Tuesday, 6 May 2014

Budak nak exam ...

Assalamualaikum ...

Dah seminggu tak dapat berkarya dengan sewenang2nya sebab pejabat AlKisah (alah, kat meja makan jer, haha..) dah dikuasai oleh budak yang sedang hangat mentelaah for her final exam. Final here means real final. Lepas nih bolehlah cari kerja kasi duit kat Umi banyak2, boleh Umi bersyoping kat sini...


Yalah tu nak bersyoping kat tempat hi-class cenggitu. Pergi JPO dua kali pun tak terpijak kaki nih masuk kesitu. Kita tau siapa kita sebenarnya. Ukur baju dibadan sendiri kekdahnya tapiii...kan, tak pernah pulak I ukur baju kat badan sendiri bila nak buat baju. Tailor yang beriya2 ukurkan... har3.

TB kata takperlah tak tengok tv, kita berkorban sikit. O-kay kita berkorban (apa saja tapi I nak tengok Jodoh2 kejap boleh tak? hmm..)

Bila mem besor tak dapat tengok siaran tivi maka terpaksalah dia cari sumber lain untuk hiburkan hati. Selain baca sokabar (topik terpilih aje), selak2 majalah, ziarah fb kejap, ziarah blog sendiri (yg dirindui) dan masuk IG orang ikut laluan gelap, oooops; dia juga terpaksa hiburkan hati dengan mengunyah!

Berzikir? yalaaa... sambil mengunyah pun boleh berzikir, kan?

masin-manis-garing to my liking
Kesian bila tengok dia mentelaah at odd hours. Ada kala tersenggok2, ada kala terlentok kepala atas meja. Nasib baik takde lelehan air bateri, hehe. I tau dia gigih berusaha. Dalam masa yg sama dia masih beruntung kerana doa Umi & Abah tak lekang dibibir.

siap dengan tumbler air depan mata

Cara budak nak exam hiburkan hati bila dah mengantuk atau bila minda dah tepu...




Snacks berbagai rupa (buat sementara waktu khasiat tolak tepi). Tu belum lagi dengan cokelatnya, dengan biskutnya..

By end of the day "ehhh... T dah gemoklah". Haaaa... dah tu?
.

8 comments:

mokjadeandell said...

macam macam ragam anak anak bila nak ezem.Ada nak kopi pekat,ada asam,ada kerepek.Semua tu dah tamat bagi cikson sbb dah habis semua tamat mengaji.Sunyi pula.
..Selamat menghadapi final .Semoga kejayaan milik anda buat budak nak exam.
makcikson/mamason

CS said...

Dear MAMASON
Memang benar macam2 ragamnya. Yang herannya macam2 makanan yg diidamkan mungkin selama belajar tak duduk dirumah, takde peluang nak bermanja.
Terima kasih diatas ucapan n doa dari ex-guru. Insyaallah dimakbulkan.

t.a.t.a said...

Kak, dah siap plan eh nak pi mana bila dapat duit extra. Tak baik tau kau niat dan plan itu. Sungguh tak baik. Renti kan lah.



Tapi niat dan plan itu baik kalau invite saya bersama. Okay?



Har har har har har...
*tanduk di kepala sudah timbul.

CS said...

t.a.t.a
Sebenarnya tak mengharap duit dari anak2 tapi anak2 yg thoughtful akan reti berfikir samada nak memberi atau sebaliknya.

Awak teringin pergi ke JPO ke? Psst..... boringlah kat sana.. so tenggelamkan balik tanduk yg dah timbul tu.

t.a.t.a said...

Oh ye ke?

Ok! Ok!



*usap-usap tanduk, cucuh-cucuh bagi tenggelam.

CS said...

t.a.t.a.
Yaaa... memang yaa.. tapi untuk orang muda yg glem bergaya + banyak 'dough' to spend, maybe tempat tu sesuai untuk mereka.

*usap lebih sikit tanduk tu sbb I masih boleh nampak dari sini.. Hmmm...why not cucuh guna obor olimpik? har3..

t.a.t.a said...

*Nak cucuh guna obor olimpik? Wah itu bukan buat tanduk makin tenggelam, tanduk makin mencanak naik ada la.

CS said...

t.a.t.a.
Obor olimpik pun belum dibuat lagi memandangkan eventnya lama lagi 2 thn so kensel guna obor tu.. Apa kata guna obor2 aje? heheh...