Thursday 26 July 2012

6th Ramadhan ...

Bulan puasa nih macam terlebih mood nak berkarya tapi mood tu datang tersilap masa ie masa mata hampir2 melabuhkan kelopaknya keslumberland, zzzzzzz ....

Baru jer habiskan sebatang aiskrim kononnya kesejukan aiskrim boleh membundarkan kembali mata yang layu tapi hampeh juga. Nampak kelibat D, I bertanyakan pasal whatsapp & instagram mudah2an I kembali segar. D pun capai my galaxy tab to register instagram (didnt I tell you that I have that thing oredi?). Dah 2 bulan TB beri dia punya tab sebab dia beli jenis lain. Komain lagi!

Till now I buat endah tak endah dgn mende tu konon2 'tak heran' walhal tak kuasa belajar mende baru, hehe.. So kejap tadi D beri brief tutorial on instagram; siap sediakan kertas dan pensil sebab katanya "umi nih nerd". Memang sah nak kena bedil budak nih taw. But then again, bagus gak dia bersungguh2 nak buat I faham, kan? Ekceli I malas nak guna banyak2 application, whatever for? My twitter pun dah lama inactive, berFB pun ikut angin pus2.

Malam nih juga D tested me on my knowledge bila I mula tanya soklan2 blur, kah3. D kata kalau ipod/ipad/imac/iphone, apa2 yg ada 'i', semuanya datang dari pokok Apple. Dari pokok kurma takde ke?  So dengan beberapa soklan yang dia beri I answered with flying colors *sambil tunjuk lagak riak depan dia*. Ha, baru dia tau, nerd tak nerd umi dia, kaaan?

Anyway, I told him to continue tutorial tomorrow cos "umi nak berkarya nih" as my deadline to write this entry should be before the clock strikes 12 so that I'd have Thursday's date. Boleh gitu? Macam betul2 kerja dgn sokabar siap ada deadline lagi, hehe..

Kalau tak sentuh bab juadah berbuka/bersahur memang tak sah. W'pun niat dihati nak jjcl kesimpang 3 rumpun bambu (sepelaung dari rumah) namun kaki tetap tak berganjak, masih melekat dirumah. Bukak esbok geledah freezer, well ... tak banyak bahan yang boleh dibanggakan untuk dijadikan lauk. Sayur jangan cakaplah. Dah 2 hari tak berlaukkan sayur.

So, juadah berbuka adalah: daging lemak cili padi (bubuh 4 biji aje), ayam n ikan gor, ikan sepat/kembung masin, keropok dan papadom. Alhamdulillah, meriah juga kan?

apasal buruk aje rupa lauk I nih?
Masa sahur nanti goreng ayam sikit (stok last kopek) or maybe goreng telur dadar. Esok harus jenjalan ke Mydyn. Bukan apa2 pun, saja tolong naikkan ekonomi negara. Sebut pasal ekonomi negara, bila kita membeli belah dibazar ramadhan (contohnya), index ekonomi negara akan ada efeknya tak? Harus, tak banyak sikit mesti ada.

Bila baca pendapat para blogger tentang bazar ramadhan, terasa bersalah dan malu2 kucing pulak sebab baru 6 hari berpuasa, dah 3 kali I berdondang sayang kesana. I faham juga ramai dah keciwa sebab pernah alami makanan yang dibeli tak sedap, cepat basi dan harga mahal pulak tu. Beli punya beli tak boleh dimakan, tak pasal2 membazir terus confirm jadi bff setan yang tak bermoral, sanggupkah? tssk..

Siapa lagi boleh membantu penjual kalau bukan kita2 nih sebagai pembeli? Kalau pembeli boikot dari membeli maka sabda Nabi saw yg mengatakan 9/10 rezeki adalah hasil dari perniagaan tidak nampak kebenarannya. Betul tak you? So apa lagi? Jom ramai2 kita kebazar Ramadhaaan, haha.. Apa pun, segala2nya bermula dari sipenjual tu sendiri dimana mereka wajib jujur dan ikhlas mengikut lunas Islam yang ditetapkan  *tazkirah percuma sempena malam Jemahat*.

Makanya, bila membeli tu kenalah lebih berhati2 (cewah! mcm pro memberi nasihat kekdahnya). Somehow guts feeling will tell us whether or not makanan tu sedap atau tak hanya pada rupanya (wpun selalu tertipu dek rupa yang menyelerakan). Bukan tu aje, paras rupa orang yang memasak perlu diambil kira juga (the latter being tip from D). Of coz bila tengok sekor ayam golek baru dipanggang all crunchy n juicy memang bergegar iman kita tapi sekali sekala harus dengar kata hati/firasat (pengalaman sendiri).

Lainlah kalau sendiri yang masak, wpun rupa tak molek berketai2, rasanya tetap menjilat jari, ada betul ka? Kalau takde betul, memang betullah sebab I aje yang selalu tak bernasib baik, madang disaster, hehe..

Katanya semalam nak buat roti goreng inti sadin, jadi buat tak? Errrkk...gulp! (camana nak buat? roti yang ada dah berkulat, pulak2 tu sardin pun takde stok). Tips: para doktor omputih kata kalau satu loaf roti dah berkulat (wpun setompok aje), harus buangkan semuanya, tak payah salvage bahgian roti yang elok. Lainlah cheese, boleh aje buang bahgian yang berkulat. Sekian terima kasih.

Jumpa lagi pada 7 Ramadhan, insyaallah.

No comments: