Wednesday, 14 November 2012

Diwali do and JJCL ...

Assalamualaikum ...
Sedang memujuk mood berkarya agar lebih produktif. Bila lama tak menaip, mulalah rasa berat bebenor jari jemari semua nih. Nak salahkan jari jemari pun tak boleh juga, it's the minda yang bermasalah sebenarnya. Yaawn .. zzzzz...!

Anyway, ada sesiapa dapat jemputan sempena Diwali semalam? I dapat, you tak dapat ke? I dah agak dah, hehe.. *gurau seketika*.

Jiran sebelah rumah jemput kita sekeluarga tapi TB tak dapat hadir sama so terpaksalah I kesana solo aje, tak sker! Kalau T ada kat rumah bolehlah dia temankan "umi rasa malas nak pergi.. malulah pergi sensorang" langsung jwpn tegas diterima "umi better pergi.. dahlah thn lps umi tak pergi, nanti dia kata umi sombong tak sudi pulak" dan D menambah2 statement "berdosa tak pergi jemputan orang mi".

Hmm...alhamdulillah! I gumbira bila anak2 dah reti 'berfikir' cenggitu.

Digress kejap: I pernah tanya TB "you tau tak makna cenggitu?". TAK katanya. Ehhh...tak rock rupanya suami I tu ek?

W'pun masih 50-50 sure/tak sure nak pergi, I tetap bersiap memolekkan diri seadanya. Nak pakai sari atau pants n blouse? Melilit kain sari aje mungkin esok pagi baru dapat makan beriani ayam tiba rumah jiran so I pakai pants n blouse ajelah. Nasib baik ada stok baju baru, hehe... woman!

Plan nak kerumah jiran awal yakni sebelum jemputan datang berpusu2 tapi D cadangkan kita kesana pukul 8 "lagi ramai orang lagi bagus". Pulak dah???  Sometimes I kenot fathom pemikiran sibujang I nih. At one time tak suka orang ramai, other times macam ok pulak, haishh...

Tak sampai 10 tapak dah tiba rumah jiran tapi kalau melompat pagar, 4 tapak aje kot, har3. Berjumpa tuan rumah dulu dan ucap apa yg patut pastu (setelah dipersilakan) terus beratur ambik makanan, yums!

I dah bayangkan the array of foods being served there berdasarkan pengalaman lalu. Lagi pun selama 2hari 2malam hidung-boleh-tahan-mancung nih (hic) dah disajikan dengan bau2an awesomely lazzat sementelah dapur kitorang bersebelahan aje pon..

Tiap tahun hidangan makanan dimasak sendiri dibantu oleh hardworking bik Anik kecuali satay dan cendul 'disewa'. Takde gambar sebagai bukti sbb the so-called mamarazzi sibuk meragut satay ayam kemulut dan menghirup cendol dengan nyamannya, slurp, slurp ..

Para jemputan terdiri dari ahli politik, NGO dan reporter/journalist dari media alam maya since jiran adalah orang kuat 'political news website'.

Masa beratur tu I thot I saw someone familiar behind me so I tolehlah. Since mata dah bertemu mata, the least we could do was to exchange smile tapi memasing dah terlebih peramah maka terexchange juga a line or two about the weather  food  :-)

Niat dihati nak aje kata "boleh tolong sampaikan salam I pada your parents?" namun kelu lidah untuk berkata, jauh sekali nak ajak bergambar sama.


JJCL .. bukan jln2 cari lauk tapi cari langsir ...
Senin pagi selepas hantar T balik kemarkas I terus terdampar depan kedai Jakel (sanggup tunggu 1.5 jam sebelum kedai dibukak tapi sempat juga berkopitiam dan bernasi lemak sensorang, burp!).

Kopi ais sedaps sesangat!

10 pagi bermulalah misi solo cik Thom!

