Wednesday, 18 December 2013

Tak nak cakap banyak ...

Assalamualaikum ...

Hari nih nak cakap sikit2 aje tapi kalau terlebih cakap, jangan salahkan I. I teruja sebab dakwat kibod tak naik harga, heeheehee...

Satu hari I terima image lauk yang dia makan kat markas. Dia cemas dan takut sayur yang dimakannya beracun sebab daunnya warna merah. Kesian ada, nak gelakkan dia pun ada. Katanya (nak blame kitalah tu..) "seumur hidup, Umi tak pernah bitau pun ada bayam warna merah".

Gambar bayam merah tu I curi2 snap kat Mydin JaSaint.

Kalau sayur bayam (hijau), dia mesti makan daun dan batangnya. Sawi dan kangkong? Nehi batang, makan daunnya aje.

Masakan kegemaran: nenas/labu masak lemak, sayur bayam dan kobis masak lemak putih. Baru2 nih dia tanya "bayam boleh masak lemak tak?". Dah tentu boleh (tapi tak pernah masak), maka tulah yang dia mintak I masakkan.

Bayam merah mmg tersangat jarang dibeli dan dia pun tak teringin nak memakannya lagi.

Sekian.

P/S: 4pm baru nak masuk dapur. Kita nak masak kari dag. Cukuplah 1 lauk aje.
.

18 comments:

Amie said...

Banyak khasiat bayam merah ni.... bonda saya kata elok untuk tambah darah bila hirup kuahnya (masak bening @ sup), wallahua'lam...

CS said...

AMIE
Terima kasih singgah kesini...
Pernah juga dengar bayam merah lbh berkhasiat dari bayam hijau. Wallahualam juga.

t.a.t.a said...

Kak, end up masak apa semalam?


p.s: Aku punya komen pun sekontot juga, macam entry akak. Hahaha.

t.a.t.a said...

Kak Amie, masak bening? Akak Jawa ye? Hehehe.

CS said...

t.a.t.a.
Janji ditepati kekdahnya so I really kuk 1 lauk ie kari daging (dan goreng ikan masin kurau hehe..). For dinner I tambah ikan selar goreng, ayam goreng dan celur kangkong cicah sambal mabeles..
Breakfast tadi makan jemput2 cicah kari daging. Lunch nanti kalau rajin nak buat roti jala. Memunafaatkan kari daging to the max! Bijak tak?

p/s: Orang Sepanyol pun masak 'bening' juga taw
:-)

t.a.t.a said...

Memang bijak. Berapa ekor lembu tumbang kak? Berulang² makan kari daging?

CS said...

t.a.ta.
Tuan lembu tak anta repot berapa ekor dah ditumbangkan.. I cuma dpt 300gm, semua dikarikan. Yg memakannya 2 org aje, tu sbb nampak mcm berlebihan aje..

azieazah said...

Compare bayam merah dan hijau, I lebih suka bayam hijau. MyToklaki pandai masak sendiri bayam hijau ni. Masak rebus rebus jer. Sedap hirup!

t.a.t.a said...

kak azie, dulu masa duduk asrama kan kalau sayur bayam, mesti terasa ia punya pasir di dasar tray itu. depa tak cuci habis bersih. ye la, volume yang banyak kan?

tapi masak air memang sedap aa. ngencis dah ni.

CS said...

AA n t.a.t.a
Jom kita tanam bayam hijau. Organic punya...

Ibu n Abah said...

Kanda
Bayam merah
Faberet kami anak
Beranak...
Kuah merah rasa sweet sangat

CS said...

AKAK @ dinda
Tak sangka you anak beranak peminat tegar BM. I ok aje dgn BM cuma sangat jarang membelinya. BH pun jarang gak beli.......ada sebabnya....auww..

Art Lover said...

CS..
I suker bayam hijau..makan as salad pun ok.

CS said...

ARTLOVER
I pun suka bayam samada masak air, masak lemak atau rebus cicah dgn sambal tapi tak pernah pulak buat salad. Me so jakun one, hehe...

m.u.l.a.n said...

suka bayam sbbnak kuat mcm popeye..!! tp kids ni buat seposen je sbb x suka sayor... eeyyy gerramm..

CS said...

MULAN
Samalah kita... I makan bayam sbb nak jadi macam Popeye juga, kuat dan bertenaga, hehe...
Sayang dan rugi kalau kita tak dapat menikmati betapa beshhhhnya makan sayur2an ek?

p/s: Nape dah lama tak update blog? Nak ikut mcm ticher Fa ke?

G'Zain said...

Salam Cik Som
Lama tak dengo cite wa rindu banget sama lu..I am now back hopefully can be active again. After all the tingy things happens..Wa rindu gak nak makan bayam tetiba lu blog memang macam ada telepati..

CS said...

GEE waalaikumussalam..
Where have you been? Masih kerja kat tempat sama ke? I am here at Al-kisah wpun tak kerap update. I hope everything is ok with your life (job n family).