Friday 1 February 2013

Dah bulan dua?? ...

2 hari lepas I jadi mak andeh jadian sebab mati2an menyangka hari tu 31hb (padahal baru 30hb). Kalau dah 31hb, esoknya mestilah 1hb, kaaan?? Sedar diri hutang bank kena bayar 1hb, I tak berlengah lagi. Nasib baik bank kat belakang rumah aje, hehe.. (bank dalam rumah means something else, ya tak?). 

I pendek langkah sejak T bawak kereta balik kemarkas maka aktiviti seperti JJCM/JJCL terhenti tanpa rela. Nasib baik D ada kat rumah masa I terdesak so kenalah dia jadi supir mem. I boleh aje guna kereta dia yang manual tu tapi masalahnya, I dah LUPA camana nak gohed gostan guna clutch brake henjut2 kaki kat bawah tu, haha.. Hebat tak hebat tu, boleh lupa? Kadang2 heran juga camana I boleh pass driving test sedekad yang lalu.

You tanya how come baru sedekad bawak kereta sedangkan I dah masuk kategori keemas2an? Boleh tak kalau tak tanya? *sambil cekak pinggang* tapi takpe, it's just that Allah pinjamkan keberanian terlewat sikit pada I, alhamdulillah.

I think dalam kelas memandu tu, murid yang paling 'matang' adalah I, hehe .. whereas yang lain2 tu mostly budak hingusan lepasan SPM. Masa driving test, OMG! Ketaq lutut u'olls but I persevere, cewah. Bila dengar orang langgar tiang, aduhh! apa pulak I akan langgar nanti?

I masih tak puas hati sebab dapat kereta kancil buruk .. gear boxnya serupa gigi susu tunggu saat tanggal aje and yet kereta tu diguna untuk naik bukit dan buat 3-point turn. Ehh, diorang sengaja nak failkan I ke? Nasib baik test kat jalan raya I dapat draib Bentley, muahahaaa... (bayangkan rupa Bentley dah mengecut sekecut sekor kancil, har3).

TCTLSS, I passed with flying colors .... 1st attempt pulak tu, whoaaaa.... *so proud of myself*.  Berbaloi segala usaha dan lewat tidur malam kerana mentelaah buku panduan memandu dengan hemah, haha..

OK, jom balik kepangkal jalan.. cerita pasal pergi bank. Hutang yang nak dibayar tak banyak, lima ploh ringgit aje. I tak anggap I berhutang sebab 50 ringgit ialah cukai perkhidmatan (CP) tapi perkhidmatan camana yang dimaksudkan tu?

Adakah CP kerana menyediakan kad kredit pada pelanggan atau CP kerana menggunakan kad untuk urusniaga? Kalau tak guna langsong untuk urusniaga, kenapa perlu bayar CP juga? I memang blur bab nih but now I am torn whether or not to continue keeping the card or cerai talak 3 aje, discontinued!

Tak memasal sedekah pada bank yang sedia kaya tu tapi sayanglah pulak sebab kad kredit tu ialah kad pertama I pegang sejak 1987 (AB sure tengah cari kalkulator nak kira umur I, kan??). Asal kad dari Southern Bank tapi dah bertukar keCIMB sejak depa berganding bahu. Sayang nak discontinue sebab jumlah had kredit sangatlah muai.

In fact I ada satu lagi kad kredit, dapatnya pun secara kebetulan masa I tuang minyak diPetronas. Orang tu kata kalau I setuju, dapatlah dia komisyen seketul dua. Alahai.. kesianlah pulak merayu2 cenggitu namun sebab utama I setuju kerana yuran tahunannya percuma, hehe ,,,

Berkat 'kesian' punya pasal, kad yang dimaksudkan telah membuat amal jariah membantu seseorang yang sedang dalam dilemma dan pada masa yang sama kesempatan wang ringgit.