I tak gemar membuang masa bila membeli barang, lagi pun I bukan kaki syoping (boleh percaya ke?). I tak macam T yang rajin pusing satu dunia hanya nak beli sejenis barang, haha...over dia kan? Sesungguhnya kali nih masa banyak terbuang kerana failed to decide which one is the nicest and the cheapest as everything looks so very nice tapi yang tak berapa nice is the fulus, nevertheless terkopak jugalah, huwaahh..

Pilih punya pilih, I terpikat dengan yang seputih salju (wpun tak berapa nampak putih disini).

'sheer' jalur gemilang

'sheer' beralaskan carpet harapan

Sebelum kekedai langsir terlebih dulu I dah tinjau kekedai karpet. Tetiba TERbeli segulung karpet. Siapa yang mengaku tak suka bersyoping tadi tu? I ke? tapi bila pulak I kata gitu? ahaks..

I tau TB tak berapa seronok dengan pilihan langsir warna putih sebab cepat kotor katanya tapi sebenarnya dia kurang paham perihal langsir dan sebab musabab I beli langsir jenis 'sheer'.

I bukanlah arif sangat tapi berkat ilmu seciput didada terkumpul dari bahan bacaan/internet, I berjaya terangkan pada TB perihal langsir n drapes, jenis kain yang dipilih serta kesan dari pemilihan kain pada keseluruhan ruang rumah (hah, macam real aje khaan? hek3).

Cukup takat nih dulu *yawn* .. masih berhutang pada arkib Al-kisah cerita terkini RD dan jalan2 dinegeri tumpahnya darah cik Som, auwww..
.

14 comments:

DeLancrettLurpak said...

ceritalah ciksom, kenapa pakai sheer curtain.. ceritalah.. saya suka org cerita, nanti rasa laju je masuk info dlm otak, kalau sendiri carik info and cuba baca, lambat bebeno nak memahamkannya...hehehe..

masa raya ada makan laddu tak?tetiba lak saya teringin

blu4sky said...

ha'ah Cik Som, cerita lerr.. boleh jadi panduan untuk i mengganti langsir dikemudian hari...har har har...

blu4sky said...

eii lupa..salam maal hijrah CS..you too DLL..

Queenie said...

salam ciksom...

ai ni bukanlah pakar langsir apalagi langsueerr hicks! tp ai mmg sukakan langsir macam you punya tu...

reason?

1. ringan - senang nak jahit
2. senang masuk cahaya so that takder la umah will gelap gulita macam blackout sokmo...
3. bila cahaya rezeki senang masuk (sendiri punya kepercayaan ni), maka udara pun boleh tembus gak sebab kain ringan...tp mentang2 ringan, kalo ada yg gatal2 tgn nak main selak2 dari luar bila salam lambat berjawab, mmg rasa ringan tangan jugak nak melibas...
dan yg terakhir ialah.........

4. punca teratas ai suka langsir sheer ni ialah bila lepas cuci takyah susah2 jemur kat ampaian, boleh terus pasang and dia will otomatikeli kering sendiri, magic gitu!

ollooo...takleh nak lepak2 lelama sket depan pc...ada2 jer duit eh, kijer manggil2 ai niii...so bai bai dulu eehhhh...

azieazah said...

Alaaa rugi takda gambar kemeriahan Diwali rumah jiran U tu. Gigih baca, gambar takdak plakkk.
Langsir di Jakel depan UiTM tu la ya?
I lalu banyak kali tapi sekali pun ta masuk.
Sebab I jenis pakai langsir yang orang dah tak nak. Mak Mertua I la yang suka "buang" langsir dia kat rumah I. hahahah sebab dia dah tau I sengkek. hehehehe

Ibu n Abah said...

Ilmu yang ada elok kongsi ramai2...
hehehehe
rindu kat AL Kisah...

m.u.l.a.n said...

i pon x suka sopping... kalo masuk kedai tu cuma cari yg dah set dlm kepala... kalo x de i cabut keluar... takleh lama2 dlm kedai.. rasa serabut semacam,, kalo ajak makan sangat ok lah... huwa hahaa....

