Tuesday 1 January 2013

2013 menyapa ...

Hai hai 2013 dan bai bai 2012 ...

Pagi yang hening dimulakan dengan sarapan pagi slurp slurp yang hot n spicy. Taklah boleh dibanggakan sangat sebab ianya mee mcgee bujang aje tapi alhamdulillah tulah rezeki bermulanya tahun baruuu.

pengganti sayur ialah daun bawang

Penamat 2012 berlakunya bencana alam dan tanah runtuh. Hujan yang membawa rahmat akhirnya bertukar menjadi dugaan dan ujian hebat untuk mereka yang dipilih olehNya.

Gambar ikhsan dari adikku
Tak dapat bayangkan sekiranya rumah yang berada diatas tu rumah I. Kebetulan my adik dan keluarganya secara tak langsung terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku dikawasan perumahannya baru2 nih. Atas sebab keselamatan mereka dinasihatkan agar tidak mendiami rumah sehingga diberitau selamat untuk didiami semula.

2012 merupakan tahun penuh pancaroba dan boleh dianggap juga tahun yang sangat awesome, alhamdulillah! Paling awesome bila berpeluang menjejakkan kaki ke Disneyland, heheheeeee....

Oooops am sori!! terbawak2 pulak daah, hehe... keDisneyland tu bukan I yang pergi tapi rakan maya yg menetap di Texas tu bercuti2 Amarika kekdahnya. Syok juga dapat 'pengalaman' dengan cara mengepo membaca cerita orang. Salah satu nikmat menjadi pengkepo tegar, muahaha..

Berbalik pada apa yang awesome sangat tadi tu... Pernah I mengomel kat salah satu entri yg lepas betapa teringinnya hati nih nak melawat kesatu tempat yang pernah I duduk masa berumur 4-6 tahun. On my next entry, I beritau nama tempatnya eh?

Pada umur yang sekecik dan secomot secomel lote tu I dah didedahkan pada kuih2 tradisional Melayu, auwww (terasa hebat tak memasal, harharhar).

Kuih2 yang dimaksudkan: kuih bom, kuih lompang, gegetas, abuk2, kole kacang, buah melaka, tepung kasui, kuih keria, gendang kasturi, tembosa, halwa maskat dan berpuluh2 macam lagilah .. ekekekeke...kalau tak exaggerate tak sah taw!

Anyway, cuba tanya budak2 sekarang sekitar umur 4-6 tahun samada diorang tau nama kuih2 Melayu macam yang disebut kat atas tu. Mungkin diorang tau buah melaka aje kot?  Ntah2 kuih keria pun diorang kata donut Melayu? heheh..

Dah lama takde cerita terkini RD ek? RD bukan readers digest, no no no .. RD ialah Rumah Desa cikSom disana nun ..

RD masih barren. Masih belum dideko bagai selagi kita tidak berhijrah sepenuhnya kesana. Yang ada cuma yang asas aje namun hati nih terasa damai aje bila berada diruang rumah yang lapang. Satu hal yang tak dapat dinafikan iaitu bila berada disana I teringat rumah disini dan bila disini teringat rumah disana.

Tetiba terpikir camana gayanya lelaki berkawin lebih dari 1? Tak ke havoc berulang alik kerumah no. 2 (3 dan 4?). Nih kena tanya SY camana dia handle such a complicated arrangement.

Setiap kali keRD mesti havoc punya. Pertama kena tanya H d'Bangla samada dia boleh 'tolong' bersih dan beri kucing makan. 'Tolong' yang membawa erti upah RM25 sehari (tapi bila I yang buat mende2 nih, taklah pulak I dapat RM25, how like that?), dan kedua kena beritau G d'Bangla jangan hantar sokabar.

Diantara H dan G, H is better sebab dia boleh cakap Melayu dengan baik dan boleh paham tulisan Rumi tapi G tu ada sikit kureng. Dah kita kata jangan hantar sokabar pada sekian2 hari/haribulan, dia tetap juga nak hantar maka terpaksalah I saman beritau "saya tak mau bayar sebab papers kena hujan". Haa...garang tak?

Havoc ketiga tak boleh dielakkan bila I hangkut bahan masakan kesana. TB kata beli aje kat sana tapi kalau dah tiba sana lewat, takde maknanya I nak keluar beli bahan bagai dan main masak2? Lebih baik beli KFC atau McD aje kaan? Sape setuju jerit "hidup cikSom!!!".. mekasih :-)

Oh BTW, Ja-Saint County ada KFC/McD juga okay??? Ada Avon, ada MBB, ada Courts .. ehh, macam2 ada laaah...Mydin pun ada tapi masih dalam pembinaan tapikan tapi yang serupa JPO memang takde, hehe..

