Sunday 5 October 2008

1-2 Syawal ...

1Syawal - Beraya di rumah Teh kat Kg Tunku. Para kakak seramai 4 orang dah sediakan berbagai juadah samada dimasak sendiri atau dioder. Tugasan buat kuah kacang world yg disandang sejak beberapa tahun tidak digalas oleh kita memandangkan NJ dah oder dari Seremban so tak payahlah kita susah2 nak masak lagi (yeayy...escape!). Bukan apa, kita cuma nak elakkan pembaziran tenaga, masa dan gas Petronas w'pun gas dan tongnya dah berbayar.

NJ beraya di Seremban dulu maka tu sebab dia terpaksa oder aje kuah kacang dari sana. Suaminya ie my abang ipor, hanya tau dan suka makan nasi himpit atau ketupat dgn kuah kacang sahaja! Begitu banyak juadah2 lain yg boleh dimix-n-matchkan dengan nasi himpit atau ketupat tapi dia tetap dengan KKnya. Sepatah kata seseorang "percuma hidup mu" yang bermaksud betapa ruginya hidup ni kalau sengaja tidak menikmati nikmat tuhan yg beranika rupa. Oh well, a matter of choice .. asal tak kacau orang, asal bahagia, OKlah tuu..

P/S: Pada malam raya sedang kita golek2 tengok TV, NJ beritau kuah kacang yg dia oder tu rupa2nya sikit aje lalu mencadangkan kita masak KK untuk warga PJ. Kak oii, adik you yg sorang ni tak berapa rajinlaaa... "next year I buatlah ehh"? heheh..

Beraya kat Kg Tunku dari 12 tghari hingga 9 malam (kiranya balik sebelum kena halau, haha). Rumah Teh memang dah jadi port kitorang berkumpul sementelah Chik @ the great Dame masih hidup dan dia memang dah berdekad2 tinggal dgn Teh, so kami adek beradek kesitu ajelah setiap tahun. Adek, abang dan kakak tak datang serentak maka tulah sebabnya kita duduk berjam2 kat situ tolong sediakan makanan dan apa2 yg patut (sambil tapau makanan dengan roksah).

2 Syawal - Havoc no. 1 T buat hal tak nak ikut balik ke J sebab selepas cuti raya dia ada exam (seminggu sebelum raya T dah uar2kan kat kita). Hadoii budak ni.. MOTH tanya kita kenapa T tak nak balik? Bila kita tolong jawabkan berdasarkan sebab musabab sahih dari T, MOTH pulak kata "don't justify for her" blablabla. Waah, suamiku .. Sejak bila mediator kena tempias left and right nih??

Selepas tsunami reda, maka T dengan senang hati ikut balik ke J dengan satu syarat ie mesti balik ke KL hari Sabtu lepas Zohor. As usual, T ada 18 sebab2 munasabah kenapa dia perlu balik ke KL lepas Zohor. MOTH literally signs MOU atas angin tu...

Havoc no. 2 Tiap kali cuti raya, para kucing terpaksa ditumpangkan ke Vet. Dah janji nak hantar pukul 2 ptg, tapi bila kesana, vet dah tutup, sigh!! MOTH berusaha gigih cari tempat penginapan kucing2 (nak balik kampong punya pasal), nasib baik jumpa satu lagi vet... (syukur).

Fees untuk sekor kucing RM?? x 8 x 3 = Maaakkk.... sedekahkan kat I aje kan bagus?? (dalam ati: Boleh tak I tak ikut you balik kampong kali ni? I rela jaga kucing2 tu, lagi pun u boleh jimat, u kan nak pencen? TAPI.., duit boleh dicari kan kawan2? Hari baik bulan baik ni, hati pun mesti terlebih2 baik.. silaturrahim perlu dipupuk, hati suami perlu dijaga (cewah) ... maka tetiba kita jadi simitahli2nya ..).

Havoc no. 3 5pm about to bertolak... T gostankan J-gua untuk membolehkan MOTH park kereta kenit dia dlm kawasan rumah. T signal suruh check samada bawah kereta ada kucing tak (kebetulan kucing jiran si Tam baru beranak 2 ekor, dibuatnya store luar rumah kita tempat persinggahan). Confirmed si Tam ada kat store menyusukan kittennya TAPI tak pastikan yg tengah menyusu tu sekor atau 2 ekor. Kita pun signal THUMB UP kat T. Tak berapa saat lepas tu kedengaran suara anak kucing mengiau dengan nyaaaaringnya!!!

Allahuakbar!! ... sah T dah tergeles anak si Tam yang cute tu!

T dah hysterical dalam kereta, kita pun panik gak dan ngeri nak pandang bawah kereta tu tapi terpaksa pandang juga. Kitten yg belum bernama tu lembik aje esp kaki belakangnya. Si Tam pun terperanjat terpinga2 (at last siTam juga yg selamatkan anaknya, gigit ditengkok terus masuk ke store). Si D as usual keluarkan kata2 dengki saja nak menyakat "dah lembik nih, sure mati ni Miii..".

T bukan aje nangis mengongoi2 tapi fuming with anger kat kita "T tak nak percaya cakap Umi... T tak trust lagi cakap Umi".. Wahwahwah budak ni ...?!

Apapun terjadi, perjalanan perlu diteruskan. Keadaan dalam kereta tenang aje hanya kedengaran esakan T which lasted a good ten minutes.. before she finally dozed off ..

Tiba J pukul 7.30 malam....... Havoc no. 4 menanti...

2 comments:

Dentist and Me said...

penat la wa baca ceta ni ...

Anonymous said...

Masuk umah wa lu tak beri salam lebaran kan? tu sebabnya nikmat membaca lu kena tarik. Heheh, lu ni ada2 aje.