Friday, 27 September 2013

Telur,ayam,drama,tetikus...

Assalamualaikum ...

Telur, bawang n cili hijau
Tu gambar breakfast hari Khamis. Pagi tadi makan seketul drumstick aje. Memang tak kenyang tapi tu aje yang ada. Oleh kerana rasanya yummy (puji jgn tak puji) maka I beralah pada diri sendiri. Baiknya I? haha..

I know I have eaten something before I had that drumstick but what is it? PK punya PK, nasib baik ingat, camanalah boleh tak perasan I dah makan roti dengan sambal tumis sebelum tu? Patutlah perut I steady aje, tak merintih2 ..

Haaa.. apa hal dengan 2 biji telur nih?


Patut ke diorang letak telur yang berlainan saiz dalam satu bekas? Patut ke? memang tak patut. Dalam perasan tak perasan, I baru dikejutkan dengan realiti iaitu harga telur memang dah naik. Cam nih, I nak bela ayamlah! Ayam yang kerjanya semedang keluarkan telur and nothing else.

Soalan cepumas petang Jumaat berbunyi: Thigh ialah peha, kalau drumstick? Orang Melayu sebut apa ekk?

SEMALAM I tengok drama Melayu yang I rekod dah agak berzaman. Thot of deleting it tapi bila tengok heroin lawa yang dipaksa kawin oleh mak tiri, terpaksalah I lekatkan punggung erat2 atas kerusi, hehe..

Rupa mak tiri pada heroin lawa ...


OK, I mengaku. I bukannya nak tengok sangat drama tu, I cuma suka nak tengok apa jadi pada Mrs Kalsom yang eksyen aka timing sangat tu. Dapat pembalasan setiimpal ke tak? Hehe... sadis jugak I nih ye?

Macam2 kerja jahat yang Mrs Kalsom dah buat hanya kerana dendam pada emak sianak tiri. Malas pulak nak elaborate tapi kelakarlah juga bila mak tiri suruh anak tiri panggil dia aunty (bila dirumah) dan Puan Kalsom bila diofis (kebetulan anak tiri mintak kerja kat ofis mak tiri).

OK, I mengaku sekali lagi. Sebenarnya I tak suka nama Kalsom digunakan untuk watak jahat dan sejenis dengannya. Sedangkan dunia tau nama Kalsom atau Kalthom adalah nama salah soranganakanda Nabi Muhammad saw tapi untuk watak yang baik2, takper, I skerr..hehe..

TU JUGA mungkin sebabnya peninju dunia Muhammad Ali aka Cassius Clay tak benarkan namanya terpampang didada sidewalk Hollywood's Walk of Fame kerana tanda hormat pada dirinya, lebih2 lagi pada nama Muhammad tu sendiri. Bayangkan kalau sejuta manusia memijak2 petak 'bintang' yang dilekatkan dilantai yang pada mulanya dianugerahkan tanda penghormatan, tapi sebenarnya??

Takde pulak hitam putih dia mengaku buat begitu kerana nama Muhammad ialah nama Nabi kita tapi common sense akan berkata demikian. Wallahualam.

INNALILLAH ... tak semena2 my tetikus jatuh kelantai terus berkecai. Tak tau camana nak cantumkan semula. Harus beli baru nih? hehehe... it's about time, yeayy...
.
.

9 comments:

Kakcik said...

Sekali you bercerita, macam2 kisah ada...:)

CS said...

KAKCIK
Tu kira baru warm-up aje... Kalau blogspot.com tak buat hal, mungkin sampai esok pagi I masih menaip lagi, haha... namun I peramah kat Al-kisah jer ;-)

Ibu n Abah said...

If the tikus jatuh dalam beras
Sure the tikus selamat
Beras jer berderai n bersepah2....
Ekceli u citer pasal apa ek?

CS said...

AKAK
Ekceli I citer pasal 'mouse' tapi mouse yg nih tak buat I melompat atas kerusi.

Rima said...

i miss this space.. miss u CS!

CS said...

RIMA
Really? I'm touched. Miss u too...

azieazah said...

SOM oh Kalsom? Mujur tak dipanggil COM then disedapkan menjadi COMBI. Hahahaha

rindu awak!

CS said...

AA
Hanya mereka yg terdekat aje boleh panggil kita Com/Combi.

Awak rindu kita? Kalau rindu nape tak bawak tat nenas atau pulut kuning dgn rendang??? heheh...

Anonymous said...

amazing, tersangat serupa strategi nak elak tengok gambar eeee gelinya! tu la kadang terlepas juga, memang terpekik dan terhumban terus suratkhabar. betul la mujur ahli rumah lain dapat membantu dan fold the page. i happy sangat jumpa sister seperangai. my family dnt believe that i m not alone! mesti suruh datang sini read and believe.

mela