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

CS..huh, you jumpa si Anik I tu ke? Oooh..pandai ya dia masak Indian food. Alahai, dia tinggal I ke rumah India pulak dia. Kirim salalm aje la, I pun tak nak dah..
CS..I suker sangat2 bershopping tau!

bintangjauh said...

Salam CS,

Selamat tahun baru Hijrah 1434H semoga segalanya baru dan bersih ibarat langsir lutsinar yang baru di-syoping kan itu dan semoga tahun seterusnya lagi bahagia dan dikurniakan kesihatan yang sehat sejahtera, diberkati dengan limpahan rezeki dariNya...

Deepavali... sekian lama tidak merasa segala bagai juadah ala Bollywood! dan nasib baik tidak ada gambaran photos kalu... ? nanges sudah... adore muruku, achi muruku dan kara muruku...

Salam manis semanis madu.

CS said...

Salam Maal Hijrah ...


DLL
Keinginan you nak tau sebab musabab I beli kain sheer telah dijawab oleh QUEENIE, one of my many partners in crime, hehe. As for laddu, I think diorang tak sempat nak buat sbb bizi buat RVC/Vanilla rainbow cupcakes, nyums!


SUE
Queenie dah tolong jawabkan. Apa pun, pilihan langsir adalah mengikut kesukaan memasing. Ada yg suka warna gelap, terang dan malap tapi tentunya ikut citarasa siapa yg membayarnya, ahaks...


QJ
Thank you sebab secara tak langsung you dah beri penjelasan pada mereka yang ingin tahu pasal kegunaan langsir sheer yg sexy, auwww...

CS said...

AA
I sengaja tak bawak hp=kamera. I berlenggang kangkong aje sengaja takmoh jadi mamarazzi. Yup, Jakel kat belakang UiTm tu lerr.. Kalau takde misi nak membeli, I pun tak kuasa nak masuk sebab takut TERbeli. Cubalah you masuk kekedai tu, insyaallah 'menyesal' har3. You sengkek? Jangan cakap gitu, berdoa namanya tu *sambil cubit peha you*.


AKAK
Berkongsi ilmu, pahala kan? Tu kat atas tu, ilmunya dah pun dikongsi dgn tips bernas oleh Queenie. Windu kat Al-Kisah aje ke? Editornya tak windu ke??


MULAN
Samalah kita.. tak sangka I ada kembaran. Kalau pi shopping ikut sesiapa, I akan cari bench, hehe.. Apa pun, JJCM adalah beshhhh.

CS said...

ARTLOVER
SiAnik kata dia tak nak kerja kat rumah you lagi sebab rumah you banyak makanan. Dia nak berdiet pun tak boleh. Dia nak masuk peraduan ratu kebaya pun tak boleh. Mcm2lah dia komplen kat I, ahaks.. You bolehlah gang up dengan 3 of my sisters yg tegar bershopping (which is good sbb apa yg dibelinya tempias kat adik dia).


RATNA (wkumsalam)
Amin.. terima kasih kerana mendoakan. Semoga doa yang sama melantun ke Ratna juga, amin. Waah, tabiklaaa.. camana orang duduk Perancis boleh tau nama2 maruku?

Yong Kamariah said...

Cik Sommm..

Salam Maal Hijrah dear! amboiii shopink tudung tingkap noh! tak sabo nak tengok outcomenya!
jiran akak pun Indian ker? kita tahun ni tak de le pulak jiran sebelah umah anto apa2, klu tak tiap tahun without fail musti ada sampai itu maruku!

CS said...

YONGggg..
Salam MH 2U2 :-)
Tulah tu, tingkap kita semuanya 'pempuan', kenalah tutup auratnya, tul tak? Jiran I tu wpun Indian tapi tak reti cakap Tamil.