Friday 13 July 2012

the Customer is always right?

The old adage “the customer is always right” is completely wrong. The reason is simple: customers lie all the time. They might lie to try and get a better price ... blablabla ...

I copied that statement from you know where and I tend to agree partially, though.

Betul, kengkadang pelanggan memang melebih2 pun, hehe.. tapi kalau pelanggan yakin dia benar, disertai  dengan bukti kukuh lagi sahih maka perlulah dia go all out menegakkan kebenaran w'pon pihak penjual kata "tak boleh - prinsip syarikat kami".

Kalau senarionya begitu, apa perlu kita buat? Keluarkan pedang samurai, kah? Ehh.. takyah keluarkan pedang, kita keluarkan lastik burung aje dah cukup, heheh.

1Msia tau setiap minggu I memborong segala jenis manikam dari Mydyn sementelah ianya terletak beberapa pelaung aje dari rumah. Dalam pada tu, I juga cuba menaikkan ekonomi pekedai2 kecil dan mini market disekeliling kawasan rumah. Rezeki diagih2kan kekdahnya ..

Bukan tabiat I menyemak semula resit selepas membeli barang2 sebab I percaya pada pekerja dan alat scanner yg digunakan. T sorang aje yang rajin menyemak resit. I akan rajin 'menyemak' resit hanya bila TB turut membeli barang2 yang memang sah dari bajet dia seperti kopi jantannya *auww*, makanan kucing n snacks. Tu pun I akan ambik masa 2-3 hari untuk menyemak. No hurry whatsoeva!

Tujuan menyemak tu sebenarnya untuk mengira berapa banyaklah TB 'hutang' I. As it is, grocery shopping dah siap ada bajetnya sendiri (dari TB jugaklah khaan?) so kalau tiap minggu TERguna my bajet yang tersedia dalam genggaman, manalah nak cukup beli ayam itik unta bagai, kan u'olls kan? Tu belum sebut jjcm/jjcl lagi tu, hehe..

Alkisah nak dijadikan cerita dalam blog ...
6/7 beli cat food tapi ada pkt kecik 1.4kg aje so I beli 2 pkt
9/7 beli 2 pkt 3.2kg (tiap minggu memang beli 2 pkt)
11/7 barulah menyemak resit sbb nak claim 'hutang' dari TB, then barulah I perasan ..

Whoaa!! double scan meh?
12/7 keMydyn menuju terus kepejabat customer service untuk membela nasib kekdahnya. Berjumpa cikEla maka I segera blablablaa tapi katanya mahaplah sebab I tak datang mengadu kesilapan teknik pada hari berlakunya kejadian. It seems bila ada kesilapan 'double scan', berita gumbira tak berpihak pada pelanggan. Bravo kan? namun perjuangan belum selesai ..

I jelaskan lagi kat cikEla dengan FAnjang lebar .. bukan habit I menyemak resit tiap kali I mengayakan berbelanja diMydyn. Setiap minggu I berbelanja kat situ dan setiap minggu juga I beli makanan kucing. Betul, I tak bawak bersama 2 pkt cat food yg dibeli sebagai bukti. Wajah cikEla umpama tertulis 'no way jose' until I kata "kesilapan pekerja you tapi I pulak yang rugi? takperlah, I sanggup jumpa Datuk" <-- vavava...cik Som tunjuk setitik bakat ganas terus nak jumpa owner Mydyn? hehe..

CikEla terus excuse herself masuk bilik jumpa boss dia, En.Wan diberi nama. I suka gaya En. Wan melayan pelanggan. Dia ada what it takes to make a pelanggan feels a customer is always right. I like! Gaya dia macam KJ, auwww...

OK, TCTLSShort, mereka 'bermurah hati' beri I cash voucher berharga RM24 which I have to redeem on the same day. So, what do you think I bought? I bought another pct of cat food and this time I dont have to semak2 resit for I know exactly what to claim from TB.

Oh ya.. SATU FAKTA terlupa nak tulis... I did tell cikEla n En.Wan, kalau tak percaya atau sangsi dengan kata2 I, sila rujuk pada inventory makanan kucing. Semaklah berapa peket stok baru masuk vs berapa peket yang dah dibeli pelanggan.

Akhir kalam, since TB dah kembali sihat, maka JJCM bersamanya resumes, alhamdulillah (sebulan I jadi hambaAllah yang penyabar taw).

17 comments:

Anonymous said...

way to go Kelly K . . .Awsome. boleh tolong elaborate apa tu pelaung?