Havoc paling havoc bila TB/D cuba memuatkan beg baju dan barang2 dalam boot kereta yg kecik tu. TB asyik kata 'boot tak muat' tapi I tawakkal aje sebab setiap kali dia kata boot dah penuh, barang2 tetap dapat dimuatkan dalam boot, kehheheh..

Havoc2 yang lain? Kena kemas rumah dulu ketitisan peluh terakhir sebelum bergerak keRD dan bila sampai disana bukan pun boleh duduk bersenang lenang sebab "dugaan menanti anda" so said para serangga, cicak, kumbang dan labah2 sekelian ... (nih kena sembang kat entri lain).

Akhir kalam, selamat tahun baru dan terima kasih pada semua insan budiman yang pernah melintas kesini lebih2 lagi pada yang sudi membaca dan mengomen :-)
.

19 comments:

ahkakbatik said...

hepi new year CS !!!

yam seng houlaaa..!

takmo hulur salam sebab tangan saya masih terbau bulu tikus disneyland.. nak simpan dulu sebulan.

azam taun baru jgn malas hapdet ek!

Lili d' emily said...

Happy New Year Kander!

Sori dinder sangat tak prihatin sepanjang 2012..banyak dugaan kekdahnya. Now dah kembali reda and otak pung tak serabut dah..ok..I lied..hehe...ada sikit2 gangguan emosi...har har har har))

Ailapyu nomaterwat ;-)

Cat-from-Sydney said...

Aunty CS,
Have a pawesome new year!!!! purrrr...meow!

CS said...

AB
Happy new year. Cerianya dia sejak dah jumpa dan bersalaman dgn sitikus Disney. Apa pun, basuhan dah habis dibasuh lum? Azam tahun baru seadanya aje termasuklah JJCM, hehe..


LILY d'EMILY
Happy new year dinder. I hope you are back in action for good. Tak moh malash2 lagi taw :-)


CAT
Have a pawesome new year to you and the gang. Jangan nakal2 okay?

Mulan said...

Hidup Cik Com..!!! Ater sape yg rajin bebenor nak memasak kalo dah penat & malam buta tu mmg lah power super duper...

Kuih2 teradisonal memang super yummilicious..!!! Dengar macam jenis pon dah rasa meronta2 nak makan semua tu..!!!

My fren punya adik kan, kawin 2 tapi rumah dekat2.. Dia dok ngadu kat mak dia kata penat ulang alik umah 2 bini.. My fren gelak guling2 ataih katil bila mak dia citer dlm phone.. I ada masa tu.. Sebab semua ahli kelorga tak kasi sgt dia kawin.. Gatai tak buat research betol2 kan kan kan.. Duit banyak pon tapi kalo penat, how how how.. Hehhee..

Happy 2013... Happy & healthy always..!!

Unknown said...

Kekander...
entry ni harapnya menjadi penyambung bagi entry2 yang lagi banyak pada masa akan datang ya....
windu tak terkira nak meng'kepo' kat AL KISAH.. sebab nak tahu apa kisahnya kekander.

Anonymous said...

Happy New Year! Nak tahu tempat yang ingin Maam lawati.

blu4sky said...

salam CS,
Maggie mee pembuka tahun baru..kita mee kari yang rasmi untuk tahun baru ni :)

anyway, may you have a great year ahead dan sila update selalu ye.. very the rindu kat CS lerr...heheheh

farae al-farafisya said...

Hidup Cik Som...!
Eh, tiba2...hehe..

Assalamualaikum...salam perkenalan...seronok baca celoteh Cik Som...:)

Bintangjauh said...

Salam CS & salam menyambut kedatangan tahun 2013 nan serba Baru yang berlip lap lip lap bersinar menyerlah seri...
Semoga hari, minggu dan bulan yang mendatang akan diberkati dengan yang baik-baik sahaja hendaknya...
Juga yang pentingnya diperolehi senantiasa kesihatan yang sehat Walafiat dan apa sahaja yang dihajai niat kan akan dipermudahkan olehNya..

Sampai nanti, sabar menanti alkisah semasa 4-6 tahun itu !

Salam manis semanis madu.

Yong Kamariah said...

Assalam Kak Som,

What a year kan (2012?). Can I wish 2013 resolusi from you? ateee boley tak nuko gambo profil muffin tu ngan gambo lain? hehehe..
Happy new year kak! Semoga tahun ini membawa barokahnya buat akak sekeluarga dan cepat2 pindah ke country home!

