Thursday, 7 February 2013

Limau Mandarin ...

 Limau Mandarin sinonim dengan raya Cina. Seronoklah pada orang yang suka makan limau dan rajin mengopeknya. Tiap kali TB kopek sebiji dua limau, I mengecek seulas dua.

I tak rajin kopek limau sebab malas nak lalui beberapa proses....cerewet katanya, kaan?


seulas limau
Gitulah cara I makan seulas limau... Pegang kat bagian curve tu molek2, gigit sekali kunyah, gigit dua kali kunyah. Selesai kunyah mengunyah terus buang sisa dari 'curve' yang liat tu. Makan cara tu insyaallah takde biji yang tersesat masuk kemulut so takyah ptuii ptuiii keluarkan bijinya. Kalau yang liat tu berbitamin, am sori ya ...

Hari nih bebel sikit cukup sebab nak jenjalan pergi Giant yg baru dibukak tu. Dah sepelaung aje dari rumah, kalau tak pergi kang kecik hati pulak siGiant Doraemon tu.

NOTA PENTING:
Sesi terjah boleh dianggap berjaya, alhamdulillah. Semoga segala yang baik bertaut kembali, insyaallah.
.

10 comments:

Tijah said...

hehe. cara kita makan limau sama la.

Kakcik Nur said...

Salam kasih CS...

kadang2 kakcik makan cara tu, kadang2 kakcik kunyah je sesuka hati. :)

blu4sky said...

CS,
i suka sgt mkn orange.. nak-nak yang baru keluar dari peti sejuk..emm yum yum...

bintangjauh said...

Salam CS,
disepanjangnya musim dingin nan sejuk ini, buah-buahan yang semestinya ada ialah buahan dari keluarga citrus terutama sekali si-citron/lemon untuk agenda baking membaking atau untuk si-ikan salmon panggang yang sewajibnya mesti ada sebagai percikan jusnya kepada si-ikan itu... dan clemenvilla yaitu perkahwinan campur antara clémentine dengan tangerine juga clémentine dari pulau Corsica yang dijual siap berdaun&bertangkai cantik lagi segar... Ratna pastikan memakannya sebagai perisai diri dari dijauhi oleh sebarang penyakit dimusim sejuk, dengan pengambilannya pada setiap hari 2 biji setiap makan berhidang memberi extra vitamin C secara tulen dan segar... dan cara Ratna memakannya ialah ngap semua kecuali "bien sûr" tanpa kulit&bijinya... voilà ! kok panjang menjela penjelasan dari siMadame Peranchis nun jauh disana... diharap tidak bosan CS membacanya !

Selamat berbelanja-shopping dipasarraya Giant yang serba baru itu.. sampai nanti.

Ibu n Abah said...

Samalah cara kita makan limau..
I suka sbb mmg tak yahnak kena ptuiiiiiii...

ahkakbatik said...

CS, itu style org takde gigi makan laa...

Art Lover said...

Aslmkm CS..
Cara I makan pulak, masuk seulas kedlm mulut kemudian baru tuiiih itu biji. Sebabnya limau tu kan berair..nnti meleleh lah pulak.
I dengar Giant you tu besar dan bergaya..ada betul? teringin juga nak kesana.

CS said...

TIJAH
Cara kita makan limau sama? hehe.. I tak keseorangan rupanya. Jom kita bukak kelab, nak tak?


KAKCIK (wkumsalam dan salam kasih juga)
2 cara berbeza makan limau sebab ikut mood dan sebabrupa limau tu sendiri, kaan? I pun gitu juga. Kalau takde biji dan takde liat2 kat tengah tu, I ngap terus juga.

CS said...

SUE
Memang syurga bila ngap seulas seulas limau yg dingin.


RATNA (wkumsalam)
Dont be khuatir, I tak bosan membacanya pun. Coretan berinformasi kekdahnya tu.
P/S:Dah bersyoping diGiant 2 hari berturut2... rasa guilty pulak pada Mydin, hehe..

CS said...

AKAK
Since cara kita makan limau sama, jom kita tubuhkan kelab? (termasuk you kelab dah ada 4 ahli).


AB
Nanti I tanya Tijah, KakCik dan Ibu&Abah samada diorang ada gigi ke tak, ehh ehh ehh? I memang takde gigi SUSU lagi, that's for sure, heheh..


ARTLOVER
Memang kadang2 meleleh juga limau tu tapi kesat ajelah kat lengan baju, hehehe...*sekali sekala harus jadi budak nakal juga*.. Giant baru dibukak tu is much better compared to the previous one. Yang baru nih luas, terang benderang (car park pun terang), banyak kedai to do window shopping, various tempat makan (overall it is much better than Mydin, oooops! namun harganya? Mydin is cheaper).