Yong Kamariah said...

owhhh gitewww kekdahnya CS bravo... mmg kena mintak jumpa Manager terus!!! customer mmg always right no matter what heh...
anyway, walau u disable comment kt topik hok direload balik tew, kita nak ucapkan ...Happy Belated besday Cik Som, semoga senantiasa dibarokahiNya amin...(klu CS menyahut cabaran berdiri ateh kerusi tu apekeh yg jadik agak2nya yek???ngehngehngeh)
p/s : CS tak keseorangan kekdahnya selalu dibuli abang kakak sbg anak angkat.. kita pun merasa seksaanya.. depa kata mak amik kita kt ladang getah uwaaa...sebaldi airmata keluo menangisi nasib diri anak angkat..kuangajakkkk punya kakaks...

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Hmmm.....Mama kita tak pula beli cat food kat Mydin tu....lain brand kot. Almaklumlah sejak saya sakit hari tu, semua orang kena makan apa yang saya kena makan, seumur hidup. Boleh beli di vet sahaja kekdahnya. Apapun, jadilah pelanggan perihatin dan berhemat. Mama pernah juga kena beberapa kali kat Tesco. Komplen terus kat customer service, dapat refund yang harga tersilap plus half price harga sebenar. Rasa macam dapat bonus sebulan gaji. har har har *evil laughs*

cahya indah said...

cahya da banyak jumpa customers yg wont ever admit their mistakes, tapi since "the customer is always right" layankan je la.

tapi kalau da terang2an cam kat dlm receipt auntie tu, sah2 la memang kena refund the money kan.

T said...

Most of the time, I do think customers are always right. Like 99.99%, and these people never cause trouble. Tapi the 0.01% give a bad name for the rest. Bravo to you!

Tapikan, I sangat malas deal with customer service. lagi lagi la on the phone dengan customer service negara lain. Naik my blood pressure. My solution: I selalu bagi mr. P to deal with them on my behalf. Hehehe.

Yat Maria said...

Salam CS yg vogue! :)

harus ai merajinkan diri pi belek2 the receipts kan? what more now with the influx of u know lah..dah lah tak taw ckp melayu, omputeh pon tak reti ada ker kita tanya dia, dia balas cakap bahasa dia..menyirap trus darah..kalo dudan no 1 ada leh lah dia jadi translator tak bergaji...kalo tak der..harus I stand my ground jugak & suroh depa carik sesaper yg leh ckp englang, kan CS, kan?? for org yg tak pelihara kucing, err...cat's food ni mahal jugak eh cik som? ingat dua tiga dolar jer..BTW, like Noir asked..apa tu sepelaung cik som? is it very near like can jalan kaki or still berbatu2..curious dah..

CS said...

NOIR
Kelly L asks, Kelly K who? har3..
Nanti I explain kat you dengan lebih terperinci maksud 'pelaung', okay?


YONG
Amin n mekasih for the doa/wish. Ramai yg mendoakan, terasa cam lebih muda pulak kita, yeehaa! Bila kita yakin berada dipihak yg benar, takdelah kita teragak2 nak jumpa manager ke, CEO ke, tul tak? Psst..kalau I berdiri atas kerusi tu nescaya gegaran pada skala Richter tertinggi akan dialami, kuakuakuaaa.. Dari kecik kena buli oleh kakak/abang, dgn tak sengaja akan menguatkan jatidiri kita, setuju tak? :-)

CS said...

CAT @Brad
Awak tak ramai so Mama awak bolehlah belikan makanan mahal dari vet. Anak2 I yg berkaki empat so ramai tulah I beri diorang makanan yang termampu aje. It's like "either you take it or leave it", harharharrrr *evil darab 18*


CAHYA
Being a jurujual, 1st n foremost I think he/she has to know product knowledge so that customers cannot goreng them according to their whim/fancy.

CS said...

T
Thanks.. I wont complain kalau setakat I mintak teh o ais tapi diberi teh ais. Lebih kurang ajelah kan sementelah I could drink both. Tapi kalau terover-charged customer, that's a different story altogether. Psst.. Mr P pakai perisai ke bila deal with those cust.svc? hehe..