Fadhil said...

Cik Som,

Bila sebut abuk2 dan tembosa tu, macam boleh teka je kat mana tempat yang you duduk time umur 4-6 tahun.

Best wishes for 2013 to you and family...

Rima said...

Happy New Year CS... the other time when i was in Penang... i met someone who likes to read ur blog... we spoke abt u and only good things came out of our mouth... am glad we meet online.. walau pun tak pernah bertentang mata... am so glad that ur closer to me now ahaks

Hv a blessed one yah.. cheers!

kak ja said...

Kak Som, I sajes pd hari2 biasa di mana u yg mencuci-caca khazanah peninggalan meow2 u, u caj je si Hd'Bangla tu RM25 sehari.. well, adillah, kan? ke tak patut?

cahya indah said...

Auntie Som..Cahya tak tau pun kat sana dah ada Mcd. Nampak sangat dah lama tak pegi sana. :)

Queenie said...

STB 2013 ciksom...

nanti kalu you dah berhijrah sepenuhnya ke RD, betul ker you akan ttp ingatkan sedara durian you ni? janji?

pastu you akan ttp berngomelan di sini mcm selalu ker? janji?

CS said...

Assalamualaikum. Selamat tahun baru pada AKAK, NOIR, SUE, FARAE, RATNA, YONG, OLDSTOCK, RIMA, JA, CAHYA & QUEENIE dan terima kasih beribu2 kasih kerana mendoakan. Mohon maaf sebab lewat menjawab komen almaklum bukaknya sekolah, kita juga bizi hantar
cucu ketadika, ahaks ..



MULAN
Ekceli takat goreng ikan atau ayam tengah malam dah jadi my fortnightly routine depending on hubby's work schedule. So kiranya I nih mithali jugaklah khaan? hik3.. Ada 1 lagi kuih tradisional yg terlupa nak masukkan dlm list ie putu piring rona kuning. Psst...men mmg tak memasal suka ambik risk ek??



AISYAH SAKINAH aka anak sedara Maher Zain
Dah almost jadi warga keemas2an nih mmg tak boleh lelama duduk ngadap laptop nanti senang dapat water retention. Makanya I
berkarya tatkala bulan mengambang ajelah ehhh? heheh..



NOIR
Insyaallah bila mood berkarya UP sket, I beritau nama tempat yang 'amat glemer' tu.



SUE
Kalau pasal entry merepek meraban bolehlah I update selalu tapi you ada masa nak baca tak?



FARAE
Salam perkenalan juga. You kata 'hidup cikSom?'..hehe..terima kasih, I like!



RATNA
Doa yg sama ditujukan untuk you juga dan semoga kita sama2 kuat semangat meredah dunia alam maya menyambung silaturrahim setakat kemampuan terbatas. You pun nak dengar cerita purba semasa umur 4-6 tahun tu? Alamaks..



YONG
Berdekah2 I ketawa bila baca you mintak I tukar my profile pic. Ekceli I pun dah jemu dgn gambar tu dan juga langsir Al-kisah tapi tulah nak panggil EricLeong, dia caj mahallah pulak, menci taw.



OLDSTOCK
You macam tau2 aje kat mana tempat yg I idamkan tu tapi cubalah teka kat mana?? Tekalah...tekalah...(kalau berani, hahaha).



RIMA
In future by geographical factor we will be much closer, yeehaa! Psst.. I ada 'peminat' dari Penang? Wallah.. *kembang hidung*. Pls send my salam to the unknown person shd you come in contact with her, tq.



JA
Pening lalat I baca komen you. 18x baca I masih konpius. Even if ianya soklan bocor SPM, I masih tak dpt menjawabnya dgn tepat sebab I am weak in Maths u know.



CAHYA
I mengelat.. McD tu sebenarnya kat Air Keroh bukan kat tengah2 'bandaraya' Jasin :-)



QJ
Insyaallah sihat tubuh badan dan mood berkarya naik menjulang2, I akan sentiasa berkarya sampai dapat anugerah Pulitzer, auwwww...



Terima kasih u olls ...

blu4sky said...

CS,
baca ada masa..nak tinggalkan jejak tu kadang tak sempat :)

CS said...

SUE
I paham.. Kadang2 memang tak sempat tinggalkan jejak, lebih2 lagi bila baca guna hp atau guna gadget yg seakan2 dgn hp, macam tak best sbb tak boleh taip lelaju, kankankan??