Masa nak masuk bank, ada sorang budak pempuan beri salam. I sambut salamnya dengan senyuman agak manis dan terus bergegas kedalam bank. Masa keluar dari bank, budak tu datang dekat sambil tunjuk apa yang ada ditangannya dan blablabla menerangkan sesuatu ..

Dah selalu sangat tengok orang2 berkenaan tunggu diluar bank dan dah banyak kali kena approach tentulah I dah faham tujuan budak pempuan tu tapikaaaan, hati I adalah sangat jaaaaa-at masa tu. Astarghfirullah ..

Sebelum menghulurkan apa2 yg patut dihulur, I adakan Q&A kat budak pempuan tu dulu. I tanya macam2 dan jawapannya: umur 22 thn, tak belajar, tak bekerja dan buat kerja amal tu tak dapat elaun. Datang all the way dari utagha naik kereta dgn kawan umur 25 thn. I tanya kawan lelaki ke pempuan? Pempuan katanya.

I bercakap as if she is my own daughter dan I sorang emak yang sangat perihatin dan risau tentang keselamatan bila anak dara berjalan jauh dari pandangan mata. I kata tak payahlah datang jauh2 kesini (Sgor) buat ajelah kerja amal kat tempat dia aje.

Sepatutnya bubuh sekali nama Pengetua dan no. mykadnya
Baguslah kalau takde unsur penipuan tapi yang nak menderma perlu diyakini dulu almaklum sipenderma pun nak pahala juga. Kalau hati berkata2 takde gunanya but having said that (menurut ustaz ditv), niatkan saja untuk menderma tak payah susah berfikir samada ada penipuan atau tidak.

Tetiba cerita pasal semua tu walhal pada mulanya nak cerita pasal pembantu rumah (even though I aint got no maid).

Oh ya, wajib tunjuk salah satu lauk untuk dinner pada malam bulan mengambang pakngahlah balik, hehe..

masak lemak kobis.. suka tak dengan prop itew? haha..
Lemak kobis yang simple nih dah jadi kesukaan keluarga. Baguslah, I pun senang hati sebab nak buatnya senang, sambil terlelap pun boleh siap, heheh.. 

OK then, hari nih cuti hari Wilayah tapi atas pujukan sidara, I terpaksa temankan dia ke KL. Macamlah kat this side of our world takde baju yang cantik2, kena pergi KL juga?? Haishh... Dahlah nak keKL tu macam nak keParis (pada I laaa...).

KL tu jauh sangat laaaa.... apa pun diharap keadaan kat sana tak bersesak2. Diharap semua orang KL tidur sampai malam, harharrrharrr  (gelak evil knieval kekdahnya nih).
.

11 comments:

azieazah said...

Memang rasa rimas kan kalu kena approach oleh golongan muda lela camtu kutip derma utk tahfiz segala bagai ni.... tapi ye lah. Ikhlas kans aja lah.

Kobis Masak Lemak? Ohhh kita baru plan nak masak tu hari ini. Pesal U dah masak dulu. Tak aci!

azieazah said...

Yesss! pengomen pertama yang tak berapa tegar!

Mari KL carik baju? Pastikan pakai seliper jepun jer, nanti menapak berkilo-kilo meter, kasut 2,3 inci tu kena kendong la pulak. hahaha

Ibu n Abah said...

Kekanda...
Mmg superb bila periksa lesen memandu dgn sekali jer Cuba.... Ken?
I pun....

Ibu n Abah said...

Eeeee'hhhhhhhh
Kita ingat kiter pirst..
Ada org lg laju......
Hai azie!

ahkakbatik said...

CS... masa sebut ambik lesen sedekad lepeh AB dh setat mengkalkulator.. aleh2 sebut 1987 pulok...itu masak lemak kaaa??? la haih.. hengatkan bubuk lambok.. ngeh3x..

Unknown said...

CS...
Kita serupa lagiii!..i pun tak tau dah nak drive kereta bermanual. Tulah bila dah terlampau manja bawak auto...

mokja said...