YAT
Salam to you too. Moi vogue? auwwww.. *blushed tersipu2*. Yeslah Yat, I pun terkena cenggitu juga. Ingatkan I sedang bercakap dgn 'locally made marukku' , rupanya dia tu marukku expat. so both terpinga2 gitew. We spend on cat food <> RM150. Bersedekah/amal jariah kekdahnya.. hehe.. P/s: Nanti I explain makna 'pelaung' dgn lebih terperinci, k? *cita2 nak jadi cikgu akan terlaksana, ekekeke*

Mulan said...

moh kita high2 fai2 up2 we go...!! i pon sama akan berjuang habis-habisan.. u pon nak pedang samurai..? mmg kena check kalo time nak bayar tu.. i cuba guna telinga keras liat ni utk dengar bip-bip scanner tu.. mana tau terlebih2 pulak bunyi nya..

at times kalo rasa harga nak bayar tu tak baloi, i check la.. selalunya depa tipu tang offer.. kat rak kata discount bla bla, tapi masa scan harga lain.. part tu memang nak kena keluar pedang samurai.. hahaa... mesti menang lah.. kesian jgk kat belakang orang beratur ramai2.. bukan salah i pon..

Anonymous said...

CS, baguslah U ni. terperinci.
Tapi I tak buat buying groceries ni, I tahu memasak je. Anything he wants me to cook. Mydin/Carredour/Tesco/ Econsave I terkadang-kadang je ter jejak.

Tapi kalau barang nak buat kek coklat/kek lobak merah/kek keju I pergi beli sendiri kat Best Baking Solution. Celedik tak I?

Sebut makanan kucing, ada tak kengkawan U nak adopt anak kucing. Kat rumah I ada 7 ekor anak kucin gebu, cam biasalah depa buat muka kesian kat belakang rumah. I pun kesian, suruhlah beli makanan kucing. 7 ekor anak kucin, yang dah dewasa ada 6. Cuba u bayangkan cam mana kalau 1 hari tak bersih belakang rumah.

Ahkak

CS said...

MULAN
Cayalah..telinga you mmg bionic boleh 'baca' bahasa scanner tu, hehe.. Sejak dua menjak, I mmg malas bershopping esp waktu mega sales sbb tak larat berjalan, tak larat Q-up dan tak larat tengok wallet kempis, har3.


AHKAK
Bertuah you tak yah bergesel bahu, gesel troli dan gesel montot bersesak2 kat supermarket/pasar untuk beli barang. I nih sebenarnya bela kucing2 yg datang meminta belas sesuap nasi. It means bukan I sengaja nak bela kucing2 tu semua. Bila dah bela maka wajib ditanggong makan/minumnya juga. Dlm pada tu, kat belakang rumah I pun tak kurang alleycats yg datang merintih sesuap nasi juga. Kesian taw :-)

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Aslmkm CS.
I tot I had comented on this entri..tengok2 tak ada pun.
Sah tau I antar..
Anyway, good that you get back your money kann.

CS said...

ARTLOVER
W'kumussalam..
Kadang2 blogspot.com nih boleh buat magic biskut chipsmore. Dah faham benar. Ya, I dapat voucher for the same price, alhamdulillah.

Kakcik Seroja said...

Sebenarnya sikap ambil mudah kitalah yang membuatkan kita sering tertipu tanpa sedar, kan?

Rasanya I pun pernah terkena bila menyemak semula resit beberapa hari kemudian. Barang yang dibeli 'sebiji' dikira sebagai 'seguni'. :(

azieazah said...

Bravo!!

Dulu pernah juga I terkena same case. Tapi lupa barang apa.

Sejak pada tu, I agak hati-hati juga. Maklum duit kita, kan?

Skang ni, kalu nak bayar jer, I perati betul-betul kat screen cashier tuh. Kadang2 depa TERscan 2 kali.

Pernah jadi, dan I terus tegur immediately.

Hak kita, kan?

CS said...

KAKCIK
Sebenarnya orang kita SEGAN nak semak resit sebaik saja diterima takut dikata orang kita 'berkira', so lama2 perbuatan bijak tu tak menjadi habit. Lagi satu sebab kerana malas atau tak kuasa dan sebab ketiga, wang yg dibelanjakan bukan dari wallet sendiri, hehe..


AZIE
Bravo meh? Mekasih, hehe..
Betul kata you, kita kena juga perati betul2 skrin kecik sebaik saja scanner melintas pada barang. Kadang2 haru juga bila skrin kecik rosak. Awat depa tak repair cepat2 ek? Mesti ada aje yg membangkit kemarahan dan ketidak-puasan pelanggan. Kalau kita bersyoping togeder2, harus kecot perot budak yg scan barang2 tu kan? harharharrr...rus!