Monday, 2 December 2013

Poda, durian, event, samlumat ...

Assalamualaikum ...

Hujan menitis2 dari pagi, sejuk kekdahnya tapi jangan sangka I belum mandi lagi, OK? As always tiap kali lepas mandi I tak reti berbedak. Dah lama sangat I tak beli bedak talkum tak kiralah untuk tepung gomakkan bagian muka atau sebagai pewangi kat you-know-where, hehe..

Bila keluar rumah (atau kalau nak look manis depan suami bila kat rumah), I touch up sket bedak kompak kemuka. Mungkin dah jadi kebiasaan guna bedak kompak masa bekerja dulu maka tak berapa suka nak guna 'poda'.

Bedak talkum kitorang sebut 'poda' so naturally I ajar D&T sebutan sama. Ada orang dari kampong komen "bunyi macam kampong aje" bila D beritau tentang sebutan poda; walhal orang tu yang sah berasal dari kampong menyebut bedak. So, apa yang kampongnya dengan perkataan 'poda'? Dia tak tau 'poda' punyai sejarah tersendiri.

Zaman D n T masih baby, I guna bedak baby Johnson's (apply nipis kemuka) tapi bila diorang dah toddler, I stop aktiviti membedak. Stemet sikit, haha.. Ekceli tugas tu dah diambik alih oleh Chik n Ndja. Dua orang nih tak beringat bila melumur bedak kemuka D & T dan budak berdua nih macam pasrah aje. Maklum belum 'vainpot' lagi.

Apasal I cerita pasal poda, bedak bagai nih? Sebenarnya nak cerita hal lain tapi saja nak pesongkan rasa sakit hati sebab tak boleh load gambar, terkesima mengimbau kenangan lama pulak..

THE PAST 2 WEEKS have been quite busy..
Apasal nak cakap omputih walhal bukan tak reti cakap Melayu? Suka ati sayalah.. dah saya reti dan faham dwi bahasa wpun masih goyang, haha.. Kalau reti cakap Cina, Arab atau Tamil, for sure akan diselitkan sekali kat sini. Nak dengar saya cakap Jawa?

OK come closer... ikan = iwak; telur = endog; lanang = lelaki; kesuwon = tq; nang dhi, nang kono, nang kene = dimana, disana, disini (agaknyalah...har3).

SEBAB musabab yang dikatakan busy (sesekali busy rasa macam nak pengsan).
1. 2 minggu berturut2 berulang-alik ke RD, 'lulian' punya pasal
2. keluar masuk shopping mall dengan 1 misi
3. projek sambal lumat

3 aje pun, haha..

1. November yg bersejarah sebab personally berjaya pungut 4 biji durian yg baru aje gugur. Credit harus diberi pada 5 ekor tupai for their effort, secara tak langsung cooperate menggugurkan durian2 tu.

Seberapa pantas yang boleh dikutip 4 biji tu. Sumpah I panik, ngeri sebenarnya. Asyik bayangkan kot ada peluru berduri pilih untuk jatuh pada saat I terbongkok2 mengutip. TB tak tau aktiviti solo I pagi tu sebab dia masih dibuai mimpi. Apa pun, perasaan bangga menguasai diri sebab berjaya melawan 'fobia' yang sendiri ada2kan.

2. 27/11 ada event yang dikendalikan oleh my BFF. 3 bulan sebelum event, I dipelawa bekerja dengannya untuk menguruskan hal admin (dapat gaji lagi) tapi I tolak sebab keadaan tak mengizinkan tapi kali nih dia mengharap I dapat luangkan masa beberapa jam menjaga registration booth. Kawan punya pasal kekdahnya, I setuju (walhal hari tu dah rancang keRD).

Dua hari sebelum event barulah diberitau tentang 'formal attire' yang harus dipakai. Atas hitam bawah putih atau bawah hitam atas putih.. persis taik cicak, haha.. Tapi tulah kalau dah pempuan, pakaian yang tersedia ada macam tak sesuai maka bermulalah pencarian pants hitam/putih dari satu kedai kesatu kedai. At last dua2 warna I beli, ya ampun! dan ssshhhhh sempat hambat satu tudung (tapi tak dipakai pun).

