Monday, 18 February 2013

Hari yang suam2 kuku + sesejuk hidung kucing ...

Dari semalam paksa jari jemari menari2 atas kibod namun 2 entri yang dikarang tu masih tak cukup masam manisnya lagi. Seperti biasa, ia menjadi rezeki 'draft' yang kian mengembang. Apa ajelah yang ada dalam draft tu sampai tersimpan sebanyak 290 unpublished entries? Kena buat spring cleaning nampaknya nih..

sembunyi belakang langsir ala dara pingitan
ketika ketandusan modal berkarya
walaupun
.
.
sepinggan mee bandung
dah selamat dislurp dengan jayanya
alhamdulillah 
 
(leftover) mee bandung for breakfast

Mood sebelum pukul 11 pagi adalah suam2 kuku + sesejuk hidung kucing UNTIL dapat bil letrik yang membawa perkhabaran menyenangkan hati jantung paru2 dan limpa! Cukup bahan untuk buat sambal goreng tu, heheh ..

Selama nih rasa 'bercinta' bila bayar bil letrik sebab amaunnya macam tak masuk diaqal tapi tetap juga dibayar takut letrik kena potong (kang tak dapat tengok drama kat tivi guna rice cooker untuk masak nasik, kesian TB bila dia tak dapat makan nasik fluffy2, kaan?). Having said that, I masih reti tanak nasi tanpa guna rice cooker, percayalah.

Duit rakyat marhaen dipetik dari rumput dan lalang kah?

tepuk tangan sambil lompat kijang

Dah tengahari tapi jari jemari masih mematuk kibod dimana sepatutnya I dah mula menumis as by 1pm TB got to have his lunch before he goes off to work at 2pm.  Kejap eh TB, kejap. Ada satu dua line lagi nih ... jaap!

Masa kat RD beberapa hari lepas, kita singgah diBemban beli buah2an segar ...gitulah yang didakwa oleh penjual aka tuan punya kedai. Since then, kami dah naik syok dengan buah jambu nih ...

Jambu madu namanya ke? Rangup & manis
Sekilo RM9 di Bemban tapi diTaipan harganya RM8.50. Terheran pulak.. patutnya harga diBemban lebih murah dari kedai diTaipan. Hmmm...

Ubi rebus

samtum bilis
 Dikedai yang sama beli jambu, I beli ubi kayu tapi tak taulah pulak ubi tu ubi kuning. Empuk memang empuk tapi agaknya dah tua sikit sebab berserat. Ubi rebus sebagai sarapan masa diRD, cicah dengan samtum bilis. Juling mata kejap, heheh .. (konon sedaplah sangat samtum bilis tu hingga juling mata, kah3).

Ooops.... TB dah sound lembut gigi dari lidah "dah pukul 12 you tak masak?.

OKlah gtg now, masa untuk berkhidmat ...
.

9 comments:

mokjadeandell said...

CS
haha...kita gelak sbb kita pun tak masak hari ni.Sat lagi cikli bawa balik .Tinggal berdua...masak pun kadang jadi baja kompos saja.

Kakcik Nur said...

Sedapnya ubi rebus makan dengan samtum. :)

Yong Kamariah said...

yuhuuuu Cik Som,

tang ubi tu yang tak tahan, terus terlioq, nak2 makan ngan sambal bilis, mmg heaven lewww!
p/s : gilerrr arr murah bebeno bil api tu? umah kita lagik tak beratus mmg tak arr kannn, sedangkan siang mana ada org kt umah

Haliza Ghazalli said...

Hi Cik Som
Yong...terliur tengok ur ubi kayu but I terliur tgk mee bandung tu....must be heaven !..rasa2 nak buat pulak....

Ibu n Abah said...

kekanda...
awatnya dalam pada takda idea.. masih best citernya...
Tak patut ek Jambu air kat benbam lagi mahal dari Es J...

Art Lover said...

CS..
Alahai..sedapnya tgk Mee dan ubi rebus..dah lah malam yang sejuk ni membuat ku rasa nak cari makan.

CS said...

MAMASON
Kita pun nak gelak juga. Gelak sebab kita pun ada CikLi, auwww. Kita masak juga semalam tu sebab CikLi kita nak lunch sebelum dia gi keje mencari beberapa suap nasi dan semangkok sup ayam, hehe..


KAKCIK
Merebus ubi dah menjadi Hari ini dalam sejarah sebab memang dah lama benar I tak beli/rebus/goreng ubi (terus paksa diri buat samtum).

CS said...

YONG KAY :-)
Yuhuuu... kemana menghilangnya punn? hehe.. Awak jangan salah paham pasal bil letrik tu. Bulan nih statusnya ZERO sebab selama beberapa bulan asyik bayar beratus Ringgit sebab depa duk 'estimate' aje. Grrr..


LEEZA
Harus buat mee bandung tu. Senang, cepat n sedap dimakan. Asyik makan nasi/lauk, jemu juga kaan?


CS said...

AKAK
2 karya yang tak cukup asam garamnya dah dimasukkan dalam draft, biar dia bertapa dalam tu. Latest entry dikira menjadi sebab hati gumbira dapat bil letrik ada tanda minus.. Dan yaalah, I pun heran harga jambu diBemban lebih mahal. Patutkah I repot pada PPDNKK? :-)