Thursday, 22 November 2012

Rindu yang berombak2 ...

Sedang menonton Ombak Rindu (OR) sekarang nih tapi nak juga buat senaman jari jemari. Menyambil kekdahnya ..

Last Sunday: OR on chan. 131.
I mengaku naik ketapi zaman arang batu sebab baru sekarang ada mood nak tengok OR sedangkan satu donia dah tak heran lagi dah. Bila TB tak bekerja malam, remote control (RC) seems to be under his armpit. What better choice do I have other than berebut that RC from his armpit fist?

Yessss, dengan PVR segala2nya mudah tak perlu rebut RC lagi dah, alhamdulillah! and so I recorded OR for later viewing diwaktu petang (sambil golek2 gentel BB).

Pepagi lagi I dah kasi free promo betapa bestnya guna PVR dalam kehidupan seharian so Astro, takkan takde apa2 untuk I? :-)

Hari Ahad rekod, tengoknya hari Selasa. Tulah sedang syahdu2 menjiwai watak Izzah sedang hatinya bergelora tetiba tanda 'stop' terpampang kat skrin tivi. Hadoii, apasal terrekod tiga suku jalan aje nih? Tak bestlah tengok cerita tergantong, nak tau jugak happy ending or sad ending?

Selalu aje program terover run hingga terambik slot program selepas tu. Kesilapan datangnya dari orang yang menjaga waktu program diAstro tapi bukan kesilapan dari PVR atau orang yang merekodnya, grrr...

Rupa2nya OR dimainkan semula sewaktu I mengulit mimpi subuh tadi tapi mujurlah D yang berjaga awal terbaik hati merekodkannya tepat pada babak Izzah meramas2 muka Hariz kat spital, harhar..riz..

-----  PAUSE 40 minit nak habiskan sikit lagi cerita tu  -----

Bestlaaa bila Pak Dollah tampar muka Hariz.. fadan muka dia *geram nih!* maka biarlah I sedekahkan sedas lagi 'pang' kat Hariz for being so 'sengal'! tapikan tapi nasib baik anak pak Ajis yg jadi heronya, sejuk sket hati nih, heeeeheeee...

Now I nak komen sket pasal filem n drama Melayu. Bila ada pengambaran diluar (outdoor), setiap pelakun nampaknya wajib mengenakan 'kotak hitam kecik' yg diselitkan dibelakang pinggang/ punggung. That thingy is so obviously seen on tv by naked eyes eventhough terlindung dengan baju yang dipakai sipelakun apatah lagi kalau baju yang dipakai sepelakun melekat kebadan, lagilah!

Kamonlaa, takkan tuan direktor dan kru2nya tak nampak atau buat2 tak nampak lalu menganggapnya perkara remeh namun sebenarnya ia menjejaskan tahap profesionalisma mereka berkarya. Ada sesiapa setuju dengan pendapaTAN 2sen I nih?

Penat tau komen2 nih macam pouring water over yam leaf aje; bukannya ada tuan direktor atau sorang dua kru yang baca komentar bikThom pun tapi takpe maybe HZ can assist me, now that she's a ... hmmm2...

Perkabaran dari sedara di RD .. katanya selama ketiadaan kita, durian dengan rela hati telah meruntuhkan diri masing2 kebumi. Ada kala sampai 50 bijik sehari wa cakap lu .... huwaaaaa... *nanges gigit jari sampai hilang kuku*.

Cokia N97 tetap menjadi kesayangan w'pun hasil gambarnya kelabuhasap!
Diharap awal bulan depan masih ada durian yang merajuk hati takmoh ikut desakan graviti hinggalah mereka terpandang batang hidung cikSom disana. Insyaallah masih ada rezekiku..

Subuh tadi tersedar dari tidur dengan esakan halus dari diri sendiri. It was so real.

Never before I betul2 nangis bila mimpi something tragis! TCTLSShort, I mimpi my beloved Ony mati. Dalam mimpi tu bukan I aje yang meraung, T lebih2 lagilah dan disaat D about to cium siOny, I terus terjaga dan sambung nangis lagi (tanda syukur that it was just a bad dream). W'pun sekor kucing ..

my musyuk2 Ony, tak ensem tapi manis ada
Adanya Ony bersama kita dengan keletah masam manisnya seakan2 ada budak kecik dalam rumah langsung T mengusik "umi nih mesti dah berangan nak ada cucu kaaan?"... Hmm...giliran I pulak mengusiknya "kalau gitu, nak umi pinangkan sesiapa untuk T?" :-)

Tak habis lagi cerita, hehe.. don't go away yet ..
Semalam kawan lama ziarah I dirumah. Sepanjang tahun 2012 dia menyepikan diri. I heran juga, tertanya2 pada diri sendiri maybe tanpa sedari I dah guriskan hatinya. Berjumpa semalam sejak sekian lamanya, kami memeluk erat penuh makna. 2 jam kemudian terburai segala cerita yang terpendam.

Akan bersambong insyaallah kalau ada mood :-)
.

14 comments:

Kakcik Nur said...

Comel Ony tu. Macam singa! :)

CS said...

Assalamualaikum ...

KAKCIK
Tulah tu, kadang2 siOny mengaum juga, gerun kita dibuatnya :-)

Ibu n Abah said...