Hari melaram pants baru yang dinanti2kan pun tiba. 2 beranak bergegas kehotel pepagi hari. I suka kalau ada event kat hotel, sejuk sikit tiak, hehe.

6 registration booths siap diatur yang dikendalikan oleh 12 staff termasuklah I berdua. Best jugaklah sekali sekala buat kerja cenggitu.. terkonang2 den akan zaman kegemilangan masa bekerja dulu, haha.. (gemilanganlah sangat!).

Kendalikan peserta2 mendaftar, memaklumkan itu ini blablabla terasa letih juga. I berbisik kat my BFF "jaga nih aje boleh tahan berbuih2 mulut I" ... heheheee *gelak comel katup mulut*

Selesai segala kerja, agak2 time nak balik kita dihulur satu sampul surat putih. Alhamdulillah rezeki!

3. Dah 2x buatkan T sambal kering ikan bilis sebagai bekalan masa dia hibernate jadi beruang jadian. Cukuplah asyik makan sambal aje so untuk minggu akhir dia jadi beruang jadian, I buatkan sambal lumat daging.

Mencarek2 daging wpun dah direbus empok bukanlah kerja menyeronokkan tapi lagi epic ketidak seronokkannya tatkala menggoreng bahan hingga kering molek.

Kebetulan ada orang beri sepeket sambal lumat Ganu masa keRD baru2 nih. I pun berwhatsapp text/pic dengan T semalam.

Me: beza warna sambal lumat beli n buat sendiri (hambar in looks/taste) BUT I wld say mine has better texture as it is flossy, kankankan?
T: yes.. masa T makan pun T takjub camne dagingnya Umi boleh buat jd flossy.

TAKJUB katanya?? Patutkah I rasa bangga dengan pujian sebegitu rupa??

Fakta: Hambar in looks/taste sebab cili yang diBO sendiri tu tersangat pedas maka bubuh seperihal aje dan bahan2 lain yang digunakan pun macam lokek2 gitu, huhu.. Rasanya tak mengeciwakan tapi tak sepower masa buat pertama kali dulu.

KEMARKAS T semalam serupa emak siTanggang (sama initial pulak, hehe) membawak bekal makanan kesukaan anaknya. Antara yang dibawak ialah serawa durian, pulut, fresh durian dan masak lemak kobis.

T: Next time tolonglah jot down recipe. Mi bandung, mi rebus, laksa johor, kubis lemak, nenas lemak, serawa. Ni essential dishes la kira.
Me: To jot down recipes? hadoiiii malasnya...
T: Kenalaa..wajib T warisi recipe Umi. Nanti kalau recipe org lain tak sama. From today onwards umi nak masak those dishes, jangan lupa to jot down the recipe from scratch
Me: Umi ikut universal recipe. Semua orang guna bahan/cara yang sama. Refer tenet aje kan senang?

BERCERITA panjang2 pun bukan orang nak baca TAPI keseronokkan menaip dan meluahkan apa yang patut dan tak patut, the feeling is just vanderrful...
.

14 comments:

blu4sky said...

salam CS dear,

phewit... itam putih kehidupan gitu...

durian fresh...wahh dapat banyangkan keenakkannya...
after makan durian fresh masa kat kg mr.hubs dulu..tekak ni terus tak nak makan durian yang jual kat market.. memilih...
even musang king kah..apakah.. tak dapat tanding rasa durian fresh jatuh dari pokok...

CS said...

