Wednesday 11 December 2013

11.12.13 ...

Assalamualaikum ...

Lama tak keudara waktu malam tapi pada malam bertuah nih terpaksa cekalkan hati dan menongkat kelopak mata wpun mata dah terasa kelat2 buah kepayang. Yawnn!!

Tak sangka dah 20 tahun I 'jual anggur'. Pilihan menjual anggur aka berhenti kerja bukan mudah dibuat sebab dah terbiasa pegang duit sendiri but the thought of staying at home goyang2 kaki lebih mengancam. Tup2 pada hari Jumaat yang mulia, terasa I had enough of working life. End of Dec 1993, bye2 ai-bee-em!

11 Disember dalam kenangan dimana satu Malaysia (dunia juga kot?) dikejutkan dengan berita sedih runtuhnya H.Tower. Hingga kini kesedihannya masih terasa terutama pada keluarga mangsa terdekat.

11 Disember 2013 merupakan 'wedding of the year' untuk siapa lagi kalau bukan you-know-who. Semalam hari berinainya, kebetulan pulak my adik dan isteri dijemput sama. Dapatlah secebis dua lapuran selari dari sana, hehe..

11 Disember juga merupakan hari paling gumbira untuk rakan blogger yang dikasihi kerana beliau baru jer dapat gelaran TokMi Cun. Bila menatap 2 'keping' gambar cucu sulungnya, I pulak terasa nak nangis. Sebak ok?

Alhamdulillah semuanya selamat. Mekasih TokMi Cun sebab sudi berkongsi kegumbiraan dengan WanThom (cun jugaklah sikit, haha..).

SERONOK ya dapat cucu?

T pernah tanya tak teringin ke I nak timang cucu? Camana nak jawab soalan tak berapa cepumas tu? Nak dapat cucu dari siapa? Dari D? Belum nampak bayangnya, masih kabur lagi. Dari T? lagilah kabur dan berkabus, hehe. Apa pun, rezeki yang tu I tak nak fikirkan. Segalanya dah tertulis 'disana'. Come what may kekdahnya.

Sebenarnya T yang teringin sangat nak dapat anak sedara. Peer pressure ler tu sebab kawan2nya dah ada anak sedara dan sorang dua dah ada anak sendiri ponn...

SEKARANG dah past midnite. Mata pun dah pedih tapi tetap tak nak mengaku kalah.

HARI nih SELANGOR cuti kerana menyambut keputeraan sultannya so ia bermakna KL akan penuh sesak kerana ramai akan ambik peluang membeli belah keperluan anak2 untuk tahun baru persekolahan. Tak dinafikan kaum perempuan mesti teruja beli sepotong dua kain ela memandangkan diskaun menjunam rock bottom digedung tekstil Jakel.

Waah.. camana I tau kain ela ada diskaun menjunam rock bottom? Tau pun secara tak sengaja. Tulah hari Jumaat baru2 nih, semangat menyoping kain ela tetiba bersemarak. Tak boleh berlengah lagi, ditakuti tailor tak terima jika dihantar suntuk waktu.

I need my own sweet time to shop so I went there alone. Bangla yang jual parking ticket tolong goreskan apa yang patut digores. Hamboi manjanya I? Macam tak reti buat sendiri pulak?

Hehe.. tak baik jeles..

2 jam = 2 keping tiket = RM1.20. Bila dah bayar baru perasan harga sekeping tiket 40sen so 2 keping baru 80sen. Mana perginya 40sen lagi tu? I doubt harga tiket dah naik! Salah ke kalau I kata ada penyelewengan?

MASUK aje kedai kain, I disambut mesra oleh anak pak Ajis, berbaju Melayu lagi, auwww. Selalu ke bila pegi syoping kita disambut oleh selebriti dengan senyuman semanis halwa tu? haha...

I belok kanan, dia ada. Belok kiri dia ada. Naik tingkat atas pun dia ikut, ishhh.. penatlah nak melayan senyuman dia so I sort of warn himlah "excuse me, boleh tak you let me shop in peace? You takyah ikut I, I rimas taw". Kesian tengok dia terkebil2 macam blur bila dengar I kata gitu.

CUKUPlah I berdrama sebabak-dua kat atas tu ya? Untuk pembaca yang kurang paham, sukacita diberi paham bahawa anak Pak Ajis yg dimaksudkan cuma berbentuk 'patong' aje.

Berkat bersyoping dengan hemah dan terlanjur diskaun menjunam, I pun hangkut berela2 kain yang berbagai corak dan warna yang agak subdued. 4 helai untuk baju kurung dan 3 helai untuk dibuat blouse. Kalau tak kerana jemputan beberapa majlis kawin bulan nih dan bulan depan, takdelah I nak buat yang baru tapi dah terbuat tu, come hari raya tak payahlah buat lagi. Can shake legs oredi..

ALMOST 2am. Masa dah tiba untuk gentel bucu bantal. Yawnnn *sambil katop mulut*
.

2 comments:

azieazah said...

Pertama, I rindu U, SOM! Ahaks!

Kedua, I terlupa pasal Highland Tower collapsed tuh. Sungguh lupa. Thanks mengimbas kembali.

Third, I tau U sekarang main main kat area Jakel Seksyen 2 jer kan?

Hmmm macam I pun tingin nak dating dgn Aaron Ajis jugak!

CS said...

AZIE
Betul ke rindu kat kita? Pls buktikan... (buktikan dgn sebekas tat nenas...'tak nak cakap ahaks').
Since KL tu jauh sangat maka terpaksalah I cari tempat bermain yg dekat2 aje. Paling mustahak mesti reti jln menuju ketempat bermain.
Pergilah cepat ke Sec 2 tu, Aaron mmg dah lama menunggu you...