dia paham erti BKTBKRoboh, k? Dia tu kadang2 lebih ting tong dari Mr Bean :-)


HALIZA (wkumsalam)
Thanks for the doa. Sedaya upaya kita akan membantu my SIL tu supaya dia berada dlm keadaan selesa setiap masa, insyaallah.

CS said...



RATNA (wkumsalam)
Amin n terimakasih for the doa. Diharap keadaan disini 'tenang & terkawal' sehingga kembalinya kami semua kesini semula, insyaallah.


ARTLOVER
I couldnt agree more. Tersangat tepat. Tulah juga kata2 aruah my parents mintak kami sentiasa bermufakat adikberadik. Allah sentiasa memberi kita rezeki yang berbagai rupa, alhamdulillah.