SUE (waalaikumusalam)
Hugs..
Itam putih kehidupan macam lagu Sheila M ek? Ekceli it was my 1st time wearing white pants. Tak berapa suka sbb cepat nampak kotor (kenot wear many times, haha.. pecah rahsia).
Juga it was my 1st time berseronok2 tengok durian bergantong2an kat pokok dan nampak depan mata ia gugur kebumi "thud...thud". Bliss, alhamdulillah.

t.a.t.a said...

setiap kali tengok durian memang kitorang akan ingat cerita ini.

masa kami kecil keliling rumah memang penuh pokok durian. kalau musim durian memang tak berhenti kutip durian. rasa macam duduk kat dusun pulak. hahahaha.

tapi bila dah besar pokok durian pun satu-satu ditebang. either mati sebab penyakit or mati ditebang sebab takut menghempap rumah.

ok back to the story. masa tengah musim ada satu pokok yang agak rendang. ada satu particular buah di hujung dahan. buah tu tengah ranum la.

datang kakak saya dia pi hidu buah durian tu guna hidung. literally hidung dia memang kena pada durian itu. nak dijadikan cerita, tengah dia dok sedap menghidu durian, durian itu tertanggal dari dahan nya, lalu...?

lalu menghempap hidung kakak saya. hahahaha. memang luka la. tapi alhamdulillah dah besar bangka ni dah totall hilang scar tu.

abang saya pulak durian dari pokok tinggi jatuh kena tangan dia. akak imagine ya buah durian itu meleret dari bahu ke bawah. memang nampak la macam kena toreh tangan dia sepanjang bahu ke bawah.

hahaha. pun dah hilang scar nya.

t.a.t.a said...

kak, panjang tak komen gue? hahahaha. keseronokan menaip dan bercerita kisah lama. huhuhu.

kak ja said...

saper cakap u tulis pjg2 tak de org nak baca?

chek baca taaawwww??

CS said...

t.a.t.a.
Assalam.. maaf lewat jwb komen. Personally I think you nih memang sangat peramah. Why I said so? Yaalah..kita hanya bergesel bahu kat 'rumah AA' tapi you took the trouble menjejak I kesini. Mekasih diucapkan.

Malang tak berbau so mmg afdal pokok2 durian tu ditebang. Kita tak nak dengar awak menyuap durian kat spital dengan badan berbalut2 dek hempapan durian durjana :-)

Pssst... macam panjang jer? macam seronok jer komen panjang2? haha.... I like! Paham akan perasaan seronok bila korek cerita lama ditambah pulak kalau boleh menaip 50wpm sambil tutup mata, tul tak?

CS said...

JA
I tau you baca bila you kimeng tapi kalau you tak kimeng I anggap you tak baca. Sesuai tak anggapan debaboom I nih?

BTW, ente dah bersiram lum? Ana baru nak lucutkan ba.... oooooops!

t.a.t.a said...

50wpm? wah terror akak? sampai boleh pejam mata? ini mesti pejam sebab tengah gelak. kan? hahaha. cam saya tengah buat la ni. sambil taip sambil terkekek-kekek.

hahaha

CS said...

t.a.t.a.
Bab 50wpm tu, I saja acah buat penyedap cerita tapi bab pejam mata sambil menaip, tu mmg fakta yg tak dpt disangkal lagi. Mcm terer aje, mcm riak aje? hahaha...

t.a.t.a said...

tak baik riak. hahaha

CS said...

t.a.t.a.
Oooops! I nak taip 'kari' sebenarnya laaa...

t.a.t.a said...

hahahaha.. lawok la mu ni kak.

Khuraisah mohd nasir said...

Assalammualaikum,

Lama dah tak menyinggang. Cerita masih [anjang-panjang macam biasa.

BTW, resepi, walaupun boleh refer kat Internet, air tangan mak sentiasa istemewa. ;)

CS said...

t.a.t.a.
Kalau I masuk Maharaja Lawak, you jgn lupa mengundi I ok??



KMN @ CikSom II (waalaikumussalam)
I tau you bertambah sibuk sekarang. I yang duduk rumah nih pun mcm takde masa nak berkarya. Sekali2 berkarya biar berbaloi.

Betul you cakap. Air tangan emak memang terbaik wpun hanya memasak lempeng atau jejemput.