CS,Salam.
I pun lulus one go ambil driving test.Tapi cikli I pertikai apa fasal I lulus sbb bawa kereta on the road masih terketaq ketaq.Kena relearn....
Lepas 6 bln ,baru kelmarin renew lesen 3 thn sekali harung.Kereta tak bawa juga sbb anak kidnap pi KL.Kalau jumpa Kembara merah,maybe kereta I la tu...amboi nak habaq la pula.

Bintangjauh said...

Salam CS,

dengan rasa diri yang serendah-rendahnya, berdetik sihati tringin Ratna memberi kenyataan yang sebenar bahawasanya sedari dahulukala merasai diri terlalu lah kecil dimana kemampuan diri ini tidak lah sehebat mana karena Ratna tidak ngerti bawa kereta dan ironinya menetap diPeranchis !!! dimana sehingga kini masih bersandang pertolongan dari CintaJL&yang Sulong anak bujang nan gagah perkasa membantu Mamannya kesana&sini sebagai supir yang dikasihi...

Gimana pun, dari layarcerita yang CS khabarkan disini lama kelamaan Ratna semakin mengenali CS meski pun tidak pernah bersua muka, keajaiban bermedia dizjaman mega moderan ini dengan apa cara pun yang mustahil boleh menjadi tidak mustahil ! semoga disatu hari yang terpilih atau masa, ketika dan waktu akan ketemu CS, Insya'Allah...

Hari Rabu kelmarin Ratna ke Grenoble bandar bertaraf kampong dimana musim sejuk sales akan berakhir, berbelanja disini lebih mahal dari Paris, potongan harga barang yang sama diParis lagi pemurah namun disini... tidak berbaloi !

Salam manis semanis madu.

kak ja said...

Kander, kami kat sini sentiasalaaaaahhh bertembung dgn tukang kutip derma dr pusat yg ittew..

hmmm.. tak nak komen lanjut..

seskali huloq gak kalau bebdk yg ngutipnya.. bg duit skit, suruh pi mkn..

Kongkang Malaya said...

Cik Som,
Bab lesen keta ni memang macam2 je kan? Saya lak keta dah beli tapi lesen tak dapat lagi (exam pon tak lagi). Huhu!

Apa2 pon, tabek kat Cik Som sebab lepas 1st attempt! Caya lah!

CS said...

AZIE
Syabas jadi pengomen pertama. Hadiahnya bercuti seumur hidup dirumah sendiri, har3. Psst.. I gi KL pakai stiletto purple, sila percaya.. mekasih. BTW, dah masak lemak kobis lum?


AKAK
Sejak orang itew 'jual anggur', dia memang macam lipas kodong. Update entry cepat, masak cepat, semuanya cepat. AB I tau orang Texas dah tak masak lemak kobis lagi. Rupa lemak kobis pun dah lupa ya? Kecik ati kobis semua tu taw...


LEEZA
Ada orang kata drive kereta auto tak guna fikiran tapi I tak setuju 190%. Dah disediakan 'rezeki' begitu, kita wajib mensyukuri nikmatNya, tul tak?


MAMASON (wkumsalam)
How are you and where have you been? MIA kerana merajuk atau merajuk kerana Kembara dah kena kidnap? :-)


RATNA (wkumsalam)
Jangan rasa rendah diri kerana tak boleh memandu sedangkan Ratna ada 'supir2 ganteng' yg sedia membantu. Insyaallah murah rezeki panjang umur kita akan bersua muka satu hari nanti (I kena telan collagen dari skrng nampaknya nehh...hehe).


JA
Ekceli kesian dgn budak2 yang ditugaskan mengutip derma tu. Ntah2 kena paksa, wallahualam. I ada huloq2 juga biar tekak depa basah sket.


AIDA
Mekasih sebab 'caya' kat I, hehe.. You takde lesen tapi ada kereta, kira amat TEREL ler tu. I boleh jadi drebar you. Harganya nego., amacam?