Tuesday, 19 February 2013

Ebony n Ivory ...

Ebony And Ivory Live Together In Perfect Harmony ... sepatah kata Paul.

Lagu Ebony n Ivory ditujukan khas pada para cicak seantero dunia dengan ucapan "berhemahlah bila melepas".

3 hari 2 malam di RD sekejap benar rasanya. Masih ada 2-3 kerja yang belum selesai. Salah satunya kelepet hem dan jahit jelujur langsir yang terover labuh. Terlepas pandang masa belinya dulu. Tulah banyak sangat pikir pasal BR1M kot? errrk...

RD ditinggalkan tanpa caretaker tapi sepupu TB yang duduk berdekatan tolong tengok2kan juga. Kita tak nak menyusahkan dia tapi dia berbesar hati nak tolong. Alhamdulillah.

W'pun rumah bertutup rapi dan jauh dari habuk jalan raya, rumah tetap berhabuk juga ditambah dengan 'habuk' dari serangga cenonet yang dah mati bergelimpangan dilantai. Tak sukalah tengok hitam2 kat lantai sebab nanti I jadi nervous :-(

Bab mengemas, I tak boleh take the credit alone sebab TB tetiba tersangat rajinlah pulak esp menyapu daun2 kering, bersihkan keliling rumah dan apa2lah yang patut a man of the house buat. Dia siap beli boot rona hitam ala PhuaChuKang bila melawat kawasan, haha.. Bersemangat!

Semua kerja dibuat with pride and joy tapi ada satu kerja macam dah naik hangin bila nak membuatnya iaitu bersihkan 'ebony n ivory' si cicak & the gang. Paling tak tahan bila ada kes cirit dimana hasilnya terpalit kelangsir dulu sebelum splash kelantai. Satu kerja pulak kena turunkan langsir dan basuh, huwaaa...

Surat layang untuk cicak & the gang: Saya paham bukan manusia aje boleh kena cirit bila tersilap makan, awak yang berdarah sejuk tak terkecuali tapi tolonglah lepaskan kat tempat yang sesuai sikit, boleh ke? Bila makan serangga kunyah betul2 supaya cepat hadam, jangan main telan aje. Tak payah makan buah w'pun banyak bitamin sebab buah2an tu sejuk tak sesuai kat perut awak yang sedia maklum berdarah sejuk.

W'pun ebony n ivory cicak tu kecik aje tapi bila come in contact kat tangan masa mengelap, terasa cam mengelap kumuhan gajah pygmy penuh satu tapak tangan. Kalau hasil cirit splashed kat lantai dah kering, terpaksalah direnjis dipilis sekitar mendealah tu kasi lembap dulu then only baru dilap bersih. Satu kerja pulak kan?

Dugaan dari cicak2 tu tak sebesar mana pun. Bring it on cicak, haha.. Dugaan untuk I dapat pahala lebih kekdahnya tapi tetap mengucap panjang bila cicak & the gang buat onar kat water dispenser. Geli punya pasal terpaksalah ditutup segala lubang dengan tuala esp bila dispenser tak digunakan dalam kadar waktu yang lama.

Cold n hot water dispenser
The 1st item yang TB pasang di RD even before us humans moved in. Pasang dispenser tanda kasih pada BIWI dan juga untuk menyenangkan diri sendiri buat minuman bebila dia suka tak kira masa.

Hidup TB !!
.

15 comments:

Queenie said...

ollooo..tadi nak masuk sini you tutup pintu! nanti I masuk lagi after mghrib tau!

Ibu n Abah said...

Hihihihi
TB mmg sayang Bini
Siap beli kasut phuachukang lagi..

CS said...

QJ
Ekceli I tutup entry sebelum nih which I dah bukak semula. Terajin hari nih berkarya 2 entrylah pulak. U datang bawak lauk pari untuk I ke?

CS said...

AKAK
Dah Maghrib kan? Btw kasut PCK bukan untuk I tapi untuk dia meredah kawasan belakang rumah yg ada kalanya lembap.

m.u.l.a.n said...

ohhh me oso looking for boot abang phua but my hubby takmau layan.. i rasa sangat cool kalau pakai tu esp masa musim hojans aritu..

i nak copy paste surat layang tu ya.. sama la dgn umah kosong i kat kuantan tu.. boleh je nak declare world war tapi masih ada sabar di hati..

