Wednesday, 9 April 2014

From purple to lebam! ...

Assalamualaikum ...

Hari nih busy sikit sebab ada AIR (tapi tetap nak menyengeh juga). Buat kerja rumah yang ada kaitan dengan air; kalau hari biasa takde catuan air, jawabnya adalah 'jom procrastinate'.

Al-kisah ...
Geram bila tengok orang2 Korea merebus keledek dan memakannya panas2, so dari geram terus teringin. Bila dah teringin kenalah cari sendiri; lainlah kalau tengah mengidam anak sulung, dah tentu I paksa bapak budak carikan hingga keKorea Timur, haha..

Mencari keledek purple keMydin sensorang. Kira ngidam jugalah nih sebab nak yg purple juga. Memang nasib baik sebab yang purple aje yang ada (keledek Jepun bukan Korea mari).


Google: white flesh, purple skin
Verdict: manis dan empuk (chewy sikit). Part chewy tu yang beshh...

Macam tak puas makan yang tu so dibeli lagi yang purple juga. Dah seminggu keledek duduk diam membisu dalam basket. Kalau biarkan aje sure bercambah akarnya nanti. I memang famous bab2 menyimpan 'hasil tanaman' sampai berakar umbi, haha..

Last weekend masa ke RD, keledek tu dihangkut sekali. Say no to pembaziran, cewah.

Masa keledek direbus, air rebusannya jadi tersangat purple. Patutlah pun sebab isinya juga warna purple. Waaah...terkesima kita!

Google: inside out purple

Bila dah tengok isi keledek warna purple, niat nak makan begitu aje bertukar serta merta. Yesss... gitulah kalau mood rajin dah mai..


Memang jarang buat kueh keria sebab tak reti nak menyira dengan jaya. Bila masa nak menyira tu, my lil brother yang ajar cara2nya, haha..

Pastu Ndja menyelah "macam tebal ek?" lalu dijawab "tak kuasalaa nak gentel banyak2. Nak goreng lagi so tulah jadinya".

Dengan keringat masin yang dikeluarkan tu, dapatlah 7 biji keria lebam. 3 untuk TB dan 4 untuk Mem.

KALAU rajin nak buat kueh keria guna labu pulak. Sama2lah kita saksikan satu persatu kejayaan yang ditempa oleh CikSom, ekekeke.. (bila buat kueh keRIA aje dibenarkan jadi RIAk, heheh..).

.

9 comments:

Kakcik said...

Nyum nyum... sedap tu...

CS said...

KAKCIK
Mau tak sedap? Kita berhempas pulas membuatnya KakCik oiii, hahaha...

t.a.t.a said...

End-product nya jadi cantik dan nampak sedap la pulak kak.

m.u.l.a.n said...

i ols sangatlah meleleh nya ini.. kueh fav semulajadi sejak azali... kama x dpt yg yummehh

CS said...

t.a.t.a
Alhamdulillah.... nasib baikntak mengecewakan. Tu yang naik semangat nak buat lagi.


MULAN
Clap3... we olls like the same kueh (oso since azali...yipeee..)

Ibu n Abah said...

Mujuqlaaaaa
Dari purple kuar lebam
Kalau kuar hijau?????
How??????

CS said...

AKAKnABAH
Kalau kuar hijau I beri kat jiran sebelah. I bitau dia jiran seberang jalan yg kasi. OK tak?

Art Lover said...

Hi CS..lama tak menjenguk.
Computer kita rosak..
Cantik apa warna sweet yam tu. rajin Cik Som sekarang ni ya!

CS said...

ARTLOVER
Hi....patutlaa lama 'tak nampak', komputer rosak rupanya (that means you kena cari penggantinya laa kot?)

Purple tu bukan sweet yam tapi sweet potato. You kata I rajin ke? hehehe... mekasih.