Meriahnya deriyan...
Baliklah selalu.. Nanti tinggal daun dan pokok jer....

m.u.l.a.n said...

kat sini berebut nak record sesampai over the lapping bagai pvr tu..

fuuhhh... ony ohh ony...

citer melayu ohh citer melayu.. kitolang tengok citer koliya aje.. hehehe...

anniyooonggg...!!

DeLancrettLurpak said...

Walaupun ramai yg memberi constructive advice to filmmakers thru tulisan di blog, diorg buat taktau je.. asal duit masyuk, sudahhh, kan ciksom kan?

50 bijik durian?!! Kenduri durian, bestnyeee

bintangjauh said...

Salam CS,

Anecdote OR... Ratna ada tertengok itu filem bernama Ombak Rindu didalam perutnya pesawat semasa balik pulang ke Peranchis setelah bercuti sengkat ditanahairku pada bulan 5 nan lalu akan tetapi bukan Ratna yang sengaja mahu tontoni, ternampak seorang teruna omputih berkupiah Pak Lebai dan berjubah putih juga berjanggut yang duduk dihadapan, tersentak Ratna jadinya... kok omputih yang menonton filem melayu ! pada mulanya Ratna tidak tahu apakah tajuk cerita tersebut hanya tahu setelah tamat menontonnya dalam diam secara mengendeng gitu... ssshhhh, CintaJL tidak tahu sedang lena boboknya disebelah Ratna... namun Ratna tidak begitu faham asalusul layar ceritanya karena menonton secara mengendap... gimana pun dilain kali boleh CS huraikan mengenai OR tersebut...

Banyaknya durian diatas pokok yang menjulang tinggi, teruja Ratna... dan Ony handsome sekali bagi Ratna anak kucing semuanya comel tidak mengira bakanya... binatang kesayangan Ratna...

Salam manis semanis madu.

LEEzasTOUch said...

CS dear
Why la u...cerita tu dh basi baru dpt.tengok tapi kan memang best. I pun mengalirkan air mata bila tengok! Regarding ur pokok2 durian geram tengok...byknye but dont worry i'm not a great fan of durians hehehe!

azieazah said...

SOM,
I pernah voice out perkara kotak kecik kat belakang pelakun tu masa tengok drama petang-petang. Selalu ada. Lately dalam drama Dendam Penchinta kat TV9 tuh. Lagi la, obviously. Tapi agaknya, pengarah drama tu anggap kita penonton 'tak reti" bab tu dah anggap tu tak penting kot.
Durian jatuh 50 bijik? Weyyyy taknak ajak geng datang makan ker? Hantu durian ni baca jer sambil lap mulut dan lap mata. uishhhh!

~jeet~ said...

pouring water over yam leaf.... you are the best la CS..tabik spring, never before i heard a translation that more entertaining than this. ;) dua ibu jari ke atas!!

Oldstock said...

Amboi Cik Som, ada dusun durian sendiri ye... bila nak ajak kita rasa?

Pasal kotak hitam (transmitter) belakang badan pelakun tu, pada mulanya saya berapa perasan (al-maklumlah tengah memandang dengan tekun bahagian badan yg lain, heheh), tapi bila orang lain tanya apakebende tu... terus tahu itu transmitter. Tapi betul la you kata, tak kan lah director atau producer tak nampak, ye tak?

CS said...

AKAK
Keadaan tak mengizinkan kami balik selalu kesana sebab kat sini lebih memerlukan perhatian. Durian oh durian, wait for big momma okay?


MULAN
I punya PVR tinggal 11 jam kosong. Kadang2 apa yang direkod tu bukan ditengok pun tapi saja rekod just in case punya pasal. BTW, I tak berani tengok cerita Korea, takut 'terperangkap'.

CS said...

DLL
Re: filem Melayu, lagi satu I geram bila dubbing suara, it is never in sync unlike filem Hindustan, dubbing diorang is superb! Yes duit masyuk tapi .....? Jom baling diorang yg tak profesional dgn durian, jom? ahaks.


RATNA
Huraian OR telah dikomen dalam kotak rahsia hanya kita berdua yang tau, auwwww.. Keadaan sekarang telah nyata menentukan pokok2 durian kepunyaan kita namun perasaan didalam tetap sama semasa sebelumnya. Mengapa agaknya ya?? Ony berumur 1 thn 3 bulan. Boleh kita berbisan? Honey akan jadi Mrs Ony.. (rhyme bunyinya kan?).

CS said...

LEEZA
Yes I know ceritanya dah basi tapi HERONYA MASIH HOT beb, haha.. I tak sempat nak nangis kerana kegeraman cerita yg direkod terhenti tiga suka jalan. You're not a great fan of durian? Rugi taw..


AZIE
Heran kan? Diorang yang mengadapnya depan mata boleh make dono aje. Re: durian, apa nak kata. Bukan rejeki kita kekdahnya ..

CS said...

JEET
Timakasih kerana tabik spring kat I, toing2. Can I ask for one more ibu jari pleaseee? *dasar kasi betis nak peha nih, haha*.


OLDSTOCK
Eh, kita takde dusun lagi tapi cuma ada 2-3 batang pokok durian aje. So kotak hitam tu transmitter namanya ya? Mekasih.