Queenie said...

aiseymen besan...gua tak senang lagi la...ada manyak ijer plak ni, kena sipakan dulu kalau tak mau titon berbantalkan kibod lagi hihi

oh ya, jgn lupa amik jer la pari berlada tu...buat la macam orang I wakakaka

see u when i see u eh. TTFN

PatinPasta said...

Cik Som,
Apa lagi.. mintak TB buat lastik and malam2 je, Cik Som buat operasi gempur cicak. Nescaya lepas melepas, diorang lap sendiri.

ahkakbatik said...

wah bestnya water dispenser tu. tang yq sejuk tu masak dak ayaqnya atau filter direct dr paip?
ala.. ayaq paip yg ntah berapa juta cicak mati kt dalam tu... rerasa filter je leh suci lg menyucikan untuk ditelan?
sila jawap soklan berilmiah saya nih..

CS said...

MULAN
Sebenarnya I fobia nak pakai boot PCK. Gelilah kalau siput, cacing, cicak atau katak sembunyik dalam boot.. bayangkan bila masukkan kaki kedalam boot tup2 terasa lembik2 dan sejuk. Oh no.. (tu sebab your hubby tak mau layan sbb dia ada fobia juga kot?).


QJ
Kita paham your middle name is 'lipas kodong', kaaan??
P/S: sedih sebab periuk pari berlada dah bo liau..

CS said...

AIDA
Kalau guna lastik lagi haru. Gelilah nak bersihkan cicak yang bakal bersepai2 kat lantai tu. I pernah beli semburan khas untuk mematikan cicak tapi tak mujarab pun. Kena suggest kat Huggies mintak diorang reka disposable diaper :-)


AB
Soklan ilmiah harus dijawab dengan jawapan ilmiah juga kekdahnya, ngeh3.. TB guna dispenser untuk hot drinks aje tapi mem dia yang lelebih suka sebab ada air sejuk dan air @room temperature. Kedua2 air nih memang tak dimasak maka kuman memang tak mati tapi oleh kerana rupa airnya nampak suci dan bersih tak berkeladak (almaklum oredi been filtered), ia membuat I yakin menggunakannya. Selagi air tu takde bau, rona dan rupa najis, apa nak dirisaukan samada cicak atau biawak dah mati didalamnya, kan kan kan?

Queenie said...

CS...i pun anti betui ngan syisyaks ni...berak merata2...org ckp boleh musnahkan dia ngan kapur racun semut&lipas tu tp sampai skrg tak pernah try lagi..

sampai skrg tu sejak bila? rasa2nya i tau pasal kapur ni sejak 15 tahon dulu...asek lupa jer hwar3..

CS said...

QJ
Lupa selama 15 tahun mmg amat lama, sah you suka makan semut, hehe but since you lupa2 aje bermakna cicak2 kat rumah you sangat bersopan santun siap tunduk2 bila lalu atas siling, hehe.. Guwau malam Kamis kekdahnya ..

blu4sky said...

salam CS,
rumah my parents pun macam tu juga...everyday mesti ada jer serangga commit suicide kat tangga...kat atas, cicak kobeng manjang lerr memerut.. penat lerr asyik nak kena sapu kena mop..

Queenie said...

CS, kalau I citer you pun tak caya gamaknya..cicak ka tumah I tak jalan kat siling, serius, mungkin haba panas I masak kot...tp cicaks tu berjalan kat lantai, kadang tu dah rupa kodomo you! I pulak yg terlompaat2 ketepi nak elakkan laluan dia tu, syinabeng lo! gua menyoprano gitu!


ada satu hari, serius, I nampak cicaks tu makan nasi yg terjatuh atas lantai! just imagine cicaks makan nasi? sahih la depa dah rosak akhlak dan lupa asal usul keturunan ek?

CS said...

SUE
Bukan aje penat tapi frusto tengok sisa sang cicak merata2. Rumah takde penghuni maka lagi lemaklah cicak2 tu..


QJ
You dah boleh gantikan NengBaijura sementara dia berpantang. Soprano you sehebat soprano dia jugak kaan?? hehe.. I pun dah nampak cicak makan nasik, harharhar ... apa nak jadi dgn cicak zaman millenium nih ekk?