Wednesday, 11 September 2013

RD dan komplen ...

Assalamualaikum ...

Pagi nih breakfast paling mudah. Sekeping roti, bagian kulit pulak tu (stemet) dicebis2kan masuk kedalam semangkok sup ayam lebihan dinner semalam. Dalam sup ada 2 ketui drummer .. ehhh I mean drummet n half biji kentang. Kenyanglah kot?

I suka beli drummet tapi ada 1-2 puak menentang sebab drummet kecik sangat, tak puas makan. Ngap 2 kali dah habis kekdahnya. OK, nanti kita beli drumstick ostrich, okay??

Agak kenyang jugaklah lepas semangkok tu licin but I want something more, can'uh? Selamanya balang tutup merah berisi tart nenas dipandang sebelah mata kiri jer tapi hari nih, sebelah mata kanan memandang sama, haha..


Kalau tak cuit sekarang, agaknya sampai raya tahun 2020 pun mesti tak bercuit. OK tak makan tart nenas tapi dibuang 'kulitnya'? Sangat OK. Bayangkan kalau tepung tu I ngap sama (salutelaah.. tetiba so health conscious?).

RD ie rumah desa. Dah lama tak story pasal rumah desa ekk? The last time we were there was during hari raya. Paling lama kat sana selama 6 hari. Kira pecah rekodlah nih. Kadang2 windu dendam juga nak kesana, hehe..

I takde cerita sensasi pasal beraya kat RD, ek ek ek?. Mana boleh cenggitu, sia2 aje ada blog sendiri, blog FOC plak tu *sengih*. Takper, maybe next time (haha.. mesti ada yg kata 'thank god' sebab takyah baca celoteh berjela2 dari I, khaan? That's Ok, gua chill aje, haha).


9 bulan dulu, kebun sebelah rumah macam tak bertuan sebab dah jadi mini rimba; not until 2 months ago bila tanah bertukar tuan (yang sangat rajin), teruslah senang hati dan mata memandangnya. Memalam taklah I takut sangat, hehe..


Keadaan belakang rumah juga kurang 'ngeri' sebab tanah hujung tu dah dilapangkan untuk menternak sekor dua lembu namun lembu2 tu bukan I punya. Sebelah kiri nun, pemandangan yang menyenangkan hati sebab nampak kawasan perumahan dan kereta bertali arus dikawasan Rim. At least I know there's a life there...

2-3 batang pokok durian berbunga dengan galaknya dan berputik like there's no tomorrow. Tengoklah camana rezekinya nanti samada jadi rezeki monyet, tupai, manusia ATAU .....? errk..

SEDANG menaip nih tetiba ada satu panggilan masuk. Selalunya I tak layan or rather malas nak angkat nombor yang tak familiar namun hatiku tenteram hari nih, so I jawab.

Orang Astro rupanya.. Nak suruh kita bayar, ooo la la.. Astro kat RD guna nama I so afdallah diorang call me. RM40 patut dibayar pada 15/9 n now only 11th. I taulah dia menjalankan tugas tapi cakap benar I sakit hati receiving such call. I bukan kaki delinquent pun. Sentap nih..

Takat 40 ringgit, bukan 40 ribu ringgit. Haaa... "tapi saya ada 4 hari lagi kaan?"; jawabnya lembut "just a reminder". Sangat marvellous, tetiba I ada PA yang lembut berbicara mengingatkan suruh bayar bil.

Time like this, lembut ke tak lembut, tetap nak rasa sentap, haha.. Lagi satu senario sentap bila terima call dari bank nak 'beri' kita 8-10 ribu ringgit untuk kita berbelanja sesuka hati. Waddahek! (sepatah kata Yatt).

Have a nice day. Don't sentap2, no good :-)
.

7 comments:

Kakcik said...

Cantik kawasan RD tu...ada harapan tak I nak tumpang makan durian?

:)

m.u.l.a.n said...

nasib call je.. kalo PA tu datang rumah dgn "just a reminder", sah2 tak balik opis lah PA tu... kena gelek dgn kulit deroyan hahaaa... time nak duit ambooiii just a reminder... time kita ngadu servis awak sakit, macam2 lah korang goreng eekk..

eh ehh panjang nya bingkisan di petang ini..

tat nenas kita dah laaaamaaaa licins.. cannot tengok2 sebelah mata pon.. ngaappp habis..

Anonymous said...

KAKCIK
Insyaallah ada harapan tapi kalau nak cepat lagi makan durian kat RD, KakCik kena belanja kitorang dulu nampaknya. Yeayyyy....CS


MULAN
Harusss... memang kena gelek punya kalau dia datang ketuk2 depan gate karat I tu, haha..

Tart nenas tu hubby beli dari staff dia. Kureng ngancamslahh....CS

Art Lover said...

Aslmkm CS..
Biskut raya kita masih ada..tak ada yg kisah pun, agaknya Raya aji pun sempat. I pun nak tumpang sekaki pi makan durian. CS, you patut ada rumah pondok kat dgn pokok durian. Boleh berteduh sambil menunggu durian luruh.

Anonymous said...

ARTLOVER (waalaikumussalam)
Masih ada belen biskut raya? Raya aji nanti takyah buat...jimat :-)
Takat ni takde pondok bwh pokok derian.. seramlah nanti 'other being' menumpang kat situ pulak.

p/s: you nak tumpang sekaki? tak cunlah nanti you jln terencot2 pulak, ahaks.......CS

sudipVSsenduk said...

biasanya kalau ada belen kuih raya, sVs akan panaskan dlm oven sekejap bagi rangup sikit. Lepas tu confirm tak cukup :)

Anonymous said...

sVSs
Sah you nih rajin dan mesti gembira bila anak2 tolong habiskan. I ada kerepek bawang yg ala2 lemau. Belum decide nak goreng semula atau biarkan aje. Hmmm.....CS.